Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Showing posts with label Story about school. Show all posts
Showing posts with label Story about school. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

Minggu yang penuh 'blues'...

   'Monday Blues' barangkali sudah sangat sinonim dengan mereka yang bekerja. Maklumlah, dengan majoriti negeri-negeri yang bercuti pada hari ahad, hari isnin, semuanya sudah bersiap sedia untuk ke tempat kerja semula. Bermulalah rutin yang memenatkan, bermula dengan jalan yang jem, kerja, meeting, jalan sana-sini, bercakap... hmm. namakan apa saja.

   Saya kerap ada sindrom 'monday blues'... bukanlah kerana tidak suka ke sekolah, tapi memori bersenang lenang pada hari ahad (sabtu tidak juga, ada koku etc) masih di dalam minda. Sarat membawa kenangan yang enak-enak 'bangat'.. Banyak projek yang tidak berjaya diselesaikan dalam satu hari bercuti.. (sebenarnya sebulan pun tidak mencukupi) Apatah lagi, kalau ada 'meeting', mulalah datang 'meeting blues'.. kepala pening, mata pun stim sahaja.. he he.. Bahu yang tegang (stress)..  Maklumlah dalam meeting kadang-kala, 10 minit sahaja, sesuatu isu itu ada kaitannya dengan kita/ diri kita, yang selebihnya, sering tiada kaitan dengan masalah kita... mendengar isu yang tiada kaitan itu agak 'berat'... macam orang sibuk mengata hal orang lain, buat apa kita perlu dengar, tak ada kaitannya dengan kita pun... tapi itulah namanya mesyuarat..  dalam minggu ni, 2 kali meeting, minggu depan ada lagi! aduhai!

   Alhamdulillah, kaki yang sakit bertambah sembuh. Cuma sesekali terasa juga ngilunya terutamanya jika hujan lebat.. (sejuknya terasa bagaikan ke tulang hitam :kata orang-orang tua lah) Tapi sembahyang masih belum boleh berdiri tegak. Sebenarnya tiada masalah untuk berdiri tegak, rukuk dan sujud. Masalah wujud apabila perlu duduk antara dua sujud atau tahayat awal.. kaki masih sakit sangat. Duduk secara posisi senget ke kiri pun, terasa sakitnya lagi. Jadi, terpaksalah duduk di atas kerusi untuk bersembahyang.. dan tidak seronok sebenarnya sebab melanggar kebiasaan kita bersolat. Aneh, pelik tapi apalah yang boleh dibuat. Sekiranya diteruskan duduk antara dua sujud dalam keadaan 'sakit', hilanglah khusyuknya.. (lagi teruk, hilang tumpuan)

   Entah bagaimana tadi di kelas, setelah memberi penjelasan dan beberapa latihan dan meminta mereka menghabiskan latihan di kelas,beberapa murid lelaki saya tersengeh-sengeh sendiri. Masa 5 minit itu saya gunakan untuk melihat apa yang pelik sangat kelakuan dengan sekumpulan remaja lelaki ini. Seorang daripada mereka bertanya, "cikgu, can you answer personal thing?" dan saya menjawab ,"sorry... you've mention it already.. it's personal.." Katanya, "ini tentang puasa...?" dan firasat saya, ini bukan pasal puasa, tentu ada muslihat ni. dan saya menunggu soalannya. "What is puasa?" saya menerangkan dengan definisi, menahan diri daripada makan, minum dan memasukkan sesuatu ke rongga terbuka dari fajar sidik sehingga terbenamnya matahari.. (biasanya sekarang around 5.45-7.30 malam) Jadi dia berkata, "so can husband kiss wife.." Hah itu soalan sebenarnya? Ingin tahu? remaja, biasalah.. " saya kata, di pipi yes. Bahagian lain, tidak peru ditakuti kalau timbul keinginan untuk melakukan seks". Mereka pun ketawa. Saya katakan, "orang dewasa lain, we can control keinginan itu.. berbeza dengan awak yang remaja ni. awak susah mengawal perasaan itu." Mereka ketawa lagi. Dan saya jelaskan kalau berlaku kesilapan di mana suami-isteri melakukan seka, apa yang mereka perlu lakukan untuk membayar 'dam'.. mereka agak ternganga.. geli rasa hati.

   Dan saya berkata, "sebenarnya when u berpuasa, kita tidak akan terfikir perkara-perkara pelik sebab kondusi badan kita yang keletihan akibat tidak makan dan minum." dan saya tambah lagi,"elok juga awak berpuasa juga supaya awak keletihan dan tidak banyak bercakap dalam kelas." Dan mereka terus ketawa.


Thursday, November 12, 2009

Meriahnya hari ulangtahun....11 nov



Ingatkan hubby mahu belikan Versace handbag... hmmm.


Semasa 11 Nov,saya tidak bercadang mahu membeli kek dan meraikan dengan teman-teman... ialah, pertama,tak biasa, kedua, macam budak2 lah pulak..lagi pun semua orang sibuk dengan file dan sebagainya. Apabila tiba di sekolah,member sudah menyanyi-nyanyi di makmal,bilik guru sementara bilik lama kami 'di-wayering'.. seronok bercampur kelakar... Teringat saya kepada majlis sambutan harijadi ke 17, entah berapa tahun lepas..(tidak juga lupa untuk mengira,tapi buat-buat lupa je...) mama saya datang ke asrama membawa kek harijadi,bestnya... masa itu di asrama (spm)... kedua sambutan masa ulangtahun ke 27,masa tu di mgs (methodist girl school-KL), my form six girls buat majlis,siap dengan kek dan present.. (I still keep the cloth walaupun tak boleh pakai lagi, habis dah cun sangat sekarang, dulu 45 kg je.. sekarang,tambah sikit la)Yang lain,biasa je... lagi pun bukannya budaya saya menyambut harijadi dengan kek etc...biasanya pergi dinner je and dapat presents..
Tiba-tiba saja, kawan saya, Kak Norlela mengadakan majlis mengejut juga, menempah makanan dari kantin. terharu juga sebab saya sendiri malas mahu memasak lagi untuk dibawa ke sekolah... ala, rasa semacam je apabila member 'sound' mana kek harijadi? saya kata," mana ada celebrate sangat', sebenarnya plan membawa kek minggu hadapan,sebab ada majlis tazkirah sesama muslim di surau...
Murid 5 Batai pula datang menyanyikan lagu 'harijadi' betul2 di hadapan makmal... (that is so sweet) sebenarnya kelas ni special sikit,selalunya sekali seminggu,ada satu waktu yang 'last period',kadangkala bukan last period pun,mereka suka nyanyikan lagu happy birthday kepada saya,saya pun tidak tahu kenapa..(sebab mereka tidak lakukan kepada guru lain).. selalunya saya tergelak sebab kalau diminta berhenti menyanyi pun,mereka tidak akan berhenti.... I'll miss them...
Malamnya my darling hubby bawa ke Carnaval Churrascaria,kalau berjala kaki hanya lima minit tapi bahaya juga berjalan malam-malam.Foods are nice.. lamb etc,kebanyakkan daging panggang,grill..

hari ini pula,saya sudah berjanji dengan librarian saya akan adakan jamuan 'small makan-makan' for them... apabila balik daripada sekolah,saya masakkan butter rice dan kari ayam, ke bakeri,grap a 'kek',bawa minuman. Alas meja dan adakan majlis ringkas, tidaklah ramai pun, dengan 3 orang kawan-kawan, Monica,Olis dan Latifah dengan 9 orang librarian, meriahlah juga...ialah,setelah berpuluh minggu bertugas bersama,kami sudah menjadi bagaikan satu keluarga... it's fun be with them...Hari ini terasa bagaikan kenyang sebab seronok melihat mereka makan,my curry chicken, tidak tinggal satu drop pun kuah..pelik melihat orang berbangsa thionghua pun sudah pandai makan kari sampai melaut kuahnya.. (banjir) sebab saya kalau makan kuah,sikit sahaja,satu sudu makan je... (saya kira bukannya faktor sedap, diorang lapar... ha ha ha)

Esok,majlis graduation untuk form 5, kali terakhir mereka di sekolah,minggu hadapan SPM bermula... inilah part yang paling saya tidak suka, 'berpisah' setelah hubungan guru dan murid sudah mulai sangat rapat. But thanks to facebook,blog etc, kami akan masih dapat berhubungan selalu. Telling the truth,Ive already miss everyone of them including yang naughthy...

Friday, June 20, 2008

Mahu gantikan cikgu dengan cikgu UPSR atau guru PMR?

Seminggu ini saya masih dengan idea yang bermula dengan hari selasa..kisah saya dan teori ijazah saya.. atau cikgu dengan Ba (Hons) dan Bs(Hons)... sebelum saya mulakan saya tanya dulu : Hari ni awak mahu cikgu ajar atau cikgu UPSR atau cikgu PMR (tingkatan 4) yang ajarkan?

Murid dah pandai sikit: cepat-cepat dia jawab, 'cikgu la'.. he he..saya sudah berjaya kenakan mereka.Mungkin minggu ni selamat la... minggu depan tak tahulah pulak, mungkin kena cari idea lain pulak.. ha.. ada idea tak?

Ada saya ceritakan 3 kisah cikgu saya yang tak akan saya lupakan sampai kini...

1.Nama guru BM saya, semasa f 1, namanya Puan Faizah.. orangnya biasa saja, tubuhnya tinggi, bersaiz agak besar... tidaklah garangpun, tapi masa tu, kitaorang takutnya terkulat-kulat... satu hari, ada la dia bagi karangan, hari khamis, hari ahad dia masuk kelas...

Katanya: cikgu akan panggil nama, orang itu akan berdiri di hadapan kelas dan bacakan karangannya... tup-tup, dup-dup, put-put, bunyi jantung... sebabbnya, saya hanya mengarang dalam 2 muka saya... tajuknyapun masih saya ingatkan lagi, Buah-buahan di Malaysia.

Selepas nama kedua, saya kena panggil, alamak... mahu dijawab tidak habis, takutttttttttttnya separuh mati, kalau kena marah, macam mana? jadi keluarlah jugak dengan beraninya... mulanya baca je la, bila dah habis, cakap je terus jugak, sebab tak berani mahu jelaskan perkara yang sebenarnya.Ungkapan 'berani kerana benar sudah tidak boleh digunapakai lagi.Jadi selamatlah saya... agaknya, bakat berbahas atau memberi syarahan memang sudah lama berakar dalam diri... he he.. saya rasa cikgu Faezah barangkali tahu saya tidak siapkan karangan, cuma keberanian saya menyelamatkan saya...

Kedua, masa tingkatan 5, saya lupa bawa karangan saya... asrama saya cuma beberapa puluh meter sahaja.Kalau saya cakap tidak bawa dan minta balikpun, tentu cikgu saya akan benarkan..Tapi, saya tidak berani memberitahu Puan Jamsiah yang lembut orangnya.. saya tulis je dalam buku lain, kat tengah...masa loceng, semua kena hantar buku.. jadi saya tak hantar la, bila loceng berbunyi je saya terus berlali balik ke asrama, salin semula karangan saya ke dalam buku yang sepatutnya, berlari menghantar buku karangan saya ke bilik guru.. Puan Jamsiahpun sebenarnya sudah pulang ke rumah... punyalah takut dengan guru... murid2 saya, sekarang ji rilex je memberitahu,

'cikgu, lupa la buku' 'tinggal kat rumah'

kadangkala saya sampuk juga ' kenapa tinggalkan dekat nenek awak?'

ketiga, masa tingkatan 3, ada seorang cikgu ni, ajar perdagangan dan akaun, dia sangat pilih kasih... kami yang di asrama ni, tak faham apa satupun, penggal satu semua gagal... 6 orang saja lulus, sebab mereka tinggal kat luar asrama dan pergi tusyen... jadi masa mengajar, cikgu ni asyik mengajar yang berenam itu sahajalah... kami semua ni diabaikan...

sayapun berfikir, macam mana nak cari jalan supaya cikgu beri perhatian kepada saya... ambik contoh buku akaun, tengok soalan dan contoh jawapan, selangkah demi selangkah... akhirnya faham juga..kena nasib saya yang sangat baik, soalan yang saya tengok tu keluar bulat-bulat dalam exam.. ada juga berbincang dengan 4 orang kawan kat asrama.. jadinya kami semua lulus dengan cemerlang, skor lagi... 80+++ .. sejak itu, kami juga jadi 'pets' cikgu tu... moral of the story, sepatutnya murid mencari jalan untuk mendekati cikgu... saya tegaskan dengan murid2.. mereka sangat beruntung, saya tak pilih kasih... saya sayangkan semuanya walaupun ada yang nakal.. kalau saya marah, sampai di situ saja, tak pernah saya simpan dalam hati dan geram sampai bila...

Tugasan saya kepada satu kelas, kenapa perangai dan sikap murid abad ke 21 berbeza dengan dengan abad ke 20? Biar mereka fikir-fikir di hujung minggu ni...

Cuma satu soalan saya, murid suka sangat ajak guru buat rombongan ke mana-mana... contohnya mahu ke Melaka.Saya kata, ajak la family awak.. kata mereka: lagi best pergi dengan cikgu dan kawan2... saya kata, 'iya ke' ... atau mereka saja mahu bodek cikgu mereka.. hmmm entahlah...

Anda cintakan guru anda tak?



A Thought on Appreciation



"Live in the moment and treasure every breath. I know for sure that to be present with yourself is the most important gift you can have. Appreciate now so that the next hour and the next year don't slip away unnoticed. Every moment matters."


— Oprah



Ada di antara murid saya, apabila saya ajukan soalan ini semasa di luar kelas , semasa bersembang kosong, dia tergelak-gelak...kalau semua cikgu saya cinta, habis la! Mereka salah faham rupanya, saya katakan perkataan 'cinta' bukan merujuk kepada cinta 'boyfriend-girl friend' sahaja.Cinta boleh dirujuk kepada definisi yang lebih meluas, sila rujuk di bawah definisi 'cinta'...

Kalau anda lihat keliling anda,pasti anda akan terpendang, terlihat, terdengar akan pasangan yang sedang 'hangat bercinta'...masa itu, pastinya pasangan akan berlakon macam-macam.Semuanya berlagak baik, sopan dan memanjakan pasangan, tengah 'hot' bercinta... kalau sudah habis perasaan itu, barulah dia tahu... terkejut mendengar rakan sekerja yang bercerita tentang kawan-kawannya, bercinta, kahwin dua bulan, sudah bercerai kerana dia rasa tertipu.. hmm.. fikirkan sendiri?

Saya pasti kalau anda kaitkan cinta dalam hubungan 'guru' dan 'murid'.. situasi pasti akan boleh di'selamatkan' daripada keadaan tidak mahu mendengar, beri lebih perhatian, akan cuba melangsaikan kerja rumah, mencuba untuk tidak gagal peperiksaan, tidak putus asa.. boleh dikatakan tidak akan cuba menerapkan sindrom bebalism dalam diri.. (silalah refers kepada petikan bebalism- utusan malaysia sebelum ini)

Tiga kelas baru-baru ini, saya tujukan soalan.

Saya : " cuba awak lihat jiran sebelah anda".. murid saya pandang-pandang seperti yang saya minta dengan sedikit kehairanan... entah apa pulak cikgu ni..agaknyalah...

saya : " kawan awak ni agaknya, apa kelulusan tertinggi dia agaknya?", nampak muka mereka lagi menjadi keliru...

saya: " tentulah UPSR, sebab awak semua belum mendapat sijil PMR", ada yang tersenyum, tapi saya tahu mesej saya belumpun sampai lagi.

saya :"awak agak, sijil apa yang cikgu ada", kebanyakkan tidak tahu.Ada yang kata, stpm.. huh, terkejut juga, mereka kebanyakkan tidak tahu.. hampir 100% guru di sekolah menengah ada sijil Ba(hons) atau B.s (Hons)Kita tidak mungkin, ada sijil daripada kedai kopi untuk mendidik...

saya: " cikgu pelik apabila, cikgu yang ada kelulusan Ba(Hons) ni, kurang didengari dibandingkan dengan guru UPSR di sebelah awak", ada yang tersenyum sumbing.Tidak kurang pulak tersenyum kelat... ada yang tergelak-gelak..

Disebabkan mereka suka dengar cikgu UPSR bercakap, saya panggil kawan-kawan mereka sendiri, meminta mereka bentangkan isi-isi atau fakta di buku teks, biar mereka tahu, bukan senang berada di hadapan kelas dan audien tidak beri perhatian.. (walaupun seorang dua yang tidak beri perhatian, saya sudah panas hati.. sepatutnya 100% beri perhatian)Saya ingat mahu praktikkan buat beberapa hari... lepas tu baru mahu tanya soalan lanjut: seronokkah beberapa hari dengan guru upsr awak?

Tujuan saya murni, saya harap semua ini akan menyedarkan mereka.. dengan tidak sedikitpun mahu memperkecilkan mereka atau bermegah dengan sijil yang dimiliki.. saya tahu dan sentiasa sedar, murid di hadapan saya akan menjawat jawatan yang lebih jauh baik daripada saya sendiri... mungkin dr, peguam malah perdana menteri, siapa tahu..Sudah beribu murid saya yang menjadi peguam, dr, akauntan...

saya harap mereka tahu, menjadi guru barangkali mudah, mendidik bukanlah perkara senang... apatah lagi dengan situasi budayasosial yang semakin besar 'jurang' antara generasi lama dan baru... ialah budak-budak 15 tahun, walaupun hanya 20-25 tahun, tapi jurang budaya ternyata jauh berbeza... pada hemat saya, generasi moden sudah tidak pandai menghormati guru lagi.. sedih bangat...

Pernah saya katakan kepada mereka, saya dulu, mahu senyum di hadapan kelaspun tidak berani.. takut kalau guru saya bertanya, 'kenapa senyum', takut mahu menjawab kembali... murid sekarang berbeza, sepatah kita marah, dua puluh patah dijawabnya..
Saya harap masih banyak lag 'cinta' yang boleh dikongsi antara saya dan murid... saya cintakan mereka semua... dan kasih sayang itu tidak akan pernah berkurang, and guys, cikgu marah sebab cikgu sayangkan anda!!!

Tuesday, June 17, 2008

Teaching is a bore / boring

Talking about teaching.. I can say, it was sweet, looking back at 199.. the year I start teaching... ten years after that.. it turns to.. yek.. hah.. too bad..

Dahulu, teaching means.. to teach, teaching, marking books.. that's all.Walaupun ada kegiatan kokurikulum tidak ada banyak file sistem,catat tu and ini.. terlalu banyak.. bayangkan minggu ini sahaja, sudah dua hari saya perlu balik jam 6 petang.. hari ini, jam 6.oo petang . Dari pagi jam 7 pagi-6 petang, kerja tanpa henti, berhenti makan etc dalam 1 jam sahaja.Hampir 12 jam bekerja.. rasa tegang urat bahu, mata yang penat dan sengal hampir seluruh badan, dan kerja yang tidak juga surut...balik perlu juga semak emel- ada murid yang menghantar esei melalui emel..

Bayangkan saya dulu sangat sukakan profesion ini, sekarang masih suka, tapi bosan dengan kekangan kerja luar yang terlalu banyak.Bukahkah cikgu sepatutnya mengajar atau melakukan kerja yang berkaitan dengan murid sahaja... kenapa perlu kita sediakan 13 file (jika ketua panitia, file kokurikulum (4 fail bagi setiap persatuan), file murid yang gagal, file adab (guru perlu masukkan markah oenilaian bagi setiap murid- saya sendiri ada 320 murid, kawan saya lagi teruk, ada 12 kelas - 12 x 40 = bayangkan 480 (ada 450 lebih kurang)jika seorang murid, mengambil masa 1 minit, bayangkan kalau 320 murid atau 450 murid)Ini belum termasuk mendengar murid yang datang mengadu itu dan ini, well, kalau mereka berjumpa saya, saya akan mendengar dengan penuh minat, tak ada salahnya memberi pandangan terhadap mereka..

Saya rasa, kalau saya ada peluang mencuba kerjaya lain, saya akan berhenti mengajar.. bosan... anda apa lagi, nanti jangan lupa beli buku saya supaya saya boleh cepat2 berhenti bekerja.. ha ha ha ..

Friday, May 23, 2008

Hmm alahai...

Jumaat, hari yang penuh keberkatan, saya ke sekolah semula setelah 2 minggu + 2 hari extra bercuti... tidur malam pun tidak nyenyak, asyik terjaga setiap jam, agaknya, minda (mind setting) asyik terfikir kalaulah saya tidak terbangun... maklumlah, rehat di rumah, bangun subuh lewat sikitpun tidaklah cemas....

pagi sahaja, bila sampai sekolah, ada amirah dan zainuddin, murid pertama yang datang bersalam dan gretting... hmm kalau semua macam ni, kan aman dunia... di bilikn guru, ada yang salam, hug,wish, ask..thanks friends...

hari exam sejarah, buat kesilapan besar, tak tahu pulak ada murid yang ke msss... jadi sepatutnya saya tidak masukkan skema sejarah cepat sangat on line..kononnnya biarlah murid dapat semak jawapan, sekali alamak... nasib baik baiknya hati puan joyle ang taip dan sediakan soalan untuk 5 orang murid lain.. tidak terkata.. terima kasih banyak2.. kenalah belajar daripada kesilapan, lain kali janganlah nak advance sangat....


balik sekolah, pergi baharui lesen suami, aduh manja sangat pulak...semua nak kena minta tolong isteri, lepas tu pergi bank, settlekan a few thing... penat giler.. mungjkin badan yang selama ini banya berehat (tak keluar rumah langsung, 3 kali je keluar, hantar my mum balik, klinik dan klinik sahaja, 2 kali keluar makan ngan suami)agaknya, tokojut bosar badan, apa hal banyak jalan tuan aku hari ni...rasa juga senak2 perut,jangan terbocor sudah la...

agaknya lepas ni, kenalah tidur...

and terlupa, yahoooooooooooooo, dah cuti sekolah.. murid2 saya -last paper saya bukan main menjerit lagi, diorang tak tahu, cikgu dia ni, 100000000000000 x lagi nak jerit tapi tak boleh la jerit, kot nanti diorang kata, cikgu ni giler ka apa!

selamat bercuti untuk djians dan murid dan guru...pastikan cuti anda memberi manfaat...

Friday, May 16, 2008

Kisah murid-sempena Hari Guru

Barangkali sebab perlu berehat di rumah, saya tidak tersedar yang hari ini hari 'Guru' hari yang memang ditunggu oleh murid-murid, mereka kata tidak perlu buka buku, tak ada homework, classwork, tak ada leteran ckgu dan bla-bla... sebenarnya, murid-murid sayang ooi, cikgupun kalau boleh tak nak mengajar macam tu hari-hari ... kalau boleh kita masuk kelas dan bersembang saja.. he he..

Murid selalu lupa tanggungjawab menjadikan 'insan' untuk sangat sukar dilakukan...

Saya terima banyak sms dan email yang mengucapkan hari guru, saya sendiri lupa mahu ucapkan kepada teman2 saya, sebab bercuti barangkali...

Antara yang menarik,

Ucapan paling awal, Yap Wai Meng..tepat jam 12 semalam lagi...terima kasih...
... kami mulai kenal masa saya bawa geng bahas ke UIAM tahun lepas, bukan setakat dia, mak diapun baik sangta, ramah tamah...

Dari mama saya, berbunyi, " guru dan ajarannya, ada harapan, dalam tegurannya ada doa,dalam marahnya ada sayang,dalam tawanya ada mesra,dalam diamnya ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina "

... kata saya : Itulah yang saya selalu cakapkan dengan murid saya, saya sentiasa marah dan tegur mereka kerana sayangnya saya kepada mereka...marahkan tanda sayang...

Daripada Puan Norlela, " no greeting card to give, no sweet flowers to send,no cute graphics to forward, just a loving heart saying, 'Happy teacher's Day'

... dan kata saya, the heart full of love better than anything in this world...

Daripada Trudy (ex student saya) katanya, cikgu ingat tak lagi dengan saya..

... dan kata saya , tentulah.. geng SPM 2005 kelas 5 Jati antara kelas yang paling happening... wish lebih ramai murid atau ex student yang menghubungi saya.. love to dengar cerita daripada mereka...

Daripada Nornadia ... sekarang di MRSM Terengganu.. thanks...

... saya ingat sangat pasal dia, amat hormati guru sebab itulah kehidupnnya dia berkat, saya ingat kali terakhir dia datang hari Sukan baru-baru ini, siap cium tangan macam selalu setiap kali bertemu... susah nak cari murid yang tidak sombong...
kadang itu, bila sudah berjaya sikit, action je lebih...

... Nadia ni sebenarnya anak datuk tapi sikapnya memang patut sangat2 dipuji, tidak sedikitpun menyombong, ada orang belum anak datukpun sudah meninggi diri macam anak Tan Sri..keep up the attitute Nadia..

Ucapan Daripada Normadina dan NorAzlina... adik2 saya ni... thanks...
...masih saya ingat garangnya saya masa mula2 jadi guru.. he he..

Ucapan daripada kawan baik saya, Aznishah di kelantan...
" Teacher is liked branded thing..
like Pepsi, b'coz you can ask for more...
like Nike,b'coz teachers will always ' just do it'... suruhlah buat apa-apapun.
like nokia, b'coz we connecting people..
and last like Mc Donald... b'coz at the end of it.. you'll say I'm loving it..

Buat Shakila yang baru mulakan pengajian di Pusat Matrikulasi, Arau.. etrima kasih atas ucapan anda... jangan nakal2 di tempat belajar yang baru... cari ilmu ada pahalanya, jangan cari bala..

terima kasih atas ingatan anda....untuk semua yang menyambut hari guru..sama-sama lah kita mengucapkan 'Selamat Hari Guru'... semoga esok akan lebih baik daripada hari ini..