Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Showing posts with label kesakitan adalah ujian.. Show all posts
Showing posts with label kesakitan adalah ujian.. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Demam oh demam

Hari isnin pagi, saya sudah rasa dizzy semacam sahaja. Masuk semua kelas, saya memang rasa seram sejum, macam mahu demam. Dalam kelas, guru pula tidak boleh duduk di kerusi (kecuali guru mengandung atau kelas relief sahaja) jadi, terpaksalah berdiri dan mengajar. Kepala mulai berdenyut-denyut. Balik rumah, makan sebiji panadol, tapi macam tak berkesan je. Minum air dengan banyak dan tekak mulai rasa pahit semacam.. Biar betul!Badan sudah rasa seram sejuk semacam je. Ni mesti hampir demam ni! Alamak, demam sudah mari.
Sejarah lama saya, saya jarang demam panas, adalah setahun maybe sekali, kadangkala tak ada langsung. (Alhamdulillah) tapi kalau sekali pun, demam tu sebenarnya teruk sekali. Suhu badan boleh meningkat 39-40 darjah, sakit kepala dengan teruk seklai. Selalunya demam panas akan menyebabkan sakit kepala dengan teruk. It's in the blood. Mama saya kalau demam pun begitu.. he he.
Di sekolah dulu banyak tahun kena macam ni, mostly after makan durian.. he he.. tak tahan dengan panas!Kalau balik kampung je, ke Machang Bubok, saya akan makan durian kalu musimnya, lepas tu balik ke asrama (sekali tu tingkatan 4) demam teruk. satu hari mengigil-gigil.. tapi sebab masih budak lagi, sehari berbungkus, picit2 kepala sikit, tak payah makan ubat pun, sembuhlah.
Malamnya, saya cuba mandi dengan air asam jawa... method yang sudah lama, diturunkan oleh nenek saya kalau sakit kepala atau demam. Bancuh asam jawa pekat2, mulakan dari kaki ke kepala dan rambut, biar 10 minit, mandi. Mandipun mulai kaki ke kepala. Ingatkan menjadi, rupanya tidak juga. Demam semakin teruk dan terpaksalah ke klinik juga.
Hari ni, demam masih tak begitu kemah walaupun sudah berpeluh-peluh dingin. Tapi demam tu saya boleh tahan, sakit kepala ni yang buat saya berasap!Sekali lagi ke klinik sebab kepala yang sakit masih terus sakit dan sakit... lepas makan, makan ubat, rehat sekejap, sembahyang, barangkali tidur lagi, dan lagi (istilahnya rehat) maybe okay kot. Harapnya.
Esok, banyak kerja yang menunggu, pagi sampai ke petang.. Hmmmm.

Thursday, July 29, 2010

Alhamdulillah 2..

  Kaki semakin pulih.. berjalan pun sudah kurang 'sangat-sangat sakitnya'.. Alhamdulillah. Sesekali saja terasa ngilu di tulang. Terasa gian mahu berjalan-jalan.. he he. Selepas asar, ingatkan mahu 'nap' sekejap (walaupun sedar tidak bagus tidur selepas asar tapi punyalah mengantuk sangat... Tapi rupanya tidak mahu terlelap pulak. Ingatkan mahu keluar saja, tapi sudah jam 6 petang, lepas tu sudah maghrib, jadi tangguh sajalah ke hari esoknya. Sudah 2 minggu tidak keluar.. bagaikan orang yang baru dapat kembali kakinya.. Terima kasih Ya Allah, kerana sembuh kembali.. Berjalan tu masih agak lambat la, but daripada merasa 'kesakitan' dan tidak berdaya bergerak langsung, boleh berjalan lambat sikit (lambat mengikut sayalah, sebab saya berjalan memang laju giler) ini sudah menjadi satu Rahmat besar.
 
    Perkara pertama mesti ke kedai buku.. he he..dapatkan hadiah harijadi kepada kawan saya.. (dua orang) baik hadiahkan buku daripada beri hadiah yang bukan-bukan... kalau dia mahu, boleh belanja makan juga sebelum puasa..

   Lega mendengar khabar, cuti Hari Raya bersambung dengan cuti sekolah.. ( 2 minggu) mungkin tidak lama di kampung, selepas 1-2 hari beraya.. entahlah bagaimana program suami. Yang penting dapat menjalani ibadat puasa dengan lebih lama sedikit dengan keluarga.., sebelum berhari raya.

   Banyak perkara dalam minda, peperiksaan, ulangkaji, manuskrip pun perlu dihabiskan juga dalam beberapa 4 bulan ni.. Ya Allah.. boleh tersumbat juga kepala ni.. he he  Mudahan Allah permudahkan segalanya.

Wednesday, July 28, 2010

Alhamdulillah..

  Alhamdulillah. Kaki saya semakin baik walaupun tidak pulih sepenuhnya. Yang paling tidak best, berjalan masih terjungkit-jungkit.. sembahyangpun masih atas kerusi.. (tak best sebab tidak biasakan) Masih tidak boleh duduk antara dua sujud/sujud.. kaki tak boleh dilipat lagi.. Barangkali inilah peringatan Allah, masa kaki elok tak sembahyang banyak2...   Masa sihat barangkali, kita tidak beringat banyak.. Ya Allah.. masa ini terfikir, Sememangnya Allah memberikan musibah sebagai tanda peringatan.

   Tiba-tiba saya teringatkan yang saya perlukan resolusi baru. Sepatutnya dibacakan azam setiap malam sebelum tidur sebagai peringatan kepada diri kita sendiri. Agak lama juga saya tidak membaca resolusi untuk diri sendiri. Saya alpa dan lalai.. Saya membiarkan masalah-masalah dan kehampaan menguasai diri saya(mostly and partly rancangan besar Syaitan yang tidak mahu kita majukan diri) Syaitan sengaja menjadikan kita rasa kecewa dan malas berusaha gigih. Saya mengumpul kekuatan agar saya perlu memulakan 'malam' ini juga kebiasaan yang saya lakukan sejak beberapa bulan dahulu.

   Tiba-tiba saya ditangkap rasa sayu dan pilu, terkenangkan semua individu yang telah lama meninggalkan saya. Nenek saya, datuk saya, ibu mertua saya...Kalaulah Allah berikan saya satu hari terakhir bersama mereka, saya mahu memeluk mereka erat-erat...   dan di celah-celah kepiluan itu, amat bersyukur dianugerahkan teman-teman yang baik dan sangat memberikan sokongan. Ada sekumpulan kecil, kawan-kawan baik yang sangat prihatin... berkongsi ketawa dan menangis bersama. Tanpa mereka tentulah hidup saya akan penuh dengan kesukaran... Dengan mereka, semua cerita duka, menjadi tawar dan resah bertukar rentak.. bercadang mengadakan jamuan ringan bersama, tapi maklumlah kaki yang tidak mengizinkan sekarang.. Insya-Allah dibawa selepas Hari Raya. 

   Tahun ini berkesempatan menyambut Hari Raya bersama keluarga saya di Langkawi. Sepatutnya tahu ini jatuh giliran ke JB, ke rumah ibu mertua saya.. Disebabkan suami saya sudah kehilangan kedua ibubapanya, jadi kami akan merayakan di Langkawi sahaja. Tentu dia terasa sangat kehilangan ibunya memandangkan inilah kali pertama merayakan tanpa ibunya.

   Salah satu resolusi, janganlah melihat kelebihan diri sendiri (sombong) kerana kesombongan adalah larangan dalam Agama. Jangan juga melihat kelemahan orang lain, seolah-ola kita lebih baik daripada orang tersebut. Dengan kata lain, kita menzalimi diri sendiri.

   Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan orang lain.. dan saya suka sekali mendoakan agar semua kawan-kawan bujang saya diringankan jodoh mereka dengan suami/isteri yang soleh/solehah... Tentunya hidup saya akan lebih meriah..

Monday, July 26, 2010

Aduhai...

                                                              Day  11 setelah peristiwa terjatuh...  
Berkurung dalam rumah sebegini lama, bukanlah diri saya sebenarnya.. Walaupun suka berada di rumah, especially mengadap laptop di bilik, my work station, sekurangnya sekali/ sehari (dalam seminggu) saya mesti keluar juga. The more tension, the more, getting out. Saya akan menonton wayang ke?or just having window shopping....  Memikirkan kaki ini, tidaklah mahu mengambil risiko..  sebenarnya tidak sabar mahu melompat seperti katak kembali.. he he he..
   Menonton dvd, tidak akan sama dengan menonton wayang, skrin yang besar, kerusi, semuanya berbeza. Cuma kuatir, maklumlah, benda yang kita tidak nampak, perlulah berjaga lebih sedikit. Agak letih... mungkin agak jemu berada di rumah... cuma menuhi masa dengan membaca, menonton, research, etc.. masih terasa jemunya, mengantuk.. ada waktunya, tidak begitu mengantuk pun, boleh tertidur juga. Jemunya!

Day 12, isnin.. Hari pertama di sekolah. kaki mulalah terasa sakit giler sebab banyak berjalan, naik turun tangga. adus! bagaukan ada jarum halus yang menusuk ke dalam tulang.. sesekali ber'auw- auw sendirian..  terfikir, mahu ke klinik? hospital (huuh tak sanggup: kalau sekadar memberi ubat menahan sakit, ubat sapu dan menunggu secara percuma selama 6 jam) atau boleh mencuba bomoh patah. Hari Isnin lepas ketika di klinik, saya disarankan oleh seorang auncle berbangsa India agar mencuna bomoh patah di Kpg Sg Penchala. Saya asyik terfikir-fikir juga, mungkin ini solusinya.. tidak salah kaalu mencuba..kan? I have nothing to lose.. frust juga, ingatkan hari tu, dr nak simen je, supaya tulang yang retak tu tidaklah bergoyang atau sakit ketika berjalan tapi (hmm.. malas agaknya dr ni)

   Saya pun berayat-ayat dengan suami.. sebab tak tahan sakit. dek kesiankan isterinya (sayanglah tu) maka pergilah kami mencari rumah bomoh patah ni selepas menikmati makan tengah hari (sesudah pukul 4.45 ptg) di Restoran Hijau (not bad: ikan terubuk bakar , yummy).. apa yang terjadi... kenalah tunggu esok untuk melihat hasilnya...  but amazingly, selepas balik, berjalan terasa kurang sakitnya...  


Wednesday, October 21, 2009

Virus anti-cuti

Dalam perancangan,cuti Deevapali selama 5 hari,jumaat-selasa, macam-macam perkara dirancang dalam minda... banyak kerja sekolah dan kerja sendiri boleh dihabiskan... tapi kitakan manusia,hanya merancang... hari sabtu ke pawagam,menonton, Papadom, I can say, two thumbs up! syabas.. ternyata filem Melayu,hak milik orang Malaysia belum lagi 'mati akal' dan 'mati daya cipta'... cemerlang sekali kerana mencipta kelainan.

Pagi Isnin,tak breakfast sebab malas memasak.. roti pun tak ada, jadi makan tengah hari jam 12... masa tu perut dah rasa semacam je... angin.. agaknya tempias Ribut Melur agaknya..rasa malas.. pergi keluar,belikan lauk, ada ayam goreng,sayur campur dan sup.. malamnya aduh! diarrhoea melanda... atk cukup dengan itu, sakit kepala dan vomiting.. teruk juga, 10 kali.. dan saya jadi k.o.. (agaknya macam kena tumbuk 10 kali oleh Muhammad Ali)sepanjang malam, sakit pukul 7-8 pagi... tidur pun bukan macam tidur lagi, 'black out'@ pengsan.. ada masa tu makan kraker senbab lapar sangat,asyik muntah, dan vomit keluar ikut hidung juga. .. Suami ada ajak mahu ke dr,tapi dr malam ni tak minat sangat.. (sebab pernah kena 1 ubat telinga yang kecil pun,dia charge RM 70,tak munasabah, lepas tu tak baik juga dan terpaksa pergi ke dr saya siangnya,bayar RM 25 dan sembuh)jadi bersabar je sampai klinik dr saya bukak.. Ingatkan cepat lega, rupanya selepas ambil ubat,diarrhoea dan vomiting lega, alhamdullillah, tapi sakit kepala berterusan sampai petang juga...
Malam,dah lembik lagi.. he he.. tidak berungut sebenarnya sekadar menceritakan.. dalam penyakit sebenarnya Allah sembunyikan fazilat (diet semulajadi ni.. he he) hari ni tak berani makan pedas dan berminyak lagi... pagi tadi,bihun kosong je, kalau ikutkan selera manalah sedap... tengah hari jam 12.05 tgh, perut rasa memulas lagi (like spining in the stomact )... sudahlah kat kelas ...minta murid buat kerja sendiri je, adus... kata murid, cikgu pergilah ke tandas melihat saya berkerut-kerut.. (haiya kalau nak ke tandas,dah tentulah sudah pergi..adus..budak2 ni)
Balik ke rumah jam 2 petang,perjalanan yang biasanya mengambil masa 3 minit terasa seperti 3 jam... dan tidak pernah segembira ini apabila nampak tandas bilik.. ha ha ha... dan sampai petang,masih bloating dek angin.. adus...
Saya ingatkan virus anti cuti je,dah kerja pun melanda juga.. alamatnya kena makan bubur nasi je malam ni... semua orang pun terpaksa diet juga..

Tuesday, July 14, 2009

hmm,alahai, alergik lagi.

Semalam semasa di sekolah,cuaca semacam je.Ada jerebu. tak tahulah pulak masa tu,jerebu ke,kebakaran dalam kawasan kejiranan ke. Risau pun ada apabila hidung mulai gatal-gatal,mata pun sudah mulai berair dan kerongkong rasa semacam je. Situasi itu dibawa sampai ke malam,ala sudah. Bila terbangun pagi jam 4 pagi,alamak,gatalya dalam mata pulak. Ini sah mesti kes alegik lagi.

Hari ni apabila ke dr,kata dr tu mungkin makanan,atau mungkin juga cuaca.Makanan? Setahu aku atau selama ini memang tak ada alegik,alegik tengok makanan ada,pantang jumpa. Pasal makan,aku tak cerewet,asal bukan spaggeti ala ..sabonara or entah apa namanya (white cream) itu saja yang so far tak tertelan... itu yang jadinya daripada koala bear siza turn to polar bear size.. ha ha.. actually tak la besar sangat sebab my bone size kecil... lucky me..

Badab pun terasa gatal jugak,gatal badan,telinga,hidung boleh la tahan, part 'mata' tu yang tak tahan.... adus....

Kalau mengikut bengkel penulisan Karnadya yang aku ikuti setahun lepas,penulis atau bakal penulis mesti mempunyai disiplin diri yang kukuh,seminima 3 mukasurat mesti dihabiskan setiap hari (bermakna 300 m/s lebih kurang 100 hari la, 4 bulan termasuk semakan) setahun maksudnya boleh hasilkan 2-3 buku...aduss.. aku pulak,satu buku setahun..aduss...

Kononnya sudah nekad, mulai hari ini kena habiskan 5 m/s setiap hari bagi menggantikan hari-hari yang berlalu tanpa menaik manuskrip... alahai... tapi kadang-kadang research mengambil masa yang lama terutamanya bagi tempat-tempat yang belum pernah kita jejaki.HMMMM...

Monday, May 4, 2009

Hmmmmmmmm kesakitan adalah ujian.

Dalam keadaan cuaca panas nie, tiba-tiba anak mata terasa gatal, sesekali, hidung pun terasa gatalnya, tidak tertahan.Dari hari Rabu lagi minggu lepas lagi, sudah terasa bagai yang tidak kena.Kulit pun sesekali juga terasa gatal, tapi jika diteliti memang tiada ruam atau bekas gigitan serangga atau nyamuk.

Semakin hari semakin gatal.Kalau difikirkan balik, memang saya tak ada alahan dari segi makanan atau minuman.Kalau ada mahu diteka 'hama' di tilam, he he, manalah mungkin. Bilik kelihatannya bersih tanpa habuk kecil, sikit-sikit adalah.Dalam rumah pulak, suami entah berapa kali akan vakum di ruang tamu atau membasuh lantai 'wet kitchen' di luar.Jadi, elemen rumah berhabuk dan kotor, ditolak tepilah.

Sampai petang khamis, kegatalan itu tidak boleh ditahan lagi.Mata macam perlu dikorek keluar.Gatalnya.Penat juga fikir apalah masaalah yang menjadi punca 'kegatalan' yang semakin menjadi-jadi.Adus! rupanya barulah teringat, di sekolah, ada pembangunan yang berlaku.Bangunan lama diruntuhkan, jadi agak berhabuk dalam jangkamasa 2 minggu ini.Debu dan habuk batu, simen dan tanah ini lah puncanya kegatalan ini.

Hari khamis saya ke dr.Semalam ambik ubat yang dibekalkan,kira oklah, kegatalan berkurang.Malam ke majlis tahlik 'incle' suami.Sembahyang maghrib dan isyak, tahlil dan yassin.Then makan, sedap.Masak lemak daging cili padi, sambal udang petai,ikan sambal cili padi,telur masin, sayur, ulaman dan sambal belacan.Ada duku, durian dan kopi. Makan macam biasa lah. Balik paginya, adus, perut memulas-mulas pulak. Ini mesti makanan semalam ini. Perut saya memamng alah teruk dengan cili padi Thailand.Kalau nak rasa, perut memulas dan duduk 'lama' kat 'bilik termenung tu', cumalah makan.

Entah berapa kali, sambil lembik dibuatnya. Suami saya yang biasanya 'terrer' bab makan cili padi pun kalah.Sakit perut juga he he. Kesihan juga mak mertua saya, dia juga sakit perut.Yang lebih kasihan, keluarga uncle 'a' saya,kebetulan hari 'birthday' dia pada 1 mei.Adus, sambut kelahiran dengan sakit perut lah. Anak perempuannya mengandung, sedang menunggu hari.Pun terkena sakit perut.Nampaknya satu hari, duduk 'termenung' sebab sakit perut.Petang ke farmasi, belikan ubat. Mahu ke dr pun, tak best sebab dr saya bercuti, ganti dengan dr lain, tak 'best'.Layanan dan penerangannya kurang.

Hari sabtu, saya perlu berjumpa adik saya di SOGO, K.L.Dia dan rombongan dari Langkawi, ke Singapura, dan akan singgah ke KL.Saya perlu kirimkan barang dan hadiah hari jadi untuk anak buah saya dan hadiah ' Hari IBU' untuk mama saya.Sepetang habiskan masa dan belanja makan adik perempuan saya.

Ahad malamnya, kegatalan menjadi pulak, ubat sudah pun habis, jadi, terpaksa lagi ke dr...adus!!! mngingati bahawa kesakitan adalah penawar kepada diri, bersabar sajalah, pun, terasa bagai mahu digaru juga mata ni. he he