Pesta buku datang lagi. Pada tahun ni saya akan berada di both Karnadya, berlokasi Dewan Tun Razak 3: A49-A51 dan A70-A72 PWTC pada 1 Mei 2011.
Disebabkan saya hanya baru menulis dua buah buku, sehingga april ini dengan KD jadi, saya hanya akan berada di KD pada 1 Mei 2011. Sengaja memilih tarikh ini kerana pada 1 Mei, ramai kawan2 penulis saya yag tinggal di luar KL akan turun ke PWTC. Bukannya mudah untuk bertemu jika tidak 'kena harinya'. Mahun melepas rindu pada kawan-kawan pun hanya setahun sekali sahaja.
Insya_Allah tahun depan, maybe (Insya_Allah) akan muncul di dua-dua booth, booth Karangkraf juga kerana novel saya, (ketiga) akan diterbitkan oleh karangkraf (Buku Prima) dan insya_allah, dengan menyiapkan buku ke 4 (semoh=ga dapat siap sebelum oktober jika mahu diterbitkan pada Mac/April 2012) Huss! Memikirkan saja, terasa tegang urat di bahu.
Menulis ni bukannya kira 'mood' sangat. Mood saya, insya_Allah okay je, cuma kadangkala, manuskrip tidak bergerak kerana keletihan. Ada masanya sebaris pun susah mahu menulis. Semalam, saya hanya boleh menyiapkan serangkap manuskrip sahaja. Hari ini, akan memaksa juga diri untuk bergerak sedikit, mungkin kalau tak boleh banyak, sekadar 2-3 muka surat pun, jadilah. Sepanjang Mei 9-11, kertas sejarah tingkatan 4 & 5, sudah bermula, bermakna, dua-tiga minggu saya akan sibuk dengan menanda kertas. (agak panjang masa tu, boleh siap 2-03 bab kalau betul-betul menulis) Jadi sebelum kedatangan mei, saya perlu ekspree sedikit. Persoalannya, boleh ke ni?
Mata sudah pun culas, mulut pun menguap-guap ringan... walaupun otak/minda rancak menari ala-ala Latino, dek mata yang terpejam ni, tiada jaminan.
Apa pun, bolehlah datang ke PWTC pada I Mei 2011, Berharap akan bertemu anda!Sedang menyiapkan penanda buku untuk diberi bersama buku-buku saya (Dimensi Cinta) & (Cinta Sikunang-kunang) yang anda beli!
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Dalam perjalanan balik dari JB ke KL,saya dan suami ketawa berdekah-dekah mendengar ucapan pendengar sebuah siaran radio. Isi ucapannya t...
-
Love. Four letters,Spelling is so easy and sound simple. Cinta.Ejaannya pun mudah,budak berusia lima tahun pun mampu mengejanya. Jika dihaya...
-
sebagai insan biasa, pasti kita pernah dilukai.. melukai perkara lain, tapi dilukai, kadang-kadang, parut yang berbelas tahunpun masih oleh ...
-
28 Mac 200, hari pertemuan terakhir dengan penulis KarnaDya. Bukan mudah sebenarnya untuk menghimpunkan semua penulis dalam satu...
-
Hari isnin pagi, saya sudah rasa dizzy semacam sahaja. Masuk semua kelas, saya memang rasa seram sejum, macam mahu demam. Dalam kelas, guru ...
-
saya sukakan cover,in fact,Love it very much... Alhamdullillah,novel saya yang pertama sudah pun dijual. saya tidak pasti adakah sudah '...
-
Pagi-pagi di sekolah, saya termenung panjang. Entah apa menu untuk dimasak sebagai juadah berbuka hari ini. Thinking of cooking roti jala...
-
Sabtu, sepanjang hari, telah diadakan pertemuan antara penulis/karyawan Buku Prima (BP) bersama-sama dengan petugas2 daripada Grup Buku ...
-
"Aku tidak mahu menangis.Tidak setitikpun ingin aku tumpahkan air mata ini...Cinta bermaksud mesti bersama.Cinta bukan untuk berpi...
-
Lega betul apabila bengkel berjaya ditamatkan jam hampir 1 tengah hari,selepas itu minta murid mengemas meja dan kerusi di dewan sekolah... ...
Showing posts with label Pesta buku di PWTC bersama KarnaDya. Show all posts
Showing posts with label Pesta buku di PWTC bersama KarnaDya. Show all posts
Friday, April 22, 2011
Thursday, April 21, 2011
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011
Pesta buku, kenapa perlu ke KarnaDya Solutions: Lokasi, A49-A51 dan A70-A72 PWTC
5.Selain itu anda juga berpeluang untuk memenangi Apple iPad dengan hanya menyertai peraduan yang mudah. Diskaun-diskaun hebat juga menanti para pembaca semua. Jom datang beramai2 ke booth KarnaDya!
6. Contoh e book pertama: sila ke link karnaDya.
1. Banyak diskaun dan hadiah2 yang hebat menanti anda di pesta buku antarabangsa 2011 termasuk Apple iPad dan TV LCD yang boleh dimenangi oleh para pembeli.
2. Novel-novel baru juga akan dijual semasa berlangsungnya pesta buku dengan harga yang murah.
3. Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama penulis di pesta buku nanti.Antara penulis yang akan menghadirkan diri sempena pesta buku ini adalah Nora Fuad, Mimie Afinie, Aina Emir, Azleya Shadzalin dan ramai lagi. Ramai juga para penulis novel awal remaja dan buku motivasi turut hadir. Jumpa di sana!
4. KarnaDya kini muncul dengan produk terbaru dalam bentuk digital. Produk ini akan dipamerkan di Pesta Buku 2011 nanti untuk tatapan para pembaca semua. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri bahan bacaan digital ini.5.Selain itu anda juga berpeluang untuk memenangi Apple iPad dengan hanya menyertai peraduan yang mudah. Diskaun-diskaun hebat juga menanti para pembaca semua. Jom datang beramai2 ke booth KarnaDya!
6. Contoh e book pertama: sila ke link karnaDya.
Akan Datang!! E-book interaktif pertama penulis Aina Emir akan berada di app store dan juga android marketplace tidak lama lagi!.
Untuk previu bahan bacaan digital KarnaDya, anda boleh layari www.idya.com.my dibawah segmen kategori.
Saturday, April 16, 2011
Pesta buku datang lagi.
Temui KarnaDya di Pesta Buku Antarabangsa 2011 di Dewan Tun Razak 3, PWTC di booth A49-A51 dan A70-A72 bermula pada 22 April - 1 Mei 2011..Jumpa anda di sana!!!!!
Bagi penggemar buku, pesta buku adalah 'heaven' kepada kita! Banyak sekali buku-buku yang bakal dijual, dengan diskaun yang 'baik punyer'. Jadi, jomlah ramai-ramai ke sana. Saya, Insya_Allah akan ke sana, hari sabtu atau ahad. Maybe, hari sabtu depan, kami akan terpaksa menghadiri upacara sekolah (aduh- tak peka kepada Pesta Buku ni)...
Kali kedua, saya menghadiri sebagai penulis. Tahun lepas, macam 'jakun' sikit, pembeli pun tak ramai sangat, sebab buku saya keluar agak lama pada tahun lepas. Dimensi Cinta (DC) berada di kedai pada OKT 2009, jadi apabila pesta buku (april 2010) peminat tegar novel, barangkali sudah membeli DC dah! Kali ini lebih baik kot, sebba buku baru saja diedarkan pada febuari, malah ada kedai yang masih belum mengedarnya. Jadi, harap2 ramai yang akan datang dan membeli buku saya Cinta sikunang-kunang.( CSKK.)
Saya akan berada di Both KarnaDya disebbakan kedua-dua buku saya diterbitkan oleh KarnaDya (buat masa ini) Insya_Allah pada tahun depan, saya akan berada di dua tempatlah, agaknya.
Jadi, eloklah menabung, jumpa 22 April - 1 Mei, di PWTC, Kuala Lumpur.
Tuesday, March 30, 2010
Pesta Buku PWTC, Kl hari terakhir..





28 Mac 200, hari pertemuan terakhir dengan penulis KarnaDya. Bukan mudah sebenarnya untuk menghimpunkan semua penulis dalam satu bumbung dalam satu-satu masa. Maklumlah, ada penulis yang tinggal jauh dari KL. Hari ini saya berpeluang bertemu pula Hazel Lin atau nama penanya Azleya Shazzalin (Dari batu Pahat, Johor), Zahida Zarkasi (yang masih junior daripada saya tetapi sudah senior dalam penulisannya, dari Perak)Resmansyah (penulis buku kanak-kanak yang popular) Adik Fatin Harnani, penulis sifu saya Kak Aina Emir dan Kak Mimie Afinie (yang dua-duanya super popular), Dr Abdullah Jus (nama penanya , juga penulis buku kanak-kanak yang popular).. Harap-harap aura popular akan tempias kepada saya (sebenarnya, saya tidak memerlukan popular - yang penting lebih ramai pembaca akan membaca buku saya, mudah-mudahan..amin)Difahamkan akan ambil masa bertahun utnutk mendapat ruang di hati pembaca. Saya harap, saya akan cepat diterima oleh peminat novel.
Membandingkan penulis tempatan dengan luar negara. tentulah jauh panggang dari api.. penulis bahasa inggeris mempunyai pasaran yang lebih luas dibandingkan BM. Apatah lagi, orang kita agak malas mahu membaca. Kalau ditanya murid saya pun, entah berapa kerat sangat membaca dalam B. Malaysia(entah B.Melayu atau B.Malaysia, sekejap B.Melayu, sekejap kata B.Malaysia), itulah sebebnya Bahasa mereka tidak mantap. Kalau menulis karangan, penggunaan bahasanya tidak kaya. Bahasanya longgar (standard budak sekolah rendah sahaja)
Berkongsi ilmu dan motivasi menjadi satu suntikan modal yang paling berharga. Ada perbezaan antara kawan penulis dengan yang lain. Bersama kawan penulis, kita dapat merasakan 'suntikan motivasi' yang tinggi. "system buddy support' penting dalam menjadikan kita 'tidak cepat mati akal' atau 'mati kutu'...
Apa pun, doa saya, akan terus bertemu sahabat2 yang baik-baik belaka. Hal ini penting dalam memastikan kehidupan kita berada dalam arus positif. Dan rasa seronok, bertemu kawan blog saya, Ariyatna Adri.. malangnya tidak dapat berbual lama sebab situasi yang tidak kondusif untuk berbual.
Dapat berpeluang beberapa jam bersama Zahidar Zarkasi yang kelihatan pendiam, dan agak pemalu. Saya! Saya ini sebenarnya berada dan boleh muncul dalam beberapa rupa. Kalau bertemu orang yang extra peramah, saya akan menjadi diam (sebab dia sudah bercakap banyak, baik saya menjadi pendengar). Yang sama ramahnya, saya pun menjadi sama naik (bergilir bercerita)Yang pendiam, saya akan 'korek' sehingga dia bercakap... orang yang pendiam pun akan banyak bercerita dengan saya, kena pandailah 'gali cerita'.... Orang pendiam ni sebenarnya banyak boleh berkongsi cerita, kenalah pandai cari suisnya... Dan dengan Zahidah, sama seperti yang lain.. best!
I'll miss Pesta Buku, pengalaman pertama bersama penulis lain. Memang Rock!
Saturday, March 27, 2010
Esok, hari terakhir Pesta Buku

Book mark buatan tangan, sebagai cenderahati dengan pembelian Dimensi Cinta (DC). Harganya tentu tidak mahal, sekadar 'comel'... yang penting, saya gunting setiap satunya sendiri, aluminated kan dia, dan mengikat reben sendiri.. hadiah daripada hati saya...Hari ini saya terpaksa mengubah rancangan daripada ke PWTC ke One u sahaja. Mulanya, pada awal pagi, ex student saya, seorang nurse( saya bangga sekali) sms saya menyatakan dia terpaksa menggantikan kawannya untuk bekerja. Dalam hati saya, saya masih terpaksa ke PWTC (tidaklah terpaksa, suka rela) sebab ada empat murid saya yang mahu mengikut saya ke PWTC. Jadi program saya masih 'on'. Sekadar menemankan mereka. Tapi kemudiannya menerima berita, semuanya tidak dapat oergi ke PWTC, mungkin pergi sendiri bersama keluarga. Jadi, saya ubahlah rancangan saya sebab saya sendiri sudah cukup membeli buku untuk saya sendiri. Saya ke One U, apa lagi, kalau tidak menonton wayang.
Dan malamnya saya masih bersilat dengan 'bookmark' saya. Saya harap akan bertemu anda esok di PWTC dan ramai lagi rakan penulis esok.
Thursday, March 25, 2010
Ke Pesta Buku PWTC
Dari Kelana Jaya, menaiki LRT, turun ke Masjid Jamek dan bertukar LRT stesyen, menaiki LRT lain (menyeberang jalan & menaiki LRT ke arah Sentul) dan turun di PWTC.Dari PWTC menaiki LRT arah Ampang, turun di Masjid Jamek. menukar stesyen di Masjid Jamek dengan menaiki LRT menuju ke Kelana Jaya.
Jumlah buku yang saya beli, kurang sikit daripada jumlah ini.. he he Kononnya, saya akan ke pesta buku esok, kerana esok, saya akan pulang pada jam 12.30 tengah hari. Jadi ada banyak waktu untuk ke PBAKL. Tiba-tiba ilham meletus, pada jam 11.55 pagi, setelah tamat kelas terakhir, dek kerana geram dengan perangai budak di satu kelas ini yang begitu pemalas (lemah itu satu hal, itu kiranya tak boleh nak buat apa-apalah. Hari ini ajar,itu pun yang paling simple, esok dah tak boleh ingat lagi. Pemalas ni pula satu hal lain. Pening) Saya merasakan saya perlu mencari sesuatu yang menenangkan jiwa saya. Beli sahaja buku! Tentunya saya akan merasa happy giler!
Walaupun sudah agak lewat sampai ke rumah, pada jam 3 petang, saya terus bersiap & keluar juga. Ingatkan, pada jam 5.30 petang, semuanya akan selesai dan saya akan pulang. Malangnya, kaki yang kepenatan berjalan pun bagai tak terasa juga. Sedar-sedar jam 6.30, saya bergerak daripada PWTC menuju ke The Mall di seberang jalan.
Sewaktu saya tiba di PWTC, guruh berbunyi berdetuman sana-sini menandakan hujan akan turun. Sewaktu mahu menyeberangi ke Hall 2, saya ditahan oleh beberapa orang sukarelawan yang kata mereka, saya tidak boleh menyeberang ke Hall 2 di Seberang Sungai. Saya terpaksa 'membodek' cara lembut sebab, lebih banyak buku dan penerbitan yang pasti saya berminat untuk pergi seperti KarnaDya dan PTS. Mana mungkin, saya ke sana dan tidak berpeluang singgah ke gerai penerbitan tersebut. Maklumlah pulak, KarnaDya dan PTS hanya berjiran... Akhirnya, mereka membenarkan saya pergi juga. He he.lupa mahu katakan, "I never take no for the answer".. he he.. Scorpion ni memang ada kedegilannya. Degil dalam diam.
Singgah di KarnaDya membeli buku-buku untuk kids.. he he.. tapi saya yang akan membaca dulu.. (best juga kan) Saya dapat melihat, buku kanak-kanak pada hakikatnya, barangkali lebih senang untuk ditulis sebab muka suratnya lebih nipis dan jalan ceritanya (storyline nya) lebih mudah, tapi kepada saya, susah! Saya adalah orang dewasa, dan dalam menulis cerita kanak-kanak, bahasa yang digunakan harus mudah difahami oleh kanak-kanak! Tidak boleh menjiwang! apatah lagi bergurindam! Menulis ayat pendek satu masalah bagi saya! Dan sekali lagi, tabik kepada penulis cerita kanak-kanak kerana mereka berjaya menjadikan diri mereka melihat, mendengar dan merasai jiwa kanak-kanak!
Kata Jay, seorang staff KarnaDya, ada seorang yang bertanya adakah saya akan ke mari hari ini? Hmm pelik, siapakah gerangannya itu? Kalau benar kawan saya, dia boleh terus sms saya! Hmm??? Besar tanda soal ini?
Kemudian ke PTS, mendapatkan beberapa buah buku yang sudah lama diidam-idamkan... disamping beberapa majalah islamik seperti Solusi. Dua ruang rak yang baru saya kosongkan agaknya menjadi tempat yang sempurna untuk buku-buku saya yang baru saya beli.
Saturday, March 20, 2010
Pengalaman pertama sebagai penulis.
Puan Laila Hana, staff KarnaDya yang juga anak kepada Kak Aina Emir. Bukan sahaja peramah, tetapi sentiasa 'cool'.
Suasana di Gerai KarnaDya C6-C10, Hall 2,PWTC,KL.
Dr Wong Huey Siew (berbaju biru)penulis buku:Tiru macam saya -sebuah buku motivasi yang sangat membina memandangkan dia tidak dapat melihat (oku)
Kak Aina bersama dinding karnaDya yang dimekap cantik. Drama daripada novel Kau Laksana Bulan akan mula bersiaran di Drama TV2 mulai 19 Mei 2010. Tengok jangan tak tengok.
Saya bersama penulis Nora Isa.
Staf KarnaDya yang sangat baik hati dan peramah.

Penulis kak sifu saya, Mimie Afinie.

Salah seorang pembeli buku saya, Tima tacih ya. And nama please, saya sudah lupa.

Bersama penulis buku Red Dress Ink, Laura Caldwell. Buku Red Dress Ink adalah buku terjemahan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dalam tujuan memperkayakan bahan bacaan dan latar Inggeris kepada rakyat Malaysia.
Hari ini merupakan pengalaman saya yang pertama sebagai penulis di Pesta Buku. Lain rasanya. Sedikit teruja dan berdebar. Selalunya saya ke Pesta buku sebagai pembeli. Kebiasaannya tidak akan menoleh ke kiri kanan, sebaliknya saya akan terus meluru ke tapak2 penerbitan yang memang saya sudah 'tandakan' awal-awal lagi apabila melihat tapak pesta.
Kali ini berbeza kerana saya hadir sebagai penulis buku, terasa begitu jauh sekali walaupun duduk diapit Kak Aina Emir, sifu saya dan Kak Mimie Afinie (sebab buku mereka sudahpun mencapai ke angka lapan buah dan lebih dan saya baru bermula- dalam hati berbisik positif, tak apa, mereka pun bermula dengan satu buku dan buku saya akan meningkat kepada dua buah tak lama lagi.. Insya-Allah)Ternyata tidak rugi seharian bersama mereka yang peramah dan sproting dan tidak lokek berkongsi ilmu. Tentulah mereka lebih ramai peminta daripada saya... he he he (dan saya tidak cemburu, saya perlu menunggu 2-3 tahun untuk mengumpul peminta saya juga... he he) lagipun buku saya sudah pun dijual mulai oktober 2009. Ramai peminat 'hard core' KarnaDya sudah sejak awal pun membeli buku-buku KarnaDya. Jadi saya perlulah belajar satu strategi baru, buku baru perlu dikeluarkan awal tahun, jadi pembeli akan membeli buku baru di Pesta buku. Saya ada kurang 8 bulan untuk merealisasikan impian, buku baru menjelang Pesta buku 2011, terasa tercekik sendiri sebab buku ketiga saya, saya belum bermula dengan secebis ayat pun.. OOOwww..
Terima kasih atas motivasi mereka. Pengalaman dan kata-kata peransang yang mereka berikan merupakan bekalan inisiatif yang mengharungi ke alam dunia penulisan. Maklumlah, di dunia luar sana, lebih ramai yang suka menjemuh dan mencari kesilapan orang lain daripada melihat yang positif. Kadangkala pelik, dalam buku yang setebal 4oo mukasurat, banyak perkara baik yang patutnya dilihat, bila ditanya mengenai buku: jawapannya 'entahlah' dan yang dinampak hanyalah lima enam perkataan yang silap dieja.. he he. Ada juga pembaca saya, Kak Noriyah,Kak Yam, keluarga saya dan ramai lagi, yang memberi motivasi. Pokoknya, apa yang kita lakukan, tak payahlah melihat kelemahan yang orang lemparkan. Padulikan kata mereka, maklumlah 100 pembaca, 100 pulak kerenahnya... Bagaimana mahu menulis 100 cerita dengan pengenalan dan pengakhiran yang berbeza.. he he he.. (seperti kata kebanyakkan penerbit dan penulis skrip : suka hati sendirilah) cuma komen-komen pembaca diambil penilaian agar memantapkan penulisan. Kepada saya, komen tidak mematahkan semangat saya, dalam hati saya berkata teguh, kalau mahu komen bukannya susahkan, tulis sahaja 2-3 perenggan... kalau tulis buku mahunya juga 8 -12 bulan. (kalau kata mudah, cumalah...)
Kagum bertemu dua penulis cilik, yang baru berusia 15 tahun, Hasif Hamsari dan Fatin Harnani. Saya kagum betul dengan keduanya. Kalau zaman saya dahulu, ada orang yang memberi saya peluang mengasah bakat, agaknya sudah lama saya menjadi penulis.. hmm bestkan memandangkan saya sudah pun menulis cerpen dalam tersiar di majalah pada awal usia 16 tahun) Saya tabik spring kepada mereka. Adik Hasif datang jauh dari Melaka untuk bersama peminatnya. Saya belum membeli buku mereka. Insya-Allah, saya akan beli dan baca.
Kali ini berbeza kerana saya hadir sebagai penulis buku, terasa begitu jauh sekali walaupun duduk diapit Kak Aina Emir, sifu saya dan Kak Mimie Afinie (sebab buku mereka sudahpun mencapai ke angka lapan buah dan lebih dan saya baru bermula- dalam hati berbisik positif, tak apa, mereka pun bermula dengan satu buku dan buku saya akan meningkat kepada dua buah tak lama lagi.. Insya-Allah)Ternyata tidak rugi seharian bersama mereka yang peramah dan sproting dan tidak lokek berkongsi ilmu. Tentulah mereka lebih ramai peminta daripada saya... he he he (dan saya tidak cemburu, saya perlu menunggu 2-3 tahun untuk mengumpul peminta saya juga... he he) lagipun buku saya sudah pun dijual mulai oktober 2009. Ramai peminat 'hard core' KarnaDya sudah sejak awal pun membeli buku-buku KarnaDya. Jadi saya perlulah belajar satu strategi baru, buku baru perlu dikeluarkan awal tahun, jadi pembeli akan membeli buku baru di Pesta buku. Saya ada kurang 8 bulan untuk merealisasikan impian, buku baru menjelang Pesta buku 2011, terasa tercekik sendiri sebab buku ketiga saya, saya belum bermula dengan secebis ayat pun.. OOOwww..
Terima kasih atas motivasi mereka. Pengalaman dan kata-kata peransang yang mereka berikan merupakan bekalan inisiatif yang mengharungi ke alam dunia penulisan. Maklumlah, di dunia luar sana, lebih ramai yang suka menjemuh dan mencari kesilapan orang lain daripada melihat yang positif. Kadangkala pelik, dalam buku yang setebal 4oo mukasurat, banyak perkara baik yang patutnya dilihat, bila ditanya mengenai buku: jawapannya 'entahlah' dan yang dinampak hanyalah lima enam perkataan yang silap dieja.. he he. Ada juga pembaca saya, Kak Noriyah,Kak Yam, keluarga saya dan ramai lagi, yang memberi motivasi. Pokoknya, apa yang kita lakukan, tak payahlah melihat kelemahan yang orang lemparkan. Padulikan kata mereka, maklumlah 100 pembaca, 100 pulak kerenahnya... Bagaimana mahu menulis 100 cerita dengan pengenalan dan pengakhiran yang berbeza.. he he he.. (seperti kata kebanyakkan penerbit dan penulis skrip : suka hati sendirilah) cuma komen-komen pembaca diambil penilaian agar memantapkan penulisan. Kepada saya, komen tidak mematahkan semangat saya, dalam hati saya berkata teguh, kalau mahu komen bukannya susahkan, tulis sahaja 2-3 perenggan... kalau tulis buku mahunya juga 8 -12 bulan. (kalau kata mudah, cumalah...)
Kagum bertemu dua penulis cilik, yang baru berusia 15 tahun, Hasif Hamsari dan Fatin Harnani. Saya kagum betul dengan keduanya. Kalau zaman saya dahulu, ada orang yang memberi saya peluang mengasah bakat, agaknya sudah lama saya menjadi penulis.. hmm bestkan memandangkan saya sudah pun menulis cerpen dalam tersiar di majalah pada awal usia 16 tahun) Saya tabik spring kepada mereka. Adik Hasif datang jauh dari Melaka untuk bersama peminatnya. Saya belum membeli buku mereka. Insya-Allah, saya akan beli dan baca.
Seronok bertemu penulis lain, Nora Isa. Bertemu Dr Wong Huey Siew (seorang OKU yang tidak dapat melihat) dan mempunyai kelulusan PHD memkagumi saya. Bukunya berjodol, Tiru macam Kami adalah hasil gabungan penulisannya bersama Mohamad Nor. Saya sempat membelek separuh daripada hasil penulisannya dalam LRT tadi. memberangsangkan, sebahagiannya pengalaman nya sebagai OKU semasa sekolah dan alam kerjaya yang begitu mencabar. Membayangkan tiang dan longkang sebagai musuh utama cabaran kehidupan. Bayangkan bagaimana seorang yang buta dapat mengharungi kehidupan dengan baik
dan berjaya sepatutnya menjadi satu motivasi yang tertinggi buat kita. Terasa malu juga pada diri sendiri, saya yang celik, hanya ada ijazah biasa, sedangkan Dr Wong mempunyai PHD.
Staf-staf yang peramah, dan memang enjoy seharian di Gerai KarnaDya. Esok, datanglah beramai lagi! Esok saya sanggup menunggu sehari lagi di Gerai KarnaDya.. seronok...!
dan berjaya sepatutnya menjadi satu motivasi yang tertinggi buat kita. Terasa malu juga pada diri sendiri, saya yang celik, hanya ada ijazah biasa, sedangkan Dr Wong mempunyai PHD.
Staf-staf yang peramah, dan memang enjoy seharian di Gerai KarnaDya. Esok, datanglah beramai lagi! Esok saya sanggup menunggu sehari lagi di Gerai KarnaDya.. seronok...!
Subscribe to:
Posts (Atom)