Saya yakin, hanya pengetahuan yang akan membawa kita ke hadapan... sebab itulah saya perkenalkan konsep (k-novel /knowledge novel atau I-novel/ inteligent novel) Novel dengan pengetahuan yang boleh membawa minda yang aktif berfikir selaras dengan hasrat kerajaan mengujudkan masyarakat kelas pertama. Saya menyeru anda "BERSIHKAN MINDA" dengan pengetahuan baru... benda-benda baru yang tidak diketahui... dan anda harus membuka minda, novel bukannya CERITA KOSONG CINTA BELAKA! (DAN INI BUKAN KEMPEN BERSIH SEPERTI YANG DIANJURKAN OLEH BEBERAPA PIHAK: SAYA ANTI DEMONTRASI, DAN BENCI PIHAK YG MEMBUAT KEROSAKAN DAN ANTI KERAJAAN)
Nampaknya esok saya terpaksa ke Shah Alam semula, untuk mendapatkan senaskah dua buku saya. Penulis sebenarnya akan mendapat naskah sendiri tetapi barangkali dengan kesibukan berpindah HQ Karangkraf yang baru, sibuk dengan pesta buku Selangor di Shah Alam, saya belum lagi menerima naskah novel saya. Insya_Allah, hari jumaat barangkali, 8 Julai 2011, saya akan ke karangkraf untuk mengambil naskah tersebut.
Minggu depan, minggu yang agak sibuk memmandangkan hari khamis, 7 Julai 2011, merupakan hari sukan sekolah. Kebetulan saya pula adalah ketua rumah. Waduh! Banyak sekali yang mesti difikirin... kata rakan serantau kita, Bahasa Indonesia. Perlu bekalkan 100 plus lah, buahanlah, pisang untuk atlet lah... pendek kata, panjang sekali urusannya. Kebetulan hari selasa, perlu berkursus di PPD, sehari suntuk. Rakan setugas, yang juga guru rumah sukan, seorang lagi pula akan berkursus selama tiga hari, cuma tinggal seorang lagi di sekolah bersama seorang lagi guru lelaki (yang biasanya malas saya nak suruh bekerja, payah sikit) Akan SENDAT fikiran lah! Tapi tak apalah, boleh sms student atau facebook agen-agen rumah sukan.. he he he.. hari isnin, perlu kumpulkan semua atlet, briefing sikit itu dan ini.... hari rabu last bertemu mereka lagi... huh!
Malam ini kaan bertemu mama saya sekejap di hotel, kebetulan mama datang dengan rombongan dari pulau. Mama saya agak aktif dengan aktivitis kemasyarakatan, maklumlah, sudah beberapa tahun berpencen, kalau kurang aktif, tentunya boring juga. Andainya saya berpencen, saya ingat, mahu duduk diam-diam sahaja.. he he...
Alhamdulillah, sempat menyudahkan bab 5, manuskrip baru.. (sub bab- banyaklah..) ada lagi 5 bab yang akan datang. Mungkin, kalau mood menulis datang, boleh menghabiskan beberapa puluh pages (kalau bermoodlah, kalau moody, habiss) Mesti mencari persoalan baru, latar tempat baru, perwatakan baru, teknik suspen baru agat tidak sama dengan buku-buku atau novel sebelumnya. Andainya membaca boleh meneka dengan mudah akan akan terjadi berikutnya, tentulah tidak seronok lagi. Kan? Saya beranggapan jika boleh mengalihkan anggapan atau telahan orang, contohnya, jika difikirkan terjadi begini, kita tukarkan 360 darjah, akan terjadi begini dan begitu, barulah best! Ending, tak ada penerbit mahukan sad ending.. kecuali mahu sambung cerita ini lagi.... tapi entahlah, terlalu panjang ceritanya akan menjadikan ceritanya agak boring... kot! Saya bimbang!
Apapun diharap, pembaca sudah mendapatkan ketiga-tiga permata hati saya... DIMENSI CINTA untuk orang yang mahu belajar mengorat. CINTA SIKUNANG-KUNANG - untuk yang mahu belajar bangkit daripada kemusnahan dan kehancuran...., PURNAMA MERINDU - untuk yang mahu belajar melupakan kenangan lama dan bangkit daripada memori yang memeritkan kerana ESOK MASIH ADA UNTUK ANDA!
No comments:
Post a Comment