
Sebaiknya, sebelum mengambil makanan berat yang berkhabo, kita perlu mengambil makanan yang 'soft' lembut seperti buah-buahan / sayuran supaya 'mesin' dalam perut dapat memproses dengan perlahan (masuk gear yang perlahan dan bergerak laju kemudiannya) Kita sebagai manusia mempunyai masalah 'lupa', apabila melihat makanan, sudah terlupa di mana harus memulakan.. buah ke mana, khabohidratnya ke mana? Yang mana sepatutnya didahulukan...
Pengambilan teh hijau bersama gula mentah (yang berwarna coklat perang, gula organik lebih baik) adalah baik dapat mengimbangkan kesihatan kita kerana bahan ini adalah kumpulan alkali.. kita barangkali terlebih mengambil makanan daripada kumpulan asid.
Resepi saya hari ini.. masak lemak labu air bersama udang, tempe dan ikan bilis goreng sambal..., ikan goreng, buah-buahan... Menyedari kumpulan alkali lebih diperlukan, saya berusaha menambah menu saya dengan melebihkan sayur-sayuran dalam menu saya. Esok mungkin saya akan memasak bubur lambuk dengan daging... masukkan sayuran lebih... bawang besar akan memaniskan bubur nasi secara semulajadi.. karot dan kentang (jangan lupa untuk tidak mengupas kulit kerana kentang berkulit menjadi nutrien beralkali..(kentang dikupas kulit merupakan komponen asid), cuma basuh bersih-bersih dan potongkan.. mungkin kelihatan pelik pada awalnya tetapi kita akan terbiasa dengan situasi yang lebih menyihatkan...
Bubur lambuk + sup sayur campur + bergedel daging (kentang + daun bawang) + ayam goreng ( buah keras + bawang putih + halia ) + cili padi kicap.. + ulaman..
Amalan meminum klorofil juga satu amalan yang baik, kerana klorofil boleh membantu membawa oksigen yang lebih di dalam badan, proses 'pembuangan ' dengan lebih baik, dan meringankan tubuh. Biarlah terlebih kg tetapi badan sihat.. he he..
No comments:
Post a Comment