Alhamdulillah, finally,semalam,saya habiskan editing dengan seribu satu kepayahan. Kerja sekolah perlu dihabiskan,terutamnya key in markah ke dalam laporan secara 'on line' untuk dicetak dan dihantar kepada boss untuk ditandatangani kertas cetakan(untuk simpanan file murid)Soalan trial perlu disediakan juga,perlu menilai dan semak tajuk-tajuk soalan yang lama tidak muncul dalam SPM dan berdoa kepada ALLAH agar apa yang saya buat (soalan, akan membantu murid saya kelak dalam SPM). Minggu hadapan pulak,perlu ke Alor Setar untuk ke mahkamah... alahai.. berdebuk-debuk rasa jantung.. Sepandai-pandai saya bercakap (almaklumlah juara bahas masa sekolah,sekarang ni pulak cikgiiii la katakan, mana tak pandai bercakap kan,gelabah beruk juga apabila menjejakkan kaki ke pintu mahkamah yang kelihatan gah,besar dan asing sekali.
Sudah berapa malam saya tidak dapat menonton TV sebab mahu habiskan editing cepat.Penat rasa otak membaca 300 muka surat,setiap malam hampir 4 jam mengadap laptop.Waktu siang perlu habiskan kerja seberapa banyak yang mungkin.tidur hanya pada jam 1 pagi, bangun lebih kurang 6 atau lebih sikit.Mengantuk tu ALLAH sahaja yang tahu.Demi minat dan keseronokan diri sendiri, tak pa lah.Ada mengutuk juga suami, soalan saya kepada dia, "bang,bila mahu baca ayang punya manuskrip"
Kata dia, "tunggu dah jadi buku,abang baca satu hari 1 muka"... tergelak saya.. adua,dekat 10 bulan nampaknya baru dia akan berjaya habiskan satu buku saya.Adus! Inilah antara individu yang termasuk dalam bancian bahawa rakyat Malaysia hanya membaca 2 buku sahaja setahun.Bacaan suami saya memang terhad,baca pasal business,fishing,BMW dan musik sahaja.Adus! Saya sendiri, segala jenis buku dan bacaan saya baca.Pasal undang-undang,jurutera,fishing,kereta,memasak dll, saya baca sahaja... kadang tu pasal perniagaan memang tak faham pun juga...ha ha ha..
Mendapatkan ilmu itu wajib, jadi harapnya apa yang dibaca tu, ALLAH akan beri ganjaran.Saya percaya,apa sahaja yang dibaca itu adalah ilmu asal tiada kaitan dengan bahan lucah,gosip dan mengata orang... Objektif saya menulis buku adalah menghasilkan sebuah buku yang 'bukan sekadar cinta biasa'seperti lagu nyanyian penyanyi esukaan saya Dato Siti Nurhaliza(tapi maaf saya tak suka campur cerita tentang hidupnya.. yang saya minat lagunya bukan gosip tentang dia,lagi pun,manalah Dato Siti nak kenal saya pulak.)tetapi 'cinta' yang berprinsip dan adanya ilmu pengetahuan.Insya-Allah.
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Hari ini teruja dapat berbicara walaupun ringkas dengan seorang pelajar STPM saya yang sudah agak lama tidak bertemu. 10 Tahun lamanya tidak...
-
Saya terpaksa lagi ke Sogo sebenarnya Pertama Komplek kerana telefon yang dibaiki macam 'kureng sembuh pun. Dari sana saya kemudiann...
-
Bapa saya memang original S.A.L dan saya hanya half Langkawi sebab mama saya orang Seberang Perai...tapi masih mahu mengaku orang Langkawi s...
-
Apabila seorang junior saya yang akan melangsungkan perkahwinan,saya tersenyum panjang. Masih teringatkan perkahwinan dan kenduri saya ya...
-
Ketika berbual-bual melalui telefon dengan adik angkat saya Deena (Nor Madina) dan ena (Norazlina) semalam, mereka tanya saya balik apabila ...
-
Dari Kelana Jaya, menaiki LRT, turun ke Masjid Jamek dan bertukar LRT stesyen, menaiki LRT lain (menyeberang jalan & menaiki LRT ke ar...
-
"Aku tidak mahu menangis.Tidak setitikpun ingin aku tumpahkan air mata ini...Cinta bermaksud mesti bersama.Cinta bukan untuk berpi...
-
Lega betul apabila bengkel berjaya ditamatkan jam hampir 1 tengah hari,selepas itu minta murid mengemas meja dan kerusi di dewan sekolah... ...
-
Sudah agak tiga hari asyik bermimpi (actually bukan mimpi lagi, sudah masuk kategori merepek, sebab sudah reach pagi, hampir jam 5-6 pagi), ...
-
Sepatutnya manuskrip baru sudah mulai bergerak jauh, namun kali ini agak slow... dan bukannya sebab kering idea, tapi kepenatan, sekolah y...
No comments:
Post a Comment