Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

Sembang-sembang tentang novel...


Saya kurang seronok bersekolah ganti pada hari sabtu. Kehadiran students biasanya akan berkurang. Entah atas apa juga sebabnya. Saya meminta murid saya menghabiskan latihan yang saya beri sebelum ini, sambil itu menerangkan jika ada soalan tentang subjek.

Dan kebetulan ada murid yang bertanya perihal novel saya. Jadi saya menjawab soalan mereka.
Soalan pertama: Adakah novel saya novel cinta, sebab tajuknya sahaja, sudah menyebut tentang cinta? Ialah bunyinya pun, Dimensi Cinta (DC) dan Cinta Sikunang-kunang (CSKK)

Saya jawab: Ya dan tidak. Ya untuk mengandungi elemen cinta. Cintakan sebahagian daripada hidup kita. Seperti kata Leo Buscaglia, Love is alife. Tanpa cinta (kasih sayang) seperti mana pernah disebut dalam hadis, nescaya, seekor kuda betina tidak akan mengangkat kakinya supaya tidak terpijak akan anaknya. Tidak pula untuk mengatakan sepenuhnya novel-novel itu hanya berbicarakan soal "cinta".

Well kata saya, "cinta" bukan mengawal hidup kita..kita yang mengawal 'cinta' supaya kehidupan kita terurus. Lalu saya terangkan apa yang ada di dalam novel saya. Info, bolehlah anda merujuk kepada link-link kepada novel DC dan CSKK.

Niat saya, saya ingin jadikan novel saya berkonsepkan K-Novel (knowledge novel) novel yang bukan sahaja bercerita mengenali watak dan perwatakan, latar tempat, sejarah tempat, tugasan pekerjaan, ilmu perubatan, senibina, muzik dan banyak lagi! Saya percaya, konsep Minda kelas pertama yang dilaungkan kerajaan dan negara, Malaysia, boleh dijayakan jika rakyat kita mulai minat membaca dan mendapat manfaat daripada bahan tulisan yang memberi kesan bukan sahaja kepada jiwa tetapi menjadi terapi minda!

Pendek kata, penatlah juga menjawab pelbagai soalan mereka... Saya berharap, buku-buku saya yang ditempah nanti,(dibeli minggu hadapan) dan dibaca akan berjaya mengubah minat mereka terhadap penulisan novel bahasa kebangsaan(actually dalam novel saya ada juga tulisan bahasa inggeris.. sebab nak bagi natural, mestilah ada kan...) sebab murid-murid saya ni kurang minat membaca bahan Bahasa Malaysia.. (aduhai, anak Malaysia)

Thursday, March 31, 2011

Novel baru....

Alhamdulillah, emel yg membawa berita baik, daripada Buku Prima saya terima dengan senang hati. Rasa terima kasih saya kepada Pencipta, dan semua yang menjadi inspirasi dan pendorong saya. Sebahagiannya daripada rakan-rakan Facebook saya. Di sini, saya mencipta idea, watak, perwatakan, kata-kata motivasi, inspirasi.

  • Barangkali ramai juga ahli ilmuan yang sanggup bersusah payah mendapatakan ilmu sehingga ke peringkat tertingi PhD. Mereka menjadi inspirasi saya menulis bagi pihak mereka yang bersungguh mendapatkan ilmu di rantau orang. Saya bangga dan kagum sungguh! Saya sendiri, sekadar 'rajin sedikit' membaca, tetapi tidaklah sebegitu rajin 'menuntut ilmu' yang memaksa saya ke menara gading lagi. Antaranya salah satu keluarga teman saya, Puan Maryam, keluarganya, dia sendiri, tambahan adik-adiknya, keduanya sedang belajar sehingga ke peringkat PhD. Saya 'salute'! Sungguh! Dan di sekolah saya, ramai yang telah memegang ijazah masters... Kagum juga! Saya sendiri, agaknya hanya berusaha mendapat 'masters' dalam penulisan. Harap diizinkan Allah.
  • Watak Erwan, saya cipta daripada watak seorang ex student saya yg berada di perantauan. Minatnya kepada fotografi menghasilkan watak yg bekerja dengan National Geografic. Saya bangga sekali dengan mereka yg berada di perantauan dalam mencari rezeki dan pengalaman hidup!
  • Jeremy : watak daripada nama murid saya yang genius! Jeremy Loke: Tabik saya untuk murid saya yang berjaya cemerlang dalam SPM.Semoga dia juga akan berjaya seperti the Real jeremy dalam novel ini.
  • Eva: juga murid saya yang happening!

Eropah termasuk Vannes, Perancis, Melbourne menjadi latar novel saya. Seperti biasa, saya ingin membawa anda menjelajah sama bersama melayari perjalanan hidup mereka bersama.

Di Pulau Tuba (tekalah di mana sebenarnya) menjadi latar cerita. Pulau cinta untuk semua.

Encik Hamdan-Adan-Ismail : Inspirasi saya untuk kata-kata yang sempurna! terima kasih. Rakan FB saya ini menjadi bayangan kepada watak Erwan Hamdan yang bijaksana!

Banyak lagi yang dicipta dan saya tidak mampu bercerita di sini!

Melihat Bulan melahirkan watak Wulan:

Rembulan cinta adalah bayangan bulan rembulan biru: cinta yang datang kali kedua seperti bulan biru (rembulan biru) yang datang setiap 2.7 tahun (Fenomena bulan mengambang dua kali dalam bulan yang sama setiap 2.7 tahun)

Terima kasih semua!

Tuesday, October 13, 2009

Buku! oh buku!






Banyaknya buku yang saya beli,ada di antara belum sempat dibaca. Harapnya asaya akan berkelapangan membacanya kelak.. kalau beli dan tidak dibaca,apalah maknanya kan?

Thursday, June 25, 2009

editing manuskrip,letihnya

Alhamdulillah, finally,semalam,saya habiskan editing dengan seribu satu kepayahan. Kerja sekolah perlu dihabiskan,terutamnya key in markah ke dalam laporan secara 'on line' untuk dicetak dan dihantar kepada boss untuk ditandatangani kertas cetakan(untuk simpanan file murid)Soalan trial perlu disediakan juga,perlu menilai dan semak tajuk-tajuk soalan yang lama tidak muncul dalam SPM dan berdoa kepada ALLAH agar apa yang saya buat (soalan, akan membantu murid saya kelak dalam SPM). Minggu hadapan pulak,perlu ke Alor Setar untuk ke mahkamah... alahai.. berdebuk-debuk rasa jantung.. Sepandai-pandai saya bercakap (almaklumlah juara bahas masa sekolah,sekarang ni pulak cikgiiii la katakan, mana tak pandai bercakap kan,gelabah beruk juga apabila menjejakkan kaki ke pintu mahkamah yang kelihatan gah,besar dan asing sekali.

Sudah berapa malam saya tidak dapat menonton TV sebab mahu habiskan editing cepat.Penat rasa otak membaca 300 muka surat,setiap malam hampir 4 jam mengadap laptop.Waktu siang perlu habiskan kerja seberapa banyak yang mungkin.tidur hanya pada jam 1 pagi, bangun lebih kurang 6 atau lebih sikit.Mengantuk tu ALLAH sahaja yang tahu.Demi minat dan keseronokan diri sendiri, tak pa lah.Ada mengutuk juga suami, soalan saya kepada dia, "bang,bila mahu baca ayang punya manuskrip"
Kata dia, "tunggu dah jadi buku,abang baca satu hari 1 muka"... tergelak saya.. adua,dekat 10 bulan nampaknya baru dia akan berjaya habiskan satu buku saya.Adus! Inilah antara individu yang termasuk dalam bancian bahawa rakyat Malaysia hanya membaca 2 buku sahaja setahun.Bacaan suami saya memang terhad,baca pasal business,fishing,BMW dan musik sahaja.Adus! Saya sendiri, segala jenis buku dan bacaan saya baca.Pasal undang-undang,jurutera,fishing,kereta,memasak dll, saya baca sahaja... kadang tu pasal perniagaan memang tak faham pun juga...ha ha ha..

Mendapatkan ilmu itu wajib, jadi harapnya apa yang dibaca tu, ALLAH akan beri ganjaran.Saya percaya,apa sahaja yang dibaca itu adalah ilmu asal tiada kaitan dengan bahan lucah,gosip dan mengata orang... Objektif saya menulis buku adalah menghasilkan sebuah buku yang 'bukan sekadar cinta biasa'seperti lagu nyanyian penyanyi esukaan saya Dato Siti Nurhaliza(tapi maaf saya tak suka campur cerita tentang hidupnya.. yang saya minat lagunya bukan gosip tentang dia,lagi pun,manalah Dato Siti nak kenal saya pulak.)tetapi 'cinta' yang berprinsip dan adanya ilmu pengetahuan.Insya-Allah.

Thursday, June 11, 2009

Editing, aduhai!

telling myself, I can do it! Editing bukan lah bidang saya. Saya ni kurang teliti sikit.Pasal menulis, okay la, tapi menyemak, mak oooiii.. Aznishah, member baik saya yang rajin mengedit sudah bertukar ke Kelantan, adus, susahlah sikit. Dia pulak belum beli Laptop sendiri, adus lagi, kalau tak, kirim je lah dekat dia, itukan kerja dia sebagai editor saya..

sekarang ni, terpaksalah mengedit sendiri, he he.. adus... apalagi, terlebih panjang pulak... adus, kena potong lagi. hmmm.. still telling myself kena buat, i can do it... perlu habiskan dalam masa 3 hari, kalau boleh, kalau tidak, saya akan lanjutkan sedekit tempohnya... macam nak bawa je si aznisyah balik ke sini...

Tuesday, June 9, 2009

My book on the way...

Alhamdullillah, sudah lama menunggu panggilan daripada penerbitan.Akhirnya 9 06 09, (cantikkan tarikh ini) mendengar khabar gembira. Leganya merekan mengatakan, they like my writing.. so my first novel on the way... Tidak terkata perasaan lega.

Cuma perlu lakukan final editing... hmm tak la susah sangat, cuma kena komitment la, editing ni perlu berhati-hati baca dan betulkan 'yang salah' menjadi 'betul'..

Agak lama di penerbitan, hampir setahun ( 2 minggu lagi setahun) sepatutnya tidaklah menjadi lama begini, tapi biasa lah, ada error, namapun manusia yang bersifat baharu, tentulah tidak sempurna. Ada editor yang bertukar kerja, macam-macam lah.. yang lebih penting, kumpulan yang menganalisa bacaan novel itu sukakan novel saya...

Mengikut pendapat ' sleeping partner ' saya, nora fuad tu bunyinya tidak komersial sangat, jadi saya perlulah tukar lagi, nama 'nickname' saya.. ha ha... sudah ada terfikir beberapa nama baru, tapi dia lebih sukakan 'nora jay' ha ha... pada awalnya saya tergelak betul, tapi why not ya? Jay tu sebenarnya panggilan nama dia di London dulu, lama juga hampir 10 tahun, hampir jadi mat saleh kat sana (ha ha ha, sudah memohon menjadi PR tapi tertipu dek agensi kat sana)

Tajuknya ?? hmm, saya pun tak pasti, kalau penerbit meminta mengubah namanya lagi. Ialah, apabila dihantar ke penerbitan, kena ikut sahajalah... sebagai penulis baru yang belum ada nama, novel melalui syarikat penerbitan nampaknya lebih baik dari segi promosi... siapalah kita mahu promosi diri sendiri. Lain lah kalsu sebut 'a', orang dah kenal... lain la cerita. Berangan juga mahu menerbitkan tulisan sendiri, satu masa nanti, he he.. bukannya apa, ada lebih kebebasan berkarya...

Saya sebenarnya terpegun juga apabila membaca 'lepaskan aku kembali ke laut, kalau tidak salah 6 jilidnya semasa saya masih budak2 hingusan (tingkatan 1-2) lama dahulu.Ada juga menyimpan angan-angan menulis buku begitu.Tengoklah nanti, apabila buku diterbitkan, bagaimana sambutannya.Mungkin kalau sudah ada peminat tersendiri (tak tahu la, ada ka tak?) tentu ada yang suka mengikut buku yang begitu... hal ini sudah menjadi satu impian yang panjang...

Impian saya, apabila buku diterbitkan nanti, saya akan adakan blog khas, so pembaca boleh meninjau lokasi daripada novel, melihat pemandangan yang saya lakarkan dalam novel saya, mendengar sendiri lagu2 'jiwang' yang dialunkan dalam novel... macam Harry Porter juga, kalau kurang imaginasi, bolehlah tengok filem, sebab buku saya tak ada filem la, sekadar melihat daripada blog. (adus sedihnya) bagi yang jiwang, bolehlah menijau sedikit sebanyak sedutan perkataan2 romantis , petikan daripada novel...

Bagaimana, anda rasa okay tak?

Monday, June 9, 2008

Akhirnya, novel saya tinggal satu sub tajuk...

Melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan jam 1 pagi, saya sedar saya sepatutnya sudah nyenyak tidur memandangkan esok adalah hari pertama persekolahan setelah bercuti selama 2 minggu.Anehnya, mata saya tidak dapat tidur walau sepicingpun.Puas mengiring ke kanan dan kiri, membaca pelbagai ayat Quran dan zikir.Puas juga cuba bangun dan membaca, sehingga jam 2.30 pagi saya masih tidak dapat melelapkan mata.akhirnya saya bangun dan cuba menaip novel...

sehingga jam 5, matapun terasa pedih, pinggangpun sudah lengguh, memandangkan saya menaip di bilik tidur(sebabnya ada aircond)hanya dibekalkan dengan meja kecil, saya perlu duduk dan menaip di atas carpet.Kalau di depan televisyen di ruang tamu, pastinya lebih selesa, dengan duduk berlapikkan sofa dan meja bagi lap top, saya tidak perlu sakit pinggang.Bagaimanapun, mementingkan keselesaan angin air cond, bagi mendapatkan feel kat London ( he he) saya gagahi juga, duduk bersila di carpet.Alhamdulillah, beberapa halaman lagi, akhirnya saya menamatkan juga novel saya...

Setelah diteliti pro dan kontras, saya menambil keputusan menerbitkan sendiri buku saya.Minggu ini saya perlu editing semula novel, menyemak ejaan, tata bahasa dan susunan ayat.Dapatkan murid yang pandai mereka kulit buku dengan design dan reka bentuk yang saya mahukan.Pada masa yang sama,buat semakan bagaimana prosedur menghantar salinan katalog ISBN di perpustakaan Negara.Harapnya sebelum hujung Julai, saya sudah mendapat hasil buah tangan saya yang pertama.Dan yang lebih penting, saya kena siapkan blog"Dimensicinta-norafuad" nama novel saya, yang lama "Doa untuk gadisku', kata setiausaha tidak rasmi saya, Aznishah (yang juga nama watak setiausaha dalam novel saya) bunyinya macam konvensional sangat... he he.. jad saya tukarlah...

Difahamkan, kadangkala menghantar manuskrip ke syarikat penerbitan mengambil masa sehingga 6 bulan, yang lebih 'frust' lagi, tulisan anda mungkin dirombak sehingga hilang keasliannya.Menunggu bukanlah satu daripada 'hobi' saya... resah.. tension...Apatah lagi ada murid saya yang sentiasa bertanya, 'bila nak siap cikgu, dah setahun lamanya'...

Memang lama la setahun tu... tapi bukan senang mahu memperincikan setiap bumi London, adelaide memandangkan saya sendiri belum sampai ke sana... tapi selalulah berangahn ke sana... pasal langkawi, okay la, sebab saya kan orang langkawi... mungkin boleh letak norafuad al-langkawiii..

semoga anda sudi membaca dan membeli novel saya...


Harapan saya, saya agak diberi Allah kuasa minda yang bijak untuk menjalankan marketing, maklumlah, kena jual sendiri... ada ideas daripada anda?

Tuesday, May 20, 2008

Finally, bab 8: Melodi Hati






Alhamdulillah, dalam sedikit kesakitan, entah mengapa, luka operation tu terasa sakit sikit dan bengkak, mungkin lama sangat saya duduk2 dan menaip mahu habikan bab ini... tak perlu saya bmbang, esok ada temujanji dengan dr.

Finally, habis juga, satu bab lagi...tak sukar kot sebab bab ni latarnya kat KL.. bab 8 ni kat adelaide...

sedikit sedutan akhir bab...

Suraya membiarkan Masita melihat pemandangan indah sendiri.Dia kembali menghampiri Lukhman.

“Abang, kenapa serius sangat,” teguran Suraya mengembalikan Lukhman di alam realiti.
“Tak ada.Abang tengah fikir pasal projek kat pejabat,” sengaja mencari helah.kalaulah Suraya tahu apa yang bersarang di mindanya.

“Kita mesti serius dalam semua perkara, kerja, hidup, makan kecuali sesuatu,” kata Suraya, bunyinya serius.

“Apa? Serius dalam semuanya, kecuali..” soal Lukhman kembali.

“Bercinta, “ tidak boleh serius bercinta, teruk juga ini.Apa maksudnya?

“Bercinta kenalah ada masam manisnya. Kalau kita serius dalam bercinta atau menyintai seseorang, kita akan jadi macam robot,” sambung Suraya.entah mengapa dia memilih topik ini, Lukhman kurang fahami.Mahu tunjukkan dia cintai aku?Hanya berteka sendiri.

“ Abang pernah baca buku pak Hamka?,” tanya Suraya lagi.

“Sorry, tak sebuah pun.Kenapa?”

“Kata pak Hamka, Hidup mesti terbina antara pahit dan manis.Kalau semuanya pahit,hati akan menjadi rawan.Kalau semuanya manis pulak, hati akan menjadi bosan,” pepatah cintanya terasa menusuk dalam ke hati Lukhman.

Betullah semua itu Suraya, sekarang, semuanya manis.Kelak, bila kau pergi dan tidak akan kembali, hatiku yang akan menjadi rawan.

“Betul tal abang? Abang setuju tak?,”susahnya soalan.Soalan tahun akhir arkitek dulupun tidak sesusah ini!

“Entahlah Su.Abang tak tahu.Tapi abang setujulah, hidup ni mestilah ada manis dan pahitnya”

“Abang pernah jatuh cinta?,” soalan lagi.Soalan cepu emas pulak ni?Bagaimana mahu menjawabnya.Su lah orangnya.Kalau Cikgu suraida dulu, cinta monyet.Nur Madina pulak, entahlah, mungkin bukan cinta lagi, hanya angan-angan.Lukhman terdiam.Suraya nampaknya masih menunggu jawapannya.

“Teruklah abang ni.Cintakan negara, cintakan keluarga,Cinta Ilahi dan Islam, kan cinta juga.Takkanlah abang tak pernah jatuh cinta juga?,” katanya sambil tersenyum lagi.Aduh Suraya.Bisa sakit jantung, abang ni.Lukhman memejuk hatinya yang memang terkejut amat dengan soalan yang ‘membunuh itu’.

“Kita perlu bicara bang.Abangpun tahukan, Su tidak datang sejauh ini hanya semata-mata makan angin.Makan anginpun betul jugalah, tapi ada persoalan yang perlu Su selesaikan dengan abang,” kata-kata yang lurus daripada mulut seorang kekasih rahsia.Su, ada lagi soalan atau pernyataan yang bakal membunuh?

............... apa yang mahu dibicarakan..........


Sedutan 2:

Lukhman terbaring lesu di sofanya, air matanya jatuh lagi.Dia tidak pernah merasa detik kehilangan begini.Ketika di meninggalkan Kuala Lumpur dahulu, memang terasa sedih dan pilu di kalbu, tapi dia tahu, dia masih akan dapat menatap wajah Suraya bila-bila masa lagi.Tapi kali ini, situasinya akan berbeza, mungkin selepas ini, Suraya akan hilang terus daripada hidupnya.Mungkin untuk menatapbarang seinci bayang Surayapun, kelihatannya bagai tidak mungkin.Bukankah dia telah menolak cinta wanita yang selama ini dinanti sekian lama.

Dia melangkah ke bilik tetamunya.Bilik yang telah dikemaskan dengan baik oleh Suraya dan Masita.Dilihatnya di atas bantal, sebuah bungkusan sederhana besarnya yang dibalut rapi.Di atasnya, sekeping kad yang diletakkan dalam sampul berwarna biru.Di bukanya kad itu.

Abang, terima kasih menerima kami di sini.Su tinggalkan abang dengan tiga perkara.
1.Bingkai gambar Su, Su sebenarnya menjadi cover An-Nur.Terima kasih atas peluang dan nasihat abang.Abang menjadi ‘nadi’kejayaan Su.
2.Buku Tenggelamnya Kapal Van der Vick, karya Hamka.Koleksi kesayangan Kak Salma, kakak Su yang diperturunkan kepada Su.Su harap abang akan membacanya jika abang ada kelapangan.Pesan Su, abang tidak perlu menjadi Zainuddin, dan Su tidak perlu menjadi Hayati.
3.Su tinggalkan hati Su di sini, kalau kita berkesempatan berjumpa lagi.

Suraya.

...........adakah Lukhman akan mendapat kembali 'cinta' yang ditolaknya? atau suraya akan memilih Zaid? atau Taufik??

Tuesday, May 13, 2008

Menulis VS membaca

Ada murid saya yang bertanya, cikgu suka membaca.. saya kata terpulanglah kepada bahan bacaan itu.. kalau cerita sejarah, okay, saya akan baca 1000 x pun tak kisah.. kalau majalah, saya banyak baca, buku cerita..kalau bahasa melayu, kurang sangat.. bukan berniat sombong, tapi memang dari dulu kurang membaca novel melayu... masa sekolah menengah ada la..

Saya suka baca novel sidney sheldon..saya rasa cara dia memperincikan semua perkara menarik sangat.. dia menjadi idola saya dalam penulisan saya.. kalau kita baca pasal perempuan, kita sampai boleh membayangkan setiap inci tubuh wanita itu (but sorry, kita ada budaya dan tata susila yang melarang penulisan sebegini halus)cukup sekadar penyampaian fizikal.. lebih kurang...

Novel melayu yang saya baca dan saya suka, puan aina Emir dan Anis Sofea.. yang lain saya belum baca lagi...

saya fikir malam ini saya boleh sambung dengan bab 8,saya lupa kemampuan kita sebagai manusia amat terbatas.. saya kena tidur, dapatkan rehat yang cukup... 5-6 jam saya di depan lap top menyiapkan manuskrip bab 7...

perasaan yang 'jiwang' 2 sikit pun sudah hilang... bahasapun dah mula merapu.. he he...

anda tahu apa yang seronoknya menulis ini, anda boleh jadikan plot dan pengakhiran cerita yang berbeza... kalau anda tidak cantik, anda dapat cantikkan anda melalui watak yang anda tulis, sebab dalam penulisan, setiap kali mereka (watak-watak) dihidupkan, di situlah anda hidup...percaya atau tidak, anda adalah watak itu ketika itu..anda kena bayangkan individu itu, perwatakannya, cara dia berbual dan sebagainya...

Kalau tidak dapat suami romantikpun,ha ha ha, jadilah kalau bayangkan dapat kasih yang romantis... macam dalam novel saya...

kelihatannya watak2 saya dalam novel ini terlalu ideal.. ialah semuanya baik2 belaka, walau tak handsome tapi bersifat baik... awas, ada juga sifat negatif yang kita perlu hindarkan... tidak semua intan itu bercahaya...

harap nanti, ada sudi dapatkan buku saya, sebagai tanda kita dicintai, sama ada pernah atau akan dicintai..

sayang selalu,
nora fuad

Saturday, April 26, 2008

Bab 6:Ceritera Suka -Duka




Lokasi:KLCC, Kuala Lumpur..

Sedutan:

"Su nak beg LV? Boleh Man belikan?" , saja menguji.Mahu dilihatnya, gadis manis ini mata duitan atau tidak.Suraya tersenyum saja.Dalam hatinya berkata, boleh juga.

"Ala, Su pakai LV juga, tapi beli kat Danau Kota je"

Lega hati Lukhman mendengarnya.Kalau tidak, kopak juga RM 5ooo.

Bab 9:Bahasa Hati



Lokasi:KLCC. Kuala Lumpur..

Akhirnya bahasa hati mulai berbisik...dia memegang tangan Suraya erat...cinta, dia tidak akan melepaskannya lagi...

Bila nak siap novel...




Alahai... inilah yang sukar dijawab... dah setahun sebenarnya... ada part dalam novel yang saya kena research..contohnya London, Adelaide, Dydney, Kenyir... sebab saya suka perincikan tempat... ketahui segenap inci...jadi I can say...on the way he he..

masih perlu sudahkan bab 6-9, isyaallah... 3 bulan kot.. ssebagai wanita berkerjaya, saya kena bekerja dan ada kerja rumah juga, inilah yang melambatkan usaha saya...

Doakan enjin minda saya berjalan laju...

Bab 6:Ceritera Suka -Duka





Lokasi: Pulau langkawi, Kedah dan Port di Adelaide, Australia...

Sedutan novel:

Mata mereka terus memandang ke Hotel D Datee di hadapan.

“ Hotel itu sebenarnya memenangi anugerah kebangsaan dan reka cipta peringkat antarabangsa. Arkiteknya telah berjaya menonjolkan reka cipta tempatan dengan mengekalkan imej dan identiti kebangsaan. Dengan kata lain dia iaitu Dr.Emir Khairi berjaya menonjolkan pembiakan senibina psendo-tradisional Melayu dengan sedikit pencampuran elemen moden”

“ Okay. Jadi apa yang penting sangat.Kalau tengok, adakah satu yang dibolehkan kalau seorang arkitek lain menciplak hasil karya orang lain?”

“Bukan ciplak Su, lihat contoh.Lihat bagaimana ideologinya.Idea terasnya dalam pembinaan.Malaysian tidak seperti orang Inggeris yang 100% sukakan pembinaan tradisi mereka. Orang kita kalau dibandingkan dengan regionalisme tradisional , idea ini akan kelihatan kusam dan boring, kurang sesuai dengan kehidupan moden. Itu kata orang kitalah. Di Eropah lain pula ceritanya, mereka suka dengan pengekalan unsur atau elemen tradisional.Malah ada elemen yang dipraktikkan lebih kurang 500 tahun dan lebih lagi,” terang Lukhman dengan panjang lebar. Dia harapkan Suraya memahami apa yang disampaikan. Sebenarnya dia agak risau kalau Suraya agak boring sekiranya dia terus bercerita mengenai senibina.

“Maaf Su.Bercerita pasal senibina tentunya akan memboringkan Su?”

“Tak.Kadangkala kita kenalah faham citarasa orang lain juga. Su tak tahu langsung tentang senibina ni sebenarnya.Tapi apa yang special sangat pasal karya Dr.Emir ni? Maksudnya, bagaimana karyanya boleh muncul sebagai masterpiece Man pula?,” Entah mengapa perbualan Suraya –Lukhman berjaya menarik minat Suraya.Kalau perbualan dengan Zaid, dan Zaid berbicara tentang kerjanya, dialognya kelihatan muram.Dengan kata lain, boring pulak. Dengan Lukhman lain pula rasanya, seronok untuk mengetahui lagi. Informasinya menarik bunyinya...

Tips: kalau sudah ada cinta, semuanya baik sahaja...

Thursday, April 24, 2008

Khas untuk pembaca...

Jika anda dapati blog, coretan saya menarik,anda boleh beritahu rakan anda... jika ada cadangan kerana kekurangan dalam blog saya, saya alu-alukan cadangan anda...

Sila hantar cadangan/ pandangan anda kepada noorismafuad@yahoo.com

Tuesday, April 22, 2008

Suraya...kata-kata Cinta








"Aku tidak mahu menangis.Tidak setitikpun ingin aku tumpahkan air mata ini...Cinta bermaksud mesti bersama.Cinta bukan untuk berpisad jasad dan jiwa."


Siapa pilihan Suraya...jarak akan memisahkan kasih?

KEISTIMEWAAN NOVEL INI


KEISTIMEWAAN NOVEL INI

1. Penulis cuba memperkenalkan konsep baru penulisan yang menggunakan fakta sebenar dalam genre penulisan. Contohnya bidang Arkitek, Pendidikan dan Usahawan dan Anugerah BCI Asia (yang berkaitan dengan arkitek), Pameran Komputer bertaraf dunia yang mungkin tidak disedari oleh umum.

2. Penulis cuba mempertengahan keindahan bumi Malaysia, yang tidak kita sedari mempunyai nilai bumi yang tinggi nilainya. Contohnya membawa pembaca menyusuri keindahan Tasik Kenyir, Pulau Lagenda Langkawi dan keindahan Kuala Lumpur.Penulis juga membawa pembaca menghayati keseronokan berada di dalam Istana Budaya, Kuala Lumpur.

3. Penulis ingin memperkenalkan konsep pengembaraan dalam penulisan. Penulis menggarap keindahan Bumi Kanggaroo dan United Kingdom dalam penulisan bagi membolehkan pembaca yang tidak pernah menikmati pengembaraan ke sana mendapat pengalaman baru dalam hidup mereka.


4. Pembaca boleh menilai sensitiviti perasaan watak-watak di dalam novel. Pembaca juga boleh memahami dengan terperinci maksud kasih, sayang dan cinta yang sebenarnya.

5. Penulis juga membolehkan pembaca terutamanya golongan remaja memahami tugas sebenar seorang pendidik dan cabaran-cabaran yang perlu mereka hadapi dalam mengharungi cabaran global hari ini.

6. Penulis mengajak pembaca menilai nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi, bagaimana seorang lelaki atau wanita yang sanggup berkorban apa sahaja demi kesejahteraan mereka yang disayangi.

7. Penulis mengajak pembaca memahami pelbagai peristiwa baru yang berlaku di Malaysia mahupun di luar negara. Contohnya, drama Sculptural dan Summer Festival.

8. Penulis berharap pembacaan novel ini akan mengubah persepsi minda pembaca bahawa novel hanya melihat dan menilai perasaan sebaliknya, novel berfungsi sebagai pemberi maklumat yang terperinci secara global.

Sinopsis setiap bab....Bab 1- 9



SINOPSIS CERITA SETIAP BAB


BAB 1 : LUKHMAN HAKIM BIN HAMKA.Penulis memperkenalkan watak Lukhman Hakim bin Hamka. Menggunakan aku sebagai gantinama, menggambarkan Lukhman sebagai salah satu watak utama dalam bab ini. Tujuan bab ini adalah introduksi Lukhman dari segi pekerjaannya, memperkenalkan ahli keluarganya, perwatakannya dan fasa kehidupannya. Ledakan emosinya , tentang keakrabannya dengan kawan baiknya Zaid Harith Bin Umar yang dianggap saudara kandung. Mereka malah juga disindir gay kerana terlalu rapat. Hubungan mereka bukan sahaja kerana berada bersebelahan rumah, malahan mereka juga menganggap ibu teman mereka sebagai ibu mereka sendiri. Juga dipamerkan Love at first sight yang dialami Lukhman. Penulis memperkenalkan teknik baru dalam penulisan di mana tiga bab awal bertujuan memperkenalkan watak utama dan perwatakan secara terperinci. Cerita watak ini ditamatkan dengan pertemuan di Kafe Secret Recipe.



BAB 2 : ZAID HARITH BIN UMAR Penulis menggunakan watak aku sebagai menggambarkan perwatakan dan perasaan dalaman Zaid kepada wanita yang dianggap teman wanitanya bernama Nur Suraya Binti Abdullah. Bagaimanapun prinsip cinta yang dipegangnya menjadikan dia bersikap egois dan tidak memberi tanda kepada hubungan nya dengan Suraya. Sangat workaholic kerana mahu mengejar title partnership dalam syarikat multi million yang berteraskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kerana mahu membina ‘Villa Cinta’ kepada kekasihnya.Ditunjukkan bagaimana kesibukan kerjayanya sebagai usahawan membawa dia mengembara menjelajah di sekeliling glob seperti London dan Sydney. Kisah Zaid ditamatkan di tempat yang sama, di Kafe Secret Recipe.



BAB 3 : NUR SURAYA BINTI ABDULLAH . Penulis cuba mengetengahkan watak Suraya, seorang guru muda sebagai teman wanita Zaid yang masih mencari jawapan kepada hubungan cinta mereka. Aku di sini menggantikan diri Suraya. Dalam mencari tanda yang jelas, dia dengan beberapa kebetulan, terperangkap dengan perasaan terhadap Lukhman. Penulis juga mempamerkan emosi dan perwatakan Suraya supaya pembaca jelas dengan perwatakan wanita yang menjadi buruan cinta dua lelaki ini. Bab ini juga ditamatkan dengan pertemuan Lukhman, Zaid dan Suraya di Kafe Secret Recipe.




BAB 4 : DARI MATA KE HATI. Bab ini dimulakan dengan penamat dalam ketiga-tiga bab sebelum ini. Bertempat di Secret Recipe Café , memperlihatkan gelodak perasaan cinta tiga segi antara ketiga mereka. Sikap ‘kalah sebelum bertarung’ diperlihatkan oleh Lukhman, dia sanggup berundur demi persahabatan. Zaid bagaimanapun di luar jangkaan telah membuka jalan untuk mereka bersama, Lukhman dan Suraya. Gantinama ‘aku’ tidak lagi digunakan bagi mewakili Lukhman, Zaid mahupun Suraya, sebaliknya, semua watak digambarkan secara umum.Penulis menggunakan ganti diri nama kedua dan ketiga iaitu , dia dan sebagainya.Menulis juga monolog dalaman bagi menggambarkan perasaan mereka.




BAB 5 :PHILOSOPY CINTA Penulis telah menggarap semua watak dengan cerita percutian mereka di Tasik kenyir, Terengganu. Dipertontonkan perwatakan yang tersenyum pada mereka. Sikap egois, prakmatik, sensitiviti terhadap seni, daya intelektual ditulis dengan jelas. Penulis juga mengetengahkan keindahan setiap inci bumi Tasik Kenyir ini dengan terperinci.Penulis juga memperincikan karisma, kebijaksanaan, hobi dan sebagainya. Secara jelas, perasaan cinta dijelaskan di sini.




BAB 6 : CERITA SUKA DAN DUKA. Penulis telah menggambarkan perasaan Lukhman-Suraya yang tidak lagi dapat menolak cinta. Lukhman berazam pergi jauh demi menjayakan ‘cinta’ Zaid kepada Suraya. Keadaan sebaliknya telah mendekatkan hubungan mereka iaitu Suraya dan Lukhman. Keadaan juga semakin menjarakkan hubungan Zaid dan Suraya. Klimaks kepada cerita bermula apabila konflik antara perasaan dan ikatan persaudaraan berbaur.Lukhman dalam diam sudi berkongsi suka duka Suraya, Zaid pula masih sibuk dengan perjalanan perniagaannya.Penulis membawa penonton menikmati keindahan Kuala Lumpur yang kadangkala tidak disedari oleh kita akan keindahannya. Penulis juga membawa pembaca menghayati bait-bait indah lagu Tan Sri Dr.P.Ramlee dan Puan Sri Saloma hasil persembahan Dato Siti Nurhaliza. Penulis membawa membaca menyusuri keindahan Pulau Langkawi. Sikap gentleman Lukhman yang sanggup menemani Suraya ke Pulau Lagenda di saat berita kecemasan diterima, menambahkan konflik percintaan mereka. Zaid yang berada di bumi kanggaroo ketika itu cuba mengambil hati Suraya setelah pulang ke Malaysia. Persoalannya, adakah sikapnya sudah terlambat untuk diterima.



BAB 7 : MEMBAWA HATI LARA Penulis cuba menghurai kepada pembaca bagaimana kemelut cinta membawa Lukhman mengembara jauh ke Adelaide. Dia cuba memberi nafas baru supaya hubungan Zaid¬-Suraya dapat dipulihkan semula. Dia sanggup mengorbankan dirinya dengan menyambung pengajian di Adelaide University.Di saat itu, Zaid juga telah berjaya mendapatkan apa yang dia impikan.. Villa Cintanya sudah dalam proses dibina.




BAB 8 : HARGA SEBUAH CINTA. Penulis cuba menggambarkan simboliknya nilai cinta. Zaid cuba menawarkan harga cintanya dengan menyiapkan rumah impiannya kepada gadisnya. Dia lupa elemen-elemen lain dalam cinta yang perlu diambil kira. Keperluan bersama semasa suka duka, sensitiviti dan komunikasi antara dua jiwa yang menyemai cinta. Persoalan sebenar ,benarkan cinta boleh dibeli? Kehadiran papa zaid secara tiba-tiba menjadikan konflik kejiwaan Zaid berperang hebat. Bolehkah perasaan kasih ditawan semula? Sementara Suraya sanggup terbang ke Adelaide mencari cinta. Adakah cintanya diterima? Sanggupkah Lukhman menceraikan kasihnya kepada Zaid demi cintanya kepada seorang wanita?




BAB 9:MILIK SIAPA HATINYA? Penulis menamatkan konflik cinta tiga segi apabila gadis membuat pilihan hidupnya. Cinta kadang kala membuat manusia sengsara, apatah lagi apabila terpaksa bergelut dalam membuat pilihan antara hubungan perasaan dan hubungan kemanusiaan. Di satu sudut, konflik cinta papa Zaid dan mamanya, adakah masih boleh dileraikan?

Monday, April 21, 2008

Bab 5: Persoalan Cinta;Filosopi Cinta..







Lokasi, Tasik Kenyir , Terengganu.Cinta adakah wujud antara dua jasad dan jiwa...
Lukhman dan Suraya atau Zaid dan Suraya?

Sinopsis BAB 5 :PHILOSOPY CINTA ; Penulis telah menggarap semua watak dengan cerita percutian mereka di Tasik kenyir, Terengganu. Dipertontonkan perwatakan yang tersenyum pada mereka. Sikap egois, prakmatik, sensitiviti terhadap seni, daya intelektual ditulis dengan jelas. Penulis juga mengetengahkan keindahan setiap inci bumi Tasik Kenyir ini dengan terperinci.Penulis juga memperincikan karisma, kebijaksanaan, hobi dan sebagainya. Secara jelas, perasaan cinta dijelaskan di sini.







Petikan: Di dasar langit, cahaya merah kuning bercampur baur. Indahnya alam tidak terkata. Hasratnya, ingin menyaksikan matahari terbit di ufuk barat. Tentu indah dengan cahaya. Di hatinya bercahaya serupa, berbunga cinta. Dia siap berpakaian, hasrat hatinya berjalan perlahan sekitar Chalet. Menyedut udara segar dengan hamparan angin pagi tasik, tentunya menggantikan aura gelombang tubuh yang kepenatan, disedut kesibukan kota raya.


“ Su, I noticed you love green so much, usik Lukhman bersahaja. Hampir setiap kali Suraya bertemunya dengan memakai baju hijau. Tiga kali bertemu, tiga kali Suraya dengan baju berwarna hijau yang berbeza.

“ Ada philosopy tersembunyi dengan warna hijau ni.”, ujar Suraya.

“ Philosopy?”, pendek bunyinya tapi penuh tanda tanya.

“ Hijau sinonim kepada banyak perkara. Hijau alam bawa ketenangankan? Hijau daun maknanya kehidupan.”

Lukhman mengangguk. Faham benar dia dengan kalimah itu.

“ Ada lagi?”

“ Man sedar tak.Hijau pada alam Allah ini terletak antara dua warna. Warna langit biru.Menghiasi angkasa. Warna laut atau daratan pula, samaada biru atau coklat.Menjadi dasar alam. Hijau pula, belantara, terletak antara langit dan daratan. Maknanya, hijau ini sentiasa berada di tengah, tidak ekstrim , tidak terlalu di atas, atau berada jaun nun di bawah.”, Suraya menerangkan dengan panjang lebar.

Lukhman terpaku dengan penjelasan Suraya. Tidak pula dia tahu guru sejarah ini kaya dengan pelbagai falsafah.

Sunday, April 20, 2008

Bab 1: Lukhman Hakim, memori ...Beautiful... Adelaide





Lokasi Adelaide, Australia;The other side of Adelaide, City Sky Liner.

BAB 1 : LUKHMAN HAKIM BIN HAMKA.Penulis memperkenalkan watak Lukhman Hakim bin Hamka. Menggunakan aku sebagai gantinama, menggambarkan Lukhman sebagai salah satu watak utama dalam bab ini. Tujuan bab ini adalah introduksi Lukhman dari segi pekerjaannya, memperkenalkan ahli keluarganya, perwatakannya dan fasa kehidupannya. Ledakan emosinya , tentang keakrabannya dengan kawan baiknya Zaid Harith Bin Umar yang dianggap saudara kandung. Mereka malah juga disindir gay kerana terlalu rapat. Hubungan mereka bukan sahaja kerana berada bersebelahan rumah, malahan mereka juga menganggap ibu teman mereka sebagai ibu mereka sendiri. Juga dipamerkan Love at first sight yang dialami Lukhman. Penulis memperkenalkan teknik baru dalam penulisan di mana tiga bab awal bertujuan memperkenalkan watak utama dan perwatakan secara terperinci. Cerita watak ini ditamatkan dengan pertemuan di Kafe Secret Recipe.



petikan daripada novel...

Nama-nama tempat di Adelaide yang hampir sebati dan kuhafal denganku seperti Glenegs, Montefione Hills, Victor Harbour, Granite Island, Hindley Street, Rundle Street, Gouger Street, Harbour Town dan Port Adelaide bagaikan memanggil-manggil aku singgah lagi ke sana. Pun begitu, aku sentiasa ingat, ‘ Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, baik lagi negeri sendiri’.

Bab 2: Zaid di London, UK.



Lokasi Bab 2: London at night....

BAB 2 : ZAID HARITH BIN UMAR Penulis menggunakan watak aku sebagai menggambarkan perwatakan dan perasaan dalaman Zaid kepada wanita yang dianggap teman wanitanya bernama Nur Suraya Binti Abdullah. Bagaimanapun prinsip cinta yang dipegangnya menjadikan dia bersikap egois dan tidak memberi tanda kepada hubungan nya dengan Suraya. Sangat workaholic kerana mahu mengejar title partnership dalam syarikat multi million yang berteraskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kerana mahu membina ‘Villa Cinta’ kepada kekasihnya.Ditunjukkan bagaimana kesibukan kerjayanya sebagai usahawan membawa dia mengembara menjelajah di sekeliling glob seperti London dan Sydney. Kisah Zaid ditamatkan di tempat yang sama, di Kafe Secret Recipe.




Petikan bab 2: Dalam perjalanan balik aku singgah di British Airways London Eye, BFI Inax Cinema, London Aquarium. Melihat pemandangan daripada salah satu daripada 32 kapsul London Eye memang menghiburkan.

Pada puncak setinggi 135 meter daripada ketinggian Sungai Thames, terdampar pandangan seluruh bandaraya Kota London. Menakjubkan menyaksikan hamparan langit yang biru. Di bawah sana, dapat dilihat aliran Sungai Thames yang mengalir segar. Dari kaca kapsul, kita berpeluang melihat kiri kanan pemandangan sejauh hampir 40 meter.

Dalam hati terpegun, ingatan mula terusik. Alangkah indahnya jika Suraya ada bersama sekarang. menikmati panaurama yang indah dan syahdu berdua. Wajah Suraya bagai ada di mana-mana, terlekat antara bebola mata.Ah! Sukarnya memisahkan antara perasaan dan keseronokan. Seronok tapi tanpa Suraya, suasananya berbeza. Tentu jauh lebih indah pemandangan dan memori ini jika Suraya ada bersama.