Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

karangkraf
Popular Posts
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Temui KarnaDya di Pesta Buku Antarabangsa 2011 di Dewan Tun Razak 3, PWTC di booth A49-A51 dan A70-A72 bermula pada 22 April - 1 Mei 20...
-
Andai dilihat daripada kategori buku, kita dapat melihat pelbagai genre dan kategori buku yang terdapat di pasaran. Selain buku teks, buk...
-
Satu hari dalam bulan nov lama dulu.. buat pertama kali, saya jatuh cinta... I was in love.. kalau anda pernah dilamun cinta, atau pernah be...
-
" Hmm mudahnya jadi penguin, tidak perlu menduduki PMR atau SPM atau mengawas PMR / SPM atau mengajar murid yang akan mengambil PMR ...
-
Cerita 2 Hari ini mood happy saya berganda. Bukannya bermakna hari lain, saya tidak 'happy', melihat dan menyaksikan maj...
-
Stesyen kereta kabel, oemandangan yang syahdu... mesti pergi.. Dalam menunggu detik cuti sekolah, perasaan bercampur baur antara suka dan...
Wednesday, September 24, 2008
Mengenang Raya di Langkawi
sejak berkahwin tahun 2000, saya dan suami terpaksa bergilir balik beraya..maklumlah saja, rumah saya di langkawi (paling utara) dan rumah keluarga suami di Johor Bharu (paling selatan).Jarak antara keduanya lebih 1000 km.Kalau mahu berulang-alik antara dua rumah, alamatnya bengkoklah:
1.Belakang, lama atas kereta... naik flight, boleh juga, tapi tak best..travel by car seronok... (kalau jb ke Kedah, sekurangnya 7-8 jam + jem huh, satu hari kat jalan)
2. bengkok- poket la.. he he...
Jadi bagi mengelak bengkok belakang dan poket, kami ambil giliran beraya.. setahun kat rumah suami dan setahun lagi kat rumah saya.Berbanding dengan ipar duai yang lain, mereka berntung sebab dapat beraya di dua-dua rumah sebab rumah family di Kl, Negeri sembilan dan yang jauh sikit pun, T'ganu... yang peliknya kalau beraya di Jb, alamatnya melelehlah juga air mata.. macam mana seronok tak seronok pun kat kampung orang, tentulah gumbiraaa lagi kat tempat dan rumah mak sendiri.... dapat jumpa adik2 dan family yang lain)...
Bagaimana pun inilah harga yang patut dibayar setelah berumah tangga... dalam mendapatkan kasih sayang daripada pihak lain, kita mestilah selalu bertolak ansur 9give and take)Untuk menerima, mesti juga memberi...
Tiba-tiba terkenagkan Tasik Kenyir, best giler... ungkin mahu ke sana lagi....
mengenang air tasik, udara, bunyian burung, menaiki bot membelah air tasik yang seluas lautan... hmmm, sama indahnya dengan tasek Toba di indonesia (jadi, jangan bazirkan duit.. hmm... tapi tentulah tak sama dengan tasik di kanada.. hmmm)

Monday, September 15, 2008
Sunday, September 14, 2008
Alor Setar, Nasi Ulam dan kes mahkamah
Saya perlu menghadiri kes mahkamah pada 7 September 2008.Kalau nak tahu kenapa, kenalah baca cerita, a story about car 1.. kes saya saman orang... so berhati-hati dengan saya, saya boleh saman anda juga...!!! he he he..
selepas perjalanan yang panjang, 4 1/2 jam, bertolak jam 1 petang, akhirnya sampai jam 5.30 petang...di Alor Setar.Belakang saya bagaikan bengkok.Kami- saya dan suami landing kat Seri Malaysia.. okaylah kiranya, murah dan senang dapat makanan.Dalam 50 meter ada Bazar Ramadan... senanglah saya mahu cari nasi ulam yang telah lama saya idamkan... Anda tahu apa dia nasi ulam? Nasi ulam - nasi + ulaman (pelbagai jenis) yang dihiris nipis + ikan kering goreng dan Udang masin goreng tanpa minyak (dihancurkan, dimakan dengan asam pedas sayur keladi + ikan bakar (terutamanya terubuk).. hmmm terangkat betul. Kalau nak sedap lagi + sambal belacan. Sejak berkahwin 8 tahun lepas, 8 tahun jugalah saya tidak dapat menikmati nasi ulam. Kenapa agaknya?
1.Nasi ni hanya dijual kat Kedah, bulan puasa saja pulak tu.Mungkin ada di masa lain, tapi tak berjumpa.
2.Kalau giliran kami balik beraya ke Langkawi, selalu sampai Alor Setar sudah tengah malam, tak ada lagi orang jual / bazaar Ramadhan.
3.Di Langkawi ulak, tak ada orang jual nasi ulam tu...
Saya membeli sakan nasi ulam.Berbungkus2...satu buka puasa, satu bungkus (ulaman saja) bersahur...selAMA 2 hari.Maknanya 4 kali makan...bagi gantikan 8 tahun yang mengidam.Tak cukup dengan itu, bawa balik 2 bungkus lagi... he he..
Sedapnya tak terceritalah...suamipun pelik tengok saya beriya-iya makan.. sedap giler.. kena pulak dengan ikan terubuk bakar... huihh...
Dia tanya " sedap sangat ke? kat banyak jual kat KL?"
Saya kata, " sangat sedap... cubalah.Tapi kalau kata ada jual kat Kl, memang tak de"
Dia mencuba, " okay la" maknanya tak sedap sangat bagi dia. He he.. orang yang tak biasa dengan ulaman kampung pasti tak suka nasi ulam.
Saya tanya dia lagi, "mana ada jual kat Kl?"
Dia kata," yang warna biru tu kan"... tergelak saya.
Saya," tu nasi kerabu. Kelantan mari.Ni nasi ulam , kat kedah saja"
Baru dia mengangguk.Padan la selama ni, saya merungut nak makan nasi ulam kat kedah (maknanya perlu keluar awal dari KL supaya reach alor setar sebelum 6 petang) dia buat dekkk je.. rupanya dia ingat nasi ulam = nasi kerabu.. HMMMM...alahai...
Esok pagi pergi ke mahkamah. Seram sejuk walaupun kita yang saman orang bukan mangsapun... he he.. masuk dalam mahkamah sekejap..diminta berdiri ketika kes nombor dan nama dibacakan...seram sejuk u...
Dalam 5 minit, Hakim majistret minta tarikh ditunda kepada nov sebab kes ini melibatkan saya vs bengkel vs insurans, tentunya lama akan bersdang kalau tak ada written statement.... apa nak kata, badan yang bengkok dalam keretapun rasanya tak lurus lagi... sabar je lah... nasib baik, bayaran keretapun dah tamat... lega satu perkara.
Dua hari kat Alor Setar, berupaya habiskan buku pengarang kesukaan saya, Puan Aina
Emir, Aura Cinta (sudah lama dibeli tapi tidak berkesempatan membacanya) Best giler... syabas kak Aina lerana penulisan yang hebat.harapan saya, satu hari, saya juga akan jadi penulis hebat sepertinya... Satu lagi buku, Hanya kita berdua, baru 30%, entah bila akan habiskan...

Friday, September 12, 2008
Teaching is boring
Selepas beberapa tempoh masa, rasanya mengajar sudah menjadi suatu yang memboringkan. Banyak sangat kengkangan untuk bekerja.Begini salah! Begitu salah! Perlu buat itudan ini!! banyak file yang perlu disudahkan..tanpa berhenti!! yang lebih memuakkan, banyak sangat boss! Dalam melakukan burusan A, sam boss kita.. Tugas B pula, Kim boss kita, tugas c, X men boss kita.. dalam setahun, ada berpuluh urusan = berpuluh juga boss kita.. Bosan !!! setiapkali perlu menghadapi kerenah dan kehendak yang pelbagai!!!
Rasanya macam mahu ambil cuti panjang, tentu ramai di luar sana yang boleh mengajar dengan baik. Lebih baik menjadi penulis, tulis mengikut idei sendiri, kalau perlu diolah dan dirombakpun, berdasarkan idea dan pendapat beberapa orang editor yang membaca draff.
Mengajar juga menjadikan terpaksa menghadapi kaenah murid terutamanya yang tidak berminat untuk belajar, lebih suka menganiayai diri sendiri!!!! setiap kali masuk ke kelas, kena paksa mereka belajar, dengar dan melakukan kerja yang berkaitan dengan mata pelajaran.. Bosannya!!!! Bayangkan dalam sehari 6 x 40 = karenah.. Rasa mahu muntah, kadangkalanya...
Bersabar sentiasa ada batasnya.. mungkin saya patut ambil cuti panjang sahaja... profesion ini tidak lagi menyeronokkan bagi saya. agak muak dengan pelbagai situasi dan peristiwa yang menyesakkan fkiran.
Murid saya tentunya tidak kisahpun kalau saya bercuti.. bak kata pepatah yang selalu kita dengar, satu pergi, sepuluh mari...
Ramadhan, Insafkah kita???
Semasa duduk2 dalam kelas dan meminta murid menghabiskan latihan mereka supaya boleh dibuat perbincangan jawapan, seorang murid di hadapan saya bertanya, "cikgu, kenapa muslim berpuasa?"
Pada saya, ada logiknya dia bertanya.Sayapun menjawab, " banyak sebabnya..."
1. Sebab puasa diwajibkan Allah.
2.Sebab keimanan - bermakna anda mesti beriman untuk meneruskan berpuasa.
3.Kesihatan , sebab seoanjuang tahun makan 3-4 kalisehari jadi berpuasa membolehkan proses membuang toksin di dalam badan dengan merehatkan perut sepanjang hari.
4.Menginsafi perasaan dan jiwa orang yang susah di mana mereka tidak mendapat makanan yang mencukui kadang kala sepanjang tahun.
...bagaimanapun, ada juga pihak yang langsung tidak mengenangkanpun sebab-sebab berpuasa, apa tidaknya setiap hari berbuka dengan puluhan jenis makanan.. entahlah di mana datang insafnya..!!!
... saya sendiri, setiap hari menyusun menu berbuka, mee abu, mihun sup, nasi lemon, lontong.. he he.. bukannya tidak insaf, masa lapar tu memang insaf diri.. begitulah keadaannya semasa orang miskin tiada makanan, tetapi tidak dapat pula cuba menyediakan makanan sebaik mungkin untuk berbuka.Fitrah manusia untuk menikmati yang terbaik... adios.. mahu sediakan nasi lemon, ayam goreng planta, sup sayur cendawan dan kuih buah melaka ( campur keledek)..
Kalau terliur, jemputlah datang ke rumah!!! adios

Thursday, September 11, 2008
Kes khas Ramadhan, UKM.
Mengenang Ramadhan ada satu kes yang berlaku semasa Ramadhan.. tak de lah kes besar sekadar, kelakar kalau dikenang balik.Kalau tak salah, 3rd year.. masa tutorial sejarah.Tutorial bermakna hanya ada kumpulan kecil dengan pensyarah (dalam 15-20 orang) ada sesi pembentangan esei dan soal jawab biasa.
Saya tinggal di asrama, yang kami gelarkan sebagai flatlet. (ada lebih kurang 16 bilik berasingan, ruang dapur untuk memasak, bilik air dan satu ruang tetamu)Selalunya berbuka, adala group kecil, makan sama-sama dan kebiasaan sahur bersama juga.
Beberapa hari sebelum tu, saya tidak berpuasa (sebab biasa off day bagi perempuan)jadi beberapa hai itu, saya tidak bersahur, sebab bersarapan pada paginya sebelum ke kelas.Malam itu selepas berbuka, saya berjaga sehingga pukul 3 pagi menyiapkan bahan kajian bagi projek minggu berikutnya.Dan terlupa pula memesan kepada kawan supaya saya dibangunkan sahur sekiranya saya tidak terbangun.Mereka fikir saya belum berpuasa hari ini.Mungkin kerana dek keletihan berjaga malam, saya hanya terjaga pada pukul 8.30 pagi, bermakna bukan sahaja saya miss sahur, miss suboh dan hampir termiss kelas saya pada pukul 9.pagi.Tapi disebabkan sudah berniat puasa, saya tawakkal sahajalah untuk berpuasa. Lagipun, bukannya boleh mati kalau tidak bersahur.Cepat-cepat saya bersiap ke kelas, nasib baik, asrama saya(ungku Omar, UKM) hanyalah kira-kura 8 minit kalau berjalan dengan cepat.
saya sampai ketika 5 minit sebelum kelas bermula, huh,nasib baik.kalau lambat kira boringlah... dan feel saya, saya takkan datang / tiba lambat untuk sesuatu kelas atau pertemuan... maka berlangsunglah kelas tutorial seperti selalunya...
Di penghujung kelas, tiba-tiba sahaja suasana sunyi sepi. agaknya masing-masing sudah habis modal setelah dua jam di kelas.perbentangan juga sudah selesai, tiba-tiba, kkkkkkkkkrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgggggggggggggg, perut saya berbunyi dengan kuat sangat, selama hampir 1 minit... saya past sangat semua orang bole mendengarnya...
pensyarah sayapun memberi komen, " perut siapa yang berbunyi tu? entah tidak sahur barangkali"... koing-koing koing, takkanlah mahu mengaku.. he he.. hanya tergelak dalam hati. Moralnya, kalau mahu bersahur, pesanlah dengan kawan kalau anda tinggal di asrama, takut kalau perut berbunyi...

Wednesday, September 3, 2008
Mengenang ramadhan di asrama
Apabila Ramadhan tiba, saya selalu akan duduk mengenang kembali memori lama saya di asrama sek.men.Sultanah bahiyah, Alor Setar.Saya rasa memori berpuasa di sana merupakan antara memori yang indah.
Makanan asrama pada masa itu best sangat, sekaligus menghilangkan kerinduan saya kepada makanan mama saya di rumah. Bestnya!!! Saya selalunya akan menjadi orang paling awal bangun di drom memandangkan saya paling mudah bangun. Loceng besar akan dibunyikan di kantin sebagai penggerak bangun. Pun ada ramai yang 'liat' bangun atau biasa kita sebut sebagai ' tidur mati'.. Tidak akan sedar.Jadi saya akan bangunkan satu persatu, ada juga yang masih liat bangun... walaupun dibangunkan berkali-kali. Kadang kala tu rasa macam mahu siramkan air sahaja.
Selepas sahur, akan duduk study sampai pagi dan bersiap ke sekolah yang hanya 5 minit daripada asrama... jadi saya boleh katakan saya sangat beruntung... asrama hanyalah sekadar 'sekangkang kera' dari sekolah...selalunya kami akan minum kopi danm kuih selepas makan nasi sahur... bolehlah celik sampai ke pagi...
Berbukapun best, masih teringat lagi beratur ramai-ramai, ambil tray dan 'book' tempat dengan meletak tray. Lepas tu berjalanlah keliling asrama atau kawasan sekolah yang cantik.Berjalan dan berbnual sambil mendengar suara kicauan burung 'bergosip' sama sendiri.Aduh! rindunya saat-saat itu.
Ada juga masa-masa yang tidak best, kuih di kantin yang kadangkala liat atau 'kerassssssssssssssssss' baling ke dindingpun tidak pecah.. he he..
Yang paling susah di asrama ni, cuma satu perkara sahaja, kalau 'cuti umum' 'bendera Jepun' susah nam makan.. paling tidakpun, makan je maggi dalam bilik, atau roti yang dibeli siap-siap waktu malam.Kalau nak dibeli waktu siang, malulah pulak kat abang-abang kantin.. he he..
Yang paling best, bersembahyang jemaah dan Terawih bersama-sama.Tak pernah miss.Lepas tu pergi prep.Study.
Walaupun hanya 5 tahun di SMSB, rasanya cukup mendewasakan saya.Maklumlah duduk di rumah, sangat 'spoil'.Dimanjakan habis oleh arwah nenek.Baju, kasut yang sepatutnya diajar oleh mama supaya basuh sendiri, tak pernah dibuat sebab nenek tidak akan benarkan. Kata dia, saya basuh tidak bersih.jadilah saya 'mem kecil' di rumah sendiri.Jadi apabila di asrama (itulah antara tujuan mama dan bapa saya masukkan saya ke asrama)... dan saya patut berterima kasih sangat, kalau tidak kerana peristiwa saya di asrama (yang 100% best) tentulah saya tidak 'berjaya berdikari' sehingga ke hari ini.
Pada masa itu, di kalender hari-hari saya akan pangkah besar-besar sebab menghitung hari untuk balik kampung beraya. mendenngar lagu P.Ramlee terutamanya akan membuatkan air mata meleleh sangat. Disebabkan kami orang Langkawi, kamilah yang selalu menjadi orang terakhir balik daripada asrama.Kami tidak akan balik petang, sebaliknya akan menunggu sehingga pagi esok untuk balik ke langkawi.
Saya agak pokok besar di sisi tempat tetamu menunggu jika menziarah anak-anak di asrama sudah tua, sama tuanya dengan umur kami agaknya.Saya ukirkan nama saya 'Noor' dengan tahunnya sekali.Pada masa itu di bahagian pangkalnya, sekarang, mungkin sudah melepasi bahagian tengah atau lebih tinggi lagi.Kalaulah dapat melawat asrama saya lagi... Rindunya pada asrama itu...mungkin saya ke alor setar pada minggu ini dan dapat melawat asrama itu lagi....

Labels:
Mengenang Ramadhan di asrama
Tuesday, September 2, 2008
Fadhilat Ramadhan, selamat datang Ramadhan.
Fadhilat Ramadhan
Fadhilat Ramadhan | Ibadah Puasa | Solat Tarawih
Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
--------------------------------------------------------------------------------
Subscribe to:
Posts (Atom)