Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Monday, April 6, 2009

Cinta untuk RM 2 juta



Seminggu lepas, situasi kerja agak memenatkan.Hari Sabtu, semasa kakitangan awam lain bercuti, kami pula kena bekerja.Ada mesyuarat dan 'key in' sistem sampai 4.30 petang.mata pun agam meranum, apa tak nya, beberapa jam mengadap lap top.mahu nak terjojol juga mata yang sudah pun berkaca mata empat.

Ahad sibuk melayan kerja rumah, basuh baju, etc.Tak sempat pun mahu keluar rumah.Terasa bagai miss untuk menonton wayang. Kesihan juga tokey panggung apabila saya tidak menonton, rugi dia.. he he he.kalau menonton, bagi dia peluang bertambah kaya, saya pula, berkurang lagi RM 9 atau Rm 10 daripada beg.. tapi okay la, sama seperti yang dikatakan oleh orang tua dulu-dulu.. (ayat allahyarhamah nenek saya la: tak akan miskin dek Rm 10 tu, dan tak juga kaya dek RM 10 tu)

Sabtu ni, pagi-pagi lagi saya pun keluar, selepas mengena secawan kopi. Bercadang mahu menonton wayang.Selepas makan pagi di IKEA, dua minggu juga tidak ke sana. Biasanya setiap minggu saya akan ke IKEA, sekadar mencari ilham dan melihat perangai orang (ha ha )Kalau anda bertuah, akan bertemu selebriti seperti Wan Zaleha Radhi, Mrs Que Haidar (Si cantik manis Linda Jasmin) Keduanya sangat genit, cantik. Saya sebenarnya tidak menyangka sama sekali keduanya hanya bersaiz 's', sangat cantik, berukuran sederhana, kalau dari 'wajah tv' macam tinggi lampai orangnya.

Ke panggung wayang, memilih filem 'taken' sebab yang lainnnya sudah pun tonton... menunggu-nunggu filem ' It's just not that into you' , night at the museum 2 'ghost of girlfriends past' dan 'married proposal' tapi belum pun mula... hmm. Masuk je 5 minit, barulah terperasan, sudah tengok la filem tu, husband sudah belikan CD 3 minggu lepas. La... hari ini dalam sejarah betul.. mana pernah pulak tonton filem 2 kali dan terlupa pulak yang sudah tonton... padan la rasa macam familiar je tajuknya... adus... tapi takkan lanak lari setelah kekurangan rm dalam kocek, tengok je lah sampai habis dengan tidak ada perasaan suspen pun... he he he..
Dan bernasib baik sebab memang best pun...

Apabila keluar panggung, perut pun 'berdendang sayang la' sebab sudah pukul 1.20 petang.Mahu bersembahyang pun belum masuk waktu pun... plan nak makan 'steam boat' kat Ikano. Di hadapan 'Pulau ketam steamboat village' disapa mesra seseorang.

"Noor..."

Terasa bagai kenal benar suara itu.Apabila muka didongak, terpandang akan wajah itu yang sudah lama benar tidak dipandang.Ya Allah. Mamat ni? Terasa bagai mahu jatuh di situ juga tetapi takkan lah pulak. Mencari kekuatan diri, berdiri tengak di situ. bibir bagai terkunci mati.Minda pula ligat mencari alasan demi alasan, kenapa pula keluar bersendirian.

"Hai. Saja sendiri.Suami bekerja.Anak-anak kat rumah"

Dia hanya mengangguk.Agaknya dalam hati kecilnya tentunya berkata, tak pulak ditanya.Lantaklah dia. Apa yang di fikirannya tidak lagi penting. Tapi entahlah, apalah malangnya, saya bertemu lagi dia setelah lammmmmmmmmmmmmaaaaaaaaa tidak bersua. Dalam fikiran saya, sudah lama terpadam nama mamat ni.

Segera dia mempelawa saya ke dalam 'restaurant steamboat'... kaki terasa berat juga melangkah masuk, serba salah dan berkeadaan tidak kena.Pertama sebab dia tu hanyalah bekas boyfreind.Kedua: suami tidak memberi izin pun bertemu dia.Ketiga: hmm entah lah, tak ada pulak plan bertemu dia.

Menolak pelawaan dia seumpama bersikap sombong pulak. lama menyulam cinta dahulu, masa tu kalau lah tidak dapat melihat kelibatnya pun macam 'ayam berak kapur'... jadi sesuatu perbuatan yang tidak sopan menolak 'makan free' bersamanya.Anggaplah bertemu kawan lama.Tentang keizinan suami, balik rumah nanti pasti saya akan beritahu dia yang saya terserempak kawan lama.Saya pasti dia yang 'open minded' tidak akan marah kan saya bertemu dan berbual dengan sekadar kawan lama.

Kami memilih tempat di bahagian belakang. Duduk di cermin belakang sekali.Dinding yang dihiasi pukat lama dengan gambaran laut dan khazanah alamnya, sudah kelihatan seperti hitam dan kelam. aneh! biasanya pemandanga seperti itu sentiasa menghiburkan saya.

"kenapa keluar seorang saja?", soalnya bersahaja. sudah mengangak soalan cemu emas ini.

" kan dah cakap tadi.Suami kerja, anak-anak kat rumah.Ada waktu perlu juga bersendirian kan?" Selamba menjawab.

" You sihat?" Soalan biasa, saya rasa dia sekadar mahu menutup pernyataan saya tadi.

" Kalau jumpa di klinik, barangkali saya tak sihat." Jawab saya sinis.

" You masih macam dulu juga, sinis tapi less romantik", katanya sambil ketawa kecil. Cekadak betul mamat ni.Berkata-kata perlahan dalam hati.Buat apa nak berromantikus dengan dia ni.Tawanya terhenti apabila dilihatnya muka saya serius sahaja.

"Kalau you sekadar mahu ketawa je, I balik je", mengugut.

" Sorry, sorry," katanya perlahan.

Daripada tempat kerja dia mula bercerita tentang dia, soal personal.Katanya masih 'single' sejak hari terkhir saya tinggalkan dia.Hah! itu ayat kasanova je, penipu, mahukan sempati sahaja. Saya hanya mendengar, membiarkan sahaja dia bercerita. Biarlah dia berkata-kata beberapa KM yang dia mahu, saya tidak rugi apa-apa pun, sekadar masa sahaja.

Apabila dia menyoal saya dimana tempat saya tinggal, bekerja dan keluarga, saya menolak dengan baik. Entahlah, berat sangat rasa hati untuk dihubungi lagi. Alamat, nombor telefon, emel, rasanya segalanya tidak mungkin.Sejak hari terakhir saya bertemu dia, lebih sedekad tahun dahulu... saya sudah pun nokhtah kan segalanya.

" kenapa susah sangatkah untuk menyambung silaturrahim Noor?"

" saya sudah bersuami, berkeluarga.Buat apa lagi kita mahu menyambung perkara-perkara yang sudah lama berlalu"

" You bahagia Noor?", pelik semacam aje ayat nya itu.

" Kenapa pulak? ada nampak macam saya menderita ke?"

" You masih cantik macam dulu"

"Ia lah tu..." jawab saya. mana pulak macam tu, dahulu hanya 48 kg, saiz s, sekarang sudah L size... he he.. bohong sangat lah kalau masih macam dulu.Poyo nya mamat ni!kalau ia pun mahu membeli jiwa raga, padan-padan lah.

" Cuma you dah comel sikit ", dia menyambung, ketawa lagi.Dahulu ketawanya kedengaran mesra, sekarang, menjengkelkan sama sekali. Sekali lagi dia terhenti ketawa dengan senyuman mahal saya.

"maaf noor.Sebenarnya I menyesal sangat melepaskan you pergi.I cuba telefon you setahun selepas tu di KL, tapi perkhidmatan ditamatkan. Phone you pulak, sudah bertukar nombor.emel pun tidak berbalas"

Entah saya tidak tahu sama ada dia bercakap benar, tapi nombor telefon, telefon bimbit, emel, memang bertukar sejak kami berpisah.Saya hanya mendiamkan diri. Takkanlah selepas beberapa lama, angaunya masih bersarang di dada.

" okay la, malas I nak layan angau you dan cerita basi you", jawapan daripada hati saya.

"Tolong lah noor,Dengar lah dulu isi hati I.Selepas tu kalau you nak buat apa-apa keputusan pun I terima"

"keputusan you kata, I dah lama membuat keputusan... semasa hari terakhir I jumpa you", dia terdiam. terbungkam dengan jawapan saya barangkali.

"I menyesal noor, sungguh-sungguh menyesal. kalau I mahukan you sekarang, bagai mana.Berilah I peluang bahagia juga. Suami you tentu sudah lama bahagia. Berilah I peluang kedua.I miss semuanya, nasi tomato you, kari you, chocolate cake you...semuanya noor"

Hai mamat ni, sudah hilang akal agaknya.jantung berdegup bagai dipalu, kencang. terasa bagai mahu ditampar sahaja mamat di depan ni.Rasanya tidak salah lagi kalau saya tidak melayan 'gilanya' ini.

Segera datangnya akal baru.Saya bimbang akal 'gilanya' semakin menjadi.Sekiranya saya bangun dan keluar dari restauran, dibuatnya dia jerit nama saya macam mana. Malu bangat nanti!Satu Ikano akan kecoh.Atau kalau dibuatnya mengejar saya, tarik-tarik tangan, atau baju atau menarik tudung macam mana pulak. adus! Tak mahu nanti keluar muka depan surat khabar Metro pulak.malu dengan suami, keluarga dan memalukan ibubapa saya pulak.

" macam ni la. I setuju dengan syarat you.Cuma satu sahaja I nak. You bagi I RM 2 juta. sejuta untuk I.sejuta untuk suami. Dengan sejuta tu, rasanya sedih suami meninggalkan I takkan lama.maklumlah sudah ada sejuta dalam akaun.Banyak yang dia boleh buat dengan duit tu.Besarkan perniagaan, kahwin lain"

Dia terkebil-kebil. He he. rancangan menjadi.mana pulak mahu dicari RM 2 juta. Bukannya 2 juta rupiah atau rupee.

" I bagi masa 2 hari je.lepas tu tawaran ditutup. Macam mana?"

Dia masih terkebil-kebil.Mukanya pun macam orang yang mahu menangis. Alamak! Syahdu nya mamat ni.Segera aku beredar, tiba-tiba, terasa tangan dipegang. Alamak! macam mana ni.Dibuatnya apa yang aku fikirkan seperti tadi terjadi, macam mana? Apa perlu aku buat.Aku menoleh ke belakang. Terlihat wajah suami.

Suasana suram, hanya lampu suram tidur yang menyala.Dia pun nampaknya tidur dengan nyenyak.Tangannya tanpa sengaja terkena tanganku. Hah! Mimpi rupanya.panjang pulak dialognya.Aneh! Yang ruinya steamboat yang dimakan, hanya dalam mimpi. Dalam hati tergelak sendiri... Rm 2 juta. Adalagi ke yang akan beri RM 2 juta untuk sekeping cinta? His, kot iya pun abang, biarlah dia bank in dulu duit, barulah terjaga... he he he.. sekurangnya pernah juga la tengok duit sebanyak itu..

Friday, April 3, 2009

wajah seorang guru.





Selalu kita mendengar, gambar sering kali menceritakan pelbagai kisah. Pun begitu pernah terjemahkan daripada pepatah Inggeris, ' never judge the book by it's cover'... kadang kala atau seringkali telahan kita tidak akan mengena.Orang yang berwajah ayu, nampak sopan perilakunya boleh menjadi 'iblis' yang paling kejam dan dahsyat sekali. Atau barangkali, berwajah ala-ala 'crook' atau 'kojak' (barangkali orang yang season dah sahaja yang tahu istilah ini.. he he... kalau anda tidak tahu, maknanya ada selamatlah, belum season lagi la) Kojak merupakan tajuk filem penyiasatan dahulu kala, heronya botak tapi kira ok lah...

Sudah beberapa orang murid bertanya saya, kenapa cikgu letakkan gambar husband cikgu kat blog.. saya dengan pasti menjawab, 'kenapa pulak?... takkanlah cikgu nak letak gambar husband orang lain? adus! kena belantan nanti dek isteri orang tu'

Sebelum orang lain bertanya, husband saya merupakan orang pertama yang bertanya, kenapa saya meletakkan gambar dia kat blog.Kata saya, ' senang saja, sebab kalau dia ada makwe lain, senang orang report kat saya'.. alasan saya sama lah, 'takkan lah saya nak letakkan gambar orang lain, lelaki lain'

saya sambung lagi, ' habis, abang nak ayang letak gambar orang lain?' Banyak gambar pakwe lama yang boleh diletakkan.. he he.. terkedu juga dia...

Novel saya di peringkat kedua... diorang tengah survey marketing dengan memberi sekumpulan pembaca membaca draff, I hope the do like it.. lama juga prosesnya, malangnya perlu RM empat angka untuk mencetak buku sendiri... kalau tidak sudah lama saya cetak dan terbitkan sendiri. Dengan berlatar belakangkan gambar London, Adelaide, Kenyir dan langkawi, saya menbayangkan novel saya sendiri.. adus!!! malangnya kalau mereka, (syarikat penerbitan) setuju menerbitkan, 'cover' nya tidaklah akan sama seperti yang saya bayangkan... kita akan terpaksa setuju dengan reka bentuk cover yang mereka pilih dan mahu... malah tajuk pun kenalah berdasarkan pilihan mereka... apa boleh buat... mungkin, 3-4 tahun selepas ini, saya berpeluang menerbitkan buku-buku saya sendiri... sejak kebelakangan ini pekerjaan saya ini sudah 'boring bangat' (kata filem Intan lah)


Saya suka mengajar, bersama murid satu keseronokkan... kejayaan mereka menjadi satu 'madu' kemanisan yang tidak akan terlukis dengan kata-kata. Sudah ribuan murid saya yang berjaya, di sebalik semua ini, saya harapkan hanya ganjaran Allah di akhirat.

Tugasan kami sudah semakin mencabar, disuruh sediakan minit mesyuarat (kata hati saya bila pulak saya bekerja sebagai setiausaha) merekodkan kad senarai barangan (bila pulak saya menjadi kerani stok)perlu menjadi mentor-menti, monitor anak orang yang bermasaalah (hmmm saya tidak gemar sangat, apa tugas ibu dan bapa mereka kalau anak-anak sendiri tidak dijaga pun)dan 1001 yang langsung tidak berkaitan dengan kemajuan dan peningkatan prestasi murid.

saya tidak petah kalau diminta menyediakan kertas kerja untuk program murid, buat bengkel, ceramah etc.... itu kan kerja guru, mendidik.. entah lah...

Kalau buku novel boleh laris sampai 50 ribu memang saya akan berhenti jadi cikgu... he he he.. berangan lah tu. Kalau semua murid saya beli buku (termasuk anak-anak mereka, ibubapa dan cucu cicit mereka la) memang akan sampai jumlah tu... he he..

Atau memang sudah ditakdirkan saya akan menjadi cikgu (kuli sekolah he he ) sampai pencen dan tua...

Wednesday, April 1, 2009

April Fool



'Hai, tak de ke murid yang mahu lakukan kejutan dengan menghantar 'april fool', bmw sebijik???



Walaupun hari ini 1st april, suami tercinta saya, bukan sahaja tidak melakukan cerita atau lawak 'april fool' malah telah benar-benar meringankan bahu saya dengan melakukan dobi baju kami secara percuma.Apabila sampai sahaja ke rumah melihat baju sudah tergantung di belakang... Aduh! leganya. Semoga Allah sahaja membalas jasanya.Tangan dan kaki pun sudah terasa bagai tak boleh angkat lagi... sudah 'fool kan diri'.. walau pun diminta masak ringkas, kira oklah.. padahal sudah diprogramkan di dalam hati, agar 'dinner' kat luar sahaja lah... tapi dek kerana kebaikan hatinya, bolehlah setakat masak 'fooooool' saja.. ha ha..

Ada beberapa orang murid saya konon-kononnya mahu lakukan jokes 'april fool' tapi gagal mengena sebab jawapan saya macam tak kisah pun. Seorang tu, tiba-tiba bertanya kenapa mata saya merah. Saya kata, 'cikgu keturunan drakula.' Lagipun, memang mata saya yang sebelah kiri ada 'satu dot' merah,sebab kena tumbuk dek kawan lelaki semasa saya berusia 11 tahun, darjah lima dulu.

Ceritanya semasa itu saya menjadi pengawas, saya mengarahkan kawan saya duduk diam-diam sebab membuat bising.Dia geram dengan saya, dan 'swing' sebiji penumbuk.Terus saya menangis giler, ya lah dah lebam mata.Terus mak saya bawa ke hospital, nasib baik mata hitam saya tidak cedera.Kalau tidak, ya Allah, jadilah saya cikgu lanun, ada mata sebelah sahaja.Allah maha kaya, menjauhkan saya daripada bala!

Apabila di kelas, ada murid yang sengaja mahu kenakan saya, kononnya ada murid yang calarkan kereta saya.Saya kata, 'tak pa, nanti cikgu sumpah budak tu jadi katak saja" yang lain ketawa saja. Saya sambung lagi, ' memang dia tak akan bertukar jadi katak, tapi 'brain' dia akan berfungsi macam katak.. he he.. dan saya sambung dengan ketawa. Dia pun berkata, "april fool cikgu" ... saya sengih je la, sebab ceritanya tidak menakutkan saya pun. semuanya bukanlah sebab saya ingat pun hari ini 1st April, tapi... setelah berjuta-juta peristiwa yang mengejutkan hidup kita, barangkali kita sudah sedikit 'imun' dengan perkara-perkara yang kecil.

Kalau semasa baru berkidmat, kalau ada murid yang berkata, 'cikgu, tudung cikgu senget', kecoh juga saya... membetulkan tudung... sekarang, ala, saya kata,' biar je lah... awak bukan belajar daripada tudung cikgu yang senget... awak perlu dengar daripada mulut cikgu, idea dan penjelasan cikgu'... he he.. susah nak kenakan cikgu seperti saya.

Teringat saya semasa zaman persekolahan dulu, di SMK Sultanah Bahiyah, kita orang selalu kenakan Mr Lee, guru matematik tambahan kami... he he..macam-macam perkara... With is tak baik sebenarnya... ampun.. harap mr lee maafkan kami.. antaranya bubuh kapur dekat kerusi, bila dia duduk, ' april fool'... ada sekali tu, kita orang kata Miss X (entah apa nama cikgu ni) panggil dia, sebabboth of this cikgu adalah single.... (tapi anda dilarang mencuba, nanti tak berkat ilmu, sebab tu lah saya kantoi add mate saya... he he)

Monday, March 30, 2009

my seloka dad 7 dan 'quit smoking'nya

HMMMM, agaknya semua wartawan 'share' butiran yang sama mengenai gelaran bapak saya,"man pen"yang entah daripada mana timbulnya gelaran itu.sudah berpuluhan tahun saya menjadi ahli keluarga, belum pernah lah pulak gelaran seperti ini muncul.Gelihati sangat... Boleh dikatakan mahu tergelak besar sampai tergolek-golek la. he he he, ha ha ha... kalau saya nak saman surat khabar, rasa-rasa boleh kot? Kategori, merendah-rendahkan nama, sehingga menimbulkan rasa tidak selesa... memfitnah sehingga terasa gangguan... akta nya, saya dah lupa, lama sangat dah tinggalkan law...

Gelaran sebetulnya "Cikgu man" ... kawan-kawan rapat memang panggilkan bapa saya dengan " man pendek " Boss lama bapa saya popular dengan gelaran atau nickname glamornya " CGM" Cikgu Man la tu.

Ada juga akhbar yang menggelarkan dia "semput"... memang pun, sejak berusia 50 tahun ke atas, bapa saya semput, sebab berpuluhan tahun merokok... sebagai perokok tegar, hampir 50 tahun lebih, itulah masalah yang mengundang dia. Setelah lama dinasihatkan oleh dr pun, dia agak berdegil sebab sebagai perokok tegar, bimbang kalau nanti ada ramai yang akan diberhentikan daripada bekerja di kilang rokok kalau perokok sepertinya berhenti 'smoking'...

Dek kerana simpatinya bapa saya kepada orang lain, itulah yang bapa saya dapat.. semput... Semasa sebelum cuti raya Cina yang lalu, bapa saya ditahan di wad beberapa hari juga, masalah semputnya.Hasil siasat terperinci hospital, dia dengan 'rela hatinya' terpaksalah berhenti merokok...akhirnya sebab tidak tertanggung lagi sakit di bahagian dada, mestinya sistem paru-parunya diselaputi asap dan 'karbon'... Saya yang bukan dr pun tahu apa masalah utama bapa saya... entah-entah sudah bertan-tan karat di dalamnya...

Boleh anda bayangkan, bapa saya di waktu mudanya seorang yang aktif, perenang, berpuluhan kali mendermakan darah 'O' nya. Perkataan 'semput' memang tiada dalam diari bapa saya ataupun saya, kami sekeluarga.Bayangkan apa yang rokok boleh lakukan kepada anda, sebagai tanda taat setianya anda kepadanya.

Berbalik soal semput, tak payah rujuk kepada bapa saya pun, ya lah setelah berusia 67 tahun, setelah beberapa kali bonus umur oleh Allah, biasa lah kalau semput. Saya yang masih muda ni, (he he sebab sentiasa berhati lapang walaupun tension kerja... adus.... dan berfikiran muda serat berada dalam kalangan budak-budak hingusan (awal remaja sehingga usia remaja 13 - 17 tahun; sentiasa lah muda je)bayangkan hari ini saja, saya sudah memanjat 380 anak tangga, hampir 1/3 jumlah tangga di batu caves... kalau anda tak semput, maknaya terror lah..

kepada perokok, memang diorang degil 'bangat'... Padanlah juga, Dato Nik Aziz menyifatkan perokok sebagai 'lebih hina daripada lembu'.. he he.. tetapi saya tahu dan sedar, perokok seperti suami saya juga hanya akan tersenyum membaca berita di bawah ini...

Perokok lebih hina dari lembu: Nik Aziz



KOTA BHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. - Bernama

my seloka dad 6





My Metro

Gamat seloka sinis Mat Pen





KUALA LUMPUR: Perbahasan usul ucapan dasar Presiden disampaikan wakil Kedah, Ismail Yaacob menggunakan pantun seloka kelakar tetapi sinis dengan menjadikan beberapa menteri Kabinet sebagai sasaran sindiran menyebabkan suasana Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) riuh rendah dengan gelak ketawa.

Ismail yang memperkenalkan diri sebagai ‘Mat Pen’ (singkatan kepada pendek) terpaksa menggunakan pelapik kaki kerana mikrofon terlalu tinggi dan sesekali semput ketika berpantun bukan saja mengundang ketawa malah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut menggelengkan kepala apabila pantun yang disampaikan ‘terkena’ kepada beliau.

Izinkan saya berucap dalam bahasa tua,
Dalam bentuk frasa saya tak sedap nak mengata,
Saya nak hayun dalam bentuk seloka,
Apa yang saya nak kata semuanya betui belaka.


Dalam sebuah kapal
seorang saja jurumudi,
Jangan selalu dengar penasihat kanan atau kiri,
Tapi banyak ambil kira kehendak akar umbi.

Kita kalah pilihan raya
jangan dok salah sapa-
sapa,
Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara,
Kita terlalu tamak,
sombong dan gila kuasa,
Akar umbi kita tak ambik kira.

Bila bayaran elektrik
sikit naik atas,
Menteri kata jangan
pakai aircond, pakai
kipas,
Yang ada kipas elektrik, dia suruh pakai kipas
kertas,
Makan ubi kayu kalau tak cukup beras.

Menteri kata bulan Ogos, baru minyak naik harga,
Takdan bulan lapan,
Naik terus lepas bulan dua,
Apa menteri cakap akar umbi dah tak percaya,
Ikut kata depa cakap
macam burung kakak tua.

Baru-baru ni kerajaan kuat kuasa satu peraturan,
Takdan dua hari dia buh gear gostan,
Suruh tukar penggunaan plastik tong ikan,
Nelayan yang miskin pun depa tak kesian.

Menteri Pelancongan mai sekali sekala kat Langkawi,
Kita pekena kerabu kalau tak mau tongkat ali,
Kami bermasalah besaq dengan perkhidmatan feri,
Kira dok penaik harga, Langkawi dah jadi sunyi.

Kat Menteri Penerangan saya nak pesan,
Jangan mudah kita termakan umpan,
Berdebat berbuih mulut pun bukan ada kesan,
Buktinya kita kalah pilihan raya kecil di dua kawasan.

Saya nak tanya tuan Menteri Kerja Raya,
Siap jalan baru dia bubuh tanda selekoh jalan bahaya,
Kalau tahu jalan tu bahaya dok buat apa,
Lepas tu kita kalut banyak kereta dok belaga.

Akar umbi kata kebanyakan menteri kita terlalu lembut,
Orang gempaq sikit menteri terus ikut,
Kontrak sosial kita pun dah jadi kelam kabut,
Menjadikan rakyat dah mula rasa takut.

Setengah kita cari makan kira dok ampu,
Takdan bos nak cakap dia sampuk saya setuju,
Orang pi melawat kawasan dia sampai dulu,
Kita boleh kain pelikat, envelop besar dia sapu.

Dari warung kopi hingga ke warung berbintang,
Orang dok cakap Umno dan politik wang,
Kata depa gejala ini kalau tak dihalang alamat Umno jatuh terkangkang,
Tapi sorang kawan saya pulak berkata,
Ini bukan rasuah, duit makan dan minyak kereta,
Elaun dia kerana tinggal dua tiga hari kerja,
Anak bini kat rumah kena jugak jaga.

Kalau bagi tentu salah,
Kalau tak bagi takut kalah,
Bagi sikit depa marah,
Bagi banyak kita pulak parah.

Apa pun, Malaysia kita sudah berjaya,
Kita berbangga dengan Cyber dan Putrajaya,
Pak Lah pulak tambah dengan suruhanjaya,
Dok cari yang rasuah di kalangan kita.

Mulai dari sekarang,
Kita mesti berusaha,
Sedikit berpolitik banyak buat kerja,
Kalah atau menang kawasan mesti dijaga,
Baru boleh dapat lebih dari dua per tiga.

Sunday, March 29, 2009

my seloka dad 5





Crowd tunes in to 'UMNO Idols'
With so many speakers scheduled to speak over the past four days, some delegates resorted to creative techniques to hold the attention of their tired audience as the night dragged on.

Mr Ismail Yaacob, a delegate from Langkawi, had the crowd in stitches when he delivered his speech in verse. The witty pantun is often used by Malays to make their point in a humorous manner, and it appears to have worked for Mr Ismail. The rhyme and rhythm may not have been perfect, but his message was.
...
A couple of delegates, meanwhile, turned to melodies and tunes. Never mind that their singing voices were unlikely to win any prizes - they won their audience.

my seloka dad 4



The Malaysian insider:

KUALA LUMPUR, March 28 — Newly appointed Umno president Datuk Seri Najib Razak, dressed in indigo baju yesterday, beamed from ear to ear all day as he sat on stage next to his predecessor Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
He has had a good run these last three days at the ruling party's annual general assembly. He is now safely the party president, and Abdullah is expected to announce today when he will hand over the prime minister's post. The expected date: April 3.

Party delegates have also voted for a slate of new party leaders who are mostly seen as aligned with Najib. This includes Minister of International Trade and Industry Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is now the deputy president.

Najib is likely to take the top winners into his Cabinet, and most of them are fairly acceptable to Malaysians. Of course, he would win more kudos if he were to cast his net wider for better qualified ministers.

His biggest dilemmas will be whether to stay true to tradition and include the Youth and Wanita chiefs in his Cabinet. The new Youth chief Khairy Jamaluddin comes with baggage, and Wanita chief Datuk Shahrizat Jalil lost her parliamentary seat to a green horn last year.

Bringing them on board may stir disquiet among the public but leaving them out could spur a backlash within the party.

Delicate as that task is, however, it pales in comparison with Najib's promise to reform Umno. It also pales beside the job of taking charge of a country in economic decline, and whose public institutions are in decay.

Can he deliver?

His new deputy, Muhyiddin, appealed to Malaysians to give the new leadership time. “Give us a chance. It's a new team that means business,” he told reporters yesterday.

The challenges before the team come from all fronts.

Najib himself is under severe attack by the opposition, and from his vanquished challenger, Tengku Razaleigh Hamzah.

Within Umno, he will have to quickly convince the top echelons and the rank and file of the need for reforms.

This, too, is a formidable task. Listening to the Umno debates over the last three days, it appears that the delegates have not taken his pleas to heart.

As an observer noted, “it seems to have gone in one ear and out of the other”.

There were bouts of introspection and soul-searching, but this was overshadowed by the overwhelming belligerence of delegates who feel aggrieved by Umno's declining fortunes, as made clear by the general election of a year ago. The ruling coalition lost five states and its traditional two-thirds majority in Parliament. Since then, it has been beset by internal bickering.

At this week's pow-wow, some delegates blamed the media, the opposition, the government and the people for Umno's diminished standing.

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim was the main target of attack. Ismail Kijo, a delegate from Ampang, castigated him for leading a campaign that placed the Malays on equal footing with the other races, when the majority community's special rights ought to be defended.

Youth delegate Nor Saidi Nayan from Langkawi slammed the media for legitimising the opposition coalition by referring to it as Pakatan Rakyat. He said it was an “illegal” organisation as the coalition was not registered with that name.

Such voices drowned out those of a smaller group that urged the party to stop blaming everyone but itself for its woes.

“Don't blame everyone for our loss, we have become greedy, arrogant and power crazy,” said delegate Ismail Yaacob from Langkawi.

Overall though, the tone was of defiance rather than introspection. It does not bode well for the party.

Umno vice-chief from Jerai, Ahmad Ikmal Ismail, said that it did not mean though that the party was in denial. He said the delegates felt that the Malays were under siege, but the party election results showed they were aware of the need for reforms.

“They voted with their heads and paid heed to what Malaysians said.

“They gave Umno the leaders that are needed for this moment. It is an acknowledgement of the need to change,” he told The Straits Times.

Newly elected Umno Youth deputy chief Razali Ibrahim also said it will take time to change a party that is as rigidly structured as Umno and with a membership of three million.

Behind recent calls for party reorganisation is a bid to curb money politics but how and whether this will be undertaken is far from clear.

“There are proposals and we are serious in looking at them,” Razali told The Straits Times.

The top leaders have their work cut out for them but Najib will also have to tackle personal challenges.

Allegations linking him to the murder of Mongolian woman Altantuya Shaariibuu have made their way into newspapers around the world in the last two weeks.

Back home, they do not appear to have threatened his impending appointment as Malaysia's sixth prime minister. There is an opposition-led movement to get the King to reject Najib's appointment but this is unlikely to materialise.

This movement is backed by Tengku Razaleigh, who is also eyeing the top post. The Kelantan prince's strong opinions echo the views of civil society and have created a buzz.

But they seem to hold little weight with Umno. MP Datuk Mukhriz Mahathir said it was obvious that Tengku Razaleigh held no sway in the party.

Najib's international image, and to some extent his national one, is not exactly glowing right now.

But he is not without some cards to play. Chief among them is a new Umno leadership that is largely loyal to him. His firm control of the party offers him the chance to make hard decisions without having to deal with internal squabbling.

It gives him an opportunity to deliver on the party reforms that he has promised, and to tackle Malaysia's woes.

Party insiders say he is serious. They say his Cabinet will see an overhaul of the present line-up, and that he has already drawn up plans for policy changes, including moves that address problems faced by marginalised communities.

Yesterday, Najib might have basked in his new role but, after today, when the party wraps up its meeting, the hard work begins. — Straits Times

my seloka dad 8








The News Straits Times

KUALA LUMPUR: Debates are more often than not a bore but Ismail Yaacob brought down Dewan Merdeka of Putra World Trade Centre yesterday with his pantun, laced with cynicism and criticism.



— Ismail Yaacob, Umno veteran taking a dig at the Works Ministry

The crowd in stitches at Ismail Yaacob’s witty remarks during the presidential debate yesterday.
When Ismail, or commonly known by his nickname of Cikgu Man, took to the rostrum, everyone listened.

The pint-sized Umno veteran member from Langkawi representing Kedah Umno at the debate on the presidential speech, took pot-shots at ministers and ministries.

"With the economy slowing down and instead of finding ways to improve the economy. our ministers always look for excuses.

"When the electricity tariff goes up, they ask us not to use air-conditioning and fans. When the price of rice goes up, they ask us to eat tapioca. When there was a shortage of sugar, the minister asks the people to eat less sugar to avoid diabetes."

The Works Ministry was also not spared.

"It constructs a road and then erects a signboard saying 'Dangerous Corner'. If they know it is a dangerous corner, why construct the road in the first place?" he asked.

The Tourism Ministry was his next target. Ismail invited the minister of tourism to visit Langkawi more often.

"Many small traders are out of business. We need more business activities. When the people don't have business activity they produce more children," he said, sending the crowd into laughter.

Umno permanent chairman Datuk Paduka Badruddin Amiruddin, a master himself in witty pantun, also teased Ismail relentlessly.

Ismail also proposed a bridge to be constructed from Pulau Langkawi to Pulau Tuba to increase the activity on the island. He assured the bridge would increase tourism in Langkawi.

The Umno exco members, too, were on the receiving end.

"These people on the stage are not listening to our lament. What we (debaters) say goes in their right ear and goes out the left ear," he said, adding that it was so difficult meeting the ministers.

"We come to meet them from Langkawi using AirAsia but go back in a lorry even without meeting them," he said, further sending the delegates into stitches.

On a serious note, he advised Umno members to play less politics and concentrate on serving the people to attract the support and get back the two-thirds majority. He called upon them to be united so that Umno would be as strong as steel.

He also touched on money politics where he said candidates were in a Catch-22 stituation.

"If they give (money) it is wrong. If they don't give, they will lose. If they give too little, people complain. If they give too much, they will go bankrupt."

Ismail also took a shot at critics of the teaching of Science and Maths in English.

"If we leave it to them, they would want even English to be taught in Malay," he said.

Some division leaders, too, were his target of attack.

"Even after their hair has turned grey and they cannot eat some of the delicious food (due to health reasons), they still refuse to let go of their division head positions."

Mid-way through his debate, he again got everyone in stitches when the organisers had to bring in a stool for him to stand on as he was not visible because he was blocked by the microphones lining the rostrum due to his height.

Umno Youth representative Nor Saidi Nayan kicked off the afternoon session of the debate by lobbying for newly appointed Youth chief Khairy Jamaluddin to be appointed a minister in the upcoming cabinet reshuffle.

Saidi argued that there was not enough youth representation in the government, especially those under the age of 40, despite the fact that many young people in Umno were more than qualified for the roles.

However, his suggestion was not well received by other delegates in the hall. Most of them responded with jeers and shouts for him to be removed from the stage.

Also asking for more youth representation in the government was Puteri representative Mazlina Mohamad Lazim. She argued that the Puteri wing had delivered the votes, be it during general elections or by-elections.

"If not in positions of power in the government, then at least place us in power among government-listed companies like Permodalan Nasional Berhad, Petronas and others."

The only wing not asking for more power or rewards was Wanita Umno. Instead Wanita deputy chief Datuk Kamilia Ibrahim, who spoke for the wing, said that to unite the nation the government should consider creating a new national identity for all Malaysians.

"That way, we would no longer need to be divided by individual races. We can all unite in a common national identity.

"However, that new national identity must be centred on the Malay culture," she said.

my seloka dad 3







Petikan Utusan malaysia, 28 Mac 2009

Kelakar pun ada, geram pun ada apabila membaca tajuk berita ini.Berdasarkan sejarah saya, berpuluh tahun sebagai anak pertamanya, tidak pula ada orang yang menggelarkan bapa saya sebagai 'Man pen' biarpun secara fizikalnya bapa saya lebih rendah daripada kami (165 cm - 180 cm)adik beradik. Pun, tidaklah terlebih rendah sehingga di bawah paras 5 kaki.Gelaran biasanya 'Cikgu Man' sebab bapa saya dipanggil Osman @Othman mengikut aruah @ allahyarham nenek saya. Cikgu pula kerana pada asalnya bapa saya bekerja sebagai cikgu sekolah di langkawi dahulunya.

Semasa saya kecil dahulu, Langkawi dengan populasi yang kecil, sekitar 5000 orang barangkali, bapa saya dikenali dengan nama Cikgu man pendek, kerana barangkali terdapat berpuluh Ismail @ Othman di sana, jadi bagi membezakan dia dengan Ismail dang lain, gelaran 'Cikgu Man pendek' diguna pakai.Tapi kalau "man pen " tu, saya rasa mahu 'lesing wartawan ' yang menulis tu. he he.. Saya dahulu pun bercita-cita mahu menjadi wartawan juga, gara-gara profesor saya yang mengatakan bahawa wartawan , 'biasanya stay as single or divorved', tersentutlah saya dengan cita-cita saya. Bukankah wartawan sepatutnya menyelidik dahulu kesahihan berita.Alahai !!!!!

Utusan Malaysia...

'MAN PEN.' Nama itu sahaja sudah cukup untuk membuat orang ketawa. Man Pen sebenarnya adalah singkatan nama kepada Man Pendek. Tetapi, nama sebenar empunya nama Man Pendek ini ialah Ismail Yaakob, 67.

Selain bekas guru, wakil UMNO Kedah ini pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Langkawi. Sesuai dengan gelarannya, Man Pen memang pendek. Tetapi semangatnya untuk berucap di Perhimpunan Agung UMNO Kali ke-59, sentiasa tinggi.

Manakan tidak, beliau mengambil masa tiga bulan untuk menyediakan teks ucapan itu. Hasilnya, segenap ruang Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bergema dengan tepukan sepanjang beliau menyampaikan apa yang terbuku di hati.

Kerenah menteri, isu harga barang mahal, kenaikan harga minyak dan masalah masyarakat setempat merupakan antara perkara yang disentuh dalam ucapannya itu.

Walaupun penyampaiannya bersahaja, tetapi ia dilontarkan dengan gaya yang cukup tersendiri. Di kala generasi muda semakin melupakan seloka, Man Pen cuba mempopularkannya semula. Sekali gus membuktikan seloka masih mendapat tempat.

Paling menarik, setiap teguran atau gesaan yang dibuat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, disampaikan tanpa mengguris perasaan orang lain.

Pun begitu, tentunya orang yang ditujukan teguran atau gesaan tersebut faham bahawa mereka adalah individu dimaksudkan. Semuanya kerana kebijaksanaan Man Pen.

''Saya tidak mahu mengguris perasaan orang lain tetapi dalam masa sama mahu mesejnya sampai," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semalam.

Hasilnya, Man Pen popular dalam sekelip mata. Sebaik keluar daripada Dewan Merdeka yang setiap tahun melakar sejarah UMNO. Beliau bukan sahaja menerima ucapan tahniah, tetapi turut diserbu oleh peminat-peminat yang 'sedia' menunggu.

Ditanya bagaimana beliau mampu menggarap teks yang begitu padat dan tepat, kata Man Pen, beliau berpandu pada bacaan akhbar dan buku-buku selain televisyen.

''Saya suka melihat telatah menteri, bagaimana mereka mendepani masalah dan tindakan mereka untuk menyelesaikannya," kata ayah kepada empat anak itu.

Menurut Man Pen, kapasitinya sebagai ahli yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan selain ikhlas mahu membantu UMNO, parti yang menjadi pilihan beliau sejak hampir empat dekad lalu, memberinya kebebasan untuk bercakap apa sahaja.

my seloka dad 2




28/03/2009, Petikan utusan malaysia

Seloka bidas menteri, ketua bahagian
KUALA LUMPUR 27 Mac - Perbahasan wakil Kedah, Ismail Yaakob atau nama glamornya Man Pen dari UMNO Bahagian Langkawi mencuit hati perwakilan dengan seloka beliau yang menyentuh pelbagai isu.

Antara isu yang disentuh dalam seloka berkenaan ialah pelbagai masalah di UMNO bahagian, kerenah menteri, isu kenaikan harga gula, minyak dan beras serta masalah tempatan warga Pulau Langkawi.

Seloka berkenaan mendapat sorakan dan tepukan gemuruh selain gelak ketawa di kalangan perwakilan.

Berikut ialah seloka yang disampaikan oleh Ismail:

Pulau Langkawi memang syurga membeli-belah,

tapi sejak minyak dok naik turun,

barang-barang tak lagi murah.

Datuk Pengerusi, izinkan saya berucap dalam bahasa tua,

dalam bentuk prosa saya tak sedap nak mengata,

saya nak hayun dalam bentuk seloka,

apa yang saya nak kata semuanya betul belaka.

Saya minta maaf jika hujah saya tersangkut-sangkut,

Jangan pula tuan-tuan dok baling saya dengan kasut,

Saiz 10 kalau kena kat muka tak harus nak sebut,

Pasal dibuat daripada kulit bukan daripada sabut.

Yang Amat Berhormat Presiden, lepas bersara jom kita pi Langkawi,

Kita pekena kerabu berundur, air Tongkat Ali,

Biar badan cergas urat-urat keras macam besi,

Kalau tak percaya tanya Datuk Det atau Datuk Nawawi.

Kepada Datuk Najib bakal Perdana Menteri,

Dalam sebuah kapal seorang saja jurumudi,

Jangan dok selalu dengar penasihat kanan ataupun kiri,

Kena banyak ambil kira kehendak akar umbi.

Ramai ahli-ahli kita yang rasa terharu,

Kerana menyambut kedatangan tahun baru,

Persidangan agung kita pun kena tunda 12 minggu,

Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pun sudah tinggal buku.

Tahun 2008 dah jadi 2009,

Dulu rambut hitam la dah beruban,

Banyak makanan sedap dah tak boleh makan,

Tu pun tak mahu lepas jawatan Ketua Bahagian.

Ada sesetengah ahli tak ambil langsung kisah,

Ketua bahagian bertukar pun dia tak berubah,

Orang dok tabung duit kira nak pi Mekah,

Dia dok simpan kira nak menikah.

Kita kalah pilihan raya jangan dok salah sapa-sapa,

Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara,

Kita terlalu tamak, sombong dan gila kuasa,

Teguran akar umbi kita tak ambil kira.

Pemimpin kita yang sudah punyai kuasa,

Dia tamak pula nak jadi kaya-raya,

Yang dah kaya-raya berebut pula nak pegang kuasa,

Last sekali Batu Putih pun kita putih mata.

Rakyat kata menteri kita tak selesai masalah,

Ada saja isu menteri dok cari helah,

Menyebabkan rakyat tak tentu arah,

Mai pilihan raya Barisan Nasional depa tak pangkah.

Contoh, bila bayaran elektrik sikit naik atas,

Menteri kata jangan pakai 'air cond' pakai kipas,

Yang ada kipas elektrik dia suruh pakai kipas kertas,

Makan ubi kayu kalau tak cukup beras.

Dalam pasaran dulu susah dapat gula,

Kita minta sekilo dia bagi secamca,

Ibu tunggal di kampung dah seminggu tak berniaga,

Menteri kata gula kencing manis, kesihatan kena jaga.

Bila minyak pula mula-mula naik harga,

Menteri suruh kita berkongsi kereta,

Dia suruh pi kerja naik basikal atau beca,

Perkhidmatan awam tak tambah tambah infrastruktur.

Menteri kata bulan Ogos baru minyak naik harga,

Tak dan bulan lapan naik terus lepas bulan dua,

Apa menteri cakap akar umbi dah tak percaya,

Ikut kata depa cakap macam burung kakak tua.

Baru-baru ni kerajaan kuat kuasa satu peraturan,

Tak dan dua hari dia bubuh gear gostan,

Suruh tukar penggunaan plastik tong ikan,

Nelayan yang miskin pun depa tak kasihan.

Harga beras kekal macam selalu,

Jangan dok suruh rakyat makan ubi kayu,

Takut badan tumbuh bulu,

Habis semua pakat berhimpun dok dalam zoo.

Menteri Pelancongan mailah sekali dua kala kat Langkawi,

Kita pekena kerabu Lat Tut kalau tak mau air Tongkat Ali,

Kami bermasalah besar dengan perkhidmatan feri,

Kira dok penaik harga Langkawi dah jadi sunyi.

Laluan feri Langkawi kementerian dah kunci,

Syarikat lain nak buka depa tak bagi,

Maka jadilah dipanggil sistem monopoli,

Perkhidmatan mereka ikut suka hati.

La ni kerajaan kata nak jimat belanja,

Kursus-kursus di Langkawi dan Pulau Pangkor kena batal saja,

Banyak calet-calet Melayu kena tutup kira-kira,

Dan ramai pulaklah yang tak ada kerja.

Longgar sikitlah Datuk Najib kat Pulau Pangkor dan Langkawi,

Biar depa boleh cari sikit rezeki,

Bila tak ada kerja gerenti anak dok tambah lagi,

Kalau biar lama-lama pun UMNO boleh mati.

Dasar pelajaran kita banyak yang celaru,

Bahasa Inggeris pun depa nak suruh ajar dalam Bahasa Melayu,

Banyak sekolah luar bandar kurang cikgi dan cikgu,

Yang jadi mangsa murid-murid Tahun Satu.

Pelajaran sejarah utamakan semula,

Supaya semua kaum tahu usul asal mereka,

Jelaskan UMNOlah yang tuntut merdeka,

Dengan keistimewaan Melayu parlimen beraja.

Kat Menteri Pertahanan saya nak pesan,

Jangan mudah kita termakan umpan,

Berdebat berbuih mulut pun bukan ada kesan,

Buktinya kita kalah di pilihan raya kecil di dua kawasan.

Saya nak tanya kat Menteri Kerja Raya,

Siap jalan baru dia bubuh tanda selekoh bahaya,

Kalau dah tau jalan tu bahaya dok buat buat apa,

Lepas tu kita kalut banyak kereta dok berlaga.

Akar umbi kata kebanyakan menteri kita terlalu lembut,

Orang gempak sikit menteri terus ikut,

Kontrak sosial kita pun dah jadi kelam-kabut,

Menjadikan rakyat dah mula rasa takut,

Setengah menteri kita bila dah pegang jawatan,

Kita minta tolong dia kata ni parti lain daripada kerajaan,

Cukup tiga tahun mai musim pemilihan,

Depa pi ke bahagian perwakilan buat tak hairan.

Tuan-tuan ingat apa yang saya kata ni di atas nak peduli,

Dia masuk telinga kanan dia keluar telinga kiri,

Kita nak pi jumpa dia, dia tanya ada buat appointment dengan secretary,

Kita juga mai dengan AirAsia balik naik lori.

Saya ada buat appointment jumpa seorang menteri,

Saya terlewat 10 minit pederas dari Langkawi,

Depa suruh saya tunggu dari pagi sampai rehat tengah hari,

Lepas tu setiausaha dia kata Datuk sibuk petang ni jumpa lain kali.

Ramai ketua bahagian rasa amat kecewa,

Kerana tak dicalon dalam pilihan raya,

Kepada parti mereka tidak menderhaka,

Cuma hari mengundi depa tak buat apa.

Penyokong-penyokongnya pula rasa kecil hati,

Depa setuju pakat buang pangkah undi,

Tujuan nak bagi kalah hanya satu dua kerusi,

Mai keputusan pi lima buah negeri.

Seorang sahabat saya Datuk Rahman Bakar,

The Giant Killer kita juga gelar,

Pilihan raya 2008 namanya tak keluar

la ni dok pakai kain jarang pakai seluar.

Yang Amat Berhormat Datuk Najib, ini pelajaran yang pertama,

Sebelum tentu calon risik-risik dan banyak bertanya,

Kalau dok letak juga calon yang akar umbi tak terima,

Alamat lima tahun lagilah kita akan merah telinga

Jangan pula kerana nak menang satu kerusi,

Sesama kita pakat dok lawan berdengki,

Fitnah-memfitnah Allah sangat benci,

Ingat samalah kita ni tak lama lagi nak mati.

Setengah kita cari makan dok ampu,

Tak dan bos nak cakap dia sampuk saya setuju,

Bos pi melawat kawasan dia sampai dulu,

Kita boleh kain pelikat envelope besar dia sapu.

Tuan-tuan dan puan-puan jangan dok ketawa,

Memang ini dok berlaku di antara kita,

Tetapi di dalam dewan ini semua baik-baik belaka,

Yang saya dok kata hak di luar tu sebanyak tiga juta.

Dari warung kopi hingga ke hotel berbintang,

Orang dok bercakap UMNO dan politik wang,

Kata depa gejala ini kalau tak dihalang,

Alamat UMNO nak jatuh terkangkang.

Tetapi seorang kawan saya pula berkata,

Ini bukan rasuah, duit makan dan minyak kereta,

Elaun dia kerana tinggal dua tiga hari kerja,

Anak bini di rumah kena juga jaga.

Kalau bagi tentu salah,

Kalau tinggal takut kalah,

Bagi sikit depa marah,

Bagi banyak kita pula parah.

Apa pun Malaysia kita sudah berjaya,

Kita berbangga dengan Cyber dan Putrajaya,

Pak Lah pula tambah dengan suruhanjaya,

Dok cari yang rasuah di kalangan kita.

Di Negeri Kedah kami jadi pembangkang,

Timbul isu buruk depa dok tuduh kita yang rancang,

Kita dah sah ikut depan tak dia syok ikut belakang,

Kita hantar SMS depa hantar gambar telanjang.

Bangsa kita dulu ni memang kaya-raya,

Kita ada negara yang digelar empayar,

Kerana tak bersatu fitnah-memfitnah antara kita,

La ni dah tinggal sekangkang kera.

Mulai sekarang kita mesti berusaha,

Sikit berpolitik banyak buat kerja,

Kalah atau menang kawasan mesti jaga,

Baru boleh dapat balik lebih dari dua pertiga.

Dan kita sesama kita mestilah bersatu,

Supaya kita kuat dan keras macam batu,

Sebelum bertindak kaji selidik dahulu,

Melaksanakan undang-undang jangan pilih bulu.

Warga Langkawi kami tak mudah lupa,

Kepada Tun Mahathir yang banyak berjasa,

Bila dia keluar UMNO ramai yang jatuh air mata,

Sanggup jadi ahli walaupun dia tubuh parti cap bola.

Tun di Langkawi macam Pak Lah di Kepala Batas,

Nak main kerja parti pun tak ada tempat dah nak buat pentas,

Jalan berselerak ikut bawah dan ikut atas,

Pasal jaga kawasan Pak Lah A Kelas.

Lazimnya harimau mati meninggalkan belang,

Gajah pula mati meninggalkan tulang,

Saya pencen sampai la tak habis bayar hutang,

Pak Lah nak berhenti selesai tuntutan Limbang.

Kepada Pak Lah kita ucapkan selamat bersara,

Junjung dan kasih beraga-raga,

Banyaklah berehat bersama keluarga,

Ada masa lapang pi ke Kuala Kedah makan laksa.

Kepada Datuk Najib kami sandarkan harapan,

Dalam UMNO Datuk buatlah pembaharuan,

Perkasakan Melayu dalam bandar raya dan pekan,

Kembalikan keyakinan rakyat pada Barisan.

Datuk Najib tolonglah kami negeri yang susah,

Negeri tak berapa kaya lagi dah kalah,

Kalau tak boleh lima, sorang dua pun cukuplah,

Sebagai menteri penuh dari negeri Kedah.

Segala yang baik datang dari Allah,

Yang tak baik dari saya sendiri,

Maafkan saya segala tersilap dan salah,

Jangan dibawa balik tinggal kat dewan ni.

Di Langkawi ada sebuah pulau namanya Pulau Tuba,

Kalau boleh Datuk Najib buat jambatan jalan dua hala,

Saya gerenti merecik pelancong nanti terpa,

Ayam bulu balik makan pagi raya,

Insya-Allah Kedah dapat balik sekali lagi pilihan raya.
GELAGAT Perwakilan dari Kedah, Ismail Yaacob, yang membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden dengan berseloka, mencuri tumpuan semua yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Dengan nada bersahaja, Ismail menyampaikan selokanya seolah-olah berjenaka, tetapi mesejnya sarat dengan maksud tersirat.

Berikut antara bait menarik seloka beliau:

Pulau Langkawi syurga membeli-belah
Tapi sejak minyak naik turun barang-barang semakin murah
Datuk Pengerusi saya minta izin nak cakap dalam bahasa tua
Kalau bukan ikut frasa saya nak sedap suku kata,
Saya nak hayun dalam seloka
Apa yang saya kata semuanya benar belaka

Kepada Datuk Najib bakal Perdana Menteri,
Dalam sebuah kapal seorang saja jurumudi,
Jangan dok selalu dengar penasihat kanan atau kiri
Kena banyak ambil kira kehendak akar umbi

Tahun 2008 dah jadi 2009
Dulu rambut hitam la dah beruban
Banyak makanan sedap dah tak boleh makan
Tu pun tak mau lepas jawatan Ketua Bahagian

Kita kalah pilihan raya jangan dok salah sapa-sapa
Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara
Kita terlalu tamak, sombong dan gila kuasa
Teguran akar umbi kita tak ambil kira

Rakyat kata menteri kita tak selesai masalah
Ada saja isu menteri dok cari helah
Menyebabkan rakyat tak tentu arah
Mai pilihan raya Barisan Nasional depa tak pangkah

Baru-baru ni kerajaan kuat kuasa satu peraturan
Tak dan dua hari dia boh "gear gostan"
Suruh tukar penggunaan plastik tong ikan
Nelayan yang miskin pun depa tak kasihan

Kat Menteri Penerangan saya nak pesan
Jangan mudah kita termakan umpan
Berdebat berbuih mulut pun bukan ada kesan
Buktinya kita kalah di dua pilihan raya kecil di dua kawasan

Saya nak tanya kat Menteri Kerja Raya
Siap jalan baru dia bubuh tanda selekoh bahaya
Kalau tahu jalan tu bahaya dok buat buat apa
Lepas tu kita kalut banyak kereta dok berlaga

Penyokong-penyokongnya pula rasa kecil hati
Depa setuju pakat buang pangkah undi
Tujuan nak bagi kalah hanya satu dua kerusi
Mai keputusan pi lima buah negeri

Yang Amat Berhormat Datuk Najib ini pelajaran yang pertama
Sebelum tentu calon, risik-risik dan banyak bertanya
Kalau dok letak juga calon yang akar umbi tak terima
Alamat lima tahun lagilah kita akan merah telinga

Dari warung kopi hingga ke hotel berbintang
Orang dok bercakap Umno dan politik wang
Kata depa gejala ini kalau tak dihalang
Alamat Umno nak jatuh terkangkang

Di negeri Kedah kami jadi pembangkang
Timbul isu buruk depa dok tuduh kita yang rancang
Kita dah sah ikut depan, dak..dia syok ikut belakang
Kita hantar SMS depa hantar gambar telanjang

Mulai sekarang kita mesti berusaha
Sikit berpolitik banyak buat kerja
Kalah atau menang kawasan mesti dijaga
Baru boleh dapat balik lebih dua pertiga

my seloka dad 1





Hari ini bapa saya, Ismail Yaacob @ Cikgu Man @ bapak (panggilan kami, anak-anak) mencapai umur 67 tahun. Tidak ada hadiah yang lebih istimewa saya rasa selain mendoakan kesejahteraan bapa saya, diberi limpah kurnia dan Rahmah Allah. semoga akan terus berada di bawah lembayung Sakinah, Rahmah dan Rahmat Allah.Dan Allah akan sentiasa mengasihi bapa saya seperti mana dia mengasihani kami.



Petikan Berita Harian,27 Mac 2009

GELAGAT Perwakilan dari Kedah, Ismail Yaacob, yang membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden dengan berseloka, mencuri tumpuan semua yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Dengan nada bersahaja, Ismail menyampaikan selokanya seolah-olah berjenaka, tetapi mesejnya sarat dengan maksud tersirat.

Berikut antara bait menarik seloka beliau:

Pulau Langkawi syurga membeli-belah
Tapi sejak minyak naik turun barang-barang semakin murah
Datuk Pengerusi saya minta izin nak cakap dalam bahasa tua
Kalau bukan ikut frasa saya nak sedap suku kata,
Saya nak hayun dalam seloka
Apa yang saya kata semuanya benar belaka

Kepada Datuk Najib bakal Perdana Menteri,
Dalam sebuah kapal seorang saja jurumudi,
Jangan dok selalu dengar penasihat kanan atau kiri
Kena banyak ambil kira kehendak akar umbi

Tahun 2008 dah jadi 2009
Dulu rambut hitam la dah beruban
Banyak makanan sedap dah tak boleh makan
Tu pun tak mau lepas jawatan Ketua Bahagian

Kita kalah pilihan raya jangan dok salah sapa-sapa
Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara
Kita terlalu tamak, sombong dan gila kuasa
Teguran akar umbi kita tak ambil kira

Rakyat kata menteri kita tak selesai masalah
Ada saja isu menteri dok cari helah
Menyebabkan rakyat tak tentu arah
Mai pilihan raya Barisan Nasional depa tak pangkah

Baru-baru ni kerajaan kuat kuasa satu peraturan
Tak dan dua hari dia boh "gear gostan"
Suruh tukar penggunaan plastik tong ikan
Nelayan yang miskin pun depa tak kasihan

Kat Menteri Penerangan saya nak pesan
Jangan mudah kita termakan umpan
Berdebat berbuih mulut pun bukan ada kesan
Buktinya kita kalah di dua pilihan raya kecil di dua kawasan

Saya nak tanya kat Menteri Kerja Raya
Siap jalan baru dia bubuh tanda selekoh bahaya
Kalau tahu jalan tu bahaya dok buat buat apa
Lepas tu kita kalut banyak kereta dok berlaga

Penyokong-penyokongnya pula rasa kecil hati
Depa setuju pakat buang pangkah undi
Tujuan nak bagi kalah hanya satu dua kerusi
Mai keputusan pi lima buah negeri

Yang Amat Berhormat Datuk Najib ini pelajaran yang pertama
Sebelum tentu calon, risik-risik dan banyak bertanya
Kalau dok letak juga calon yang akar umbi tak terima
Alamat lima tahun lagilah kita akan merah telinga

Dari warung kopi hingga ke hotel berbintang
Orang dok bercakap Umno dan politik wang
Kata depa gejala ini kalau tak dihalang
Alamat Umno nak jatuh terkangkang

Di negeri Kedah kami jadi pembangkang
Timbul isu buruk depa dok tuduh kita yang rancang
Kita dah sah ikut depan, dak..dia syok ikut belakang
Kita hantar SMS depa hantar gambar telanjang

Mulai sekarang kita mesti berusaha
Sikit berpolitik banyak buat kerja
Kalah atau menang kawasan mesti dijaga
Baru boleh dapat balik lebih dua pertiga

Monday, March 23, 2009

Hmmmm.

Selalunya orang luar (bukan guru) selalu mengatakan seronoknya jadi cikgu, " .. banyak cuti..." itu kata orang lah. Yang mereka sering terlepas pandang adalah cuti kita yang selalu dicuri (sengaja sebab dilantik sebagai itu dan ini, seperti pengawas peperiksaan etc) atau tidak sengaja diganggu (perlu menemankan murid rombongan etc)

Seminggu bercuti banyak yang dirancang, tapi satu pun tidak menjadi. Bercuti pun tidak dapatpun.Sabtu perlu menemankan budak librarian ke FRIM (with is seronok, end up with satu hari tak dapat bangun, sakittttttttttttttttt badan dan kaki la, sebab perlu berjalan hampir 4 jam dalam hutan)ahad, - penat la.... sakit kaki dan badan... but still perlu masak etc.......... iskkhhhh..

Isnin meeting, sepatutnya bermula jam 8 pagi, hanya mula jam 3-5 petang.bosannya. Selasa perlu jaga exam, peperiksaan awam. Sepatutnya jam 9-12, tapi perlu berada jam 7.30 pagi, end dengan jam 6 pm sebab ketua tidak adakan jadual pengawasan dengan baik dan tiada master plan.. haiyo!!! itulah pentingnya merancang semua dengan baik! adusss!!! sepatutnya saya hanya perlu bertugas satu hari, dipaksa oleh penyelia kawasan bertugas sampai 3 hari (geramnya) sebab centre tak cukup orang (inipun salah ketua sebab tidak merancang pengawasan dengan baik) iiiissskkkkk.

So, 6 hari gone. Dapat berehat sekejap sahaja.Perlu marking kertas murid..adusss...
kadang kala, segalanya agak tidak adil untuk kita kan.. kesilapan yang orang lain buat, tempiasnya terlepas kepada kita... gerammmmmmmm

Wednesday, March 11, 2009

You are my angel


Beberapa tahun lepas, ada seorang murid perempuan, datang bertemu saya.. semasa itu saya masih bersekolah di langkawi, bermohon berpindah ke pj ini disebabkan suami berada di sini... setelah saya mendapat berita baik, ditempatkan di sini, saya pun menyampaikan berita gembira kepada murid-murid saya.

Ada yang bermuka kelat, terutamanya murid tingkatan enam rendah.. " ala cikgu, tak best la macam ni"

saya menjawab, " cikgu yang tak best sekarang ni, hubby cikgu kat pj sana, kesihan cikgu"

Sunday, March 8, 2009

Meraikan tetamu


rasa seronok sangat cuti panjang minggu ini. sabtu, ahad dan cuti maulidur rasul.Aduh! lega rasa

Tuesday, March 3, 2009

Hak privacy ?Bogel di rumah ?

Kecoh sedunia gara-gara hak privacy diceroboh. Sejak mutahir ini, sejak zaman 'internet', kamera dan video cam meluas di dunia dan melebarkan pengaruh di Malaysia, semua orang sibuk merakamkan pelbagai gambar termasuk gambar-gambar yang sepatutnya dilabelkan sebagai 'for your eyes only'.Padahnya diterima apabila rakaman yang sepatutnya disimpan sendiri telah 'dijual' atau 'dipamer' secara percuma seanterio dunia.Jadilah anda artis secara 'one night stand'.. dengan tak payah berlakon drama, atau filem, tak payah pun sesusah Dato' Michelle Yeoh perlu berlakon ke peringkat Hollywood.

Dalam masyarakat kita pulak, sibuk bertelagah sesama sendiri, boleh atau tidak boleh 'tanpa pakaian' dalam rumah. Geli hati pun ada.Kalau difikirkan istilah privacy sahaja tanpa mengaitkan soal agama dan hukum hakam, tentulah tidak mengapa.. kalau di rumah tak ada orang (dengan memastikan tiada yang nampak) apa salahnya... ha ha ha.. kalau anda rasional, agaknya, tergamakkah anda?

Ada pulak yang sibuk bertelagah dengan mengemukakan pendapat ahli agama (yang digelar ulamak)Ada yang berkata boleh? Boleh?? mahu saya tanyakan dua kali...

Well, jika diteliti tentang hak sebagai manusia, terpulanglah.Apa sahaja yang kita mahu lakukan di rumah sendiri, tanpa boleh 'disekodeng' oleh orang lain, terpulang kepada hak sendiri.Undang-undang di Malaysia memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan jika 'tidak berperasaan malu' di rumah sendiri.kalau berada di tempat awam mestilah berpakaian,(tanpa pakaian walaupun berseluar dianggap melanggar undang-undang) di tempat awam (melainkan di pantai, tempat berkelah, di satu dua tempat yang dibenarkan)tanpa mengambil kira baju yang tinggal sejengkal sahaja di bahagian dada, atau nampak pusat, bahagian bawah pinggang.Menampakkan bahagian atas dada yang sepatutnya dilindungi.

Undang-undang melarang sebarang bentuk rakaman (filem atau suara) yang tidak dilakukan secara sukarela.Tapi kalau sendiri yang merakam rakaman dan kemudian 'disekodeng' oleh orang lain,seperti kata pelawak Raja Lawak, Nabil " Lu fikir lah sendiri"

Undang-undang di USA pula sebaliknya meletakkan jika rakaman tanpa suara dianggap tidak menjadi kesalahan dan melanggar hak privacy. Patutlah ramai paparazzi di sana.

Persoalan kedua, kenapa tidak boleh 'ber...b...' di rumah.well sebagai seorang Muslim, Islam adalah pakej lengkap kehidupan.segalanya mestilah mengikut lunas undang-undang dan adab yang digarisskan daripada al_quran, Haddis dan Ijmak Ulamak. Janganlah bersama macam 'kucing' lakunya. Sebagai manusia, ada adab sopannya yang perlu dijaga.Kita ini adalah manusia yang bertamadun, ada agama, paling tidakpun ada perasaan malu dan nilai moral. Teringat saya satu kaum asli di Amerika Selatan, mereka ni sentiasa tanpa pakaian,kaum lelakinya dan wanitanya masih lagi menuntup bahagian 'private part' mereka. Kalau kaum yang tidak bertamadun, nun jauh di dalam hutan pun boleh menunjukkan perasaan malu dan nilai moral? Bagaimana pulak dengan kita?

Datuk Dr.Mashitah Ibrahim, pernah berkata, kalau tak ada keperluan, kita sendiripun tak payah lah asyik merenung atau melihat ' p... part' sendiri apatah lagi orang lain.dengan kata lain, lupakan sahajalah hasrat ber'b...' di rumah, banyak perkara faedah lain yang boleh dilakukan... lagi pun kalau seandainya menjadi manusia tidak memberi faedah kepada orang lain, berhentilah menjadi manusia...
Mungkin boleh meminta menjadi burung (sekurangnya kicauan burung melegakan perasaan yang kacau dan mereka sentiasa berzikir kepada Allah.

Wednesday, February 25, 2009

Demi Cinta 2




Teman baik saya, aznishah yang telah berpindah ke Kelantan telah mengirimkan saya, cerita ini.Muslim yang baik saya percaya akan sentiasa mengingati antara satu sama lain, dalam erti kata lain, akan menyelamatkan cuba menyelamatkan muslim yang lain daripada jauh lalai terhadap amal dan kebajikan.

Semoga Ilmu yang sedikit ini akan memberi pengajaran dan ingatan kepada kita.


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....


.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Ana s bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

Monday, February 23, 2009

Demi Cinta

Apabila saya ditanya kenapa saya tidak boleh menyambut 'valentime day', saya jelaskan dengan sebaiknya kepada murid saya.. dan semestinya as a muslim... and bla bla bla... pada saya, setiap hari adalah hari kasih sayang, tidak pernah ada 'hari khas'walaupun ada harinya 'bergaduh' dengan suami, marah bagai nak meletup.Tapi demi kasih sayang, pastinya, saya akan ingat pesanan Pak Jalil (Abdul jalil Ali, pengarang karangkraf) masa bercinta, tutup sebelah mata, supaya segala kelemahan tidaklah nampak seperti kekurangan. Apabila sudah berkahwin pula, tutup kedua mata, supaya kelemahan dipihaknya langsung tidak akan muncul sebagai kekurangan yang merobek kelebihannya.Memang akan payah jika 'hati' tengah panas, akan datanglah berbillion ekor iblis yang akan cuba memanaskan lagi 'hati' yang sedang panas supaya timbul perasaan 'benci membenci' di hati Adam & Hawa.

Dalam memperkatakan tentang perasaan sayang, teringat saya sudah hampir dua minggu tidak berbual dengan mama saya (panggilan ma saja sebab apabila saya berusia belasan tahun, panggilan ma itu terasa lebih mesra, dan rasanya saya seorang sahaja yang memanggil mama saya dengan panggilan begitu)Agak sibuk, hari sabtu (dua-dua sabtu, saya bekerja di sekolah)sebenarnya ini bukanlah alasan yang wajar sebab saya ada masa untuk ke cinema (maaflah ma...)malam ini saya tentu akan menelefon mama saya.

Banyak yang akan saya kenangkan mengenai mama saya.Masa saya di sekolah rendah dahulu, banyak benda yang tidak dijual di kedai runcit, di Langkawi, supermarket lagi lah tak ada. kalau mahu makan 'tahu', kacang tumbuk, air soya, 'gaduh-gaduh', kek kukus,jem dll kenalah masak sendiri.Saya masih ingat lagi, mama saya akan buatkan air soya jadikan tahu, hampasnya akan digoreng, sedap.Sesekali mama akan buatkan adik beradik kami kacang tumbuk, kacang yang bercampur gula yang dihanguskan.Setiap kali musim buah pula, akan adalah jem rambutan, nenas,belimbing, cermai... seingat saya, buah tembikai sahaja yang tidak boleh dijadikan jem.kuih kegemaran kami, lopeh,sedap sangat, 'bangat' kata daripada skrip filem Intan... kalau dimakan dengan manisan gula daripada tebu atau madu atau gula melaka.paling tidak pun, kek gula hangus, atau apam yang diletak eno atau 7-up.kalau dibuat gaduh-gaduh (kangkung yang dicelur,tahu goreng, keropok, telur rebus, kuah kacang, sotong besar yang dicelur)sedapnya... mama saya memang rajin sangatsemasa kami ecil-kecil dahulu.. sekarang semua ini mama saya sudah tak buat lagi, sebab semuanya ada dijual di kedai (tahu, kacang tumbuk dll) lagipun, kita orang sudah tak duduk di rumah keluarga lagi. Ada lah sesekali balik je.

kalau musim raya pulak, lagi best, pelbagai jenis kuih kuih... bestnya.sekarang ni, kuih sebiji pun mama saya tak buat lagi, he he. saya pun tidak kurang 'malasnya'... tak seperti masa saya bujang-bujang dahulu.. he he.budak-budak pun dah tak makan kuih lagi, tu lah tak best kalau mahu masak pun.Dengan lain perkataan, gunakanlah sebagai 'alasan'hebat untuk tidak melakukannya...

Saya pasti, jika anda seorang ibu, kita pasti mahu anak-anak kita mengingati kita seperti mana saya yang sentiasa terkenangkan mama saya yang pandai memasak... pendek kata, mestilah 'memasak' dan 'pandai memasak'...kalau ibu mertua saya,(saya panggil mak) pastinya, tak akan ada orang yang boleh memasak 'masak kuning' @ lemak kuning yang sedap macam air tangan mak saya.suami saya asyik suruh belajar memasak lemk kuning macam mak dia, saya selalu kata," tak pa, kalau saya masak tidak sesedap masak lemak mak, supaya hal ini akan sentiasa menjadi keistimewaan mak saya"... kek mak saya pun sedap,biskut kacang, biskut suji...

Hari ini saya masak gulai ayam (kata Kedahan)@ kari ayam...pastinya sedap (he he) Masakan ini resepi pertama saya belajar memasak (sebenarnya kari ikan bawal, masak dalam periuk tanah, dengan tunjuk ajar nenek saya) makan dengan roti canai segera, sedapnya.... selepas masak dalam pukul 4 petang (dan belum sempat bertukar baju kerja)saya terus mempelawa suami makan roti canai dengan kari.Semasa dia menikmati kari, saya pun bertanya,

" sedap tak bang"

kata dia, " ok"

kata saya, "ok je"

kata dia kembali," sedapppppppp"... kalau seandainya dia, tidak memuji pun saya tahu, kari saya sedap sebab suami berjaya habiskan 4 ketuk ayam yang dipotong sederhana saiznya, dan semangkuk kuah kari.Kebiasaannya suami saya 'cerewek bangat' ketika makan, kalau tak sedap (kurang garam, termasin etc.. dia akan complain, kalau memuji... payah sekali (2 -3 kali setahun je)

saya pasti, mama saya, mak saya, malah saya sendiri, kami memasak dengan kasih sayang, dengan cinta yang mendalam... kalau tidak 'merasuah' melalui makanan, apa lagi caranya menunjukkan cinta?

Saturday, February 14, 2009

Tun yang saya kagumi 2

Saya harap bagi anda yang belum membaca rencana kasih sayang dan cerita Tun di Berita Harian, sudahpun membacanya. menarik bagi saya, sangat menarik, sememangnya kerana sepanjang perkhidmatan Tun sebagai PM, jarang sekali kita membicarakan tentang kisah rumah tangga dan cinta sepanjang hayat mereka berdua, sebaliknya, setiap saat kita disajikan dengan cerita politik, sumbangan tokoh ini, masalah negara dll.

Dan saya terpanggil untuk menulis tentang cerita cinta Tun bukan kerana sempena sambutan valentime... istilah ini tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya. Keluarga saya mahupun suami, tidak pernah menyambutnya seumur hidup kami. Kepada saya, kasih sayang, cinta, kasih, intan, apa pun perasaannya, biarlah kekal sepanjang hayat, seperti yang dipetik dengan kata-kata Tun dan isteri.Sebagai seorang muslim, kasih sayang adalah anugerah yang tidak boleh hanya dinilai, ditayang atau ditunjukkan sehari dalam setahun... sahaja...

kebetulan, ada di antara murid saya, yang bertanya,' cikgu sambut valen tak?"

Jawab saya, 'Tidak... as a muslim, I should not celebrate valen day'... 'and as a muslim, I in fact, celebrating feeling ..abt love every day"

kata murid saya, jadi tak payah lah belikan cikgu hadiah.

Saya tersenyum sahaja. kalau mahu belikan saya hadiah, belikan saya hari-hari la. (he he ) saya menjawab, nakal, sekadar di dalam hati.

kenapa saya mengkagumi Tun?... nampaknya, tidak susah untuk menjawabnya... banyak yang saya kagumi tentang Tun... pun, saya kenalah berfikir seharian, bagi mencari 1 juta sebab saya mengkagumi Tun.... saya pernah bertemu Tun suami-isteri secara peribadi, semasa itu saya masih berada dalam dalam tahun ke 4,di UKM dalam tahun 90-an, bekerja di Lapangan Terbang Langkawi, semasa cuti semester, malangnya, tidak membawa kamera... jadi, huh... alangkah baiknya jika saya membawa kamera ketika itu...

Satu pengalaman peribadi yang lain, saya sudah lupa tahunnya, saya memandu kereta di langkawi, ketika pulang bercuti (saya sudah bekerja, masih muda trang tang tang... he he), saya berhenti di lampu trafik, dari arah yang berlainan, kedua mata saya terpandang Tun dan isteri dalam pacuan empat roda,(Tun yang memandu sendiri) jadi disebabkan saya ini peminat fanatik, saya lambaikan tangan saya ke arah Tun.dan yang seronoknya, tun melambai balik kepada saya, hasilnya, saya terlompat-lompat macam kera, dua bulan asyik bercerita hal yang sama, agaknya, member pun bosan...

Entah, bila pulak, akan bertemu Tun lagi?? Akan saya ambil gambar, beribu keping bersama Tun...seperti sekeping gambar bapa saya bersama Tun yang terpampang diruang tamu rumah di Langkawi, hmmmmmmm bestnya...

Tun yang saya kagumi



Mahligai cinta 2 Tun

Oleh Fadzlena Jafar
fadzlena@bharian.com.my


Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah kongsi rahsia keutuhan perkahwinan

BUKAN mudah mengahwini insan ternama. Apa saja yang dilakukan pasangan, pasti tempiasnya terkena jua. Namun, bak kata orang, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Mungkin itulah pegangan bekas Wanita Pertama Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Bersuamikan orang politik, apatah pula suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memegang memegang portfolio tertinggi sebagai orang nombor satu negara, bermakna beliau perlu bersedia berkorban masa dan tenaga.

“Saya fikir, saya mampu memahami kerjaya suami sebagai ahli politik kerana kami sama-sama bermula sebagai doktor. Kerjaya ini (doktor) ada kalanya menyebabkan suami perlu balik lambat, tetapi saya memahami kerana saya juga seorang doktor. Apapun, kita harus percaya dan bertoleransi dengan suami. Jangan cemburu tanpa sebab. Apa yang penting, biar sesibuk mana sekalipun, kita perlu cari masa untuk meluangkan masa bersama pasangan dan anak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dalam hubungan ini, Dr Mahathir akui, meskipun isterinya reda dan tabah mengharungi pelbagai cabaran bersamanya, sebagai suami perasaan bersalah tetap ada, terutama apabila meninggalkan isteri sendirian bersama anak. Antara kenangan tidak dapat dilupakannya apabila beliau dalam dilema terpaksa memilih antara berada di sisi isterinya menyambut kelahiran anak mereka, atau menghadiri sidang Parlimen pertamanya.

“Saya masih ingat lagi satu kejadian pada 1964, ketika itu saya baru memenangi pilihan raya pertama saya. Dia (Dr Siti Hasmah) pula sedang menunggu masa melahirkan Mukhriz. Saya sedang bersiap sedia untuk menghadiri sidang Parlimen saya yang pertama, tiba-tiba air ketuban dia sudah pecah. Tetapi, dia beriya-iya suruh saya pergi juga. Bayangkan ketika itu perjalanan dari kedah ke Kuala Lumpur ambil masa yang lama dan saya hanya dapat melihat mereka (Dr Siti Hasmah dan Mukhriz) selepas dia bersalin.

“Memang saya rasa bersalah, tetapi kami berpendapat dalam rumah tangga, suami dan isteri perlu saling memahami. Paling penting, kita tidak terlalu mendesak masa untuk bersama, tetapi tidak bermakna sampai tiada masa langsung untuk keluarga,” katanya.

Ini diakui sendiri Dr Siti Hasmah. Sebagai isteri, katanya, beliau memahami sidang berkenaan amat penting bagi suaminya, menyebabkan beliau sendiri menyuruh Dr Mahathir segera berangkat memandangkan perjalanan yang terpaksa dilalui agak jauh.

Bukan cinta pandang pertama

MEREKA berkenalan ketika menuntut di Kolej Perubatan King Edward di Singapura pada 1947. Dr Mahathir mengakui, cinta mereka bukan cinta pandang pertama, namun menjadi rapat kerana sering belajar bersama.


SALING memahami.

“Dia satu-satunya pelajar wanita Melayu, sebab itulah kot (jatuh hati). Ada enam pelajar lelaki lain, semuanya sentiasa bersedia hendak tolong angkat beg dia. Saya pula dibesarkan dalam keluarga yang ramai lelaki, jadi tidak tahu bagaimana hendak ‘tegur’ perempuan. Saya tengok kawan lain tolong angkat beg dia, saya pun buat juga. Tetapi, saya selalu ajar dia (pelajaran), itu yang mungkin membuatkan hubungan kami menjadi rapat,” katanya..

Mereka mendirikan rumah tangga pada usia agak lewat bagi zaman itu, iaitu Dr Mahathir pada usia 30 tahun, manakala Dr Siti Hasmah, 29 tahun.

Dr Siti Hasmah berkata, kelewatan itu disebabkan mereka hanya berkahwin selepas menamatkan pengajian dan housemanship bagi memenuhi permintaan bapanya.

“Ayah saya tahu mengenai hubungan kami itu. Jadi, satu hari dia telefon saya dan kami berbual mengenainya. Dia minta saya berjanji supaya menamatkan pengajian dulu sebelum berkahwin. Suami saya tamat pengajian pada 1953, dan saya pula pada 1955. Setahun kemudian kami berkahwin,” katanya.

Lumrah bercinta, ada pasang surutnya. Begitu juga dengan perhubungan mereka sebelum berkahwin. Ketika ditanya mengenai cabaran itu, Dr Siti Hasmah tidak menafikan sepanjang persahabatan itu mereka berdepan pelbagai dugaan, tetapi demi janji yang dipegang sejak sekian lama, mereka berjaya melaluinya.

Malah, Dr Mahathir turut mengakui seperti pasangan lain ketiak muda dulu, cemburu tetap ada, terutama apabila melihat Dr Siti Hasmah dengan lelaki lain.

“Ada juga masa berkawan dulu, saya nampak dia berbual dengan lelaki lain, saya cemburu. Begitu juga apabila dia melihat saya bersama wanita lain. Tetapi, lama kelamaan kami faham sebenarnya tidak ada apa yang berlaku. Jadi, perhubungan itu berkekalan,” katanya.

Dr Siti Hasmah akui, sepanjang perkahwinan mereka, beliau sudah masak dengan tumpuan yang diterima suaminya khususnya daripada orang ramai. Malah, sering kali juga beliau terpaksa ke tepi bagi membolehkan orang ramai yang ingin merakam gambar kenangan bersama Dr Mahathir.

“Pernah sekali ketika kami ke Suria KLCC, ada sekumpulan wanita yang terserempak dengan kami berasak-asak hendak mengambil gambar bersama dia (Dr Mahathir) sehingga saya terpaksa bergerak jauh ke tepi. Kebetulan saya terpandang ada pasangan yang ketika itu berada pada tingkat atas melihat senario itu dan mereka ketawa melihat keadaan berkenaan, lalu menjerit ke arah saya ‘tak jealous ke Tun?’.

“Saya juga ketawa kerana apa yang berlaku itu perkara biasa bagi saya. Tiada cemburu, kerana kami saling memahami,” katanya.

Pastikan perselisihan faham tidak berpanjangan

Melihat pasangan berkenaan yang saling usik mengusik sepanjang wawancara dilakukan, jelas sekali keserasian dan kebahagiaan antara mereka. Kini sudah lebih 50 tahun pasangan bahagia itu melayari bahtera perkahwinan bersama.

Namun, Dr Siti Hasmah akui, seperti pasangan lain, perselisihan faham tetap ada. Bak bait puitis lagu Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia biasa. Begitu jugalah dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah.

“Dia selalu komplen, saya lambat (bersiap terutama untuk menghadiri majlis). Kita ni wanita, biasalah banyak barang yang perlu seperti beg dan aksesori yang bersesuaian dengan baju. Jadi itulah yang lewat bila hendak cari yang sesuai. Suami saya pula seorang yang organize. Setiap malam, dia sudah sediakan semua keperluan seperti baju dan kasut untuk keesokan hari.

“Selain itu, sebagai ibu, kita selalu ada benda yang hendak arah anak sebelum keluar dari rumah, terutama pada waktu malam dan saya juga ada tabiat, mesti tutup lampu bilik sebelum keluar. Jadi, selalu kena marah, masuk kereta masam muka dan apabila tiba di majlis tidak bertegur sapa. Namun, akhirnya saya sedar kesilapan yang dilakukan dan kami berbaik semula. Tetapi, bagi menyelesaikan masalah ‘lambat’ itu saya suruh dia (Dr Mahathir) yang tutup lampu,” katanya tersenyum memandang suaminya mengenang peristiwa lalu.

Menariknya, Dr Mahathir berkata, beliau turut mempunyai jalan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

“Sebenarnya, saya seorang yang obses dengan ketepatan masa. Susah nak faham perempuan, ginculah, beg mesti sama warna dengan kasutlah… Oleh kerana dia selalu lambat, saya akan duduk dalam dressing room dan tolong carikan apa yang dia perlukan. Kasut ke, aksesori ke, beg ke, bagi pastikan dia dapat lebih cepat (bersiap),” katanya tersenyum.

Melihat kepada senario hari ini yang mana semakin ramai pasangan baru mendirikan rumah tangga sudah bercerai, Dr Mahathir mengakui sedih dengan keadaan itu. Baginya, perceraian akan meruntuhkan keharmonian keluarga dan mendatangkan lebih banyak masalah khususnya trauma kepada anak-anak.

Beliau berkata, apa yang berlaku hari ini mungkin disebabkan perubahan nilai budaya. Jika dulu, kebanyakan pasangan muda baru berkahwin mendapat perhatian daripada keluarga masing-masing, tetapi hari ini yang mana kebanyakan generasi baru sudah berhijrah ke kota menyebabkan tiada yang memerhati dan memberi nasihat.

“Orang dulu anggap perceraian itu sesuatu yang teruk sekali, tetapi hari ia seperti perkara biasa. Sebaiknya, apabila kita sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, kita perlu memikirkan bahawa kita sudah mempunyai tanggungjawab. Jika kita ada rasa tanggungjawab itu, kita akan fikir caranya untuk berbaik semula apabila bergaduh, bukan terus bercerai.

“Sedih mengenangkan ramai wanita yang menjadi ibu tunggal. Saya berasal daripada keluarga yang konservatif. Bagi kami, kita hanya ada seorang isteri saja. Bapa saya berkahwin dua, tetapi dia berkahwin dengan isteri keduanya selepas emak, isteri pertamanya meninggal dunia. Paling penting, kita perlu saling bertoleransi dan jangan berharap supaya pasangan anda menjadi seperti apa yang anda mahukan. Dia ada personaliti sendiri, jadi anda perlu bersedia menerima kekurangan masing-masing,” katanya.

Paling penting, kata Dr Siti Hasmah, perlu saling memahami dan bertoleransi. Jangan hanya kerana perkara remeh membawa kepada perceraian kerana kesannya ialah anak yang kehilangan kasih sayang ibu dan bapa.

Perkahwinan Vs penceraian


Saya rasa ramai yang membaca perihal cerita Tun mahatzhir

Sunday, February 1, 2009

Langkawi 4

Berpeluang bercuti lagi di Langkawi pada 25-31 januari 2009.. In other word, balik kampung...second time balik sendirian, tanpa hubby (tinggalla dia sekejap)memilih naik flight je... sebab kalau berdua berkereta tanpa mengapa... driving seorang diri bukanlah pilihan yang tepat... kalau menaiki bas pulak, aduh, sakit juga la pinggang..kalau keretapi, 'first class' kira okay... dengan satu bilik berkunci, double decker, meja, bantal, selimut,aircond, okay, selesa bangat kata orang Indonesia, tidur sampai pagi (walaupun perjalanan 13 jam, KL-alor setar)dulu harganya RM 150.. ta tahu la sekarang ni..

Malamnya saya bertolak, ahad 9.15 malam, sampai sejam kemudian... malam tidur sahajalah..paginya sudah buat program, bersarapan di rumah adik lelaki saya dan isterinya, Zurin (sebab merekapun bercuti, tahun baru cina)selepas ke pasar dengan my mum, kami ke rumah mereka dengan nasi lemak, kuih muih...setibanya di sana, rupanya merekapun sudah bersedia dengan sandwish dan kuih pau segera (rajin la juga kiranya).. lepas makan, balik sekejap, masak dan sidai pakaian yang terdapat dalam perut orang gaji Jepun(kira kaya la, kita ni, orang jepun pun buat orang gaji je).. (mesin basuh la) masak dan makan tengah hari... lepas yu merayau la, kedai ke kedai, apalagi... tengah hari ke rumah mak su saya,(kan jauh pulak hati mak saudara, tahu kalau balik, tak ke rumah dia) sedapnya meratah kerapu kepah dengan daun gajus (sambal belacan + daun gajus - kedahan panggil nama janggus)sembang-sembang sekejap.. balik rumah sembahyang asar dan keluar pulak ke rumah sepupu za.. saja, dengar cerita mak saudara dia baru balik daripada Bandung,pergila menyibuk, tengok apa yang di shoppingnya sampai berjuta-juta....mungkin boleh plan 2-3-4 bulan depan pulak ke sana.Singgah sekejapkat rumah adik perempuan saya, mashita.Then balik rumah, rehar, tengok TV je...


Selasa, pagi, pergi makan pagi kat luar,lepas tu, kemas rumah etc... masak dan merayau lagi, he he... window shopping...hanta baju ke rumah tailor ... esok ada kawan yang akan datang... malamnya menjemput adik2, mak saudara dan sepupu datang makan ke rumah...masak best giler,rugi kalau tak berpeluang makan... he he.. perasan la sendiri...

kerabu kepah (sambal belacan + bawang merah + kubis putih + kerisik + kepah rebus + serai yang dimayang halus), masak gulai siput (entah apa namanya) dengan keledek, goreng ikan sebelah, goreng udang ala-ala chinese (asam dan kicap), sotong masak kicap, ulam, sambal belacan... hmm best,duatiga pinggan jadinya...


rabu, pagi 8.00 pagi, menjemput kak LIza dan anak perempuannya Farhana di Jeti Kuah langkawi, membawa makan pagi... selepas itu menghantar ke hotel, biar diorang berehat dan segarkan diri... 9.30 pagi, membawa mereka keliling daripada Pantai cenang, melintas ke Teriang menuju ke stesyen Kereta Kebel (Cabel Car)... ramainya orang yang beratur...panjangnye, macam tak bergerak.. di dalam hati,apa hal macam ni? melihat jam, sudah 11.40 pagi, tapi barisan macam statik je... saya pun bertanya dengan staf yang lalu di sisi,

" kenapa dik, ramai orang sangat, barisan tak bergerak pun?"
" rabu buka jam 12 tengah hari kak" sambilmenunjukkan papan informasi di depan mta saya je.. alamak, patut la..

pada saya,di sinilah menunjukkan kepincangan dan tidak 'pandainya' pihak pengurusan,pada musim cuti sekolah, sepatutnya kaunter dibuka seperti hari biasa la, jam 10 pagi.... selepas membeli tiket, RM 15 (dengan menggunakan mycard) atau RM 25 untuk warganegara lain, kami berempat, beratur panjang lagi untuk menaiki cabel... adus... adus...

Tetapi saya akan katakan berulang kali, memang berbaloi beratur panjang pun... perasaan menaiki kabel yang indah, tidak akan terucap dengan kata-kata...melihat kepada gunung yang berwajah kehijauan, berlantaikan laut yang kebiruan, dihiasi dengan langit yang membiru, dengan angin sejuk yang menyapa ramah di wajah...anda akan merasai bahawa anda tidak akan kisah lagi, beratur lama...saya sendiri, entah berapa kali menaiki kabel tapi tidak pernah akan jemu...

Berada 7oo kaki daripaada laut, menginsafi diri,indahnya Hak Milik Allah ini... ini baru dunia kita, belum lagi syurga Allah yang berbillion kali cantik dan menabjubkan.... apatah lagi, kalau anda da[at meredah dan berjalan kaki ke titian gantung (agak jauh dalam 2km, pergi dan balik)kadang-kadang kalau berngin, titian itu bergoyang, dan di dalam dada, seolah berkocak sama)

seterusnya, ke beras terbakar, sambil singgah ke kedai kawan saya , Tat na...membeli kain pelikat, kain batik, t shirt, minyak gamat (ini bahan wajib beli di sini)

Selepas itu, kami menuju ke kedai makan diPadang Matsirat (ikan bakar yang sedap), lalu-lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Padang Matsirat da menuju ke Pekan Kuah untuk Window Shopping....

Melihat kak LIza yang membeli entah berapa harganya coklat import, saya tersenyum sendirian, he he... itu keadaan biasa pelancong di Langkawi, beli jangan tak beli, nanti balik menyesal pulak...daim, kit kat, hersyer,tablerone etc....memang murah giler.... dan memang anda 'giler'kalau tak membeli... beza harga antara 30- 40 % selepas dicukai....