Semangat Yun begitu kuat! Dia tidak menyalahkan takdir!Tidak juga menjadikan kelemahan dirinya sebagai sesuatu yang melemahkan kekuatan dia untuk hidup! Meneruskan kehidupan dengan berani dan kuat! Dia tidak berkeluh kesah. Dia tabah sekali mengharungi hidupnya. Saya kagum!
Dalam gelap, saya tersepak papan lantai bilik saya menjadikan ibu jari saya terluka! Dalam kegelapan di bilik air, saya tersepak mangkuk tandas menjadikan saya separuh menjerit, "aduiii!" Dalam kegelapan, saya melihat wajah saya yang dirapatkan dengan cermin. Dalam gelap, saya merasakan dunia saya separuh 'terbang'. Pada Yun, kegelapan itulah dunianya seumur hidup! Dia hidup tanpa cahaya sepanjang kehidupannya. Dia adalah insan yang mengalami cacat penglihatan, salah satu antara insan yang tidak dikurniakan kesempurnaan penglihatan!
Saya bertemu Yun setelah mengiuti kakak senior saya untuk mengurut badan ke sebuah pusat refleksologi di Bandar Lama Ampang. Disebabkan hanya Yun seorang sahaja, yang mampu mengurut badan, kami terpaksa bergilir menunggu giliran. Yang lain, kawan-kawannya seramai 5-6 orang mampu melakukan urtan relfeksologi di tapak kaki. Saya percaya urutan refleksologi juga melegakan tetapi saya ykin, urutan badan lebih melegakan ketegangan otot yang kita alami! maklumlah, seluruh badan sudah tegang akibat stresss yang melampau!
Saya berbual panjang bersamanya sambil urutan dibuat. Katanya dia tidak dapat melihat sejak lahir lagi! Insaf! mneginsafkan! Bagaimana kita yang bisa melihat tidak setiap hari bersyukur dengan pandangan mata yang ALLAH berikan setiap detik. Dia seorang yang amat bersyukur! Saya berbual tentang keluarganya. Yang lain-lain butirannya, saya rasa tak eloklah saya ceritakan di sini. Mungkin pada hemat saya, dia tak suka untuk dikongsikan di sini kot! Kebetulan adiknya (perempuan) berkahwin dengan seorang yang berasal dan bekerja di Langkawi, orang di PULAU saya. (macam bunyinya saya yang punya pulau tu) Huh! Hebat! Dia sangat bersyukor orangnya. Kata-katanya yang saya ingat, dan tak mungkin saya lupakan: "Saya hanya tak nampak saja kak, ALLAH masih beri saya hikmat yang lain. Saya bersyukor." Saya sendiri, Speechless. Kalau dia boleh bersyukor tentang nikmat yang dia dapat; mengapa tidak dengan kita? Allahhuakkbar! Suhhanallah!
Setiap kali saya pejamkan mata; saya teringatkan YUN. Saya pasti dia lagi. Saya sukakan dia! Saya sukakan semangatnya! Saya suka akan semangat bersyukurnya! Saya suka dengan semanagt berterima kasihnya! Saya kagum! Andai YUN boleh bersemangat meneruskan hidup, mengapa tidak dengan KITA! Yang sempurna (dengan ertikata mempunyai semua deria, bukan sempurna, lengkap 100% sempurna sebagai manusia)
No comments:
Post a Comment