Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Showing posts with label hmmmmmmm. Show all posts
Showing posts with label hmmmmmmm. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Hidup tidak semudah a, b,c....

  Baru masuk minggu ke tiga persekolahan; alahai, rasanya sudah bagaikan tiga bulan bersekolah. Sudah 'pancit' kata orang. Badan yang kepenatan, kepala yang semakin berat. Hidung pun sudah tersumbat, macam akan mendapat flu sahaja. Bertahan dengan mengamalkan minum air sejuk + satu sudu makan apple cider + 1 sudu makan madu. Moga-moga flu akan lari jauh-jauh. Kata kakak senior saya, "Bukan tiga bulan lagi dah sekolah, rasanya macam berbelas tahun dah.." itulah gambaran kepenatan kami. Naik turun tangga yang kalau disatukan bagai tangga Batu Caves dah!

       'Dealing' dengan pelajar yang pelbagai status sosial dan peragai tidaklah mudah! Bayangkan sekumpulan budak-budak remaja yang penuh dengan akal yang 'merumitkan'. Kita katakan sekarang, 2-3 hari barulah dihantar borang, yang guru ni sudah pening untuk memesan! Hari-hari kena jenguk kelas dan ingatkan mereka. Beberapa hari lagi, sekolah akan bercuti agak lama, seminggu +- hujung minggu, sembilan hari...Yahoooo! cikgunya yang lagi seronok.

     Saya terlupa bertanya khabar dengan Fikah. Umminya mungkin tidak sihat lagi. Dia tidak datang ke sekolah lagi. Kasihan dia. Dalam usia 17 tahun (16++) dia terpaksa menempuh ujian yang begitu. Saya beruntung disebabkan mama saya sihat, adalah selsema, demam-demam yang kadangkala tidak bangun juga, tetapi tidaklah sampai perlu ditahan di wad hospital. Seingat saya, mama saya pernsah ditahan di hospital sekali sahaja, semasa saya berusia 11 atau 12 tahun. Kalau tak salah saya, mama terlibat dengan sukan sekolah, berlapar dan kemudiannya makan dan meminum banyak botol air bikarbonat yang berlainan jenis menjadikan mama muntah-muntah dan cirit-birit sehingga perlu ditahan di hospital. Masa melawat ke sana, jenuh menjadi heroin Hindustan, menangis bagai nak rak. Takut dan cuak sekali! Melihat mama yang keletihan dan tidak berdaya, menakutkan sekali. 
      Bapa saya dahulunya sihat. Sebagai perokok tegar (sebenarnya dia simpati dengan penanam tembakau, pekerja kilang rokok, kastam ;kalau tidak, mereka semua tiada kerjalah) bapa emnghadapi masalah dengan saluran jantung yang tersumbat. Agak semput apabila sudah berusia. Masuk keluar hospital merupakan perkara biasa. Kadangkala dikaitkan dengan bekalan oksigen yang kurang, ada kalanya menurut doktor, bapa saya perlu berehat. Dalam hati saya, 'Apa? Berehat? Setahu saya bapa saya tidakla dikerah bekerja pun...' he he.. Pinggan dan cawan pun tak pernah diangkat ke sinki.. he he he..  Pendek katasebagai  perokok tegar, tidaklah pelik jika hasilnya apabila sudah beransur tua, sistem jantung bapa saya tersumpat. Kadangkala yang tidak merokok pun; tiba-tiba mengalami urat salur jantung yang tersumpat juga. Jadi macam-macam hal lah juga. Hidup ini pastinya tidak semudah a, b, dan c....

      Manuskrip saya memang tidak bergerak; tidak mampu digerakkan akibat kepenatan. "Tak apalah...' saya pujuk hati saya. Cuti hari Raya Cina, saya pulun habis-habisan ya!
 

 





Sunday, June 5, 2011

Mood, berkarya, mengedit lagi dan lagi...

   Saya pinjamkan kata-kata seorang teman di FB. Seperti kata suami sebelum ini, tak penat ke mengarang, kan banyak buku di pasaran? Kalau memikirkan begitu, kita ni tak payah buat apa-apa di dunia ini. Buat apa mahu beli kereta, kan banyak kereta di jalanan? Buatkan dia tersenyum...

"Seorang Tabi', Hasan Basri ditanya :Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?
Beliau menjawab : Aku tahu rezekiku tak akan diambil orang lain, kerna itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tak akan dikerjakan orang lain, kerna itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu ALLAH TA'ALA memerhatiku, kerna itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerna itulahku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"


    Berbakti dan berusaha untuk diri sendiri sebahagian daripada bekalan akhirat, asalakn jangan lakukan sesuatu yang menunjukkan maksiat. Jadi, mengapa tidak!

Wednesday, June 1, 2011

Jatuh cinta dengan gadis hingusan

    Banyak kali saya mendengar cerita orang lain, sama ada daripada buku, novel, televisyen, cerita kawan atau cerita kawan kepada kawan (cerita orang lain kepada kawan oleh kawan kepada saya.. agak pening ya.. cerita orang lain yang diceritakan oleh kawan saya).. Cerita mitos biasa, seorang lelaki dewasa yang jatuh cinta dengan seorang gadis yang 'masih hingusan', seperti 10 tahun sehingga 15 tahun. Kepada saya pada usia begitu, betapa cantik, ciut miut pun seseorang gadis tu, she's just a kid. Budak-budakan lagi. Sistem repoduktif pun tidak berkembang sepenuhnya.. ha ha ha.. apatah lagi mau disuruh membuat kerja rumah: pendek kata, kalau dikira dengan pantun lama, 

            apa guna berkain batik, kalau tidak memakai capal
            apa guna beristeri cantik, kalau tak tahu menumbuk sambal.

       Pantin ini begitu simbolik sekali, sebenarnya bukannya menumbuk sambal yang difokuskan, tetapi konsep 'tahu memasak'. Orang dahulu, tiada blender mahupun kedai makan untuk dibeli makanan atau lauk siap, tiada juga Restoran makanan segera seperti KFC, McD dan sebagainya, jika tak tahu menumbuk sambal, maka cacat sangatlah!

    Saya sudah melalut barangkali: kawan saya pernah dipinang ketika berusia 9 tahun. (maybe sebab dia bertubuh tinggi, besar saiz badannya) jadi jirannya fikir dia sudah berusia pertengahan remaja, (16 tahun) Nenek saya Kalsum@ Che Tom berkahwin pada usia 13 tahun (dia juga bertubuh tinggi, besar dan nampak lebih dewasa) Kadangkala apabila terdengar cerita begitu, saya jadi pelik: apa sebenarnya yang diperhatikan daripada gadis yang masih 'hingusan'! Saya sendiri pada usia 8-15 tahun, masak pun belum pandai, kerja rumah, sekadar menyapu bilik, basuh baju sahaja. Saya belajar memasak pada usia 16 tahun, (sebenarnya betul-betul memasak selepas spm- cuti menunggu keputusan spm, saya diajar oleh nenek memasak.. kali pertama masak kari dalam belanga tanah: sedap giler.) sebab sepanjang tempoh itu, berada di asrama, seawal usia 12 tahun++ sehingga 17 tahun. Alamatnya, kalau berkahwin pada usia itu, minum 'air rebusanlah' nampaknya.. he he he.Lagipun sepanjang tempoh itu, mama saya mempunyai pembantu rumah (orang tempatan, jadi tolong-tolong masak kalau cuti, tapi tak juga pandai-pandai.. he he)

   Bulan lepas, mendengar cerita bapa saya tentang seorang mamat terhadap adik perempuan saya... masa tu adik saya masih 19-20 tahun. Suka saya ketawa,...  he he.. tetapi taklah pelik sangat sebab, dalam usia muda beitu, kiut, sweet, sesiapa pun boleh terpikat.. he he..
    Baru-baru ini ketika menelefon mama saya, mama bertanya saya, "Ingat tak cerita cikgu di Sungai Petani?"
Saya bertanya balik,"Cerita apa?" Saya pasti mama saya tidak pernah bercerita pasal ini. Saya mungkin akan lupa nama orang, tempat tetapi tidak kepada cerita-cerita mama saya. Maka diringkaskan cerita, kata mama saya, Cikgu ni sukakakn saya ketika bertemu saya yang masih berusia 12 tahun.. (dia menggelarkan dirinya menantu dan mama saya: ibu mertua) Dia kata sanggup menunggu saya dewasa.. (hik- hik ) Mama saya beritahu, dia berkata (dengan ton melawak) "Kau dah tua, menunggu dia nanti, jadi ganyut" (a.k.a tua sangat) sebab masa tu, dia sudah pun berusia 26 tahun... (huh) Saya memang tergelak giler. Saya katakan kepada mama saya, "Masa tu rasanya Not budak comot..." he he , dan saya terus ketawa geli hati... aduhailah cikgu, apalah yang anda lihat pada diri budak 12 tahun itu. (Comot, cikeding he he he)

     Baru-baru ini mama saya terjumpa kepada cikgu tu, dia dari jauh terus menegur mama saya, katanya, "Mak mertua..." ha ha ha.. sebab tulah muncul balik cerita ni. Dan saya baru tahu! he he he.. Nasib baik dia tidak menunggu saya, maklumlah, jodoh saya dengan suami saya sekarang ni, kalau dia menunggu, kesian.. ha ha ha..

   Teringin saya mahu interview, apalah yang dia lhat dalam diri budak hingusan 12 tahun itu?


  









Saturday, May 28, 2011

Aduhai pening...



Cover (muka hadapan) novel ke tiga saya: Purnama Merindu: Buku Prima.

Sudah empat hari saya pening.. dan pening bukan sebarang pening. Dan pening saya tiada kaitan langsung dengan cover di atas. Blog saya tidak boleh 'sign in'. Dimintanya saya 'verification' emel. Sudah lakukan, pun tak boleh. dah letih fikir, mana silapnya. Tempat ruangan 'sign in' pun tak ada! Panik juga. Saya terfikirkan bagaimana saya mahu 'up date' blog sejarah saya, 'djlovehistory' memandangkan pelajar kami perlukan contoh esei untuk projek. Sudah tentu saya akan membantu mereka, tapi bagaimana jika saya tidak boleh 'up date' blog saya! Bingung! Dan akhirnya, seorang ex student saya, Erwan mencadangkan, saya gunakan 'browser' (harapnya betullah istilah ini) baru. Dah jelas, memang sah rupanya, browser lama ada masalah teknikal. Sudah corrupted! Nasib baik ada adik ipar yang boleh membantu.. he he.. lega! sudah nak bingung dibuatnya.

Hari ini biasa saja, mendobi, spring cleaning.. dah banyak abuk.. kadang2 pelik, entah macam mana boleh berabuk ya... kadang baru sahaja vacum, tengok berabuk semula! Baru 1-2 hari sahaja! agaknya kena buat bilik berkaca dengan tapisan oksigen... hmmmm.

Alhamdulillah, novel baru keluaran Prima akan dipasarkan mulai Jun ini... sudah lihat covernya.. cantik, kebetulan, ketiga-tiga novel saya berwarna biru. Biru kan romantik! Sebenarnya tiada warna khusus bagi saya bagi menggambarkan romantik.. seperti yang saya pernah katakan, istilah ini relatif sifatnya, sama seperti cantik atau kacak. Semuanya bergantung kepada mata, dan deria lain bagi mentafsirkannya. Contohnya, pada saya, suami bawa balik sebungkus nasi goreng ketika saya sakit, hujan pulak tu (sebab tak berdaya masak, sakit perut, cirit birit) saya kira, romantiklah tu! Romantikus: maknanya bagi saya mengambil berat. Ada orang, sebahagiannya, romantik baginya kalau menghantar sejambak bunga... apatah lagi ke tempat kerja, semua orang tengok, itu romantik. Pada saya, itu hanya pembaziran. Bunga tak boleh dimakan pun.. simpan pun tidak juga! Akhirnya akan dihumban ke tong sampah juga!

dan cover tu, saya suka!Tidak sabar melihat buku yang telah siap! Sebenarnya berperasaan yang sama setiap kali melihat buku sendiri, "Aku tulis buku ni?" seperti tidak percaya!

Sunday, May 15, 2011

Hmm alahai...

Masih lagi minggu yang memenatkan. Dua minggu ini, saya boleh mengira, hari-hari mana yang saya makan dua kali sehari... kebanyakan hari, saya hanya ambil 'heavy breakfast' sahaja. Lunch, minum air, petang minum air juga, malam, fruit dan air sahaja. Terlalu sibuk untuk makan! Tetapi masih lagi tidaklah tinggal 'tulang rangka'. Masih 'vogue' dan comel giler!

Petang jumaat, saya mencuba balik awal, dan menemani mama, adik perempuan dan anak saudara saya membeli belah sikit. Sabtu, saya terpaksa mengambil cuti untuk menghantarnya ke kolej. Malam bergegas menghantar mama dan adik saya ke Central. Dan malamnya, beberapa jam menghabiskan 'proof reading' manuskrip PURNAMA MERINDU yang bakal diterbitkan Julai 2011 oleh BUKU PRIMA, anak syarikat Karangkraf.

Proof reading merupakan bacaan manuskrip yang telah diedit oleh editor dan mesti disahkan oleh penulis kerana penulis berhak atas karyanya. Jadi, jika terdapat ketidak persetujuan, hal ini akan diperbincangkan oleh penulis dan editor! Kebiasaannya, hal ini telah diperbincangkan sebelum ini, dan tidak banyak perkara yang menjadi 'perdebatan'.. he he he Yang disemak adalah jika masih ada perkataan ejaan yang salah dieja (maklumlah, dalam berpuluh ribu perkataan, kadangnya ada yang terlepas pandang'. Walaupun dibaca berkali-kali, pasti ada juga perkataan yang tercicir! Nyatalah, kitakan hanya manusia!

Editor saya mengharapkan manuskrip di sahkan sebelum selasa atau selewatnya selasa, 17 mei, tetapi saya lebih suka menyiapkannya lebih awal supaya perasaan kacau saya menjadi lega! he he.. lagipun, mereka perlu menyemak buat kali terakhir sebelum difilemkan. (setiap halaman novel akan difilemkan seperti foto cetakan cara lama menggunakan filem, dipanggil entah, agaknya 'filem'. Kemudian muka kulit depan akan disiapkan, dan walla, semuanya sudah bersedia. Bermakna, sebelum Julai buku saya akan siap dicetak! Wah! Seronoknya!

Saya kadangkala tergelak sendiri, selalu orang akan berkata, "saya tak baca buku cinta!" "ala, asyik cerita cinta sahaja" pada saya ujud salah anggapan kepada novel bertema cinta! Saya tidak boleh bercakap untuk pihak orang lain, pada saya, buku-buku saya bukan 'buku cinta'! Kebanyakan penulis juga tidak menulis BUKU CINTA sebaliknya NOVEL KEHIDUPAN. Dalam novel ini tentulah menyelitkan cerita cinta, cintakan sebahagian daripada kehidupan manusia! Manusia perlukan cinta seperti mana pokok memerlukan air, tanah dan matahari! Kepada saya, buku cinta yang sebenar-benarnya mestilah mengandungi manual cinta seperti yang ditulis oleh ramai penulis.(Panduan cinta etc) tetapi jika novel bercerita perihal kehidupan, kerjaya, tempat, ilmu yang lain, itu bukanlah NOVEL CINTA teapi CERITA! Dalam novel saya, hanya 20% sahaja cerita perasaan, selebihnya adalah kerjaya, tempat dan sebagainya! Belum pernah saya mengira berapa banyak mukasurat saya menyentuh atau menulis tentang CINTA! Barangkali, di lain masa, saya patut mengira berapa jumlah mukasurat perihak cinta, entah-entah hanya 50 muka surat atau kurang daripada 500 muka surat, bermakna hanya 10% perihal 'cinta' atau perasaan yang dibincangkan!

Nasihat saya, janganlah 'pukul rata' akan buku2 yang belum kita baca dengan semua penulis. Cubalah membacanya dahulu dan barulah menilainya!Manalah tahu, sekali cuba, anda akan terus jatuh cinta!

Sunday, April 17, 2011

Menulis lagi

Hari jumaat lepas, kelab Leo sekolah telah berjaya mengadakan perkhidmatan pemeriksaan percuma. Cuma bayar rm 2 untuk memeriksa darah dan urine. Daripada situ, kita boleh memeriksa jika ada masaalah diabetes, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol dan obesiti.
Well, alhamdulillah. Tiada masalah yang kronik. Tiada darah tinggi (yang penting, tekanan darah tinggi menyebabkan stres yang keterlaluan, kena jaga-jaga kerana bimbang akan menyebabkan strok, penyakit jantung)

Tiada diabetes (yang menjadikan perlunya menyekat makanan yang berkanji dan bergula, saya tak risau sangat sebab saya tidak 'kuat' minum gula, tetapi kalau ada tahap diabetes bermakna kena cut semua makanan yang berkanji.. bermakna oootttt, teruklah sikit, kalau kena makan brown rice yang tidak berkanji, sebab kurang sedaplah pulak)
Tahap kolesterol pun biasa sahaja, bermakna, okay. perlulah ambil oat secara tetap, susah juga, kadangkala tak minum langsung. Teringat akan arwah mak mertua saya, arwah minum oat setiap hari, secara tetap, selama hampir atau lebih 3o tahun. Bravo! Saya kalau secara tetap ni, susah sikit. Tidak taat sangat kepada makanan atau ubat!

Tahap Obesiti pun belumlah kritikal. Cuma kena slim down lagi.. (itu saya tahu, tengah work out la he he he) nak naikkan badan senang, kalau mahu turunkan berat badan, memang mencabarlah sikit. Pun begitu, okay. Ras senang hati, tak ada major problem!

Cuma tekanan darah saya rendah sangat. Saya sedar hakikat ini, sudah lama pun. Situasi ini seperti yang saya tulis dalam watak Suraya, dalam dimensi cinta (DC) saya. Tekanan darah rendah menjadikan rasa pening lalat jika lama sangat mengadap komputer, baca, tengok tv, menunduk dan sebagainya. Menjadikan jika saya menulis, saya kena berhenti setiap jam supaya tidak rasa pening. Selalunya saya turun bawah, ke dapur, atau lipat baju sekejap, minum air, makan sikit etc.

Dan masalahnya, tak ada ubat untuk tekanan darah rendah, tidak seperti tekanan darah tinggi. Dan saya pun terlupa merujuk halaman perubatan jika ada apa-apa cara untuk membantu masaalah ini. Mungkin ada makanan seperti sayur-sayuran yang boleh membantu, siapa tahu!

Sunday, June 6, 2010

Berakit-rakit ke hulu, berenang ke tepian....

   Mendengar pantun ini, agaknya semua sudah biasa dengan penyudahnya.. berakit-sakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Hal inilah yang saya cuba praktikkan dalam tiga hari ini. Jumaat, sabtu dan ahad, 'mengadap kertas peperiksaan'. habiskan semua marking, + markah pebel (untuk selangor, perlu add in 20 markah bergantung kepada buku latihan, sikap, kerjasama murid dm kelas,kehadiran etc.. banyak juga kiraan dan guru tentunya perlu menganalisa buku latihan murid.. in other word, banyak masa perlu dihabiskan... to give a fair mark to student)
    Hari sabtu, dari pagi ke sekolah, melihat balik buku latihan dan marking latihan terakhir.. add in markah pebel. (actually ada dua kelas daripada 8 kelas sebab sejarah hanya 3/4 waktu bagi setiap kelas) Masih ada sedikit kertas esei untuk marking.. dan perlu dicampur dengan markah kertas objektif /140 markah x 80% = ... + pebel mark. Nasib baik ada caculator, kalau tak, boleh mereng otak mengira... he he
   Hari ni, marking lagi, masak luncuh, daging bakar cicah dengan air asam kerisik,(sambal kerisik), daging masak kicap dan sup kaki ayam..(sebenarnya mahu buat kerabu ala siam tetapi timun, cili padi,kacang dan serai tiada stok) yummy (habis diet)...  jemput kawan baik yang berada di sekolah bersama murid bagi menyiapkan projek kayu bagi pendidikan seni.. (ahad pun dia rajin ke sekolah sebab minggu depan mahu balik kampung) Yang kelakarnya, dia kata, dia akan datang jam 5 petang.. (apakah masih dipanggil lunch.. he he, ini lebih kurang  masa lunch husband saya)
   Esok isnin, kena spend masa ke sekolah,siapkan pebel dan file.. mungkin selepas itu sempat spend untuk siapkan bab 1 dan 2 novel (kalau boleh siap la... mungkin bab 10 bagi orang lain) Dalam menulis, rasa saya, bab 1-3, menjadi penentu penggerak penulisan..kalau sudah reach bab 3, momentumnya laju sikit.. ada dua projek dalam cuti ni, perlu prepare soalan temuduga.. yah... wish everything will be fine.

Monday, January 25, 2010

Hmmm.Dunia murid yang sibuk.



3 Angsana tahun 2008 :Antara kelas paling 'cool'



Entah murid SPM tahun ke ?? kata mereka, saya allergic dengan bising. Kelas mesti totally silence kalau saya mahu mula mengajar... tapi kalau jokes,bolehlah ketawa...

********

Hari ini cuaca agak panas. Di sekolah,perlu berjalan blok ke blok (tidak berbumbung kerana dua bangunan baru dalam pembinaan)kepala sudah berasap. Tidak terkira berapa liter air yang diteguk,I think more than 2 liters. Rasa letih juga.Sudah habis masa sejarah di tingkatan 4, saya bertanya murid, "Pernah tak awak nampak seorang lelaki di pasar malam Taman Tun Dr.Ismail. Dia tak ada tangan dan kaki (both either hand or leg)"
Ada yang menjawab "ya."
I say ,"Kasihan dia kan. Tak tahu bagaimana dia menikmati hidup dalam keadaan begitu. Kita ada kaki,tangan. Boleh berjalan dan menikmati kehidupan."Tapi ayat belakangnya saya rasa,tidak mereka gemari,"..dan sebab itulah tak ada alasan,awak tidak siapkan kerja cikgu."Hahaha.. Mereka terkena lagi.

Kebiasaannya saya akan beri banyak masa untuk mereka habiskan kerja rumah. Seminggu,paling tidak, 3 hari. Dalam mengejar kecemerlangan hari ini,semua cikgu terpaksa memberi banyak kerja rumah sebab jika kurang latihan,bermakna juga tidak ada kecekapan. Practise always make perfect.. that's the motto. Tapi kadang2 ada juga yang memang sengaja 'cari pasal'. Hari ni, 5 orang berdiri sebab tidak membawa buku teks. Belajar sejarah tanpa buku teks adalah satu kesalahan. Sebab apabila guru menerangkan maklumat,murid boleh melihat info di buku. Tanpa buku,alamatnya juga fikiran akan menerawang ke tempat lain.

Kehidupan murid hari ini jauh berbeza daripada zaman saya dahulu. Tinggal di asrama,kami mempunyai jadual aktiviti yang teratur. Ada waktu makan,etc. Yang penting,ada waktu bermain pada waktu petang. Rata-rata murid saya yang ditanya,semuanya tiada waktu untuk bermain. Setiap hari mereka ada tuisyen (dan saya kurang faham mengapa perlu tuisyen lagi padahal belajar di sekolah cukup mencukupi.) Bagi saya,sekiranya kelas tuisyen hanya menempatkan 15 orang murid, tentulah pengajaran dan pembelajaran (P & P)akan lebih berkesan. Sekiranya jumlahnya macam di kelas juga,(40 orang and more - maknanya sama sahaja dengan situasi di kelas)Jadi mengapa perlukan tuisyen? Membayangkan kehidupan murid,saya pening kepala juga. Kalau sudah tuisyen,6 hari dalam seminggu,manalah ada kehidupan! Kata saya, cikgu dulu boleh belajar tanpa tuisyen,kenapa pulak awak perlu tuisyen? Dan mereka hanya tersengih!

Waktu pj merupakan favourite murid,agaknya hanya masa ini mereka boleh melepaskan tension dengan bermain sepenuh tenaga. Saya! Kurang faham sebab saya ada banyak masa lapang untuk bermain dahulu. Saya mencuba pelbagai permainan masa saya remaja,namakan apa sahaja, bolasepak,sepak takraw,hoki(sekejap sahaja,takutt cedera)bola jaring,rounders.. dan saya akan joint apa sahaja aktiviti sport,lompat jauh,larian,lompat tinggi walaupun separuhnya saya gagal mendapat pingat... hahaha. Itulah agaknya,seluruh masa lapang mereka dihabiskan dengan tuisyen!

Tergelak saya apabila muris saya bertanyakan,"cikgu mahu buat tuisyen tak?"
Saya katakan,"I have to say no." Hidup saya bukannya sekadar mengajar. Lagi pun,I already do my best in this field. Kalau mereka mhukan 'lebih'perlukan usaha lebih. kalau sekadar mahu bertanya, penjelasan,bolehlah berjumpa saya,dengan syarat, 'appoitment terlebih dahulu'. Cikgu pun perlu bersedia juga.

Well, mengenang balik zaman sekolah dulu,alangkah baiknya kalau boleh menyelami semula zaman itu. Berlarian di padang (sekolah saya girl school,dengan tembok besar lagi..he he)Kehidupan di asrama adalah zaman yang terbaik saya tempuhi.. (not to say,di rumah tak baik- sebab masa STPM saya berada di rumah @ Langkawi - sebab apabila tinggal di rumah semasa menunggu result keluar,rasa kurang seronok lagi di asrama... perlu bangun 5.30 pagi untuk mandi...dan sesekali mahu pulang ke Langkawi, aduhai,lecehnya...

Wednesday, January 13, 2010

Work! work! and working!




Memenatkan sebenarnya untuk menghabiskan pengisian data murid,at last,cuma tinggal seorang murid lagi,itu pun disebabkan borang dia tidak diserahkan kepada saya. Saya telah memberitahunya,esok date line or u die (acah je tapi gempak dia sikit)sekurangnya 1/10 perkara sudah diselesaikan.
Malam tadi ada mendobi baju tapi akhirnya terlupa menyidainya. Petang tadi apabila pulang,melihat suami sudah menolong mengampaikan baju. Kata saya,"maaf bang,lupa nak ampai baju."
kata dia balik,"ala,ayang buat-buat lupa sebab abang akan sidaikan."sambil tersenyum.
Saya hanya ketawa balik sambil mengusiknya balik,"jangan merungut,nanti tak ada pahala." Sebenarnya di sekolah pagi tadi,teringat juga akan baju dalam mesin basuh,cuma berharap yang suami akan 'meninjau' dalam mesin... kalaulah dia melihat,pasti dia akan ampaikan baju-baju..
Sehari dua ni memang letih betul setelah berjam-jam di hadapan komputer sahaja. Nasib baik suami saya ringan tulang, rumah pun dia tengah vakum. Alhamdulillah. leganya.
Manuskrip saya macam tak bergerak langsung,sudah hampir sebulan. Selepas bercuti 12 hari di kampung saya,Langkawi,kemudian pulangnya ke Rahmahtullah ibu mertua yang saya kasihi,sepupu suami yang berkahwin - kerja sekolah... macam2 perkara..tapi bak kata orang lama,semua itu hanya alasan peribadi bagi tidak menulis sahaja. Jika ada kemahuan,tentulah ada jalannya.
Sedang menggiatkan usaha menghabiskan bab 7.. ada 3 bab lagi.

Friday, January 1, 2010

Menyambut Tahun Baru

Dalam kesedihan takkala perginya 'mak',saya rasa kesedihan itu terisi dengan menyambut tahun baru dengan mama dan mak ngah saya. Bukan senang untuk menyambut tahun baru bersama mereka.Lazimnya tahun baru disambut tanpa keluarga disebabkan sekolah sudah hampir dibuka semula,jadi saya sudahpun berada di sini. Jadi ini adalah peluang keemasan... mengambil peluang mereka jalan-jalan,pada pendapat saya,masa masih berada bersama merekalah,kita seharusnya mengambil peluang keemasan menggembirakan hati mereka. Kami keluar dengan LRT ke Central bagi mendapatkan tiket kereta api,kemudian lunch di Central (tapi kena ketuk dengan cafe tu di central... warisan... gerai je,tapi tiga orang makan RM34.00 pelik juga,saya makan paru dengan sayur ubi kayu masak lemak,mama saya,paru,sotong 2 ekor-kecik je dan sayur kubis,mak ngah saya,sayur,telur masin dan sotong - punyalah kami dok kira balik,macam mana pulak jadi RM 34- kalau di restoran saya tak pelik.Bukannya berkira,kita kadang-kadang makan lebih mahal daripada tu lagi,tapi gerai biasa sepinggan 11.30 - hmmm)Kami melihat gelagat orang lain... ramai yang agak terkejut dengan harga di kedai tu... saya agak, paru saya RM7,nasi Rm1,sayur 3.30 hmmmm???)
Kemudian ke amcorp Mall,jalan-jalan je.. balik zohor kat rumah.. lepas tu ke ikea, makan steam bot... dan teringat aruah mak, belum berkesempatan makan steam bot dengan mak. Lepas tu balik... dalam bercerita mak ngah pun membukalah cerita dengan perihal anak menantu yang tidak mahu menjaga mak mertua ketika sakit(bukannya cerita sesiapa,tanpa menyebut nama bagi mengambil teladan)tapi apabila meninggal,terpekik terlolong pula. Jadi,kenalah sentiasa beringat,sayangi mereka ketika ada,janganlah kalau sudah 'tiada'baru mahu 'terpekik dan meraung'.... Menyukakan hati ibubapa atau saudara terutamanya yang lebih tua merupakan aset saham akhirat kita. Saya percaya setiap sen yang kita belanjakan,Allah akan murahkan rezeki kita.
Saya teringat akan kata-kata seorang pekerja di Giant ketika membayar di kaunter,kata adik tu,"tu mak kak ke."
"ye dengan auntie."
"bestnya bawa mak berjalan. seronok nampaknya dia."
Saya dalam terdiam terharu. Saya tak pula membayangkan ada yang akan memerhatikan saya. Saya lakukan semuanya tentunya bagi memgembirakan hati mereka,semoga mendapat redha ALLAH. Saya sedar,mereka adalah orang penting dalam hidup saya... agaknya masa saya masih kecil dulu (baby),dah jenuh mereka bermain dengan najis dan kencing saya... (dulu manalah ada pampers) bagaimana boleh saya membayarnya semuanya semula... jadi tak kisahlah,apa sahaja,asalkan mereka gembira. Yang saya harapkan adalah Redha Allah. Dunia ini hanya pinjaman semata-mata,perjuangan hidup kita masih jauh.

Thursday, December 31, 2009

Selamat tahun Baru

Sehingga menjelangnya tahun baru Masihi,menjelangnya tahun 2010. Bagai ternampak-nampak menjelangnya tahun 2000. Pada masa utu saya berdoa agar dipermudahkan jodoh saya dengan 'mr F' (suami saya) dan bertemu dengan keluarga F yang baik.. gerunnya mendengar cerita mak mertua yang tidak baik,garang,cerewet mahupun yang banyak songeh. Sebagai menantu,kita memang perlu hormatkan mak bapa mertua tanpa mengira apa jenis 'errors' yang ada pada mereka,tapi kalau yang 'kurang baik'sure tension jugalah...
Allah mahbulkan doa saya,bertemu suami dan mak mertua yang sangat baik. Jadi berbaloilah menunggu lama juga. Saya bertemu & berkahwin hampir penghujung 20-an.
Pernah saya berkata,kalau saya mencari menantu perempuan,saya akan cari yang boleh memasak kalau jenis yang tak pandai memasak akan membuli mak mertua saja.. berehat memanjang kalau balik ke rumah mak mertua,mak mertua pula yang akan menjadi orang gaji.he he.. kalau kuali pun tak pandai nak pegang,jangan harap menjadi menantu saya..
Saya berdoa akan menjadi insan yang lebih baik,anak & isteri yang baik,lebih beriman kepada ALLAH dan RASULNYA. Bertemu dan berkenalan dengan orang yang baik hati,baik tingkah lakunya. Ada orang kelihatan baik tingkha lakunya,baik pertuturannya,tapi hatinya busok,di belakang kita membuat fitnah yang bukan-bukan. Saya tidak suka orang yang ego. kalau orang yang 'keret' kata orang Kedah,kalau duduk dekat,10 saat sudah rasa gelisah,'bad aura dia sudah dikirimkan kepada kita yang buat rasa tidak selesa. Tak kisahlah akalu dia mahu memakai kain yang berharga RM 30000 semeter tapi jangan bersikap sombong. Saya sendiri, tak kisahlah kalau sdidia mampu memakai pakaian begitu,tidak pula ingin cemburu kerana pada saya, at the end of it, hanya kain kapan lah yang akan menemani kita...
Selamat Tahun baru, semoga kehidupan,kebahagian, kasih sayang kita sesama manusia akan bertambah ruah. Ingatlah kita kepada yang tiada.

Tuesday, December 22, 2009

hmmmm... on my may

Alhamdullillah,akhirnya dapat menghabiskan manuskrip sehingga ke bab 6 dengan agak ... susah nak cakap. Menulis tentang luar negara,kali ini ke Perancis agak susah. Perlu buat banyak research,baca satu demi satu.. naik terbuntil mata juga.. harapnya menjadi bacaan yang interesting dan mencabar minda kita. Agaknya 3 hari tak dapat menunjukkan skil masak sebab target saya mahu menghabiskan penulisan sebelum berakhirnya tahun 2009. Tak tahulah berjaya atau tidak. Sedikit masalah dalam perancangan tempoh hari. Cdaangan kami,hanya pulang ke Langkawi dalam 8 hari sahaja,jadi saya tidak membawa balik komputer riba saya mahupun pen drive sebab hanya target untuk merehatkan minda... tapi suami yang mengalami kesakitan di kakinya (tapak kaki) asyik memberi diskaun hari bercuti (wish is lucky...)dan akhirnya membawa percutian (amazing) ke 12 hari (dan ada keberuntungannya sebab saya dapat menghadiri dinner with Tun Dr.M)Jadi program manuskrip saya ter 'delay'lah sikit. Apa pun tidak ada tekanan sebab buku ni idea kita dan 'period' masa pun terpulang kepada kita sendiri. Cuba sebaik mungkin. Kalau saya boleh habiskan manuskrip ini dalam tahun ini bermakna saya sudah lakukan rekod baru. Buku pertama saya Dimensi Cinta mengambil masa sehingga satu tahun.. lama sebab banyak research tentang London dan Adelaide.

Sunday, December 20, 2009

Alhamdulillah,reach home.

Saya bertolak balik seawal jam 7.30 pagi,(bertolak 7.45 pagi)feri paling awal dari Langkawi ke Kuala Kedah. Feri yang sangat selesa, 2 tingkat. Pagi biasanya penumpang tidaklah ramai sangat,jadi free seating,terus ke tingkat atas. Tips, lagi tinggi kedudukan tempat duduk anda,kuranglah rasa tergolek kerana dilambung ombak.Sampai jam 9.20 pagi. Reach home at 4 pm. Rasa mengantuk sangat,tapi kalau tidur petang begini,alamatnya malam nanti susah pula melelapkan mata. Jadi,tahan sajalah rasa mengantuk. Dua malam kurang tidur. Malam sabtu (jumaat malamnya)tidak dapat tidur barangkali excited ,ahu ke dinner. semalam pulak, otak yang aftif sangat,berputar ligat memikirkan banyak perkara yang perlu dibereskan. malam ini tentunya 'balck -out'.

Friday, October 30, 2009

HMMMM

Alhamdullillah virus malas tu dah slow down,tengah pulun(orang kedah kata pulun maksudnya buat kerja betul2)la banyak files yang belum disiapkan..adus... agaknya selepas ni timbang kg kot... manuskrip finally finish chapter 4.. bersemangat sikit sebab sudah reach chapter 5 meaning sudah sampai tengah-tengah chapter.... kata penulis lama seperti Kak Aina,penulis kena disiplin,kalau tidak boleh selembar kertas,satu perenggan pun kena buat juga... barulah ada kemajuan...tapi satu perenggan tu sikitlah sangat.... sekurangnya satu hari perlu lengkapkan beberapa halaman, tapi kalau perlu research,lambatlah sikit...
Target saya dalam 6 bulan ni,(lebih kurang 183 hari)mesti habiskan 10 chapter - 15 hari untuk semak dan betulkan bahasa + simpulan bahasa etc..sebelum hantar.. (jadi balance 168 hari sahaja)jadi satu hari perlu habiskan 1.7 halaman (lebih kurang 2 halaman la) tapi kena juga tolak brcuti,balik kampung jadi kena cover kerja-kerja masa bercuti. (bercuti 7 hari + tengok wayang etc) adus!

Ada masa-masa pun kerja sekolah banyak sangat, boleh panjit tayar kita... tapi ialah buku/manuskrip itu hak sendiri,tak ada dead line pun (kecuali ada penerbitan yang beri masa akhir) dan pasti tak seronok sebab apabila tertekan,kualiti penulisan pun berkurang... kena rilex dan ambil masa sendiri,barulah best...tapi kenalah patuhi target sendiri,barulah kaw!

Teringat saya apabila seorang murid saya berkata,"cikgu,nanti buku kedua cikgu pastikan nama saya sebagai satu watak tau"

Saya kata,selalunya saya sudah menggariskan nama watak dan perwatakan sebelum saya menulis.. boleh diubah kalau mahu, tapi selalunya saya sudah fikir awal2 lagi..

Yang kelakarnya dia kata,"nama ayam pun tak pe cikgu."

Saya tergelak... tapi kemudian berfikir bagus juga letak nama pet (ayam ) sebagai nama dia... ha ha.. baru kena dengan permintaan dia...pecah juga kepala fikir bila dan mana mahu letak nama dia dalam manuskrip... sebab sudah diminta kan,tak bagus kalau tak penuhi juga... but nama ayam pun okay juga kan?
jadi dedikasi saya akan bernunyi, untuk a..... yang sudi dinamakan sebagai ayam.. ha ha ha.. fun...

Sunday, October 25, 2009

Tugasan esok!

Hari ini saya habiskan masa menonton cerita terbaru Brad Pitts,...Bastard.. I have to say.. bosan.. naik mengantuk di pawagam... kemudian seperti selalu ke kedai buku, 2 jam di sana,(MPH new wing One Utama..and dah nampak buku saya Dimensi Cinta di sana,harapnya ada yang sudi membeli) membeli beberapa buah buku yang saya kira,amat menarik,banyak lagi yang saya perlu beli,Insa-Allah dalam senarai 'akan datang'... saya percaya,kita mesti mendapatkan ilmu dalam menjadikan kita, 'insan cemerlang'... Insa-Allah..(masih tak tahu bila ada masa untuk mambaca buku2 yang dibeli...)

Makkah al_Mukarramah,kelebihan dan sejarah.. Tulusan Abdud Sabit Abdul Rahman,pertama kali saya melihat buku yang terperinci,siap dengan gambar yang menarik sekali.Terbitan Telaga Biru.

Novel Sejarah Islam,Salahudin aYUBI,tulisan Abdul Latib Talib,keluaran PTS.. sudah lama kita dengar tentang kehebatan Salahudin sebagai Panglima Islam yang warak esc.. Insya-Allah saya perlu baca untuk menambah pengetahuan saya bersesuaian dengan projek buku saya (novel kedua) Sebagai 'orang sejarah',saya rasa perlu sedikit suntikan elemen sejarah sebagai panduan dan pedoman kita, bukankah 'sejarah selalu berulang'...

Ketiga, pengarang Aki Abdul Wahab,penerbitan KarnaDya sendiri,Jom Hidupkan Roh Haji... sempena kedatangan sambutan 'bulan haji',apalah salahnya kita mengimarahkan 'jiwa haji'.. semoga akan menjadi tetamu ALLAH pada masa akan datang...

Esok,ada bengkel SPM sejarah di sekolah... saya berharap bengkel ini akan berjaya menaikkan lagi 5 sejarah sekolah seperti yang berlaku tahun lepas. % naik beberapa peratus yang melegakan kami (guru-guru)..sebabnya tahu sahajalah,kalau peratus naik,semua orang gembira dan lega sebab kalau peratus kelulusan dan gred jatuh,kepala saya dulu yang 'bakal dipancungkan'... hmmm.. apa pun,saya bertawakkal kepada ALLAH setelah meletakkan daya usaha 5 juta % pada tahun ini... (alhamdullillah ALLAH tidak pernah patahkan semangat saya dalam memberi pendidikan walau pun ada di kalangan murid yang sering mengecewakan saya kerana bersikap malas.. (sorry to say,malassssssssnya Ya Rabbi.. macam mana nak buat,kalau kertas 2,langsung tak jawab apa-apa.. dapat 0/100)kalau langsung tak mahu baca ... bagaimana ubatnya lagi??? saya berharap dan berdoa agar esok,semuanya berlangsung dengan lancar... murid2 akan hadir dengan semangat 'belajar dan menghayati sejarah' sebagaimana saya dan teman seperjuangan yang sentiasa bersemangat mendidik...

Saya masih bersedia untuk esok... Insa-Allah, saya akan melakukan segalanya dengan terbaik dalam setiap pekerjaan saya.. apa pun,kebaikan datangnya daripada ALLAH,kelemahan adalah datangnya daripada saya, kita sebagai makhluk yang daif,lemah dan tidak sempurna..

Friday, October 23, 2009

Ubat kecewa...

Tiba-tiba sahaja,ada ex murid bertanya dalam e-melnya,apakah ubat kecewa? Bunyinya macam mudah.. tiga perkataan sahaja tetapi saya bagaikan masih boleh merasa betapa sakitnya semua pancaindera ketika kita merasa kecewa. Saya pun tidak bertanya apa sebabnya dia kecewa, tetapi saya dapat mengangak tentunya berkaitan soal perasaan. Hubungan 'Adam dan Hawa', selagi tidak bertemu jodoh seperti yang disuratkan oleh ALLAH,pasti sentiasa ada yang tak kenanya... sikap tak samalah,tak romantislah,curang,tua sangat,muda sangat, etc..etc...

Hanya yang merasa,tahu bagaimana menceritakannya. Bak kata bidalan lama, kalau bercinta,makan tak kenyang,mandi bagai tak basah,tidurnya pula tidak lena... tapi kalau kecewa pula, segalanya menjadi lebih teruk... makannya tak kenyang sebab tak ada mood untuk makan, tidurnya tidak lena kerana hatinya dan minda tidak sedang... mandi? kalau saya,saya mandilah... takkanlah pulak, orang di sana sedap2 berwangi, kita yang di sini mahu busuk macam ikan terburai perut sebab kecewa...
Well, thingking back.. lama juga saya berfikir apa yang saya buat pada masa dahulu.

Pertama,tentulah.. Pray.. mengadu hanya pada ALLAH. kalau dengan manusia ni,kalau salah pilih,terinaya jadinya..kalau dapat yang simpati dan empathi,okay lah tapi dibuatnya dapat yang 'menyampah je', di belakang kita, dia mengata lagi...

Kedua:Tetapi sebagai manusia,pastinya kita ada kawan baik, berceritalah,sekurangnya terasa lega sikit...

Ketiga:lagi pun ada banyak hikmahnya kenapa ALLAH jadikan begitu.... sekarang mungkin kita tidak nampak lagi, nanti kita akan ketahui... saya sendiri, apabila bertemu jodoh,barulah saya betul2 nampak hikmah2 yang saya tidak nampak sebelumnya dengan MR XYZZ...

Keempat: Bersosial.. jangan salah faham,jangan ke disco pulak... atau terkinja-kinja di tempat hiburan.. dalam keadaaan risau dan kacau,banyaklah kuncu-kuncu syaitan yang akan merasuk kita. berkawan, exposekan diri dengan kegiatan yang mendatangkan faedah kepada diri,agama dan masyarakat.. pergilah sertai apa-apa pertubuhan... Anda akan sedar ramai di luar sana orang yang baik-baik,bukannya ex anda seorang je.

Kelima:Anda terlalu baik untuk dirinya.. Allah pasti akan temukan anda dengan insan yang lebih baik.. Jangan melihat kekurangan diri anda, kekurangan diri dia yang tidak memungkinkan anda bersama.

Keenam:Buang semua contact number etc... never look back.. (saya sendiri tak kisah simpan semuanya lagi, bukannya nak call pun)

Ketujuh: Anda akan lihat,dalam masa 2-3 minggu,tentunya tidak ada apa yang kurangnya kepada diri anda,bermakna,sebenarnya anda okay tanpa dia...

Kelapan: Carilah hobi baru.. saya dulu bukan setakat hobi baru,saya berpindah ke tempat baru... dari KL saya berpindah balik ke Langkawi pada tahun 1997... sebab ex saya selepas mr xyzz tu,rajin membawa saya berjalan ke merata-rata,jadi apabila melihat tempat-tempat tu,sedih sangat...

Kesembilan:Inikan zaman internet,cari kawan lain banyak... 10 tahun dulu,saya bertemu suami di IRC Chatt,(bertemu mr kkkkkbbbb pun thru internet)apatah lagi zaman sekarang...

Kesepuluh:Apa nak susah, ada 6 billion lebih orang dalam dunia, sudah pasti ada seorang untuk anda, bersabar dan terus berdoa... Ada masanya Allah memberi kita sesuatu yang kita minta tepat pada masa yang dikehendakiNya bukan mengikut masa yang kita mahukan...Kerana ALLAH serba tahu apa yang sebenarnya kita perlukan.

Sunday, October 18, 2009

Drama sebabak,kelakarnya...

Sudah banyak hari juga suami balik ke JB, tak dapat ikut sebab dia bertolak hari Rabu,saya belum bercuti. Katanya dua tiga hari saja,sepatutnya habis lewat sabtu sudah balik ke sini..alih-alih sampai malam ahad(santu malam) belum juga nampak batang hidungnya. Saya pun call dia,bersembang sekejap dan bertanyalah ayat yang membunuh," bila abang nak balik ke sini?"
"Tak tahu lagi.."
"kata hari tu 2-3 hari je.Dah la cuti lama"(saya bercuti sehingga selasa,tentulah boring kalau dia tidak ada)
saya menyambung,"tak pa la.." terus mematikan telefon,konon merajuklah.. kesian saya kan...Ingatkan dia akan call balik dan memujuk.. (itulah orang-orang tua yang nak merajuk.. ha ha) Rupanya dia tidak pula call balik dan memujuk.. (kalau masa bercintun dulu,sure dia akan call sesaat selepas itu dan mengayat...hmmmmmmmm)
Penat saya call semalaman dan sampai ke pagi. Resah juga jadinya,macam masa-masa kemaruk cinta dulu dan mata air tidak menjawab telefon..Resah,risau dan jiwapun menjad kacau... Sibuk sebenarnya,memasak,mendobi,melipat kain dan angan-angan mahu menyambung manuskrip yang baru mencecah bab 3-4 (separuh-separuh sahaja) tapi dalam keadaan mood yang tidak menetu, bolehlah hanya menaip bab yang frust kot...Ini mesti pakwe saya yang merajuk pulak..adus... pulak... siapa pula yang patut merajuk? saya ke dia? Dia yang lambat mahu pulang,kenapa pulak dia yang merajuk balik?Adus? peninglah kepala jadinya.
Finally,dia menjawab call saya..
"Saya bertanya,kenapa abang tak jawab call...?"
"habis dah marah abang?"
pelik juga,mana ada marah? saya merajuk? takkanlah tahun depan mencecah sepuluh tahun,masih tak tahu beza marah dan merajuk?
"mana ada marah? merajuk la..."tergelak di hujung gagang.. kenapa pulak dia yang merajuk.. Katanya dia akan pulang petang ini,maknanya malam akan sampai ke sini. Lega.. tamatlah drama sebabakkkk.

Memang ajaibnya cinta.. Selepas bercakap dengan dia... agaknya dah hilang merajuk dia (padahal saya yang plan mahu merajuk ... he he ..rasa gelihati masih belum hilang) idea datang mencurah-curah... dengan teh hijau jasmine satu mug dan entah berapa keping hershey's bar -dark coklat,berjaya habiskan bab 3 dan sebahagian bab 4.. alhamdulillah... mungkin malam ni,boleh habiskan bab 4... esok,fokus bab 5 pulak...

Monday, September 28, 2009

melepaskan tension 2

Ada pembaca yang mengatakan melepaskan tension tu sembahyang je,ialah kenapa perlu sampai nak pergi keluar dan tengok wayang!! betul saya setuju!sembahyang adalah satu cara melepaskan tension,mengalirkan darah ke otak yang tidak boleh didapati dengan cara lain.. lihat tajuk sains solat.. tapi dalam dunia moden ni,saya rasa tak akan ada orang yang seperti Khalifah Harun Ar-Rashid yang bersembahyang sunat sebanyak 100 rokaat sehari semalam.Siangnya dia mentadbir negara,malamnya bertahajud dan berselawat serta bersembahyang.Lagi pun kalau kita bersembahyang dan diakhiri dengan pengkabaran yang kita bersembahyang di blog,maknanya kita sudah menunjuk-nunjuk, nawaitu sudah terpesong.. maknanya kita berbuat ibadat dengan tujuan diketahui satu dunia. Silap-silap,pahala pun tak dapat, bukan begitu? Buat baik tidak perlulah diberitahu kepada orang lain hatta suami atau isteri sendiri. Kalaulah menderma selepas itu panggil semua juru gambar dan pemberita,tak adalah maknanya,kan?

jadi,kata hati saya,kalau berbuat baik,biarlah hanya malaikat dan ALLAH yang tahu. Menasihati itu baik,dan terima kasih kerana mengingatkan.

Mood masih belum datang,keletihan balik dari perjalanan jauh barangkali. Satu cara lain melepaskan tension,minuman..Dan semalam,minum jus special untuk ditoksin atau menyahtoksinkan badan. Sebatang karot,sebiji lemon (dengan kulit)2 epal hijau,2 ibu kunyit,saleri (kalau suka)masuk dalam pemerah jus,dapat segelas air (fresh tanpa air tambahan) + dalam blender,campur dengan honey,(+ buah naga)blender + ais sikit.Sedap.Badan akan rasa macam lemah sikit,minum seminggu,Insyaallah,rasa lega sikit... Mana-mana bahan yang tersangkut dalam badan dan usus akan dicuci keluar... tapi kalau mengandung atau plan mengandung,jangan pula minum dengan ibu kunyit... nanti semuanya sekali dicuci keluar...

Suami pun saya paksa minum he he.. tapi minuman dia tak ada campur ibu kunyit.(untuk perempuan je)tapi boleh juga diminum kalau suka. Buah-buahkan yang berwarna orange,merah,kuning banyak mengandungi bahan anti oksida,baik untuk pertahanan tubuh. Dr saya selalu pesan minta saya makan kunyit hidup (ibu kunyit)tapi tak termakan pun jadi, dengan menjadikan jus,selamat...

Monday, September 7, 2009

Disiplin satu ilusi saya.

Selepas kembali daripada cuti yang agak panjang... seminggu.. adus,susahnya dan tuned back ur life back to normal..maklumlah cuti,terlupa semua perkara pasal kerja terutamanya pasal sekolah. Nama murid2 pun dah banyak yang lupa.. Manuskrip berjaya habiskan bab 1,2 dan 4.Bab 3 tergantung.. he he sebab ada research yang perlu dibuat. Saya bercita-cita menjadikan novel sebagai 'not just a ordinary novel but.. u can find something academic in the book'... sekurangnya minat rakyat Malaysia terhadap bidang ilmiah akan bertambah jika membaca novel. Membaca dan mendapatkan ilmu. Saya percaya dan semoga niat saya akan dimahbulkan ALLAH. Dalam hidup kita mestilah berjuang memberikan kebaikan kepada insan lain dengan apa sahaja cara yang boleh.. dengan kata lain,hidup biarlah berbudi dan berbakti..

Kalau disuruh berdakwah,saya tak boleh (sedang diri sendiri pun masih banyak yang perlu dibaiki)Kita ini insan lemah.. sekadar dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang kita perolehi secara langsung atau tidak langsung melalui bacaan,internet mahu pun filem. Saya kurang bersetuju bahawa hanya sijil atau ijazah sahaja yang boleh membuktikan kita berilmu. Ilmu pada manusia tidak hanya boleh diukur dengan sijil.Kebanyakkan insan mempunyai pendapat bahawa ilmu mesti dibuktikan. Sebab itulah ramai yang menyambung pelajaran sehingga ke peringkat PH.d Dan kenyataan ini tidaklah membuktikan saya anti Masters atau PHd. Kalau mampu belajar sehingga ke peringkat tertinggi,silakan... Menjadikan anda seorang berilmu itu satu anugerah!Saya sendiri,malas untuk melanjutkan pelajaran lagi. Dalam bidang pendidikan pun,berkelulusan Masters atau PH.d nampaknya tidak memberi banyak manfaat kepada pendidik. Setakat hari ini,belum ada lagi tawaran ke pangkat atau kenaikan gaji walau pun satu sen berbanding dengan ijazah B.A yang dimiliki. jadi apa perlu sangat bekejar untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi?Setsetengah individu melakukannya hanya untuk kepusan diri sendiri.
Sudah lama bapa saya menggalakkan saya menyambung pelajaran. Daripada saya masih bujang sehingga kini. Jawapan saya.. malas. Saya rasa saya tidak harus melakukan sesuatu bagi memenuhi impian orang lain. Yang paling penting,lakukan sesuatu dengan ikhlas dan kita 'enjoy'lakukan. saya sendiri,saya suka menulis tetapi kelemahan utama saya,saya kurang serius. Saya kurang berdisiplin dan kadang kala tidak betul2 mencabar diri sendiri..

Sepatutnya penulis mestilah berdisiplin,setiap hari mesti menyiapkan sekurangnya tiga halaman manuskrip... sebulan lebih kurang 90 halaman,jadi setiap 4 bulan (termasuk editing) boleh menghasilkan sebuah buku.. Saya! Saya terpaksa menghabiskan setahun untuk hasilkan buku pertama saya. Saya berazam akan lebih berdidiplin.. tetapi kadangkala kengkangan kerja menjadikan saya banya ketinggalan... disiplin hanya satu ilusi.
Hari ini saya terpaksa mengikut suami ke BBB di Sri Hartamas daripada jam 3.30 petang. Bukannya apa,sejak dua hari saya terkurung di rumah. Puasa dengan situasi perut yang agak 'kosong' menjadikan agak mengantuk. Kalau berbaring (atau pun duduk)di depan tv pun boleh terlelap juga. Saya harus mencari altenatif baru. sekurangnya di sana,saya tidak boleh baring atau terlelap sebab di kedai muzik,manalah ada tempat khas untuk melelapkan mata. Alhamdullillah,sepetang di sini,saya berjaya habiskan kerja sekolah dan separuh daripada bab 3 dan bab 4 manuskrip baru. Nampaknya lain kali,saya kenalah melarikan diri lagi ke BBB.Di sini,semuanya ada,ada tempat makan,bersembahyang pun boleh.

Thursday, September 3, 2009

Alhamdullillah,misi berjaya.

Semalam ni mahkamah,semuanya berjalan lancar. Saya menjadi saksi tunggal dalam perbicaraan .. kelakar pun ada,padahal saya yang menyaman orang.. akan bersambung 1 Nov 2009,dan saya tak payah pergi lagi. Saksi lain yang akan dipanggil kelak.Selepas jam 1 rehat sekejap,lepas tu berbuka puasa di Seri Malaysia dalam bilik ye. Sedapnya menikmati nasi ulam dan sayur keladi,bersama rendang itik. Hmm. Sedap sungguh! Nasi ulam hanya boleh didapati di Kedah sahaja. Semasa balik ke Langkawi pun,bapa saya ada dapatkan nasi ulam (dua hari saya makan nasi ulam)disambung lagi,2 hari mkakan di alor setar (+ beli ulaman campuran untuk dua hari) bagaikan mengubat rindu setahun kepada nasi ulam.. Satu je masalahnya,ulaman yang digunakan termasuklah daun sekentut (dan maknanya juga anda akan .... sinonim dengan namanya) bermaksud baik kerana angin yang dikeluarkan melalui ... digelar sebagai angin baik(badan akan rasa ringan dan selesa),kalau keluar melalui mulut pula digelar angin jahat. (sebab abdan akan rasa sakit dan tidak selesa)
Rendang Itik Minang pulak,hulamak... sudah berbelas tahun tidak makan masakan berasaskan itik. Selain susah didapati,kalau tidak pandai memasak itik,baunya akan hanyir dan isinya keras macam tongkol kayu. Kalau dahulu semasa saya kecil (usia 11-12 tahun) mama dan bapa saya selalu akan menempah itik golek daripada seseorang,hmm sedapnya... agaknya sudah lama orang ini tidak memasarkan masakan itik goleknya...
Saya dan suami bertolak balik jam 11 malam. Disebabkan malam,tak berani lah saya untuk tidur (kalau siang,bolehlah curi-curi tidur sekejap, 1 jam)Saya bimbang,kalau 'tidur' saya akan berjangkit dengan hero saya pulak yang memandu.Kan susah jadinya.Suami memandu 'slow and stedy' je,tidak laju,sebab malam,bimbang kalau kawalan kita meleset sebab view atau pandangan mata kita berada dalam perspektif yang lebih kecil.Lagi pun banyaknyaaaaaa lori yang bergerak pada waktu malam. Sesudah berhenti 3 kali,kami akhirnya tiba jam 5 pagi di rumah. Alhamdulillah.
Saya menikmati masa yang berkualiti bersama suami,maklumlah perjalanan daripada Johor Bharu ke Alor Setar,banyak yang kami bualkan. Dalam keadaan biasa susah juga dapat masa berbual untuk (4 x 2 jam= 8 jam ke JB + 4.5 x 2 = 9 jam ke alor setar)17 jam (dalam perjalanan)... Maklumlah,keadaan dunia yang sibuk sangat,sukar untuk berbual lebih 1 jam di rumah...Sering kali bila saya balik ke rumah,suami akan keluar bekerja. Apabila dia balik pula,kadangkala saya sudah pun tidur... Waktu bertemu hanya waktu berbuka (kadang-kadang)kerapnya waktu bersahur...