Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Showing posts with label Cerita sakit dan hospital. Show all posts
Showing posts with label Cerita sakit dan hospital. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Resolusi tahun baru atau angan-angan Mat jenin?

    Saya d.e.m.a.m Setelah dua minggu asyik bersin, pening sikit tetapi sembuh semula, pendek kata tidak jadilah flu dan demam; barangkali bertahan dengan mengambil madu, appce cider dan scott emulsion. Tapi cuaca panas dan teman2 sebelah menyebelah yang asyik bersin dan batuk, akhinya badan saya kalah juga. Apabila hidung tersumbat, soket mata pun sakit, kepala jadi sakit, telinga pun macam tak dengar dan sakit. Bersin pula macam menjadi the 'famous panda' berkali-kli sampaikan tekak pun sakit. Dan kesakitan adalah ujian dan kifarah drp ALLAH, jadi bersabar sahajalah. Hampir sehari saya tidur sahaja. Bangun subuh, selepas tu menonton Ustad Don Tv Hijrah (6.30-7.00 pagi) sebab hari biasa tentulah tidak dapat menonton pun. Selepas itu tidur sekejap, bangun bersarapan dan ke klinik. Sementara di klinik, (klinik saya ni perlu lama menunggu sejam dua perkara biasa) sambil tu sms suami meminta dia 'tolong' gorengkan ayam, masak sardin dan sayur, malas mahu singah untuk membeli lauk sebab kerja-kerja 'up grade' bangunan menjadi tiada tempat parking dan kepala saya pun sudah berat, dan hidung yang tersumbat.





    Pulang ke rumah rupanya, hanya ayam goreng dan nasi tersedia. Mahu tidak mahu, terpaksa ke dapur sekejap bagi menyediakan sambal ikan bilis dan petai serta sayur. Tak mahulah bertengkar atau menyakitkan hati suami dengan kata-kata sekadar terpaksa melakukan perkara yang sekecil ini. Bukannya sakit sampai tak boleh bergerak pun, cuma kepala rasa sakit! Selepas malan, makan ubat dan tidur lagi. Bangun petang sedikit, rasa sudah segar sikit. Kepala masih rasa sakit lagi, sebab hidung masih tersumbat. Selepas ini makan ubat dan tidur lagi, tentu akan segar pagi esoknya. Mudahan. Insya_Allah. Berasa bertuah tidak demam panas yang teruk. Masa bersekolah dahulu, sekali setahun pasti saya akan demam teruk. Kepanasan dengan suhu yang tinggi. Entah mengapa, allergik dengan durian juga. Andai makan dengan banyak;pastinya akan demam.

   Rancangan 2012, semuanya belum bermula. Tidak sihat, banyak kerja sekolah, pelbagai alasanlah! Apa-apalah! asal bahagia...

Tuesday, July 27, 2010

Alhamdulillah...Lega sedikit.

   Maha suci Allah yang Maha Penyembuh..alhamdulillah, selepas rawatan semalam, sudah kurang sakitnya. Petang selepas pulang jam 6.20 petang, kesakitan tu sudah berkurang.. Paginya ke sekolah, naik turun tangga, terasalah sedikit sakit.. sebab banyak pergerakan. Ramai kawan yang menasihatkan agar saya bertemu dengan PK (my second boss sebab our first boss baru bersara, so belum datang lagi boss baru) meminta agar satu kelas khas diadakan (normally, mereka akan aturkan kelas supaya murid yg cedera kaki or what ever akan dapat kelas di tingkat bawah atau sebagainya) Sebenarnya dari semalam saya mencari my boss, tapi banyak kelas etc, tidaklah bertemu. Lagi, permintaan saya dimakbulkan Allah. Alhamdulillah. Jadi esok kelas saya di kelas khas (w/p di tingkat 3, tapi saya tidak perlu naik turun tangga ke kelas-kelas, dan mereka akan datang ke sana.. susah mahu mencari kelas kosong buat masa ini)

    Balik dari sekolah, macam biasa saya berkurung lagi.. sebab masa darurat belum habis.. jemu Allah saja yang tahu. Kebetulan tersilap makan pula waktu tengah hari...  saya makan a nice nasi putih dengan ikan bakar.. nothing wrong with rice or ikan bakar, but the sambal.. saya alah dengan cili thailand. Rupanya sama dengan cili kampung/padi cuma saiznya lebih besar (and so much cheaper) Bayangkan keseronokan memakan sambal 10 minit itu bertukar dengan 'sakit perut' dan kena berkurung dalam tandas sebanyak 6 kali.. he he.. (another pahala, I believe if I sabar... hopefully) Kali pertama dulu, saya noticed cili jenis ini membuat perut saya 'meragam'... ketika itu mama dan m ngah saya ada di sini, saya yang belikan cili itu di Tesco, berlabel 'Cili Thailand;.. malam tu saya sakit perut, dan sejak itu saya sedar cili itu benar-benar 'meracun' saya..   masalahnya apabila membeli makanan dari kedai, terlupa atau alpa atau tidak tahu, mereka akan gunakan cili itu keranan harganya lebih murah daripada cili kampung.

   Badan pun rasa letih semacam sebab asyik berkurung dalam bilik air.. he he..  kaki pun rasa lega sikit. Harap-harap akan lega dalam seminggu dua ini. Semalam memang tidak tidur sangat (tidur-tidur ayam sahaja) Pesan Pak Cik Din tu, kalau kaki sakit malam semalam, biasalah... itu tempoh healing, jadi asyik terjaga, kaki terasa sakit. But today, I feel better..

   Since ada yang bertanya, di mana mencari 'bomoh patah', petuanya senang sahaja, pergi ke Sungai Pencala, near masjid. (masjid di sebelah kanan anda , sebelah masjid restaurant hijau) teruskan sehingga ke trafic light di hadapan, ambil lorong kanan. (ada dua jalan, jalan atas dan bawah: ) ambil lorong bawah. Teruskan jalan ke hadapan sehingga anda jumpa bengkel kereta (kiri) teruskan sehingga anda jumpa 'signboard' Pak Din, bomoh patah (lebih kuranglah), rumah Pak Din ni hanya kira-kira 5 meter yang berwarna kuning. Cuma bawa air sebotol dan 'token' seikhlas anda. Boleh juga menelefon nombor Pak Din : Pak Zainuddin Buyong 03 - 77298985, atau 019- 2637674. ( 131, kg sg penchala)

    Pak Cik Din ni seorang yang humble... pantang larangnya cuma semasa berubat ini tidak boleh menggunakan sebarang alatan atau bahan yang mengandungi minyak, so no deodorant, perfume, minyak angin, minyak rambut.. (but still okay sebab boleh naik angin, naik minyak.. he he) Jadi masa ni, pandai-pandailah gunakan minyak gegat saiz besar..(kalau tak mahu bau macam kambing he he) Yang paling spoil, no lipstik.. (adus.. mesti budak hairan apsal yang cikgu tak melawa ni.. he he sebab ada komponen minyak)

   Saya berdoa terus agar kaki ni cepat disembuhkan.. jemu sudah dengan tempoh berkurung.. harapnya sebelum Ramadhan bermula, kaki saya sudah sembuh.. maklumlah, puasa.. peti ais saya sudah 'sifar' tidak berpeluang mendapatkan grocery sebab kaki yang sakit, tidak boleh memandu.. leceh sikitlah..

   Saya harapkan jika Pak Din diizinkan Allah membantu kaki saya ini sembuh mengapa tidak dengan orang lain...  Atas di hujung rumah Pak Din ini anda akan betemu dengan Rumah  ANAK-ANAK YATIM, IBU TUNGGAL, jika ingin menderma, inilah masanya.

 Most of all, can wait to 'samba', 'caca' again..    rindu mahu berjalan semula..

Friday, July 23, 2010

Alahai kaki....

   Alhamdulillah, bengkak sudah mulai surut, tapi terasa juga sakitnya apabila memijak lantai.. hmm.. apabila berita seorang kawan yang kebetulan pernah mengalami peristiwa tulang retak, katanya, kalau terasa ngilu dalam tulang apabila kesejukan/ cuaca sejuk, sah memang ada keretakan dalam tulang. Petuanya perlu minum susu (kalsium) banyak-banyak. Balut kaki di sebelah malam. Pakai stokin! Inilah perkara terakhir yang saya akan buat. Memakai stokin memang tidak selesa di waktu malam. Kalau sekadar berjalan-jalan, berkasut, okay!
        Kurangkan penggunaan kaki. Kurang guna kaki! Macam mana pulak tu. Di sekolah, macam mana mahu kurangkan penggunaan kaki?
         Itulah masalahnya kalau sekadar bertemu dr pelatih...  Entah betul ke tak betul melihat x-ray?   Saya sebenarnya sudah minta  salinan flem x-ray untuk dibawa balik, bukannya apa, kalau tidak lega juga dalam tempoh seminggu, saya mahu mendapatkan 'opinion kedua'...  kurang percaya sikit dengan dr sebenarnya. Sudah banyak kali mengalami peristiwa ketidakbolehan percaya kepada opinion satu dr sahaja. Malangnya salinan x-ray tu, kata nurse bertugas hak milik hospital. Tak tahulah, kalau masih belum lega seminggu dua, mungkin saya akan minta dengan hospital salinan xray, atau pergi semula Pusat Kesihatan dan x-ray lagi.
     Ingatkan mahu membela seekor lembu di belakang rumah supaya senang untuk mendapatkan susu fresh.. he he.. 

Hospital yang mengujakan...

   Sudah lama bertaki-taki, akhirnya disebabkan kaki yang masih bengkak lagi, saya ke klinik. Setelah diperiksa dr saya, katanya kemungkinan otot atau ligamen yang terluka, jadi diberi ubat tahan sakitdan ubat hilangkan bengkak. Saya ni boleh tahan juga degilnya. Kaki saya mulai sakit khamis malamnya (malam jumaat) minggu lepas sebab peristiwa terjatuh tu hari khamis tengah hari. Malam baru terasa betul-betul sakit, tapi disebabkan hari Jumaat tu Majlis Persaraan Pengetua saya (takkanlah tidak hadir) saya ke sekolah juga dngan jalan macam orang capek.. ( berkerut muka menahan sakit apabila berjalan)
   
    Hari sabtu, ahad pun saya belum ke dr lagi, saya pasti hanya sakit disebabkan urat atau bekas jatuh sahaja. Seandainya patah, sudah tentulah, saya tidak boleh berjalan langsung. Sehingga isnin, saya masih bekerja (dengan kesakitan apabila berjalan). Lebetulan ada lawatan untuk memeriksa fail PLBS sejarah, jadi hampir sepanjang hari, saya berada di bilik gerakan sahaja - pejabat. Selamatlah juga daripada kesakitan memanjang.

  Kebetulan malam isnin saya ke tempat rawatan tradisional, jadi pak cik tu periksa, katanya tulang saya retak sedikit, sebab tu sakit ketika berjalan.. dan (operation telah dijalankan) dan kaki terasa better. Melangkah sudah kurang ras sakit, cuma disebabkan bengkak, masih sakit sikit. Esok tu saya ke klinik sebab kaki masih bengkak, jadi dr saya beri ubat untuk bengkak dan tahan sakit. Sehingga hari rabu, kaki saya masih bengkak lagi, jadi rasa cuak sikitlah.

  Hari khamis saya ke Kelana Jaya, klinik kerajaan. Biasalah hospital awam, tunggu sampai mengantuk. Tapi kurang 1 jam, selesai dengan xray. Dr saya kata, kaki saya retak sedikit. Dr saya minta ke hospital besar samaada ke Hospital Universiti, Hospital Besar KL, atau ke Hospital  Sungai Buloh. Memikirkan yang Hos.Sg. Buloh adalah hospital baru, mungkin kurang sibuk, jadi saya pilh ke sana. Kata dr saya, terus ke bahagian emergency.

   Rupanya, nama saja emergency, ingatkan tiada pesakit, rupanya (dalam 30-40 orang) masalahnya, tak ramai dr yang ada. Ada bilik sampai lima, dr cuma ada dua. Terpaksa menunggu sehingga hampir 6 jam. Dari 12.18 - 6.00 petang, berjumpa dr. lima minit sahaja.Di sini, dr saya kata, kaki saya tak retak pulak. Otot atau ligamen yang luka. (hmm tak tahu yang mana betul. Saya agak, kaki saya retak tetapi saya sudah buat rawatan tradisional, jadi tak mengapalah) Jadi diberi ubat sapu, ubat tahan sakit dan ubat untuk kaki yang bengkak.

    Dalam tempoh menunggu, try to be positif, saya bawa buku, cuma baca. Dalam 10 mukasurat, saya berhenti sekejap. Tapi memang boring giler. Beramah mesra dengan pelbagai jenis pesakit. Semua merungut kerana perlu menunggu lama. Dalam keadaan yang boring, kedengaran bayi-bayi menangis (which is okay sebab bayi dan sakit pula) Yang tidak tahan hati tu melihat kanak-kanak membuat bising dan berkejar-kejaran. Sepatutnya ibubapa perlu mengawal tingkahlaku anak-anak. Hospital bukannya tempat yang sesuai untuk bersuka ria. Ramai orang sakit yang memerlukan situasi yang senyap. Yang lebih memelikkan, tiada pengawal yang meminta kanak-kanak itu 'mendiamkan' diri.

   Yang kelakarnya, selepas saya mengambil ubat di kaunter, saya pun bertanya ahli farmasi, "Lepas ni, saya perlu ke kaunter untuk bayaran ke?" Jawapannya yang membuat saya kelakar, "Tak. Lepas ni baliklah". Mukanya pun macam kelakar mendengar pertanyaan saya. Dalam hati,'manalah tahu. Selalukan ke klinik swasta. Lepas ambil ubat, kenalah bayar'. Dengan bayaran RM1, (sebab tidak membawa surat pengesahan - sebab malas mahu singgah ke sekolah) 2 jenis ubat makan dan cream sapu, tidak merugikan langsung. Yang lebih rugi, masa. Enam jam menunggu yang sangat lumayan! Dengan perut yang lapar, kepala pun pening... balik rumah, lepas saja maghrib, pengsan terus. Tapi alhamdulillahlah, ubat tu kira okay juga, bangun awal pagi tadi, kaki feel better. Kurang bengkak dan melangkah pun tidak terasa sakit lagi. Diharapkan sehingga weekend, kaki pun dah okay. Boleh 'cat walk' balik.. he he

   Biasanya saya melangkah laju, seminggu ni rasanya tersiksa sebab perlu melangkah perlahan sebab kaki sakit. Dan ke hospital lagi... uuuittt tidakkkk!!


Wednesday, April 7, 2010

Kesakitan itu ujian

Dua hari ini, saya hanya tidur dan baring sahaja. Dari hari Isnin lagi, badan rasa semacam saje, mata pula rasa mengantuk, macam tak boleh buka, sepanjang hari. Rupanya it's asign, sakit mata. Mata tiba-tiba rasa perit, sakit dan merah. Hidung pula rasa 'blocked' dan situasi ini menjadikan kepala sakit. Jadi, ambil pil daripada dr dan tidur saja. Rasanya inilah situasi tidur yang paling panjang dalam tahun ini.
Alhamdulillah, hari ini, feeling better. Kepala masih berat lagi, hidung masih blocked, dan mata masih sedikit pedih. Kata dr, sebab hidung yang blocked, menjadikan kepala sakit, dan ada kaitannya dengan mata sebab soket mata pun rasa sakit. Semuanya bermula dengan kepala. Apabila kepala sakit, seluruh badan rasa sakit, tak ada mood untuk semua perkara. Kasihan tengok suami yang terpaksa menggoreng telur sendiri sebab saya tak mahu ke dapur, sebab saya rasa, pemanasan di dapur akan memburukkan keadaan mata saya nanti dan kepala yang sakit.
Nasihat dr, jangan gunakan aircond, atau 'on' aircond agar sejuk dan 'off' aircond. Aircond akan menjadikan hidung yang blocked akan lebih teruk. Tidur tanpa aircond, juga teruk sebab cuaca yang 'hitting' sekarang. Panas. Terhimpit dalam keadaan tidur 'kepanasan' atau 'sejuk' dan hidung tersumbat. Ada masanya on sekejap, 'off' dan apabila rasa 'panas' 'on' sekejap dan 'off' kembali.. adus.. pening!!!

SMS kawan saya, Zakiah, KIK, yang menyatakan dia selamat berkahwin pada 15 Mac 2010 seolah merentap semua penyakit yang ada. Lega dan rasa gembira. Akhirnya dia bertemu her 'soulmate'. I'm so happy for her.!

Wednesday, May 21, 2008

Mensyukuri nikmatNya...cerita hospital

Semalam berjumpa dr marsita, dr saya, benang di jahitan ditarik, oukk berkata dalam hati, tak boleh dikeluarkan, malu, luka ada infeksi sikit, dr cuci luka, aduss, sekali lagi, menjerit dalam hati lagi.perut yang rasa sakit pedih sekali, tapi lepas itu rasa lega...

hari ini ke klinik komuniti di kelana jaya, kena endose cuti..kerja dengan goverment, cuti yang lebih daripada dua hari (inikan pulak dua minggu) kena endose dengan dr gomen (kerajaan- kata orang tua2 kat tempat saya di kedah).. sayapun berdebar2 mahu pergi ke sana, last saya ke sana 2004, untuk endose juga selepas satu pembedahan... tunggu 4 jam, padahal, dr hanya perlu sains dan cop kat belakang mc saya (untuk pengesahan- tanpa lihatpun muka saya)hhhmmmm sedihnya... karenah birokrasi...

masuk je, saya sudah rasa pening, ramai orang, bising..oooohhhhh dalam hati, macam manalah nurse yang kerja kat sini, dr dan malang sekali pesakit yang terpaksa pergi hospital untuk mendapatkan ubat...

saya.. hmm.. last pergi hospital awam , 2004...sebelum itu 1989, x ry dan check up sebelum masuk UKM..bukan tidak percaya dengan hospital awam/gomen, tapi itulah hakikat yang menakutkan... tunggu kena lama, checknya lebih kurang, kadang2 tu, ubat yang diberi tak baik2..pun.. (sorry tidak bernat condemn tapi itulah hakikatnya)

masa diukm, saya ingat lagi, kena flu dan batuk yang teruk, giler, bunyi macam anjing giler... bayangkan dalam dewan kuliah yang besar, saya sorang yang berbunyi kong..kong..kong..ahhhhh seminggu makan ubat daripada klinik ukm, tak lega2..., pergi sekali lagi, seminggu lagi, tak juga lega, flu hilang kali kedua pergi, tapi batuk tu, tetap kong, king, kong...tensionnya...last pergi juga kat klinik luar, kena RM 12., dua hari,huh lega, finally...

Hari ini, alhamdulillah, nurse yang cerdik sangat, terima kasih, saya hanya perlu tunggu 15 minit sahaja, macam tak percaya, menunjukkan karenah birokarsi yang sudah more efesyen dan berkurang, tahniah...

cuma ada satu adegan lucu, saya beri mc saya dan surat dr saya... untuk rujukan endorse, datang seorang pekerja..katanya kak, ini surat ni macam tak lengkap je.. tak cakappun kenapa kak cuti.. saya kata, beri pada dr, dia akan tahu nanti, sebab di surat itu ada dinyatakan yang saya telah di laposcopy &... (itu sahaja yang dapat saya baca, tulisan dr, tahulah)...saya katakan pada dia, dulu, surat yang sama saya bawakan 2004, dr akan endorsekan...aduh, dia bukannya dr, apasal nak quire pulak...
kan betul kata saya, bagi kat dr, dr cop & tandatangan, habisla cerita...

melihat ratusan orang di sana, saya jadi pening sendiri..ya rabbi, banyaknya kesabaran orang kat sini...

Thursday, May 15, 2008

Thanks Mum.. Day 8

hari ini mu mum balik kampung, ke langkawi, dah 8 haru kat sini.Sayapun dah sihat, jalan la slow2... kasihan my dad, yang dah tak boleh makan my mum's best curry (he he) and sorang anak buah saya (cucu pertama, faez) and my brot, Salleh yang tinggal bersama mum.. dah berhari makan kat kedai...

jam, 1.. ke airport, singgah makan kat dengkil (hinghway) satay kajang samuri.. kena minta garing .. best giler... bertiga dengan hubby, mum and myself.. alhamdulillah.. tapi tak boleh makan cili lagi, sakit lagi tekak yang luka hari pembedahan tu...

sampai jam 3 kat airport, LCC, Air Asia... dapatkan boarding pass..

3.30 petang, my mum check in.. salam dan lambaian masuk ke hall menunggu.. sure boring, dah tak da kawan sembang2...

5.20 ,my mum call, dah sampai Langkawi, alhamdulillah.. I pun baru sampai jam 4.30 dari airport.. pelikkan.. my mum terbang 500 km satu jam, Saya dari airportpun, satu jam dengan kereta....

thanks mum,...

Sunday, May 11, 2008

Day 3..feeling bad mood

Dari awal pagi, bangun je rasa sakit tekak, menelan air liur sendiripun sakit..
telinganpun masih sakit sangat... boleh minum je, perlahan2.. makan bubur nasi yang sedappun (my mum masakkan) pun jadi tak selera sebab tekak sakit sangat.boleh makan 3 sudu je..

for energy, minum susu and makan papaya (kena lecek dulu) tengah hari, pergi jumpa dr.. dapat lagi 5 jenis ubat (sakit tekak dan telinga) + 5 ubat untuk lepas pembedahan.. huh..kaya ubat le jadinya...

malam memang ada ambil valium, sejenis ubat tidur, sebab kata dr perlu rehat.. lepas ni la.. sure tidur punya..

satu hari asyik tidur, bangun sekejap je, jumpa dr, makan tidur balik.. hopefully esok, will be better... semalam dapat habiskan 1/2 chapter bab 7... hari ni bad mood, sebarispun tak da..

mudahan, Allah akan legakan sedikit kesakitan... thanks pasa yang perihatin.. semoga Tuhan sahaja yang akan beri balasan baik untuk anda..

bayangkan kalau setiap hari makan buah dan 6 sudu bubur saja, gerenti slim balik macam miss world.. ha ha ha.. tapi saya lebih suka macam sekarang, he he.. boleh menikmati hidup dengan makan...

Friday, May 9, 2008

Day 2

Alhamdulillah.. feeling better... tekak masih sangat sakit..telinga (both sides) juga sakit..mungkin badan terlalu panas sebab tak boleh mandi.. saya terpaksa mandi juga..susahlah sikit.. cover bahagian yang balut dengan plastik and mandi...tak best pun he he... tapi yang leceh tu, batuk menyebabkan perut bergetar2..aduh!

yang lain, kira okay la...

thanks sekali lagi for the sms and email...

Thursday, May 8, 2008

Day 1, selepas operation..

shukur alhamdullillah.. dah sihat ..tapi kenalah berjalan perlahan-lahan.. yang pening tu satu je, tak boleh mandi sampai tiga hari, lap-lap je badan dengan tuala basah, pakai perfume banyak2 la.. he he..

kerongkong masih sakit, sebab dr ,masukkan kamera dari kerongkong, maybe luka.makan bubur nasi sahajalah..kena kurang bercakap..nasib baik tangan tak sakit dan otakpun sihat.. kena sambung dengan bab 7..tak sabar mahu habiskan bab 7-9...

apapun, kena lihat dari sudut positif.. kesihatan, kesakitan..adalah rahmat bagi menguji kita..atau Allah akan tambahkan pahala jika bersabar...

mudahan ..saya akan berupaya menjadi mama/ibu/emak kepada my babies.. dengan doa anda semua..

Wednesday, May 7, 2008

Alhamdulillah..operasi berjaya..

7 mei, sampai di klinik Hamid Arshad, Bukit Damansara..saya pesakit pertama tiba perut terasa lapar gila sebab last makan dan minum jam 12 malam...

9.oo baru dipanggil masuk, terus tukar pakaian ke pakaian bedah yang seksi (he he) ada dua riben kad belakang..cemas juga naik sendiri dan berbaring atas katil bedah..ada lima lampu, kabinet, tangki oksigen, alatan pembedahan, dr dan nurses... mak ooi, seram juga..terima suntikan pelali..in a second, tak sedar diri lagi.,

10.30 pagi, sedar sikit, laluk sikit..my mum and hubby datang tengok, lepas tu tidur lagi sampai jam 3 ptg.

3.30 ptg.lapar dan mulai dapat gastik... call nurse minta diberi makan, kata mereka belum boleh lagi, takut akan muntah nanti.Mulai menggigil...gastrik dn paar gi.a.. dapat la semug air panas.. itupun susah mahu ditelan, tekak sakit sebab ada wayar yang dimasukkan melalui tekak semasa operation ..agaknya tekak luka..

4.45 ptg.dapat dua keping roti dan milo, makan 1/4 keping sahaja dan muntah...
nurse kata boleh balik malam ini juga... sebab kepala dah tak pening lagi.. tak laluk..
call husband..katanya sejam lagi dia datang, hujan tengah lebat..

5.30ptg..hubby came..settle bill..balik rumah..seronok rasanya dapat balik rumah, tidur katil sendiri..

7.30 mlm, makan malam...my mum masakkan bubur ege ikan haruan, hanya makan separuh mangkuk, tekak sakit untuk menelan makanan lgi.. sure kurus kalau tiap-tiap hari macam ni...

10.30 kena tidur awal.. still need a good rest...

Tuesday, May 6, 2008

24 hours only...

masih ada 24 jam saya boleh makan sepuas -puasnya.malam esok, jam 12 saya perlu berpuasa sebab akan berada di 'operation room'jam 8 pagi.seram sejuk juga..

pray that everything will be okay ... dari pengalaman lepas, saya akan sedar 2-3 jam lepas pembedahan itu tapi masih 'sasau' pening dan tidak berupaya bangun.Saya akan tidur terus sampai malam... malam akan lapar giler sebab berpuasa sejak malam semalam 12.00 malam(tanpa makanan atau minuman kerana dibimbangi makanan / minuman akan masuk ke dalam paru2 semasa pembedahan)...akan perlu makanan, cuma boleh makan bubur nasi + ikan haruan....

my mum sudah datang, import khas dari langkawi.Untuk apa? moral support..I really need that.. with this two peoples besides me, I will be strong enough to be like superman.. spiderman .. or what ever..

What I need from u all, just a pray... doakan saya ya..