Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Showing posts with label Kursus Dr Azizan Osman. Show all posts
Showing posts with label Kursus Dr Azizan Osman. Show all posts

Wednesday, February 3, 2010

Perubahan diri



Just be fun & funny like Pandas


Siapakah yang boleh mengubah diri anda? Tentulah jawapannya bukanlah nombor,ramalan nombor atau warna. segalanya terletak kepada diri kita sendiri. Tapi anda perlu tahu rahsianya. Dengan mengenali kelemahan diri sendiri - kita boleh memperbaiki kelemahan diri.

Soalan kawan saya,buat saya tergelak.. dia bertanya saya apakah nombor paling baik dan gabungan personaliti yang kurang baik. Kata saya, tiada nombor (gabungan personaliti yang baik) atau yang tidak baik. We're just human, ada nilai + dan - juga. Yang elok kita kekalkan,yang negatif perlulah kita cari jalan bagi mengatasinya supaya hidup kita ini ada pembaharuan - kemajuan,namakan apa sahaja perkataannya.

Apabila berbincang dengan suami,nampaknya,ada perubahan ketara dengan sedikit masaalah sikapnya. Well,saya tidak mengomel atau mahu memperkecilkan suami.Suami saya memang rajin,teliti cuma kadangkala dia agak menagguhkan kerjanya. Contohnya, dicatnya dinding rumah yang sebelah kiri 2 minggu yang lepas, yang sebelah kanan masih belum dicatnya lagi. (setelah berbicang, sebab salah satu elemen kelemahannya adalah bertangguh kerja padahal dia seolah yang mempunyai elemen positifnya - aktif bekerja) Semalam tiba-tiba nampak beriya dia mengecat dinding yang sebelah lagi. Terkejut berbaur gembira,akhirnya dinding saya sempurna bercat.

saya bertanya,"kenapa tiba-tiba cat?"
katanya,"abang kan patutnya aktif,bertangguh tentunya tidak mendatangkan manfaat."
"Bravo..beginikan bagus" ayat biasa.. memuji dan membodek. Inikan satu perubahan yang membawa manfaat.

Memikirkan elemen saya yang agak emosional - kalau bahagian emo nampaknya,apa nak dibuat.Kalau rasa mahu menangis, menangis sajalah.. bukannya kena bayar setiap kali menangis pun...
kalau bahagian 'confused'pun susah juga agaknya,cuma mungkin saya boleh menjawab,"sebagaimana jawapan tuan/puan,begitulah jawapan saya." Lega. Kan sudah ada jawapannya..

Tuesday, February 2, 2010

Kursus Dr Azizan Wow 4

Setelah menilai diri sendiri,saya sibuk juga mengira nombor personaliti suami, diwakili oleh nombor 3,5 dan 2. Well. Seperti biasa, kajian ini memang 100% tepat dengan personaliti suami. (tak kanlah tak kenal lagi dengan suami sendiri kan...)

Monday, February 1, 2010

Kursus Dr Azizan Wow 3



Tiada perkara yang lebih baik selain daripada memahami kelemahan diri sendiri. Daripada kursus,anda akan berpeluang mempelajari nombor personaliti dan nombor akar. Suka diingatkan.nombor-npmbor ini (nombor biasa 1- 9) bukannya bermakna nombor ini ada magis terhadap anda untuk menjadikan anda kaya,bijaksana,atau 'ibu duit'. Olahan tiga nombor (contoh 1,2,9)hanyalah sekadar kelompok nombor bagi menunjukkan kumpulan personaliti yang diwakili anda.Dari situ,anda belajar memahami nilai Positif kumpulan personaliti anda dan nilai negatif kumpulan personaliti anda.

Kajian nombor ini tidak ada langsung kaitannya dengan numerologi (kajian berdasarkan nombor dan nasib diri,kehidupan ditentukan dengan nombor,contohnya bernasib malang,akan menemui kemalangan,akan beroleh keuntungan. )Kajian ini merujuk kepada perwatakan individu.Dipanggil kajian METAFIZIK bukannya NUMEROLOGI.


Quote daripada Dr. Azizan mengenai kaedahnya
(sumber: www.rahsiatarikhlahir.com.my ):
Quote:

Biar saya jelaskan sekejap. Kajian tarikh lahir saya... Baca betul-betul, kajian tarikh lahir saya (Saya tidak pasti dengan kajian tarikh lahir orang lain yang anda baca atau terjumpa atau dengar selain daripada saya).

Kajian tarikh lahir saya adalah purely based on research of human science behaviour. Saya kumpulkan maklumat ini for the past 10 years melalui test and measure, interviewing process ke atas lebih 5,000 individu.

Apa yang kita kaji? Kita tak kaji seseorang itu akan datang mati kena langgar trailer ke, meramal masa depan dia esok dia kaya ke, miskin ke, kita tak kaji dia kahwin dengan anak raja ke, itu semua TIDAK!

Apa yang kita kaji? Pernah dengar teknik profiling? Teknik yang digunakan oleh kaunselor untuk mengenal pasti watak-watak seseorang? Samalah teknik yang saya gunakan... Cuma saya mengkaji korelasi di antara seseorang itu mempunyai tarikh lahir bernombor 1, adakah sama pattern mereka? Sekiranya bernombor 2, adakah sama watak mereka dan seterusnya.

Melalui kajian itulah, saya dapat himpunkan satu kesimpulan yang korelasi amat kuat di antara satu-satu nombor itu dengan watak-watak yang mereka ada... PERWATAKAN... bukan masa depan....

Di dalam science of success dibawah konsep NLP. Anda akan dapati tentang persamaan watak-watak orang yang berjaya dengan orang yang kurang atau tidak berjaya.

*****************************

Pengalaman saya mengenali diri sendiri. Daripada kursus ini saya mendapati diri saya mempunyai nombor personaliti nombor (2,2,2) Personaliti nombor 2 ini, menunjukkkan perwatakan orang yang jujur,tahap kesabaran yang tinggi,mempunyai daya dan ketahanan untuk mengajar orang lain. Dan saya tidak suka dengan suasana bising. Disebabkan saya dominan dengan nombor yang sama, jadi - personaliti ini begitu kuat.. OWWWWWW

Perwatakan negatif tentang nombor 2 ini adalah,dia selalu 'confused'.. Confused di sini bukanlah setiap masa /kali,cuma berhubung dengan beberapa perkara. Contohnya,kalau diminta saya membuat pilihan ,a dan b dalam tempoh 15 saat,saya memang tak boleh membuat keputusan. Saya memang sedar hakikat ini,disebabkan hal inilah,saya tidak suka bekerja last minutes (dan saya akan gelabah giler dan tertekan- dalam keadaan tertekan akan menyebabkan saya stress/keliru) Saya juga sedar saya tidak boleh membuat keputusan dengan kadar segera jika boss minta saya berbuat demikian. Even,pilihan yang diberi oleh suami,"untuk pergi makan di a atau b",selalunya even memang akan saya jawab dengan,"ikut abanglah. Saya tak pernah beri nama tempat untuk keputusan,sebaliknya mencadangkan beberapa tempat untuk dia pertimbangkan.

Saya tersedar dengan beberapa masalah dengan diri saya,suka 'sesat'jalan. Bagi jalan yang biasa saya gunakan,okay tapi kalau kali pertama ke sesuatu tempat (kadang banyak kali juga sesat jalan)Saya biasanya akan sesat jalan,walaupun sudah ke tempat itu sehari sebelum itu. Kelakarkan.

Saya gagal mengingati nama orang lain.Kalau lama tidak bertemu,maaflah... selalunya saya akan meminta maaf dahulu jika saya terjumpa seseorang yang saya fikir sudah bertemu sebelum ini sebab sudah lupa,'namanya'.Aduuiii.

Semasa saya di UKM dahulu,minggu pertama kuliah,paginya saya ke kuliah bersama seorang rakan Masita,dia balik dahulu sebab kuliahnya tamat lebih awal. Saya memang confused untuk balik ke asrama padahak,kamsis saya, Kamsis Ungku Omar hanya lebih kurang 5 minit daripada Fakulti FSKK. Saya hanya perlu berjalan daripada FSKK ke Pusanika,tembus ke jalan dan Walla- sampai ke asrama. Tapi pada masa itu, 'jammed'saya memang tak dapat mengingati jalan balik. Saya terpaksa melalui jalanraya ke luar,FSKK ke Fakulti Fizik dan Gunaan - Kamsis Ungku Omar, 30 minit perjalanan. (masa itu tiada telefon genggam)Punyalah takut sebab ada pekerja binaan yang bersiul-siul (bukan sebab saya ni cantik,saya sedar hal itu,sebab tak ada orang berjalan melalui jalan itu kecuali kenderaan)

Saya tiada dua orang kawan lelaki serentak (bukan kawan kuliah- special boy friend)agaknya,saya tidak suka keliru/confused seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang lain.

Selain itu,emosi sikit,jadi biasalah melihat saya menangis setiap kali melihat kawan bersara walaupun kawan yang tidak 'close sangat'. Menangis tu mainan sayalah. Tengok movie pun boleh menangis. Sebanyak mana saya ni 'love fun' sebegitulah saya suka juga 'memangis' he he.. Suami saya kata, 'cengeng' tapi taklah pula menangis kalau dia tidak bawa saya ke movie etc. Kadang-kala dia pelik melihat saya menangis dengan susah payah hanya ketika menonton "Cerekarama"... ha ha.. (Memang sah tak boleh menjadi jururawat,dr..,penerbit drama,pelakon alahai....sebab terlebih emosi)Kalau saya menulis pun.part sedih saya boleh menangis to get feeling.. feel lebih (pecah rahsia)

Bising- murid saya gelarkan saya allergik dengan bising. Memang alah betul dengan kebisingan- saya sakit kepala. Itulah agaknya sebab personaliti saya didominasi dengan kumpulan 2 - 3 kali allergik dengan bunyi bising. Kalau kelas saya,saya pastikan semua senyap dahulu sebelum mulakan kelas... I can say,I'm a fun teacher but somehow - dangerous.. he he.. can fire people like dragon- fun dragon he he he..

Saya harapkan anda tidak akan melepaskan peljuang kursus di KL pada bulan Mac. Sila semak akhbar atau carian Laman Web- Rich Resourches.

Sunday, January 31, 2010

Kursus Dr Azizan Wow 2




Suka sangat saya mengingatkan anda,kursus ini bukannya menilik nasib,meramalkan nasib sendiri, mengintai atau mengira apa yang akan terjadi dalam kehidupan yang akan datang.(Pada zaman Tamadun Cina lama,dikira melihat nasib melalui tulang 'orackle' dll. Atau penggunaan tarikh lahir unbtuk melihat kesesuaian tarikh perkahwinan,tarikh buka kedai yang diamalkan dalam agama lain) Atau menilik tapak tangan,melihat garisan lintang tangan untuk meramal berapa jumlah anak,berapa ramai isteri dll) There're nothing like this.

Kami diajar 5 konsep pembelajaran, 7 prinsip kekayaan & kejayaan,Huraian tarikh lahir,memahami tarikh lahir dengan advance,memahami prinsip gelombang warna dan bagaimana re-charge getaran alpha.

A. Konsep pengkajian Tarikh Lahir.

1. Konsep pengkajian tarikh lahir adalah bertujuan mengenali potensi diri sendiri dan kelemahan diri sendiri supaya kita lebih fokus, overcome kelemahan diri sendiri supata tindakan yang diambil akan berkesan terhadap kerjaya dan kehidupan kita.

2.Kita mesti keluar dari zon selesa (bukan bermakna kita tidak bersyukur dengan anugerah Allah)lebi memajukan diri bermakna jika kita lebih maju / kaya,kita akan lebih banyak membantu masyarakat/agama/negara.

3. Konsep hidup sederhana mestilah berubah. Sepatutnya kita memaksimakan kehidupan kita semaksima mungkin. (mungkin ada pernah mendengar,Islam lebih menyukai orang kaya yang banyak bersedekah... jika kita mempunyai lebihan pendapatan,tentulah lebih banyak yang dapat kita beri kepada masyarakat,betul?)

4. Ayat Juz 13,Surah ar-Ra'D. Firman Allah,"... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..." jadi kitalah yang perlu mengubah nasib kita sendiri.

5. Mengenali semua orang disekeliling kita dengan lebih baik (suami,isteri,anak2,saudara,family dan sebagainya)atau dalam konteks saya,murid (hmm saya ada beratus orang)melalui karektor personaliti.

B.7 Prinsip kekayaan dan kejayaan.

1. 100 % komitmen terhadap kerja.

Formula - T + F + A = Result (T = Thingking, F= feeling, A=action)

2.Bagaimana anda melakukan sesuatu perkara adalah mencerminkan bagaimana anda melakukan semua perkara / how you do anything is how u do everything.

3.Action/Tindakan : fast action = get better result. Kalau slow = slow result.

4. Keputusan untuk bertukar, "Is now or never".

5.Anda mahu "Tahap Tahapan RM berubah atau tidak".

6. Perlu jauhkan perkataan,"Aku tahu dah / dah tahu" kerana perkataan itu akan menyebabkan minda 'shut down' untuk menerima ilmu.

7. Allah tidak akan mengubah nasib kita..., jadi perlu dapatkan ilmu untuk mengubah diri.

Yang lain, well saya tidak dapat menghurai panjang mengenai hal ini disebabkan semua ini adalah copy right Dr Azizan sendiri. Pendek kata,anda tentunya tidak mahu lepaskan peluang ini untuk memajukan diri. Ayuh daftarkan diri anda untuk mengenali diri sendiri dan memperbaiki diri sendiri dan keluarga anda.

Saturday, January 30, 2010

Kursus Dr Azizan Osman.. Wow





Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind.

Tidak bercadang bercerita panjang sebab sudah agak keletihan. Dari pagi,sebelum pukul 8 pagi sudah bertolak ke Shah Alam bersama Olis.Program tamat jam 5.20 petang,dan jalan agak 'jem' ketika mahu pulang dari Shah Alam, agak memenatkan ketika tiba di rumah,pada malam hampir jam 9.00 malam (kami berhenti makan dan rehat sebentar di Shah Alam.) Insya-Allah,catatan saya akan bersambung esok hari.

Banyak ilmu yang dipelajari,salah satu daripadanya adalah Kaedah kuasa minda pada frekuensi Alpha Brain Wave.


Siapakah Dr Azizan Osman sebenarnya?

Dr. Azizan Osman adalah CEO, Rich & Richer Resources Serta Pengasas Workshop Rahsia Tarikh Lahir & Workshop Rahsia Kuasa Minda Jutawan, Personal & Business Coaching Program.

Dr. Azizan Osman merupakan Pengarah Urusan kepada Channeldirect Asia Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak 2001. Syarikat beliau merupakan ahli kumpulan syarikat pengiklanan dan pemasaran antarabangsa The Cobra Group PLC, UK yang mempunyai lebih 800 syarikat di 25 buah negara seluruh dunia.

Disebabkan minat dan keinginan untuk mengenali dirinya sendiri dengan lebih mendalam, beliau mula mengkaji sains metafizik semenjak lebih 10 tahun yang lalu di dalam aspek "Mengenal Diri" dan beliau dapati terdapat banyak cara untuk menegnali diri dan salah satu kajian beliau adalah menggunakan kaedah mengenali diri melalui tarikh lahir yang merupakan salah satu cabang sains metafizik. Pada masa yang sama, beliau mengaplikasikan kaedah ini di dalam perniagaan dan kehidupan beliau serta orang lain dan hasilnya amat berkesan.

Kepakaran beliau juga adalah di dalam bidang "Branding, Sales & Marketing Strategy", "Leadership & Motivation" dan "Enterpreneurship Development"

Banyak memenangi anugerah di peringkat antarabangsa antaranya beliau merupakan satu-satunya pemenang dari Malaysia daripada 11 pemenag seluruh dunia untuk "Cobra International Platinum Award Winner". Beliau merupakan juga pernah mendapat anugerah "Owner of the year", "Owner's Ring Award Winner" dan "Organisational Head Award 2007".