Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Perkataan yang biasanya kita dengar jika blog sudah lama 'bangat' tidak diup date, sudah 'bersawang'. Kehidupan terlalu s...
-
Selalu saya hanya mendengar mengenai demam denggi... pernah ada ahli keluarga yang mengidap demam denggi. Tetapi saya tidaklah begitu ser...
-
Apple daripada CF. Hari-hari kalau beri cikgu pun kira okay la. Daripada Ashiqin & Fadzil... thanks.. adus... tambah lagi 0.5 kg to my w...
-
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
-
Sekiranya boleh memilih berada pada awal tahun atau penghujung tahun,saya lebih suka memilih hujung tahun (maksudnya november atau disemb...
-
Biarlah nampak hantu,jangan berperangai'hantu' Semalam apabila ter'terbang 'kat padang, bukan main lucu lagi rasanya. Apabi...
-
"Jika ada seribu insan, satu tidak menyukai dan menyintai saya, saya harap masih ada 999 yang suka dan cintai saya" Beberapa ...
-
Pagi-pagi di sekolah, saya termenung panjang. Entah apa menu untuk dimasak sebagai juadah berbuka hari ini. Thinking of cooking roti jala...
Friday, November 7, 2014
Saturday, November 1, 2014
Jualan Karangkraf datang lagi 2014
Thursday, March 13, 2014
Jemputan ke Konti Radio Langkawi. SEMBANG BUKU 16 MAC
Menerima jemputan untuk sembang-sembang buku pada 16 Mac 2014 JAM 10.15-10.45 PAGI dari Radio Langkawi disambut baik. Biarpun tidak boleh berada di konti, hanya temubual melalui telefon sahaja, saya amat berbesar hati. Suara saya sedang serak-serak basah kesan daripada jerebu yg melanda Lembah Klang.
Online dari konti: Langkawi FMLANGKAWI FM
Online dari konti: Langkawi FMLANGKAWI FM
Tuesday, February 4, 2014
Pesta buku Karangkraf 7-9 feb 2014..dapatkan Purnama Merindu dan Cinta Cape Town
KEISTIMEWAAN NOVEL
PURNAMA MERINDU (NORA ISMA FUAD) YANG
BERKONSEPKAN I-NOVEL (INTELEKTUAL NOVEL)
1..
Novel ini menggunakan latar Pulau Tuba, Langkawi
sebagai latar pelancongan. Rujukan
muka surat 456-470, 527-548, .Novel ini juga menggunakan latar
negara Eropah sebagai latar dan pengetahuan. Novel ini juga menjadikan Perth,
Australia sebagai latar (rujukan mukasurat 169-173)(195-205) Perincian latar dinyatakan supaya pembaca mendapat
pengetahuan secara tidak langsung. Latar
Eropah (Rujukan mukasurat 135-136, 140-145) (239-248) (291-302) dan banyak
lagi. Contohnya seperti terletusnya Gunung Berapi Eyjafjallajokull. (Rujukan
muka surat 368-374) Novel juga mengutarakan latar Darwin (Rujukan muka surat
214- 219), Vannes Perancis (latar Zara Orkid belajar Phdnya).
2.
Konsep
pengetahuan pendidikan yang diketengahkan. Watak dalam novel berkelulusan Phd
dari luar negara. Novel juga mengutarakan mengenai teknologi terkini, contohnya
menggunakan internet dan perbualan melalui facebook (rujukan mukasurat 54-58),
(145) perbualan menggunkan Skype (Rujukan mukasurat 377-383)
3.
Pendedahan
mengenai pengetahuan dan urusan perniagaan yang ditunjukkan melalui
watak Kameel Bakri Badrulhisyam, termasuk
perniagaan di Austalia di bawah kendalian Syarikat Malaysia iaitu Global Green Corporation (GGC) yang mempunyai sijil Halal bertaraf
Antarabangsa (ICCV) dan (SICHMA)
(Rujukan mukasurat 100) (208) (216-219)
4.
Pengetahuan mengenai penyakit Alzheimer atau dikenali juga dengan The Long Good
Bye memalui sejarahnya. Novel juga mendedahkan bagaimana reaksi pesakit yang
mengidapi
penyakit ini dengan jelas dan terperinci melalui watak ibu Kameel. Rujukan
muka surat
29, 66-68, 230-231,
5.
Novel ini juga menjelaskan konsep islamik secara
terperinci. Bagaimana seorang muslim yang baik yang perlu menghormati agamanya,
keluarganya termasuk bagaimana seorang anak/ menantu yang menghormati dan
menjaga keluarganya dengan baik. Perincian mengenai tanggungjawab seorang
muslimah dalam menjaga adab, dan auratnya.
1. Novel
ini menggunakan latar pembinaan terowong Smart yang menghubungkan Ipoh-Padang Besar dan
menjadi terowong landasan kereta api terpanjang di Asia Tenggara. Rujukan muka
surat 20-23, 48-53.
2. Pengetahuan
lain seperti sistem Phonic untuk pebelajaran kanak-kanak. (Rujukan muka surat 81.
Rahsia buah kepayang, cara memasak dan penyediaannya. (rujukan muka surat 147)
Pengetahuan mengenai lukisan (Rujukan muka surat 268-269, 500-501 )Program makanan untuk Gelandangan (Rujukan
muka surat 220-221
3 Novel
ini juga mementingkan pengetahuan dan
ilmu. Fokus watak-watak kepada sumber pengetahuan seperti tempoh pengajian mereka di institusi pengajian di Malaysia dan
luar negara.
4. Pengetahuan tentang latar luar
negara. Empat musim di luar negara. (Rujukan muka surat 206-209,233- 236-241.
Berlatarkan Afrika Selatan (Rujukan muka surat 409-432, 470-483, 507-516, 528-540, 605-613) Latar di Rom (Rujukan muka surat 518-527 ,
551-557, 574-579)
5. Novel
ini juga menjelaskan konsep islamik secara terperinci. Bagaimana seorang muslim
yang baik yang perlu menghormati agamanya, keluarganya termasuk bagaimana
seorang anak/ menantu yang menghormati dan menjaga keluarganya dengan baik. Perincian
mengenai tanggungjawab seorang muslimah dalam menjaga adab, dan auratnya. Konsep Islamik (Rujukan muka surat
125,126, 150,154-155,157,166,173,198,558-559,595 dan sebagainya.
Sunday, December 22, 2013
Demam denggi part 2.
Jumaat malam. 13 dis. 2013.
Dua hari sebelum ini suami kata tulangnya rasa sakit. Macam lenguh-lenguh pun ada. Kata saya, "Mungkin sakit otot kot? Anin dari badan." Dalam hati, 'Makin tua abang ooo. Ya lah, walaupun baru berusia 48 tahun, dalam kedaaan kehidupan kita yang serba drastik, kadangkala (atau istilahnya tiada senaman, makan yg tidak tentu masa dan sebagainya) maka kesihatan kita boleh merosot.
Malamnya, tiba-tiba sahaja dia menggigil. Dia membangunkan saya. Katanya, "Jom ke hospital. Sakit sangat badan abang ni" Suhu badannya mencecah 41 darjah c. Saya pun tanpa banyak kata, terus bersiap dan membawa suami ke hospitak berdekatan.
Hosp terdekat: hospt swasta. Selang 10 minit, hasil ujian darah dan doktor, diberitahu suami mengidap denggi. Melihat kepada laporan darahnya, memang dia mengalami demam panas. Bacaan paltelet darahya 240 000 berbanding kedaaan normal sehingga 450 000. Saya berkata, elok saja kami ke hospital kerajaan sahaja kerana sebagai pegawai dalam pendidikan, saya boleh atau layak ditawarkan wad kelas pertama.
Hospital DS. Kos Rm 350. Masa rawatan 30 minit. Masa menunggu 15 minit.Ubat : parasitemol dan garam.
Sabtu. 14 dis 2013
Saya meminta bantuan adik ipar yg memmandu membawa kami ke hospital kerajaan 1. Bermula dgn saringan. Saringan hanya bertanya, "Sakit apa?" Dan itu saja. Diberi kertas 'hijau', kemudian diminta mendaftar di bahagian dalam. Kemudian diberi tiket bernombor. Bersama kertas hijau tadi dan diminta ke bahagian hadapan. Saya difahamkan, kad hijau menandakan 'demam' dan diasingka untuk saringan dan bertemu doktor.
Setelah menunggu hampir 2 jam, diambil darah untuk ujian dan menunggu pula masa untuk bertemu doktor. Bahagian menunggu dalam keadaan tidak selesa. Kerusi yang tidak mencukupi, tidak disediakan tempat menunggu yg sesuai. Dalam keadadan panas, dan beruap.
Suami amat kelihatan keletihan dan demamnya masih teruk. Dalam hati hanya boleh bersimpati. Jauh di sudut hati, menangis dalam hati. Melihatkan keadaan dia, saya tidak tahan hati. memangis apabila dia tidak melihat!
Akhirnya melihat carta uijan darah, dk mengatakan, suami memang mengidapi denggi. Keadaannya tidak dianggap begitu teruk, dan memandangkan wad yang sudah penuh, kami diarahkan berehat di rumah.
Kami dimita memeriksa platelet darah setiap hari. Minum air dengan banyak.Saya seterusnya ke kaunter famasi untuk mengambil ubat.
Hospital SB. Kos RM -). Masa rawatan 5 minit. Masa menunggu 3 jam (keseluruhan) Ubat: Parasetamol dan ubat sakit sendi (10 biji)
Ahad. 15 dis 2013
Badannya masih panas. masih demam. Saya terpaksa pujuk2 suami agar meminum air klorofil, air putih, kadangkala air bercampur gamat (sekali-dua sehari) Badannya kelihatan letih dan tidak bermaya. Seleranya putus. Simpati.
Apabila diajak untuk menguji darah di klinik dr saya (lebih berdekatan, murah dan tidak perlu menunggu lama berbanding hospital swasta)dia hanya menolak. Katanya , "Mahu tidur." Dia kelihatan letih. saya sebenanya bimbang. Tanpa ujian darah, kita tidak tahu kedudukan denggi dan paras platelet darahnya.
Isnin 16 dis - khamis 19. dis 2013
Hari ini, demamnya sudah tiada. Suami tidak lagi menggigil. Saya meneruskan dgn formula minumannya. (baca bahagian 1) Dia masih lagi menolak untuk ujian darah. Katanya pada hari khamis, dia okay, cuma masih terasa letih.
Jumaat 20 dis. 2013
Hari ini, akhirnya saya berjaya memujuk suami untuk ke klinik dan dibawa untuk ujian darah. Ujian pada paginya, dan mendapat laporan pada petangnya. Kata dr, sila ke hospital. Sekali lagi berderau darah dibuatnya. Biarpun tiada lagi demam, suhu badannya sudah kembali normal, saya masih lagi bimbang.
Klinik swasta. Kos RM 35). Masa rawatan 10 minit. Masa menunggu 35 minit.
Malamya kami ke Hosp University (UH) atau Hospital Malaya berbekalkan 3 laporan sebelumnya. Saya harus akui, perjalanan pemeriksaan di UH jauh lebih baik daripada hospital sebelumnya.
Mula-mula terus ke bahagian saringan. Suhu diambil. Tekanan darah diambil. Carta dibawa kepada dr beserta laporan. Dgn nasihat dr, carta dan laporan menunjukkan suami tidak lagi berada ditahap bahaya. Diminta ke bahagian pendaftaran. dari bahagian ini, kami ke ruang menunggu.
Menunggu dalam tempoh dua jam. Kemudian bertemu dr. Pemeriksaan teliti. Dengan carta dan pemeriksaan lain-lain. Suami kemudian diminta membuat ujian darah sekali lagi. Dgn nasihat dr, kami beredar ke tempat makan dan pulang ke rumah dahulu. Akan datang kembali dalam tempoh dua jam.
Hospital UP atau H Malaya. Kos : RM 0. Masa rawatan : 15 minit.Masa menunggu 2 jam.
Kami ke hospital kembali jam 2 pagi. Laporan telah sedia. Kami diberitahu, yang suami amat beruntung. Saya teringat lagi kata-kata dr, "You're very lucky. Dengue can kill people." Saya diberitahu, jika kami ke UH pada hari pertama, suami akan ditahan untuk dipantau untuk seketika atau sehari dua. Dalam hati, "Alhamdulillah, kami sangat beruntung." Kata dr, kuman denggi nampaknya sudah tiada. Platelet darah masih rendah, tetapi akan meningkat kerana dia berada dalam fasa pemulihan.
Hospital UP atau H Malaya. Kos Rm 0. Masa rawatan : keseluruhan 25 minit. Masa menunggu 4 jam.
Staf lebih MESRA, Rawatan DR lebih TERPERINCI, Tempat menunggu, LEBIH JAUH SELESA. (Cuma, tiada bekalan air minuman/ mesin air yg disediakan)
Ahad. 22 dis 2013.
Nampaknya suami sudah berselera. Saya mengingatkan dia agar terus meminum air dengan jumlah yang banyak. supaya bacaan platelet darah akan meningkat dengan cepat. Melihat keadaan dia, saya yakin, dia hampir 80% sembuh. Alhamdulillah.
Friday, December 20, 2013
Pameran buku termasuk Purnama Merindu dan Cinta Cape Town di Terengganu.
ONE KRISTAL AKAN MENGADAKAN PAMERAN BUKU DAN ALATULIS BERSEMPENA DENGAN “KEMBALI KE SEKOLAH PADA 19/12/2013 HINGGA 31/12/2013 BERTEMPAT DI TERENGGANU TRADE CENTRE, KUALA TERENGGANU.
KUNJUNGILAH KAMI UNTUK MENDAPATKAN NOVEL TERBITAN BUKU PR...See more— with Junaidah Omar and 9 others.
KUNJUNGILAH KAMI UNTUK MENDAPATKAN NOVEL TERBITAN BUKU PR...See more— with Junaidah Omar and 9 others.
Wednesday, December 18, 2013
Demam denggi dan kita...cara mengesannya dan petua demam denggi.
Selalu saya hanya mendengar mengenai demam denggi... pernah ada ahli keluarga yang mengidap demam denggi. Tetapi saya tidaklah begitu serius mengambil berat mengenai penyakit ini. Kebelakangan ini, berita mutakhir menyatakan banyak sekali demam denggi ini melanda kawasan petempatan di Malaysia. Barangkali hujan yang menimpa menjadikan banyak kawasan yang ditakungi air. Barangkali banyak sekali kawasan perumahan yang biasanya mengandungi banyak sekali bahan buangan yang menakung air yang menjadi punca kawasan pembiakan nyamuk yang agak 'advance' ini!
Suami saya merungut yang dia mengalami sakit-sakit sendi. Saya hanya menjawab, "Ialah abang, abang dah tua." Saya sangkakan kesakitannya hanya biasa-biasa. Malam jumaat yang lepas, dia kelihatan menggigil dalam keadaan luar biasa. Katanya sendi-sendinya sakit. Luar biasa sakitnya. Kami segera bergegas ke hospital, dan malangnya hospital yang paling berdekatan adalah hospital swasta! Di sana, selepas urusan mengambil darah dan pemeriksaan, disahkan suami mengalami demam denggi. Slip pemeriksaan hospital saya belek, walaupun tidak mempunyai sijil kelulusan perubatan, fahamlah saya isi kandungan pemeriksaan 'Blood count test (EC)' di depan saya. Patelet darah yang bertulis 240/450 (sebenarnya banyak 000 di belakang) tidaklah merungsingkan saya sangat kerana saya pernh diberitahu oleh teman saya, patelet darah suaminya turun sehingga 70/450 ketika mengalami demam denggi dahulu.
Kebetulan saya menemui blog yang memberi keterangan lanjut mengenai demam denggi dari DR perubatan yang bertauliah. Bagi memahami apa sebenarnya demam denggi, bolehlah membaca di link di bawah.
Hari pertama:
Dia menggigil, demam yang agak tinggi. Suhunya mencecah 40 darjah celsius. Badannya panas dan boleh dicecah dengan jari atau telapak tangan di tangan, kaki, anggota badan malah kepalanya. Badannya agak lemah dan keletihan.
Saya pernah membaca tentang air gamat yang pernah ditulis olah seorang pembaca Utusan Malaysia. Katanya semasa anak perempuan mengalami demam denggi, dia mmeberi anak perempuannya minum air gamat yang dicampur air. Air gamat membantu menggantikan patelet darah yang jatuh menjunam.Formula yang sama dicuba oleh jirannya yang juga mengidap demam denggi. Saranan untuk pengidap demam denggi.
PETUA PERTAMA:
Bagi menambah platelet darah.Petua-petua ini dicuba oleh saya dan teman-teman saya. Saya hanya mencuba air gamat, jus tembikai kerana suami mengalami penyakit gout. Saya bimbang untuk mencuba masaka/sup ketam kepadanya.
1. Air gamat dicampur dengan segelas air biasa/jus (bagi menghilangkan rasa masin /garam) diambil 1 kali sehari. I sudu besar dicampur dgn segelas air.
2. Jus tembikai/kiwi (disaran oleh seorang teman, katanya petua ini diberi oleh doktor yang merawatnya ketika dia mengalami masalah yang sama di hospital. Platelet darahnya meningkat dari hanya bacaan 7 kepada 30 dalam masa sehari.
3. Sup ketam. (ada yang mensarankan sup ketam nipah)
4.Saya percaya, jika air gamat berkesan, tentu memasak gamat atau sup gamat akan juga memberi kesan kepada demam denggi dan membantu meningkatkan platelet darah.
5.Mengambil minuman yang dicampur klorofil. (diberi petua oleh teman suami yang mengidap denggi berdarah, ditahan di ICU selama 8 hari)
6. Mengambil minuman yang mengandungi oksigen.
7. Ada yg beri petua mmeinum air daun betik. (saya tidak mencuba kerana kesukaran mencari daun betik)
7. Ada yg beri petua mmeinum air daun betik. (saya tidak mencuba kerana kesukaran mencari daun betik)
PETUA KEDUA.
Bagi mengelak dehedrasi,
1. Mengambil minuman sekurang-kurangnya 3 liter.
2. Mengambil 100 Plus sebagai mencegah dehedrasi.
3. Meminum air kelapa.
4.Mengambil air zam-zam sebagai menggantikan khasiat atau daya ketahanan badan.
Selamat mencuba.Kita hanya mampu beriktiar, ALLAH yang berkuasa menentukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)