Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Tuesday, June 10, 2008

Malaysian, tidak cintakan ilmu...ulasan akhbar..

Hari ini apabila saya membaca akhbar Berita harian, di muka surat 11, saya tergamam sebentar... penulisnya Azrina Sobian, menulis dengan tajuk : 'Gejala Bebalisme' punca akal rosak; Tak minat ilmu antara ciri kemalasan intelek masyarakat negara membangun.

Hari ini (rabu) apabila saya tanyakan berapa ramai murid saya yang membaca tentang 'bebalisme' nampaknya, dua atau tiga orang sahaja yang membaca..aduh! dalam 6 kelas (6 x 40 = 240 orang murid, bayangkan)terpaksa saya masukkan artikel di sini supaya mereka dapat membaca...

.....................................................................................


Perspektif Ikim: Gejala 'bebalisme' punca akal rosak
Oleh Azrina Sobian
BERITA HARIAN - SELASA 10/6/2008

Tak minat ilmu antara ciri kemalasan intelek masyarakat negara membangun

HASRAT membentuk masyarakat 'minda kelas pertama' di negara membangun seperti Malaysia tidak akan tercapai selagi cabaran terhadap akal masyarakat tidak dikenal pasti.

Kita sering bercakap mengenai pelbagai punca kemunduran sikap masyarakat dan satu persatu punca disenaraikan, tetapi permasalahan masyarakat negara membangun masih tidak dapat dikenal pasti secara jitu kerana punca sebenar terletak pada kecamukan akal masyarakat itu.



Kata-kata yang berkait langsung dengan kalimah 'akal' muncul sebanyak 49 kali dalam al-Quran dan semuanya memberi makna yang baik kepada penggunaan akal.

Pada sudut pandangan hidup Islam juga, akal mendapat satu kedudukan yang tinggi. Akal adalah satu daripada tiga cara untuk memperoleh ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, akal adalah tempat di mana ilmu berkembang.

Akal jugalah yang membezakan manusia dengan haiwan. Oleh itu, jika akal manusia dicacatkan, maka usaha menimba ilmu boleh terjejas dan martabat manusia boleh jatuh sehingga menjadi lebih rendah daripada haiwan.

Jatuhnya martabat manusia kini boleh tergambar dalam banyak cara. Misalnya, kisah bapa merogol anak, anak membunuh ibu bapa, kawan menipu sahabat, pecah amanah dan guru dipukul pelajar. Bukankah ini antara bukti bahawa kedudukan kebanyakan manusia kini lebih rendah daripada haiwan?

Meningkatnya rasa kehaiwanan manusia berlaku kerana kebanyakan mereka terlalu jauh daripada ilmu pengetahuan dan dengan itu jauh daripada agama. Peranan agama memandu hidup manusia, tanpa ilmu pengetahuan pula, agama tidak akan dapat difahami. Dengan itu, selamanyalah manusia hidup dalam kepincangan dunia khayalan mereka sendiri.

Berdasarkan itu, perlu difahami punca kerosakan akal sehingga menggagalkan manusia memperoleh ilmu pengetahuan. Sebenarnya ada banyak punca kepada masalah ini dan satu daripadanya apa yang dikata gejala 'bebalisme'.

Penulis memilih untuk menonjolkan gejala itu kerana gejala ia amat dekat dengan masyarakat membangun. Walaupun dikatakan ia berlaku di seluruh dunia, gejala itu sebenarnya sangat ketara di negara membangun seperti Malaysia dan rantau sekitarnya.

Istilah itu mula digunakan oleh Prof Syed Hussien Alatas dalam bukunya bertajuk Intellectuals in Developing Countries yang ditulis pada 1977. Bebalisme muncul daripada kata dasar bebal yang membawa maksud tumpul otak atau bodoh. Oleh itu, istilah bebalisme memberikan kita satu pengertian yang kasar.

Bagaimanapun, Prof Syed Hussien menolak pandangan sebegini dan menegaskan bahawa istilah bebalisme bukan bertujuan untuk merendahkan orang lain, tetapi hendaklah digunakan dalam ruang lingkup ilmiah.

Gejala bebalisme diibaratkan sebagai 'parasit dalam fikiran' masyarakat. Gejala itu menunjukkan pelbagai kepincangan masyarakat terutama dari segi keinginan dan kemampuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Antara sikap terhadap ilmu yang ditunjukkan gejala bebalisme adalah kelesuan berfikir, sikap acuh tak acuh, tidak berminat terhadap budaya ilmiah dan tidak berdaya cipta. Paling ketara, mereka yang terperangkap dalam gejala ini tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah, tidak mempunyai kecintaan terhadap hujah yang tertib serta tidak menaruh penghargaan terhadap budaya ilmiah itu sendiri.

Kesan paling ketara daripada gejala ini adalah 'kemalasan intelek'. Ini dicirikan dengan ketiadaan semangat intelektual iaitu semangat mengkaji serta berfikir dan hilangnya rasa hormat terhadap pengetahuan dan amalan ilmiah.

Oleh itu, gejala ini menyebabkan masyarakat membangun tidak lagi berminat mendapatkan ilmu pengetahuan berguna. Jika adapun usaha mencari ilmu, ini dilakukan bukan kerana niat ingin membantu masyarakat, tetapi disebabkan oleh pangkat, nama dan sebagainya.

Paling menyedihkan apabila Prof Syed Hussien menegaskan bahawa gejala itu ditampilkan dan disambung daripada satu generasi ke generasi lain. Maka, nyatalah gejala itu sukar dihapuskan dan menimbulkan persoalan mengenai kemampuan serta cara terbaik untuk keluar daripada gejala yang membelenggu masyarakat.

Untuk melepaskan diri daripada belenggu ini, masyarakat memerlukan satu atau sekumpulan pemimpin secara ikhlas ingin mengubah masyarakat ke arah yang baik. Pemimpin bukan saja terdiri daripada kepimpinan negara, termasuk ibu bapa, guru, ketua kampung dan ketua jabatan.

Paling penting keinginan untuk mengubah masyarakat bukan didorong oleh sebab kebendaan, tetapi tanggungjawab dan kasih kepada masyarakat yang dipimpin. Bagi Prof Syed Hussien pemimpin hendaklah menjadi seorang intelektual. Dengan kata lain, mereka hendaklah menjadi pemimpin berakal.

Dengan adanya pemimpin seperti itu maka kita berharap apa yang dinyatakan Ibn Khaldun bahawa 'tabiat rakyat pada hakikatnya adalah bayangan bagi tabiat atau amalan hidup yang dimiliki oleh pemimpin mereka' dapat dijadikan kenyataan.

INTI PATI



Akal adalah satu daripada tiga cara untuk memperoleh ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, akal adalah tempat ilmu berkembang.


Jika akal manusia dicacatkan, maka usaha menimba ilmu boleh terjejas dan martabat manusia boleh jatuh sehingga menjadi lebih rendah daripada haiwan.


Gejala 'bebalisme' adalah anatara punca akal rosak sehingga menggagalkan manusia memperoleh ilmu pengetahuan.


Gejala 'bebalisme' sebenarnya sangat ketara di negara membangun seperti Malaysia dan rantau sekitarnya.


Gejala bebalisme diibaratkan sebagai 'parasit dalam fikiran' masyarakat. Gejala itu menunjukkan pelbagai kepincangan masyarakat terutama dari segi keinginan dan kemampuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.


Kesan paling ketara daripada gejala ini adalah 'kemalasan intelek'. Ini dicirikan dengan ketiadaan semangat intelektual iaitu semangat mengkaji serta berfikir dan hilangnya rasa hormat terhadap pengetahuan dan amalan ilmiah.


Untuk melepaskan diri daripada belenggu ini, masyarakat memerlukan satu atau sekumpulan pemimpin secara ikhlas ingin mengubah masyarakat ke arah yang baik.

...........................................................................

Saya perlu katakan saya bersetuju 100% terhadap pandangan penulis ini.Berada dalam situsi ini setiap hari... saya sebagai pendidik merasa sedia, bahawa saya sendiri setiap hari terpaksa berhadapan dengan 'rintangan' dan 'problemo' seperti ini... Senario yang selalu saya bisikan dalam hati, 'saya yang selalu terlebih berkobar-kobar dalam hati untuk mengajar' dan budak2 saya (terjemahan my kids...at school) walaupun hanya kecil peratusannya yang malas dan kena tegur like, 'please duduk tegak', 'jangan macam orang nak mati', 'jangan tidur', buka buku, 'keluarkan pen', 'tulis yang cikgu nak beritahu'...and 10000000000000000000000000000 more... saya rasa hanya 'cikgu' yang berada dalam situasi ini memahami perkara ini.

Saudari Azlina menamakan antara punca kemalasan dan keaftifan masalah gejala 'bebalisme'adalah 'kemalasan intelek'... sikap malas dalam belajar bahkan yang menyedhkan jika murid langsung 'tidak berniat' untuk mendengar... selalu saya ulang berulang kali dalam kelas, " susah sangatkah awak untuk mendengar?"...

Senarionya, mereka macam mendengar, tetapi pekak atau lebih teruk 'tuli'... tidak tahu langsung 'apa perkataan akhir yang saya sebut'... selalunya saya akan serang hendap, " apa perkataan akhir yang cikgu sebut"... murid yang malang itu saya tidak akan dendapun kerana ketawa ndaripada rakan mereka merupakan denda yang paling hebat... sebab rasa malu kerana berkhayal...

Tanda-tanda yang jelas mengikut penulis (yang saya sokong 100% :
1. Kelesuan berfikir,
2.Sikap acuh tidak acuh.
3.Tidak berminat terhadap ilmu.
4.Tdak ada semangat inteltual.

Pada pendapat personal saya, kalau memandang guru di hadapanpun malas, menggunakan dua telinga untuk mendengarpun malas... yang bijaknya mereka menggunakan mulut dan minda dengan merayau jauh ke alam fantasi yang mereka kehendaki... entahlah, saya kurang tahu, 'apa daya saya lagi ' untuk menintelekkan 'malaysian' hari ini...Hanya Allah yang tahu, betapa saya memang saya berkobar-kobar menyampaikan ilmu, sebab saya percaya, semoga saya mendapat ganjaran atas niat ikhlas saya ini.

Ayat yang saya sering gunkan kepada murid saya, " entahlah, agaknya Tuhan saya menduga saya, sebab masa saya bersekolah saya amat baik orangnya, tidak menyusahkan guru, beri perhatian dalam kelas, in other words... membodek saya sendiri (he he- Tuhan tahu, saya berniat baik) tapi murid saya ada kadangkala nakal... sukar mendengar cakap... perkataan yang selalu saya gunakan semasa chatt dengan rakan sekerja, 'bersilat dalam kelas' "

Semoga semua guru akan tabah dalam menintelekkan masyarakat Malaysia yang sedang sarat diserang parasit 'bebalisme' .. perkataan 'bebal' bermaksud, degil, malas, tidak aktif, lesu, layu, keras hati dan malas...

No comments: