Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Tuesday, March 30, 2010

Pesta Buku PWTC, Kl hari terakhir..











28 Mac 200, hari pertemuan terakhir dengan penulis KarnaDya. Bukan mudah sebenarnya untuk menghimpunkan semua penulis dalam satu bumbung dalam satu-satu masa. Maklumlah, ada penulis yang tinggal jauh dari KL. Hari ini saya berpeluang bertemu pula Hazel Lin atau nama penanya Azleya Shazzalin (Dari batu Pahat, Johor), Zahida Zarkasi (yang masih junior daripada saya tetapi sudah senior dalam penulisannya, dari Perak)Resmansyah (penulis buku kanak-kanak yang popular) Adik Fatin Harnani, penulis sifu saya Kak Aina Emir dan Kak Mimie Afinie (yang dua-duanya super popular), Dr Abdullah Jus (nama penanya , juga penulis buku kanak-kanak yang popular).. Harap-harap aura popular akan tempias kepada saya (sebenarnya, saya tidak memerlukan popular - yang penting lebih ramai pembaca akan membaca buku saya, mudah-mudahan..amin)Difahamkan akan ambil masa bertahun utnutk mendapat ruang di hati pembaca. Saya harap, saya akan cepat diterima oleh peminat novel.

Membandingkan penulis tempatan dengan luar negara. tentulah jauh panggang dari api.. penulis bahasa inggeris mempunyai pasaran yang lebih luas dibandingkan BM. Apatah lagi, orang kita agak malas mahu membaca. Kalau ditanya murid saya pun, entah berapa kerat sangat membaca dalam B. Malaysia(entah B.Melayu atau B.Malaysia, sekejap B.Melayu, sekejap kata B.Malaysia), itulah sebebnya Bahasa mereka tidak mantap. Kalau menulis karangan, penggunaan bahasanya tidak kaya. Bahasanya longgar (standard budak sekolah rendah sahaja)

Berkongsi ilmu dan motivasi menjadi satu suntikan modal yang paling berharga. Ada perbezaan antara kawan penulis dengan yang lain. Bersama kawan penulis, kita dapat merasakan 'suntikan motivasi' yang tinggi. "system buddy support' penting dalam menjadikan kita 'tidak cepat mati akal' atau 'mati kutu'...

Apa pun, doa saya, akan terus bertemu sahabat2 yang baik-baik belaka. Hal ini penting dalam memastikan kehidupan kita berada dalam arus positif. Dan rasa seronok, bertemu kawan blog saya, Ariyatna Adri.. malangnya tidak dapat berbual lama sebab situasi yang tidak kondusif untuk berbual.

Dapat berpeluang beberapa jam bersama Zahidar Zarkasi yang kelihatan pendiam, dan agak pemalu. Saya! Saya ini sebenarnya berada dan boleh muncul dalam beberapa rupa. Kalau bertemu orang yang extra peramah, saya akan menjadi diam (sebab dia sudah bercakap banyak, baik saya menjadi pendengar). Yang sama ramahnya, saya pun menjadi sama naik (bergilir bercerita)Yang pendiam, saya akan 'korek' sehingga dia bercakap... orang yang pendiam pun akan banyak bercerita dengan saya, kena pandailah 'gali cerita'.... Orang pendiam ni sebenarnya banyak boleh berkongsi cerita, kenalah pandai cari suisnya... Dan dengan Zahidah, sama seperti yang lain.. best!

I'll miss Pesta Buku, pengalaman pertama bersama penulis lain. Memang Rock!

5 comments:

Ariyatna Adri said...

Salam, Sis Nora.. :-)

Best dapat bertemu dengan penulis novel ni. Memang betul kata sis, ada aura yang memotivasikan. Seronok dapat jumpa kak secara in person, lalu kat KarnaDya hari tu dengan harapan adalah sis duduk2 di situ..dan akhirnya jumpa kita.

Jumpa lagi, paling tidak mungkin pesta buku akan dtg. bye

Nora Isma Fuad said...

Insya-Allah sis. tak payah tunggu Pesta buku, lambat sangat he he.. nnati bila dapat taiming date yang baguss...

Pishaposh said...

Salam.

La, Kak Nora ada kat situ ke pada hari tu? Saya melilau2 gak kat gerai tu, tapi nampak Aina Emir saja. Tengok dr jauh, sbb dia tgh melayan peminat yg ramai.

BTW, Zahidah Zarkasi tu orang Pengkalan Hulu ke? Saya rasa saya pernah berkawan dengan seseorang yg nama begitu melalui ruangan penpal dalam majalah Galaxie .. duluuuu ...

Anyway, apa projek baru?

Nora Isma Fuad said...

waalaikumsalah pisha,

ada. ahad tu, actually saja just jumpa other writer.kalau tidak.
tidak berpeluang bertemu mereka & tidak kenal writer lain.

kak aina memang la, dah famous.. he he... he he..

buku kedua on the way.buku ke 3 patutnya dah mula he he.. slow sikit.. bz sikit lately.

Nora Isma Fuad said...

pisha,
zahidah tu.. yup.. dia sekarang ni kat perak.. add dia kat FB la.