Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Tuesday, October 13, 2009

Kalau saya tidak patut ke tempat kerja(bermula jam 2 petang) sure saya akan ke sana. I really love this... bukan senang nak dapatkan semua ucapan presiden UMNO terutamanya Dato' Onn Jaafar,Tunku Abdul Rahman...Kalau pergi sure dapat bergambar dengan matan PM. hmmmmmmmmmmm


Petikan :Berita Harian
Buku dapat perjelas proses pembinaan negara, bangsa

KUALA LUMPUR: Koleksi buku Amanat Presiden Umno boleh menjadi sumber rujukan bagi ahli Umno dan rakyat Malaysia dalam memahami proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, tempoh 63 tahun bukanlah waktu yang lama bagi sesuatu negara, namun dalam tempoh yang singkat itu Malaysia berjaya mencapai banyak tanda aras kecemerlangan.

"Daripada sebuah negara yang terjajah kepada negara yang bebas merdeka, daripada sebuah negara pertanian kepada negara industri dan daripada sebuah negara yang rata-rata warganya hidup di luar bandar kepada negara di mana majoriti warganya tinggal di bandar dan berada dalam kelas menengah," kata Najib menerusi kata-kata aluannya dalam buku itu.



Beliau berkata, salah satu sebab utama transformasi itu berjaya direalisasikan adalah kerana Presiden Umno sejak Almarhum Tunku Abdul Rahman sehingga hari ini adalah juga Perdana Menteri.

"Dalam dwikapasiti mereka sebagai ketua parti dan ketua kerajaan, membolehkan aspirasi rakyat terbanyak didukung melalui perjuangan parti dan seterusnya diterjemah melalui dasar-dasar kerajaan," katanya.

Najib berkata, tidak ada pihak yang mampu menafikan peranan Umno dalam proses perkembangan demokrasi dan pembangunan di Malaysia dan ahli parti itu hari ini amat terhutang budi kepada keenam-enam bekas presiden.

"Diharapkan dengan menyusuri sejarah perjuangan parti melalui amanat Presiden-presiden Umno ini, ahli-ahli khasnya, dan rakyat Malaysia amnya, mampu memahami susur galur dan dinamik gerakan mencapai kemerdekaan, penubuhan Malaysia, tragedi 13 Mei dan penggubalan Dasar Ekonomi Baru, serta bagaimana transformasi Malaysia daripada sebuah negara pertanian kepada negara industri boleh berlaku," katanya.

Buku Amanat Presiden Umno yang dilancarkan semalam oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menghimpunkan ucapan semua enam Presiden Umno terdahulu pada persidangan parti bermula dengan Datuk Onn Jaafar (1946-1951) diikuti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1951-1971), Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976), Tun Hussein Onn (1976-1981), Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009).

Buku terbitan Berita Publishing Sdn Bhd itu dijual dengan harga RM200 senaskhah dan boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh

Sementara itu, Muhyiddin menyaran rakyat di negara ini agar mengambil inisiatif mengenali Umno menerusi ucapan semua presidennya.

Beliau berkata, dengan cara itu rakyat pelbagai bangsa akan dapat memahami asas perjuangan sebenar Umno dalam membangunkan negara.

"Sesungguhnya ucapan Presiden Umno amat perlu diamati dengan teliti sebagai satu sumber rujukan kepada ahli parti dan rakyat Malaysia dalam usaha memahami proses pembinaan negara yang semakin terhakis selagi mana generasi muda tidak tahu dan tidak mengambil iktibar daripada peristiwa lalu," katanya.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selain ahli keluarga bekas Presiden Umno terdahulu.

Muhyiddin berkata, hanya selepas mengenali Umno barulah perasaan cinta yang mendalam terhadap parti itu akan lahir dan seterusnya timbul gerak hati untuk menabur bakti dan membalas budi dengan ikhlas.

"Bagi Umno yang meraikan ulang tahun penubuhan ke-63 tahun ini, tentulah tidak membawa apa-apa makna sekiranya kita sebagai ahli parti tidak berada dalam keadaan sentiasa membina dan membaja, mendidik dan memperkukuhkan parti untuk generasi seterusnya bagi memastikan Umno terus hidup dan relevan buat selama-lamanya," katanya.



Petikan Utusan Malaysia:


KUALA LUMPUR 12 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan buku Amanat Presiden UMNO 1946-2009 yang menghimpunkan ucapan dasar enam pemimpin terbabit ketika perhimpunan agung parti berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, penerbitan buku itu amat berguna kepada seluruh rakyat negara ini untuk memahami pemikiran, asas perjuangan dan dasar kepimpinan Presiden UMNO yang kebanyakannya telah menjadi Perdana Menteri.

''Langkah ini akan membolehkan rakyat lebih memahami antara satu sama lain dan seterusnya saling hormat menghormati dalam menjalani kehidupan selaras dengan semangat 1Malaysia.

''Melalui buku ini, kita juga dapat mengenal sejarah bangsa dan tanah air dengan lebih dekat," katanya.

Pelancaran buku yang diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn. Bhd. di sebuah hotel di sini turut dihadiri oleh isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Turut hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mewakili bapanya Allahyarham Tun Hussein Onn, cucu tiga Presiden UMNO yang lain dan Ketua Pengarang Berita Publishing, Datuk A. Kadir Jasin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, penerbitan buku itu diharap dapat meluaskan lagi pemahaman rakyat tentang sejarah penubuhan dan perjuangan UMNO.

''Apabila kita sudah mengenali UMNO dengan lebih dekat menerusi ucapan Presidennya yang terdahulu, barulah perasaan cinta yang mendalam akan lahir.

''Ini akan mengerakkan hati setiap pembaca untuk menabur bakti, berkhidmat dan membalas budi dengan seikhlas-ikhlasnya," ujar beliau.

Muhyiddin juga berharap sebaran buku itu bukan hanya di kalangan ahli UMNO sahaja, tetapi lebih meluas lagi.

''Saya dapat bayangkan isi kandungannya juga dibaca, dikupas dan dijadikan rujukan, penyelidikan dan contoh ikutan di kalangan anak muda terutama di institusi pengajian tinggi," katanya.

Siri buku itu menghimpunkan ucapan enam Presiden UMNO iaitu Allahyarham Datuk Onn Jaafar (1946-1951), Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1951-1971), Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976), Hussein (1976-1981), Mahathir (1981-2003) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009).

Ucapan setiap Presiden dimuatkan dalam jilid tersendiri dan semua enam jilid dikumpulkan menjadi satu set yang dibungkus dalam kotak khas.

Buku yang dijual pada harga RM200 satu set dihasilkan dengan kerjasama Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Yayasan Kepimpinan Perdana.

No comments: