Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Showing posts with label holiday's season. Show all posts
Showing posts with label holiday's season. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

Holidayss......

Sekiranya ditanya kepada guru, hari apakah yang paling best ( pilihan jawapan monday - sunday) jawapan saya, holiday's season (opps, jawapan terkeluar daripada pilihan jawapan, tak ada markah nampaknya... he he) Tiada seorang pun guru barangkali tidak suka kepada cuti. Mengajar itu memang satu keseronokan dan kadang2 menggeramkan ( apa tidaknya : sudah 5 bulan menerangkan yang paper sejarah, ada 2, kertas1 : objektif, kertas 2, struktur dan esei : 4 str. & 3/5 esei yang mesti dijawab tetapi masih ada murid yang bertanya soalan ini sehinggalah SPM menjelang.. alahai: di mana salahnya agaknya) Mungkin saya bercakap Bahasa Marikh atau Bahasa Avatar, padahal, saya hanya menerangkan kepada kelas apabila semua orang mendengar, totaly diam, tiada yang menoleh memandang kawan. Pendek kata : mendengar dengan sesungguh hati. Tapi, yang katanya cikgu ni, 100 kali ditanya pun, akan menjawab juga. Explain lagi dan lagi, tanpa jemu. Lain kali mungkin, rakamkan saja dalam tape recorder, bila ditanya, tekan saja, 'play'.. habis cerita..

Musim peperiksaan : menyiksakan juga. Alhamdulillah, sudah settle dengan kelas F 4, menunggu esok untuk memeriksa kertas F4, 4 kelas juga.., kalau mampu cuba habiskan 3 hari (maksima 5 hari) cuti ni, saya akan 'pulun' (kata orang kedah - do betul2) menulis manuskrip baru sebab selepas Jun- sekolah akan sibuk, percubaan, ulangkaji etc sampai november. Memang tak ada masa untuk menulis, kalau ada pun bergelutlah.. he he.. Tumpuan biasanya kepada pelajar yang akan SPM.. Menulis ni satu hal jugalah: kalau lama terhenti, kena start balik baca manuskrip yang lama untuk dapatkan mood: itulah yang susah. Kalau boleh, terus apabila free. Ada penulis didiplinkan diri, tulis setiap hari. Saya sendiri, kadangkala tak mampu berbuat demikian. Ada kalanya saya tulis, boleh habis 1 bab dalam 2 hari, ada masanya saya rilex sahaja sambil baca untuk masukkan elemen menarik, ada masa movie... Kalau boleh seminggu menulis dan habiskan 3 bab, cannntikkk!!

3 bab saya (kalau anda pernah membaca buku Dimensi Cinta saya = 20- 30 bab sebab bab saya berbeza ) Bab saya mengandungi sub bab.. Bab awal ini merupakan motivasi terpenting.. Jika boleh tiba sehingga Bab 3, penulisan ke bab lain akan menjadi seakan lebih mudah... apatah lagi sudah reach bab 5-6, motivasi itu akan meningkat dengan cepat sehingga habis bab (dalam 9 bab / 10 bab)

Sebenarnya lebih tension jika tidak menulis dengan cepat sebab, perkataan demi perkataan seolah berlegar dalam minda.. he he .. Cuti ini saya akan melawat ke sebuah lokasi penting, dalam novel ketiga.. he he (rahsia besar.. shhhh)

Saturday, December 12, 2009

At Kampung Buku,Langkawi @ Lubuk Semilang

Hari ini.leps subuh,tidur semula dan bangun agak lewat. Kemudian ke pasar,beli ikan,sotong. Malangnya keadaan angin, yang kitaorang sebut sebagai 'ribut' di sini menjadikan ikan susah sikit didapati. Ikan kembung pun nampak tak berapa 'sihat' dengan mata yang dah merah. Ikan yang besar2 tu kira okay la. Udang yang besar saiznya,tak ada.; Ketam jangan nak carilah. Selepas tu,balik masak, mahu berkelah ke Lubuk Semilang @Kampung Buku. Idea yang dibawa oleh Tan Sri Dato Seri Sanusi Junid sememangnya bagus. Implemenkamn tempat rekreasi dan tempat penjualan buku seperti yang dijalankan di Eropah, malangnya berapa ramailah agaknya yang singgah untuk membeli buku. Masyarakat kita terutamanya perempuan lebuh suka membeli gelang emas besar-besar daripada membeli buku untuk anak-anak, sebabnya kata mereka, gelang boleh digadai jika sesak,buku pula, tidak boleh. Hakikinya,mereka lupa, mendapatkan ilmu itu wajib dan ada ganjaran pahalanya. Menyatakan sesuatu ilmu pengetahuan ada juga pahalanya. Saya letakkan petikan yang mengatakan tentang Kampung Buku.

"Kampung Buku Malaysia in Langkawi is the first and only village in South-east Asia"

Kampung Buku Malaysia (Malaysia Book Village) in Langkawi is the first and only book village in South-east Asia which is part of the International Book Villages and Book Towns Movement which, thus far, have about 12 registered booktowns, mostly in Europe. Most Book Towns have developed in villages of historic interest or of scenic beauty - traits that fit Langkawi island's Book Village location.

Situated amidst a lush green forest at the foot of Gunung Raya, the highest peak of the island, Kampung Buku Malaysia provides visitors, particularly book lovers, a tranquil setting in which to indulge in their hobby.

There are seven houses in Book Village, which are stocked with a great variety of new books covering numerous topics and languages. There is also quite a few second hand, rare and antiquarian books to be found here.

Kampung Buku Malaysia is open daily from 9am through 6pm and admission is free. For more information please contact Kampung Buku Malaysia at +604-9555568 or the Langkawi Tourist Information Centre at +604-9667789.

Contact Info:
Kedah
Tel: +604-955 5568

Saya sendiri pun hari ni tidak singgah ke kedai buku sebab lencun, berbasah dalam kereta dan singgah ke Ulu Melaka, ke rumah sepupu untuk menyalin baju yang basah (actually ada tempat persalinan dan tandas disediakan...)

Friday, December 11, 2009

Langkawi,I'm coming home...

Sepatutnya kalau mengikut plan asal, malam semalam kami sudah bertolak dari PJ ke Mchang Bubok(mb), S.Perai. Kalau bertolak awal, so (jam 9 malam)jam 1 pagi sudah reach mb,rehat dan bertolak balik ke Langkawi, tapi plan yang asyik berubah dek Prince Charming saya (kejap,ada kerja lah,kejap itu ini... adus, itulah sebabnya saya tak boleh menempa tiket penerbangan tambang murah-) Malam tak dapat bertolak awal, katanya, tidur dulu, bangun 4 pagi dan bertolak... dalam hati saya,iyalah tu. selepas suboh,saya sudah bersiap secepatnya. Pukul 8, beg sudah di ruang tamu,tepi pintu, tapi macam biasa, Prince saya tu jenis 'too cool, 'and always super slow and steady.' Dia ambik masa siapkan beg dia (yang saya tengok, sikit saja barangnya - itupun check list saya sudah letakkan...saya tak boleh kemaskan untuk dia sebab nanti yang saya pilih tu tak kena pulak...) ast-last, jam 10 baru bergerak... adus...

Makan tengah hari jam 11.30 pagi kemuian ke Machang Bubok untuk ambil Mak Ngah saya dan Faris(cucu mak ngah) Bukannya apa, mak ngah saya super terrer masak,lagipun kasi canlah berjumpa mama saya (they sure having 1 billion stories to chatt)jam 4.00 di sana, terus ke Kuala Kedah. Perjalanan yang sepatutnya 45 minit menjadi lambat sebab lorong empat lorong dijadikan satu saja sebab jalan dibaiki. Dalm hati bengang juga,apasallah buat kerja waktu macam ni... kalau boleh dibuat waktu malamkan bagus,jalan tidak sesak lagi. Sampai Kuala Kedah jam 6 petang tapi suami perlu menyimpan kereta di Koperasi Nelayan terlebih dahulu,jadi terpaksalah ambil tiket jam 7 malam. (sebab tak ada jam 6.30 malam) Sempat sembahyang & makan...

Feri mulai bergerak jam 6.20 malam, tiba jam 8.40 malam (sebab menggunakan 1 enjin, jimat sebab tidak ramai pelangggan - pengguna)
Kata Mak Ngah saya,"berbaloilah bayar RM 23 sebab lama berada dalam feri.. "he he..
Saya menjawab,"kalau nak cepat lain kali,bayar 50 sen sahaja, cepatlah turun, macam naik bas, bayar sikit,perjalanan pun dekat saja."

Bengang juga melihat movie yang ditunjukkan, ada part kissing2 dan "...".. tak sesuai langsung ditayangkan untuk umum,maklumlah dalam feri ada pelbagai kategori penumpang... tak sensitif langsung!Filem kategori SX18... patutnya tayangkan saja kartun Disney..sudahlah bunyti enjinnya kuat,tak boleh dengar pun audionya, subtitle englaish / malay/chinese/ tamil pun tak ada.. baik tengok filem charlie chaplin macam ni!

Finally sampai rumah 10.00 malam selepas dinner kat luar.... adus.. satu hari la perjalanan saya... saya cakap dengar suami,tahun depan, tolonglah belikan 'kapal selam',jemunya naik feri... lambat sangat...

Tuesday, December 8, 2009

Hari berlibur...


lipstik case hanya RM 10 untuk 6 .. sangat murah,biasanya saya beli RM 5 each.. (buy at Lucky Nyonya)



Ini beg saya...



Ini yang classic look, beg dinner saya lebih moden sikit,but still calssic look..

Dari semalam lagi,saya sudah programkan mahu berlibur, pergi Hong Kong. Tak payah beli tiket kapal terbang,tak kisah kalau paspot sudah tamat tempohnya,tak boleh bawa visa card (kredit atau debit) perlu cash,botol air,100 plus kalau takut dah penat,otak yang waras dan purse yang sihat...
Pergi ke Kelana Jaya,ambil tiket berharga RM 2.10 dan 20 minit,dah sampai.. saya berlibur ke Petaling Street... grap myself satu beg dinner Chanel... and later claim dekat my husband sebab hari tu birthday dia tak belikan hadiah sebab sudah bawa dinner (at a nice place but still,rasa tak kaci la)
Belikan juga mak ngah saya purse for her birthday...

Kalau ke PS sekarang sudah selamat.Ada ramai polis perlancungan di sana. Anda boleh berjalan dan periksa (window shopping dulu) sebelum membuat pilihan membeli kerana setiap kedai mempunyai koleksi yang berbeza. Tipsnya senang saja;Tips pertama: harga yang diberi,minta kurangkan 50% (atau atas sikit, 60% - harga untuk Malaysian,sudah murah.. kalau pelancung luar sure 200-300 harganya . Penjual kata: harga Satu Malaysia sama..meaning - Malaysian,harga standard la... kalau tak dapat naik lah sikit.) Beg saya tadi asalnya RM 100, dia kurangkan ke RM80,saya minta RM60,tak dapat... minta harga tengah-tengahlah, RM 70.. kira okaylah sebab kulit asli (kalau tak percaya minta diorang test,dia akan cucuh beg dengan api - kulit ori tidak akan terbakar)

Tips kedua,nak bagi cromnya tahan lama,layerkan dengan nail polisher, sapu satu layer,letak di kipas pagi kering,sapu lagi sehingga 4-5 layer. Beg kulit perlu disimpan dalam karungnya,sesekali keluarkan dan anginkan dia. Pengalaman saya beg dari PS lebih tahan lama,bertahun-tahun daripada beg yang dibeli semasa sales daripada Mall lain sebab bahan yang digunkan adalah PVC + kulit sikit jadi,tak sampai setahun sudah retak dan kena buang menyebabkan sakit hati (dan harganya lebih mahal daripada PS - kadangkala sampai RM 100-250.. kan membazir namanya)Ada beg saya yang saya beli dari Penang dulu, (back in 1996 - masih elok lagi, tak ada cacat celanya, ingat pass je la kat anak-anak buah yang akan remaja.. he he - sebab beg tu rugged sesuai untuk remaja..)

Cuma satu saja pantang larangnya,kalau tak mahu beli tak payahlah mahu tawar menawar.. nanti marahlah sipenjual tu.. penat dia bercakap.

Saya teringatkan satu cerita kawan saya,saya ada beli handbeg sebelum ini,entah apa jenamanya,bila pakai,kawan saya ni,membelek-belek... saya terus beritahu dia,ala, ni bukan ori punya.., terus dia sedih,sebab bapa dia beli yang ori punya, RM 3000, lebih kurang je yang saya punya, tak sampai RM 100.. he he.. mungkin adalah beza,kalau diteliti, tapi ,ada saya peduli, kalau pakai tak ori,dan orang tahu tak ori... kita pakai beg jenama bukan bertujuan menunjuk kekayaan (in my case menunjukkan kemiskinan sebab tak ori) Kita pakai untuk sekadar membawa pelbagai alatan kita (machine gun, pen,kad nama - in case terjumpa member lama,etc) So,kenapa risau... bukannya kena tangkap polis kalau pakai tak ori... tapi kalau cari isteri atau suami, carilah yang ori...


Kemudian saya singgah ke Pasar Budaya (Central Market)sudah agak lama tidak ke sana,entah-entah sudah setahun... sudah berubah wajah,cantik,kemas dan tidak menyangka banyak perubahan yang dibawa. Belikan cenderahati sikit2 sebab nak balik kampung. tapi memang terkejutlah tengok,banyak barangan budaya Malaysia dan amat murah.

Sudah nak balik,di sebelah kanan CM kalau dari pintu depan,anda berpeluang membuat setem anda sendiri (gambar anda) dengan hanya bayaran semurah RM 19.. perlu bawa gambar dalam pendrive atau disk (soft copy) dalam 15 minit,setem anda boleh digunakan. (Setem 30 sen,20 keping = RM 19) dan (setem 50 sen x 20 keping = RM 28 keping)Tak lah mahal sangat,tapi kalau nak hantar sampai 100 keping,boleh muflis juga... Dan terasa rugi,lupa pulak bawa kamera.. alamak...

Kemudian terjumpa kedai yang menjual madu.. madu daripada ladang ternakan Malaysia dari Melaka. Saya beli Super Madu (sebabnya mengandungi 7 jenis komponen madu - Royal jelly,propolis,bee pollen,pupa,bee venom,pure honey dan bee wax) jadi tak payah lagi ambil vitamin yang macam-macam. After all,madu adalah juga makanan yang digalakkan oleh Islam.

Bila difikirkan balik,entahlah,kenapa orang Malaysia sibuk-sibuk mahu ke Bandung sekadar mahu beli beg tangan,kalau mahu melancung lainlah.. dapat melihat tempat orang.. saya pernah ke Bandung,Jakarta - lama dulu,tapi masa tu taklah macam sekarang.. tak ada la beg2 berjenama yang kononnya original (manalah ori, high class tiru.. tapi ada juga yang biasa je...) Jadi,just naik LRT turun dekat CM dan berjalan kaki ke sana. Cumanya kalau anda sudah 'jatuh hati' dengan satu jenama beg di internet,susahlah mahu cari, sebab koleksi tidak berdasarkan di internet... orang Kedah kata, "tengok,langut (dongak kepala),beli, bayaq.."

Mungkin perlu lagi ke sana selepas balik kampung... kenalah jayakan Konsep Cuti-cuti Malaysia,semuanya ada di sini.

Sunday, December 6, 2009

Menghitung hari...

Hari ini dalam keterpaksaan,saya berjaya habiskan bab ke 6 manuskrib baru. Adus! agaknya apabila kehidupan bahagia,susah sikit mahu tulis bab yang tak seronok ni. (kenalah bergaduh sikit dengan suami supaya wujud adegan yang tak seronok,perasaan tak seronok kot.. nauzubillah hi minzalik)mulalah dok mengegang kembali part-part yang tak seronok supaya dapat ambil mood yang tak seronok.. (actually this is bad... tak payah mengingat benda-benda yang tak baik,tidak bagus untuk memori dan kesihatan..) Yang saya harapkan,Allah mengerti mengapa saya terpaksa lakukan sedemikian.. susahnya nak cari mood.

Kalau anda sudah membaca buku saya,anda akan terperasan apasal cerita 'orang kaya' dan 'berjaya' je, sebenarnya susah mahu merasai 'feeling' menjadi orang susah sebab saya tidak pernah hidup susah (dalam ertikata,tidur dalam rumah yang berlubang,bocor,tidak cukup makan,perlu berkais makan pagi dan sebagainya)tetapi tidak juga kaya,(hanya kaya budi bahasa je.. nanti kata murid saya, eleh cikgu ni, angkat diri sendiri pulak.. maaflah,tiada niat pun untuk berbuat demikian).. kehisupan kita yang sederhana, menjadikan kita simpati terhadap orang susah tetapi sukar memahami sebenarnya kesusahan dan kesulitan sebenar mereka. jadi,kalau nak tulis tu,susah sangat... membayangkan tidaklah setepat yang kita dapat dalam situasi sebenar.. mungkin kena berpuasa,duduk dalam titis hujan,atau berpanas untuk merasai kesusahan sebenarnya.

Menghitung hari untuk menghabiskan manuskrib yang satu ini... tak sabar untuk menghabiskan sebab penat berfikir. Menghitung hari untuk balik kampung juga... suami sudah beri 'green light'... lega.

Thursday, December 3, 2009

Homesick la pulak...

Semalam kebetulan sempat chatt sekejap dengan kawan lama,Nozah yang berada di Langkawi. Alamak rasa jeles pulak bila dia sempat ke sana during LIMA. Saya sendiri tak ingat bila kali terakhir ke sana.Nak balik awal pun,tak sanggup pulang bercuti dan meninggalkan suami kat sini. Kita orang tak pernah balik ke kampung masing2 sendiri (ada sekali sebab lepas operation,tiada siapa nak tengok saya di sini dan dia juga balik jb sekali tanpa saya sebab belum bercuti lagi)the rest of masa, kami mesti balik bersama, our motto,together or never.. ha ha..
Ada juga saya terbaca di akhbar,kisah cikgu-cikgu ni,bila cuti saya,langsung meninggalkan suami,balik bersama anak-anak ke kampung. Ada pulak, selama-lama bercuri macam tu.Entahlah pulak! Pada saya,tempat isterikan di samping suami.Kasihan dia,siapa yang akan uruskan makan minum dia,pakaian dia,comfort him,pampered husband (walaupun kadang kala dia yang tolong lipatkan baju) dan bayangkan tentu sunyi suami-suami tanpa suara isteri dan anak-anak. habis tu,kalau nanti,dia kongsi kesunyian dengan orang lain,apa pulak ceritanya.
saya perlu cepatkan sikit penulisan manuskrip sebab mahu pulang bercuti,mungkin 10 hb. bergantung dengan kelapangan suami. Adus, Mahu bercuti susah! Mahu balik ke Langkawi pun susah juga sebab suami bz, tapi Insya-Allah,akan balik juga.Sikit lagi habis bab 5, then 6.. adus... harapnya sekurangnya sebelum saya balik ni,boleh tamatkan sehingga bab 7-8.. (walaupun angan-angan mahu habiskan sampai 10)Banyak juga kengkangan walaupun bercuti,pertama kena jauhkan internet, dua,buku,kalau dah baca susah mahu letakkan buku2... tiga,Tv... ke empat,kereta, bila dah nampak kereta,nak keluar pulak. ke lima, movie..adus... patutnya letak sejadah atau quran keliling kot supaya bila ingat mahu hampiri semua ni,sembahyang... atau baca quran...
Sebab itulah musuh utama diri kita adalah diri sendiri... bukannya salah orang kalau saya asyik mahu berinternet,membaca buku,tengok tv,keluar atau tengok movie..

Thursday, November 26, 2009

Holiday's season

Hari ini betul2 menjadi Full time housewife... pagi2 lagi saya lakukan kerja2 biasa... tengah hari masak mee kari seafood. Lepas tu do terpandangkan balkoni saya. Sudah agak lama saya tidak membuka pintu balkoni itu. Saya sudah lupa bagaimana saya suka sangat duduk di situ,menunggu matahari naik,cahaya matahari akan memancar sekejap di balkoni. Daripada jurnal sains yang pernah dibaca,15 minit anda berada dalam 'cahaya matahari' cukup memberi anda Vitamin D. (tapi panas pagi je,tengah hari anda akan dibakar cahaya utra violet yang teruk) kalau petang-petang dulunya saya suka baring di situ atas kerusi rotan yang bertilam sambil membaca buku + teh hijau + beberapa keping biskut. Sangat selesa kerana orang yang lalu lalang tidak akan nampak anda. Entah mengapa saya membiarkan saya balkoni itu begitu saja. So hari ini,dalam saya duduk mengenang betapa seronoknya berada di balkoni itu,saya terus berniat untuk 'spring cleaning',dengan memasang paip dan mula membersihkan balkoni. Lusa,saya akan berkesempatan duduk lagi memandang matahari naik. (dan bukannya matahari jatuh kerana pada masa maghrib,gelombang bumi rendah,masa itu banyaklah hantu syaitan /iblis berkeliaran ,jadi memandang dan berseronok melihat matahari jatuh bukanlah pilihan yang baik)

Teringat saya akan Hadis catatan al Bukhari (yang baru saya buka kurang daripada 30 kali- Ya Allah):

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :


" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "


Hadis di atas menjelaskan bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.


Allayarham nenek saya pun pernah bercerita juga,kejadian ini berlaku semasa bapa saya kecil2 dahulu. Dia bermain di luar rumah ketika maghrib,sudah puas nenek saya melarang tetapi agaknya dia berdegil. Tiba-tiba selepas azan,bapa saya hilang.Puas dipanggil dan dijerit namanya namun tidak dijumpai.Maka,berkumpullah jiran-jiran yang dekat lalu mencari dia,tetapi tidak juga dijumpai. sudah agak lama mencari,terpaksalah panggil pak Cik yang 'pandai' sikit membaca ayat quran agar dibukanya 'tempat persembunyian bapa saya'. Sejurus selepas itu,dia pun dijumpai.Rupanya dia hanya berada di pintu depan telaga,katanya dia nampak orang ramai yang mundar-mandir (dan tak seorang pun yang nampak dia)dan mendengar orang memanggil namanya tetapi dia tidak boleh menjerit semula. Pelik kan?

Esok Hari Raya Aidil adha... saya hanya merayakan di sini... malam ini steak for dinner... hari ni sudah hilang banyak kalori,bolehlah makan steak.. hmmm.. sudah grap american potato untuk dijadikan whipped potato.. (trust me,mine 1000000000000 x times better then kfc.. he he..)salad,jagung.. hmm yummmy.. I guess no rendang or ketupat for raya.. tak pa,esok ke rumah uncle husband..

Tuesday, November 24, 2009

Akhirnya saya berjoging..di one u

Setelah beberapa hari memasang niat untuk berjoging,asyik tergendala sahaja,hujan dan pelbagai masalah dan alasan yang dicipta sendiri...finally,akhirnya berjoging. Tempat saya berjoging bukan jalang-jalang tempat,beraircond,nyaman,terlindung daripada panas dan hujan...
Semalam ke one u,dapat tahu hari ini rupanya hari Jaya Jusco card's Day..alamak.. pagi-pagi lagi saya memasak nasi goreng (nasi lebih semalam) dan nasi lemak sebab perlukan energy untuk berjoging... dengan jeans dan blaus dan tentunya kasul ala-ala sport shoes,saya sudah bersedia berjogging. Pergi awal,jam 9.30 pagi sebab takut masalah parking kalau lambat... tapi ya Allah,ramainya orang,macam tak payah bayar harga barangan yang dibeli.
Saya jadi pelik sebab ada ramai pelanggan yang membawa troli,membeli barangan seolah tidak payah 'fikir' empat atau lima kali. Hmm.. macam je tak payah bayar kemudiannya...Dia 'lihat' barang tu 5 saat,just baling dalam troli je.. sduhai.. agaknya mereka yang sebegini cuma berniat membantu menjana ekonomi negara...
Memang banyak barang yang murah tapi pandai-pandailah fikir sendiri,antara keperluan dan barang sampingan... grap dua pasang kasut for birthday my mum, memang murah.. kasut kulit memang tak akan dapat harga yang murah... inilah masanya untuk membeli.
(97% pembeli wanita,sukar pun mahu nampak pembeli lelaki... kalau adapun yang mukanya sudah sedepa,melihat isteri yang naik 'syeh' membeli... Saya rasa pening lalatjuga berada dalam lautan manusia,agak pelik melihat orang lain yang membawa anak-anak dan bayi ke sana... sepatutnya,anak-anak tinggalkan di rumah,apatah lagi bayi, dalam ramai-ramai ni,perlu waspada,ada yang membawa penyakit barangkali. Dengan kata lain,kita mendedahkan anak-anak kita kepada penyakit.
Atau sudah terpaksa membawa anak-anak, mintalah 'hero' menunggu di tempat makan (food court) dengan budak-budak,lebih selamat.
kalau tidak membawa penyakit berjangkit pun,kadangkala budak2 ni boleh hilang dalam manusia yang sedang asyik membeli-belah...
Dalam perjalanan pulang,saya berfikir agaknya boleh JJ mengaut keuntungan berjuta ringgit dalam dua hari ini,ialah kalau setiap pelanggan membelanjakan hampir RM 500 atau lebih (dengan menganggak troli-troli yang penuh)(tidak termasuk saya la)..memang JJ akan untung 'berbaloi-baloi'... elok juga saya katakan,harga barang memang murah..kalau anda belum ke sana,eloklah memasang khemah di luar One U,esok jam 9-pasaraya sudah dibuka lagi..hanya tinggal sehari sahaja ..(esok)25 november.. pergi jangan tak pergi.... dan sediakan lori untuk mengangkut barang anda balik...

Monday, November 23, 2009

Holiday's season

Hari ini birthday my mum... yang ke 63. Dua hari sudah saya tanyakan my mum,apa dia wish to have on her birthday...
she said,"apa-apa pun tak kisah." I know this will be her answer. My mum tak pernah meminta apa pun.. daripada sesiapapun. Senang sangat buat mama puas hati & senang hati.Kuncinya adalah,'terima seadanya,bersyukur dan berlapang dada'.
Saya jawab balik,"apa-apa pun tak ada."
She said,"apa yang boleh dilihat dan dipegang."
Saya kata,"boleh kasi jin dalam botol.." he he.
Belum lagi sempat bershopping. Kata mama saya,kasut pun okay juga.Tidak sukar sebenarnya membeli kasut kerana kaki kami sama saiz...tapi lebih baik cari jin dalam botol,semua permintaan boleh dipenuhi.

Alhamdullillah,hari ini melengkapkan bab 1-4,penat juga,membaca balik,edit supaya mendapat rthym balik untuk menulis,maklumlah sudah lama berhenti menulis kerana terllau banyak tugasan sekolah yang perlu dihabiskan. Lagi pesan sifu saya,Kak Aina Emir,semasa menulis,anda perlu menjadi siapa saja watak yang anda ceritakan... jadi kena ada feel like a, b atau c (apa saja watak yang anda tuliskan) finally start bab 5,bolehlah beberapa helai.Sehari mengadap lap top (tolak masa masak sekejap,basuh baju dan berangan.. he he)petang keluar sekejap,mana lagi ke kedai buku lagi,menambah bilangan buku yang beratur menunggu giliran untuk dibaca. Inilah habit yang sukar diubah... I'm just lost in the book shop.Berapa jam pun saya boleh tahan berada di sana... and finally,the worse thing,grap lagi books... sebuah buku bertajuk, Detox - Rosalyn Patrick yang hanya berharga RM 5.90 (harga asal Uk pun 4.95 pound) 224 pages.. mana nak dapat lagi kecuali di Atria,tingkat 2.

Esok ke sekolah sekejap,can't get away far from school actually.. hmm.perlu ada promosi book for donation... kalau tidak,budak2 ni hanya akan buang buku2 mereka..bukankah lebih baik kalau mereka menderma saja,ada ramai junior mereka yang tidak berupaya membeli buku2.Harap mereka akan memberi kerjasama.

Saturday, September 26, 2009

Alhamdullillah,reach home..

Alhamdullillah,Allah pelihara kami dalam perjalanan balik ke kampung dan pulang serta rumah yang ditinggalkan. Saya percaya,sejak dahulu setiap kali mahu tinggalkan rumah baca 13 kali Kulhuallah dan 3 kali al-kursi,berdoa di hadapan pintu semoga Allah pelihara kita dalam perjalanan dan juga rumah yang ditinggalkan. Langkah kaki kanan dengan yakin. Semasa saya masih bujang dahulu, pernah satu ketika,ketiga-tiga rumah jiran saya dimasuki pencuri,tapi rumah saya alhamdullillah,terpelihara sewaktu ditinggalkan semasa bercuti panjang. (maklumlah bujang,cuti memang balik kampung lama-lama)

Bertolak daripada Langkawi jam 11 pagi,kononnya feri jam 11.30 pagi tapi tak ada disiplin langsung, 12.10 tengah hari baru bergerak. Disebabkan tak ramai penumpang atas feri,diorang pakai enjin satu sahaja (biasa ada dua atau tiga) jadi punyalah lambat,adoiii... bagai nak giler kita yang atas feri tu. Kena pulak,tvnya kosong saja,punyalah jemu. Dalam 15 minit,nak reach Kuala Kedah barulah dipasangkan VCD,dalam hati berkata,"ada akai ka depa ni?" ni bahasa orang Kedah bermaksud ,'apasal tak guna otak... masa panjang tadi hampir dua jam tak nak pasangkan video,dah nak sampai baru nak pasangkan video... (tidak bermaksud nak mengata,tapi manalah logiknya di sinikan?)

Singgah di Perhentian Gurun untuk makan... kemudian ke rumah mak ngah di Machang Bubok,sudah lama tak ke sana,sesatlah juga (terambil jalan jauh) jam 4 petang baru sampai kat sana. Makan nasi pulak (walaupun tak ada niat nak makan.. he he) mandi,lepas asar bertolak semula. Nak jadi nasib,lampu signal pulak tak menyala (bermakna.. bahaya kan)tersedar semasa di Kuala Kedah lagi tapi pelik juga,semasa balik hari tu okay je)di Bukit Minyak,cuba ke bengkel,disuruh ke Bukit Mertajam,nasib baik tak lama (tapi ambil masa 1 jam juga ke sana-sini) lepas tu tersesat lagi... adus.. masuk highway jam 7 malam...

Dalam perjalanan,suami yang tidak pernah merungut penat memandu pun menyebut,'penat beberapa kali'.. saya sendiri tergelak je.. dialah yang degil sangat.. saya lebih suka balik dengan 'udara' je.. tak penat..kalau booking awal,belanja lebih kurang je dengan perjalanan melalui darat.. tapi dia tak suka... suka memandu konon.. kalau tak pun,naik kereta api,kelas pertama (ada double deaker,selimut,bantal dan tilam,meja,kerusi,bilik berkunci... dengan aircond yang sejuk,boleh tidur sampai pagi tanpa perlu bimbang beg akan dicuri dan sebagainya)...
Kata saya,lain kali naik kapat terbang atau kereta api sajalah... penat berkereta.. harap lain kali dia bersetuju... sebab rasanya bagai bengkok tulang belakang dalam kereta...

Esok plan dobi baju dan ke p cinema la,apa lagi... rindunya dengan pawagam... the ugly truth, mungkin jin notti... n kena back to back la ni...

Sunday, August 24, 2008

I'm coming back...



Pernah anda bayangkan singing like Mariah Carey??? or Siti Nurhaliza??? he he.. not me.. ada juga kot.. dalam bilik air...

Hi, lamanya rasa tidak baca blog dan menulis.Satu perkara yang baik saya boleh menghilangkan ketagihan membaca dan menulis blog.Really putting my mind to a 'relaxing' mood and feel goooooooooooooooooooooooooood.Cuti sekolah bermakna cuti bekerja. hmm but cuti berakhir hari ini. I wish there will be one more year.. yah !!!!

Cuti pada saya, saya cuti bekerja untuk sekolah.Cuti daripada tengok buku murid, (but still ada kertas peperiksaan, nasib baik form 3 objektif, kertas SPM dan f4 belum bermula) Cuti juga bermakna, cuti daripada bercakap pasal hal sekolah.. kalau ada yang tanya sma atau sebagainya pasal seolah.. saya tak akan bercakap tentang hal itu. Ada dua kali saya buat kelas tambahan, sebab keperluan untuk menghabiskan sukatan, malangnya 4 orang murid sahaja yang datang, dua pada hari isnin dan dua pada hari rabu. Geram sungguh, padahal saya terpaksa mengorbankan cuti sekolah saya untuk ke sekolah dan mereka sudah berjanji untuk datang... hmmm.

the rest of my cuti, or should I say cutis... saya habiskan bawa Sarah Irdina makan angin.Tak ada pergi jauhpun, sekadar ke KL, Petro sains, tengok wayang, Wall E.. Eye On Malaysia.. Talking about Eye on Malaysia, saya rasa, bagi saya la, taklah best sangat.. best lagi naik flight (he he) atau cabel car kat langkawi... (Miss Langkawi la... udang... ketam.. hmmm)

Pada murids saya, sorry, cikgu akan cuba updates sejarah's blog.. hmmm.. aduh!!!

Semalam saya n sister in laws, brot in laws, hubby and cousins ke Karaokae, sound for me like 'tarak okay' he he.. for the first time.. biasanya saya karaokae sendiri je, dalam kereta, kat bilik air, depan pc.. ha ha.. kalau dalam keretapun, bernyanyi, my hubby akan kata, 'tak sedap' he he.. bayangkan boyfren tu pun kata tak sedap, jadi di sana, saya akan nyanyi tanpa 'mike' he he.. mengelakkan daripada kena gelak.. he he..

For me, berseronok bersama family members, okay la.. tapi karaokae.. not my things la... cinema, okay... writing okay, but not singing....