Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Showing posts with label Tun Dr M. Show all posts
Showing posts with label Tun Dr M. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

High Tea dgn Tun Dr M....

  Saya berjanji akan bercerita mengenai High Tea. Jadi, saya hanya akan bercerita ringkas, tidak semuanya, disebabkan saya mengambil keputusan akan memuatkan detailnya dalam projek novel saya yang terbaru. Seorg doktor muda yang menjadikan Tun Dr Mahathir Mohd, ayahanda Negarawan ini sebagai Idola dirinya. Cuma, okaylah, eritalah sikit2.

       Jadi seawal jam 12 tengah hari, pada hari sabtu yang lepas, saya dan suami sudah bergerak ke DRP Park. Disebabkan saya juga AJK dalam komuniti, saya perlulah berada seawal jam 1 petang, untuk taklimat ringkas dengan Puan Eranee. Saya dengan berbesar hati menerima jawatan sebagai ajk pendaftaran bersama 2 orang ahli yang lain. Agak aneh disebabkan kami semua belum pernah kenal antara satu sama lain. Keanehan dalam fikiran... bagaikan bertemu ahli yang baru cuma, kami hanya pernah bertemu dan menyapa dalam alam maya, di facebook. Tidak menganehkan jika pada zaman baru ini, orang lebih mesra di alam maya daripada alam nyata atau realiti. Bagaimanapun saya yakin dengan group Tun Mahathir ini. Kawan-kawan maya saya tentulah lebih 'akrab' dan 'friendly' di luar alam realiti.

  Jadi jam 1 pm, saya sudah berada di sana. Di sana, bertemu dengan Puan Eranee.  Diberi taklimat ringkas berhubung dengan bahagian 'kerja' kami. Saya, siti dan Ema, diminta berada di tingkat 2, untuk pendaftaran, kerja mudah pada saya. Senarainya sudah tersedia. Kami diminta mengedarkan pass dan kad atur cara yang cantik. Gambar Tun yang sedang tersenyum. Buatkan saya rasa bangga.  Kami sempat melawat ke tingkat 39th, di mana di tempatkan bahagian 'high Tea'. Pemandangan yang 'stunning'. Memang best! Superb!

      Kemudahan di sini mudah. Surau berada di tingkat 5, bagi tetamu Muslim yang mahu mendirikan solat. Seawal jam 2.30 petang, tetamu mulai mendaftar. Pada jam 3 petang sebenarnya, tetamu sudah boleh menjamu selera sambil mengenali antara satu sama lain. Jadi, kami bertiga menunggu sehingga ke jam 4.00 petang. Dan selepas itu kami menuju ke tingkat 39 untuk bersama-sama dengan yang lain. Makanan! Superb! Sedap. Ada beraneka makanan, daripada mee sup, spaggeti, nasi goreng, satay, udang .. (thah saya sudah lupa namanya) beraneka jenis mencuci mulut, kek dan sebagainya. Andai tidak salah mata saya, ada lebih kurang 20 jenis makanan. Dan yang lebih penting, bukan makanan tetapi  ayahanda Tun dan bonda Tun!
     Ayahanda Tun dan bonda tiba pada jam 4.30 petang, dan bermulalah upacara yang menabjubkan. Puan Eranee sebagai pengasas Group ini memulakan ucapannya dengan sebak. Menganjurkan majlis seperti ini bukanlah tugas mudah. Tidak semudah tugas saya yang hanya mendaftar tetamu  untuk masuk ke dalam majlis. Perlukan kesabaran yang tinggi, maklumlah, surat jemputan untuk Tun sahaja memakan masa yang lama untuk dipenuhi. Ayahanda Tun seorang yang amat sibuk. Tun terpaksa memenuhi pelbagai undangan dalam dan luar negara (agaknya lebih sibuk daripada dahulu semasa menjadi pm). Cuma agaknya sudah rezeki kami untuk bertemu empat mata dengan  ayahanda Tun dan bonda. Saya kagum dengan pengasasnya. Sedang menunggu hari, akan melahirkan anak ke lima. (Insya_Allah, bulan depan) Saya tidak fikir akan dapat melakukan perkara yang sama. Menguruskan jemputan, bayaran kepada pihak DRB Park dan sebagainya bukanlah tugas mudah. Saya! Saya tidak sanggup memikul tugas berat seperti itu! Dan ucapan Tun yang stunning' Bisa membuat orang terpaku! Ucapan yang agak bersahaja, seperti biasa. Cuma sesuai dengan tetamu yang rata-ratanya orang-orang muda, ucapan ayahanda agak santai kalau dibandingkan dengan ucapan Tun semasa najlis makan malam yang pernah saya hadiri (masa itu rata-ratanya diwakili oleh parti politik, orang-orang yang lebih tua usianya.. he he) Ucapan Tun masa majlis dinner lebih berbaur politik dan lebih lama. Bagai tidak puas menyaksikan ucapan itu.. dan tentunya saya boleh menonton lagi kerana ucapan itu telah divideokan. Lama juga, lebih kurang 15 minit.
    Selepas itu, upacara santai. Ada tetamu yang bertemu Tun untuk menandatangi buku dan sebagainya. Dan upacara yang dinantikan, upacara bergambar. Kami bergambar mengikut kategori. Terdapat pelbagai kategori, Ajk, dan sebagainya. Dan suami saya, dalam diam rupanya, berpeluang berjabat tangan dua kali. Kata suami, Ayahanda Tun memang berkarisma. Sekali berjabat, rasa mahu dicuba berkali-kali. Dan saya; terlalu sibuk menekan lensa kameradan video.

    Berharap akan berkesempatan lagi bertemu Ayahanda  Tun Dr Mahathir Mohamad dan Bonda Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Keduanya negarawan yang saya amat kagumi. Dan saya suka mengingati Tun Dr M yng rajin mengusik bonda. Dan bonda pula, malu-malu, menguis ayahanda perlahan apabila diusik. Bayangkanlah ayahanda dan bonda yang sudah hampir 60 tahun bersama. Tabik! Bukan mudah memperjuangkan rumahtangga bahagia sehingga ke hujung usia! Bangga bertemu lagi ayahanda dan bonda Tun berdua.

 

Thursday, October 7, 2010

Teater Tun Dr Mahathir.. Best



   Saya bukan seorang yang suka menonton teater, jauh sekali 'hantu' teater.. Saya memang tidak suka sebarang program nyanyian apatah lagi tarian.. saya tidak suka melihat rancangan seumpama ini. Melihat orang terkinja-kinja menari, hmm, just not me. Bukannya sebab cuba 'bersikap' alim kucing cuma itulah saya sejak dahulu lagi. Kalau zaman budak-budak lagi, masa itu fun fair, saya hanya bertahan menonton 3-4 lagu, dan terasa mahu pulang. Saya tidak selesa duduk-duduk di rumah / bangku dengan ramai orang menjerit sebab saya allergik sekali dengan bunyi orang menjerit! (murid saya tahu sangat kalau kelas mereka bising sebelum saya mengajar atau baru masuk, mereka akan kena berdiri sampai semuanya senyap) Entahlah! Saya pening apabila berada dalam suasana bingit! Di rumah pun, saya tidak akan menonton Akademik Fantasia, Mari Berdansa dan sebagainya.. it's just not me! Jadi bayangkanlah bagaimana mahu mendorong orang seperti saya, yang tidak suka program nyanyian dan tarian melihat teater musikal.. Hah! pelikkan?

Apakah yang mendorong saya ke sana?
1.Tetapi saya memang ber'hantu' sekali dengan Tun Dr.M. Saya bangga sekali dengan 'bapa pembangunan moden' ini. Saya suka idea Tun. Saya mengikuti sejarah Tun dari segenap segi. Dibandingkan dengan Pm yang lain, yang tidak begitu saya kenali. Saya membesar semasa pemerintahan Tun. Jadi saya dapat mengikuti semua perkembangan negara yang mendewasakan saya! Jadi berpeluang menonton sejarah diri Tun, tentulah sesuatu yang menyeronokkan.

2. Istana Budaya: saya juga selesa dengan IB, maklumlah sebuah panggung bertaraf antrabangsa. Kali ini merupakan kali kedua saya ke sana. Kali pertama apabila menonton Konsert  Dato' Siti Nurhaliza! Itupun sebab minat dengan Siti dan kawan yang mengajak sangat! he he..

  Cadangan: jika memilih tempat di IB, sebaliknya pilihlah di Grand Stand, di bahagian tengah terbaik, tetapi di kiri kanan pun okay. Grand stand bermakna di bahagian tingkat pertama. (bawah, grand dan tingkat dua) Jika berada di bahagian bawah, jika ada persembahan bermula dari pintu ( diadakan untuk gimik dan sebagainya, anda tiadk berpeluang melihat di bahagian bawah. Jika di tingkat 2 juga, pentas kelihatan kecil... dan tidak berpelung melihat lakonan/ gimik yang bermula di bahagian pintu)

3. The show: fantastik, fun, musik hebat.. bak kata amatur macam saya ni: two thumbs up!! bagus. The skrip are briliant... the ideas mencakupi bahagian sejarah, kisah cinta (romantik)..  perjalanan ceritanya tidak menjemukan.. alangkah bagusnya sekiranya teater ini diteruskan nanti ketika murid spm tamat peperiksaan! Memang best.

4. Menonton teater ini merupakan salah satu cara mudah memahami sejarah perkembangan negara. Dan untuk individu yang tidak memahami sejarah, menontonnya memudahkan cara kerana penerangannya jelas. Contohnya diterangkan tentang Malayan Union (untuk yg tidak memahaminyalah) Cara menyusun prop dan sebagainya, teratur dan tidak mengganggu stage langsung. Seandainya berpeluang saya pasti akan menonton lagi dan lagi dan lagi dan lagi!

5. Cuma saya rasakan cafe IB patut dimajukan lagi. Untuk mencapai dan mengekalkan taraf antarabngsa, cafe sebegitu tidak cukup untuk 'dilabel sebagai antarabangsa'. Harapnya pengurusan IB akan melakukan sesuatu tentang hal ini. Jika struktur cafe diubah, saya percaya lebih ramai lagi orang akan singgah makan di situ!

6. Agak kecewa kerana CD lagu yang dibeli tidak dinyanyian oleh penyanyi asal teater. Di pentas, nyanyian antaranya, nyanyian Erra, but Cd nyanyian orang lain. Kurang sedap dibandingkan dengan  nyanyian Erra sendiri!

Over all: Two thumbs up!!

Sunday, December 20, 2009

Dinner with Tun Dr Mahathir.

Well,semuanya berjalan lancar. Dinner yang sedap, dapat bergambar dengan Tun dan Tun Dr Asmah.Dapat mengambil berpuluh gambar Tun. Dapat peluang memberi novel ke tangan Tun sendiri. Well.Tidak bercadang menulis panjang,perlu tidur,esok perlu bangun awal untuk menaiki feri paling awal, 7.30 pagi untuk balik ke KL.Insya-Alah saya akan tuliskan cerita detailnya selepas pulang ke KL

Saturday, February 14, 2009

Tun yang saya kagumi 2

Saya harap bagi anda yang belum membaca rencana kasih sayang dan cerita Tun di Berita Harian, sudahpun membacanya. menarik bagi saya, sangat menarik, sememangnya kerana sepanjang perkhidmatan Tun sebagai PM, jarang sekali kita membicarakan tentang kisah rumah tangga dan cinta sepanjang hayat mereka berdua, sebaliknya, setiap saat kita disajikan dengan cerita politik, sumbangan tokoh ini, masalah negara dll.

Dan saya terpanggil untuk menulis tentang cerita cinta Tun bukan kerana sempena sambutan valentime... istilah ini tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya. Keluarga saya mahupun suami, tidak pernah menyambutnya seumur hidup kami. Kepada saya, kasih sayang, cinta, kasih, intan, apa pun perasaannya, biarlah kekal sepanjang hayat, seperti yang dipetik dengan kata-kata Tun dan isteri.Sebagai seorang muslim, kasih sayang adalah anugerah yang tidak boleh hanya dinilai, ditayang atau ditunjukkan sehari dalam setahun... sahaja...

kebetulan, ada di antara murid saya, yang bertanya,' cikgu sambut valen tak?"

Jawab saya, 'Tidak... as a muslim, I should not celebrate valen day'... 'and as a muslim, I in fact, celebrating feeling ..abt love every day"

kata murid saya, jadi tak payah lah belikan cikgu hadiah.

Saya tersenyum sahaja. kalau mahu belikan saya hadiah, belikan saya hari-hari la. (he he ) saya menjawab, nakal, sekadar di dalam hati.

kenapa saya mengkagumi Tun?... nampaknya, tidak susah untuk menjawabnya... banyak yang saya kagumi tentang Tun... pun, saya kenalah berfikir seharian, bagi mencari 1 juta sebab saya mengkagumi Tun.... saya pernah bertemu Tun suami-isteri secara peribadi, semasa itu saya masih berada dalam dalam tahun ke 4,di UKM dalam tahun 90-an, bekerja di Lapangan Terbang Langkawi, semasa cuti semester, malangnya, tidak membawa kamera... jadi, huh... alangkah baiknya jika saya membawa kamera ketika itu...

Satu pengalaman peribadi yang lain, saya sudah lupa tahunnya, saya memandu kereta di langkawi, ketika pulang bercuti (saya sudah bekerja, masih muda trang tang tang... he he), saya berhenti di lampu trafik, dari arah yang berlainan, kedua mata saya terpandang Tun dan isteri dalam pacuan empat roda,(Tun yang memandu sendiri) jadi disebabkan saya ini peminat fanatik, saya lambaikan tangan saya ke arah Tun.dan yang seronoknya, tun melambai balik kepada saya, hasilnya, saya terlompat-lompat macam kera, dua bulan asyik bercerita hal yang sama, agaknya, member pun bosan...

Entah, bila pulak, akan bertemu Tun lagi?? Akan saya ambil gambar, beribu keping bersama Tun...seperti sekeping gambar bapa saya bersama Tun yang terpampang diruang tamu rumah di Langkawi, hmmmmmmm bestnya...

Tun yang saya kagumi



Mahligai cinta 2 Tun

Oleh Fadzlena Jafar
fadzlena@bharian.com.my


Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah kongsi rahsia keutuhan perkahwinan

BUKAN mudah mengahwini insan ternama. Apa saja yang dilakukan pasangan, pasti tempiasnya terkena jua. Namun, bak kata orang, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Mungkin itulah pegangan bekas Wanita Pertama Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Bersuamikan orang politik, apatah pula suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memegang memegang portfolio tertinggi sebagai orang nombor satu negara, bermakna beliau perlu bersedia berkorban masa dan tenaga.

“Saya fikir, saya mampu memahami kerjaya suami sebagai ahli politik kerana kami sama-sama bermula sebagai doktor. Kerjaya ini (doktor) ada kalanya menyebabkan suami perlu balik lambat, tetapi saya memahami kerana saya juga seorang doktor. Apapun, kita harus percaya dan bertoleransi dengan suami. Jangan cemburu tanpa sebab. Apa yang penting, biar sesibuk mana sekalipun, kita perlu cari masa untuk meluangkan masa bersama pasangan dan anak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dalam hubungan ini, Dr Mahathir akui, meskipun isterinya reda dan tabah mengharungi pelbagai cabaran bersamanya, sebagai suami perasaan bersalah tetap ada, terutama apabila meninggalkan isteri sendirian bersama anak. Antara kenangan tidak dapat dilupakannya apabila beliau dalam dilema terpaksa memilih antara berada di sisi isterinya menyambut kelahiran anak mereka, atau menghadiri sidang Parlimen pertamanya.

“Saya masih ingat lagi satu kejadian pada 1964, ketika itu saya baru memenangi pilihan raya pertama saya. Dia (Dr Siti Hasmah) pula sedang menunggu masa melahirkan Mukhriz. Saya sedang bersiap sedia untuk menghadiri sidang Parlimen saya yang pertama, tiba-tiba air ketuban dia sudah pecah. Tetapi, dia beriya-iya suruh saya pergi juga. Bayangkan ketika itu perjalanan dari kedah ke Kuala Lumpur ambil masa yang lama dan saya hanya dapat melihat mereka (Dr Siti Hasmah dan Mukhriz) selepas dia bersalin.

“Memang saya rasa bersalah, tetapi kami berpendapat dalam rumah tangga, suami dan isteri perlu saling memahami. Paling penting, kita tidak terlalu mendesak masa untuk bersama, tetapi tidak bermakna sampai tiada masa langsung untuk keluarga,” katanya.

Ini diakui sendiri Dr Siti Hasmah. Sebagai isteri, katanya, beliau memahami sidang berkenaan amat penting bagi suaminya, menyebabkan beliau sendiri menyuruh Dr Mahathir segera berangkat memandangkan perjalanan yang terpaksa dilalui agak jauh.

Bukan cinta pandang pertama

MEREKA berkenalan ketika menuntut di Kolej Perubatan King Edward di Singapura pada 1947. Dr Mahathir mengakui, cinta mereka bukan cinta pandang pertama, namun menjadi rapat kerana sering belajar bersama.


SALING memahami.

“Dia satu-satunya pelajar wanita Melayu, sebab itulah kot (jatuh hati). Ada enam pelajar lelaki lain, semuanya sentiasa bersedia hendak tolong angkat beg dia. Saya pula dibesarkan dalam keluarga yang ramai lelaki, jadi tidak tahu bagaimana hendak ‘tegur’ perempuan. Saya tengok kawan lain tolong angkat beg dia, saya pun buat juga. Tetapi, saya selalu ajar dia (pelajaran), itu yang mungkin membuatkan hubungan kami menjadi rapat,” katanya..

Mereka mendirikan rumah tangga pada usia agak lewat bagi zaman itu, iaitu Dr Mahathir pada usia 30 tahun, manakala Dr Siti Hasmah, 29 tahun.

Dr Siti Hasmah berkata, kelewatan itu disebabkan mereka hanya berkahwin selepas menamatkan pengajian dan housemanship bagi memenuhi permintaan bapanya.

“Ayah saya tahu mengenai hubungan kami itu. Jadi, satu hari dia telefon saya dan kami berbual mengenainya. Dia minta saya berjanji supaya menamatkan pengajian dulu sebelum berkahwin. Suami saya tamat pengajian pada 1953, dan saya pula pada 1955. Setahun kemudian kami berkahwin,” katanya.

Lumrah bercinta, ada pasang surutnya. Begitu juga dengan perhubungan mereka sebelum berkahwin. Ketika ditanya mengenai cabaran itu, Dr Siti Hasmah tidak menafikan sepanjang persahabatan itu mereka berdepan pelbagai dugaan, tetapi demi janji yang dipegang sejak sekian lama, mereka berjaya melaluinya.

Malah, Dr Mahathir turut mengakui seperti pasangan lain ketiak muda dulu, cemburu tetap ada, terutama apabila melihat Dr Siti Hasmah dengan lelaki lain.

“Ada juga masa berkawan dulu, saya nampak dia berbual dengan lelaki lain, saya cemburu. Begitu juga apabila dia melihat saya bersama wanita lain. Tetapi, lama kelamaan kami faham sebenarnya tidak ada apa yang berlaku. Jadi, perhubungan itu berkekalan,” katanya.

Dr Siti Hasmah akui, sepanjang perkahwinan mereka, beliau sudah masak dengan tumpuan yang diterima suaminya khususnya daripada orang ramai. Malah, sering kali juga beliau terpaksa ke tepi bagi membolehkan orang ramai yang ingin merakam gambar kenangan bersama Dr Mahathir.

“Pernah sekali ketika kami ke Suria KLCC, ada sekumpulan wanita yang terserempak dengan kami berasak-asak hendak mengambil gambar bersama dia (Dr Mahathir) sehingga saya terpaksa bergerak jauh ke tepi. Kebetulan saya terpandang ada pasangan yang ketika itu berada pada tingkat atas melihat senario itu dan mereka ketawa melihat keadaan berkenaan, lalu menjerit ke arah saya ‘tak jealous ke Tun?’.

“Saya juga ketawa kerana apa yang berlaku itu perkara biasa bagi saya. Tiada cemburu, kerana kami saling memahami,” katanya.

Pastikan perselisihan faham tidak berpanjangan

Melihat pasangan berkenaan yang saling usik mengusik sepanjang wawancara dilakukan, jelas sekali keserasian dan kebahagiaan antara mereka. Kini sudah lebih 50 tahun pasangan bahagia itu melayari bahtera perkahwinan bersama.

Namun, Dr Siti Hasmah akui, seperti pasangan lain, perselisihan faham tetap ada. Bak bait puitis lagu Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia biasa. Begitu jugalah dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah.

“Dia selalu komplen, saya lambat (bersiap terutama untuk menghadiri majlis). Kita ni wanita, biasalah banyak barang yang perlu seperti beg dan aksesori yang bersesuaian dengan baju. Jadi itulah yang lewat bila hendak cari yang sesuai. Suami saya pula seorang yang organize. Setiap malam, dia sudah sediakan semua keperluan seperti baju dan kasut untuk keesokan hari.

“Selain itu, sebagai ibu, kita selalu ada benda yang hendak arah anak sebelum keluar dari rumah, terutama pada waktu malam dan saya juga ada tabiat, mesti tutup lampu bilik sebelum keluar. Jadi, selalu kena marah, masuk kereta masam muka dan apabila tiba di majlis tidak bertegur sapa. Namun, akhirnya saya sedar kesilapan yang dilakukan dan kami berbaik semula. Tetapi, bagi menyelesaikan masalah ‘lambat’ itu saya suruh dia (Dr Mahathir) yang tutup lampu,” katanya tersenyum memandang suaminya mengenang peristiwa lalu.

Menariknya, Dr Mahathir berkata, beliau turut mempunyai jalan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

“Sebenarnya, saya seorang yang obses dengan ketepatan masa. Susah nak faham perempuan, ginculah, beg mesti sama warna dengan kasutlah… Oleh kerana dia selalu lambat, saya akan duduk dalam dressing room dan tolong carikan apa yang dia perlukan. Kasut ke, aksesori ke, beg ke, bagi pastikan dia dapat lebih cepat (bersiap),” katanya tersenyum.

Melihat kepada senario hari ini yang mana semakin ramai pasangan baru mendirikan rumah tangga sudah bercerai, Dr Mahathir mengakui sedih dengan keadaan itu. Baginya, perceraian akan meruntuhkan keharmonian keluarga dan mendatangkan lebih banyak masalah khususnya trauma kepada anak-anak.

Beliau berkata, apa yang berlaku hari ini mungkin disebabkan perubahan nilai budaya. Jika dulu, kebanyakan pasangan muda baru berkahwin mendapat perhatian daripada keluarga masing-masing, tetapi hari ini yang mana kebanyakan generasi baru sudah berhijrah ke kota menyebabkan tiada yang memerhati dan memberi nasihat.

“Orang dulu anggap perceraian itu sesuatu yang teruk sekali, tetapi hari ia seperti perkara biasa. Sebaiknya, apabila kita sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, kita perlu memikirkan bahawa kita sudah mempunyai tanggungjawab. Jika kita ada rasa tanggungjawab itu, kita akan fikir caranya untuk berbaik semula apabila bergaduh, bukan terus bercerai.

“Sedih mengenangkan ramai wanita yang menjadi ibu tunggal. Saya berasal daripada keluarga yang konservatif. Bagi kami, kita hanya ada seorang isteri saja. Bapa saya berkahwin dua, tetapi dia berkahwin dengan isteri keduanya selepas emak, isteri pertamanya meninggal dunia. Paling penting, kita perlu saling bertoleransi dan jangan berharap supaya pasangan anda menjadi seperti apa yang anda mahukan. Dia ada personaliti sendiri, jadi anda perlu bersedia menerima kekurangan masing-masing,” katanya.

Paling penting, kata Dr Siti Hasmah, perlu saling memahami dan bertoleransi. Jangan hanya kerana perkara remeh membawa kepada perceraian kerana kesannya ialah anak yang kehilangan kasih sayang ibu dan bapa.