Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Showing posts with label Hmmm alamak. Show all posts
Showing posts with label Hmmm alamak. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

Aduhai...

   Saya baru menyedari yang blog saya sudah lama tidak di updated... lama sungguh. Dalam mengejar tanggungjwab sbg pendidik, dan kakitangan awam yg ada masanya terpaksa terikat dgn tugas rasmi yang lain: ada masanya tidak terkejar juga. Baru sahaja tamat memeriksa kertas percubaan SPM, saya terpaksa menghadiri mesyuarat demi mesyuarat, taklimat dan taklimat...   manuskrip baru saya sudah lama tidak disentuh.. dan ceritanya berlegar dalam kepala sahaja... aduhai, apa yang boleh dibuat lagi... biar sajalah dia berlegar.

    Minggu Pmr yang bermula, ada masanya guru terpaksa bekeja juga: terlibat dgn taggungjawab yg merisaukan.. hmm. Doa saya semuanya berjalan dengan lancar. Mengalas tanggungjawab di atas bahu bukannya tugas mudah!Dan pada masa yg sama, peperiksaan tingkatan 4 sudah bermula.. alahai... bermakna melangsaikan tanggungjawab untuk memeriksa kerta juga!  Hmmm...Tidak sabar mennati hujung bulan Oktober kerana sekolah akan bercuti seminggu untuk meraikan perayaan deevapali.. leganya, ada seminggu 'break'.. Bolehlah saya habiskan manuskrip yg sudah lama diam berkarat dalam minda!

 



Tuesday, June 7, 2011

Mood menulis, kerja sekolah, alamak....

   Saya masih dalam mood menulis manuskrip baru. Bukannya apa, apabila menulis, mood dan penceritaan masih dalam kepala, eloklah diteruskan sehingga habis. Sekurangnya sehingga habis satu bab (kira-kira 50 halaman satu bab) Dengan itu, saya tidak perlu baca lagi, daripada permulaan bab. Sebab apabila berhenti, saya perlu baa balik, untuk wujudkan kesinambungan cerita , plot dan ayat. Walaupun plot sudah disusun awal2 lagi, kehilangan 'ayat' menjadikan kena baca balik, apatah lagi kalau sudah menjangkau pertengahan bab, dan selepas itu kea baca balik, banyak muka surat, letih beb! Jadi saya teruskan usaha menyiapkan manuskrip ang telah mencecah bab 4 dan 5. Target, sehingga mencecah bab 6. Andai mengikut jadual saya, saya sepatutnya mencecah bab 5 sahaja, tak apa kalau boleh lakukan sehingga advance.

   Dalam menaip ini, teringat akan seorang kawan saya, katanya lajunya menaip.. he he.. Kalau lambat macam mana nak tulis buku, ialah, kalau baru nak cari mana huruf 'F' "M', bila mahu siap buku ma... he he he.. 
  Sebelum cuti hari tu, sekolah mengadakan peperiksaan pertengahan tahum, bernasib baik, kertas saya awal2 minggu, ada lah dua minggu sebelum cuti, jadi saya pun pakai 'gear' enam terus, marking sampai termuntah-muntah (dalam fikiranlah...) dan habiskan semuanya sebelum cuti, sebab saya tahu, saya tak akan ada 'mood' untuk marking dalam cuti ni. Cuma tinggal kertas objektif sahaja, dan malangnya, ada pihak yang mahu markah dimasukkan pada 9 Jun 2011, yang seolah menjadi kerja 'sia-sia' sebab sepatutnya markah2 ini dibincangkan dengan murid dahulu, 'confirm' dengan mereka (maklumlah, kadang2 ada kesalahan sedikit juga ketika marking, sebba cikgu dah mabuk kertas... beratus2 esei yang diperiksa..) barulah di'key in'.. barulah selamat...  Masalahnya siapa kita untuk membangkang! jadi saya setkan esok sajalah saya diapkan markah, on 9 saya ke sekolah. Hari ini selaju hadlaju cahaya, saya cuba siapkan bab lima atau bab 4 sehingga tamat. Tak banyak lagi, tinggal separuh bab 5 (50%)  dan 20% bab 4.

    Kesian murid saya yang asyik bertanya thru Fb dan sms.. he he.. Bo layan je.. he he  Bukannya dapat saman trafic pun.. Maaflah murid-murid... cikgu pun ada mood juga.Sabarje lah, sehari lagi.




Friday, May 20, 2011

Can't wait for holidays!

Jika ditanya kepada mana-mana pendidik pun, sejauh mana mereka sukakan sekolah dan murid mereka, tentu mereka lebih sukakan cuti sekolah! Begitu juga murid, sejauh mana mereka sukakan guru mereka (suka, lebih kepada terpaksa suka.. he he) dan sekolah (sebab utama boleh berjumpa kawan dan bercakap... itu realitinya) tentu mereka suka cuti sekolah (dan akan lebih baik dengan memasukkan unsur kawan di dalamnya) I love holidays!


Minggu ini saya bergelut untuk menghabiskan kertas peperiksaan, Insya_Allah pada ahad ini atau selewatnya isnin ini. Sudah dua minggu saya tinggalkan manuskrip saya yang juga bermakna, saya kena baca kembali semua yang saya tuliskan untuk 'refresh'.. alamak! Untuk dapatkan rythm penulisan dan melodinya.. haiya! memang ada tulis notanya sebagai panduan, but still, membacanya kembali bagaika memainkan muzik dan barulah boleh menyanyikan melodinya dan rthymnya kembali.. Poor thing! Sebenarnya jemu membaca karya sendiri ni! Ha ha!


Kadangkala terbawa juga perasaan 'bebalisme' murid ke rumah. Rasa geram sungguh! Saya terbaca mengenai bebalisme ini beberapa tahun lepas, tulisan di Utusa Malaysia. Bebal bermakna 'perasaan degil' yang sungguh-sungguh. Itulah cerminan murid-murid sekarang. Kalau diberi arahan/permintaan tiga kali pun, mereka tidak akan ikut sebab kepada mereka, semuanya tidak penting. Contoh yang senang, betulkan barisan awak. Bunyinya mudah sahajakan... 'simple' 'tiga perkataan sahaja', tetapi mereka akan ambil masa 5 minit atau permintaan itu perlu diulang hampir 10 kali. Dan pantang larang saya, apabila ada pentadbir yang lalu, akan menegur saya seolah-olah saya tidak beritahu murid agar membetulkan barisan mereka.. (macam tak buat kerja kita, padahal, sudah ditegur berulang, berjalan daripada hujung ke hujung dan minta mereka, diam, beratur dengan elok: huh! susah sungguh) Dan kepada saya ini bukanlah sekadar 'bebalisme', sangat 'bebalisme'... Unjuran 'obsess' yang teramat sangat kepada 'bebal' yang tidak boleh diubati.


Ada satu masa itu, saya ke satu kelas, bilangannya tak ramai pun, tetapi kedegilannya ke tahap gaban. Saya meminta mereka duduk di tempat masing-masing, sebab apabila berkumpul, mereka berbuat bising, padahal hanya berkumpul 2-3-4 orang satu kumpulan. (di kelas lain, apabila saya meminta berbuat demikian, mereka akan bergerak dan duduk senyap sendiri, sebab saya mengugut akan menolak markah peperiksaan mereka: dengan itu, saya berada dalam situasi 'peaceful' sungguh! Idealnya, semua orang boleh study dengan keadaan aman damai, menunggu waktu peperiksaan yang akan datang) Tetapi mereka ni bukannya degil... tidak mahu bergerak.. dan saya memberi pilihan lagi. Kalau tak mahu ubah tempat, tak perlulah bercakap dengan kuat! Tetapi mereka ini sengaja mencabar saya rupanya. Tidak juga mahu meminda tempat dan berbual dengan kuat! Saya benci betul dengan orang bebal! Malah ada murid yang menengging saya balik dengan katanya, "peperiksaan lambat lagi!" Memang kurang adap!


Lemah dalam ingatan, slow dalam pembelajaran, saya anggap biasa tetapi jika sudah, 'bebal' dan biadap, tidak terkata! Kumpulan seperti inilah yang tidak menjadikan hari saya sebagai 'guru' tidak seronok langsung! Malas! Latihan langsung tidak mahu buat! Lemah (ini perkara lain, apa nak buat)biadap!


Menulis memberikan saya keseronokan sebab menulis membolehkan saya ekspress perasaan dan ideal sesuka hati, asalkan tidak menyenyuh mata-mata sensitiviti kaum dan agama. Hal ini tentulah tidak boleh kita pandang enteng kerana perpaduan penting dalam asas pembentukan negara. Sebagai seorang guru sejarah, saya sedar, 'perpaduan' adalah syarat penting bagi memerdekakan negara kita dahulunya, antara syarat wajib British kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.


Dan kali ini, saya mereka watak Adduha, Natrah, Katrina, Syaiful, Nik Hisyam, Vimmi dan sebagainya. Dan bagaimana ceritanya, uh, terlalu jauh perjalalanan ceritanya!

Tuesday, October 5, 2010

Aduhai manuskrip

  Minggu ini agaknya tidak berganjaklah manuskrip saya. perlu melibatkan diri sebagai pegawas PMR. Rela dalam paksa. Kata orang, satu tanggungjawab. Memang iya jugalah. Apabila nama sudah naik sebagai pengawas, tidak boleh tidak, apa mau buat. Sebenarnya sama seperti ke sekolah jugalah, cuma ke sekolah, jam 2 petang, sudah boleh 'chow'..ini sampai petang, balik rumah sudah penat.. menulis pun tidak dapat lagi sebab mata pun sudah kuyu... walaupun idea banyak bertakung dalam kepala, mata tak boleh buka....

    Pagi pulak, perlu keluar lebih awal, kalau biasa, jam 7 pagi, saya baru keluar, ini jam 6.40 pagi, sudah pun bertolak.. di sana pulak, tak boleh buat kerja sangat pun.... kena berdiri, isi borang sana-sini.. maklumlah, nama pun mengawas peperiksaan. Mana mungkin, boleh duduk dan menaip manuskrip! cantiklah kalau boleh berbuat demikian!

   Malam esok ke Istana Budaya, menonton Tun Dr M, my idola.. teater.. saya tak minat pun teater ni, tapi sebab ini adalah musical teater, okaylah kot... lagi pun kisah agung Tun Dr.M yang saya kagumi, sayangi, dan banyak2 yang tak teristilah...  saya gerenti tidak mahu melepaskan peluang kekemasan ini.

Thursday, January 7, 2010

Cikgu ooo cikgu..






Baru hari ke empat bersekolah semula,kaki sudah terasa bagai tidak boleh diangkat lagi.Lemah gemalai. Penat. Kalau dikira anak-anak tangga yang didaki setiap hari,saya rasa melebihi 300 anak tangga setiap hari. Bayangkanlah pula tingkatan a di blok A,tingkat 3,kelas kedua di blok B,tingkat 3. Perlu naik dan turun beberapa kali sehari..agaknya kalau disambung dan dihubung tangga,dalam seminggu ni,saya sudah mendaki tiga empat kali Batu Caves.Cuaca pula panas terik,entah botol yang ke empat saya minum dalam tempoh beberapa jam di sekolah. Hanya Allah yang mengetahui betapa penatnya tenaga pengajar di sekolah,penat daripada segi fizikal yang lebih sebenarnya (sebab perlu banyak bergerak, dalam kelas,dilarang duduk sama sekali,bayangkan kalau ada kelas berkembar 3, 35 x 3 = 105 minit,dan perlu berjalan menaiki 100 anak tangga,bergerak ke tiga kelas berbeza... hmm.. agaknya pegawai yang mengeluarkan arahan sedemikian tidak pernah menghadapi masalah atau situasi begini... dalam cuaca yang panas... saya rasa seperti mahu mencabar pegawai itu,kalau dia boleh menggantikan tempat saya dalam seminggu,bergerak ke sana sini,di dalam kelas dilarang duduk sedikit pun... kalau dia boleh lakukan tanpa heluhan, saya akan tabik 'spring') Sekarang ini,kami terpaksa mengikut arahan... dengan keluhan di belakang tabir.. (apa nak buat,kalau kita panggil TV pula,kita yang nanya.. kita kan mentimun)

Sebenarnya,kami para guru,tidak meminta yang lebih. Sebagai penjawat awam yang memegang amanah (lagi pun inikan profesion pilihan,tiada keluhan),cuma meminta sedikit perngertian.... kenapalah diorang tidak dulu berada 'di dalam situasi kami dahulu' sebelum mengeluarkan arahan... kaji dahulu senario guru dan keadaannya.. barulah keluarkan arahan... berpatutan dan seimbang dengan keadaan semasa. Kadangkala tu,kalau sudah penat sangat,(bayangkan ada enam masa, dan ketika masa ke enam pengajaran.. disebut Pembelajaran & Pengajaran (p & P) setelah hampir 3 jam mengajar,letih berdiri,saya kadangkala bertenggek juga sekejap di meja guru. Maklumlah,lutut pun sudah longgar.

Berlainan dengan pensyarah,kuliah paling panjang pun 2 jam,berdiri pun okay je..lagi pun bilik fully aircond, manalah ada berpanas macam guru kat sekolah...

Apabila bersekolah semula,biasanya kulit perang sikit (sebab kepanasan),kurus sikit (sebab turun naik tangga)sakit urat sikit, (letih la)sakit lutut sikit (sebab semakin tua sikit.. he he, tak banyak,sikit je)sakit 'otak' sikit (dek perangai hamsuup murid)banyak ketawa (disebabkan perangai loyar budak)... naik angin pun banyak juga (sebab budak yang malas) kerepot sikit (sebab asyik marah juga,kadangkala)batuk-batuk sikit (banyak cakap da...)dan mulut yang keletihan (bayangkan bercakap 2-3 jam sehari... )

saya sudah mula menlihat kalendar,mencari hari cuti lagi.. he he...

Sunday, January 3, 2010

Azam Tahun Baru

Diam tak diam,esok bermulalah hari yang sibuk semula. Persekolahan mulai bermula lagi,yang juga bermakna,urat di bahu mulai tegang kembali. Alhamdulillah,keputusan PMR mencatat keputusan cemerlang lagi. Ada kenaikan hampir 3% dari segi kelulusan PMR subjek sejarah dan lain-lain matapelajaran. Saya percaya semuanya berlaku atas izin Allah dan juga usaha kuat semua guru-guru & murid-murid & ibubapa. Hal kecemerlangan seperti ini tidak akan berlaku kerana usaha seorang atau dua orang guru sahaja atau usaha murid atau ibubapa sahaja. Perkongsian kerjasama mestilah diterap dan diteruskan.
Saya sendiri sibuk juga. Menggosok pakaian untuk seminggu,memastikan esok saya bersedia sepenuhnya dengan subjek yang akan diajar. Sebagai guru yang sudah hampir 16 tahun mengajar,tidaklah susah sangat untuk mengingat kembali pelajaran yang sudah berbelas tahun diajar. (dan tidak berniat sombong tetapi maklumlah,setiap hari mengajar 4 kelas,hampir menghafal setiap bait isi daripada teks)
Pukul 3 petang tadi,mama saya tiba di Langkawi. Kasihan dia,penat juga. Malam tadi bertolak jam 8 malam,tiba di Bukit Mertajam jam 5 pagi,singah di Machang Bubok,di rumah mak ngah saya. Rehat sekejap,kemudian dihantar oleh mak ngah &adik sepupu saya( I call her adek Na,anak bongsu mak ngah dan suami & keluarga ke Kuala Kedah)menaiki feri, 1 1/2 jam kemudian tiba di Langkawi.
Ligat melihat kalendar bila akan bercuti lagi.. he he (inikah terapi juga... cuti)raya cina akan bercuti seminggu,tengoklah kalau ada banyak duit lebih,sebelum saya mulakan satu projek besar (suspen) saya akan betcuti dahulu... (sebab kalau sudah mulakan saya tak boleh banyak bergerak lagi)dan saya akan jemput mama dan mak ngah saya.. mungkin ke kenyir kot dan Kuala Terengganu. Di sana selain,best giler, saya juga ada keluarga angkat (keluarga kepada adik angkat kami)Saya percaya,kalau kita sentiasa berhati mulia,ramai lagi orang yang berhati mulia yang kita akan temui. Sebenarnya dalam dunia yang hampir dipenuhi 7 billion manusia,ramai yang berhati mulia, tolaklah penyangak,perombak etc...terkenangkan nasi dagang auntie yang enak bangat... adus...
Azam! Saya sebenarnya tidak pernah berazam. Cuma berdoa agar Allah memudahkan segala urusan kerja dan kehidupan saya. Mungkin ini boleh dikategorikan sebagai azam juga kot.Insya-Allah buku kedua on the way... entah bila akan bertemu penamatnya.

Tuesday, November 17, 2009

Sindrom panik!

Esok bermulanya SPM,kertas Bm dan sejarah kertas 1,objektif... dan saya sedar akan bermulanya juga sindrom panik dalam kalangan murid saya. They'll rang to my phone,mula bere-mel,chatt at facebook... u named it.. kadang tu yang tak tahan jam 12 tengah malam masih nak bersms atau call... saya malas nak layan kalau sampai tengah malam, maaf saya silent je... pada saya panggilan tengah malam hanya sesuai untuk panggilan kecemasan... sebab tu kalau phone bunyi tengah malam,jantung akan berombak kencang... bimbang siapa pula yang sakit,atau tak sihat.Jadi mahu selamat,terpaksa silent apabila menjelang 12 malam sebab perlu tidur tanpa ada yang mengejutka pada tengah malam... nasib baik tak ada sakit jantung,kalau tidak tentu sudah....
Kertas 2 hari Khamis,sekali lagi,tentunya panik murid2 tu,padahal awal2 lagi sudah beri semua nota ramalan,kajian soalan2 dari negeri2 di Malaysia etc.. pendek kata, segalanya yang kita tahu atau dengar mengenai tajuk2 sejarah SPM... Doa saya semua mereka tidak panik... saya kira kalau mereka cukup bersedia,mereka tidak akan panik... yang panik ni hanya kepada mereka yang kurenngggg bersedia.
Harapnya keputusan akan baik macam tahun lepas, sebab tahun kepas peratus kelulusan dan A naik sedikit... tahun ini kalau tidak naik pun tidak mengapa asalkan jangan turun... kalau tidak,teruk mahu menjawab... We've tried everything.. saya serahkan kepada Allah.. dengan Doa dan Tawakkal...

Monday, November 16, 2009

Anugerah Allah kepada Malaysia.

Pada awalnya ketika Olis naik ke penimbang,dan dia menjerit kerana sudah bertambah beberapa kg akibat 'pot luck'selama dua minggu lepas,apatah lagi dia pula baru sahaja pulang dari P.Pangkor berkursus(bermakna 5 kali makan x seafood yang segar + aircond yang sejuk menyebabkan anda makan dengan banyak) Saya sendiri hanya mentertawakan dia sahaja. Kata saya,"lepas tu pergilah joging,makan carrot je bila lapar",rupanya apabila saya pula menaiki penimbang,menjerit juga.
"alamak.." dan giliran dia pula yang ketawa.Saya sendiri perlu berjoging,kalau 500 meter tidak akan berkesan lagi,perlulah 5 km agaknya setiap hari.Dan perlu balajar menjadi arnab dengan carrot setiap kali lapar..adus...Tidak juga perasan sudah 'naik' beberapa kg sebab baju dan jeans muat lagi... Inilah agaknya bahana 'baju longgar' jadi badan sudah bertambah mampat pun tidak tahu,tapi kalau berbaju ketat pula,tidak tercapailah matlamat 'menutup aurat' pula.. hmmmm.agaknya perlu simpan sehelai baju sebagai acuan agar tidak 'terlebih tambah' kg... menggerunkan...
Menikmati pot luck selama dua minggu,jamuan perpisahan etc menjadikan saya bersyukur hidup di Malaysia... bukankah kita ada banyak rezeki untuk dinikmati bersama...
Sepanjang minggu ini,kami bercadang agar ustad muda kami (walaupun muda,banyak ilmunya) agar memberi tazkirah sedikit,maklumlah sepanjang tahun,kira sibuk sangat,inilah masanya untuk berfikir dan mengaudit diri sendiri...cuma satu sahaja masalah dalam tazkirah,bermakna makan-makan lagi...adus... mulut dan perut pun perlu ditazkirankan agar jangan makan lebih daripada 3 sudu makan...
Tebayang di mata,cuti panjang persekolahan, bestnya...

Sunday, November 8, 2009

Tragedi Cinta

Semalam bertemu kawan lama di Sogo...we're chatting tanpa mengira siapa di sebelah pun..Kalau agaknya ada PM pun,kitaorang tak akan nampak lagi.It's fun, really fun... kitaorang plan mahu lebih kerap bertemu,kalau tidak boleh secara realiti pun,dalam mimpi.Berkongsi banyak cerita,dalam cerita-cerita ni, muncullah cerita her sister. Saya kenali Miss Eve,lama dulu semasa kami masih di UKM,masa tu dia masih belajar di UK dan datang melawat kawan saya di Kamsis Ungku Omar. Dia berkahwin sama tahun dengan tahun adik saya berkahwin,back to 1992. Berita terakhir yang saya dengar,dia baru sahaja berpisah dengan suaminya,dalam dua tahun. Sedihnya. Saya rasa kalau sudah berkahwin hampir 18 tahun,dan berpisah,saya tak dapat membayangkan kesdihan yang dia perlu tanggung,apatah lagi masih bekerja sama pejabat dengan bekas suami. Paling tidak un,pasti akan terserempak dalam lif. Membayangkan lelaki yang selalu berada di samping kita dan kemudiannya sedar-sedar dia tidak lagi berada di samping kita,hmmm... I'm not dare to think about that... Apatah lagi perkahwinan mereka tiada cacat celanya. Puncanya adalah kerana si suami bertemu wanita lain,dan orang ketiga ini tidak mahu berkongsi kasih. Hal yang sebeginilah yang banyak sekali terjadi dalam masyarakat kita,sudahlah awak menggoda suami orang, kenapa perlu meruntuhkan rumahtangga orang,berdosa hukumnya sengaja meruntuhkan masjid orang. Berkongsilah kalau sudah 'tidak tahan' sangat kalau tidak menggoda suami orang!Entahlah,'man was fool by love' ni kadang-kadang tidak dapat lagi menilai yang mana satu'intan dan permata'... Dia lebih daripada mampu untuk mempunyai dua isteri,apatah lagi this sister juga berkerjaya,profesional. Dia juga tidak keberatan berkongsi kasih. Pun bgitu saya percaya,ALLAH pasti mempunyai alasan yang terbaik menjadikannya begitu dan pasti ada HIKMAH yang tersembunyi di sebalik semua ini.

Betullah seperti kata kawan saya,kalau bercerai mati (sebab dia kehilangan suami kerana serangan jantung) walaupun kita sedih tetapi ternampak semua kelebihan tanpa satu pun kelemahan... tapi kalau bercerai hidup,keindahan itu seolah ditenggelamkan oleh banyak kelemahan dan kekurangan..

Seperti yang disebut oleh Shakespeare,love is blind...for some ,quite inexplicably love fades.For others,love is simply lost. But then,of course love can also be found. (Dimensi Cinta, muka surat 57-58)

Selepas kami berpisah,saya singgah sebentar di kedai karpet,grap sehelai karpet turki.. saya sukakan karpet turki sebab lembut,ringan dan mudah dicuci dalam mesin basuh.Harganya pun murah,hanya RM80 dengan corak islamik,warna merah terang bersulam warna coklat muda..bercadang meletakkan di sattion kerja di bilik saya.Saya sukakan the softness of the karpet dan warnanya yang terang seolah memberi satu motivasi kepada minda kita agar 'keep moving' dan 'leave the sad things behide u'...Saya harapkan che abang saya tak kisah sebab dia tak berapa suka warna terang... nasib baik selepas saya letakkan, dia okay je... saya berfikir,kalau dia tak benarkan saya letak di station kerja saya,saya akan hamparkan saja di atas katil.. he he..

Kemudian berjalan balik,dan singgah di pasar malam,malangnya di LRT Station, LRT tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan,ada kerosakan di stesyen sebelumnya...jadi saya mengambil keputusan balik ke Sogo dan menaiki teksi, takut kalau menunggu lebih lama di LRT,terbarai pulak Asar saya...lagi pun malas mahu berpatah balik ke Surau SOGI sebab sudah basah sedikit kerana hujan renyai-renyai... Lega melihat Surau SOGO yang sudah dibesarkan,lebih selesa...

Finally sampai ke LRT Kelana Jaya kerana saya pakir kereta di sana,aduh... pokai RM 20 padahal kalau menaiki LRT hanya RM2.30 sahaja. ALLAH menjadikannya begitu supaya pemandu teksi itu memperoleh rezeki.Kita perlu berkongsi rezeki kita bersama orang lain. Banyak yang saya belajar dalam sehari,banyak sekali yang ditakdirkan oleh Allah yang tidak kita ketahui Hikmahnya.

Dan cinta!banyak sekali harga yang perlu dibayar untuk mendapatkannya.

Tuesday, October 27, 2009

Hmmmm..

Dua hari ini kena attack lagi dengan 'virus malas'..aduhai! Tak tahu nak buat apa lagi,selain berdoa agar penyakit malas beredar.. Banyak kerja yang belum dihabiskan lagi... adus.. fail sekolah etc.. maklumlah sekarang ni,lagi banyak fail lagilah terror cikgu ..hmm (diorang yang kata,sebab tu lah file makin hari makin bertambah & beranak pinak...)

Tak sabar mahu balik ke Langkawi lagi..kali ni mahu bercuti di Pulau Tuba,now ada resort u.. mesti best... belumlah pernah tidur kat pulau lain selain langkawi sendiri dan Selat Bagan Nyior(itu pun sudah 23 tahun lepas.. adusss) boleh BBQ,memancing untuk cik abang sayang yang memang giler memancing ikan (ikan ya,bukan orang...)nak bawak family ramai-ramai bestnya... kondesi,hmm tak tau nak cerita,kena pergi dan lihat sendiri ... mama saya kata best giler sebab dia sudah ke sana 2 minggu lepas.. (jeles nya)asalkan ada tempat boleh tidur dan bilim mandi selesa,okay la.. bestkan,bawa dapur mini, tilam tuib etc..buku catatan... wow! membayangkan keseronokannya pun macam dah tidur termimpi-mimpi...


Teringatkan kawan baik saya yang pergi berkursus,adus..lamanya 2 minggu. Junior saya, (like God sister la) selalu kalau saya tak keluar seorang (suami saya bz memanjang..jadi lone renjer la) saya akan bersama dia, Olis,saya panggil dia... adus, rindunya mengalahkan orang bercinta lagi... macam sudah bertahun tak nampak dia.. selalunya kalau saya masak,saya akan panggil dia ke rumah, dia tak ada rumah saya pun tak berasap lagi.. he he..

Di sekolah,ada kumpulan yang sudah mula 'pot luck', tak tahu hari mana lagi saya boleh 'fit in'... dan perlu cari geng..sorang2 nak masak banyak sangat,leceh lah pulak.. rasa macam nam masak laksa penang,tapi musim hujan ni,ikan mahal sikit... tengoklah minggu depan macam mana.Sedapnya laksa penang... makan kat tempat lain takkan sama sesedap laksa sendiri...kalau kena dengan sambal tumis sotong,hmmm.. best giler..

Monday, October 26, 2009

Alhamdulillah... matlamat berjaya

Lega betul apabila bengkel berjaya ditamatkan jam hampir 1 tengah hari,selepas itu minta murid mengemas meja dan kerusi di dewan sekolah... adus! one man show pulak tu.. plan asal sepatutnya dibuat hari jumaat ini,jadi saya sudah merangka tugasan untuk ambil turn la... 2-3 orang guru,tiba-tiba jumaat lepas, disebabkan ramai guru yang perlu berurusan dengan perkara-perkara lain,diminta dibuat hari ini.. jadi tak de pilihan sebab baru diberitahu jumaat minggu lepas tengah hari.. aya rasa bertanggungjawabsepenuhnya ... tidak sempat mahu memberi tugasan kepada orang lain.. 'one man show pun.. one man show la..'

Murid2 yang rajin dan 'score' markah ni memang tak ada masalah.. mereka akan dengar dan hayati perbincangan bersama... yang geram tu budak2 yang memang tak minat.. pen pun malas nak dipegang...dalam hati berungut juga, 'lantak lah kamu' tapi saya tak akan membiarkan mereka... 'sikap' beginilah yang menjadikan empayar yang luas dan besar pun lingkup dibuatnya... banyak empayar yang runtuh kerana tidak ada inisiatif mempertahankan... adus hai! Penat saya bersedia, buat rumusan daripada kertas2 9 buah negeri di Malaysia... ada set yang sudah disediakan... saya hanya meminta ALLAH permudahkan untuk murid2 saya..

Berharap,cepatlah cuti..kalau tak perlu ke sekolah,banyak yang boleh diselesaikan! buku kedua.. adus on the way!

Thursday, September 24, 2009

Mood bekerja tak datang2 lagi

Sejak hari jumaat di Langkawi,esok sudah perlu balik ke kl. Ambil masa relex sekejap ,unpack things dan buat kerja sekolah..Alamak! Mood bekerja belum datang balik.Balik ke tumah mama pula,alamak,something wrong with their internet... kemaruknya bila tiada internet. Tak boleh updates blog,check email etc... hmmm. terpaksa menunggu adik bongsu balik dari Penang dan pergi ke rumah dia..

Well... rindukan pawagam,sebulan bulan Ramadhan tak ke cinema.. takkanlah pulak nak ke cinemakan... bulan puasa... nanti kurus puasa... rasanya perkara pertama nak dibuat setelah balik ke pj,pergi tengok wayang.. Di Langkawi,sudah ada pawagam,tapi hubby kata,'tunggulah balik ke kl'... kat sini leceh sikit,handbag pun diperiksa.. kena buka kat handbag kat depan pemeriksa tiket.. haiya.. saya pernah juga bising,saya kata, saya pernah menonton dari Langkawi sampai ke Johor Bharu,pertama kali la orang periksa beg tangan...tak payut betul..

Petang tadi,meronda-ronda beli cokelat...hm.. naik rabak beg duit.. he he.. saya bukanlah hantu cokelat sangat tapi sangat sukakan dark chocolate.. sedap kalau dikunyah perlahan-lahan... cari ilham.. sejak balik tak daoat pun menaip walau komputer berada dalam bilik tidur.. he he... tak pa,lepas balik ni, pulun la..
Dua jam di air terjun dengan suami,pergi mandi.. best...daripada bayar duit beratus ke spa,baik ke air terjun... terapi air atau water therapy sangat baik untuk tubuh kita yang kepenatan... selain mempunyai getaran yang membekalkan aura baik untuk tubuh sebab air mengandungi pusa-pusa gelombang atom yang bergetaran antara satu sama lain,menyegarkan tubuh dan mengimbangkan keseimbangan minda.. jadi selain terapi tubuh baik juga untuk terapi minda.

Cuma,harapan saya,balik ke kl nanti,mood bekerja akan datang balik...

Wednesday, August 12, 2009

Hmm alahai...



Biarlah nampak hantu,jangan berperangai'hantu'

Semalam apabila ter'terbang 'kat padang, bukan main lucu lagi rasanya. Apabila pergi ke kelas yang sama,saya bertanya murid jika ada yang ternampak saya terbaring kat padang,rupanya ada 2 murid yang nampak... kelakar giler rasanya. Budak lain yang tak tahu cerita mulai sibuk bertanya,apa halnya cikgu? Dah riuh rendah jugak lah menggelakkan saya,termasuklah saya. Kata sorang murid,"cikgu,agaknya ada hantu tak?"
Saya tersenyum saja.Sebenarnya,agak benar katanya. Saya ni memang selalu nampak hantu,last sekali 2 tahun lepas, sejak saya pakai aura seri,tak ada la lagi. Namakan apa saja yang saya tak pernah tengok lagi, black bayang,langsuir,bertanduk,hitam dan besar, rasa macam angin,hantu bermentera siam,hantu botak,just like bayang. Masa saya pernah ke bengkel aura seri,bila saya tanyakan master,dia kata saya ni macam ada third eyes (kategori orang yang senang nampak hantu la)... tapi dah lama tak nampak.

Waktu lembayaung bumi paling rendah automagnetnya adalah waktu tengah rembang-zohor(tengah hari 12- matahari tenggelam sikit, jam 2 petang) dan waktu maghrib (7.20-8.30 malam) dan tengah malam. Pada waktu itu benda2 yang kita tak nampak ni bermaharajalela.Jadi ada kemungkinan, dia nak bergurau sikit dengan saya, sebab jam 1.50,tak de orang ketika tu. Testing power kot. Tapi sampai tengah hari ni, dah tak boleh ketawa lagi,sakit la badan ni.Baru je ambil ubat selsema, (kata dr saya ubat flu dan relaxing muscle = je)supaya,otot rilex sikit, mungkin sebab jatuh dan otot 'terkejut' sikit.Harapnya,dia atau mereka tak bergurau lagi sebab it's not fun at all!

Tuesday, August 11, 2009

Hmm alahai,hai



Me jumping? nope..better.. I'm flying (wish to) but nooo... I was flying down...

Selepas kelas terakhir dengan 3 penaga,jam 1.45 petang,otak saya ligat memikirkan ada mesyuarat dengan pentadbir mengenai perpustakaan jam 1.50 petang. Dalam hati,"alamak,lotehnya." Baru saje habis kelas keenam dari jam 12.30-1.40 rgh. lengoh rasanya mulut ni bercakap.Kedua tangan sibuk membawa balik sejumlah buku latihan,tidaklah berat pun (Kira-kira 30 buah saja)Perjalanan dari kelas ke bilik guru agak jauh,150 meter juga,tengah hari pulak tu...adus.penat juga. Budak-budak sudah entah ke mana. dalam perjalanan yang baru bermula kira-kira 4 meter,tiba-tina ternampak padang rumput seolah tinggi rendah,buku jatuh berserakan.Sedar-sedar saya sudah di padang (kelas berdekatan di padang,berjalan di laluan simen,di tepi padang) Kedua tangan saya menahan muka saya daripada tanah (rumput bercampur tanah) kedua lutut pula sudah menyagat tanah. Adus.Sakit juga la.Saya cepat-cepat bangun dan duduk bersila sambil memandang sekeliling,takut kalau ada murid yang nampak aksi saya jatuh (terbayangkan buruknya insiden ini,macam beruang kutub agaknya.Kalau beruang koala,kiut la)Ternampak ada 4 orang murid lelaki di membelakangkan saya,saya pasti mereka tidak tersedar pun saya terjatuh.
Dari jauh,saya lohat 6 orang murid perempuan kelas saya tadi berlari-kari ke arah saya.Saya tergelak betul.Geli hati apabila,mereka bertanya," kenapa cikgu?". Maknanya mereka tak nampaklah kejadian yang lucu tadi. Saya tergelak terus sambil berkata, " cikgu test terbang tadi.Cikgu jatuh" sambil menunjukkan aksi jatuh tadi.Riuh rendahlah budak-budak tu ketawa menyambung ketawa saya yang tidak sudah. geng budak lelaki pun datang menghampiri kami sambil bertanya pelik melihat saya yang masih bersila dan ketawa sampai merah muka.
"Kenapa cikgu?"
"Cikgu tangjkap katak,tapi katak terlepas."
Mereka menolong saya mengutip buku dan menghantar ke bilik guru. Nasib baik baju kurung saya tidak koyak. Sambil melangkah ke bilik gerakan sekolah,saya tergelak terus.Dalam hati,tidak sabar mahu bercerita kepada suami.harapnya ketika saya pulang,dia masih berada di rumah.Tepat jam 3 petang,mesyuarat pun tamat. Saya bergegas ke rumah,untungnya suami masih di rumah. Tersenyum sumbing la pak we tu mendengar cerita saya. Sampai saat ni pun,masih tergelak sorang-sorang dan tertanya sendirian,macam mana boleh jatuh? Saya tidak tergelincir,tidak ada air? Angin dan ribut jauh sekali,alih-alih terbaring kat padang. Itu pun nasib baik kejadian berlaku jam 1.48 tebgah hari,semua kelas lain tidak ada lagi di sana,hanya kelas saya sahaja. Bayangkan semua kelas ada kat sana, adusss, cerita saya jayuh terbaring sure jadi cerita sensasi sangat... ha ha ha

Sunday, July 26, 2009

Saya mahu bersara.

Saya mahu bersara awal! Sudah lama saya ucapkan kata-kata ini,biasanya apabila saya stres sangat dengan kerja saya.Sebagai pendidik, yang dewasa ini 100% muridnya tidak sama seperti zaman saya menjadi murid (ramai yang cemuan,[other word of saying alamak..hantu ]maaf walau pun bukan 100% daripada yang baik dan nice to you. Ramai yang tidak lagi menghormati guru)dengan kerja file yang bertimbun-timbun (yang saya tidak nampak apa relevannya dengan mutu kerja kita dengan murid dan guru serta peperiksaan)
Guru tidak disanjungi malah kadangkala tidak disanjungi oleh semua peringkat atasan(yang mereka lihat jika kita gagal siapkan sesuatu yang mereka mahu,kitaini teruk) tetapi mereka tidak pernah melihat betapa dedikasinya kita yang menghafal sub topik yang sudah keluar dalam SPM supaya murid kita akan lebih menjurus dan mengkaji dan lebih bersedia dalam menghadapi peperiksaan)
Orang tidak tahu yang kita tidak tidur malam supaya anak mereka dapat spot soalan yang baik dalam peperiksaan.Guru dipersalahkan jika anak mereka tidak mendapat markah yang baik dalam peperiksaan,malah ada ibubapa yang mencemuh guru dengan ayat,"kenapa satu kelas gagal,mesti cikgu yang tak pandai mengajar" dan ibubapa itu bernasib baik kerana ayat itu tidak diucapkan kepada saya. kalau saya,sudah tentu saya akan berikan dia balik,"ada murid saya yang mendapat 100 markah. Siapa sebenarnya bodoh,saya atau anak encik.Setiap tahun ada murid saya yang mendapat 100markah atau A1." Murid saya mendapat A1-F9, terpulang kepada mereka sendiri, di mana letaknya daya juang dan kemahuan mereka. Tepuk dada tanyalah selera.
Sedang melihat peluang,saya memang nekad mahu bertukar profesyen walau pun saya suka sangat mengajar (in fact,I love to teach) Being with this kids, make you feel happy.. saya tahu kita memberi mereka pengetahuan berdasarkan sukatan dan kehidupan... banyak yang mereka akan lalui kelak, dan saya rasa bahagia menjadi sebahagian daripada kisah dan memori hidup mereka.. tapi kalau rasa tidak dihargai, just step out...

Tuesday, July 21, 2009

Aduh,Cepatlah cuti

Dalam kekalutan mahu habiskan sukatan sekurangnya pada minggu hadapan, sebab sekurangnya ada 3 minggu untuk mengulangkaji.. tahu sangat dengan murid-murid sekarang ini, malas sangat. Tanpa bantuan guru untuk mengulangkaji, adus teruk gilerlah nampaknya... Tahun ini nampaknya murid-murid saya ramai yang kurang serius untuk belajar. Dalam kelas masih ada tersenyum sumbing sorang-sorang (meaning beranganlah tu) sebab tengah-tengah saya serius membincangkan sesuatu,tak ada jokes pun, ada yang tersenyum juga. Masa tu lah keluar dailog, " cikgu nak pasang laser kat mata cikgu, siapa tak beri perhatian,cikgu laserkan rambut,biar botak. Nanti bila kahir pelajaran kita tengok,berapa ramai kat sini yang sudah dibotakkan"... bunyi macam lawak je, tapi geram betul. Cikgu yang lebih serius daripada budak-budaknya.

Soalan peperiksaan tingkatan 5 berjaya disiapkan.Susah juga sebab mahu selaraskan dengan bentuk soalan ala-ala teknik terbaru dalam SPM tanpa meniru mana-mana buku. Berpandukan soalan SPM,buku teks, sukatan dan huraian,akhirnya saya berjaya selesaikan soialan. Aduh lega. Harapan saya budak-budak saya (marah mereka panggil mereka budak-budak walau pun perangai mereka mengalahkan budak-budak tadika,atau kadang kala tabika je)

Semalam berjaya siapkan dua esei (just helping my sister ) Tu lah tua-tua baru nak buat diploma lagi.. sambil bekerja pulak.. he he..Dengan anak 4 orang, tak ada axcess internet tentulah susah lah sikit.... saya.. esei-esei ni kan bidang saya .. he he.. kacang je.. walau pun 5 jam jugalah di depan komputer.. cari bahan buku di perpustakaan, takkanlah nak letak rujukan wekepedia, tak ilmiah langsung la. lega dengar suara dia, yang kata.. alhamdulillah, terima kasih... lagi pun ini kali pertama da terakhir dia mintak tolong to 'big sister' dia.. lagi pun saya kan sister yang baik.. ha ha. Kalau anak orang saya tolong lagikan pulak my only sister...

sudah saya siapkan kajian dan ramalan SPM sejarah... (kira mak nujum jugalah saya ni) tak tahu bila ada masa to down load ke web sejarah saya... marah lah budak-budak saya lagi... bagaimana pun nota ramalan telah disediakan.Soalan dan jawapan.

Tidak sabar menunggu cuti lagi, aduh penat... buku kedua,masih lagi bab 1... adus...adus..

Sunday, May 10, 2009

Mother's day hanya sehari???

Satu dunia hari ini menyambut Mother's day.. digalakkan pada dasarnya memeluk, mencium, menelefon, bercakap, bawa ibu(mama, ummi, apa pun gelarannya) keluar makan, belikan hadiah untuknya. Tapi wajarkah hanya sehari dalam setahun ini sahaja, kita menghormati dia, menyayanginya atau menghadiahkannya???Saya secara peribadi tidak menyokong 'hari ibu' pada minggu kedua (ahad) di bulan mei.Bukankah hari ibu patutnya berlaku 365 hari ???

Pada hemat saya, hari ini dinamakan hari 'mother's day' oleh orang Barat kerana budaya mereka yang berlainan dengan Budaya sebagai orang Muslim.Kepada muslim, jangankan berkata atau memaki hamun ibu, berkata 'ahhh' sekali pun berdosa. (meaning menjeling atau membuatkan sesuatu yang melukakan hati ibu pun adalah satu kesalahan besar.)Saya sendiri, kalau mahu membelikan mama saya atau ibu mertua saya, tak payahlah menunggu hari istimewa seperti hari raya, harijadi atau hari ibu.elikan sajalah tanpa mengira apa 'istimewanya' hari itu, sebaliknya dengan memberi atau membelikan mereka hadiah, anda akan menjadikan 'hari itu sekaligus' hari istimewa. lagi pun apa yang anda belanjakan untuk keluarga itu adalah sedekah.

Saya dan mama saya mempunyai hubungan yang istimewa.kaki kami bahkan sama saiz, mudah sangat kalau mahu dibelikan kasut, sandal dalam apa rupa dan bentuk pun.kalau saya belikan kasut, saya hanya perlu doublekan sahaja lah jumlahnya. satu untuk mama, dan satu untuk saya.Kalau belikan baju pun, lebih kurang sahaja saiznya, belikanlah saja dua pasang atau empat helai, apalah salahnya.Kalau mahu menunggu 'hari Ibu' sahaja, baru mama saya mendapat bajunya atau kasut, kasihanlah dia.Atau, kalau ibu mertua saya mahu menunggu setahun untuk mendapat telekung atau layanan istimewa, alamatnya, 'parahlah'.Jadi mengapa menunggu hari ini sahaja, untuk meraikan ibu anda? Jadi hanya yang berbaki 364 hari, adakah ibu kita berhak disakiti atau dilukai hatinya?

Kalau setahun baru dibelikan baju, kasut, tas tangan, alamatnya, sudah koyak rabaklah barang yang lama, baru mendapat barang yang baru.Adus!!kejamnya bunyi perkataan ini.Rai kan lah hari ibu setiap hari, kenapa tidak?

saya rasa, tidak ada pun sebarang perkara lain yang amat dibanggakan oleh ibu atau mama (apa pun gelarannya) melainkan pemberian anaknya. teringat saya, kalau dihadiahkan beg tangan, baju, tudung atau apa pun, jika dipuji atau ditanya oleh kawan, maka tiada jawapan lain yang keluar daripada mulutnya melainkan ,' ini adalah hadiah dari anaknya,dibeli anaknya'...

Jadi marilah kita menghadiahkan ibu tanpa mengira 'hari ibu'... dan doa untuk anak untuk ibubapa perlu berlaku setiap masa bukan sekadar menunggu 'hari ibu' atau 'hari bapa'..

Wednesday, April 1, 2009

April Fool



'Hai, tak de ke murid yang mahu lakukan kejutan dengan menghantar 'april fool', bmw sebijik???



Walaupun hari ini 1st april, suami tercinta saya, bukan sahaja tidak melakukan cerita atau lawak 'april fool' malah telah benar-benar meringankan bahu saya dengan melakukan dobi baju kami secara percuma.Apabila sampai sahaja ke rumah melihat baju sudah tergantung di belakang... Aduh! leganya. Semoga Allah sahaja membalas jasanya.Tangan dan kaki pun sudah terasa bagai tak boleh angkat lagi... sudah 'fool kan diri'.. walau pun diminta masak ringkas, kira oklah.. padahal sudah diprogramkan di dalam hati, agar 'dinner' kat luar sahaja lah... tapi dek kerana kebaikan hatinya, bolehlah setakat masak 'fooooool' saja.. ha ha..

Ada beberapa orang murid saya konon-kononnya mahu lakukan jokes 'april fool' tapi gagal mengena sebab jawapan saya macam tak kisah pun. Seorang tu, tiba-tiba bertanya kenapa mata saya merah. Saya kata, 'cikgu keturunan drakula.' Lagipun, memang mata saya yang sebelah kiri ada 'satu dot' merah,sebab kena tumbuk dek kawan lelaki semasa saya berusia 11 tahun, darjah lima dulu.

Ceritanya semasa itu saya menjadi pengawas, saya mengarahkan kawan saya duduk diam-diam sebab membuat bising.Dia geram dengan saya, dan 'swing' sebiji penumbuk.Terus saya menangis giler, ya lah dah lebam mata.Terus mak saya bawa ke hospital, nasib baik mata hitam saya tidak cedera.Kalau tidak, ya Allah, jadilah saya cikgu lanun, ada mata sebelah sahaja.Allah maha kaya, menjauhkan saya daripada bala!

Apabila di kelas, ada murid yang sengaja mahu kenakan saya, kononnya ada murid yang calarkan kereta saya.Saya kata, 'tak pa, nanti cikgu sumpah budak tu jadi katak saja" yang lain ketawa saja. Saya sambung lagi, ' memang dia tak akan bertukar jadi katak, tapi 'brain' dia akan berfungsi macam katak.. he he.. dan saya sambung dengan ketawa. Dia pun berkata, "april fool cikgu" ... saya sengih je la, sebab ceritanya tidak menakutkan saya pun. semuanya bukanlah sebab saya ingat pun hari ini 1st April, tapi... setelah berjuta-juta peristiwa yang mengejutkan hidup kita, barangkali kita sudah sedikit 'imun' dengan perkara-perkara yang kecil.

Kalau semasa baru berkidmat, kalau ada murid yang berkata, 'cikgu, tudung cikgu senget', kecoh juga saya... membetulkan tudung... sekarang, ala, saya kata,' biar je lah... awak bukan belajar daripada tudung cikgu yang senget... awak perlu dengar daripada mulut cikgu, idea dan penjelasan cikgu'... he he.. susah nak kenakan cikgu seperti saya.

Teringat saya semasa zaman persekolahan dulu, di SMK Sultanah Bahiyah, kita orang selalu kenakan Mr Lee, guru matematik tambahan kami... he he..macam-macam perkara... With is tak baik sebenarnya... ampun.. harap mr lee maafkan kami.. antaranya bubuh kapur dekat kerusi, bila dia duduk, ' april fool'... ada sekali tu, kita orang kata Miss X (entah apa nama cikgu ni) panggil dia, sebabboth of this cikgu adalah single.... (tapi anda dilarang mencuba, nanti tak berkat ilmu, sebab tu lah saya kantoi add mate saya... he he)

Tuesday, March 3, 2009

Hak privacy ?Bogel di rumah ?

Kecoh sedunia gara-gara hak privacy diceroboh. Sejak mutahir ini, sejak zaman 'internet', kamera dan video cam meluas di dunia dan melebarkan pengaruh di Malaysia, semua orang sibuk merakamkan pelbagai gambar termasuk gambar-gambar yang sepatutnya dilabelkan sebagai 'for your eyes only'.Padahnya diterima apabila rakaman yang sepatutnya disimpan sendiri telah 'dijual' atau 'dipamer' secara percuma seanterio dunia.Jadilah anda artis secara 'one night stand'.. dengan tak payah berlakon drama, atau filem, tak payah pun sesusah Dato' Michelle Yeoh perlu berlakon ke peringkat Hollywood.

Dalam masyarakat kita pulak, sibuk bertelagah sesama sendiri, boleh atau tidak boleh 'tanpa pakaian' dalam rumah. Geli hati pun ada.Kalau difikirkan istilah privacy sahaja tanpa mengaitkan soal agama dan hukum hakam, tentulah tidak mengapa.. kalau di rumah tak ada orang (dengan memastikan tiada yang nampak) apa salahnya... ha ha ha.. kalau anda rasional, agaknya, tergamakkah anda?

Ada pulak yang sibuk bertelagah dengan mengemukakan pendapat ahli agama (yang digelar ulamak)Ada yang berkata boleh? Boleh?? mahu saya tanyakan dua kali...

Well, jika diteliti tentang hak sebagai manusia, terpulanglah.Apa sahaja yang kita mahu lakukan di rumah sendiri, tanpa boleh 'disekodeng' oleh orang lain, terpulang kepada hak sendiri.Undang-undang di Malaysia memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan jika 'tidak berperasaan malu' di rumah sendiri.kalau berada di tempat awam mestilah berpakaian,(tanpa pakaian walaupun berseluar dianggap melanggar undang-undang) di tempat awam (melainkan di pantai, tempat berkelah, di satu dua tempat yang dibenarkan)tanpa mengambil kira baju yang tinggal sejengkal sahaja di bahagian dada, atau nampak pusat, bahagian bawah pinggang.Menampakkan bahagian atas dada yang sepatutnya dilindungi.

Undang-undang melarang sebarang bentuk rakaman (filem atau suara) yang tidak dilakukan secara sukarela.Tapi kalau sendiri yang merakam rakaman dan kemudian 'disekodeng' oleh orang lain,seperti kata pelawak Raja Lawak, Nabil " Lu fikir lah sendiri"

Undang-undang di USA pula sebaliknya meletakkan jika rakaman tanpa suara dianggap tidak menjadi kesalahan dan melanggar hak privacy. Patutlah ramai paparazzi di sana.

Persoalan kedua, kenapa tidak boleh 'ber...b...' di rumah.well sebagai seorang Muslim, Islam adalah pakej lengkap kehidupan.segalanya mestilah mengikut lunas undang-undang dan adab yang digarisskan daripada al_quran, Haddis dan Ijmak Ulamak. Janganlah bersama macam 'kucing' lakunya. Sebagai manusia, ada adab sopannya yang perlu dijaga.Kita ini adalah manusia yang bertamadun, ada agama, paling tidakpun ada perasaan malu dan nilai moral. Teringat saya satu kaum asli di Amerika Selatan, mereka ni sentiasa tanpa pakaian,kaum lelakinya dan wanitanya masih lagi menuntup bahagian 'private part' mereka. Kalau kaum yang tidak bertamadun, nun jauh di dalam hutan pun boleh menunjukkan perasaan malu dan nilai moral? Bagaimana pulak dengan kita?

Datuk Dr.Mashitah Ibrahim, pernah berkata, kalau tak ada keperluan, kita sendiripun tak payah lah asyik merenung atau melihat ' p... part' sendiri apatah lagi orang lain.dengan kata lain, lupakan sahajalah hasrat ber'b...' di rumah, banyak perkara faedah lain yang boleh dilakukan... lagi pun kalau seandainya menjadi manusia tidak memberi faedah kepada orang lain, berhentilah menjadi manusia...
Mungkin boleh meminta menjadi burung (sekurangnya kicauan burung melegakan perasaan yang kacau dan mereka sentiasa berzikir kepada Allah.

Tuesday, January 13, 2009

Our world need a second Hitler...





Rasa pada awalnya hanya bergenang airmata, tapi akhirnya menangis terisak-isak melihatkan kejahatan dan kezaliman syaitan yang bertopengkan manusia di Gaza.Itulah yang berlaku apabila manusia mula berlagak seperti "Tuhan".. hanya Tuhan sahaja yang boleh mengambil dan memberi nyawa kepada segala jenis kehidupan hatta sejenis atom atau sel yang kecil sekalipun.sebagai manusia, sepatutnya kita mempunyai nilai kemanusiian yang tinggi, kewarasan akal dan minda, berfikir dengan logik, kita tidak seharusnya mencederakan manusia lain, apatah lagi 'merentap' nyawa manusia lain, apatah lagi kepada kaum yang lemah seperti wanita dan kanak-kanak...

Tindakan Israel bukan sekadar tidak mengikut undang-undang manusiawi,kewarasan akal dan minda, nilai estetika moral dan agama, malah, nyawa manusia pada mereka, lebih murah daripada seketul batu.pada mereka, mungkin, kehidupan sekadar hanya di dunia ini, saya percaya, balasan yang akan diberi kepada mereka akan jauh lebih dari itu.. Allah maha mengetahui segalanya.

Mengkaji sejarah, semua sedia maklum, dalam perang dunia kedua, kebangkitan Hitler dari Jerman telah menyebabkan jutaan orang Yahudi terbunuh, cedera malah mereka bertempiaran keluar dari bumi Jerman.Pada masa itu, dunia simpati kepada mereka, maklumlah orang yahudi menjadi orang yang terinaya kepada kejahatan dan kejahilan orang Jerman, di bawah pemerintahan Nazi.Melihat kepada sejarah, saya pernah menangis melihat bagaimana seorang ibu berbangsa yahudi yang sedang mengandung kembar dibedah hidup-hidup hanya kerana bangsa jerman mahu melihat perkembangan bayi dalam kandungan... dan akhirannya, semua maklum, mereka semua terbunuh, baik siibu ataupun anak kembar itu...

Kejahatan Israel dinihari bagaimanapun membuakkan semangat sejarah saya semula, mungkin ada baiknya munculnya seorang lagi Hitler baru yang bakal bangun dengan bala tenteranya dan menghapuskan etnik yahudi ini.Mungkin kalau dahulu, Perang dunia kedua di Eropah tidak berakhir dengan kekalahan Hitler, tentunya etnik yahudi ini akan dikejar sampai ke lubang cacing... dan kekejaman hari ini, tidak akan lahir... soalnya dalam kehidupan kita, Qada dan qadar Allah susah ditetapkan, tidak akan wujud tapi, kalau dan kalaulah... begitu dan begini... sejarah sudah terjadi, tapi tidak terlambat jika sejarah bakal berulang, semoga akan lahir lagi Hitler yang kedua.