Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Hari ini.leps subuh,tidur semula dan bangun agak lewat. Kemudian ke pasar,beli ikan,sotong. Malangnya keadaan angin, yang kitaorang sebut se...
-
sarah irdina... narnia, muzik Dua hari ini saya perlu kerja keras...marking kertas... dua hari ni, pagi sampai ke petang .. (malam tak ...
-
"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair th...
Sunday, February 7, 2010
Lelaki Melayu tidak romantis...
Tersenyum saya apabila membaca tajuk kecil dalam akhbar tempatan yang menyatakan 'Lelaki Melayu tidak romantik/romantis'. Well. Benarkah kenyataan ini? Mari kita sama-sama meneliti maksud romantis/romantik?
Romantic dalam bahasa Inggeris terdiri daripada dua, 1 adjectif dan 1 lagi noun.
Dari segi adjectifnya bermaksud:
a) characterized by love or emotions.
b)involving in love affair
c)showing feelings of love
d)something to do with art and literature; marked with feeling...
Contoh /EG:
romantic love story... the scene looked very romantic in the moonlight.. he and so and so has romantic relationship..
Dari segi nouns, romantic bermaksud:
a) a person who shows feeling of love/emotion.
b)romantic artist...
Dari segi Bahasa Melayunya pula:
Romantik/romantis :suasana yang romantik, dikaitkan dengan percintaan..
Romantikus bermaksud: golongan yang beraliran romaktik/ seorang yang berjiwa romantik/( mamat atau minang jiwang; ini istilah sayalah)
Romantisisme (romanticism) adalah golongan aliran sastera atau seni di Eropah pada penghujung abad ke 18-19 yang menutamakan perasaan dan keindahan serta kebebasan melahirkan perasaan / isihati individu.. kalau study sejarah disebut zaman renaissance.. bermula di Itali ..kalau lupa, ala lukisan monalisa, the last supper oleh Leonardo di ser Piero da Vinci..antara yang popular..
So jika diteliti maksudnya,romantik dikaitkan dengan insan yang boleh /karektor yang menzahirkan cinta,menunjukkan emosi/zahiriah atau nilai-nilai cinta,atau menzahirkan perbuatan/aktiviti seni bagi menzahirkan cinta. Jadi jelas di sini, istilah romantik ini sangat umum definisinya dan tidak ada 'kayu pengukur ' yang kukuh bagi mengukur tahap romantik. Sekiranya dibuat kajian tentang tahap romantik ini pun,saya kira tidak akan lahir satu kayu pengukur yang standard dalam mengukurnya.
Kepada sesetengah orang,jika suami menghantar bunga pada harijadi/ulangtahun perkahwinan, ianya disebut 'romantiknya' atau perbuatan romantis. Pada saya dan suami,itu hanyalah pembaziran. Kami lebih suka hidup berlandaskan 'practical practise'... kami lebih suka keluar makan bersama atau bercuti bersama. Bunga-bunga ni tak mainlah..
Bercerita pasal bunga buat saya teringat akan kawan saya. Suaminya mengirimkan bunga pada hari jadinya,pun dia masih mengomel kerana tidak disertakan beruang/teddy bear bersama. Katanya bunga akan layu,kalau ada teddy bear bolehlah simpan. Saya ketawa beberapa hari. Hai,dah ada teddy bear yang besar 'gajah' (kata orang Kedah - menunjukkan besar) buat apa lagi teddy bear. Masa kecil dulu rasanya dah jenuh main dengan teddy bear.. ha ha ha.
Ada orang,romantik ini berlaku kalau ada candle light dinner,makan bersama dengan muzik ringan yang mendayu. Pada saya,tak boleh makan dalam gelap2 ni,nanti tercekek,lagi pun mengikut agama Islam, mana boleh makan dalam gelap. Kan saya sudah mengatakan,istilah ini sangat relatif. Bergantung kepada 'standard' yang kita aturkan sendiri.
Ada orang,romantik ni bila berjalan berpegang tangan,tapi kalau saya,kiranya rimas kot...sesekali pegang boleh lah.. kalau selalu..hmm.. tambah musim2 panas macam ni.. aduss.. lagi pun suami belum cukup tua untuk dipegang tangan selalu.. maklumlah jika sudah tua kenalah berpimpin tangan,takut terjatuh sebab rabun atau jalan yang bertongkat.. he he he.
Dalam masyarakat dahulu,manalah ada lelaki yang akan belikan bunga,menghantar kad atau membeli hadiah yang mahal-mahal. Sebaliknya suami akan memberikan sepenuh perhatian kepada isteri dan anak-anaknya. Dengan memastikan mereka cukup makanan,baju untuk dipakai dsbnya, itukan romantik.Bertanggungjawab istilah pada saya romantiklah.Caring,loving dengan membantu isteri di rumah, itu juga romantiklah.
Saya sebenarnya tidak juga memahami apakah istilah rencana di surat khabar tentang istilah romantik ini..mungkin tiada pelukan atau ucapan sayang,cinta daripada lelaki... mungkin kurang menzahirkan perbuatan cinta.. entahlah.. mereka tidak pula mmebri istilah standard atau pengukur standard untuk hal ini. Agaknya kerana lelaki Melyu ini kurang menyatakan cinta/kurang pelukan untuk isteri kot? Pada saya tidak memelikkan... kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam masyarakat Melayu,manalah kita biasa dengan kata-kata, "saya sayang mama,bapa etc" .. tapi kita sentiasa tahu dan sedar,keluarga kita sentiasa sayangkan kita. Manalah mungkin ibubapa kita tidak sayangkan kita.
Saya teringat akan kawan saya bercerita bagaimana kawannya bercerai kerana suaminya tidak mengucapkan cinta/love setiap hari dan tidak juga kerap memeluknya..hah! lucu dan sedih juga. Pada saya ini hanya masalah kecil.. miss comunication.. Solutionsnya mudah sahaja,kalau dia tak katakan 'ayat' yang kita perlukan, u cakapkan sajalah,pasti dia membalasnya balik.. kalau dia tak peluk, u peluklah dia. Kalau dipelukknya,kemudian dia bagi 'penampar' atau 'boxing itu eloklah bercerai..itu sudah kes luar biasa tu.. hmm.. nak buat macam mana lagi. Suami yang biasa-biasa tentunya akan membalas pelukan itu dengan kasih sayang..
Cuma ingatlah,perkataan romantik/romantis itu,standard ukurannya kita yang tentukan. Jika anda tentukan romantik itu sebagai 'caring',kalau dia bawakan anda ke klinik ketika anda tidak sihat, itukan romantiklah. Apabila bercakap,pandang anak matanya, masa itu anda boleh merasakan kasih sayang antara dua pandangan itu. Ketika bercakap,dengarlah setiap butiran bagaikan setiap perkataan itu adanya kata-kata cinta... tu kan romantiklah tu. Kalau kurang ideas sangat, tirulah perbuatan sepasang monyet yang menggaru belakang pasangan untuk mengwujudkan suasana 'romantis'. Kalau resam gajah saling 'memandikan' pasangan ketika mandi. Jangan tiru resam kerbau sudahlah,yang hanya memburukkan kedaan romantis dengan sama-sama 'berkubang' lumpur.
Saya rasa eloklah kita berhenti mengatakan suami.lelaki Melayu kita tidak romantik. Ciptalah suasana itu sendiri... standard kita untuk mengukur barangkali perlu mengikut tahap sendiri. Tepuk dada,tanyalah selera.
so okay, sudah faham definisinya, sekarang soalannya, romantik/romantiskah anda?? Kalau saya, suami saya cukup romantik.. he he.. dia rajin membantu tugas saya di rumah... tak marah2 kalau saya malas nak masak... tak marah kalau saya asyik mengadap lap top... tu kira standard saya la itu istilah romantik...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment