Buku kedua saya, banyak bab lara, pendek kata, tergoleklah baca. Kalau yang kaki nangis, sediakan sekotak dua tisu. Ayau sediakan kain tuala ukuran besar punya. Petikannya akan saya letakkan di blog, Cinta Sikunang-kunang (CSKK) selapas buku saya diterbitkan. Bukannya apa, mengikut Akta penerbitan, jika dipaparkan di web sebelum buku diterbitakn, dan berlaku plagiat (ada orang lagi yang menggunakan petikan dan bukunya diterbitkan dahulu, sukar dibuktikan di mahkamah sekali pun yang dia meniru petikan kita.. jadinya seolah kita pula yang meniru manuskrip/buku dia. Kan susah nanti.) Seandainya buku sudah keluar, sudah sah-sah petikan tu kalau ditiru, adalah plagiat.
Dalam meniti zaman di mana, percaturan baik dan buruk sudah hilang, kenalah sekadar berjaga-jaga kan!
Dalam menyiapkan manukrip ketiga pun, tajuknya ..hm.. rahsia dulu, .. P & B, ada juga bab Lara. Bab beginilah yg paling tension. Bab lara begini membuatkan hati saya pun menjadi lara juga, pasti menangis sama. Menurut seorang rakan saya, Izan : seperti pengarang buku 'Romancing The Stone' yang menanggis ketika menghabiskan bukunya.. Dalam CSKK pun, agaknya berkolah masjid saya menangis. Banyak orang Giler!! he he..
Dalam minggu ni juga bercadang menghabiskan bab lara, kalau bernasib baik, esok boleh habiskan..kalau tidak kepenatan dan ketiduran... kadangkala bila menulis ni, tidak mahu berhenti begitu saja... tak syok untuk menyambung balik ayat dan storyline.. banyak kita bercakap juga, tak kan mahu tinggalkan 'tergantung begitu saja'... Lara : cepatlah berlalu!
2 comments:
kak nora...
kalau saya baca buku akak, konfirm berkotak2 tisu saya kene sediakan. maklumlah.. saya ni mmg secara semulajadi pun kaki nangis. hahahahh
Ha ha ha.. Dimensi Cinta memang tak sedih.. sedih sikit: frust sikit je.. yang CSKK tentu tak cukup sekotak tisu.
Post a Comment