Al-Fatihah,Bonda mertua yang saya kasihi Hajah Fatimah binti haji Omar, telah kembali ke Rammatullahpada 26 Dis 12.20 malam dan selamat disemadikan di Perkuburan Tiara,Damansara 26 Dis jam 11 pagi. Al-Fatihah. Benarlah seperti yang dikatakan orang,apabila seseorang yang dikasihi pergi,kekosongan memori yang ditinggalkan itu,akan lebih terasa. Dan kita akan terasa seperti 1001 kali lebih rindu daripada biasa... Dan saya lebih sedih kehilangan ibu saya kerana sebelum ini saya ada dua orang ibu dan sekarang hanya tinggal ibu kandung saya sahaja. Tiada lagi ibu mertua saya,yang saya panggil mak untuk berkongsi cerita... saya akan terus merindui segalanya tentang mak saya,kerana seisi dunia ini tiada yang akan boleh menjadi galang ganti kepada mak saya.
Sebagai anak (menantu anak pertama tetapi ketiga dalam keluarga )walaupun sedikit sahaja jasa saya,saya meredaikan pemergiannya ke pangkuan YANG MAHA KUASA,sekadar akan merindui bukan sekadar biasa... Saya bersyukur menjadi orang yang terakhir bermalam bersamanya di saat dia tertidurkan akibat morphin,(bagi meredakan kesakitannya)orang yang terakhir membawa beliau ke bilik air,orang yang terakhir menggantikan baju kepadanya,orang yang terakhir membelai rerambutnya,menurut belakangnya dan orang yang terakhir bergurau dengannya. Mak saya kelihatan kurus sangat akhir-akhir ini, dan saya katakan kepadanya,"mak,kena belajar ilmu kurus mak." dan mak hanya tersenyum. Cuma terkilan ayat terakhir saya,"mak,nora balik dulu,nanti petang nora datang lagi..." sebab sehari semalam di hospital,saya balik tengah hari khamis untuk mandi dan tidur sekejap,petangnya apabila saya pergi semula ke hospital,mak sudah 'bermandikan wayar' dan mesin dan sudah tidak sedarkan diri lagi.Banyak lagi yang saya ingin katakan pada mak,betapa kasihnya saya pada mak,tapi saya tahu mak akan mengerti semua itu.
Banyak perkara-perkara kebiasan yang mak lakukan dan tidak beliau lakukan pada tahun ini.Contohnya,selalunya pada musim cuti sekolah,dia akan datang ke rumah saya. Saya akan melayaninya bersembang,makan,dan kebiasaannya kami akan menonton televisyen bersama,menonton al kuliyyah,dan rancangan berilmu yang lain,hatta saya kadangkala menonton American Idol (dan mak akan menonton juga bersama saya setelah selesai bersembahyang dan wiridnya ,saya akan bercerita kepadanya,apa yang dinyatakan oleh panel hakim,bagaimana mengundi dan sebagainya)
Pada cuti sekolah tahun ni,mak tidak mahu ke sini walaupun diajak oleh anak-anaknya. Mungkin,seolah terasa akan meninggalkan kami,mak tidak mahu lebih banyak kenangan yang bakal ditinggalkannya.
Selalunya semasa menemankan mak makan tengah hari,saya akan mencungkil cerita mak yang lama-lama sampaikan tangan kaki kering (sebab tangan tidak berbasuh selepas makan tengah hari)banyak sebenarnya cerita hidup mak yang manis-manis sehinggakan sehingga kalau saya ceritakan dalam novel akan melebihi 10 jilid. Manisnya seyuman mak ketika menceitakan perkara indah semasa peristiwa lama berlaku.Satu ketika ketika saya bergurau dengan mak,mak sampaikan menepuk bahu saya kerana geli hati. Mak berbeza karektor dengan saya, saya ni pandai loyar buruk dan bergurau... mak tak padai menegnakan orang dan bergurau, but mostly akan ketawa jika saya menceritakan sesuatu.
Pesanan mak untuk diri saya,"sembahyang,sembahyang dhuha dan bersyukur kerana dengan bersyukur kita akan mendapat rezeki yang berganda." Kebiasaan kalau bertemu mak dan di akhir pertemuan saya akan berkata,"mak jumpa lagi."bersalam dan berpeluk.Malangnya di hospital tengah hari itu,saya tidak mengucapkan perkataan yang sama.
Dalam tempoh mak yang 'tidur' berulang kali saya ucapkan salam dan meminta mak mengikuti kata-kata dan kalimah Lailahaillallh,selepas beberapa puluhan kali,kelopak mata mak kelihatan basah bergenang air,saya pasti mak mendengarnya,cuma mak tidak dapat berkata-kata. Sentuhan di jari mak juga terasa bagai ada magnet di hujung jari mak. di malam terakhir sebelum mak meninggal (khamis)hati saya bagaikan sayu,sudah terasa bagaikan mak akan meninggalkan kami cuma,saya tidak pasti bila Allah aka menjemput mak.Dalam hati saya saya berdoa terus,"Ya Allah,ampunlah ibu saya ini,kalau kehidupan dunia lebih baik bagi ibu ini,sembuhkan dia,kalau kehidupan akhirat lebih baik kepada ibu saya ini,mudahkanlah bagi dia. Atas segala kebaikannya kepada kami selama ini,mudahkanlah dia Ya Allah."Simpati saya melihat mak dengan tiga empat mesin di sekelilingnya dan wayar fentilazor,oksigen dan entah apa-apa mesin lagi di sekelilingnya.
Hati saya dihambat rindu yang akan berpanjangan, doa saya akan sentiasa mengiringi mak di 'alam sana'. Semoga mak akan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Dan sebagai anak,saya sudah melaksanakan jasa saya yang hanya sedikit dibandingkan dengan jasa mak membesarkan suami saya dari kecil sehingga kini,dan menerima saya dengan segala keburukan saya menjadi anak perempuannya. Saya berharap akan lebih berpeluang menjaga mak dengan lebih lama...
Semasa mak tidak sedar lagi,alhamdulillah Allah gerakkan hati saya akan menutup aurat mak kerana pada anggapan saya jika mak sedar tentunya mak akan bertindak sedemikian... dan jika mak akan meninggalkan alam ini,mak akan pergi dalam keadaan arat yang terjaga. Saya berpeluang memandikan mak,mengkafankan mak dan bersama di dalam van yang membawa jenayah ke kawasan perkuburan untuk disemadikan. Agak memelikkan kerana sebelum ini saya ni seolah takut kepada jenayah,kalau ada kematian,saya hanya menjengah ke ruang tamu sahaja,entah bagaimana datangnya semangat dan hilangnya ketakutan itu... Yang saya pasti kasih sayang saya melebihi segalanya dan inilah khidmat terakhir saya sebagai anak.Dan saya pasti saya pelajari semuanya daripada contoh mama saya yang berkhidmat dengan mak kepada nenek saya (ibu mertuanya)...
Baru hari ketiga mak pergi,terasa bagaikan sudah kehilangannya selama mungkin... dan yang ironinya,saya tidak akan bertemu mak lagi di bumi nyata.
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Selamat Hari Ibu kepada para ibu.. 2006 lepas, saya dan mama saya menyambut hari ibu dengan majalah jelita, seronoknya... tahun lepas saya...
-
Menjadi pendidik, tentunya tidak ada perkara lain yang lebih menyeronokkan anda selain daripada berjumpa kembali anak-anak didik anda, seola...
-
Saya bukan seorang yang suka menonton teater, jauh sekali 'hantu' teater.. Saya memang tidak suka sebarang program nyanyian apa...
-
Perkara yang baik datang setiap hari. Anugerah Allah dengan kesihatan yang baik,kebahagiaan yang tidak terhitung dsbnya (yang kita sudah...
-
Sudah agak tiga hari asyik bermimpi (actually bukan mimpi lagi, sudah masuk kategori merepek, sebab sudah reach pagi, hampir jam 5-6 pagi), ...
-
Hari ini teruja dapat berbicara walaupun ringkas dengan seorang pelajar STPM saya yang sudah agak lama tidak bertemu. 10 Tahun lamanya tidak...
-
Semalam bertemu kawan lama di Sogo...we're chatting tanpa mengira siapa di sebelah pun..Kalau agaknya ada PM pun,kitaorang tak akan namp...
-
Kalau di Pantai Timur ada musim tengkujuh, di Langkawi ni disebabkan pulau, kadang-kadang tempiaslah cuaca seperti itu juga. (bukan kadan...
-
Pesta buku datang lagi. Pada tahun ni saya akan berada di both Karnadya, berlokasi Dewan Tun Razak 3: A49-A51 dan A70-A72 PWTC pada 1 Mei 20...
-
Sebagai peminat movie, saya angkat 'dua-dua ibu jari saya'. Kualiti filem, story line, watak-watak yang hidup... dengan bahasa tubu...
5 comments:
banyakan berdoa dan menghadiahkan pahala bacaan ayat-ayat Allah. Semuga Allah mencucuri RahmatNya keatas rohnya, amin...........
Bapa
Takziah dan Al-fatihah...moga Allah mencucuri rahmatnya.
Pak Karamu sudah pulang ke Malaysia
AlFatihah...semoga Allah mencucuri rahmatNya.
AL-fatihah... Semoga Allah mencucuri rahmatnya...
Post a Comment