
Semalam apabila hubby saya bertanya,e-mel saya,saya memang tergelak sangat. Kata saya, "Hai bang, kita duduk dalam rumah pun,nak ber e-mel lagi. Cakap aje lah apa abang nak cakap."sambil tergelak-gelak. Saya pasti,dia tidak akan mengirim kad e-elektronik atau e-bunga kerana dia tidaklah seromantik itu.. (ha ha,lagi pun buat apalah e-kad ini,tak boleh simpan pun,tiada nilai sentimental pun) Dia tentunya akan berkata , dia C...., S....,K... kalau saya bertanya dia. (Kena tanya selalu ni.. menurut Dato' Dr Fadhilah Kamsah,lelaki kurang mengucapkan perkataan-perkataan ini,bagi mereka perlakuan mereka terhadap keluarga sudah menunjukkan mereka menyayangi keluarga mereka...jadi bertanyalah selalu,wahai isteri..) Rupanya dia mahu mengirimkan saya e-mel yang dikirimkan oleh kawannya sebab dia tahu,pasti saya akan terpesona dengan bahan-bahan begini. Dan tentunya keajaiban seperti ini sentiasa mengujakan saya dan lebih mengingatkan kita tentang kekuasaan ALLAH yang menciptakan kita.
Hari ini,saya membelek-belek Inseklopedia Islam :Pendidikan Sains dalam Al-Quran,Pengarangnya Hj.Abu Hassan Hj Ali,keluaran E-Media.,Jilid 1 dan terjumpa artikel yang sama maksudnya dan menjelaskan fenomena keajaiban seperti rencana semalam. Disebutkan cerita Kapten Neil Curry 1881,bersama kumpulan pelayarnya yang menjumpai sekelompok air berwarna seakan hijau di tengah Lautan Pasifik yang berwarna biru( berdekatan Mexico.) Mereka terpaksa berdayung dalam tiga perahu kecil kerana kapal mereka terbakar. Dia merasa air tersebut dan terbukti air itu adalah air tawar.
Petikannya berbunyi,"We dreamed..and in the midst of one of our dreams,we imagined the water beneath us had turned from blue of the sea to green. ... I managed to muster up strength to let out a container. I tasted the water and it was fresh" Capten N.Curry 1881.
Fenomena ini dikaitkan dengan penjelasan sains sebagai air hujan yang menitis ke atas batu yang berongga dan boleh menyimpan air melaluinya. Batu ini dinamakan sebagai akuifer (aquaifer).Akuifer yang melengkung setelah berjuta tahun akan menjadikannya melengkung ke bawah bumi akibat keadaan glasier bumi (kerak bumi) yang bergerak akibat gempa bumi dll keadaan menjadikannya muncul semula beratus km di bawah dasar lautan,seperti yang ditemui di Mexico (sungai dalam lautan)
Kepada saya,umumnya kita memang mengetahui semua fenomena alam yang berlaku telah diperjelaskan oleh Al-Quran,cuma kita sahaja yang tidak celik ilmu dalam mentafsirkan al-Quran. Sebab itulah kita wajib mencari ilmu dan ilmu pula hanya boleh diperolehi daripada membaca. Sepatutnya (wajib) kita menggunakan kemajuan teknologi seperti internet ini sebagai wadah dalam berkongsi ilmu. Saya percaya,dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini,kita akan mendapat menafaat bersama.
Berkesempatan melihat lagi matahari dan hulan, menjadikan saya seorang yang sangat mensyukuri nikmatnya.
No comments:
Post a Comment