Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Lokasi: Adelaide,Australia Sinopsis BAB 7 : MEMBAWA HATI LARA ;Penulis cuba menghurai kepada pembaca bagaimana kemelut cinta ...
-
Sesudah memulakan tahun ini dengan berita kehilangan 'mak' saya,saya menerima berita baik hari ini. Finally adik angkat kesayangan s...
-
Al-Fatihah,Bonda mertua yang saya kasihi Hajah Fatimah binti haji Omar, telah kembali ke Rammatullahpada 26 Dis 12.20 malam dan selamat dise...
-
Sampai semalam 28 Mei.08 jam 2 petang.Dari Pj 5.15 pagi, feri pukul 12.00 tengah hari.Tiket feri nak naik lagi, dulu RM 17.00 sekarang sudah...
-
PETIKAN BERITA HARIAN 4 DISEMBER 2009 RUANGAN SASTERA, PENGARANG : NURUL FARINA NAZLAN Muka surat 29 Nora Fuad sengaja ledakan simpati, ...
-
Hari ini dalam keterpaksaan,saya berjaya habiskan bab ke 6 manuskrib baru. Adus! agaknya apabila kehidupan bahagia,susah sikit mahu tulis ba...
-
7 mei, sampai di klinik Hamid Arshad, Bukit Damansara..saya pesakit pertama tiba perut terasa lapar gila sebab last makan dan minum jam 12 m...
-
Murid saya bertanya,bagaimana boleh cikgu Suka sejarah. Saya katakan, "Not just like, I luv history." "Then cikgu...
-
Hari ini kertas 2 sejarah SPM berakhir,lega rasanya... Dari semalam,saya tidak nyenyak tidur,maklumlah, risau juga dengan my kids di sekolah...
-
A Thought on Appreciation "Live in the moment and treasure every breath. I know for sure that to be present with yourself is the mo...
Friday, January 6, 2012
Kehilangan itu satu kedukaan..
Wednesday, July 21, 2010
Patah hatiku.. al fatehah
Marilah kita sama-sama berdoa : Untuk yang dikasihi Sister Dalilah Tamrin:"Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sihatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air iss dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka. "
Petang 19.Julai saya menerima panggilan daripada biras saya, Amy, katanya sister Dalilah Tamrin meninggal dunia. Dia kebetulan menerima panggilan daripada kawannya juga. Saya tergamam sekejap. Walaupun sering membaca daripada blog sister Dalilah, agaknya dalam beberapa minggu ini, saya agak sibuk (dan problem dengan internet agak lama juga)dan tidak berkesempatan membaca blog sister Dalilah (jadi saya tidak mengetahui yang kesihatan sister Dalilah tidak begitu baik kebelakangan ini.) Anda boleh membaca link di blog saya, "onebreastbouncing" dengan tajuknya Too many is too little (tajuk terakhir allahyarhamah bertarikh 19 Jun 2010)
Sesiapa sahaja pembaca yang membaca entri ini, saya harap kita sama-sama akan menghadiahkan Allahyarhamah Dalilah dengan bacaan al-fatihah. Semoga sister dalilah akan berada di bawah kesejahteraan dan Kasih SayangNya. Amin. Saya pasti keluarga & teman@ rapatnya akan lehilangan dia selama-lamanya.. memori bersama di Fb akan kekal selama-lamanya. Dia akan terus kekal di hati kita.
**********************************************
Thursday, April 29, 2010
Nenek saya..al Fatihah

Sunday, February 28, 2010
Hati saya berbalam-balam...al_fatihah

Hati saya berbalam-balam (tidak berapa jelas/kabur)... tidak tahu untuk berasa lebih bahagia atau sedih. Tiga hari yang lepas, saya menerima berita gembira, sepupu saya Suhaiza selamat melahirkan anak ketiga, seorang bayi perempuan. Hari khamis pula,biras saya, Zaleha selamat melahirkan anak ketiga mereka, Al-Faruqi.
Sejak seminggu lepas (actually dua minggu lepas) adik ipar saya dan isterinya (biras saya) berulang-alik dari pj ke T'ganu kerana bondanya tidak sihat dan dimasukkan ke wad. Hati saya sudah bercampur, antara sedih dan kasihankan mereka. Ibu mertua saya baru sahaja kembali ke Rahmatullah pada 26 Disember (baru sahaja 2 bulan lebih).. dan kini pula ibu mertua ipar saya ini tidak sihat. Walaupun mereka nampak tenang,kerana barangkali kuat menyembunyikan kesedihan, saya sedari jauh di sudut hati mereka, mereka menyimpan perasaan yang sangat sedih. Tiada seorang anak/menantu pun yang tidak akan kesedihan melihat bonda kita yang tidak berada dalam kesejahteraan. Agaknya, airmata saya yang melimpah lebih banyak kerana saya ini mudah sangat menangis, dan tidak bererti mereka yang tidak menumpahkan airmata tidak mempunyai perasaan sedih.
Hari ini saya menerima berita bonda kesayangan mereka, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6.05 petang di Hospital Kemaman, T'ganu. Airmata saya terus gugur, bukan bermakna tidak merelakan dia pergi mengadap Yang Azali, cuma kesedihan mengingati kedua ipar dan isteri yang kehilangan kedua bonda mereka berselang 62 hari. Peristiwa ini tentunya sesuatu yang Berat untuk ditanggung. Saya percaya, seperti yang disebut Allah, Allah hanya akan memberati kita dengan sesuatu yang sanggup kita tanggung. Hidup kita telah ditentukan Qada dan Qadarnya.
Wednesday, December 30, 2009
Tahun baru tanpa mak
Saya masih ingat kata suami saya,rendang mak 'something happen',tidak pernah terjadi santan yang mahu dibuat rendang menjadi masam.... sudah berpuluhan tahun mak memasak rendang,belum lagilah santan itu masam.
Mesyuarat saya hanya tamat jam 2 petang,saya bergegas ke rumah kerana mak ngah dan mama saya ada di rumah. Segera mengerjakan zohor dan membawa mereka ke one u. Semasa mereka masih bersama kitalah,kita sepatutnya membuatkan mereka bahagia... dan ingatlah setiap perbuatan baik kita mendapat ganjaran Allah. Itu yang selalu mak beritahu dan ingatkan saya...
Saya menjadi pelik dengan sesetengah sikap menantu perempuan,kononnya sayang sangat akan mertua,tetapi kerap membuli mertua... sengaja duduk-duduk di hadapan tv sementara mak mertua memasak di dapur.. kemudiannya datang makan sahaja... lepas tu membiarkan pulak ibu mertua membasuh pinggan yang digunakan. Dan yang lebih memelikkan sikap anak lelaki yang membiarkan sahaja isteri membuli ibu mertua,tanpa pun menyedari keduanya menempah saham ke neraka... kalau terdetik di hati ibu yang dia keletihan kerana perbuatan anak menantu,kita yang berdosa. Malah ada yang sengaja meminta mak mertua menjaga anak-anak,membasuh baju,mencuci rumah,memasak persis orang gaji. Kita yang sepatutnya membasuh bajunya,memasak hidangan untuknya,membersihkan bilik untuknya,dan menyediakan segala keperluannya. Itulah tandanya kita mentaatinya dan memuliakannya.. yang peliknya pula,orang sebeginilah pula yang nantinya melolong,menangis berirama di perkuburan ibu... masa itu hakikatnya sudah terlewat... Sekiranya ibu tadi memaafkan perbuatan kita,tidak mengapalah,tapi kalau ibu tidak memaafkan kita,nampaknya kita memang sengaja menempah tiket ke neraka. Nauzubillah himinzalik.
Mama dan mak ngah saya sering mengingatkan saya yan saya kena bersabar dengan kerenah mertua kerana dia adalah ibu saya juga. Dan saya sangat bernasib baik yang mertua saya sangat baik orangnya. Tidak susah untuk menyanyanginya. Saya pernah ingatkan suami,yang dia tidak boleh menampar saya tanpa sebab lain tetapi jika saya menderhaka kepada mak saya,tampar sajalah saya supaya saya insaf akan kesalahan saya. Biarlah saya kesakitan di dunia daripada tersiksa di alam barzah atau di neraka.
Saya menjadi sedia apabila suami mengatakan,"nampaknya masakan mak kali turut di bawanya pergi". Walaupun saya ada menyalin resepi mak,tapi saya tahu 'airtangannya' tak akan sama dengan masakan saya. Saya bertanya pada suami,"Abang tak sedih ke melihat mak pergi?" Sebab saya tengok suami relax je. Kata suami,"Mulanya sedih juga,tapi melihat wajah senyum mak,abang tak jadi sedih." Dan suami katakan balik kepada saya,"kenapa mesti meleleh airmata melihat mak pergi,kita mesti redha."
Saya katakan,"Saya bukannya tak meredhai mak pergi,saya cuma sedih wajah yang saya tatap itu takkan saya tatap lagi,tangan yang saya sentuh itu tak dapat disentuh lagi,saya tidak akan mendapat lagi kasih sayang mak,nasihat dia tentang agama serta pandangan dia tentang kehidupan..." Mak mungkin tiada PHD dalam pendidikannya,tapi dia kaya ilmu kerana kerajinannya membaca... Saya percaya,mak berada dalam kesejahteraan dalam perlindungan dan RahmatNya. Amin.
Tuesday, December 29, 2009
Terima kasih semua
Pada malam mak baru sahaja meninggalkan alam fana ini,saya terus menelefon mama saya di Langkawi,malangnya tiada tiket kapalterbang untuk ke sini. Saya cadangkan
mama saya ke Machang Bubok dan mengajak mak ngah saya ke sini juga dengan kereta api (memang terasa bimbang menaiki bas ekspres)Alhamdullillah,mama dan mak ngha tiba hari ahad. Selepas mengambil mereka di KL Central,kami lakukan marketing (untuk memasak untuk kenduri tahlil)... Kebiasaan biasa di kampung,manalah ada menggunakan khidmat catering,lagi pun memasak sendiri terasa lebih seronok. Alhamdulillah,dengan dua orang ibu ini,hidangan sekadar ucapan terima kasih telah berjaya dilaksanakan. Semasa memasak,ingatan kami terus kepada aruah mak,kebiasaan jika mama /m ngah datang,(atau saya sendirian di dapur pun)mak akan berdiri di pintu dapur untuk bersembang (atau akan duduk di kerusi dapur)menemani kami/saya memasak. (dan kebetulan banyak kali juga mama dan mak ngah bertemu sehingga sudah begitu mesra)
Dan kebiasaannya kalau keluarga saya bertandang,mak akan risau sangat dan bertanya jika ada makanan dalam peti ais kerana tetamu mestilah dilayan dengan baik.
Saya sering mendengar pelbagai komen mengenai mak mertua orang lain,mak saya ini terlalu sempurna untuk diperlekehkan. Aruah tidak pernah menengking,tiada rungutan,sangat beriman dan bersyukor orangnya... cuma saya rasa takut dengan teguran dan pesanan mak yang telah ditingalkan kepada saya untuk disampaikan kepada adik-adik saya yang lain... pada saya itu adalah amanat mak yang penting.
Barang-barang pemberian aruah akan menjadi pemberian yang sangat berharga pada saya... dan kenangan yang manis terhadap mak akan kekal bersama saya selamanya.
Monday, December 28, 2009
Kenangan Allahyarmah mak...
Sebagai anak (menantu anak pertama tetapi ketiga dalam keluarga )walaupun sedikit sahaja jasa saya,saya meredaikan pemergiannya ke pangkuan YANG MAHA KUASA,sekadar akan merindui bukan sekadar biasa... Saya bersyukur menjadi orang yang terakhir bermalam bersamanya di saat dia tertidurkan akibat morphin,(bagi meredakan kesakitannya)orang yang terakhir membawa beliau ke bilik air,orang yang terakhir menggantikan baju kepadanya,orang yang terakhir membelai rerambutnya,menurut belakangnya dan orang yang terakhir bergurau dengannya. Mak saya kelihatan kurus sangat akhir-akhir ini, dan saya katakan kepadanya,"mak,kena belajar ilmu kurus mak." dan mak hanya tersenyum. Cuma terkilan ayat terakhir saya,"mak,nora balik dulu,nanti petang nora datang lagi..." sebab sehari semalam di hospital,saya balik tengah hari khamis untuk mandi dan tidur sekejap,petangnya apabila saya pergi semula ke hospital,mak sudah 'bermandikan wayar' dan mesin dan sudah tidak sedarkan diri lagi.Banyak lagi yang saya ingin katakan pada mak,betapa kasihnya saya pada mak,tapi saya tahu mak akan mengerti semua itu.
Banyak perkara-perkara kebiasan yang mak lakukan dan tidak beliau lakukan pada tahun ini.Contohnya,selalunya pada musim cuti sekolah,dia akan datang ke rumah saya. Saya akan melayaninya bersembang,makan,dan kebiasaannya kami akan menonton televisyen bersama,menonton al kuliyyah,dan rancangan berilmu yang lain,hatta saya kadangkala menonton American Idol (dan mak akan menonton juga bersama saya setelah selesai bersembahyang dan wiridnya ,saya akan bercerita kepadanya,apa yang dinyatakan oleh panel hakim,bagaimana mengundi dan sebagainya)
Pada cuti sekolah tahun ni,mak tidak mahu ke sini walaupun diajak oleh anak-anaknya. Mungkin,seolah terasa akan meninggalkan kami,mak tidak mahu lebih banyak kenangan yang bakal ditinggalkannya.
Selalunya semasa menemankan mak makan tengah hari,saya akan mencungkil cerita mak yang lama-lama sampaikan tangan kaki kering (sebab tangan tidak berbasuh selepas makan tengah hari)banyak sebenarnya cerita hidup mak yang manis-manis sehinggakan sehingga kalau saya ceritakan dalam novel akan melebihi 10 jilid. Manisnya seyuman mak ketika menceitakan perkara indah semasa peristiwa lama berlaku.Satu ketika ketika saya bergurau dengan mak,mak sampaikan menepuk bahu saya kerana geli hati. Mak berbeza karektor dengan saya, saya ni pandai loyar buruk dan bergurau... mak tak padai menegnakan orang dan bergurau, but mostly akan ketawa jika saya menceritakan sesuatu.
Pesanan mak untuk diri saya,"sembahyang,sembahyang dhuha dan bersyukur kerana dengan bersyukur kita akan mendapat rezeki yang berganda." Kebiasaan kalau bertemu mak dan di akhir pertemuan saya akan berkata,"mak jumpa lagi."bersalam dan berpeluk.Malangnya di hospital tengah hari itu,saya tidak mengucapkan perkataan yang sama.
Dalam tempoh mak yang 'tidur' berulang kali saya ucapkan salam dan meminta mak mengikuti kata-kata dan kalimah Lailahaillallh,selepas beberapa puluhan kali,kelopak mata mak kelihatan basah bergenang air,saya pasti mak mendengarnya,cuma mak tidak dapat berkata-kata. Sentuhan di jari mak juga terasa bagai ada magnet di hujung jari mak. di malam terakhir sebelum mak meninggal (khamis)hati saya bagaikan sayu,sudah terasa bagaikan mak akan meninggalkan kami cuma,saya tidak pasti bila Allah aka menjemput mak.Dalam hati saya saya berdoa terus,"Ya Allah,ampunlah ibu saya ini,kalau kehidupan dunia lebih baik bagi ibu ini,sembuhkan dia,kalau kehidupan akhirat lebih baik kepada ibu saya ini,mudahkanlah bagi dia. Atas segala kebaikannya kepada kami selama ini,mudahkanlah dia Ya Allah."Simpati saya melihat mak dengan tiga empat mesin di sekelilingnya dan wayar fentilazor,oksigen dan entah apa-apa mesin lagi di sekelilingnya.
Hati saya dihambat rindu yang akan berpanjangan, doa saya akan sentiasa mengiringi mak di 'alam sana'. Semoga mak akan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Dan sebagai anak,saya sudah melaksanakan jasa saya yang hanya sedikit dibandingkan dengan jasa mak membesarkan suami saya dari kecil sehingga kini,dan menerima saya dengan segala keburukan saya menjadi anak perempuannya. Saya berharap akan lebih berpeluang menjaga mak dengan lebih lama...
Semasa mak tidak sedar lagi,alhamdulillah Allah gerakkan hati saya akan menutup aurat mak kerana pada anggapan saya jika mak sedar tentunya mak akan bertindak sedemikian... dan jika mak akan meninggalkan alam ini,mak akan pergi dalam keadaan arat yang terjaga. Saya berpeluang memandikan mak,mengkafankan mak dan bersama di dalam van yang membawa jenayah ke kawasan perkuburan untuk disemadikan. Agak memelikkan kerana sebelum ini saya ni seolah takut kepada jenayah,kalau ada kematian,saya hanya menjengah ke ruang tamu sahaja,entah bagaimana datangnya semangat dan hilangnya ketakutan itu... Yang saya pasti kasih sayang saya melebihi segalanya dan inilah khidmat terakhir saya sebagai anak.Dan saya pasti saya pelajari semuanya daripada contoh mama saya yang berkhidmat dengan mak kepada nenek saya (ibu mertuanya)...
Baru hari ketiga mak pergi,terasa bagaikan sudah kehilangannya selama mungkin... dan yang ironinya,saya tidak akan bertemu mak lagi di bumi nyata.
Wednesday, May 28, 2008
Langkawi, I miss my grand ma..
My grand ma penjimat orangnya sebab pernah hidup zaman Jepun. Baju dia akan pakai smpai betul2 buruk, yang selalu I akan marah dia... (meening tak bagi pakai la- sebab season giler.. nanti takut orang datang rumah ke kata mendera grand ma, pakai baju buruk... last sekali, kalau basuh baju, I akan koyakkan baju atau kain tu, bohong la sikit, katakan baju atu kain tu koyak.. - he he)
Dan betullah kata orang, kita akan lebih rindukan seseorang di saat dia tiada lagi di sisi kita.. dan paling penting, sayangilah dan tunjukkan kasih sayang anda sebelum terlambat...
waktu digigit nyamuk, saya akan terkenangkan dia..dia akan letak kapur sirih di tempat yang kena gigit so that tak gatal lagi...waktu di sekolah rendah, saya tidur bersama dia, waktu mata belum lelap, saya akan suruh dia garu belakang, tangan... nenek saya akan lakukan semua itu sampai saya terlelap.. malangnya bila dia tua, tidak pula saya menggaru belakang atau tangan dia sampai terlelap..
saya belajar masak agak lambat juga..masa form 5 masa menunggu keputusan SPM.. kari ikan masakan pertama saya, nenek yang ajarkan.. best ke?? tentulah best giler sebab masak dalam periuk tanah...
I miss everything about her.. al fatihah..
Friday, May 16, 2008
Kisah guru saya...Al Fatihah...(buat muslimin)


Seperti anda juga, saya ada ramai guru-guru saya,dari tadika sampai ke universiti (sampai ada yang jadi ex-lover ha ha ha)..
Ada dua guru saya yang kembali ke Rahmatullah... seorang ustazah mengaji quran saya, merangkap guru tadika saya.. ustazah Aisyah di langkawi... alfatihah..
Seorang guru saya ni, guru yang paling saya sayangi, malangnya disebabkan sifat orang melayu yang malu mahu katakan 'sayang' atau 'hargai',kita selalu simpan perasaan sendiri sahaja... dahulupun, murid seperti saya tidak pandai beri kad atau hadiah, seperti murid sekarang.. namanya Puan Salmiah Siru.. dia guru saya semasa saya di SMK Mahsuri,Langkawi semasa tingkatan 6 rendah dan atas.. Saya tingkatan 5 di SMK Sultanah Bahiyah,Alor setar..tingkatan enam, malas mahu tinggal di asrama lagi...
Sejak masuk sekolah, dialah guru idola saya... saya masih ingat segalanya tentang dia, tudungnya mesti warna putih, kasutnya mesti hitam, bertutup...walaupun apa warna bajunya..orangnya lembut, tidak pernah marah2 apalagi menjerit seperti saya (kadangkala- mungkin juga sebab semua murid baik-baik belaka seperi kami dahulu)
Allahyarhamah mengajar subjek, geografi, subjek yang saya paling suka masa itu... paling teruk kami kena denda adalah kena berdiri atas kerusi... mukanya sentiasa senyum... dan senyum.. berjumpalah pada waktu bilapun... dan dia akan terus tersenyum...
Allahyarhamah juga adalah bekas anak murid mama saya, jadi dia panggil mama saya, kak Salma (selepas sama-sama bertugas)...hubungan kami kira unik la..sebab saya pula jadi murid Puan Salmeah...dua generasi yang mendapat ilmu daripada ibu kepada anak...
Sudah lama saya berniat menghantar kad, hadiah sempena hari guru, tapi entahlah pelbagai kengkangan... lupa, tak ingat,nyanyuk..thah pelbagai alasanlah...
Ketika saya berpindah mengajar ke SMK Tunku Putra, Langkawi (setelah frust giler, putus cinta...ha ha ha .. daripada MGS, Kuala Lumpur) allahyarhammah masih mengajar, menjadi penolong kanan di SMK Mahsuri, ada bertemu beberapa kali juga, ada diajaknya saya bertukar sekolah ke sekolahnya.. (saya ketawa sahaja sebab SMK Mahsuri dekat sangat dengan rumah, hanya 1.5km sahaja- takut tak ada privacy nanti)... masih saya tidak luahkan apa isi hati saya, sanjungan saya terhadapnya...
Dia berkelulusan UKM, sebab itulah juga saya ke UKM, perkara pertama yang saya buat ketika di UKM, cari thesis dia dan saya baca dengan penuh bangga...cita-cita saya pada masa itu mahu jadi cikgu sepertinya.. mahu senyum terus dan tidak perlu marah2... well...saya menjadi cikgu juga, tapi tak ada la tersenyum 24 jam dan terpaksa marah dek perangai murid2 sekarang yang 'tidak makan saman' lagi...
kemudian saya berkahwin, pada tahun 2000, saya berpindah ke sini, kali terakhir saya bertemu pada 2004 dengan mama saya bersama, ketika itu saya pulang berehat selepas pembedahan perut juga... berbual panjang... kata allahyarhammah, dia selalu sakit di bahagian belakang, mama saya menasihati agar dia ke hospital...
Berita akhir yang saya dengar, allahyarhamah meninggal disebabkan barah... tidak tahu berpa lama saya menangis...tidak kesal kerana maut yang menjemputnya..ialah sebagai insan kita perlu menerima takdir ALLAH..menyesal kerana gagal menyatakan padanya dialah idola saya... sampai sekarang..
Jadi, nasihat saya, katakan jika anda cinta/sayang/kasih pada seseorang, jangan disimpan, kita tidak tahu, kalau ada kesempatan untuk kita atau dia mengetahui hasrat dan rasa hati...
... alfatihah...