
Just be fun & funny like Pandas
Siapakah yang boleh mengubah diri anda? Tentulah jawapannya bukanlah nombor,ramalan nombor atau warna. segalanya terletak kepada diri kita sendiri. Tapi anda perlu tahu rahsianya. Dengan mengenali kelemahan diri sendiri - kita boleh memperbaiki kelemahan diri.
Soalan kawan saya,buat saya tergelak.. dia bertanya saya apakah nombor paling baik dan gabungan personaliti yang kurang baik. Kata saya, tiada nombor (gabungan personaliti yang baik) atau yang tidak baik. We're just human, ada nilai + dan - juga. Yang elok kita kekalkan,yang negatif perlulah kita cari jalan bagi mengatasinya supaya hidup kita ini ada pembaharuan - kemajuan,namakan apa sahaja perkataannya.
Apabila berbincang dengan suami,nampaknya,ada perubahan ketara dengan sedikit masaalah sikapnya. Well,saya tidak mengomel atau mahu memperkecilkan suami.Suami saya memang rajin,teliti cuma kadangkala dia agak menagguhkan kerjanya. Contohnya, dicatnya dinding rumah yang sebelah kiri 2 minggu yang lepas, yang sebelah kanan masih belum dicatnya lagi. (setelah berbicang, sebab salah satu elemen kelemahannya adalah bertangguh kerja padahal dia seolah yang mempunyai elemen positifnya - aktif bekerja) Semalam tiba-tiba nampak beriya dia mengecat dinding yang sebelah lagi. Terkejut berbaur gembira,akhirnya dinding saya sempurna bercat.
saya bertanya,"kenapa tiba-tiba cat?"
katanya,"abang kan patutnya aktif,bertangguh tentunya tidak mendatangkan manfaat."
"Bravo..beginikan bagus" ayat biasa.. memuji dan membodek. Inikan satu perubahan yang membawa manfaat.
Memikirkan elemen saya yang agak emosional - kalau bahagian emo nampaknya,apa nak dibuat.Kalau rasa mahu menangis, menangis sajalah.. bukannya kena bayar setiap kali menangis pun...
kalau bahagian 'confused'pun susah juga agaknya,cuma mungkin saya boleh menjawab,"sebagaimana jawapan tuan/puan,begitulah jawapan saya." Lega. Kan sudah ada jawapannya..
No comments:
Post a Comment