Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Showing posts with label Beza like and love.. Show all posts
Showing posts with label Beza like and love.. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

Sudah bersawang blog saya ini.

   Perkataan yang biasanya kita dengar jika blog sudah lama 'bangat' tidak diup date, sudah 'bersawang'. Kehidupan terlalu sibuk. Sebagai pendidik, kepala rasa bocor memikirkan bagaimana mahu memberi kefahaman yang mudah difahami kepada pelajar dan mudah pula diingati dalam minda mereka. Yang agak payah dilakukan adalah jika murid mempunyai keupayaan mengingat. Saya cukup memahami jika murid dikatakan mempunyai pemahaman dan tahap pemikiran yang berbeza; ada yang bagus, cemerlang hatta yang storan minda yang 'kecil' barangkali. Tetapi jika pelajar langsung tiada inisiatif untuk 'mencuba', saya sudah habis ikhtiar! Mahu diapakan lagi daya usaha saya, jika mereka sentiasa 'malas sangat-sangat.' Dua  baris ayat, buka  perenggan pun tidak mahu cuba diingat, aduh! Bagaimana halnya itu?

   Alhamdulillah, keputusan SPM tahun 2011 meningkat beberapa peratus, drp 89.6% kepada 97%. Usaha kami para guru dalam bidang sejarah agak berjaya, apatah lagi dengan kenaikan besar peratusan dalam bilangan mendapat A sehingga A+. Bukanlah usaha kami secara totalnya, sebenarnya usaha murid yang lebih lagi, guru-guru hanya membantu bagi memahamkan murid, memastikan mereka memahami tajuk2 ramalan penting, menguasai teknik menjawab soalan dan sebagainya.

  Pernah pelajar bertanya saya, bagaimana saya menyukai sejarah ini? Saya katakan, saya bukan sekadar suka, saya cintakan sejarah. Sejarah adalah matapelajaran tertua yang ada dalam dunia ini. Kebetulan, sejarah paling 'enteng' untuk dipelajari, fahami dan diingati! Saya katakan, saya hanya berpeluang belajar sejarah dalam 1 1/2 tahun sahaja sebagai pelajar STPM (dulu-dulu jika belajar dalam aliran sains tiada mata pelajaran sejarah) Kalau daripada awal saya belajar sejarah; saya lagi bijaksana kot! he he he... (tidaklah bijaksana pun he he he)

  Manuskrip saya kurang berganjak, entahlah; ahun i lagi-lagilah bertambah beban kerja.. tidak luak-luak jadinya.

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari ibu!Selamat hari Cinta!

Selamat Hari ibu! Entah, saya kurang faham mengapa diujudkan hari ibu oleh Barat, menurut firasat saya, diadakan kerana mereka tidak menghormati ibu mereka sangat, jadi setahun sekali saya mereka agaknya mengingati ibu mereka.. he he he (maaf, jahatnya fikiran) Pada saya, hari ibu sepatutnya diraikan bila-bila masa sahaja, jika ada kesempatan.

Minggu ini agak memenatkan. Selain hari persekolahan yang panjang, minggu depan hari peperiksaan bermula, jadi kena siapkan fizikal dan mental untuk menanda kertas.. juga perlu bersedia untuk menyiapkan fail-fail panitia sebab sekolah akan 'diserbu'... aduhai!!! Hari sabtu depan juga perlu adakan Ladap.. adui! Kerja 6 hari seminggu, setiap sabtu, (bagi 2 minggu berturut-turut)dan hanya berehat pada hari ahad, bukanlah satu 'break' yang mencukupi.. Penat belum pun habis, sudah perlu ke sekolah semula! Aduhai!!! pening oooooo!

Manuskrip saya sudah dua tiga hari tidak bergerak... idea melekat di kepala, tapi dek keletihan, tidak bergerak. Insya_Allah, akan cuba digerakkan juga, sebab pada minggu-minggu peperiksaan (dua minggu) pada minggu hadapan, memang terpaksa berhenti terus. Menjaga peperiksaan di kelas, memang agak boring. Guru tidak boleh membaca, menulis, memeriksa kertas, apatah lagi kerana dikuatiri ketika itu 'termiss' pelajar yang mencuba meniru! Jadi yang boleh dlakukan hanya 'berangan je' (actually bolehlah berzikir perlahan-lahan, senyum sorang-sorang, mengenang citer-citer lama.. he he)

Menyebut tentang cerita lama, petang tadi ketika mengenakan baju t-shirt lama saya, bertulis 'Danau Toba' dengan lukisan abstrak di kelilingnya, membuatkan saya terkenang peristiwa manis bersama kawan baik saya Masita. Back to 1994, tahun pertama saya bekerja, kira-kira 3-4 bulan pertama bekerja. Saya dan teman sana ke Tanau Toba, Indonesia pada bulan Nov. Dan bukannya Danau Toba yang membuatkan saya terkenang, cenderhati itu yang membuat saya terkenang. Di sana saya mendapatkan baju t-hirt ini dua helai, satu simpanan saya, dan satu lagi kepada 'dia'.. Hah! Saya tiba-tiba teringatkan dia, hanya tertanya, apa khabar dia di sana agaknya! Sihatlah kot! Ha ha ha.. dan terkenang bukan bermaksud mempunyai perasaan lagi, sekadar teringat akan 'memoir' dengan dia 'di dalamnya'... nothing more! Kata orang-orang la ni (kata orang Kedah) Tak de maknanya pun.. he he he... Lama juga baju itu rupanya, selama tempoh saya dan dia dahulu, selepas kali terakhir bertemu dia , back to 1997 kot! (entah ingat-ingat lupa dah, tak penting lagi sekarang ni.. ha ha ha) Itulah bezanya lika dan love. Lika sekadar tertanya, love kita sanggup buat apa sahaja!

Saya tergelak apabila seorang junior bertanya, bagaimana saya boleh menulis cerita romantik, macam orang bercinta selalu? Agaknya saya tak nampak macam romantik kot? Saya betanya dia sambil tergelak besar. Sebenarnya, saya sentiasa dalam alam percintaan kot! Always in love! Saya masih merasa getaran yang sama menunggu panggilan dijawab di hujung gagang, apabila saya menelefon dia! Atau bertemu dia.... Cuba tidaklah seronok sangat kalau berdating (macam dulu-dulu..ha ha ha..) Minat kami ternyata berbeza, dia kedai kereta, saya mahu ke kedai buku memanjang, saya tak minat ke kedai akurium, dia boleh berjam-jam di sana... Saya tak suka window shopping, tak akan lihat jika tidak mahu beli dan 'mambang' saya sebaliknya! ha ha ha.. tetapi itu tak membataskan soal 'perasaan' kan...

I feel love, when I like you.. I like you, when there're love... what ever! Cinta dan kasih sayang adalah anugerah Allah yang terbaik untuk manusia. Jadi, jika kita ada pilihan untuk 'terus jatuh cinta', mengapa tidak!

Monday, July 12, 2010

Beza Like and love..

   Sejak balik bercuti panjang, rasanya otot badan pun 'tight' giler kembali. Kerja like robot.. kalau robot pun boleh tertanggal skru.. ha ha.. Kalau boleh dituliskan carta, 1- 20, agaknya, bleumpun habis nom 5, datang lagi 10. Khamis dan jumaat lepas, saya betul2 'knock down'.., sakit otot, flu, memang tak boleh bangun. Gagahkan  diri ke dr, balik masak lunch ( itu pun main cincai-cincai saja) sebab tak ada relesa, kalau beli, kan membazir.. alhamdulillah, berkat memasak sendiri, laju juga makan. Agaknya susut jugalah 500 gram ( he he, jadilah) longgar 1/2 cm pinggang.. he he. Hari sabtu-ahad pun sambung lagi adegan tidur saja..
   Hari ini, otot masih tegang dan sakit...  apa boleh buat, berjalan jugalah slow motion (selalunya saya berjalan laju giler 110km/hour.. sekarang 30km/hour saja sebab apabila berjalan laju, sakit otot lagi teruk)

    Di kelas releif tadi, saya ditanya apa bezanya like dan love. Saya kata, "okay, contoh macam orang suka makan laksa, tapi bila tiba di restaurant, tiba-tiba macam rasa nak makan mee goreng." Itu contoh like. Maknanya, seseorang itu boleh menukar pilihannya semula jika dia rasa perlu.

   Love is a very strong word. Orang jarang menukar pilihannya sebab dia suka beriya. Jadi untuk belajar sejarah, you have to love not just like sejarah.

    Minggu ini, perasaan agak tergugat. Lagi beberapa hari, hari terakhir bersama Pengetua di sekolah yang akan besara wajib mulai sabtu ini. The truth is, she's a wonderful boss. Boss sepatutnya seorang yang boleh menjadian dirinya dihormati bukan ditakuti. Dihormati bermaksud, kita boleh mengeluarkan pendapat, boleh berbincang bukannya ditakuti. Ditakuti hanya menjadikan orang bawahan 'menikus; sahaja kalau berhadapan dengan boss.

   Saya telah bekerja di 4 sekolah berasingan, termasuk satu sekolah ketika praktikal. Di bawah seliaan 7 orang pengetua, boss saya ini adalah boss yang paling baik. Lady boss selalunya dikaitkan dengan bossy dan sebagainya.. tapi she's different. Ingat saya kepada seorang boss  saya dahulu, semasa itu masih single, kena panggil, rasa macam nak tertanggal spek.. he he.. cuak giler, padahal tak buat salah apa-apa pun.. takut!!

   Berada di minggu terakhir ini, menjadikan terasa sebak.. entah bagaimana pula boss yang baru nanti. Harapnya yang okay, tidak cerewet sangat.. yang penting penuh rasa kemanusiaan.. kadang2 tu, ada boss yang tidak rasional langsung... This time, I have to say, I love her...not just I like her... sedihnya melepaskan seorang ketua yang berwibawa.