Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Tuesday, December 30, 2008

Ujian Vs Bala

Sekiranya kita ditimpa kemalangan, adakah itu 'ujian' atau 'bala'. Pada saya, peristiwa itu ujian.Mengikut fahaman sayalah, bala ni berlaku jika kita menyalahgunakan kuasa atau duit, dan terjadilah sesuatu yang tidak baik.Contohnya kehidupan 'gay' yang kemudiannya dilaknat Allah dan terjadilah sesuatu perkara buruk.

Hanya lebih kurang beberapa hari sahaja lagi, cuti persekolahan akan tamat, bermakna bermulalah stressssssssss kembali.Namanya 'ujian kerja'Kerja daripada matahari belum tersenyum sampailah bulan mulai tersenyum kembali (kalau tak de bulan, bintang..) Pastinya saya akan rindukan cuti panjang ini lagi.Kalau diikutkan hati, belumpun rasa puas bercuti... kalau kenal loteri RM340juta macam kat US kat sedap... berehatlah sepanjang hayat... (silap-silap mati atas katil, sebab terlalu malas bergerak, sebab terlalu banyak duit, bimbang kena rompak dll)

Tamatnya cuti sekolah bermakna juga tamatlah musim cuti orang kahwin... kalau kat kampung, jenuh la juga memenuhi undangan perkahwinan. Tidak pergi, rasa bersalah juga, sudah dijemput. Kalau satu rumah minimum kasi RM 20, 3 buah rumah sehari..aduh, robek juga poket... he he..Ini namanya 'ujian kenduri'

Selalunya yang kita lihat, apabila berlangsungnya perkahwinan, riuh-rendah lah keluarga menyediakan kad jemputan, majlis kenduri dan rumah atau hotel atau dewan yang dihias indah... berbeza dengan majlis perpisahan atau penceraian ( tak ada majlis pun)tak ada yang 'suka hati' dalam memperkatakan 'penceraian'... kecuali VIP atau artis barangkali. walaupun mereka tidak gemar membicarakan soal ini, sebagai 'public figure',(PF) mereka akan merasai juga terpiasnya... kelemahan mereka akan dijaja sampaikan kita bingung untuk membaca (kadangkala malas sebenarnya mahu ambil tahu, tapi 'terbaca'juga)

Malang sekali sekali PF apabila kisah 'tepi kain' dicanang ke merata dunia kan?

Teringat saya ketika satu badan amal ada mengadakan ceramah kepada para guru di sekolah.Tujuan merea murni,untuk menggalakkan guru-guru memotong wang daripada gaji mereka sebagai derma kepada badan tersebut.Bagaimanapun lawatan dan tujuan murni tersebut dicemarkan oleh ucapan wakil badan tersebut, seorang wanita.

Ucapannya ada menyebut, "ada ramai ahli masyarakat yang ditimpa bala seperti kematian suami, penceraian, kemalangan ahli keluarga, tiada anak, perkahwinan yang tidak bahagia, membujang dll..." Saya rasa itulah sahaja 25 patah perkataan terawal yang saya dengar... yang lain, saya pekakkan telinga sahaja.

Di akhir kata, dia menyeru agar guru-guru menderma melalui potongan gaji kami. Pada saya, jangan kata satu ringgit, satu sen pun barangkali saya tidak akan ikhlas untuk menderma.Nasib baik lah hanya guru muslim sahaja berada di makmal ketika itu, kalau tidak, tentunya akan malu sangat dengan guru bukan Islam...Kalau dikutkan ayat dia atas, boleh dikatakan 90% perkataan itu mengena kepada mana-mana guru, jadi wajarkah kita mengatakan 'kami' ini adalah manusia yang diturunkan bala, padahal kami hanyalah guru yang bekerja kerana Allah, seperti ahli masyarakat yang lain semata-mata kerana ada yang bercerai,kematian keluarga kerana kemalangan, menjadi bujang (single, dan ini bukanlah pilihan kita, sebaliknya datangnya daripada ALLAH)atau kerosakan kereta.

Saya percaya setiap individu yang menggunakan kereta pasti terkena'kerosakan'kereta, dan soalannya adakah ini dikategorikan sebagai 'bala'?

Berdasarkan fahaman saya dengan pengetahuan agama yang cetek (maklumlah saya bukan pun sekolah agama atau tahfiz alquran)ujian, pengalaman hidup yang tidak baik kepada manusia bukanlah 'bala'seperti yang disebut oleh wanita itu, sebaliknya adalah ujian bagi menguji kesabaran, keimanan kepada Allah.Saya percaya disebalik kesabaran itu, Allah akan memberi ganjaran pahala kepada ujianNya.

Apa pun definisinya,harapnya kita akan tabah menghadai 'ujianNya' dan dihindari daripada 'BalaNya' kepada masyarakat kita dan negara serta duniakita. Amin.

Sunday, December 21, 2008

Ulasan Filem ' Australia '

Saya berpeluang menonton Filem 'Australia' pagi tadi 11 pagi, agak lama tayangannya,hampir jam 3 petang, filem baru tamat. Saya keluar panggung dengan menarik nafas lega.RM11 yang dibayar terasa sangat bebaloi sangat.. (kerana menempah tiket on line)Maaf jika jadi ingin memperlekehkan filem tempatan, kalau tengok, keluar panggung rasanya macam tak 'patut membayar' sebanyak itu.. (bukannya semua ya filem.Terdapat juga filem yang bagus-bagus) Contohnya Cicakman 2, bagus juga ( mengikut teknik tempatan la, janganlah bandingkan dengan filem luar negara dengan bajet jutaan dollar)

Well, saya membaca banyak penulis yang mempertikaikan lakonan dan mimik wacah Nicole Kidman.Kata pengulas ini, mimik wajahnya tidak banyak berbeza.Entahlah, pada hemat saya, ekpresinya jelas. Ada kekalutan, gembira, tekanan, cinta yang dapat dilihat daripada matanya dan banyak lagi.Tapi pun, siapalah saya untuk mempertikaikan pendapat mereka..saya pun tidaklah seorang pengulas filem pun... Sebagai seorang bekas pelajar journalism, saya juga pernah menulis untuk akhbar terbitan jabatan Komunikasi UKM dahulu, berkaitan puisi.. sebenarnya tidak menyangka pun artikel tersebut akan disiarkan dalam terbitan. Malangnya saya tidak mengambil course perfileman, jadi tidaklah dapat saya mengulas mengenai filem ini di sudur pengarahan dan teknik kamera atau sound sistem.

Bercakap berkaitan dengan pemandangan,anda akan terpukau melihat kecantikan pemandangan, yang saya kira berjaya dilahirkan dengan tepat sekali.Garapan antara budaya asli, barat antara golongan bangsawan (aristokrat)dan golongan cowboy (golongan biasa) sangat 'cantik' sekali.Pencampuran antara nilai moral dan norma masyarakat, amat dititik beratkan dan dihalusi .Seolah seakan hukum karma dalam kebanyakkan filem, yang baik akan mendapat balasan baik dan sebaliknya.Saya percaya, penghasilan filem ini telah melalui kajian sejarah, budaya, norma masyarakat dengan terperinci agar tiada nilai, budaya,gaya, pakaian dan sebagainya hanya direka bagi mencacatkan filem ini.Walaupun, tidaklah saya ketahui adakah filem ini diadaptasi daripada peristiwa asalnya, saya percaya, filem ini telah menonjolkan aspek dan elemen budaya dan sosial(pakaian, makanan, cara hidup, agama, adat resam) yang digarapkan dengan 'cantik sekali' termasuk juga elemen politik dan kuasa.

Rasanya, kalau disuruh menonton 30 jam (10 kali lagi) pun, saya tidak kisah.

"Australia" adalah sebuah filem yang turut mengangkat tema penyisihan kaum membabitkan anak kacukan pribumi dan kulit putih, yang dikenali sebagai ‘generasi yang dicuri’. Kanak-kanak berkenaan, seperti disampaikan menerusi watak Nullah lakonan Brandon Walters, dipisahkan daripada keluarganya oleh kerajaan negeri dan misi gereja, mengikut akta parlimen masing-masing. Saya suka dengan panggilan 'cream' yang direka bagi menggambarkan kanak-kanak separuh mat saleh dan separuh orang asli.

Australia juga melangkah sempadan kisah cinta dan pengembaraan apabila Luhrman memasukkan sekali episod serangan Jepun ke atas bandar Darwin, hanya beberapa ketika selepas pengeboman Pearl Harbor, Hawaii. Serangan itu kononnya menguji bukan saja keutuhan bandar berkenaan, sebaliknya kasih sayang antara seorang wanita terhadap lelaki dan ‘anaknya’. Seperti yang disebut dalam skripnya, " If there no love in your heart, you 've nothing'. Cinta yang kuat bakal mengatasi segala kesulitan dan kesengsaraan, bahkan erana 'cinta' terhadap manusia dan manusia lain, Sara sanggup kehilangan ladangnya kepada King Carney yang dimonopoli oleh menantunya Fletcher.

Filem yang turut dilakonkan David Wenham, Bryan Brown, Jack Thomspon dan David Gulpilil ini mengisahkan seorang wanita aristokrat Inggeris, Lady Sarah Ashley (Kidman) yang mengejar kesempurnaan dalam hidup, namun tidak bahagia dalam perkahwinan serta tidak mempunyai anak. Dia mengesyaki suaminya bermain kayu tiga Tiba di sana, dia mendapati suaminya mati dibunuh. Seorang lelaki penduduk pribumi (namanya King George)dikatakan bertanggungjawab dalam pembunuhan itu.

Tanpa kita sedar, watak sampingan ini, iaitu King George, memegang watak penting kerana dia menjadi nadi kepada pergerakan analogi peristiwa dalam filem ini.Dia mengheret kita kepada beberapa peristiwa gembira, tragik, sedih dan penamat filem ini.

Dengan kematian suaminya, Sarah mewarisi ladang Faraway Downs. Pengurus ladang, Neil Fletcher (Wenham) berkomplot bersama seorang ahli perniagaan, King Carney (Brown) untuk merampas perniagaan Lord Ashley. Bagi menyelamatkan perniagaan terbabit, Sarah mesti bersekongkol bersama Drover (Jackman), lelaki yang pada mulanya tidak disenangi langsung oleh wanita terbabit.

Bagi menyelamatkan ladang diwarisi, Sarah, Dover, Nullah dan beberapa rakan perlu mengemudi kira-kira 1,500 lembu menerusi kawasan yang mencabar, untuk ke pelabuhan, sebelum King Carney memusnahkan segala impian. Perjalanan itu lebih sukar apabila Fletcher sentiasa di depan, untuk menghalang dengan pelbagai muslihat.

Tentunya,kita kira, penamat yang bahagia, setelah klimaks nya kita dihumban bersama peperangan dunia kedua setelah serangan jepun ke atas Hawaii (Pearl Harbour). Walau pun kita sudah ketahui, teknik penggunaan komputer bagi melengkapkan filem ini, ritma jantung masih lagi kencang takkala kita menonton "Australia'...

Bagi saya, bukan sekadar omongan kosong yang menyatakan 'filem ini' bagus kerana ternyata memang filem ini amat bagussssssssssss.Tentu ada rungutan, kenapa sibuk sangat 'mendewakan' filem luar.. Pada saya sekadar menyatakan dengan jujur, kenapa perlu hipokrit yang menyatakan filem itu baus, padahal isinya tawarrrrrrrrrr... Dulu ada juga saya terbawa menonton sebuah filem tempatan yang dilaporkan bagus sangat, aduh! bila menonton rasa hancai!!! Menjadi tugas seorang journalism melaporkan sesuatu berdasarkan situasi sebenar... kalau kurang baik, mengapa dikatakan baik sangat... penilaian mestilah adil dan tidak bayers...

What make u happy?

What make u happy? Tiba-tiba saja persoalan itu menjengah minda saya. seorang pelajar saya bertanya soalan itu melalui emel.. well. Happy life, moderation, ada keluarga yang baik, suami yang baik, a good job.. and have freedom to do everything u like.. I guess..

Kebebasan itu suatu hak mutlak, pada seorang isteri seperti saya yang bergantung sepenuhnya di tangan seorang suami.Kalau suami yang 'mudah'seperti suami saya,tentunya hati senang. Saya sentiasa diberi keizinan keluar kalau saya mahu,tentunya saya akan meminta izin keluar terlebih dahulu, sebagai muslim berdosa hukumnya seorang isteri keluar tanpa izin suami hatta mahu pulang ke rumah orang tua sendiri pun!Meskipun mereka terlantar sakit, jika anda tidak diizinkan keluar, maka, hukumnya berdosa keluar rumah... (nauzubillah hi min zalik) Kalau keluar 'window shopping' pun, suami saya 'ringan mulutnya' memberi izin, saya tidak fikir,dia tidak akan mengizinkan saya keluar jika ada hal kecemasan.

Perkahwinan yang baik terletak juga kepada suami dan isteri yang baik, keluarga yang baik, ahli-ahli keluarga yang baik.Isteri mesti sentiasa redha dengan suami, biarlah miskin harta (tidak kaya macam Bill Gates) tapi kaya kasih sayangnya, beriman.. rasanya tidak ada pandangan yang paling indah selain memandang wajah suami yang baru tamat sembahyang,nampak 'baik giler' dengan kopiahnya.. betulkan??

Keluarga baik sebelah suami saya atau pun saya sendiri tidak pernah campur tangan terhadap perkahwinan kami. kami membuat sebarang keputusan bedasarkan pilihan dan keutamaan kami, with I should say, Thanks Allah for this.Banyak rumahtangga di luar sana yang runtuh akibat campur tangan ibu bapa mana-mana pihak.I'm very lucky to have a wonderful mother in law.Double lucky of having a wonderful mum, dad (I called him bapak)aunties n families.kejiranan yang baik... nothing at all to complain... sebaliknya, bersyukur dan berterima kasih...

Petang tadi, saya menontoh 'The Oprah'.. ter[egun dengan seorang wanita yang tingga dalam ruang berukuran 250 kaki (dua depa tangan 2 orang dewasa sahaja) tapi dia sangat berterima kasih dan bahagia... dan soalannya berbunyi...How much space you need to make you happy?? Jawapannya, terletak kepada diri kita sendiri...
Kalau rumah macam istana, tapi tidak bahagia, tidak ada maknanya jugakan?

Keluarga saya akan datang esok, maknanya I will be feel a million happy.. seronoknya dapat berbual macam2 perkara... teringat saya pada suatu malam, saya ada call mama saya dan berborak, suami di kerusi hanya mendengar dan memerhatikan saya, ketawa terbahak-bahak bercerita perihal kami, semasa saya kecil dahulu... saya bertanya kepadanya, " bang, want to talk to my mum?"
he say, "tak pa, thanks" dan talian ditamatkan...

Rupanya selepas itu, dia meminta saya menelefon ibu mertua saya pula dan saya perlu berborak dengannya.. he he.. cemburu rupanya apabila saya menelefon mama saya.. bercakap dan bercerita, tentunya tidak menjadi hal... dan sayapun menelefon ibu mertua saya dan berborak, ketawa seperti tadi (tapi kurang sikit sebab orang Johor terkenal dengan ketertibannya, agak slow kalau dibandingkan dengan orang Utara yang lebih riuh rendahnya)

Kelakar juga bila diingatkan kembali.Saya ingatkan dia mahu call mak (panggilan ibu mertua saya) dan bercakap dengannya... rupanya suami cemburu melihat saya hanya berborak dengan mama saya dan bukan ibunya... he he..

So soalan saya kembali, perkara apa yang membuat anda bahagia??

Wednesday, December 17, 2008

Memancing udang??? udang and cheese..







Petang tadi,tiba-tiba my hubby ajak saya memancing ikan, kat tempat biasanya di Sea Lion, Klang... dia tahu saya tak suka pun memancing..ada sekali saja saya ikut dia, itupun sebab ada my mum dengan kami, boleh la sembang-sembang.. kalau tak boring.. saya tak ada 'kesabaran pun' menunggu berjam-jam bagi seekor ikan ,sangkut' kat joran.. kalau suami saya, memang dia akan bertahan dan bersabar menunggu ikan.. berkat kesabarannya, saya ingat dah lebih 20 ekor ikan jenahak, merah, dll yang kadang-kadang sehingga 4 kg beratnya (jenuh juga saya karate untuk menyiang dan memotong ikan, nasib baik la pandai.. he he he)

memancing ni kira rezeki, nasib, daripada Allah... kalau nasib baik, rezeki murah, ada la lebih daripada seekor (selalunya dua ekor, alhamdulillah) sekali saja suami pulang dengan tangan kosong.. he he.. bukannya apa, agaknya dia berniat menunjuk-nunjuk dengan kami ( KETIKA SAYA NAK MY MUM IKUT LA TU)

Bila diajak nya memancing, tak sampai hati pula menolak... kan diajaknya mak we mana-mana.. kan nanya.. he he...

45 minit perjalanan juga,barulah tersedar dia tak bawa joran kesayangannya 9sepatutnya nak pancing ikan la).... terpaksalah pancing udang, kat kolam sebelah sebab boleh sewa joran (rm 3) lama juga, dari 6.30- 11.30 malam, banyak yang terlepas daripada tangkap( agaknya separuh la) timbang-timbang adalah 500 gram sahaja.. (kira sikit la. Untuk first timer, kira okay la) nak selamat, belilah daripada satu brother, RM30 untuk 1.6kg (kira murah giler, udang harimau 8-10cm)segar, masih hidup... kalau masak mee udang, sedap ni...

penatnya, duduk saja pun penat... memancing ni buat gemuk ada le (bagi saya le) daam menunggu husbang memancing, saya makan lebih dua bar coklat, 1 paket entang goreng, 1/2 nasi goreng dan secawan nescafe panas..huiihh!!!

tidak pulak menyangka, kolam udang tu cerah betul, kalau tahu, boleh bawa notes dan merangka projek berikutnya...boleh settle kalau 4 jam, menunggu udang...Kolam tu kira selesa, ada toilet, surau, tempat makan...okay la...tapi tak de la internet dan komputer... kalau ada, dah berjam saya kat internet kot...

Yang penting, bukan udang yang diperolehi, masa bersama tersayang itulah yang penting..hhmm romantikkan...

Saya terjumpa resepi yang simple tapi macam sedap... udang dibelah belakangnya, buat apa-apa yang tak patut.. he he..

letak cheese... panaskan oven 190c selama 10 minit.. ingat nak cuba juga...hmmm.. nampaknya sedap...

kalau lagi sempoi, basuh udang,belah belakang, letak butter kat pan, goreng sampai ke merahan... sedap juga..