
Tahniah kepada sejumlah murid yang berjaya cemerlang dalam SPM. Dan Rueben, You're Rock. Rueben merupakan salah seorang murid saya yang cemerlang (dan cikgu bangga atas kejayaan setiap anak-anak didik cikgu tanpa mengira siapa pun anda) Rueben ini istimewa (yang lain juga)(dan merupakan salah seorang / 5 orang yang mendapat perfect 100 semasa peperiksaan kertas sejarah) kerana sikap pendiamnya. Terlalu pendiam (tidak pernah mendengar suaranya langsung dalam kelas) kepada hemat saya sehinggakan pada satu masa, saya bertanya kepadanya,"awak ni, boleh bercakap ke Rueben?"
Katanya, "Boleh cikgu." Itulah agaknya perkataan yang saya boleh dengar daripadanya sepanjang 2 tahun bersama mereka. Seandainya saya boleh memberi anugerah : selain murid terbaik, saya patut berikan dia anugerah, murid paling senyap di sekolah.. he he
***********
Setiap kali, keputusan SPM diumumkan, debaran akan terasa di hati. Apatah lagi apabila seorang guru mengajar murid SPM tahun lepas. Kebiasaannya kalau keputusan semakin baik, kita akan menerima kredit (tapi sekadar terima kasih sahaja, kalau berharapkan hadiah, pingat, wang, bonus seperti syarikat swasta, tidak payahlah bermimpi.. bagaikan mengharap bulan jatuh ke riba.)
Kalau keputusan SPM semakin 'mencurut', tidaklah kena 'marah' tetapi perlulah dibuat post mortem (bedah siasat, dan saya selalu membayangkan diri saya sebagai anggota CSI, bedah, jangan tak bedah) dalam mencari punca kenapa keputusan kurang memberangsangkan.
Alhamdulillah, berkat usaha guru-guru dan murid SPM 2009, keputusan sekolah meningkat lagi... alhamdulillah. Daripada segi matapelajaran pula, subjek saya, menurun 3 % (yang lulus, jumlah gagal meningkat) tetapi kualiti A s semakin bagus. Agak kecewa sedikt, pada saya tahun lepas, jabatan saya, semua guru-guru saya, all out telah mencuba sedaya upaya mengekalkan dan meningkatkan lagi peratusan tahap lulus matapelajaran. Maklumlah sebagai matapelajaran teras, kami tidak boleh 'membuang' murid yang berpotensi 'gagal' kerana 'malas' dan tidak berdaya, menulis walaupun sebaris ayat. Kalu boleh berbuat demikian, jangankan 90% dan lebih, 100% lulus pun boleh dicapai.
Terima kasih kepada murid kelas saya tahun lepas, 5 Balau, 5 Batai, 5 Cengal, 5 Jati yang berusaha gigih bagi mendapatkan keputusan yang baik. (Yang malas tu, tentunya bukan daripada 5 Balau,Batai dan Cengal - tak payahlah anda menerima kredit ini.. anda tidak layak pun)
Faktor kemalasan adalah punca utama kegagalan mendapatkan markah yang baik. Kalau sudah malas membaca, nota ringkas yang diberi tidak dibaca, sistem yang saya reka tidak digunakan: apa nak dikata. Seandainya mereka berusaha, tentulah berjaya.
Saya memahami terdapat juga murid yang lemah dan lupa:walaupun sudah membaca masih tidak dapat kuasai. Dalam hal ini, saya kira kes khas lah. Apa nak dikata juga.
No comments:
Post a Comment