Alhamdullillah,Allah pelihara kami dalam perjalanan balik ke kampung dan pulang serta rumah yang ditinggalkan. Saya percaya,sejak dahulu setiap kali mahu tinggalkan rumah baca 13 kali Kulhuallah dan 3 kali al-kursi,berdoa di hadapan pintu semoga Allah pelihara kita dalam perjalanan dan juga rumah yang ditinggalkan. Langkah kaki kanan dengan yakin. Semasa saya masih bujang dahulu, pernah satu ketika,ketiga-tiga rumah jiran saya dimasuki pencuri,tapi rumah saya alhamdullillah,terpelihara sewaktu ditinggalkan semasa bercuti panjang. (maklumlah bujang,cuti memang balik kampung lama-lama)
Bertolak daripada Langkawi jam 11 pagi,kononnya feri jam 11.30 pagi tapi tak ada disiplin langsung, 12.10 tengah hari baru bergerak. Disebabkan tak ramai penumpang atas feri,diorang pakai enjin satu sahaja (biasa ada dua atau tiga) jadi punyalah lambat,adoiii... bagai nak giler kita yang atas feri tu. Kena pulak,tvnya kosong saja,punyalah jemu. Dalam 15 minit,nak reach Kuala Kedah barulah dipasangkan VCD,dalam hati berkata,"ada akai ka depa ni?" ni bahasa orang Kedah bermaksud ,'apasal tak guna otak... masa panjang tadi hampir dua jam tak nak pasangkan video,dah nak sampai baru nak pasangkan video... (tidak bermaksud nak mengata,tapi manalah logiknya di sinikan?)
Singgah di Perhentian Gurun untuk makan... kemudian ke rumah mak ngah di Machang Bubok,sudah lama tak ke sana,sesatlah juga (terambil jalan jauh) jam 4 petang baru sampai kat sana. Makan nasi pulak (walaupun tak ada niat nak makan.. he he) mandi,lepas asar bertolak semula. Nak jadi nasib,lampu signal pulak tak menyala (bermakna.. bahaya kan)tersedar semasa di Kuala Kedah lagi tapi pelik juga,semasa balik hari tu okay je)di Bukit Minyak,cuba ke bengkel,disuruh ke Bukit Mertajam,nasib baik tak lama (tapi ambil masa 1 jam juga ke sana-sini) lepas tu tersesat lagi... adus.. masuk highway jam 7 malam...
Dalam perjalanan,suami yang tidak pernah merungut penat memandu pun menyebut,'penat beberapa kali'.. saya sendiri tergelak je.. dialah yang degil sangat.. saya lebih suka balik dengan 'udara' je.. tak penat..kalau booking awal,belanja lebih kurang je dengan perjalanan melalui darat.. tapi dia tak suka... suka memandu konon.. kalau tak pun,naik kereta api,kelas pertama (ada double deaker,selimut,bantal dan tilam,meja,kerusi,bilik berkunci... dengan aircond yang sejuk,boleh tidur sampai pagi tanpa perlu bimbang beg akan dicuri dan sebagainya)...
Kata saya,lain kali naik kapat terbang atau kereta api sajalah... penat berkereta.. harap lain kali dia bersetuju... sebab rasanya bagai bengkok tulang belakang dalam kereta...
Esok plan dobi baju dan ke p cinema la,apa lagi... rindunya dengan pawagam... the ugly truth, mungkin jin notti... n kena back to back la ni...
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Selamat Hari Ibu kepada para ibu.. 2006 lepas, saya dan mama saya menyambut hari ibu dengan majalah jelita, seronoknya... tahun lepas saya...
-
Menjadi pendidik, tentunya tidak ada perkara lain yang lebih menyeronokkan anda selain daripada berjumpa kembali anak-anak didik anda, seola...
-
Saya bukan seorang yang suka menonton teater, jauh sekali 'hantu' teater.. Saya memang tidak suka sebarang program nyanyian apa...
-
Perkara yang baik datang setiap hari. Anugerah Allah dengan kesihatan yang baik,kebahagiaan yang tidak terhitung dsbnya (yang kita sudah...
-
Sudah agak tiga hari asyik bermimpi (actually bukan mimpi lagi, sudah masuk kategori merepek, sebab sudah reach pagi, hampir jam 5-6 pagi), ...
-
Hari ini teruja dapat berbicara walaupun ringkas dengan seorang pelajar STPM saya yang sudah agak lama tidak bertemu. 10 Tahun lamanya tidak...
-
Semalam bertemu kawan lama di Sogo...we're chatting tanpa mengira siapa di sebelah pun..Kalau agaknya ada PM pun,kitaorang tak akan namp...
-
Kalau di Pantai Timur ada musim tengkujuh, di Langkawi ni disebabkan pulau, kadang-kadang tempiaslah cuaca seperti itu juga. (bukan kadan...
-
Pesta buku datang lagi. Pada tahun ni saya akan berada di both Karnadya, berlokasi Dewan Tun Razak 3: A49-A51 dan A70-A72 PWTC pada 1 Mei 20...
-
Sebagai peminat movie, saya angkat 'dua-dua ibu jari saya'. Kualiti filem, story line, watak-watak yang hidup... dengan bahasa tubu...
No comments:
Post a Comment