Hari ini betul2 menjadi Full time housewife... pagi2 lagi saya lakukan kerja2 biasa... tengah hari masak mee kari seafood. Lepas tu do terpandangkan balkoni saya. Sudah agak lama saya tidak membuka pintu balkoni itu. Saya sudah lupa bagaimana saya suka sangat duduk di situ,menunggu matahari naik,cahaya matahari akan memancar sekejap di balkoni. Daripada jurnal sains yang pernah dibaca,15 minit anda berada dalam 'cahaya matahari' cukup memberi anda Vitamin D. (tapi panas pagi je,tengah hari anda akan dibakar cahaya utra violet yang teruk) kalau petang-petang dulunya saya suka baring di situ atas kerusi rotan yang bertilam sambil membaca buku + teh hijau + beberapa keping biskut. Sangat selesa kerana orang yang lalu lalang tidak akan nampak anda. Entah mengapa saya membiarkan saya balkoni itu begitu saja. So hari ini,dalam saya duduk mengenang betapa seronoknya berada di balkoni itu,saya terus berniat untuk 'spring cleaning',dengan memasang paip dan mula membersihkan balkoni. Lusa,saya akan berkesempatan duduk lagi memandang matahari naik. (dan bukannya matahari jatuh kerana pada masa maghrib,gelombang bumi rendah,masa itu banyaklah hantu syaitan /iblis berkeliaran ,jadi memandang dan berseronok melihat matahari jatuh bukanlah pilihan yang baik)
Teringat saya akan Hadis catatan al Bukhari (yang baru saya buka kurang daripada 30 kali- Ya Allah):
Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "
Hadis di atas menjelaskan bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.
Allayarham nenek saya pun pernah bercerita juga,kejadian ini berlaku semasa bapa saya kecil2 dahulu. Dia bermain di luar rumah ketika maghrib,sudah puas nenek saya melarang tetapi agaknya dia berdegil. Tiba-tiba selepas azan,bapa saya hilang.Puas dipanggil dan dijerit namanya namun tidak dijumpai.Maka,berkumpullah jiran-jiran yang dekat lalu mencari dia,tetapi tidak juga dijumpai. sudah agak lama mencari,terpaksalah panggil pak Cik yang 'pandai' sikit membaca ayat quran agar dibukanya 'tempat persembunyian bapa saya'. Sejurus selepas itu,dia pun dijumpai.Rupanya dia hanya berada di pintu depan telaga,katanya dia nampak orang ramai yang mundar-mandir (dan tak seorang pun yang nampak dia)dan mendengar orang memanggil namanya tetapi dia tidak boleh menjerit semula. Pelik kan?
Esok Hari Raya Aidil adha... saya hanya merayakan di sini... malam ini steak for dinner... hari ni sudah hilang banyak kalori,bolehlah makan steak.. hmmm.. sudah grap american potato untuk dijadikan whipped potato.. (trust me,mine 1000000000000 x times better then kfc.. he he..)salad,jagung.. hmm yummmy.. I guess no rendang or ketupat for raya.. tak pa,esok ke rumah uncle husband..
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Suami saya sejak minggu cuti persekolahan telah menyatakan yang dia bersama beberapa rakannya akan pergi bercamping di Tama...
-
Al-Fatihah,Bonda mertua yang saya kasihi Hajah Fatimah binti haji Omar, telah kembali ke Rammatullahpada 26 Dis 12.20 malam dan selamat dise...
-
Agak lama saya tidak menulis blog. Entahlah mahu namakan sudah bersawang blog saya ini, atau boleh dikatakan berabuk, macam bilik kala...
-
Penulis! Menjadi seorang penulis sebenarnya tidak termnasuk dalam cita-cita saya pun. Tidak mahu berikap sombong, tapi itulah realitinya. Sa...
-
Rata-rata sekolah-sekolah di Malaysia sedang berhadapan dengan peperiksaan. Jika cikgu Form 1 & 2, kecuali beberapa jenis subjek yg ad...
-
Ada yang bertanya bagaimana murid yang sudah lama belajar Inggeris dari f1-5 dan tak pandai-pandai. Well,entahlah.pelik sangat kan.Seingat s...
-
Cerita 1. Ketika di sekolah lama dulu, saya terkaget sekejap apabila seorang murid saya datang bertanya (ketika di penghujung kelas dan...
-
Dunia menyaksikan pelbagai peristiwa pahit sejak mutahir ini. Bermula dengan banjir teruk di Pakistan, China, kemudian letusan Gunung Mer...
-
Selamat Hari Guru kepada semua rakan guru, tanpa mengira guru tadika sehinggalah ke peringkat Universiri.. (anda masih bertaraf guru kepada ...
-
Sekiranya ditanya kepada guru, hari apakah yang paling best ( pilihan jawapan monday - sunday) jawapan saya, holiday's season (opps, ja...



No comments:
Post a Comment