Semalam bertemu kawan lama di Sogo...we're chatting tanpa mengira siapa di sebelah pun..Kalau agaknya ada PM pun,kitaorang tak akan nampak lagi.It's fun, really fun... kitaorang plan mahu lebih kerap bertemu,kalau tidak boleh secara realiti pun,dalam mimpi.Berkongsi banyak cerita,dalam cerita-cerita ni, muncullah cerita her sister. Saya kenali Miss Eve,lama dulu semasa kami masih di UKM,masa tu dia masih belajar di UK dan datang melawat kawan saya di Kamsis Ungku Omar. Dia berkahwin sama tahun dengan tahun adik saya berkahwin,back to 1992. Berita terakhir yang saya dengar,dia baru sahaja berpisah dengan suaminya,dalam dua tahun. Sedihnya. Saya rasa kalau sudah berkahwin hampir 18 tahun,dan berpisah,saya tak dapat membayangkan kesdihan yang dia perlu tanggung,apatah lagi masih bekerja sama pejabat dengan bekas suami. Paling tidak un,pasti akan terserempak dalam lif. Membayangkan lelaki yang selalu berada di samping kita dan kemudiannya sedar-sedar dia tidak lagi berada di samping kita,hmmm... I'm not dare to think about that... Apatah lagi perkahwinan mereka tiada cacat celanya. Puncanya adalah kerana si suami bertemu wanita lain,dan orang ketiga ini tidak mahu berkongsi kasih. Hal yang sebeginilah yang banyak sekali terjadi dalam masyarakat kita,sudahlah awak menggoda suami orang, kenapa perlu meruntuhkan rumahtangga orang,berdosa hukumnya sengaja meruntuhkan masjid orang. Berkongsilah kalau sudah 'tidak tahan' sangat kalau tidak menggoda suami orang!Entahlah,'man was fool by love' ni kadang-kadang tidak dapat lagi menilai yang mana satu'intan dan permata'... Dia lebih daripada mampu untuk mempunyai dua isteri,apatah lagi this sister juga berkerjaya,profesional. Dia juga tidak keberatan berkongsi kasih. Pun bgitu saya percaya,ALLAH pasti mempunyai alasan yang terbaik menjadikannya begitu dan pasti ada HIKMAH yang tersembunyi di sebalik semua ini.
Betullah seperti kata kawan saya,kalau bercerai mati (sebab dia kehilangan suami kerana serangan jantung) walaupun kita sedih tetapi ternampak semua kelebihan tanpa satu pun kelemahan... tapi kalau bercerai hidup,keindahan itu seolah ditenggelamkan oleh banyak kelemahan dan kekurangan..
Seperti yang disebut oleh Shakespeare,love is blind...for some ,quite inexplicably love fades.For others,love is simply lost. But then,of course love can also be found. (Dimensi Cinta, muka surat 57-58)
Selepas kami berpisah,saya singgah sebentar di kedai karpet,grap sehelai karpet turki.. saya sukakan karpet turki sebab lembut,ringan dan mudah dicuci dalam mesin basuh.Harganya pun murah,hanya RM80 dengan corak islamik,warna merah terang bersulam warna coklat muda..bercadang meletakkan di sattion kerja di bilik saya.Saya sukakan the softness of the karpet dan warnanya yang terang seolah memberi satu motivasi kepada minda kita agar 'keep moving' dan 'leave the sad things behide u'...Saya harapkan che abang saya tak kisah sebab dia tak berapa suka warna terang... nasib baik selepas saya letakkan, dia okay je... saya berfikir,kalau dia tak benarkan saya letak di station kerja saya,saya akan hamparkan saja di atas katil.. he he..
Kemudian berjalan balik,dan singgah di pasar malam,malangnya di LRT Station, LRT tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan,ada kerosakan di stesyen sebelumnya...jadi saya mengambil keputusan balik ke Sogo dan menaiki teksi, takut kalau menunggu lebih lama di LRT,terbarai pulak Asar saya...lagi pun malas mahu berpatah balik ke Surau SOGI sebab sudah basah sedikit kerana hujan renyai-renyai... Lega melihat Surau SOGO yang sudah dibesarkan,lebih selesa...
Finally sampai ke LRT Kelana Jaya kerana saya pakir kereta di sana,aduh... pokai RM 20 padahal kalau menaiki LRT hanya RM2.30 sahaja. ALLAH menjadikannya begitu supaya pemandu teksi itu memperoleh rezeki.Kita perlu berkongsi rezeki kita bersama orang lain. Banyak yang saya belajar dalam sehari,banyak sekali yang ditakdirkan oleh Allah yang tidak kita ketahui Hikmahnya.
Dan cinta!banyak sekali harga yang perlu dibayar untuk mendapatkannya.
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Hari ini.leps subuh,tidur semula dan bangun agak lewat. Kemudian ke pasar,beli ikan,sotong. Malangnya keadaan angin, yang kitaorang sebut se...
-
sarah irdina... narnia, muzik Dua hari ini saya perlu kerja keras...marking kertas... dua hari ni, pagi sampai ke petang .. (malam tak ...
-
"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair th...
3 comments:
Waalaikumsalam,
saudara aki abdul wahab, Isya-Allah akan membuka lembaran buku saudara hujung minggu ini, sempena menyedut 'aura' haji.
assalamualaikum,
sihat sis? well, anugerah tuhan yang tak ternilai memang sukar dimengertikan oleh sesetengah daripada kiter, walaubagaimanapun terima kasih kerana berkongsi pekara yang bermanafaat ini, moga ianya menjadi pendorong pada madina agar lebih yakin untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ni....love u so much...
waalaikumsalam, thanks dina...
kasih sayang adalah anugerah yang paling bernilai. kalau beri hadiah seronoknya sekali je,tapi kalau beri kasih sayang,sepanjang hayat rasa seronok....
Post a Comment