Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Showing posts with label Wonderful things happen. Show all posts
Showing posts with label Wonderful things happen. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

Alhamdulillah... Hari Guru yang hebat.


Sudah agak tiga hari asyik bermimpi (actually bukan mimpi lagi, sudah masuk kategori merepek, sebab sudah reach pagi, hampir jam 5-6 pagi), saya pergi berdating. Dating?ha ha ha.. Sudah tahun ke 10 berkahwin, mengenali suami pulak tahun 1999, so hampir 11 tahunlah kiranya 'berdating' secara formal dan sudah bertaraf 'halal'... apa nak dating lain lagi. Bukan katakan berniat, terlintas niat untuk berdating pun tidak ada.. he he he.. Entah apa orangnya yang masuk ke dalam mimpi merepek saya. Ada yang saya kenal.. dan saya pasti buat apalah mereka mahu berdating dengan saya.. (he he he) kelakar betul!


Hari ini keluar untuk membeli barangan Secret Forest, tungku herba untuk mama saya (satu untuk saya juga) Boleh digunakan dalam microwave... baik untuk lenguh, lebam, sakit badan. Saya bimbang mama saya mungkin mengidap arthritis, kadangkala ada kesakitan di joint jarinya.. but alhamdulillah, penyakit yang lain tak ada.. jantung etc.. semuanya okay. Jadinya, dengan tungku herba itu, saya harapkan mama akan lebih okay.


Petang tadi mendapat panggilan telefon dari KarnaDya jam 3.05 petang, sudah rasmi buku kedua akan diterbitkan. Saya yakin manuskrip yang baru ini akan diterbitkan. Cuma tidak tahu bila pengesahannya. Kalau buku yang pertama tu, antara yakin dengan tidak. Maklumlah baru menulis dan tidak ada pengalaman dalam penulisan. Yang kedua ini, lebih yakin sebab sudah ada buku yang pertama. Keseronokan mendengar pengesahan ini tidaklah sehebat buku 1 sebab saya sudah ada keyakinan yang buku ini akan diterbitkan. Tapi mash dalam mood yang seronoklah... alhamdulillah.


Esok sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Seronoklah juga, sebab akan ada pelbagai aktiviti.Malangnya kedua pilihan/optional aktiviti saya tidak suka. 1. Boleh pilih aerobik. 2. Boleh pilih demontrasi masakan.. (yang saya dengar, menghias cup cake)


Aerobik! Dari zaman kanak-kanak lagi, saya memang tidak suka menari. (sebenarnya bermula denan saya mencuba menari pada darjah satu, tapi mama saya sendiri yang menjadi juru tarinya terpaksa menggugurkan saya sebab saya memang tak boleh menari.. keras semacam dan agaknya 'buruk' sangat.. he he) Sejak itu, saya sedar, itu bukanlah satu kebolehan kepada saya.. he he.. I never try dancing..never in my life. Masa asaya di tingkatan 4, seluruh pelajar perempuan asrama (tingkatan 4) terlibat dengan tarian mewakili sekolah ke perarakan di stadium, tinggal saya dan seorang kawan, Siti Zabedah Ibrahim (saya ingat lagi namanya sebab kawan saya ini sangat tabah -tabah giler2 orangnya: saya akan ceritakan suatu hari nanti) yang menarik diri.. Bunyinya pelikkan.. bagaimana semua orang terlibat dan saya tidak terlibat.. semua orang kelihatan excited untuk menari beramai-ramai dan saya .. tak kisah langsung..


Semasa di UKM, seringkali aerobik dilakukan di blok saya, dalam situasi yang amat terlindung di court badminton, hanya berjarak 5 meter daripada bilik saya, dan apa yang saya akan buat, sekadar membuka tingkap besar-besar dan mengintai dari tingkap.. he he..


Dan sekarang ini! Jangan haraplah saya akan melompat-lompat lagi. Sudah terlambat untuk berbuat demikian.. (he he he)


Kalau aktiviti menghias cup cake pula. Pertama, saya memang kurang suka kek. Makan jugalah, tapi jarang sangat.. tak berapa suka. Apatah lagi cup cake yang biasanya dihiasi dengan aising yang manis. Auuww!! Saya tak akan sentuh langsung. Tahun lepas, ada kelas yang memberi saya cup cakes sempena hari guru, kalau tak diambil, tak baik pula. Sudahnya nasib baik ada kawan yang datang dan saya menjamunya kepada mereka.. he he.. Rezeki merekalah.

Rasa frust juga (tapi bershukurlah.. ) sebab kedua aktiviti saya tak suka, tapi ialah, bagaimana mahu puaskan hati semua orangkan?


Ada beberapa kelas yang bertanya, "what I wish for my hari guru's present?"

I say, "BMW X3" masih kekalkan idea tahun lepas. Rasanya tak patut sangat kalau menyebut atau meminta-minta, walaupun mereka rela hati untuk berikan hadiah. Saya senyum sahaja. Sebagai guru, hadiah paling bernilai adalah, mereka semua berjaya di masa hadapan... menghormati saya sebagai ibu dan guru mereka. itu sahaja. Ada masanya mereka dilayan sebagai kawan, boleh bercerita dan bergelak bersama.. ada masanya mereka akan dinasihati sebagai guru, anak masanya kena'marah' dan 'bantai' sebagai seorang ibu. Ada masanya disayangi bagaikan seorang 'kekasih'..ada masanya bagaikan mak Bawang Merah, kena 'ucapan' yang sedikit panjang.. he he he.


Hadiah paling best: I love u teacher, atau we love u teacher selepas mereka baru sahaj kena marah sebab buat kesilapan, mostly sebab tidak tumpukan perhatian dalam kelas, atau buat muka masa diberi teguran.. mostly ayat saya, "awak tak boleh buat begini, ini seakan aksi ayat menderhaka... cikgu ni bagai mak awak tau.... " mereka akan dapat mendengar nasihat guru kaunseling dengan percuma (saya lah tu he he he) Disebabkan saya dibesarkan dengan dua tangan yang 'istimewa' mama saya yang tegas (yes maknanya ya dan no maknanya tidak), tetapi saya diajar agar membuat keputusan berdasarkan diri saya sendiri: kebergantungan kepada diri sendiri, bukannya orang lain.. dan nenek saya yang manjakan saya giler tetapi penuh dengan ketertiban, kesopanan dan banyak rules... maka itulah saya... tegas tapi manjakan juga students saya.. dalam ketawa saya, ada yang terkena genjatan elektrik...


Kelemahan paling teruk saya, saya tak dapat mengingatkan nama students, sudah tentu mereka agak upset..tapi bagaimana mahu mengingati hampir 300 nama..Kata saya, sama ada mereka murid yang paling top atau yang banyak buat masalah, itu saya boleh ingat.. normal saya kira... agaknya kalau sehari menghafal satu nama, hujung tahun, saya akan dapat mengingati semuanya... agaknyalah..

Tuesday, May 4, 2010

Selamat Harijadi Hubby..




Semalam harijadi suami saya, 3 April. Saya tiba2 terkenangkan arwah ibu mertua saya. Tahun ini kali pertama suami menyambut harijadinya tanpa ibunya yang baru meninggalkan kami 26 Dis tahun lalu. Pastinya sekiranya dia masih ada lagi, suami akan memperolehi doa yang panjang daripada ibunya. Saya hanya menelefon mama saya, mengharapkan keberkatan doa seorang ibu lagi. Kata suami, "abang lebih tua setahun lagi." Kata saya, "memang.. dan abang lebih 4 tahun tua daripada ayang.."he he, mengusiknya bagi sentiasa mengingatkan dia, yang dia sudah tua. Resmi lelaki inikan bagai santan, lagi tua kelapa, lagilah lemak santannya. Harapnya, suami saya tidak 'menggatal' apabila semakin tua..




Well! Plan untuk surprise.. tak ada. Sebab saya bimbang kalau buat plan dan tidak jadi, saya lagi frust! Ada masanya, dia tidak dapat menjalankan program seperti dirancang.. cukup saya bertanya kepadanya, "adakah kami akan keluar dinner? Sebabnya tentulah saya kena belanja... Rupanya dia ada rancangan surprisekan saya.. dan tak adalah yang pelik pun, sekadar makan at Friday's dan menonton wayang, 'IP Man 2'.. well! saya tidak menyangka cerita ini menarik rupanya.. dan saya pronounce as I.P Man yang sepatutnya berbunyi 'IP Mann nama guru/master kungfu ini. Sebenarnya, semasa suami mengajak menonton filem ini, hati saya berbelah bahagi. Kalau tidak mahu, tentulah tidak patut. Jadi okay sahajalah. Rupanya banyak moral dan nilai sejarah dalam filem ini. Hebat! Two tumbs up!




Saya pun jarang keluar dengan suami... sebab dia banyak 'songeh' cerewet sikit.. he he (funny pada saya) jadi susah untuk keluar shopping dengan dia. Saya boleh beli 30 helai baju sementara menunggu dia memilih 1 helai baju..(he he) dan pelik semalam dia memilih dua helai t-shirt dalam masa 15 minit.. hmm terpegun sekejap! Mungkinkah dia sudah berubah!




Kebiasaannya dalam cinema saya suka makan kuaci, (dan saya tidak buang kulitnya nerata-rata, saya bawakan plastik khas untuk kulit) dan selalunya saya akan memilih tempat di hujung yang tiada orang... semalam saya ditegur oleh suami, bunyi kuaci saya mengganggu dia..alamak! Dan menonton tanpa kuaci menjadikan movie saya kurang enak.. (he he he)




Sebenarnya tidak sabar untuk pulang ke Langkawi. Sudah ada plan menyambut Birthday suami, birthday anak buah, hari ibu, hari guru dan pelbagai lagi, semuanya dalam satu. Bestnya berkenduri seafood dan membayangkan makan dengan unggun api, lilin di bawah sinaran bulan purnama, aduh! Hati bagaikan dipanah asmara lagi! Semasa bercinta dulu, suka sangat saya melihat bulan.. bagai ternampak wajah hero asmaradana saya di dalam bulan yang 'nun' jauhnya... dan tidak pernah berfikir bagai Pungguk rindukan bulan kerana 'tak best' menunggu sesuatu yang tidak pasti!




Dan tiba2 cerita bulan mengheret saya kepada manuskrip ketiga.. aduh! Bulan dan Cinta!!

Sunday, April 25, 2010

Marilah lebih positif!


Dengarnya sambutan Hai Guru seluruh Malaysia akan disambut dengan gotong royong di sekolah bagi seluruh Malaysia. Mendengar sahaja berita ini, saya rasa ada 1001 reaksi yang akan kita dengar, rasa dan akan cakapkan. Ada yang marah dan meledak kerana jika dibandingkan dengan Hari Setiausaha, mereka akan diraikan di hotel-hotel terkenal, dibiayai oleh bos lagi. (p/s kami di sekolah sudah biasa dibelanja bos) Ada yang tidak kisah. Buat sajalah sebab kakitangan kerajaan ini bermakna "kami yang menurut perintah sahaja".




Reaksi saya! Kalau mahu katakan saya gembira, sudah tentu saya berbohong. Saya berharapkan sesuatu yang leib positif, diberi "cuti sehari daripada buat semua kerja-kerja di sekolah" yahoo! Hal ini tentunya sesuatu yang tidak mungkin. Mungkin hari sabtu tersebut dikira sebagai cuti ganti sekolah sempena Hari Raya, manalah tahu. Cuba untuk berfikiran positif.


Dalam jumlah cuti tahunan sekarang pun, sudah ramai yang 'jaki' dengan cikgu, katanya cuti cikgu banyak, tapi sebenarnya di setiap kali cuti, guru perlu membuat kerja. Tiada "koma" atau "noktah" pun. Pernah suami saya bertanya, "yang, cuti pun buat kerja juga." Apabila saya toleh dan memberi senyuman, dia tersenyum balik, tanpa suara. Saya rasa dia akan tahu jawapan saya, "abang nak buat ke?"


Memang setiap kali cuti persekolahan kami tidak akan dapat lari daripada kerja sekolah. Setiap kali cuti, pastinya berhadapan dengan kertas peperikaan. Sebulan sahaja lagi, saya akan berdepan dengan 300 kertas peperiksaan, senang cakap, akan mabuk dengan menanda kertas. Seminggu dua memang tidak langsung berpeluang menulis langsung!



Apapun, saya senang menyambut Hari Guru bersama murid yang menyayangi saya!

***********



Pagi tadi, saya panas telinga mendengar rakan sekerja mencemuh pilihraya di ..., disebabkan BN memang katanya BN main bayar untuk menang. Saya diam sahaja sebab perlu bergegas untuk ke kelas semula dalam tempoh 15 minit. Dalam hati saya berkata, "kalau pihak lain menang, tak ada pula kata pihak lain menipu. SPR adalah badan bebas yang berkecuali daripada sistem kerajaan. Tidak ada pengundi hantu dan sebagainya" Pernah dulu di Melaka, mama saya berada di sana ketika itu. Pihak pembangkang riuh rendah mengatakan terdapat pengundi hantu dan bas pengundi hantu, rupanya bas yang dimaksudkan adalah bas sekolah yang membawa budak-budak sekolah, yang kebetulan melalui jalan-jalan dekat-dekat situ.


Susahlah diri macam tu. Kalau tak mahu percaya semua sistem, macam dulu apabila seorang pemimpin ditangkap, hebuh katakan pihak polis tidak adil, tetapi kalau perompak ditembak, di tangkap atau dipenjarakan, tidak ada pulak pihak yang mendakwa pihak polis tidak betul. Saya raa, kalau anda tidak lagi percaya kepada semua sistem, bawa beg, pergilah tinggal di kutub utara atau selatan, senang kira, tidak ada undang-undang, sistem atau apa pun perkara yang tidak anda senangi! Hidup kitakan berlandaskan undang-undang! Kita tidak perlu menjadi seperti masayarakat Zaman Jahiliah yang terlalu fanatik terhadap suku/bani masing-masing sehingga gagal melihat dengan mata hati semua kebenaran....



Kita perlu positif untuk melihat hal yang positif berlaku!!! Pada saya, dalam politik, kita perlu melihat dengan jelas. Kalau betul, betullah, kalau ada kesilapan, perlu ada buktinya, bukan sekadar merunding jari dan kata mengata! Peace no war!!


*****


Pagi tadi, ketika saya mengajar, sekumpulan murid perempuan saya bersok-sek, yang saya pasti tidak mendengar penjelasan saya dengan teliti. Apabila saya memandang mereka seperti seekor helang ganas (normally it's work) pandangan tajam saya tidak menjadi. Rupanya diberitahu, terdapat seekor katak. Rupanya hanya seekor anak katak sebesar syiling lima puluh sen. Saya terus mengambil penyapu, penyodok sampah, menyapu anak katak yang tersesat itu dan membuang di padang berhampiran. Dan kata saya, "bagaimana lah benda sebesar itu pun boleh mengganggu kontentrasi awak? Dan cikgu tidak rasa boleh mengharapkan awak semua menjaga negara kelak kalau negara diserang aliens memandangkan anak katak sebesar zarah pun, awak sudah cuak!" Budak-budak tu hanya tergelak.


Dikelas yang lain, sebaris budak2 teralih pandangan dengan seekor serangga kecil. Saya terpandang akan serangga yang terbang dan bertanya,"ada siapa-siapa nak lihat, orang terbang?" dan mereka hanya tergelak. Pelik! Pada saya, zaman saya belajar dulu agaknya, gajah lalu pun kami tidak akan menoleh! Perhatian kita kepada guru terlalu besar!


Alahai! Anak zaman moden barangkali. Masa kecil dulu, ketika balik kampung, saya akan bereksperimen dengan telur katak. Menangkap berudu dan mengisi dalam tin dan dibawa balik untuk melihat katak hidup!

Wednesday, March 24, 2010

Hari yang indah..



Kebelakangan ini cuaca agak tidak menentu. Ada kalanya cuaca panas dan ada masanya hujan turun dengan lebat disertai dengan guruh dan petir. Mostly panas sangat, matahari memancar terik, boleh dirasai kepanasannya melekap di kulit muka. Ada harinya, saya ditegur oleh murid, kerana muka saya sudah merah menyala. Bukannya kerana saya marah : marahkan budak2, biasa, tapi sikit2 saja, marah-marah sayang. Taklah sampai nak merah muka. Apa nak dibuat, kata saya, cuaca panas.

Alangkah enaknya kalau boleh memakai t-shirt,pant dan sport shoes sebab berpakaian begitu merupakan bonus pada hari yang panas ini. Malangnya, peraturan pakaian formal tidak 'menghalalkan' pakaian yang begitu. Saya kurang faham juga tujuan berpakaian formal (dan tidak membenarkan seluar panjang dan blaus. Kalau jeans tu fahamlah saya, kurang sesuai dan tidak menampakkan suasana akademik) Pada saya, apapun jenis pakaian atau warna pakaian yang saya sarungkan ke badan saya, saya masih orang yang sama, mungkin lebih memberi persembahan yang lebih baik jika saya berpakaian blaus dan seluar (kerana biasanya t/blaus dan seluar daripada kain kapas yang lebih selesa).. keselesaan akan memberi peluang minda bergerak lebih aktif barangkali.

Sudah hampir dua minggu asyik 'bersin' seperti 'the famous panda' di u tube.
Saya cuba hanya mengambil panadol, dan batuk alhamdulillah berjaya diselesaikan dengan bantuan sebotol ubat batuk. Akhirnya, setelah sabtu, demam satu hari, semalam, kepala sudah mulai sakit. Badan terasa lemah:tandanya flu sudah melekat, dan terpaksalah ke dr.Berkesempatan bertemu dan berkenalan dengan Adik Ija, di klinik.Itulah kelebihan sakit, rupanya berpeluang berkenalan dengan seorang lagi, individu yang baik, bukankah hidup ini indah??

Minggu ini penting sangat untuk sihat sebab mahu ke Pesta buku Jumaat bagi membeli buku. maklumlah, pada hari hujung minggu, terlalu ramai orang di sana, dan tidak ada kebebasan memilih buku-buku. Hari Sabtu dan ahad, insya-Allah ingin bersama lagi Kak Aina dan Kak Mimie yang 'fun & loving'dan berkemungkinan bertemu lagi ramai penulis lain yang akan hadir, 'which is besttttt'

Sedang menyaipkan beberapa kerja lin, dan draff novel ketiga.. sekurangnya sudah ada story line.Sedang mengumpul nama-nama yang indah... yang dipersetujui oleh Kak Aina dan Mimie yang nama yang baik dan sedap kunci kepada kejayaan yang menambah perisa dalam novel.Tidak sabar mahu memulakan.. sebab memulakan itu 'penat', tengahnya 'sedikit enjoy'.. dan menyudahkan novel..'yepeee' ...

Thursday, March 11, 2010

Keputusan SPM 2009,saya teruja lagi.



Tahniah kepada sejumlah murid yang berjaya cemerlang dalam SPM. Dan Rueben, You're Rock. Rueben merupakan salah seorang murid saya yang cemerlang (dan cikgu bangga atas kejayaan setiap anak-anak didik cikgu tanpa mengira siapa pun anda) Rueben ini istimewa (yang lain juga)(dan merupakan salah seorang / 5 orang yang mendapat perfect 100 semasa peperiksaan kertas sejarah) kerana sikap pendiamnya. Terlalu pendiam (tidak pernah mendengar suaranya langsung dalam kelas) kepada hemat saya sehinggakan pada satu masa, saya bertanya kepadanya,"awak ni, boleh bercakap ke Rueben?"
Katanya, "Boleh cikgu." Itulah agaknya perkataan yang saya boleh dengar daripadanya sepanjang 2 tahun bersama mereka. Seandainya saya boleh memberi anugerah : selain murid terbaik, saya patut berikan dia anugerah, murid paling senyap di sekolah.. he he
***********

Setiap kali, keputusan SPM diumumkan, debaran akan terasa di hati. Apatah lagi apabila seorang guru mengajar murid SPM tahun lepas. Kebiasaannya kalau keputusan semakin baik, kita akan menerima kredit (tapi sekadar terima kasih sahaja, kalau berharapkan hadiah, pingat, wang, bonus seperti syarikat swasta, tidak payahlah bermimpi.. bagaikan mengharap bulan jatuh ke riba.)

Kalau keputusan SPM semakin 'mencurut', tidaklah kena 'marah' tetapi perlulah dibuat post mortem (bedah siasat, dan saya selalu membayangkan diri saya sebagai anggota CSI, bedah, jangan tak bedah) dalam mencari punca kenapa keputusan kurang memberangsangkan.

Alhamdulillah, berkat usaha guru-guru dan murid SPM 2009, keputusan sekolah meningkat lagi... alhamdulillah. Daripada segi matapelajaran pula, subjek saya, menurun 3 % (yang lulus, jumlah gagal meningkat) tetapi kualiti A s semakin bagus. Agak kecewa sedikt, pada saya tahun lepas, jabatan saya, semua guru-guru saya, all out telah mencuba sedaya upaya mengekalkan dan meningkatkan lagi peratusan tahap lulus matapelajaran. Maklumlah sebagai matapelajaran teras, kami tidak boleh 'membuang' murid yang berpotensi 'gagal' kerana 'malas' dan tidak berdaya, menulis walaupun sebaris ayat. Kalu boleh berbuat demikian, jangankan 90% dan lebih, 100% lulus pun boleh dicapai.

Terima kasih kepada murid kelas saya tahun lepas, 5 Balau, 5 Batai, 5 Cengal, 5 Jati yang berusaha gigih bagi mendapatkan keputusan yang baik. (Yang malas tu, tentunya bukan daripada 5 Balau,Batai dan Cengal - tak payahlah anda menerima kredit ini.. anda tidak layak pun)


Faktor kemalasan adalah punca utama kegagalan mendapatkan markah yang baik. Kalau sudah malas membaca, nota ringkas yang diberi tidak dibaca, sistem yang saya reka tidak digunakan: apa nak dikata. Seandainya mereka berusaha, tentulah berjaya.

Saya memahami terdapat juga murid yang lemah dan lupa:walaupun sudah membaca masih tidak dapat kuasai. Dalam hal ini, saya kira kes khas lah. Apa nak dikata juga.

Tuesday, January 12, 2010

Memikul tanggungjawab...




Sekiranya boleh memilih berada pada awal tahun atau penghujung tahun,saya lebih suka memilih hujung tahun (maksudnya november atau disember) Bukan sahaja kerana Nov bermakna menjelangnya cuti sekolah yang panjang,tetapi juga bermakna 90% daripada tanggungjawab saya sudah selesai.
Pada waktu itu kebiasaanya,trial exam sudah tamat,saya sudah menghabiskan silibus dan telah bekerja sebaik mungkin,sedaya saya mencurahkan ilmu dan segala yang diperlukan murid saya. (Soalnya adakah mereka juga sepenuh hati belajar seperti yang saya harapkan)Pada masa itu,hati memang terasa lega sangat. Sekurangnya di pihak saya,soal tanggungjawab dan target khusus saya sudah pun tamat. Kalau tidur pada masa itu,mimpinya pun tidaklah berserabut,mimpi yang hanya merona warna putih dan terasa tenang.
Awal tahun bermakna permulaan yang agak 'kalut'. Perlu mengutip yuran (dan yang peliknya pada masa yang sama diminta mengajar - sukar sebenarnya melakukan dua tugas serentak,bila masa mahu mengutip yuran? dan bagaimana mahu meneruskan mengajar pada masa yang sama?)memastikan murid kelas mengisi segala jenis borang SMM,SDP,KOKU (dan pada masa yang sama diminta meneruskan P & P: macam kartun giler.)
Paling tidak digemari,mengisi data berkomputer. Data 10 orang murid sahaja akan mengambil masa 2 jam kerana banyak data yang perlu dimasukkan ke dalam sistem. Bayangkanlah berapa banyak masa diperlukan untuk memasukkan data untuk 40 orang atau lebih murid. Boleh juling mata dibuatnya.
Sudah lama persoalan ini dipersoalkan oleh pendidik,sepatutnya ada pegawai lain (such as pegawai perkhidmatan awam)yang dilantik bagi menjalankan kerja-kerja mengumpulan dan 'key in' data,malangnya,persoalan dan permintaan guru-guru hanya menjadi 'gigitan semut tua 'yang tiada gigi. Jadi gigitan itu tiadalah bermakna dan memberi kesan kepada sesiapa. Agaknya,tiada siapa pun yang akan mempedulikan nasib guru-guru.
Saya jadi pelik,guru dimasukkan ke dalam kumpulan profesional,tapi bidang tugas kami sebenarnya di sekolah seolah 'buruh'kelas ketiga sahaja. Sebelum buka sekolah,kami diarahkan mencuci kelas sendirian... adus.. selayaknya bagai 'cleaner' percuma... ? saya berfikir sejenak, tak ada kelas agaknya cikgu2 ni? Cadangan saya: Sepatutnya pada hari pertama,murid2 di kelas sepatutnya bersama-sama akan membersihkan kelas supaya ujud semangat kekitaan dan semangat berkerjasama. (dan merasai bahawa kelas adalah hak milik bersama) malangnya arahan yang diterima,hari pertama persekolahan,sekolah mesti memulakan P & P. Aneh! Tidakkah ada pihak yang berfikir seperti yang saya ingin cadangkan?
Bagaimana mungkin semua beban diletakkan di bahu guru sahaja?
Saya suka mengajar. Bersama murid menjadikan hati dan jantung saya seolah memukul rentak berbalas irama. Sayu dan sendu. Teaching is my patient. Saya menyanyangi setiap murid saya seperti anak saya sendiri. kalau membuat kesilapan kerana tidak memberi perhatian,,saya akan marah,kalau malas saya akan 'fire' macam naga. (saya paling bencikan orang malas).. Murid saya tentunya sudah menghafal kata-kata saya di dalam kelas,there're three rules, don't talk,don't sleep and don't die.
Pada mulanya mereka akan ketawa mendengar ,"dont die.." sebenarnya perkataan itu merujuk kepada 'memberi perhatian yang sepenuhnya'... tentulah kerana orang yang mati tidak lagi memberi perhatian kepada alam sekelilingnya.
Apabila saya tiba di rumah hampir jam 5 petang,suami saya agak pelik melihat saya pulang lewat. Ditanya juga,"kenapa lewat sangat?"
Jawapan saya,"awal tahun bang,tahulah,banyak data kena key in."
Kepenatan saya separuh terasa hilang melihat baju yang sudah dibasuh dan diampaikan.(baju suami saja,sebab baju saya saya tidak benarkan suami basuh.. manalah boleh begitu pulak... dia membasuh baju sendiri sudah dikira rahmat.. )Mana lagi mahu dicari suami yang begini? he he.. Alhamdullillah. Kiranya tanggungjawab mendobi sudah dikira selesai separuh... saya kira,pertolongan suami bertanda ;cinta.. meringankan beban isteri kan satu anugerah...
Seharusnya suami membantu isteri di rumah,barulah perasaan isteri menjadi lega... dan saya selalu terperasankan,kalau saya merajuk,lagi banyak pertolongan yang akan diberi. Moral of the story,kenalah lebihkan merajuk???

Friday, November 20, 2009

At Last,wonderful things happen 11

Melihat kawan2 yang akan bertukar,hati terasa sayu... mungkin di masa hadapan akan bertemu lagi,siapa tahu... seharian begitu memenatkan. Pagi tadi saya dan beberapa orang kawan menguruskan gatering kali terakhir,bersarapan bersama 'satu sekolah', lepas tu sibuk menguruskan fail-fail panitia etc... selepas itu pulak mengangkut barang balik semula ke bilik guru (sebab bilik guru diwayering,berpindah selama 3 minggu ke makmal) Penat rasa badan membawa buku2 dan fail balik ke bilik guru..barang-barang pula perlu ditutup dengan baik bagi mengelakkan habuk (bercuti kan lama juga)Hari Isnin perlu lagi ke sekolah,ada tiga fail yang belum sempat diupdatekan (belum cukup up to date.. atau belum cukup dating...he he)
Esok sudah boleh mula dengan projek menulis manuskrip,sambung bab 5-10.. kelakarnya apabila lama terhenti (agaknya 3 minggu kot,bz sangat)perlu baca balik bab 1-4 supaya mendapat rhtym balik, adus...harap seharian boleh habiskan 1 chapter (he he,iya ke ni)+ perlu membaca buku2 yang sudah lama dibeli dan belum berbuka lagi...sebenarnya terdapat berpuluh buku yang menunggu giliran... (kalau buku-buku tu boleh menjerit sure bising rumah saya...) dan saya tahu saya mewarisi hobi mama saya yang suka betul membaca. Mama saya kalau dibaca surat khabar,mahu ambil masa 2 jam sebab semua perkara dibacanya walau pun iklan pendek... masa dulu kalau nampak je mama mahu 'pegang je' surat khabar,minta prermisi membaca dulu,saya baca 10 minit je tapi berulang-ulang,baca yang menarik dulu kemudian kepada rencana yang kurang menarik... dan hobi membeli buku juga daripada mama saya,pantang ke kedai buku,pasti akan membeli buku... hadiah kalau untuk kanak2,saya pasti tidak akan belikan toys,pasti buku atau alat tulis atau pakaian,itu sahaja. Kalau mengendeng 'gajet' yang mahal2,lagi la, maaf.
Masa kecil sehingga dewasa,saya rasa saya jarang sekali meminta-minta kepada ibubapa saya, (masa belajar ada la minta duit bila sudah pokai.. he he)kalau ada pun meminta belikan mesin taip elektronik (masa belajar dulu sebab taip biasa,letih menaip)Itu pun kalau dihitung-hitung,mesti mereka sudah membelanjakan saya berjuta ringgit dalam proses mendewasakan saya (men..tuakan saya) dan sehingga mati pun,hutang saya tidak terbayar... (harapnya dengan membuat mama dan bapa saya 'happy' hutang tu boleh didiskaunkan sikit..kan mama?
Ingat malam ni saya akan call Oprah Winfrey,minta dipinjamkan jet dan dihantarkan John Trovolta sebagai pilot agar dapat flykan saya pulang ke kampung halaman saya... huss, besarnya angan-angan..kata kawan-kawan saya..apa lah salahnya angan-angan.. he he...

Thursday, November 19, 2009

At last...wonderful things happen

Hari ini kertas 2 sejarah SPM berakhir,lega rasanya... Dari semalam,saya tidak nyenyak tidur,maklumlah, risau juga dengan my kids di sekolah.. yang rajin,tentulah tidak bermasalaah,jangan 'malas' tu la.yang menjadi masalah.. selalu saya katakan kepada students saya, murid saya boleh skor markah daripada 'o - 100'... semuanya ada,jadi pilihan di mana mereka mahu dapat markah,adalah pilihan sendiri.
Tidur saya agak terganggu,jam hampir 2 pagi,baru saya terlelap.. risau kertas sejarah 2 dan mungkin juga sebab minum kopi di Ikea padajam 6 petang.Berdoa terus agar ALLAH permudahkan untuk murid2 saya yang rajin.. (sebab kalau malas dah nak buat macam mana lagi)
Hari ini pulak merupakan hari yang panjang buat saya. Pagi keluar jam 6 lebih dan pulang juga hampir pukul 7 malam.Pagi ada tazkirah di surau.Seronok dapat bertemu dengan Ustazah Noriyah (sudah berpencen tahun lepas) Bukan sahaja sudi memberi sedikit tazkirah buat kami,datang juga dengan membawa laksa kedah yang lazat... (saya memang gilerkan laksa kedah,makan 2 pinggan.. lupa ada niat mahu diet)Kemudian ustad muda kami membincangkan tentang 'kelebihan solat dari sudut sains' (boleh baca bawah tajuk sains solat) Tengah hari selepas sekolah,kami ke Puchong,ada kawan yang baru masuk rumah baru nak menjemput kami datang,balik ke sekolah sudah hampir jam 3.30 petang, saya balik ke rumah,mandi dan tukar baju,kembali ke library (sebab bertugas) dan mahu menunggu 'anak-anak tiri saya' yang akan tamat kertas sejarah 2... lega melihat senyuman mereka dan 'tajuk-tajuk nujum saya menjadi' Alhamdulillah... what a release...Saya menyambung kerja-kerja melengkapkan fail panitia...(kerja giler)sampai jam 6 lebih petang... rasa bagai mahu tidur di libray agar boleh siapkan kerja...
kepenatan sebab tidak dapat melelapkan mata semalam bagai hilang melihat dan mendengar ucapan,'luv u teacher,thanks teacher,sayang cikgu etc'... ada juga yang berchatt thru facebook (maklumlah esok tiada peperiksaan)dan ada yang menelefon... I'm so ... (lost words)
rasanya malam ini,saya akan pengsan awal...

Saturday, November 14, 2009

Mama's day out...

Hari ni saya bersama kengkawan seramai 11 yang lain ke Red Box,karaoke.. Saya ni actually bukannya karaoke person, begitu juga suami. Kalau menyanyi pun,sekadar di dapur atau masa mandi kot... suami saya dalam kereta pun tak pernah menyanyi,walau pun hari-hari bekerja mendengar orang menyanyi. He enjoy musics not singing or songs. Ini pun kali kedua berkaraoke. (In fact I just 'not okay'kalau menyanyi..ha ha)

Kadang pelik juga memikirkan mengapa saya tidak minat menyanyi (or should I say, cannot sing at all... sound like singing katak yang tengah frust.. ha ha )both of my parents can sing ..(trust me like Tan Sri P.Ramlee and Puan Sri Saloma tau... dulu-dulu la,sekarang my dad tak boleh menyanyi kot,semput)Tidak seorang pun daripada kami (4 orang adik beradik) yang boleh menyanyi..(atau sebenarnya boleh menyanyi tapi tak pernah mencungkil bakat)... Semasa zaman budak-budak kerap juga melihat mama dan bapa saya menyanyi atau mengarahkan drama,the famous mahsuri...

Bernasib baik,kerana saya tidak minat menyanyi dan tidak pernah berminat untuk mengetahui sama ada saya boleh menyanyi seperti mama atau bapa saya,kalau tidak saya akan hanya akan menambah jumlah rakyat Malaysia yang beratur panjang untuk menyertai rancangan realiti dalam nyanyian... Kasihan melihat ramai sangat orang yang berminat untuk menyertai dalam pertandingan menyanyi tanpa menyedari mereka tiada bakat pun dalam nyanyian... kasihannya hakim yang terpaksa mendengar nyanyian yang 'buruk'adus....dan bernasib baik juga saya tidak berminat untuk berlakon.. he he.. kalau tidak tentulah saya tidak akan menjadi pendidik...

Mengingatkan karaoke tadi membuat saya tersenyum sumbing, kelakar mengenangkan para mama (yang single ada 3 orang sahaja, yang lain isteri,mama dan nenek orang) bukan main lain menyanyi (sekadar melepaskan 'the evil side' of us in the good way) Sekadar suka-suka... ada antara teman kami yang akan berpindah,jadi sekadar be together... togetherness...Kalau murid kami tahu bagaimana riuh rndah perangai kami,tentu geleng kepala budak2 ini... jauh di sudut hati terasa risau sebab SPM kertas sejarah akan bermula pada 17 dan 18 Nov.. hati di dalam bagai dipalu...doa saya,murid saya akan dapat menguasai kertas itu...harapkan mereka gembira menjawab kertas itu seperti saya gembira berkaraoke walaupun 'sounds never okay to me'...

Apabila tua-tua nanti,pasti saya akan duduk dan mengenangkan kembali saat-saat gembira seperti ini... (sekarang ni belum cukup tua lagi.. he he)

Friday, November 6, 2009

Wonderful things happen...




Perkara yang baik datang setiap hari. Anugerah Allah dengan kesihatan yang baik,kebahagiaan yang tidak terhitung dsbnya (yang kita sudah anggap biasa, Alhamdulillah...

Perkara yang miracle (yang bukan kebiasaan)tidak akan datang selalu...
1. Setelah dua minggu berkursus,kawan baik saya,yang juga my God sister,balik dari Pangkor. Dia bertudung di sekolah sebab dia fikir di sekolah kami wajib bertudung,bila keluar,dia tidak bertudung. Alih-alih bila dia balik dari Pangkor,satu petang apabila kami plan keluar bersama,tiba-tiba nampak dia keluar dengan bertudung. Alhamdullillah.Katanya 'sudah sampai seru',saya hanya tergelak. Walau pun tuntutan menuntut aurat adalah wajib,perkara macam ni,tidak boleh dipaksa. Walau pun sering keluar bersama,pada hemat saya,sebagai kawan,saya boleh menasihatinya,tetapi sesuatu tindakan mestilah dibuat dengan penuh rela.

2. Buku saya sudah mulai dijual di kedai-kedai..(nampaknyalah)jadi silalah dapatkan satu. Pesan saya cuma satu,beli dan baca...jangan pula curi dan baca atau beli tapi tak baca-baca...

3.Sahabat karib,Masita (sebab itu watak kawan baik saya,dalam novel adalah Masita)saya juga tiba-tiba berkelapangan esok,jadi bolehlah saya bertemu. Adus,kagen juga. lama juga plan untuk bertemu,maklumlah, sebagai wanita berkarier ni,apabila seorang bz,seorang lagi tidak... finally,Alhamdulillah.

4. Saya pergi bertemu kakak (bekas guru) kak Rumi,seronoknya bercerita mengenai kejayaan anak-anaknya. Dahulu semasa sebelum Kak Rumi berpencen,dialah menjadi'telinga,bahu,mata'yang saya perlukan.Nasihatnya bernas bagai seorang ibu. dari ceritanya,dahulu katanya orang agak tersenyum sinis apabila mereka menghantara anak-anak mereka ke sekolah agama,maklumlah persepsi orang,"sekolah agama kurang berjaya".Sebaliknya,anak-anak Kak Rumi membuktikan sebaliknya.Ada bakal doktor,jurutera,syariah dan ada juga yang bekerja daripada lulusan Mass Media dan bussiness. Melihat kejayaan seperti ini membuat rasa bahagia.


5. A miracle Pot luck's week..

Tiba-tiba bilik guru kami perlukan 'di-wayering' semula,jadi berangkutlah kami ke makmal sains. Dibahagi kepada dua makmal. Mungkin mahu hampir dan 'berchatt dengan kawan' jadi secara automatik terbahagilah kepada dua bahagian. Kami di makmal B ni,secara tiba-tiba datang idea untuk 'pot luck'. Disebabkan tidak mahu setiap hari perlu memasak, kitaorang ambil giliran memasak,semuanya lebih kurang 35 orang. Bermula Isnin lepas, setiap hari 4-5 orang akan mengambil giliran memasak. Best, makan free,maklumlah. Daripada spaggetti,nasi goreng,laksa utara,laksa johor,nasi berlauk,nasi kerabu,nasi lemon,nasi butter herba,ayam masak merah,daging kicap ikut suka saya (nama resepi saya)mee tomato.mee kari,mee tomyam,nasi paprik,sehinggalah ke makanan Barat seperti Stew dan roti Perancis serta puding,caramel,kek..Tiba-tiba keriuhan Pot Luck kami dapat pula dihidu oleh makmal sebelah,adalah pula yang berkecil hati sebab mereka tidak dijemput sama. Bukannya berkira untuk tidak menjemput sama,tetapi maklumlah jika dicampur dengan jumlah 'sana' jumlahnya sudah dua kali ganda. Yang nanti teruk adalah tukang masak. Kebetulan member yang uruskan hal ini'soft hearted' hatinya...kalau saya saya berseloroh saja baliklah,"kenapa tidak saja adakan pot luck di sana juga'..habis cerita.Takkanlah susah sangat mahu anjurkan 'pot luck' sendiri.Tapi mungkin juga mereka teringin mahu merasa makanan chef-chef terkemuka di sini.A reason to me,just to create a positive thinking.

Maka, bermulalah episod baru,menjemputlah pula orang di sana, pening jugalah kepala. Bagi menyelamatkan keadaan,diwujudkanlah tabung derma supaya yang tidak memasak ni menderma sedikit tabungan untuk menampung barangan mentah... kira okay cuma tukang-tukang masak ni kepenatanlah.... Tidak merungut,sekadar menyebut sahaja.Sebab sebagai seorang muslim,kami sering mengingatkan antara satu sama lain,'memberi makanan walaupun sesuap makanan,ada berkahnya. Pasti Allah akan memberi ganjaran rezeki balik kepada kami" Memasak perlu menyucikan hati. Perlu ada niat yang betul. Setiap kali memasak,selepas bismillah,sentiasa memasang niat agar masakan menjadi,agar sedap dimakan,selamat dimakan dan semua orang dapat mendapat rezeki yang biar sedikit tapi cukup dikongsi bersama.

Yang senior ni agak letih sikitlah, sebab kak Long,Kak Ngah,Kak Yam dll lagi,kami selalunya menjadi pasukan 'back up' memasak agar makanan mencukupi untuk setiap orang. Kalau sudah hampir setiap hari asyik mengadap kuali dan periuk,letihlah juga. Ha ha...Tapi itulah,positifnya adalah memantapkan skill memasak...Tidak saya sangka semua kawan-kawan muslim saya ni terror memasak,kalau yang isteri atau mak orang,saya taklah terkejut,biasalah..yang bujang-bujang pun terror...

Hari rabu lepas adalah hari yang saya gelar sebagai 'single's pot luck day' kami biar je adik-adik junior kami mengasak bakat. Amazingly, ada mee kari,mee tomato,nasi paprik,caramel,kek. terkejut juga melihat adik2 saya yang baru pertama kali menggunakan periuk besar,pandai memasak (periuk kami le,pinjam)Saya memberitahu mereka, saya mahu iklan,kepada para bujang di luar sana,siapa yang mencari calon isteri,apa lagi.. kirimkan saya nama,alamat tempat kerja dan slip gaji... saya akan interview dan membuat lawatan ke tempat kerja... mereka semuanya cun,baik dan pandai memasak. (Patutnya hari diaorang memasak tu jemput je jejaka-jejaka yang baik hati,ganteng dan makan bersama ha ha ha...Saya plan mahu iklankan jugak,tapi takut boss saya marah melihat ribuan orang beratur di luar pagar sekolah...)

Jadi, wonderful thing nya adalah,kami dapat duduk-duduk bersama,lebih mesra.Maklumlah sepanjang tahun,sibuk dengan pelbagai perkara.Semasa pot luck inilah kami dapat duduk dan menikmati keseronokan bersama. kalau kami bergabung tenaga,memasak dan membuka restoran,pasti banyak restoran yang menangis...

Alhamdullillah dengan perkara-perkara indah yang berlaku.Harapnya akan banyak lagi miracle yang akan datang. Percayalah,jika anda yakin,keajaiban pasti berlaku.