Bungkusan ke Rome: gambar oleh Izan (saya: lupa ambil gambar bungkusan)

Bungkusan ke Brunei.Gambar oleh Hajjah Noridah. (saya: lupa mengambil fotonya) Beberapa buah buku saya kirimkan keluar..satu ke Brunei, ke Vannes Perancis dan sebuah ke Rome. Lebih kurang 2 minggu, saya mendapat tahu, buku ke Brunei sudah tiba. Lega! One down, two to go, diikuti dengan Vannes, Perancis. Yang pelik, buku ke Rome, belum sampai-sampai juga. Saya ke pejabat pos, minta dia check kan kiriman tersebut sebab gagal check secara'on line' (dalam hati pulak: buat apa on line kalau gagal berfungsi) kakitangan pejabat pos enggan memeriksa 'trecking' sebaliknya memberi saya nombor telefon untuk dihubungi.. dalam hati , pulak.. tetapi balik rumah, terlupa tentang hal ini.
Esoknya plan mahu menghubungi nombor tersebut, tetapi di wall Fb saya bertulis, buku sudah diterima. Alhamdulillah. Lama juga buku itu 'berjalan', hampir sebulan. Agaknya kalau bungkus saya ke sana, sebulan dalam bungkusan, alamak: lemas ooo. (jadi tak jadilah berbungkus untuk ke Rome)
Satu buku saya hadiahkan ke Bukit Mertajam, untuk iera @ Azira yang sudi meminjamkan sajaknya dalam buku saya. Cerita ni lagilah kelakar.. salah saya juga, terlupa menulis kepada dan daripada, dan setem pula (saya pos berdaftar sebab boleh trecking kalau hilang, dan cheaper daripada pos laju yang adangkala tidak juga laju-laju) dilekatkan oleh kakitangan pos. Saya tidak tahu apa yang terkadi, empat hari, buku diterima oleh mama saya di Langkawi, sebaliknya di Bukit Mertajam, boleh pula tak sampai-sampai. (pelik juga, yang seberang laut sudah tiba... penuh tanya) Saya menerima sekeping kad menyatakan ada 'parcel' (actually lama juga terbiar di rumah) rupanya ke pejabat pos, menerima balik 'parcel' sendiri sebab kerani pos salah letakkan setem di bahagian daripada (yang saya tak tulis) jadi mereka fikirkan bungkusan itu dihantar kepada saya... adus.. dan dikirimkan balik kepada penerima yang sepatutnya.. dan akhirnya sampai juga. Misteri berakhir.