Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Sunday, May 29, 2011

Tanggungjawab sosial seorang penulis.

         Pendapat di bawah adalah pendapat saya sendiri, tiada tujuan untuk menyebut dan membandingkan dengan mana-mana penulis pun. Penulisan ini tidak bertujuan untuk menghina, mengapikan atau memperlekehkan novel atau tulisan sesiapa pun. Tulisan ini hanya menyentuh tanggungjawan sosial yang menjadi pendirian saya sendiri! Saya harapkan tulisan saya ini tidak dikaitkan dengan mana-mana penulis pun!    

         Kata-kata seorang teman saya membuatkan saya kurang senang hati. Katanya, "Kenapa tak menulis seperti ..." Penulis yang dia maksudkan adalah seorang penulis yang sudah lama menulis. Agak keterlaluan ayatnya bago saya. Dalam perkataan lain, tidak sesuai sebagai bahan bacaan saya. Saya katakan, "saya adalah saya sendiri. Tidak mahu mengikut, meniru orang lain. Dan saya tidak akan sesekali menjadi dia."

             Kepada diri saya, saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tulisan saya. Saya bertanggungjawab dalam menulis bagi setiap novel saya. Jika saya menciplak, meniru karya orang lain, saya bukan sahaja bersalah terhadap kesalahan meniru atau menciplak,iaitu kesalahan daripada aspek undang-undang penulisan, tetapi hukumnya 'berdosa' mencuri hasil karya orang lain.

         Apatah lagi menggunakan perkataan-perkataan yang berunsur "L" dan berbau gatal a.k.a miang. Saya sentiasa meletakkan diri saya sebagai pendidik yang sudah berbelas tahun berkhidmat. Adakah saya tidak pelru merasa malu apabila murid-murid sayamembaca novel saya yang berbau 'L" atau miang a.k.a gatal. Jawapannya, "Oh tidak." Anak saudara saya yang sulung sudah berusia 18 tahun (adik perempuan saya berkahwin dalam usia muda) dan ramai lagi anak-anak buah saya yang sudah mencecah belasan tahun, semuanya berjumlah 12 oran (termasuk yang masih bayi) dan mereka ini akan terus membesar. Membayangkan mereka yang akan membaca karya saya, dan buku saya mengandungi unsur-unsur memalukan! Aduh! Tolong! Bagaimana kita mahu mendidik mereka dengan unsur-unsur agama dan sosial yang baik, jika kita sendiri menggunakan unsur-unsur yang salah. ketam tidak akan mampu mengajar anak-anaknya berjalan betul!

    Pendidikan Islam dan tulisan berunsur islam tidak terhad kepada novel atau buku-buku Islamik sahaja. Saya merasakan sudah sampai masanya kita memwara-warakan unsur keindahan agama Islam dalam tulisan kita supaya keindahan ini akan disedari oleh masayarakat Islam sendiri khasnya, dan masyarakat lain amnya. Saya akan cuba memasukkan unsur ini dengan harapan ianya akan mengingatkan diri saya sendiri dan pembaca dengan keindahan agama Agung kita sendiri.

       Maklumlah sebagai manusia biasa, kita perlu disedarkan sentiasa dengan agama kita. Dalam buku pertama saya, Dimensi Cinta, maklumlah, saya baru pertama kali menulis, saya tidak memasukkan unsur sains dalam Islam, begitu juga novel kedua, CSKK, dan juga ketiga, walaupun mengandungi unsur agama, saya tidak juga memasukkan unsur Sains dalam Islam. Kealpaan saya yang menjadikan kesalahan begitu! Pu begitu, saya merasakan saya tidak lupa mengangungkan keindahan dan keagaungan ALLAH dalam menjadikan alam maya ini! Subhanallah!

   Insya_Allah dalam novel ke4, yang masih dalam projek, saya akan memasukkan unsur sains dalam Islam. Alangkah cantiknya agama ini, walaupun dalam hal yang nampaknya remeh (kecil) seperti mengangkat wuzuk terkandung kelebihan yang mewah dan besar! Saya berharapkan semua info ini akan memberikan kelebihan kepada pembaca. Semoga apa yang saya persembahkan akan diterima Allah. Hal ini merupakan dakwah saya sebagai umat Islam.

   Walaupun saya suka menonton wayang dan televisyen, saya bersikap 'anti' terhadap lakonan yang melampau, contohnya pegangan tangan suami steri (dalam filem) maklumlah, mereka bukannya mempunyai hubungan yang sah. Dalam novel, saya kira sekiranya suami isteri, setakat berpegang tangan, dibenarkan. Itupun, tidak perlulah bercerita hal-hal yang sulit seperti ciuman etc! Naik seram membaca buku-buku/novel yang mempunyai elemen-elemen ini! Biarlah sahaja penulis-penulis Barat yang tidak mempunyai sekatan agama dan sosial melakukan sedemikian. Jagailah tatasusila kita sebagai seorang penulis Islam. Tetapi kadangkala pembaca ini juga pelik, kalau tidak ada unsur-unsur begitu, tidak juga mahu membacanya atau dikategorikan sebagai 'Menghampakan'... Saya kira, biarlah dengan label begitu asalkan tulisan itu tidak mendatangkan unsur 'menjelekkan' daripada segi agama dan sosial.

   Pendek kata, apa sahaja yang saya tuliskan, semuanya terhitung di bahu saya sendiri. Dan jika saya alpa, tolong ingatkan saya!

Saturday, May 28, 2011

Aduhai pening...



Cover (muka hadapan) novel ke tiga saya: Purnama Merindu: Buku Prima.

Sudah empat hari saya pening.. dan pening bukan sebarang pening. Dan pening saya tiada kaitan langsung dengan cover di atas. Blog saya tidak boleh 'sign in'. Dimintanya saya 'verification' emel. Sudah lakukan, pun tak boleh. dah letih fikir, mana silapnya. Tempat ruangan 'sign in' pun tak ada! Panik juga. Saya terfikirkan bagaimana saya mahu 'up date' blog sejarah saya, 'djlovehistory' memandangkan pelajar kami perlukan contoh esei untuk projek. Sudah tentu saya akan membantu mereka, tapi bagaimana jika saya tidak boleh 'up date' blog saya! Bingung! Dan akhirnya, seorang ex student saya, Erwan mencadangkan, saya gunakan 'browser' (harapnya betullah istilah ini) baru. Dah jelas, memang sah rupanya, browser lama ada masalah teknikal. Sudah corrupted! Nasib baik ada adik ipar yang boleh membantu.. he he.. lega! sudah nak bingung dibuatnya.

Hari ini biasa saja, mendobi, spring cleaning.. dah banyak abuk.. kadang2 pelik, entah macam mana boleh berabuk ya... kadang baru sahaja vacum, tengok berabuk semula! Baru 1-2 hari sahaja! agaknya kena buat bilik berkaca dengan tapisan oksigen... hmmmm.

Alhamdulillah, novel baru keluaran Prima akan dipasarkan mulai Jun ini... sudah lihat covernya.. cantik, kebetulan, ketiga-tiga novel saya berwarna biru. Biru kan romantik! Sebenarnya tiada warna khusus bagi saya bagi menggambarkan romantik.. seperti yang saya pernah katakan, istilah ini relatif sifatnya, sama seperti cantik atau kacak. Semuanya bergantung kepada mata, dan deria lain bagi mentafsirkannya. Contohnya, pada saya, suami bawa balik sebungkus nasi goreng ketika saya sakit, hujan pulak tu (sebab tak berdaya masak, sakit perut, cirit birit) saya kira, romantiklah tu! Romantikus: maknanya bagi saya mengambil berat. Ada orang, sebahagiannya, romantik baginya kalau menghantar sejambak bunga... apatah lagi ke tempat kerja, semua orang tengok, itu romantik. Pada saya, itu hanya pembaziran. Bunga tak boleh dimakan pun.. simpan pun tidak juga! Akhirnya akan dihumban ke tong sampah juga!

dan cover tu, saya suka!Tidak sabar melihat buku yang telah siap! Sebenarnya berperasaan yang sama setiap kali melihat buku sendiri, "Aku tulis buku ni?" seperti tidak percaya!

Friday, May 20, 2011

Can't wait for holidays!

Jika ditanya kepada mana-mana pendidik pun, sejauh mana mereka sukakan sekolah dan murid mereka, tentu mereka lebih sukakan cuti sekolah! Begitu juga murid, sejauh mana mereka sukakan guru mereka (suka, lebih kepada terpaksa suka.. he he) dan sekolah (sebab utama boleh berjumpa kawan dan bercakap... itu realitinya) tentu mereka suka cuti sekolah (dan akan lebih baik dengan memasukkan unsur kawan di dalamnya) I love holidays!


Minggu ini saya bergelut untuk menghabiskan kertas peperiksaan, Insya_Allah pada ahad ini atau selewatnya isnin ini. Sudah dua minggu saya tinggalkan manuskrip saya yang juga bermakna, saya kena baca kembali semua yang saya tuliskan untuk 'refresh'.. alamak! Untuk dapatkan rythm penulisan dan melodinya.. haiya! memang ada tulis notanya sebagai panduan, but still, membacanya kembali bagaika memainkan muzik dan barulah boleh menyanyikan melodinya dan rthymnya kembali.. Poor thing! Sebenarnya jemu membaca karya sendiri ni! Ha ha!


Kadangkala terbawa juga perasaan 'bebalisme' murid ke rumah. Rasa geram sungguh! Saya terbaca mengenai bebalisme ini beberapa tahun lepas, tulisan di Utusa Malaysia. Bebal bermakna 'perasaan degil' yang sungguh-sungguh. Itulah cerminan murid-murid sekarang. Kalau diberi arahan/permintaan tiga kali pun, mereka tidak akan ikut sebab kepada mereka, semuanya tidak penting. Contoh yang senang, betulkan barisan awak. Bunyinya mudah sahajakan... 'simple' 'tiga perkataan sahaja', tetapi mereka akan ambil masa 5 minit atau permintaan itu perlu diulang hampir 10 kali. Dan pantang larang saya, apabila ada pentadbir yang lalu, akan menegur saya seolah-olah saya tidak beritahu murid agar membetulkan barisan mereka.. (macam tak buat kerja kita, padahal, sudah ditegur berulang, berjalan daripada hujung ke hujung dan minta mereka, diam, beratur dengan elok: huh! susah sungguh) Dan kepada saya ini bukanlah sekadar 'bebalisme', sangat 'bebalisme'... Unjuran 'obsess' yang teramat sangat kepada 'bebal' yang tidak boleh diubati.


Ada satu masa itu, saya ke satu kelas, bilangannya tak ramai pun, tetapi kedegilannya ke tahap gaban. Saya meminta mereka duduk di tempat masing-masing, sebab apabila berkumpul, mereka berbuat bising, padahal hanya berkumpul 2-3-4 orang satu kumpulan. (di kelas lain, apabila saya meminta berbuat demikian, mereka akan bergerak dan duduk senyap sendiri, sebab saya mengugut akan menolak markah peperiksaan mereka: dengan itu, saya berada dalam situasi 'peaceful' sungguh! Idealnya, semua orang boleh study dengan keadaan aman damai, menunggu waktu peperiksaan yang akan datang) Tetapi mereka ni bukannya degil... tidak mahu bergerak.. dan saya memberi pilihan lagi. Kalau tak mahu ubah tempat, tak perlulah bercakap dengan kuat! Tetapi mereka ini sengaja mencabar saya rupanya. Tidak juga mahu meminda tempat dan berbual dengan kuat! Saya benci betul dengan orang bebal! Malah ada murid yang menengging saya balik dengan katanya, "peperiksaan lambat lagi!" Memang kurang adap!


Lemah dalam ingatan, slow dalam pembelajaran, saya anggap biasa tetapi jika sudah, 'bebal' dan biadap, tidak terkata! Kumpulan seperti inilah yang tidak menjadikan hari saya sebagai 'guru' tidak seronok langsung! Malas! Latihan langsung tidak mahu buat! Lemah (ini perkara lain, apa nak buat)biadap!


Menulis memberikan saya keseronokan sebab menulis membolehkan saya ekspress perasaan dan ideal sesuka hati, asalkan tidak menyenyuh mata-mata sensitiviti kaum dan agama. Hal ini tentulah tidak boleh kita pandang enteng kerana perpaduan penting dalam asas pembentukan negara. Sebagai seorang guru sejarah, saya sedar, 'perpaduan' adalah syarat penting bagi memerdekakan negara kita dahulunya, antara syarat wajib British kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.


Dan kali ini, saya mereka watak Adduha, Natrah, Katrina, Syaiful, Nik Hisyam, Vimmi dan sebagainya. Dan bagaimana ceritanya, uh, terlalu jauh perjalalanan ceritanya!

Sunday, May 15, 2011

Hmm alahai...

Masih lagi minggu yang memenatkan. Dua minggu ini, saya boleh mengira, hari-hari mana yang saya makan dua kali sehari... kebanyakan hari, saya hanya ambil 'heavy breakfast' sahaja. Lunch, minum air, petang minum air juga, malam, fruit dan air sahaja. Terlalu sibuk untuk makan! Tetapi masih lagi tidaklah tinggal 'tulang rangka'. Masih 'vogue' dan comel giler!

Petang jumaat, saya mencuba balik awal, dan menemani mama, adik perempuan dan anak saudara saya membeli belah sikit. Sabtu, saya terpaksa mengambil cuti untuk menghantarnya ke kolej. Malam bergegas menghantar mama dan adik saya ke Central. Dan malamnya, beberapa jam menghabiskan 'proof reading' manuskrip PURNAMA MERINDU yang bakal diterbitkan Julai 2011 oleh BUKU PRIMA, anak syarikat Karangkraf.

Proof reading merupakan bacaan manuskrip yang telah diedit oleh editor dan mesti disahkan oleh penulis kerana penulis berhak atas karyanya. Jadi, jika terdapat ketidak persetujuan, hal ini akan diperbincangkan oleh penulis dan editor! Kebiasaannya, hal ini telah diperbincangkan sebelum ini, dan tidak banyak perkara yang menjadi 'perdebatan'.. he he he Yang disemak adalah jika masih ada perkataan ejaan yang salah dieja (maklumlah, dalam berpuluh ribu perkataan, kadangnya ada yang terlepas pandang'. Walaupun dibaca berkali-kali, pasti ada juga perkataan yang tercicir! Nyatalah, kitakan hanya manusia!

Editor saya mengharapkan manuskrip di sahkan sebelum selasa atau selewatnya selasa, 17 mei, tetapi saya lebih suka menyiapkannya lebih awal supaya perasaan kacau saya menjadi lega! he he.. lagipun, mereka perlu menyemak buat kali terakhir sebelum difilemkan. (setiap halaman novel akan difilemkan seperti foto cetakan cara lama menggunakan filem, dipanggil entah, agaknya 'filem'. Kemudian muka kulit depan akan disiapkan, dan walla, semuanya sudah bersedia. Bermakna, sebelum Julai buku saya akan siap dicetak! Wah! Seronoknya!

Saya kadangkala tergelak sendiri, selalu orang akan berkata, "saya tak baca buku cinta!" "ala, asyik cerita cinta sahaja" pada saya ujud salah anggapan kepada novel bertema cinta! Saya tidak boleh bercakap untuk pihak orang lain, pada saya, buku-buku saya bukan 'buku cinta'! Kebanyakan penulis juga tidak menulis BUKU CINTA sebaliknya NOVEL KEHIDUPAN. Dalam novel ini tentulah menyelitkan cerita cinta, cintakan sebahagian daripada kehidupan manusia! Manusia perlukan cinta seperti mana pokok memerlukan air, tanah dan matahari! Kepada saya, buku cinta yang sebenar-benarnya mestilah mengandungi manual cinta seperti yang ditulis oleh ramai penulis.(Panduan cinta etc) tetapi jika novel bercerita perihal kehidupan, kerjaya, tempat, ilmu yang lain, itu bukanlah NOVEL CINTA teapi CERITA! Dalam novel saya, hanya 20% sahaja cerita perasaan, selebihnya adalah kerjaya, tempat dan sebagainya! Belum pernah saya mengira berapa banyak mukasurat saya menyentuh atau menulis tentang CINTA! Barangkali, di lain masa, saya patut mengira berapa jumlah mukasurat perihak cinta, entah-entah hanya 50 muka surat atau kurang daripada 500 muka surat, bermakna hanya 10% perihal 'cinta' atau perasaan yang dibincangkan!

Nasihat saya, janganlah 'pukul rata' akan buku2 yang belum kita baca dengan semua penulis. Cubalah membacanya dahulu dan barulah menilainya!Manalah tahu, sekali cuba, anda akan terus jatuh cinta!

Thursday, May 12, 2011

Aduhai

Sepanjang min ggu ini agak 'menggila'... filing sepanjang hari. Bukannya tak mahu updated semua file sentiasa, tapi tak pernah ada waktu untuk semua 'kerja giler'itu!Hari-hari, mengajar, tanda buku, mengajar, tanda buku! Bila saja ada masa free, kena buat itu dan ini, laporan itu dan ini! Adus! Dan minggu ini terpaksa juga membuat filing.. bagaikan berbuntal biji mata, yang sakit hati tu, tahun lepas, lain caranya, tahun ini lain pulak! kalau asyik bertukar sistem, boleh 'giler' jadinya!

Minggu ini, hari jumaat pagi, seawal 5.30 pagi, mama, adik perempuan saya dan anak buah akan tiba, untuk mendaftar anak buah saya ke kolej. Malangnya, hari jumaat saya terpaksa bekerja, jadi, terpaksalah tak boleh mahu 'melayan mereka di rumah'. Yang sukarnya menjadi guru ni, walaupun banyak cuti sekolah lainnya, kita tak ada cuti lain jika terasa mahu bercuti.. lainlah kalau cuti kecemasan. Petang, saya terpaksa balik awal sebab ada tetamu di rumah kan... kalau tak habis kerja pun, nasiblah!!!! Dah over dose 'streessss'

Hari sabtu ada 'ladap' pulak, sampai jam 4 petang pulak tu, padahal kena daftar anak buah saya sebelum 11 pagi... miss semua perkara! Malam, mama dan adik saya akan balik Langkawi pulak! Aduhai! kesian sungguh, tak sempat melayani tetamu. Apa nak buat, tak pergi, nanti banyak perkara yang menjadi susah pulak!

Dalam pada tu, editor saya memberitahu agar saya 'proof reading' manuskrip saya. Maknanya baca semula manuskrip yang telah diedit dan 'proffkan'... sahkan manuskrip yang telah diedit, ayat ke, perkataan dia. Kalau tidak bersetuju, maka tukarlah balik. Jika tiada masalah dengan ayat atau perkataan editor, maka, okay! Selalunya, saya tidaklah banyak songeh sangat.. he he.. sebab editing kita dulu pun, sudah lihat banyak kali. Proses editing pun dilakukan banyak kali oleh editor, jadi, boleh dikatakan, "okay". Kalau ada hampir 500 pages, dalam 2-3 hari, mahu juga berbuntal biji mata ni!!! aduhai!! wrong timing.. he he, sebab masih sibuk macam2! aduiii!

Kertas exam saya belum tempuh lagi.. tidaklah menjadi hal sangat sebab kertas exam boleh tunggu.Yang tak boleh tunggu ni hanyalah budak2 saya, yang hari2 bertanya perihal kertas dia! aduiii!

Semoga Allah beri kesihatan yang baik dalam melaksanakan tugas! Rasa2nya, bahu pun sudah tegang! Tanda stress yang melampau!

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari ibu!Selamat hari Cinta!

Selamat Hari ibu! Entah, saya kurang faham mengapa diujudkan hari ibu oleh Barat, menurut firasat saya, diadakan kerana mereka tidak menghormati ibu mereka sangat, jadi setahun sekali saya mereka agaknya mengingati ibu mereka.. he he he (maaf, jahatnya fikiran) Pada saya, hari ibu sepatutnya diraikan bila-bila masa sahaja, jika ada kesempatan.

Minggu ini agak memenatkan. Selain hari persekolahan yang panjang, minggu depan hari peperiksaan bermula, jadi kena siapkan fizikal dan mental untuk menanda kertas.. juga perlu bersedia untuk menyiapkan fail-fail panitia sebab sekolah akan 'diserbu'... aduhai!!! Hari sabtu depan juga perlu adakan Ladap.. adui! Kerja 6 hari seminggu, setiap sabtu, (bagi 2 minggu berturut-turut)dan hanya berehat pada hari ahad, bukanlah satu 'break' yang mencukupi.. Penat belum pun habis, sudah perlu ke sekolah semula! Aduhai!!! pening oooooo!

Manuskrip saya sudah dua tiga hari tidak bergerak... idea melekat di kepala, tapi dek keletihan, tidak bergerak. Insya_Allah, akan cuba digerakkan juga, sebab pada minggu-minggu peperiksaan (dua minggu) pada minggu hadapan, memang terpaksa berhenti terus. Menjaga peperiksaan di kelas, memang agak boring. Guru tidak boleh membaca, menulis, memeriksa kertas, apatah lagi kerana dikuatiri ketika itu 'termiss' pelajar yang mencuba meniru! Jadi yang boleh dlakukan hanya 'berangan je' (actually bolehlah berzikir perlahan-lahan, senyum sorang-sorang, mengenang citer-citer lama.. he he)

Menyebut tentang cerita lama, petang tadi ketika mengenakan baju t-shirt lama saya, bertulis 'Danau Toba' dengan lukisan abstrak di kelilingnya, membuatkan saya terkenang peristiwa manis bersama kawan baik saya Masita. Back to 1994, tahun pertama saya bekerja, kira-kira 3-4 bulan pertama bekerja. Saya dan teman sana ke Tanau Toba, Indonesia pada bulan Nov. Dan bukannya Danau Toba yang membuatkan saya terkenang, cenderhati itu yang membuat saya terkenang. Di sana saya mendapatkan baju t-hirt ini dua helai, satu simpanan saya, dan satu lagi kepada 'dia'.. Hah! Saya tiba-tiba teringatkan dia, hanya tertanya, apa khabar dia di sana agaknya! Sihatlah kot! Ha ha ha.. dan terkenang bukan bermaksud mempunyai perasaan lagi, sekadar teringat akan 'memoir' dengan dia 'di dalamnya'... nothing more! Kata orang-orang la ni (kata orang Kedah) Tak de maknanya pun.. he he he... Lama juga baju itu rupanya, selama tempoh saya dan dia dahulu, selepas kali terakhir bertemu dia , back to 1997 kot! (entah ingat-ingat lupa dah, tak penting lagi sekarang ni.. ha ha ha) Itulah bezanya lika dan love. Lika sekadar tertanya, love kita sanggup buat apa sahaja!

Saya tergelak apabila seorang junior bertanya, bagaimana saya boleh menulis cerita romantik, macam orang bercinta selalu? Agaknya saya tak nampak macam romantik kot? Saya betanya dia sambil tergelak besar. Sebenarnya, saya sentiasa dalam alam percintaan kot! Always in love! Saya masih merasa getaran yang sama menunggu panggilan dijawab di hujung gagang, apabila saya menelefon dia! Atau bertemu dia.... Cuba tidaklah seronok sangat kalau berdating (macam dulu-dulu..ha ha ha..) Minat kami ternyata berbeza, dia kedai kereta, saya mahu ke kedai buku memanjang, saya tak minat ke kedai akurium, dia boleh berjam-jam di sana... Saya tak suka window shopping, tak akan lihat jika tidak mahu beli dan 'mambang' saya sebaliknya! ha ha ha.. tetapi itu tak membataskan soal 'perasaan' kan...

I feel love, when I like you.. I like you, when there're love... what ever! Cinta dan kasih sayang adalah anugerah Allah yang terbaik untuk manusia. Jadi, jika kita ada pilihan untuk 'terus jatuh cinta', mengapa tidak!

Tuesday, May 3, 2011

Hari istimewa


3 Mei 2011, seperti biasa, hari ini ulangtahun kelahiran suami saya! Hadiah istimewa, ala, orang-orang tua manalah nak sambut harijadi lagi! ha ha ha.. Hanya doa saya, panjanglah umurnya, berkatlah hubungan cinta kami selamanya, harapnya seta sehingga ke hujung nyawa! Harapkan kami akan kekal bersama sehingga ke usia tua bersama-sama... sama-sama mengomen sakit lutut, mata yang semakin rabun, dan sama-sama mengomen katil yang berbau minyak angin! (orang-orang tua, yang sakit urat, biasanya akan melumur minyak angin.. he he he)

Hadiah! Kalau diikutkan hadiah yang dia mahukan, mestilah BMW 7 siries! Giler! Mana nak cari duit untuk beli yang itu! ha ha ha.. akhirnya saya belikan dia 'bean bag'..di Subang Parade. Kebetulan hari ini, jam 4 petang, baru saya sampai di rumah sebab ada meeting... (alahai, jam 1.40-3.45 ptg, hati bergelegak mahu pulang) Maklumlah bday suami.. he he.. kami keluar ke Subang Parade, makan di Restoran Padang. (sedap, tapi bolehlah tahan jugak mahalnya, habis, dah makan macam2, apa lagi.. he he.. ikan, daging, telur masak lemak,sayur, gulai entah apa namanya, jus avokado dan keropok kerbau ( yg betul2 bau macam kerbau.. he he, sedap tapi hamis baunya)

Lepas tu jalan2 sikit, balik ke rumah. Malam dia kena ke studio, dan saya akan cuba habiskan seberapa banyak helaian manuskrip bab ke 4 saya. Maklumlah, minggu hadapan minggu peperiksaan, saya sudah perlu memeriksa kertas, 2 minggu tentunya tak ada masa untuk manuskrip saya. So sementara ada masa, pulunlah dulu!

Kadangkala ada masanya sebelum peperiksaan, sepatutnya minggu mengulangkaji, saya sendiri, strees dengan sikap kebanyakan murid saya terutamanya yang lemah! Yang bijaksana dan rajin, tiada masalah, apabila mengulangkaji, mereka akan sama-sama akrif, pembelajaran dan pengajaran(P & P) berlaku dua hala, mereka mengambil bahagian dalam mengulangkaji.. sebaliknya yang lemah tu, penat je bagi motivasi, berleter sikit, nasihat sikit, tinggal lagi tak boleh "phanggg sebiji", je.. mereka tidak mahu mendengar, seronoknya mahu bercakap sahaja, yg guru menerangkan di hadapan ni, dibuat "dekkkk je".. adui! Sepatutnya, murid yang lemah lah yang perlu beri lebih perhatian dalam masa-masa mengulangkaji! Bosan giler!

Dan saya mulalah keluar ayat berapi saya, "Awak tahu, potensi setiap orang untuk dapatkan A+ dan Gagal sentiasa terbuka. Awak boleh berada dalam kump A+ kepada Gagal, dengan mengira sejauh mana awak mengulangkaji sendiri. Jika awak rasa awak sudah cukup bagus, untuk mendapatkan A+, tidaklah payah awak mengulangkaji bersama guru lagi. Hidup kita ada pilihan, terpulang kepada awak untuk membuat pilihan. Pilih A+ atau Gagal. That will be your choice" Dalam hati berkata sendiri, aduii! pelik sangat. Kenapa nak belajar pun kena paksa-paksa juga, padahal zaman saya belajar dulu, cikgu tak pernah beri motivasi pun, cikgu tak beri galakan, tidak pernah bercerita pasal indahnya kolej, universiti, tetapi saya masih boleh memberi dan mencari motivasi sendiri etc! Sadis!

Menjadi pendidik zaman milenium ini kadangkalanya banyak sadis daripada seronok! Seronoknya dan manisnya hanya seinci, sadisnya berkm! Tiada siapa untuk berkongsi! sadis!