Terdengar suara adik ipar saya memanggil dari luar bilik. "Kak Nora tidur ke?" Jawab saya, "Tak." Ayatnya selepas itu membuat jantung saya tersentak,"Ada bayi dibuang di belakang rumah." Saya segera mengenakan tudung dan menuruni tangga ke kawasan ke belakang rumah. Pagar rumah saya berhadapan dengan jalan besar. Kelihatan ada tape kuning polis yang diikat dengan tiang tangga rumah, seluas kawasan berbentuk segitiga kecil.Kelihatan beberapa orang polis, dan pemberita. Sebelah jalan telah ditutup (hanya sebelah jalan dibuka) bagi memudahkan sesi siasatan polis. Pada masa itu jam sudah menunjukkan jam 7.00 malam.
Bayi itu telah ditutup dengan palstik hitam. Saya sedih benar dengan keadaan ini. Apalah dosa bayi ini sehingga diperlakukan sedemikian rupa. Yang bersalah mak dan bapanya yang barangkali tiada lagi perasaan kemanusian dan jiwa yang sudah dipenuhi dengan perasaan kebinatangan. Yang peliknya, belum pernah saya melihat anak kucing yang mati ditinggalkan di jalan itu, tidak juga anjing atau tupai. Nauzubillahhiminzalik. Saya tidak dapat memahami bagaimana mereka sanggup melakukan perkara sedemikian rupa.
Seorang inspektor mendapatkan keterangan adik ipar saya, sekadar kepastian yang kami tidak sempat melihat apa-apa perbuatan atau tindakan yang mencurigakan sebelum ini. maklumlah, petang tadi hujan, petir agak kuat: seolah ribut. saya sendiri berbaring malas di bilik setelah agak lambat pulang dari sekolah. (jam 4.30 petang)
Situasi membawa pulang mayat bayi ini hanya selesai pada jam 8.40 malam, setelah siasatan dilakukan oleh sepasukan forensik. Sempat mengintai wajah bayi yang dipusingkan, cukup sifatnya. I hardly can't stop crying.. hibanya melihat keadaan ini. Menurut jiran saya, bayi itu bayi lelaki. Apa pun yang telah berlaku, saya harapkan ibubapa bayi ini akan bertaubat dengan sebesar-besar taubat. Melakukan zina sehingga mengandung anak luar taraf, dan membuangnya pula di tempat awam.. (saya tidak tahu, adakah bayi ini mati di tempat kejadian atau sebaliknya) Jauh di sudut hati, nasib baik manusia ini mengandung selama 9 bulan 10 hari (+ -+) kalau tidak, kes akan meningkat sehingga 4 kali banyaknya jikamanusia hanya mengandung selama 3 bulan seperti kucing...
Selaulnya hanya membaca di akhbar dan mendengar berita, kali ini betul2 di belakang rumah sendiri.. ya Allah... Kejamnya manusia.