Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Sunday, May 29, 2011

Tanggungjawab sosial seorang penulis.

         Pendapat di bawah adalah pendapat saya sendiri, tiada tujuan untuk menyebut dan membandingkan dengan mana-mana penulis pun. Penulisan ini tidak bertujuan untuk menghina, mengapikan atau memperlekehkan novel atau tulisan sesiapa pun. Tulisan ini hanya menyentuh tanggungjawan sosial yang menjadi pendirian saya sendiri! Saya harapkan tulisan saya ini tidak dikaitkan dengan mana-mana penulis pun!    

         Kata-kata seorang teman saya membuatkan saya kurang senang hati. Katanya, "Kenapa tak menulis seperti ..." Penulis yang dia maksudkan adalah seorang penulis yang sudah lama menulis. Agak keterlaluan ayatnya bago saya. Dalam perkataan lain, tidak sesuai sebagai bahan bacaan saya. Saya katakan, "saya adalah saya sendiri. Tidak mahu mengikut, meniru orang lain. Dan saya tidak akan sesekali menjadi dia."

             Kepada diri saya, saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tulisan saya. Saya bertanggungjawab dalam menulis bagi setiap novel saya. Jika saya menciplak, meniru karya orang lain, saya bukan sahaja bersalah terhadap kesalahan meniru atau menciplak,iaitu kesalahan daripada aspek undang-undang penulisan, tetapi hukumnya 'berdosa' mencuri hasil karya orang lain.

         Apatah lagi menggunakan perkataan-perkataan yang berunsur "L" dan berbau gatal a.k.a miang. Saya sentiasa meletakkan diri saya sebagai pendidik yang sudah berbelas tahun berkhidmat. Adakah saya tidak pelru merasa malu apabila murid-murid sayamembaca novel saya yang berbau 'L" atau miang a.k.a gatal. Jawapannya, "Oh tidak." Anak saudara saya yang sulung sudah berusia 18 tahun (adik perempuan saya berkahwin dalam usia muda) dan ramai lagi anak-anak buah saya yang sudah mencecah belasan tahun, semuanya berjumlah 12 oran (termasuk yang masih bayi) dan mereka ini akan terus membesar. Membayangkan mereka yang akan membaca karya saya, dan buku saya mengandungi unsur-unsur memalukan! Aduh! Tolong! Bagaimana kita mahu mendidik mereka dengan unsur-unsur agama dan sosial yang baik, jika kita sendiri menggunakan unsur-unsur yang salah. ketam tidak akan mampu mengajar anak-anaknya berjalan betul!

    Pendidikan Islam dan tulisan berunsur islam tidak terhad kepada novel atau buku-buku Islamik sahaja. Saya merasakan sudah sampai masanya kita memwara-warakan unsur keindahan agama Islam dalam tulisan kita supaya keindahan ini akan disedari oleh masayarakat Islam sendiri khasnya, dan masyarakat lain amnya. Saya akan cuba memasukkan unsur ini dengan harapan ianya akan mengingatkan diri saya sendiri dan pembaca dengan keindahan agama Agung kita sendiri.

       Maklumlah sebagai manusia biasa, kita perlu disedarkan sentiasa dengan agama kita. Dalam buku pertama saya, Dimensi Cinta, maklumlah, saya baru pertama kali menulis, saya tidak memasukkan unsur sains dalam Islam, begitu juga novel kedua, CSKK, dan juga ketiga, walaupun mengandungi unsur agama, saya tidak juga memasukkan unsur Sains dalam Islam. Kealpaan saya yang menjadikan kesalahan begitu! Pu begitu, saya merasakan saya tidak lupa mengangungkan keindahan dan keagaungan ALLAH dalam menjadikan alam maya ini! Subhanallah!

   Insya_Allah dalam novel ke4, yang masih dalam projek, saya akan memasukkan unsur sains dalam Islam. Alangkah cantiknya agama ini, walaupun dalam hal yang nampaknya remeh (kecil) seperti mengangkat wuzuk terkandung kelebihan yang mewah dan besar! Saya berharapkan semua info ini akan memberikan kelebihan kepada pembaca. Semoga apa yang saya persembahkan akan diterima Allah. Hal ini merupakan dakwah saya sebagai umat Islam.

   Walaupun saya suka menonton wayang dan televisyen, saya bersikap 'anti' terhadap lakonan yang melampau, contohnya pegangan tangan suami steri (dalam filem) maklumlah, mereka bukannya mempunyai hubungan yang sah. Dalam novel, saya kira sekiranya suami isteri, setakat berpegang tangan, dibenarkan. Itupun, tidak perlulah bercerita hal-hal yang sulit seperti ciuman etc! Naik seram membaca buku-buku/novel yang mempunyai elemen-elemen ini! Biarlah sahaja penulis-penulis Barat yang tidak mempunyai sekatan agama dan sosial melakukan sedemikian. Jagailah tatasusila kita sebagai seorang penulis Islam. Tetapi kadangkala pembaca ini juga pelik, kalau tidak ada unsur-unsur begitu, tidak juga mahu membacanya atau dikategorikan sebagai 'Menghampakan'... Saya kira, biarlah dengan label begitu asalkan tulisan itu tidak mendatangkan unsur 'menjelekkan' daripada segi agama dan sosial.

   Pendek kata, apa sahaja yang saya tuliskan, semuanya terhitung di bahu saya sendiri. Dan jika saya alpa, tolong ingatkan saya!

Saturday, May 28, 2011

Aduhai pening...



Cover (muka hadapan) novel ke tiga saya: Purnama Merindu: Buku Prima.

Sudah empat hari saya pening.. dan pening bukan sebarang pening. Dan pening saya tiada kaitan langsung dengan cover di atas. Blog saya tidak boleh 'sign in'. Dimintanya saya 'verification' emel. Sudah lakukan, pun tak boleh. dah letih fikir, mana silapnya. Tempat ruangan 'sign in' pun tak ada! Panik juga. Saya terfikirkan bagaimana saya mahu 'up date' blog sejarah saya, 'djlovehistory' memandangkan pelajar kami perlukan contoh esei untuk projek. Sudah tentu saya akan membantu mereka, tapi bagaimana jika saya tidak boleh 'up date' blog saya! Bingung! Dan akhirnya, seorang ex student saya, Erwan mencadangkan, saya gunakan 'browser' (harapnya betullah istilah ini) baru. Dah jelas, memang sah rupanya, browser lama ada masalah teknikal. Sudah corrupted! Nasib baik ada adik ipar yang boleh membantu.. he he.. lega! sudah nak bingung dibuatnya.

Hari ini biasa saja, mendobi, spring cleaning.. dah banyak abuk.. kadang2 pelik, entah macam mana boleh berabuk ya... kadang baru sahaja vacum, tengok berabuk semula! Baru 1-2 hari sahaja! agaknya kena buat bilik berkaca dengan tapisan oksigen... hmmmm.

Alhamdulillah, novel baru keluaran Prima akan dipasarkan mulai Jun ini... sudah lihat covernya.. cantik, kebetulan, ketiga-tiga novel saya berwarna biru. Biru kan romantik! Sebenarnya tiada warna khusus bagi saya bagi menggambarkan romantik.. seperti yang saya pernah katakan, istilah ini relatif sifatnya, sama seperti cantik atau kacak. Semuanya bergantung kepada mata, dan deria lain bagi mentafsirkannya. Contohnya, pada saya, suami bawa balik sebungkus nasi goreng ketika saya sakit, hujan pulak tu (sebab tak berdaya masak, sakit perut, cirit birit) saya kira, romantiklah tu! Romantikus: maknanya bagi saya mengambil berat. Ada orang, sebahagiannya, romantik baginya kalau menghantar sejambak bunga... apatah lagi ke tempat kerja, semua orang tengok, itu romantik. Pada saya, itu hanya pembaziran. Bunga tak boleh dimakan pun.. simpan pun tidak juga! Akhirnya akan dihumban ke tong sampah juga!

dan cover tu, saya suka!Tidak sabar melihat buku yang telah siap! Sebenarnya berperasaan yang sama setiap kali melihat buku sendiri, "Aku tulis buku ni?" seperti tidak percaya!

Friday, May 20, 2011

Can't wait for holidays!

Jika ditanya kepada mana-mana pendidik pun, sejauh mana mereka sukakan sekolah dan murid mereka, tentu mereka lebih sukakan cuti sekolah! Begitu juga murid, sejauh mana mereka sukakan guru mereka (suka, lebih kepada terpaksa suka.. he he) dan sekolah (sebab utama boleh berjumpa kawan dan bercakap... itu realitinya) tentu mereka suka cuti sekolah (dan akan lebih baik dengan memasukkan unsur kawan di dalamnya) I love holidays!


Minggu ini saya bergelut untuk menghabiskan kertas peperiksaan, Insya_Allah pada ahad ini atau selewatnya isnin ini. Sudah dua minggu saya tinggalkan manuskrip saya yang juga bermakna, saya kena baca kembali semua yang saya tuliskan untuk 'refresh'.. alamak! Untuk dapatkan rythm penulisan dan melodinya.. haiya! memang ada tulis notanya sebagai panduan, but still, membacanya kembali bagaika memainkan muzik dan barulah boleh menyanyikan melodinya dan rthymnya kembali.. Poor thing! Sebenarnya jemu membaca karya sendiri ni! Ha ha!


Kadangkala terbawa juga perasaan 'bebalisme' murid ke rumah. Rasa geram sungguh! Saya terbaca mengenai bebalisme ini beberapa tahun lepas, tulisan di Utusa Malaysia. Bebal bermakna 'perasaan degil' yang sungguh-sungguh. Itulah cerminan murid-murid sekarang. Kalau diberi arahan/permintaan tiga kali pun, mereka tidak akan ikut sebab kepada mereka, semuanya tidak penting. Contoh yang senang, betulkan barisan awak. Bunyinya mudah sahajakan... 'simple' 'tiga perkataan sahaja', tetapi mereka akan ambil masa 5 minit atau permintaan itu perlu diulang hampir 10 kali. Dan pantang larang saya, apabila ada pentadbir yang lalu, akan menegur saya seolah-olah saya tidak beritahu murid agar membetulkan barisan mereka.. (macam tak buat kerja kita, padahal, sudah ditegur berulang, berjalan daripada hujung ke hujung dan minta mereka, diam, beratur dengan elok: huh! susah sungguh) Dan kepada saya ini bukanlah sekadar 'bebalisme', sangat 'bebalisme'... Unjuran 'obsess' yang teramat sangat kepada 'bebal' yang tidak boleh diubati.


Ada satu masa itu, saya ke satu kelas, bilangannya tak ramai pun, tetapi kedegilannya ke tahap gaban. Saya meminta mereka duduk di tempat masing-masing, sebab apabila berkumpul, mereka berbuat bising, padahal hanya berkumpul 2-3-4 orang satu kumpulan. (di kelas lain, apabila saya meminta berbuat demikian, mereka akan bergerak dan duduk senyap sendiri, sebab saya mengugut akan menolak markah peperiksaan mereka: dengan itu, saya berada dalam situasi 'peaceful' sungguh! Idealnya, semua orang boleh study dengan keadaan aman damai, menunggu waktu peperiksaan yang akan datang) Tetapi mereka ni bukannya degil... tidak mahu bergerak.. dan saya memberi pilihan lagi. Kalau tak mahu ubah tempat, tak perlulah bercakap dengan kuat! Tetapi mereka ini sengaja mencabar saya rupanya. Tidak juga mahu meminda tempat dan berbual dengan kuat! Saya benci betul dengan orang bebal! Malah ada murid yang menengging saya balik dengan katanya, "peperiksaan lambat lagi!" Memang kurang adap!


Lemah dalam ingatan, slow dalam pembelajaran, saya anggap biasa tetapi jika sudah, 'bebal' dan biadap, tidak terkata! Kumpulan seperti inilah yang tidak menjadikan hari saya sebagai 'guru' tidak seronok langsung! Malas! Latihan langsung tidak mahu buat! Lemah (ini perkara lain, apa nak buat)biadap!


Menulis memberikan saya keseronokan sebab menulis membolehkan saya ekspress perasaan dan ideal sesuka hati, asalkan tidak menyenyuh mata-mata sensitiviti kaum dan agama. Hal ini tentulah tidak boleh kita pandang enteng kerana perpaduan penting dalam asas pembentukan negara. Sebagai seorang guru sejarah, saya sedar, 'perpaduan' adalah syarat penting bagi memerdekakan negara kita dahulunya, antara syarat wajib British kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.


Dan kali ini, saya mereka watak Adduha, Natrah, Katrina, Syaiful, Nik Hisyam, Vimmi dan sebagainya. Dan bagaimana ceritanya, uh, terlalu jauh perjalalanan ceritanya!

Sunday, May 15, 2011

Hmm alahai...

Masih lagi minggu yang memenatkan. Dua minggu ini, saya boleh mengira, hari-hari mana yang saya makan dua kali sehari... kebanyakan hari, saya hanya ambil 'heavy breakfast' sahaja. Lunch, minum air, petang minum air juga, malam, fruit dan air sahaja. Terlalu sibuk untuk makan! Tetapi masih lagi tidaklah tinggal 'tulang rangka'. Masih 'vogue' dan comel giler!

Petang jumaat, saya mencuba balik awal, dan menemani mama, adik perempuan dan anak saudara saya membeli belah sikit. Sabtu, saya terpaksa mengambil cuti untuk menghantarnya ke kolej. Malam bergegas menghantar mama dan adik saya ke Central. Dan malamnya, beberapa jam menghabiskan 'proof reading' manuskrip PURNAMA MERINDU yang bakal diterbitkan Julai 2011 oleh BUKU PRIMA, anak syarikat Karangkraf.

Proof reading merupakan bacaan manuskrip yang telah diedit oleh editor dan mesti disahkan oleh penulis kerana penulis berhak atas karyanya. Jadi, jika terdapat ketidak persetujuan, hal ini akan diperbincangkan oleh penulis dan editor! Kebiasaannya, hal ini telah diperbincangkan sebelum ini, dan tidak banyak perkara yang menjadi 'perdebatan'.. he he he Yang disemak adalah jika masih ada perkataan ejaan yang salah dieja (maklumlah, dalam berpuluh ribu perkataan, kadangnya ada yang terlepas pandang'. Walaupun dibaca berkali-kali, pasti ada juga perkataan yang tercicir! Nyatalah, kitakan hanya manusia!

Editor saya mengharapkan manuskrip di sahkan sebelum selasa atau selewatnya selasa, 17 mei, tetapi saya lebih suka menyiapkannya lebih awal supaya perasaan kacau saya menjadi lega! he he.. lagipun, mereka perlu menyemak buat kali terakhir sebelum difilemkan. (setiap halaman novel akan difilemkan seperti foto cetakan cara lama menggunakan filem, dipanggil entah, agaknya 'filem'. Kemudian muka kulit depan akan disiapkan, dan walla, semuanya sudah bersedia. Bermakna, sebelum Julai buku saya akan siap dicetak! Wah! Seronoknya!

Saya kadangkala tergelak sendiri, selalu orang akan berkata, "saya tak baca buku cinta!" "ala, asyik cerita cinta sahaja" pada saya ujud salah anggapan kepada novel bertema cinta! Saya tidak boleh bercakap untuk pihak orang lain, pada saya, buku-buku saya bukan 'buku cinta'! Kebanyakan penulis juga tidak menulis BUKU CINTA sebaliknya NOVEL KEHIDUPAN. Dalam novel ini tentulah menyelitkan cerita cinta, cintakan sebahagian daripada kehidupan manusia! Manusia perlukan cinta seperti mana pokok memerlukan air, tanah dan matahari! Kepada saya, buku cinta yang sebenar-benarnya mestilah mengandungi manual cinta seperti yang ditulis oleh ramai penulis.(Panduan cinta etc) tetapi jika novel bercerita perihal kehidupan, kerjaya, tempat, ilmu yang lain, itu bukanlah NOVEL CINTA teapi CERITA! Dalam novel saya, hanya 20% sahaja cerita perasaan, selebihnya adalah kerjaya, tempat dan sebagainya! Belum pernah saya mengira berapa banyak mukasurat saya menyentuh atau menulis tentang CINTA! Barangkali, di lain masa, saya patut mengira berapa jumlah mukasurat perihak cinta, entah-entah hanya 50 muka surat atau kurang daripada 500 muka surat, bermakna hanya 10% perihal 'cinta' atau perasaan yang dibincangkan!

Nasihat saya, janganlah 'pukul rata' akan buku2 yang belum kita baca dengan semua penulis. Cubalah membacanya dahulu dan barulah menilainya!Manalah tahu, sekali cuba, anda akan terus jatuh cinta!

Thursday, May 12, 2011

Aduhai

Sepanjang min ggu ini agak 'menggila'... filing sepanjang hari. Bukannya tak mahu updated semua file sentiasa, tapi tak pernah ada waktu untuk semua 'kerja giler'itu!Hari-hari, mengajar, tanda buku, mengajar, tanda buku! Bila saja ada masa free, kena buat itu dan ini, laporan itu dan ini! Adus! Dan minggu ini terpaksa juga membuat filing.. bagaikan berbuntal biji mata, yang sakit hati tu, tahun lepas, lain caranya, tahun ini lain pulak! kalau asyik bertukar sistem, boleh 'giler' jadinya!

Minggu ini, hari jumaat pagi, seawal 5.30 pagi, mama, adik perempuan saya dan anak buah akan tiba, untuk mendaftar anak buah saya ke kolej. Malangnya, hari jumaat saya terpaksa bekerja, jadi, terpaksalah tak boleh mahu 'melayan mereka di rumah'. Yang sukarnya menjadi guru ni, walaupun banyak cuti sekolah lainnya, kita tak ada cuti lain jika terasa mahu bercuti.. lainlah kalau cuti kecemasan. Petang, saya terpaksa balik awal sebab ada tetamu di rumah kan... kalau tak habis kerja pun, nasiblah!!!! Dah over dose 'streessss'

Hari sabtu ada 'ladap' pulak, sampai jam 4 petang pulak tu, padahal kena daftar anak buah saya sebelum 11 pagi... miss semua perkara! Malam, mama dan adik saya akan balik Langkawi pulak! Aduhai! kesian sungguh, tak sempat melayani tetamu. Apa nak buat, tak pergi, nanti banyak perkara yang menjadi susah pulak!

Dalam pada tu, editor saya memberitahu agar saya 'proof reading' manuskrip saya. Maknanya baca semula manuskrip yang telah diedit dan 'proffkan'... sahkan manuskrip yang telah diedit, ayat ke, perkataan dia. Kalau tidak bersetuju, maka tukarlah balik. Jika tiada masalah dengan ayat atau perkataan editor, maka, okay! Selalunya, saya tidaklah banyak songeh sangat.. he he.. sebab editing kita dulu pun, sudah lihat banyak kali. Proses editing pun dilakukan banyak kali oleh editor, jadi, boleh dikatakan, "okay". Kalau ada hampir 500 pages, dalam 2-3 hari, mahu juga berbuntal biji mata ni!!! aduhai!! wrong timing.. he he, sebab masih sibuk macam2! aduiii!

Kertas exam saya belum tempuh lagi.. tidaklah menjadi hal sangat sebab kertas exam boleh tunggu.Yang tak boleh tunggu ni hanyalah budak2 saya, yang hari2 bertanya perihal kertas dia! aduiii!

Semoga Allah beri kesihatan yang baik dalam melaksanakan tugas! Rasa2nya, bahu pun sudah tegang! Tanda stress yang melampau!

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari ibu!Selamat hari Cinta!

Selamat Hari ibu! Entah, saya kurang faham mengapa diujudkan hari ibu oleh Barat, menurut firasat saya, diadakan kerana mereka tidak menghormati ibu mereka sangat, jadi setahun sekali saya mereka agaknya mengingati ibu mereka.. he he he (maaf, jahatnya fikiran) Pada saya, hari ibu sepatutnya diraikan bila-bila masa sahaja, jika ada kesempatan.

Minggu ini agak memenatkan. Selain hari persekolahan yang panjang, minggu depan hari peperiksaan bermula, jadi kena siapkan fizikal dan mental untuk menanda kertas.. juga perlu bersedia untuk menyiapkan fail-fail panitia sebab sekolah akan 'diserbu'... aduhai!!! Hari sabtu depan juga perlu adakan Ladap.. adui! Kerja 6 hari seminggu, setiap sabtu, (bagi 2 minggu berturut-turut)dan hanya berehat pada hari ahad, bukanlah satu 'break' yang mencukupi.. Penat belum pun habis, sudah perlu ke sekolah semula! Aduhai!!! pening oooooo!

Manuskrip saya sudah dua tiga hari tidak bergerak... idea melekat di kepala, tapi dek keletihan, tidak bergerak. Insya_Allah, akan cuba digerakkan juga, sebab pada minggu-minggu peperiksaan (dua minggu) pada minggu hadapan, memang terpaksa berhenti terus. Menjaga peperiksaan di kelas, memang agak boring. Guru tidak boleh membaca, menulis, memeriksa kertas, apatah lagi kerana dikuatiri ketika itu 'termiss' pelajar yang mencuba meniru! Jadi yang boleh dlakukan hanya 'berangan je' (actually bolehlah berzikir perlahan-lahan, senyum sorang-sorang, mengenang citer-citer lama.. he he)

Menyebut tentang cerita lama, petang tadi ketika mengenakan baju t-shirt lama saya, bertulis 'Danau Toba' dengan lukisan abstrak di kelilingnya, membuatkan saya terkenang peristiwa manis bersama kawan baik saya Masita. Back to 1994, tahun pertama saya bekerja, kira-kira 3-4 bulan pertama bekerja. Saya dan teman sana ke Tanau Toba, Indonesia pada bulan Nov. Dan bukannya Danau Toba yang membuatkan saya terkenang, cenderhati itu yang membuat saya terkenang. Di sana saya mendapatkan baju t-hirt ini dua helai, satu simpanan saya, dan satu lagi kepada 'dia'.. Hah! Saya tiba-tiba teringatkan dia, hanya tertanya, apa khabar dia di sana agaknya! Sihatlah kot! Ha ha ha.. dan terkenang bukan bermaksud mempunyai perasaan lagi, sekadar teringat akan 'memoir' dengan dia 'di dalamnya'... nothing more! Kata orang-orang la ni (kata orang Kedah) Tak de maknanya pun.. he he he... Lama juga baju itu rupanya, selama tempoh saya dan dia dahulu, selepas kali terakhir bertemu dia , back to 1997 kot! (entah ingat-ingat lupa dah, tak penting lagi sekarang ni.. ha ha ha) Itulah bezanya lika dan love. Lika sekadar tertanya, love kita sanggup buat apa sahaja!

Saya tergelak apabila seorang junior bertanya, bagaimana saya boleh menulis cerita romantik, macam orang bercinta selalu? Agaknya saya tak nampak macam romantik kot? Saya betanya dia sambil tergelak besar. Sebenarnya, saya sentiasa dalam alam percintaan kot! Always in love! Saya masih merasa getaran yang sama menunggu panggilan dijawab di hujung gagang, apabila saya menelefon dia! Atau bertemu dia.... Cuba tidaklah seronok sangat kalau berdating (macam dulu-dulu..ha ha ha..) Minat kami ternyata berbeza, dia kedai kereta, saya mahu ke kedai buku memanjang, saya tak minat ke kedai akurium, dia boleh berjam-jam di sana... Saya tak suka window shopping, tak akan lihat jika tidak mahu beli dan 'mambang' saya sebaliknya! ha ha ha.. tetapi itu tak membataskan soal 'perasaan' kan...

I feel love, when I like you.. I like you, when there're love... what ever! Cinta dan kasih sayang adalah anugerah Allah yang terbaik untuk manusia. Jadi, jika kita ada pilihan untuk 'terus jatuh cinta', mengapa tidak!

Tuesday, May 3, 2011

Hari istimewa


3 Mei 2011, seperti biasa, hari ini ulangtahun kelahiran suami saya! Hadiah istimewa, ala, orang-orang tua manalah nak sambut harijadi lagi! ha ha ha.. Hanya doa saya, panjanglah umurnya, berkatlah hubungan cinta kami selamanya, harapnya seta sehingga ke hujung nyawa! Harapkan kami akan kekal bersama sehingga ke usia tua bersama-sama... sama-sama mengomen sakit lutut, mata yang semakin rabun, dan sama-sama mengomen katil yang berbau minyak angin! (orang-orang tua, yang sakit urat, biasanya akan melumur minyak angin.. he he he)

Hadiah! Kalau diikutkan hadiah yang dia mahukan, mestilah BMW 7 siries! Giler! Mana nak cari duit untuk beli yang itu! ha ha ha.. akhirnya saya belikan dia 'bean bag'..di Subang Parade. Kebetulan hari ini, jam 4 petang, baru saya sampai di rumah sebab ada meeting... (alahai, jam 1.40-3.45 ptg, hati bergelegak mahu pulang) Maklumlah bday suami.. he he.. kami keluar ke Subang Parade, makan di Restoran Padang. (sedap, tapi bolehlah tahan jugak mahalnya, habis, dah makan macam2, apa lagi.. he he.. ikan, daging, telur masak lemak,sayur, gulai entah apa namanya, jus avokado dan keropok kerbau ( yg betul2 bau macam kerbau.. he he, sedap tapi hamis baunya)

Lepas tu jalan2 sikit, balik ke rumah. Malam dia kena ke studio, dan saya akan cuba habiskan seberapa banyak helaian manuskrip bab ke 4 saya. Maklumlah, minggu hadapan minggu peperiksaan, saya sudah perlu memeriksa kertas, 2 minggu tentunya tak ada masa untuk manuskrip saya. So sementara ada masa, pulunlah dulu!

Kadangkala ada masanya sebelum peperiksaan, sepatutnya minggu mengulangkaji, saya sendiri, strees dengan sikap kebanyakan murid saya terutamanya yang lemah! Yang bijaksana dan rajin, tiada masalah, apabila mengulangkaji, mereka akan sama-sama akrif, pembelajaran dan pengajaran(P & P) berlaku dua hala, mereka mengambil bahagian dalam mengulangkaji.. sebaliknya yang lemah tu, penat je bagi motivasi, berleter sikit, nasihat sikit, tinggal lagi tak boleh "phanggg sebiji", je.. mereka tidak mahu mendengar, seronoknya mahu bercakap sahaja, yg guru menerangkan di hadapan ni, dibuat "dekkkk je".. adui! Sepatutnya, murid yang lemah lah yang perlu beri lebih perhatian dalam masa-masa mengulangkaji! Bosan giler!

Dan saya mulalah keluar ayat berapi saya, "Awak tahu, potensi setiap orang untuk dapatkan A+ dan Gagal sentiasa terbuka. Awak boleh berada dalam kump A+ kepada Gagal, dengan mengira sejauh mana awak mengulangkaji sendiri. Jika awak rasa awak sudah cukup bagus, untuk mendapatkan A+, tidaklah payah awak mengulangkaji bersama guru lagi. Hidup kita ada pilihan, terpulang kepada awak untuk membuat pilihan. Pilih A+ atau Gagal. That will be your choice" Dalam hati berkata sendiri, aduii! pelik sangat. Kenapa nak belajar pun kena paksa-paksa juga, padahal zaman saya belajar dulu, cikgu tak pernah beri motivasi pun, cikgu tak beri galakan, tidak pernah bercerita pasal indahnya kolej, universiti, tetapi saya masih boleh memberi dan mencari motivasi sendiri etc! Sadis!

Menjadi pendidik zaman milenium ini kadangkalanya banyak sadis daripada seronok! Seronoknya dan manisnya hanya seinci, sadisnya berkm! Tiada siapa untuk berkongsi! sadis!


Thursday, April 28, 2011

Jumpa di PWTC, 1 Mei dan dapatkan hadiah istimewa ini.



Dapatkan penanda buku istimewa ini kerana, bookmark ini dibuat sendiri, (buatan tangan sendiri)... gambar yang saya tunjukkan belum lagi sempat bergunting dan bereben. Harap esok saya berkelapangan menyiapkannya.


Jumpa di Hall 3, Tingkat 2, KarnaDya... Belakang Saswadi. Pintu kiri, terus berjalan sehingga bertemu booth Sasbadi!

Friday, April 22, 2011

Jumpa di Pesta buku, PWTC 1 Mei 2011

Pesta buku datang lagi. Pada tahun ni saya akan berada di both Karnadya, berlokasi Dewan Tun Razak 3: A49-A51 dan A70-A72 PWTC pada 1 Mei 2011.


Disebabkan saya hanya baru menulis dua buah buku, sehingga april ini dengan KD jadi, saya hanya akan berada di KD pada 1 Mei 2011. Sengaja memilih tarikh ini kerana pada 1 Mei, ramai kawan2 penulis saya yag tinggal di luar KL akan turun ke PWTC. Bukannya mudah untuk bertemu jika tidak 'kena harinya'. Mahun melepas rindu pada kawan-kawan pun hanya setahun sekali sahaja.

Insya_Allah tahun depan, maybe (Insya_Allah) akan muncul di dua-dua booth, booth Karangkraf juga kerana novel saya, (ketiga) akan diterbitkan oleh karangkraf (Buku Prima) dan insya_allah, dengan menyiapkan buku ke 4 (semoh=ga dapat siap sebelum oktober jika mahu diterbitkan pada Mac/April 2012) Huss! Memikirkan saja, terasa tegang urat di bahu.

Menulis ni bukannya kira 'mood' sangat. Mood saya, insya_Allah okay je, cuma kadangkala, manuskrip tidak bergerak kerana keletihan. Ada masanya sebaris pun susah mahu menulis. Semalam, saya hanya boleh menyiapkan serangkap manuskrip sahaja. Hari ini, akan memaksa juga diri untuk bergerak sedikit, mungkin kalau tak boleh banyak, sekadar 2-3 muka surat pun, jadilah. Sepanjang Mei 9-11, kertas sejarah tingkatan 4 & 5, sudah bermula, bermakna, dua-tiga minggu saya akan sibuk dengan menanda kertas. (agak panjang masa tu, boleh siap 2-03 bab kalau betul-betul menulis) Jadi sebelum kedatangan mei, saya perlu ekspree sedikit. Persoalannya, boleh ke ni?

Mata sudah pun culas, mulut pun menguap-guap ringan... walaupun otak/minda rancak menari ala-ala Latino, dek mata yang terpejam ni, tiada jaminan.

Apa pun, bolehlah datang ke PWTC pada I Mei 2011, Berharap akan bertemu anda!Sedang menyiapkan penanda buku untuk diberi bersama buku-buku saya (Dimensi Cinta) & (Cinta Sikunang-kunang) yang anda beli!

Thursday, April 21, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Pesta buku, kenapa perlu ke KarnaDya Solutions: Lokasi, A49-A51 dan A70-A72 PWTC

1. Banyak diskaun dan hadiah2 yang hebat menanti anda di pesta buku antarabangsa 2011 termasuk Apple iPad dan TV LCD yang boleh dimenangi oleh para pembeli.
2. Novel-novel baru juga akan dijual semasa berlangsungnya pesta buku dengan harga yang murah.
3. Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama penulis di pesta buku nanti.Antara penulis yang akan menghadirkan diri sempena pesta buku ini adalah Nora Fuad, Mimie Afinie, Aina Emir, Azleya Shadzalin dan ramai lagi. Ramai juga para penulis novel awal remaja dan buku motivasi turut hadir. Jumpa di sana!
4. KarnaDya kini muncul dengan produk terbaru dalam bentuk digital. Produk ini akan dipamerkan di Pesta Buku 2011 nanti untuk tatapan para pembaca semua. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri bahan bacaan digital ini.

5.Selain itu anda juga berpeluang untuk memenangi Apple iPad dengan hanya menyertai peraduan yang mudah. Diskaun-diskaun hebat juga menanti para pembaca semua. Jom datang beramai2 ke booth KarnaDya!


6. Contoh e book pertama: sila ke link karnaDya.
Akan Datang!! E-book interaktif pertama penulis Aina Emir akan berada di app store dan juga android marketplace tidak lama lagi!.
Untuk previu bahan bacaan digital KarnaDya, anda boleh layari www.idya.com.my dibawah segmen kategori.

Monday, April 18, 2011

The real love story



Love Story, Filem 1970

Petang tadi seperti biasa, saya menonton Oprah. Frust sebab Rancangan Talk show kesukaan saya ini sudah mencapai tahun akhir, tanpa saya berkesempatan melihat sendiri di sana! Adui. Rancangan hari ini membawa saya kembali kepada zaman kegemilangan Filem 'Love Story' lakonan Ryan O'Neal, Ali MacGraw, Ray Milland dan Tommy Lee Jones . Well, saya tidak berhajat mengulas cerita ini (anda boleh baca di petikan drp wikipedia) yang kali pertama saya tonton pada lewat tahun 1980-an ketika saya masih berada di bangku sekolah menengah. Pada masa itu saya tinggal di asrama, lazimnya sebulan sekali, kami akan berkesempatan menonton di asrma, di mana tayangan filem akan dipancarkan di dinding sekokal, dengan bayaran 50 sen sahaja. Kami akan membawa kerusi, makanan atau minuman sendiri sebagai 'cacan' untuk dimakan. Seronoknya bukan main sebab pada masa itu memang tidak pernah menonton wayang. (panggung hanya kerusi kayu, di Langkawi belum ada panggung wayang, even di bandar di mana sekolah asrama saya di Alor Setar, panggung wayang pun, hanya ada satu buah. (kerusi keras, kayu ooo)

Dengan membayar 50 sen, anda mendapat tempat duduk yang enak (enak ke, kerusi plastik), ada yg membawa tikar dan boleh berbaring, tapi kadangkala terlindung dek orang lain. Jadi, berkerusi plastik adalah keseronokan yang tidak terbayang. Saya ingat lagi beberapa tajuk fielm yang pernah ditayangkan, 'Jaws 1', 'Jaws 2', 'dogs', 'Love Story', 'Carrie' dan 'the sound of music'. Berbalik kepada filem tadi, dengan bayaran semurah itu (actually mahal juga waktu tu, sebab saya hanya diberi duit poket 20.00 sebulan.. ha ha ha, makanan dibayar 30.00 sebulan, sudah tentu dengan subsidi kerajaan, manalah dapat makan dengan bayaran 30.00, hanya rm 1.00 sehari, 4 kali makan: sarapan, tengah hari, petang dan malam) saya akan mendapat hiburan, makan, dan tangisan secara percuma. Pada masa itu dengan acsess hiburan dan info terhad, tidak pula tahu yang filem itu mendapat pencalonan oscar (7 pencalonan) dan merupakan filem terhebat era itu!

Saya pernah menonton kembali filem hebat ini pada tahun-tahun 1990-an dan masih menangis seperti kali pertama menonton (being sentimental and stupido: perkataan stupid terlalu berbaur bodoh, agaknya, ha ha ha)

Menonton oprah. bukan sahaja mengembalikan kenangan terhadap filem ini, as being young and kind (selalunya orang sebut being young and wild, tetapi saya masa budak2 sangat naif, saya rasa semua budak2 zaman saya begitu.. dan saya masih begitu.. :) ) Oprah bukan sahaja menyatukan kembali pelakon utamanya (actually dah lama dah, baru masuk ke astro) rupanya, Ryan O'Neal, Ali MacGraw, pernah dilaporkan 'mencuba bercinta', tapi Ali menolak cinta O'neal.. (he he)..

Dan cerita disebaliknya lebih menyentuh hati saya. Wanita disebalik filem ini sebenarnya adalah Janet Sussman Gartner menggantikan watak dalam filem itu, Jenny Cavilleri. Janet bersekolah bersama dengan Erich Segal, dan selepas dia ke kolej, Erich menulis beliau surat-surat cinta, dengan kata-kata mereka akan berkahwin dalam masa 10 tahun. Malangnya
...

Erich's prediction was wrong—Janet married another man. "I had been married for five years, and in the middle of the night, [I] was fast asleep and the phone rang," she says. "I picked it up, and all I heard was a raspy voice saying: 'I just wrote you my last love letter. It's about 150 pages long.' I didn't know what he was talking about until the next day when the book came out, and then the movie followed the book."

Jadi walaupun ..(.Erich passed away in January 2010, and he died without ever confirming or denying whether Janet was really his "Jenny." "Let's just keep the mystery going," Janet says. "It's something that I will always be extremely proud, grateful and astonished that this happened to me, and I'm glad my children can share it with me.") saya tetap beranggapan filem ini dibuat sebagai lambang cinta Erich terhadap Janet. Oooww, romantiknya! Apabia seseorang menulis sebuah buku dan filem untuk diri kita! Adusss... Wataknya dimatikan dalam filem sebagai lambang bahawa watak/ wanita ini juga turut mati dalam angan-angannya, mungkin! Tragis tetapi romantik! Mahu tahu lebih lanjut tentang filem dan cerita Janet, silalah baca petikan di bawah...

Petikan: Wikipedia.

Love Story is a 1970 romantic drama film written by Erich Segal and directed by Arthur Hiller. The film, well known as a tragedy, is considered one of the most romantic of all time by the American Film Institute (#9 on the list), and was followed by a sequel, Oliver's Story during 1978. Love Story starred Ryan O'Neal, Ali MacGraw, and Ray Milland and is also the film debut of Tommy Lee Jones with a minor role.

The novel also includes the double meaning of a love story between Oliver and his father.

The film tells of Oliver Barrett IV, who comes from a family of wealthy and well-respected Harvard University graduates. At Radcliffe library, the Harvard student meets and falls in love with Jennifer Cavalleri, a working-class, quick-witted Radcliffe College student. Upon graduation from college, the two decide to marry against the wishes of Oliver's father, who thereupon severs ties with his son.

Without his father's financial support, the couple struggles to pay Oliver's way through Harvard Law School with Jenny working as a private school teacher. They rent the top floor of a house near the Law School at 119 Oxford Street, in the Agassiz neighborhood of Cambridge, adjacent to a local laundromat. Graduating third in his class at Harvard Law, Oliver takes a position at a respectable New York law firm.

With Oliver's new income, the pair of 24-year-olds decide to have a child. After failing, they consult a medical specialist, who after repeated tests, informs Oliver that Jenny is ill and will soon die. While this is not stated explicitly, she appears to have leukemia.

As instructed by his doctor, Oliver attempts to live a "normal life" without telling Jenny of her condition. Jenny nevertheless discovers her ailment after confronting her doctor about her recent illness. With their days together numbered, Jenny begins costly cancer therapy, and Oliver soon becomes unable to afford the multiplying hospital expenses. Desperate, he seeks financial relief from his father. When the senior Barrett asks if he needs the money because he got some girl "in trouble," Oliver says yes instead of telling his father the truth about Jenny's condition.

From her hospital bed, Jenny speaks with her father about funeral arrangements, then asks for Oliver. She tells him to avoid blaming himself, and asks him to embrace her tightly before she dies. They lie together on the hospital bed.

The novel also includes the double meaning of a love story between Oliver and his father, highlighted by the scene between Oliver and his father at the end of the book. When Mr. Barrett realizes that Jenny is ill and that his son borrowed the money for her, he immediately sets out for New York. By the time he reaches the hospital, Jenny is dead. Mr. Barrett apologizes to his son, who replies with something Jenny once told him: "Love means never having to say you're sorry."


Petikan: Oprah, Love Story Reunion

When Love Story first became a pop culture phenomenon, women across the country wanted to be Jenny Cavilleri. What many people don't know, including Ali and Ryan, is a woman named Janet Sussman Gartner says she's the inspiration for this unforgettable character.

"I was born in Brooklyn, and I attended school with Erich Segal," Janet says. "I went off to college, and Erich wrote me love letters."

Despite Erich's romantic overtures, Janet wasn't interested. "I had absolutely no romantic feelings for him," she says. Still, Erich persisted. "He said, 'I predict in 10 years we'll be married.'"

Erich's prediction was wrong—Janet married another man. "I had been married for five years, and in the middle of the night, [I] was fast asleep and the phone rang," she says. "I picked it up, and all I heard was a raspy voice saying: 'I just wrote you my last love letter. It's about 150 pages long.' I didn't know what he was talking about until the next day when the book came out, and then the movie followed the book."

Although Jenny dies at the end of Love Story, Janet is alive and well and is the mother of three. "I think that his writing the book and killing her was killing me off the pedestal and acknowledging that he was never going to accomplish or get whatever dream he had," Janet says.

Erich passed away in January 2010, and he died without ever confirming or denying whether Janet was really his "Jenny." "Let's just keep the mystery going," Janet says. "It's something that I will always be extremely proud, grateful and astonished that this happened to me, and I'm glad my children can share it with me."


Sunday, April 17, 2011

Menulis lagi

Hari jumaat lepas, kelab Leo sekolah telah berjaya mengadakan perkhidmatan pemeriksaan percuma. Cuma bayar rm 2 untuk memeriksa darah dan urine. Daripada situ, kita boleh memeriksa jika ada masaalah diabetes, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol dan obesiti.
Well, alhamdulillah. Tiada masalah yang kronik. Tiada darah tinggi (yang penting, tekanan darah tinggi menyebabkan stres yang keterlaluan, kena jaga-jaga kerana bimbang akan menyebabkan strok, penyakit jantung)

Tiada diabetes (yang menjadikan perlunya menyekat makanan yang berkanji dan bergula, saya tak risau sangat sebab saya tidak 'kuat' minum gula, tetapi kalau ada tahap diabetes bermakna kena cut semua makanan yang berkanji.. bermakna oootttt, teruklah sikit, kalau kena makan brown rice yang tidak berkanji, sebab kurang sedaplah pulak)
Tahap kolesterol pun biasa sahaja, bermakna, okay. perlulah ambil oat secara tetap, susah juga, kadangkala tak minum langsung. Teringat akan arwah mak mertua saya, arwah minum oat setiap hari, secara tetap, selama hampir atau lebih 3o tahun. Bravo! Saya kalau secara tetap ni, susah sikit. Tidak taat sangat kepada makanan atau ubat!

Tahap Obesiti pun belumlah kritikal. Cuma kena slim down lagi.. (itu saya tahu, tengah work out la he he he) nak naikkan badan senang, kalau mahu turunkan berat badan, memang mencabarlah sikit. Pun begitu, okay. Ras senang hati, tak ada major problem!

Cuma tekanan darah saya rendah sangat. Saya sedar hakikat ini, sudah lama pun. Situasi ini seperti yang saya tulis dalam watak Suraya, dalam dimensi cinta (DC) saya. Tekanan darah rendah menjadikan rasa pening lalat jika lama sangat mengadap komputer, baca, tengok tv, menunduk dan sebagainya. Menjadikan jika saya menulis, saya kena berhenti setiap jam supaya tidak rasa pening. Selalunya saya turun bawah, ke dapur, atau lipat baju sekejap, minum air, makan sikit etc.

Dan masalahnya, tak ada ubat untuk tekanan darah rendah, tidak seperti tekanan darah tinggi. Dan saya pun terlupa merujuk halaman perubatan jika ada apa-apa cara untuk membantu masaalah ini. Mungkin ada makanan seperti sayur-sayuran yang boleh membantu, siapa tahu!

Saturday, April 16, 2011

Pesta buku datang lagi.

Temui KarnaDya di Pesta Buku Antarabangsa 2011 di Dewan Tun Razak 3, PWTC di booth A49-A51 dan A70-A72 bermula pada 22 April - 1 Mei 2011..Jumpa anda di sana!!!!!

Bagi penggemar buku, pesta buku adalah 'heaven' kepada kita! Banyak sekali buku-buku yang bakal dijual, dengan diskaun yang 'baik punyer'. Jadi, jomlah ramai-ramai ke sana. Saya, Insya_Allah akan ke sana, hari sabtu atau ahad. Maybe, hari sabtu depan, kami akan terpaksa menghadiri upacara sekolah (aduh- tak peka kepada Pesta Buku ni)...

Kali kedua, saya menghadiri sebagai penulis. Tahun lepas, macam 'jakun' sikit, pembeli pun tak ramai sangat, sebab buku saya keluar agak lama pada tahun lepas. Dimensi Cinta (DC) berada di kedai pada OKT 2009, jadi apabila pesta buku (april 2010) peminat tegar novel, barangkali sudah membeli DC dah! Kali ini lebih baik kot, sebba buku baru saja diedarkan pada febuari, malah ada kedai yang masih belum mengedarnya. Jadi, harap2 ramai yang akan datang dan membeli buku saya Cinta sikunang-kunang.( CSKK.)

Saya akan berada di Both KarnaDya disebbakan kedua-dua buku saya diterbitkan oleh KarnaDya (buat masa ini) Insya_Allah pada tahun depan, saya akan berada di dua tempatlah, agaknya.

Jadi, eloklah menabung, jumpa 22 April - 1 Mei, di PWTC, Kuala Lumpur.

Thursday, April 14, 2011

Tips berkarya

Saya bukanlah orang yang selayaknya untuk dijadikan rujukan berkarya. Dengan karya yang baru sahaja memasuki judul kedua, dan ketiga pada JUlai 2011, saya masih berada dalam kategori amatur. Pun begitu, setelah ada yang mengajukan soalan berkaitan topik ini, bolehlah saya tumpangkan sedikit tips, sekadar ilmu yang cetek (barangkali bagai air surut di pantai)

Kebetulan adaa kawan saya yang bertanya, nove kedua saya, CSKK tu, adalah cerita benar yang pernah terkadi kepada sesiapa ke? Well, terus terang, saya tidak menjenuk cerita sesiapa. Semuanya dikarang dalam minda saya, saya cipta watak, perwatakan, kesulitan, klimaks dan ending berdasarkan tempat-tempat kesukaan saya!

1. Seandainya berada di mana-mana tempat pun, bawalah BUKU catatan bersama, juga sebatang pen. ada masanya, saya mendapat banyak maklumat di klinik ketika pergi mendapatkan rawatan!sepatah perkataan info yang dicatakan boleh membantu penulis mendapatkan maklumat lain daripada internet kemudiannya.

2. Sediakan catatan juga ketika menonton televisyen. Ada masanya Tv memberi anda idea tambahan!

3. Kerap membaca semua jenis majalah ilmiah seperti Dewan Siswa, Dewan masyarakat, Kosmik, Mastika, dan Solusi, (majalah wajib beli atau sekadar membaca di perpustakaan) disamping majalah2 lain seperti wanita, perempuan, jelita (saya sudah idak membeli lagi disebabkan sudah banyak sangta naljalah di rumah, sekadar membaca dan mencatat info penting atau ayat penting dan akan meneliti maklumat lanjut di internet)

4.Jangan hiraukan gangguan atau kata-kata orang apabila mulai berkarya! Sebaiknya jika baru mahu memulakan penulisan (baru berkarya), simpan-simpanlah dulu niat anda itu. Jika awal-awal lagi anda sudah menghebahkan yang anda bakal menyiapkan manuskrip dan buku akan diterbitkan padahal karya anda belum siap lagi, dan tiada lagi jaminan penerbit yang mahu menerbitkan karya anda, kadangkala ramai yang akan menjemuh! Situasi ini akan menjadikan anda akan tawar hati untuk menulis!

Semasa saya baru menulis Dimensi Cinta, saya hanya memberitahu seorang kawan, mama saya, dan sekumpualn murid (beberapa orang) itu pun kerana mereka di 'test' untuk membaca dua bab awal manuskrip saya. Dan hanya membuka cerita novel setelah novel siap
dicetak!

5. Dapatkan geng penulis sebagai motivasi anda! Anda perlukan ramai rakan yang berkongsi minat yang sama! sekurangnya kekuatan mereka berkarya menjadi motivasi agar tanda terus bergerak menulis!

Wednesday, April 13, 2011

Hmm alahai...

Minggu ini banyaknya kerja yang perlu dibereskan. Pertama: Soalan peperiksaan pertengahan penggal. Alhamdulillah, soalan sudah dirancang-rancang dalam kepala sejak 2-3 minggu lepas. Perlu juga dikaji soalan-soalan yang sudah disoal & bakal disoal (agaknya) Selesai bertaip.

Kedua: menyediakan tajuk-tajuk, nota dan tips peperiksaan untuk pelajar spm 2011, selesai juga. Harapkan boleh diedarkan sekurangnya pada minggu hadapan, supaya mereka boleh menggunakan semua tips untuk persediaan peperiksaan.

Ketiga: projek kerja kursus PMR, belum ada banyak masa untuk disediakan, akan diusahakan, minggu ini juga.

Keempat: file.. alamak, memang tiada masa pun.

kelima: set untuk ulangkaji murid. Aduhai... Murid sekarang ini pun manjanya terlebih sangat, semuanya mengharapkan spoon feed.. suap sampai ke kerongkong! Entahlah, saya dahulu, rajin belajar sendiri, analisa soalan sendiri, semuanya sendiri sahaja! Ini semua telah diberi, tapi malasnya, Ya Rabbi!

Situasi panas yang agak tinggi kebelakangan ini menjadikan saya mengalmi alahan... alah dengan cuaca yang panas.. he he.. agak tidak produktif.. balik sekolah, nampak katil sahaja. Cuaca yang panas tidak mengizinkan berkarya, menulis mahupun menyediakan kerja sekolah. Kesan kepanasan di sekolah.... (di sekolah agak panas, aircorn di bilik guru pun, seolah hidup segan mati tak mahu.. sedih betul...) walaupun di bilik, boleh menggunakan aircorn, tapi disebabkan kepanasan di sekolah, kurang mood di rumah! Tidur kadangkala!

Andai di Langkawi, sudah tentu saya akan pergi berendam di Lubuk Semilang... Hanya 10 min dari rumah sahaja. Di sini, mungkin akan mengambil masa 1 jam atau lebih! Kalaulah ada kolam mandi, agaknya, malam2 saya berendam! he he he.. (Kolam awam, saya tak suka, too much clorin and urine.. eekkhhh!)

Perkembangan novel pun slow juga. Kadangkala tak bergerak, bukan sebab tidak ada ideas, cuma tiada masa!aduhai!!!! Target perlu siapkan sebelum Oktober, kalau mahu dicetak sebelum Mac 2012.. Hmmm.. sempat ke ni? Kata akal, sempat... kata hati, sempat? Sempat... pujuk2 jiwa!!!! sempat!!Perlu kobankan tidur malam kalau siang sudah lama juga tertidur dek haba kepanasan! Sempat!!! Kena sempatkan!!!

Saturday, April 9, 2011

Sembang-sembang tentang novel...


Saya kurang seronok bersekolah ganti pada hari sabtu. Kehadiran students biasanya akan berkurang. Entah atas apa juga sebabnya. Saya meminta murid saya menghabiskan latihan yang saya beri sebelum ini, sambil itu menerangkan jika ada soalan tentang subjek.

Dan kebetulan ada murid yang bertanya perihal novel saya. Jadi saya menjawab soalan mereka.
Soalan pertama: Adakah novel saya novel cinta, sebab tajuknya sahaja, sudah menyebut tentang cinta? Ialah bunyinya pun, Dimensi Cinta (DC) dan Cinta Sikunang-kunang (CSKK)

Saya jawab: Ya dan tidak. Ya untuk mengandungi elemen cinta. Cintakan sebahagian daripada hidup kita. Seperti kata Leo Buscaglia, Love is alife. Tanpa cinta (kasih sayang) seperti mana pernah disebut dalam hadis, nescaya, seekor kuda betina tidak akan mengangkat kakinya supaya tidak terpijak akan anaknya. Tidak pula untuk mengatakan sepenuhnya novel-novel itu hanya berbicarakan soal "cinta".

Well kata saya, "cinta" bukan mengawal hidup kita..kita yang mengawal 'cinta' supaya kehidupan kita terurus. Lalu saya terangkan apa yang ada di dalam novel saya. Info, bolehlah anda merujuk kepada link-link kepada novel DC dan CSKK.

Niat saya, saya ingin jadikan novel saya berkonsepkan K-Novel (knowledge novel) novel yang bukan sahaja bercerita mengenali watak dan perwatakan, latar tempat, sejarah tempat, tugasan pekerjaan, ilmu perubatan, senibina, muzik dan banyak lagi! Saya percaya, konsep Minda kelas pertama yang dilaungkan kerajaan dan negara, Malaysia, boleh dijayakan jika rakyat kita mulai minat membaca dan mendapat manfaat daripada bahan tulisan yang memberi kesan bukan sahaja kepada jiwa tetapi menjadi terapi minda!

Pendek kata, penatlah juga menjawab pelbagai soalan mereka... Saya berharap, buku-buku saya yang ditempah nanti,(dibeli minggu hadapan) dan dibaca akan berjaya mengubah minat mereka terhadap penulisan novel bahasa kebangsaan(actually dalam novel saya ada juga tulisan bahasa inggeris.. sebab nak bagi natural, mestilah ada kan...) sebab murid-murid saya ni kurang minat membaca bahan Bahasa Malaysia.. (aduhai, anak Malaysia)

Monday, April 4, 2011

Tips menjadi penulis...

Penerbit yang berbeza mengkehendaki syarat-syarat atau tatacara penulisan yang berbeza. Jadi, jika anda sudah membuat keputusan untuk menulis dan kemudiannya menghantar manuskrip ke mana-mana syarikat penerbitan, sebaiknya, bacalah dahulu syarat penulisan yang tertera yang biasanya dilengkapkan di web/halaman web syarikat masing-masing.

Syarat biasanya berkaitan, jenis tulisan, spacing, corak/jalan cerita /latar cerita. Terdapat banyak jenis penulisan seperti cerita kanak-kanak, remaja, dewasa, sejarah, humor. Terpulanglah kepada genre yang bagaimana sesuai untuk anda menulis! Saya pernah juga bercita-cita menulis untuk genre kanak-kanak, tetapi kepada saya, agak susah untuk menzahirkan perkataan untuk pemahaman kanak-kanak/ remaja. Remaja/murid2 saya barangkali sukar dipuaskan hati mereka dengan sekadar cerita teladan dalam versi B.Malaysia kerana mereka tidak minat membaca buku dalam versi Bahasa Malaysia. Jadi dari sini, cita-cita saya berkubur. Adalah lebih baik saya menumpukan perhatian saya kepada penulisan novel biasa, versi saya, versi keluarga.

kenapa versi isteri/keluarga: Kepada saya lebih senang untuk bercerita tentang perasaan seorang isteri dan ibu daripada seorang kekasih kerana pandangan/ perasaan seorang kekasih sangat terhad emosinya. Apa sangat yang mampu dicoretkan andai sekadar pasangan kekasih! Sekadar terkenangkan dating sahaja! Hmm.. tiada perasaan yang lebih menebal selain kerisauan seorang isteri, kerinduan seorang isteri atau rasa dikhianati sang isteri!

Jadi saranan saya, lebih baik bercerita daripada sudut emosi seorang isteri! Agaknya yang masih 'single' sukar juga menyelami perasaan isteri sebab belum bersuami! percayalah! yang anda lihat di kaca televisyen hatta di pawagam tidak akan sama dengan perasaan sebenar seorang isteri atau suami!

Di halaman web KarnaDya diberikan bebebrapa tips untuk menjadi penulis, yang saya percaya amat berguna sekali! Yang lebih penting, ikutilah bengkel penulisan. KarnaDya telah menganjurkan kursus/ bengkel penulisan percuma, berguna sangat kepada saya apabila pertama kali menyertainya, dan pertama kali mahu berjinak-jinak untuk menjadi seorang penulis! Rajin2 lah meninjau web karna.

Terdapat juga syarikat lain seperti Buku Prima dan sebagainya yang menganjurkan bengkel dengan mengenakan bayaran. Rajin2 lah juga menjengok web mereka!

Thursday, March 31, 2011

Novel baru....

Alhamdulillah, emel yg membawa berita baik, daripada Buku Prima saya terima dengan senang hati. Rasa terima kasih saya kepada Pencipta, dan semua yang menjadi inspirasi dan pendorong saya. Sebahagiannya daripada rakan-rakan Facebook saya. Di sini, saya mencipta idea, watak, perwatakan, kata-kata motivasi, inspirasi.

  • Barangkali ramai juga ahli ilmuan yang sanggup bersusah payah mendapatakan ilmu sehingga ke peringkat tertingi PhD. Mereka menjadi inspirasi saya menulis bagi pihak mereka yang bersungguh mendapatkan ilmu di rantau orang. Saya bangga dan kagum sungguh! Saya sendiri, sekadar 'rajin sedikit' membaca, tetapi tidaklah sebegitu rajin 'menuntut ilmu' yang memaksa saya ke menara gading lagi. Antaranya salah satu keluarga teman saya, Puan Maryam, keluarganya, dia sendiri, tambahan adik-adiknya, keduanya sedang belajar sehingga ke peringkat PhD. Saya 'salute'! Sungguh! Dan di sekolah saya, ramai yang telah memegang ijazah masters... Kagum juga! Saya sendiri, agaknya hanya berusaha mendapat 'masters' dalam penulisan. Harap diizinkan Allah.
  • Watak Erwan, saya cipta daripada watak seorang ex student saya yg berada di perantauan. Minatnya kepada fotografi menghasilkan watak yg bekerja dengan National Geografic. Saya bangga sekali dengan mereka yg berada di perantauan dalam mencari rezeki dan pengalaman hidup!
  • Jeremy : watak daripada nama murid saya yang genius! Jeremy Loke: Tabik saya untuk murid saya yang berjaya cemerlang dalam SPM.Semoga dia juga akan berjaya seperti the Real jeremy dalam novel ini.
  • Eva: juga murid saya yang happening!

Eropah termasuk Vannes, Perancis, Melbourne menjadi latar novel saya. Seperti biasa, saya ingin membawa anda menjelajah sama bersama melayari perjalanan hidup mereka bersama.

Di Pulau Tuba (tekalah di mana sebenarnya) menjadi latar cerita. Pulau cinta untuk semua.

Encik Hamdan-Adan-Ismail : Inspirasi saya untuk kata-kata yang sempurna! terima kasih. Rakan FB saya ini menjadi bayangan kepada watak Erwan Hamdan yang bijaksana!

Banyak lagi yang dicipta dan saya tidak mampu bercerita di sini!

Melihat Bulan melahirkan watak Wulan:

Rembulan cinta adalah bayangan bulan rembulan biru: cinta yang datang kali kedua seperti bulan biru (rembulan biru) yang datang setiap 2.7 tahun (Fenomena bulan mengambang dua kali dalam bulan yang sama setiap 2.7 tahun)

Terima kasih semua!

Wednesday, March 30, 2011

Hmm alahai...

Ketika dalam kelas tadi, entah bagaimana selepas memberi latihan, saya berbual sekejap dengan murid saya di hadapan sekali, murid perempuan. Daripada ceritanya, katanya, dia balik rumah, baru makan, sebab kena masak dulu. Saya tanya, "Mak kerja ke?" Dia kata, " Tak. Mak tak ada lagi." Dalam hati saya, 'ala. kesiannya dia. Baru sahaja 17 tahun, sudah tak ada mak lagi.'
Soalan saya berikutnya, "Kenapa tak masak lebih sikit malamnya, so tengah hari awak ada lauk lagi untuk makan?"
Dia kata, "Saya tak pandai masak sangat." Dalam hati saya, 'Alahai, sedihnya rasa hati saya.'
Dia tanya saya, bagaimana nak masak sambal, itu ini. Saya janji dengannya, saya akan tulis resepi, yang simple (ringkas) siap untuk tiga orang (bapa, adik dan dirinya) supaya, sekurangnya, dia dan keluarga dapat makan dengan sedap sikit, berbanding dengannya yang tak tahu masak. Ibunya sudah meninggal 8 tahun lepas. Dalam usia 10 tahun/9 tahun pasa masa itu, tentulah banyak lagi yang tak sempat dia pelajari. Kesiannya.

Insya_allah, saya akan cari buku resepi yang senang-senang, mudah dimasak, dan akan taip resepi yg mudah2 untuk dia cuba!

Saturday, March 26, 2011

Jatuh cinta lagi?


Suami saya sejak minggu cuti persekolahan telah menyatakan yang dia bersama beberapa rakannya akan pergi bercamping di Taman Negara. Motifnya, memancinglah! Pada masa itu, saya pun tak kisah sangat, sebab cuti persekolahan dan saya pun hanya berehat panjang di rumah sahaja! Katanya dia akan bertolak pada malam ahad, 20 Mei, dan akan sampai paginya ke Gua Musang dan seterusnya ke destinasi jalan masuk ke Taman Negara. Well! Pada masa itu juga saya tidak fikirkan apa-apa perkara pun, sesekali biarlah dia bercuti dengan rakan-rakan lelakinya! Cuma kemuskilannya, inilah kali pertama dia bercuti tanpa saya! Sudah biasa jika dia out station, bekerja, atau saya yang terpaksa berkursus, tanpa dia, apa sangat yang mahu di'kecohkan'.. :)

Melihat dia bersiap-siap dengan perkakasan dan pakaian camping membuatkan hati saya menjadi sayu. Sebenarnya semasa keluar membeli barangan camping di Chow Kit dan Ampang itu, hati saya dilanda keruan dan resah, tanpa saya ketahui sebabnya. Berdebar semacam sahaja! Tapi tidak juga saya nyatakan kepada suami, saya rasa, keruan dan resah saya barangkali tiada sebab tertentupun! Tiada perasaan atau gambaran negatif yang saya fikirkan, cuma, saya rasa berdebar, itu sahaja! Seolah hati yang tidak sedap rasanya! Lagipun, apa yang kita fikirkan akan membentuk gelombang /energy yang juga berkemungkinan akan terjadi seperti yang kita fikirkan. Berfikiran negatif akan memungkinkan perkara negatif juga! Jadi saya diam-diam beristifar sahaja dan mendoakan agar debaran saya akan berkurangan dan hilang begitu sahaja!

Malamnya, bila suami bertolak ke sana, saya berdebar lagi. Tidur saya tidak nyenyak (kali pertama sejak bertahun-tahun lamanya) Saya diganggu keresahan, seolah akan berlaku perkara pelik dalam perjalanan suami! Sepanjang malam, apabila saya terbangun daripada tidur, saya berdoa agar keselamatan mereka terjaga! Paginya, apabila saya menerima sms yang suami sudah tiba di Gua Musang, Kelantan, hati saya merasa lega (dia tidak mahu gunakan telefon untuk bercakap kerana perlu menjimatkan bateri, tiada tempat untuk 'charger' atau dicaskan bateri dalam hutan Taman Negara nanti. Jadi, cukuplah sekadar berterima kasih dengan sms sahaja! Sekali lagi di waktu tengah hari menyatakan mereka sudah tiba di Kuala Kroh dan akan menaiki bot ke Taman Negara. Dan itulah sms terakhir daripadanya. Bermakna, 20 Mac adalah kali terakhir dia menelefon saya.

Dan sepanjang 20-24 Mac, jantung saya terus berdebar. Fikiran saya seolah kosong, dan saya hanya mampu berdoa, agar keselamatan mereka terjamin, dan janganlah Allah jadikan pertemuan kami pada malam 20 Mac itu adalah pertemuan kami yang terakhir. Dengan hati 'yang terasa berat', memor yang 'sarat dengan kenangan', rindu yang bertan-tan membuak dalam dada, saya rasa jiwa, hati dan fizikal saya sendat dengan perasaan yang tidak menentu! Itulah cinta! Daripada malam ahad, sehingga khamis, saya sentiasa tertanya-tanya tentang dia. Cuma mengagak, barangkali tiada liputan di dalam hutan sana!

Itulah cinta! Menyiksakan! Kebiasaannya, kami akan sentiasa berhubung. Adanya telefon, boleh saya berbual sekejap atau sekadar sms. Berada jauh daripada sisinya, selama lebih 88.5 jam lamanya tanpa bicara dan sms, menyiksakan! Separuh nanar dibuatnya!

Petang khamis, saya menerima panggilan daripada suami, lebih kurang jam 4.30 petang, bermakna, lebih kurang 88.5 jam, kami tidak berkomunikasi secara langsung. Mungkin hanya emosi, memori dan telepati yang mengikat antara kedua insan! Huh! Terasa sedikit lega, apabila diberitahu, mereka sudah keluar daripada Taman Negara dan akan bertolak balik ke Gua Musang. Sekali lagi dilanda resah, maklumlah, Gua Musang merupakan kawasan kemalangan dan kerap menimpa pemandu yang kurang mahir dan kurang berulang alik melalui jalan sana!

Dan malam ini, sekali lagi, tidur saya tidak nyenyak! Cuba untuk lelapkan mata pada pukul 11 malam, malangnya, sehingga jam 12.30, saya masih belum lelapkan mata sepicingpun. Sehinggalah, saya menerima panggilan kedua pada tengah malam, menyatakan suami saya sudah tiba di Gombak. Dan debaran pun terhenti. Dan dia tiba lebih kurang jam 2 pagi ke rumah kami! Adus! Saya terus menceritakan bagaimana 'tercopottnya perasaan saya yang berdebar', jiwa yang rasa tidak tenteram. Bersyukur kerana Allah mendengar akan doa saya agar melindungi perjalanan mereka tanpa perkara-perkara yang tidak baik!

Dan apabila dihitung-hitung, semuanya, debaran, keresahan, tidak dapat tidurnya, semuanya kerana CINTA! Hebatnya perasaan itu! Cumanya, hanya tidur yang tidak lena, mandi saya basah dan makan saya juga kenyang!