Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Temui KarnaDya di Pesta Buku Antarabangsa 2011 di Dewan Tun Razak 3, PWTC di booth A49-A51 dan A70-A72 bermula pada 22 April - 1 Mei 20...
-
Andai dilihat daripada kategori buku, kita dapat melihat pelbagai genre dan kategori buku yang terdapat di pasaran. Selain buku teks, buk...
-
Satu hari dalam bulan nov lama dulu.. buat pertama kali, saya jatuh cinta... I was in love.. kalau anda pernah dilamun cinta, atau pernah be...
-
" Hmm mudahnya jadi penguin, tidak perlu menduduki PMR atau SPM atau mengawas PMR / SPM atau mengajar murid yang akan mengambil PMR ...
-
Cerita 2 Hari ini mood happy saya berganda. Bukannya bermakna hari lain, saya tidak 'happy', melihat dan menyaksikan maj...
-
Stesyen kereta kabel, oemandangan yang syahdu... mesti pergi.. Dalam menunggu detik cuti sekolah, perasaan bercampur baur antara suka dan...
Sunday, January 31, 2010
Kursus Dr Azizan Wow 2
Suka sangat saya mengingatkan anda,kursus ini bukannya menilik nasib,meramalkan nasib sendiri, mengintai atau mengira apa yang akan terjadi dalam kehidupan yang akan datang.(Pada zaman Tamadun Cina lama,dikira melihat nasib melalui tulang 'orackle' dll. Atau penggunaan tarikh lahir unbtuk melihat kesesuaian tarikh perkahwinan,tarikh buka kedai yang diamalkan dalam agama lain) Atau menilik tapak tangan,melihat garisan lintang tangan untuk meramal berapa jumlah anak,berapa ramai isteri dll) There're nothing like this.
Kami diajar 5 konsep pembelajaran, 7 prinsip kekayaan & kejayaan,Huraian tarikh lahir,memahami tarikh lahir dengan advance,memahami prinsip gelombang warna dan bagaimana re-charge getaran alpha.
A. Konsep pengkajian Tarikh Lahir.
1. Konsep pengkajian tarikh lahir adalah bertujuan mengenali potensi diri sendiri dan kelemahan diri sendiri supaya kita lebih fokus, overcome kelemahan diri sendiri supata tindakan yang diambil akan berkesan terhadap kerjaya dan kehidupan kita.
2.Kita mesti keluar dari zon selesa (bukan bermakna kita tidak bersyukur dengan anugerah Allah)lebi memajukan diri bermakna jika kita lebih maju / kaya,kita akan lebih banyak membantu masyarakat/agama/negara.
3. Konsep hidup sederhana mestilah berubah. Sepatutnya kita memaksimakan kehidupan kita semaksima mungkin. (mungkin ada pernah mendengar,Islam lebih menyukai orang kaya yang banyak bersedekah... jika kita mempunyai lebihan pendapatan,tentulah lebih banyak yang dapat kita beri kepada masyarakat,betul?)
4. Ayat Juz 13,Surah ar-Ra'D. Firman Allah,"... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..." jadi kitalah yang perlu mengubah nasib kita sendiri.
5. Mengenali semua orang disekeliling kita dengan lebih baik (suami,isteri,anak2,saudara,family dan sebagainya)atau dalam konteks saya,murid (hmm saya ada beratus orang)melalui karektor personaliti.
B.7 Prinsip kekayaan dan kejayaan.
1. 100 % komitmen terhadap kerja.
Formula - T + F + A = Result (T = Thingking, F= feeling, A=action)
2.Bagaimana anda melakukan sesuatu perkara adalah mencerminkan bagaimana anda melakukan semua perkara / how you do anything is how u do everything.
3.Action/Tindakan : fast action = get better result. Kalau slow = slow result.
4. Keputusan untuk bertukar, "Is now or never".
5.Anda mahu "Tahap Tahapan RM berubah atau tidak".
6. Perlu jauhkan perkataan,"Aku tahu dah / dah tahu" kerana perkataan itu akan menyebabkan minda 'shut down' untuk menerima ilmu.
7. Allah tidak akan mengubah nasib kita..., jadi perlu dapatkan ilmu untuk mengubah diri.
Yang lain, well saya tidak dapat menghurai panjang mengenai hal ini disebabkan semua ini adalah copy right Dr Azizan sendiri. Pendek kata,anda tentunya tidak mahu lepaskan peluang ini untuk memajukan diri. Ayuh daftarkan diri anda untuk mengenali diri sendiri dan memperbaiki diri sendiri dan keluarga anda.
Saturday, January 30, 2010
Kursus Dr Azizan Osman.. Wow
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind.
Tidak bercadang bercerita panjang sebab sudah agak keletihan. Dari pagi,sebelum pukul 8 pagi sudah bertolak ke Shah Alam bersama Olis.Program tamat jam 5.20 petang,dan jalan agak 'jem' ketika mahu pulang dari Shah Alam, agak memenatkan ketika tiba di rumah,pada malam hampir jam 9.00 malam (kami berhenti makan dan rehat sebentar di Shah Alam.) Insya-Allah,catatan saya akan bersambung esok hari.
Banyak ilmu yang dipelajari,salah satu daripadanya adalah Kaedah kuasa minda pada frekuensi Alpha Brain Wave.
Siapakah Dr Azizan Osman sebenarnya?
Dr. Azizan Osman adalah CEO, Rich & Richer Resources Serta Pengasas Workshop Rahsia Tarikh Lahir & Workshop Rahsia Kuasa Minda Jutawan, Personal & Business Coaching Program.
Dr. Azizan Osman merupakan Pengarah Urusan kepada Channeldirect Asia Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak 2001. Syarikat beliau merupakan ahli kumpulan syarikat pengiklanan dan pemasaran antarabangsa The Cobra Group PLC, UK yang mempunyai lebih 800 syarikat di 25 buah negara seluruh dunia.
Disebabkan minat dan keinginan untuk mengenali dirinya sendiri dengan lebih mendalam, beliau mula mengkaji sains metafizik semenjak lebih 10 tahun yang lalu di dalam aspek "Mengenal Diri" dan beliau dapati terdapat banyak cara untuk menegnali diri dan salah satu kajian beliau adalah menggunakan kaedah mengenali diri melalui tarikh lahir yang merupakan salah satu cabang sains metafizik. Pada masa yang sama, beliau mengaplikasikan kaedah ini di dalam perniagaan dan kehidupan beliau serta orang lain dan hasilnya amat berkesan.
Kepakaran beliau juga adalah di dalam bidang "Branding, Sales & Marketing Strategy", "Leadership & Motivation" dan "Enterpreneurship Development"
Banyak memenangi anugerah di peringkat antarabangsa antaranya beliau merupakan satu-satunya pemenang dari Malaysia daripada 11 pemenag seluruh dunia untuk "Cobra International Platinum Award Winner". Beliau merupakan juga pernah mendapat anugerah "Owner of the year", "Owner's Ring Award Winner" dan "Organisational Head Award 2007".
Tuesday, January 26, 2010
Petikan Utusan Malaysia:
Kata-kata pujian merangsang potensi diri
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN
Kegembiraan dan kebahagiaan rumahtangga sebagai pemangkin kepada kekayaan.
(Perangsang : Saya rasa dalam hidup kami,lebih daripada kata-kata perangsang. Selalunya lebih kepada 'kembali kepada diri sendiri' he he. Contohnya kalau suami rajin,(selalunya memang dia rajin membantu)saya katakan: suami siapalah yang rajin ni, atau isteri siapa yang rajin ni,hahaha... )
Potensi diri begitu unik sebenarnya. Ramai yang menyatakan potensi sebagai nasib atau tuah yang berlaku di luar kawalan individu. Sebenarnya potensi boleh dikesan, dipupuk seterusnya digilap untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Melalui kekuatan dan kelemahan yang kita ketahui memudahkan kita membuat perancangan. Sebarang kesilapan perlu diperbaiki dan kekuatan wajar dikekalkan.
Individu yang gagal berkemungkinan tidak kenal dirinya sendiri. Sebaliknya, mereka yang terus mencipta kejayaan demi kejayaan faham dan tahu tentang kehendak diri .
Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Resources Sdn. Bhd., Dr. Azizan Osman berkata, setiap individu perlu mengenalpasti potensi diri dan mencari kekuatan serta mengetengahnya secara positif.
Tidak dinafikan manusia memiliki sifat-sifat negatif, namun ia boleh dikurangkan. Apa yang penting ialah kita perlu mendalami diri sendiri, cuba melakukan terbaik dan seterusnya menerima diri seadanya.
''Untuk mencari potensi diri, pelbagai cara boleh dilakukan. Namun kepercayaan dan daya usaha menjadi pemangkin kepada kejayaan mencapai potensi diri. Begitu juga dengan tindakan yang menjurus kepada apa yang ingin dicapai mestilah selari dengan matlamat yang diimpikan.
"Pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengenali potensi diri seperti melalui cap jari, senarai soalan, anak mata, tahi lalat dan tarikh lahir,'' katanya ketika ditemui di Shah Alam, baru baru ini.
Beliau yang mempraktikkan kaedah tarikh lahir menyatakan, apabila telah mengenali potensi diri sekali gus boleh membangunkan diri, kenal pasti rakan bisnes yang sesuai atau tidak, suami isteri, anak tidak mahu belajar, pekerjaan dan pelajaran.
Lafazkan kata-kata seronokSementara itu, seseorang itu perlu sentiasa melafazkan kata-kata seronok bagi memberi lonjakan semangat kepada diri, keluarga atau rakan.
''Mulakan melafazkan kata-kata seronok atau puji-pujian kepada pasangan atau anak-anak. Insya-Allah apabila sifat-sifat positif itu telah tertanam di dalam minda, maka kejayaan akan menyusul kemudian dan seterusnya kekayaan,'' ujarnya.
Menurut Dr. Azizan, kata-kata pujian atau seronok memang agak susah untuk diterima. Bagaimanapun, kita harus memulakannya kerana inilah sebenarnya kunci kepada menaikkan semangat kita dalam mencapai kejayaan dan matlamat yang diimpikan.
''Selalunya, saya akan menasihatkan pasangan suami isteri untuk menulis kata-kata seronok atau impian mereka. Contohnya suami buat kenyataan; saya kacak, saya kaya, saya berjaya. Buat dalam lima hingga 10 kenyataan. Isteri juga buat seperti; saya cantik, saya kurus, saya berjaya.
''Lepas tu tukar kenyataan-kenyataan itu. Suruh suami baring dan usap kepala dan baca kenyataan yang suami buat. Suami juga lakukan untuk isteri. Seeloknya buat sebelum tidur selama 21 hari.
Lakukan selama 21 hari
''Kenapa 21 hari kerana kitaran lengkap sel di dalam minda lengkap selama 21 hari. Setiap sel ada ingatan kepada apa yang selalu diperkatakan atau diprogramkan. Sekiranya dilakukan selalu, insya-Allah apa yang dihajati akan menjadi realiti dan hubungan suami isteri lebih rapat, kurang bergaduh dan lebih memahami,'' ujar penerima anugerah Platinum Awards 2004/2005 dari Cobra Group, England.
Beliau yang fasih berbahasa Cina memberitahu, perkara ini boleh juga dibuat untuk anak-anak. Sebagai contoh, jika anak susah hendak mendengar cakap atau susah hendak belajar, dinasihatkan semasa anak itu tidur, usap kepalanya lalu katakan seperti dia anak yang baik, dengar cakap ibu, dia anak yang pandai dan kata-kata positif yang lain.
''Ramai ibu bapa silap jika anaknya nakal, dia cakap jangan nakal, psikologi itu tidak betul. Cara yang betul ialah kamu anak yang baik, kamu ini anak yang dengar cakap.
''Kenyataan positif ini penting sebab minda ini mempunyai berjuta-juta sel yang mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Bila kita menyatakan perkataan yang gembira, serotonin ini akan mengeluarkan sel-sel yang padu yang boleh menerima kenyataanbagi disimpan di dalam minda. Waktu tidur dipilih kerana pada masa inilah alpha brain wave berada pada tahap tenang dan maksimum. Bila buat seterusnya selama 21 hari, anda akan lihat perubahannya.
''Jika tidak gembira, minda akan mengeluarkan ceretin. Bila keluar ceretin negatif, dia menarik situasi negatif. Sebagai contoh, bangun pagi dah terlambat, kelam kabut, pergi pula gosok baju, bocor pula, ada sahaja yang tidak kena sepanjang hari. Ini kerana bangun pagi pada frekuensi alpha, minda kita sudah negatif lalu akan menarik lebih banyak perbuatan menjadi huru hara.
''Sebab itulah kita kena bertenang, selawat untuk lebih relaks,'' katanya yang telah mendalami ilmu metafizik iaitu mengenal diri melalui tarikh lahir sejak di tingkatan tiga lagi.
Bodoh, nakal jangan disebut
Pemegang Ijazah Doktor Falsafah Sains Metafizik Gordon University, Florida, Amerika Syarikat ini turut menegaskan, kesan sekiranya disebut 'bodoh', 'nakal' berulangkali kepada isteri atau anak-anak turut akan tertanam di dalam minda mereka. Akhirnya mereka mengakui sendiri bahawanya mereka sememangnya bodoh dan nakal.
''Sebab itulah kita perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata terutama pada anak-anak dan suami isteri kerana ia adalah sebahagian daripada doa,'' katanya yang bermentor kepada seorang pakar bidang metafizik terkenal, T. Harve Eker dari Kanada.
Menurut Dr. Azizan, pasangan juga harus saling puji memuji kerana ia boleh membuatkan getaran kebahagiaan dan kekayaan. Selain itu, sentiasa berterima kasih pada suami isteri selain berterima kasih kepada Tuhan.
Sementara itu, mengenai program percuma bengkel Rahsia Tarikh Lahir- Kenali Potensi Diri yang akan diadakan di seluruh negara bermula 30 Januari ini di Shah Alam, bolehlah layari www.skpd2010.com untuk mendapatkan maklumat lanjut atau hubungi 013-244224
Kata-kata pujian merangsang potensi diri
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN
Kegembiraan dan kebahagiaan rumahtangga sebagai pemangkin kepada kekayaan.
(Perangsang : Saya rasa dalam hidup kami,lebih daripada kata-kata perangsang. Selalunya lebih kepada 'kembali kepada diri sendiri' he he. Contohnya kalau suami rajin,(selalunya memang dia rajin membantu)saya katakan: suami siapalah yang rajin ni, atau isteri siapa yang rajin ni,hahaha... )
Potensi diri begitu unik sebenarnya. Ramai yang menyatakan potensi sebagai nasib atau tuah yang berlaku di luar kawalan individu. Sebenarnya potensi boleh dikesan, dipupuk seterusnya digilap untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Melalui kekuatan dan kelemahan yang kita ketahui memudahkan kita membuat perancangan. Sebarang kesilapan perlu diperbaiki dan kekuatan wajar dikekalkan.
Individu yang gagal berkemungkinan tidak kenal dirinya sendiri. Sebaliknya, mereka yang terus mencipta kejayaan demi kejayaan faham dan tahu tentang kehendak diri .
Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Resources Sdn. Bhd., Dr. Azizan Osman berkata, setiap individu perlu mengenalpasti potensi diri dan mencari kekuatan serta mengetengahnya secara positif.
Tidak dinafikan manusia memiliki sifat-sifat negatif, namun ia boleh dikurangkan. Apa yang penting ialah kita perlu mendalami diri sendiri, cuba melakukan terbaik dan seterusnya menerima diri seadanya.
''Untuk mencari potensi diri, pelbagai cara boleh dilakukan. Namun kepercayaan dan daya usaha menjadi pemangkin kepada kejayaan mencapai potensi diri. Begitu juga dengan tindakan yang menjurus kepada apa yang ingin dicapai mestilah selari dengan matlamat yang diimpikan.
"Pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengenali potensi diri seperti melalui cap jari, senarai soalan, anak mata, tahi lalat dan tarikh lahir,'' katanya ketika ditemui di Shah Alam, baru baru ini.
Beliau yang mempraktikkan kaedah tarikh lahir menyatakan, apabila telah mengenali potensi diri sekali gus boleh membangunkan diri, kenal pasti rakan bisnes yang sesuai atau tidak, suami isteri, anak tidak mahu belajar, pekerjaan dan pelajaran.
Lafazkan kata-kata seronokSementara itu, seseorang itu perlu sentiasa melafazkan kata-kata seronok bagi memberi lonjakan semangat kepada diri, keluarga atau rakan.
''Mulakan melafazkan kata-kata seronok atau puji-pujian kepada pasangan atau anak-anak. Insya-Allah apabila sifat-sifat positif itu telah tertanam di dalam minda, maka kejayaan akan menyusul kemudian dan seterusnya kekayaan,'' ujarnya.
Menurut Dr. Azizan, kata-kata pujian atau seronok memang agak susah untuk diterima. Bagaimanapun, kita harus memulakannya kerana inilah sebenarnya kunci kepada menaikkan semangat kita dalam mencapai kejayaan dan matlamat yang diimpikan.
''Selalunya, saya akan menasihatkan pasangan suami isteri untuk menulis kata-kata seronok atau impian mereka. Contohnya suami buat kenyataan; saya kacak, saya kaya, saya berjaya. Buat dalam lima hingga 10 kenyataan. Isteri juga buat seperti; saya cantik, saya kurus, saya berjaya.
''Lepas tu tukar kenyataan-kenyataan itu. Suruh suami baring dan usap kepala dan baca kenyataan yang suami buat. Suami juga lakukan untuk isteri. Seeloknya buat sebelum tidur selama 21 hari.
Lakukan selama 21 hari
''Kenapa 21 hari kerana kitaran lengkap sel di dalam minda lengkap selama 21 hari. Setiap sel ada ingatan kepada apa yang selalu diperkatakan atau diprogramkan. Sekiranya dilakukan selalu, insya-Allah apa yang dihajati akan menjadi realiti dan hubungan suami isteri lebih rapat, kurang bergaduh dan lebih memahami,'' ujar penerima anugerah Platinum Awards 2004/2005 dari Cobra Group, England.
Beliau yang fasih berbahasa Cina memberitahu, perkara ini boleh juga dibuat untuk anak-anak. Sebagai contoh, jika anak susah hendak mendengar cakap atau susah hendak belajar, dinasihatkan semasa anak itu tidur, usap kepalanya lalu katakan seperti dia anak yang baik, dengar cakap ibu, dia anak yang pandai dan kata-kata positif yang lain.
''Ramai ibu bapa silap jika anaknya nakal, dia cakap jangan nakal, psikologi itu tidak betul. Cara yang betul ialah kamu anak yang baik, kamu ini anak yang dengar cakap.
''Kenyataan positif ini penting sebab minda ini mempunyai berjuta-juta sel yang mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Bila kita menyatakan perkataan yang gembira, serotonin ini akan mengeluarkan sel-sel yang padu yang boleh menerima kenyataanbagi disimpan di dalam minda. Waktu tidur dipilih kerana pada masa inilah alpha brain wave berada pada tahap tenang dan maksimum. Bila buat seterusnya selama 21 hari, anda akan lihat perubahannya.
''Jika tidak gembira, minda akan mengeluarkan ceretin. Bila keluar ceretin negatif, dia menarik situasi negatif. Sebagai contoh, bangun pagi dah terlambat, kelam kabut, pergi pula gosok baju, bocor pula, ada sahaja yang tidak kena sepanjang hari. Ini kerana bangun pagi pada frekuensi alpha, minda kita sudah negatif lalu akan menarik lebih banyak perbuatan menjadi huru hara.
''Sebab itulah kita kena bertenang, selawat untuk lebih relaks,'' katanya yang telah mendalami ilmu metafizik iaitu mengenal diri melalui tarikh lahir sejak di tingkatan tiga lagi.
Bodoh, nakal jangan disebut
Pemegang Ijazah Doktor Falsafah Sains Metafizik Gordon University, Florida, Amerika Syarikat ini turut menegaskan, kesan sekiranya disebut 'bodoh', 'nakal' berulangkali kepada isteri atau anak-anak turut akan tertanam di dalam minda mereka. Akhirnya mereka mengakui sendiri bahawanya mereka sememangnya bodoh dan nakal.
''Sebab itulah kita perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata terutama pada anak-anak dan suami isteri kerana ia adalah sebahagian daripada doa,'' katanya yang bermentor kepada seorang pakar bidang metafizik terkenal, T. Harve Eker dari Kanada.
Menurut Dr. Azizan, pasangan juga harus saling puji memuji kerana ia boleh membuatkan getaran kebahagiaan dan kekayaan. Selain itu, sentiasa berterima kasih pada suami isteri selain berterima kasih kepada Tuhan.
Sementara itu, mengenai program percuma bengkel Rahsia Tarikh Lahir- Kenali Potensi Diri yang akan diadakan di seluruh negara bermula 30 Januari ini di Shah Alam, bolehlah layari www.skpd2010.com untuk mendapatkan maklumat lanjut atau hubungi 013-244224
Monday, January 25, 2010
Hmmm.Dunia murid yang sibuk.
3 Angsana tahun 2008 :Antara kelas paling 'cool'
Entah murid SPM tahun ke ?? kata mereka, saya allergic dengan bising. Kelas mesti totally silence kalau saya mahu mula mengajar... tapi kalau jokes,bolehlah ketawa...
********
Hari ini cuaca agak panas. Di sekolah,perlu berjalan blok ke blok (tidak berbumbung kerana dua bangunan baru dalam pembinaan)kepala sudah berasap. Tidak terkira berapa liter air yang diteguk,I think more than 2 liters. Rasa letih juga.Sudah habis masa sejarah di tingkatan 4, saya bertanya murid, "Pernah tak awak nampak seorang lelaki di pasar malam Taman Tun Dr.Ismail. Dia tak ada tangan dan kaki (both either hand or leg)"
Ada yang menjawab "ya."
I say ,"Kasihan dia kan. Tak tahu bagaimana dia menikmati hidup dalam keadaan begitu. Kita ada kaki,tangan. Boleh berjalan dan menikmati kehidupan."Tapi ayat belakangnya saya rasa,tidak mereka gemari,"..dan sebab itulah tak ada alasan,awak tidak siapkan kerja cikgu."Hahaha.. Mereka terkena lagi.
Kebiasaannya saya akan beri banyak masa untuk mereka habiskan kerja rumah. Seminggu,paling tidak, 3 hari. Dalam mengejar kecemerlangan hari ini,semua cikgu terpaksa memberi banyak kerja rumah sebab jika kurang latihan,bermakna juga tidak ada kecekapan. Practise always make perfect.. that's the motto. Tapi kadang2 ada juga yang memang sengaja 'cari pasal'. Hari ni, 5 orang berdiri sebab tidak membawa buku teks. Belajar sejarah tanpa buku teks adalah satu kesalahan. Sebab apabila guru menerangkan maklumat,murid boleh melihat info di buku. Tanpa buku,alamatnya juga fikiran akan menerawang ke tempat lain.
Kehidupan murid hari ini jauh berbeza daripada zaman saya dahulu. Tinggal di asrama,kami mempunyai jadual aktiviti yang teratur. Ada waktu makan,etc. Yang penting,ada waktu bermain pada waktu petang. Rata-rata murid saya yang ditanya,semuanya tiada waktu untuk bermain. Setiap hari mereka ada tuisyen (dan saya kurang faham mengapa perlu tuisyen lagi padahal belajar di sekolah cukup mencukupi.) Bagi saya,sekiranya kelas tuisyen hanya menempatkan 15 orang murid, tentulah pengajaran dan pembelajaran (P & P)akan lebih berkesan. Sekiranya jumlahnya macam di kelas juga,(40 orang and more - maknanya sama sahaja dengan situasi di kelas)Jadi mengapa perlukan tuisyen? Membayangkan kehidupan murid,saya pening kepala juga. Kalau sudah tuisyen,6 hari dalam seminggu,manalah ada kehidupan! Kata saya, cikgu dulu boleh belajar tanpa tuisyen,kenapa pulak awak perlu tuisyen? Dan mereka hanya tersengih!
Waktu pj merupakan favourite murid,agaknya hanya masa ini mereka boleh melepaskan tension dengan bermain sepenuh tenaga. Saya! Kurang faham sebab saya ada banyak masa lapang untuk bermain dahulu. Saya mencuba pelbagai permainan masa saya remaja,namakan apa sahaja, bolasepak,sepak takraw,hoki(sekejap sahaja,takutt cedera)bola jaring,rounders.. dan saya akan joint apa sahaja aktiviti sport,lompat jauh,larian,lompat tinggi walaupun separuhnya saya gagal mendapat pingat... hahaha. Itulah agaknya,seluruh masa lapang mereka dihabiskan dengan tuisyen!
Tergelak saya apabila muris saya bertanyakan,"cikgu mahu buat tuisyen tak?"
Saya katakan,"I have to say no." Hidup saya bukannya sekadar mengajar. Lagi pun,I already do my best in this field. Kalau mereka mhukan 'lebih'perlukan usaha lebih. kalau sekadar mahu bertanya, penjelasan,bolehlah berjumpa saya,dengan syarat, 'appoitment terlebih dahulu'. Cikgu pun perlu bersedia juga.
Well, mengenang balik zaman sekolah dulu,alangkah baiknya kalau boleh menyelami semula zaman itu. Berlarian di padang (sekolah saya girl school,dengan tembok besar lagi..he he)Kehidupan di asrama adalah zaman yang terbaik saya tempuhi.. (not to say,di rumah tak baik- sebab masa STPM saya berada di rumah @ Langkawi - sebab apabila tinggal di rumah semasa menunggu result keluar,rasa kurang seronok lagi di asrama... perlu bangun 5.30 pagi untuk mandi...dan sesekali mahu pulang ke Langkawi, aduhai,lecehnya...
Saturday, January 23, 2010
Bertepuk sebelah tangan,tidakkan berbunyi 3
Love. Four letters,Spelling is so easy and sound simple. Cinta.Ejaannya pun mudah,budak berusia lima tahun pun mampu mengejanya. Jika dihayati di sudut bahasa,bunyinya pun mudah tetapi 'cinta'sebenarnya payah untuk ditafsirkan. Insan memerlukan daya tenaga untuk melahirkan cinta,memerlukan komunikasi bagi menjelaskan cinta,perlukan orang yang sesuai bagi meluahkan cinta. Kalau salah orang,cinta tentunya tidak menjadi. Pendek kata,bertepuk sebelah tangan bukanlah 'cinta' namanya.
Entah,mengapa pula,saya sibuk menjiwang pagi-pagi ini. Barangkali kerana secawan kopi atau pun kerana mendengar berita gembira. Kawan saya,junior menyatakan that she's in Love. Amin. (Jadi tak sia-sia chatt FB selepas subuh.. he he)Saya harapkan dia akan ke jinjang pelamin nanti. A very nice lady,twin.Saya suka sangat mendengar cerita cinta, some sort giving me 'power' to write and write..
Saya!Cinta saya! Well!Saya terpaksa mempunyai hubungan persahabatan dengan beberapa orang lelaki. (Entahlah bercinta atau Bencinta,seperti tajuk lagu Faizal Tahir = benci + cinta) (Kata old fren saya, banyaknya pak we..sebenarnya tidak, saya hanya ada satu kawan lelaki pada satu-satu masa sehinggalah hubungan tidak menjadi, dan saya memulakan persahabatan dengan lelaki lain,patutnya simpan banyak2 sekali, satu pergi, yang spare part,ada lagi.. he he) sebelum bertemu 'buah hati',my soulmate..Well saya masih beruntung tidak pernah menyatakan 'the three magic words'(I Love you, Saya sayang kamu or what ever it might be sound...) sehinggalah saya mengambil keputusan menerima 'marriage proposal'nya pada Januari tahun 2000... (formaly pada Julai 7 2000,sebab kami hanya bertunang sebulan lebih sebelum berkahwin)Berkahwin pada 31 Ogos 2000,barangkali menjadi guru sejarah menjadikan saya terlebih patriotik sehingga memilih tarikh kemerdekaan negara sebagai tarikh menyatukan cinta kami.(Itu kata murid STPM saya semasa di SMK Tunku Putra apabila saya menjemput mereka ke majlis saya... - Actually, saya memang sentiasa patriotik)
Kata kawan saya,entahlah,dia tiada pengalaman yang begitu, kerana suaminya adalah teman lelaki yang pertama dan terus berkahwin. Saya katakan padanya,yang dia beruntung kerana bertemu the right soulmate. Apa pun situasinya,saya katakan saya beruntung mempunyai banyak pengalaman bercinta dalam situasi yang berlainan. Pengalaman itulah yang memberi saya banyak ilham barangkali.Perlu sentiasa positif kan..
Saya teringat akan seorang pembaca buku saya,katanya,jelas Dimensi Cinta ditulis oles seorang penulis wanita kerana cara Lukhman atau Zaid melahirkan perasaan sama seperti seorang perempuan (zahirnya).. pada saya, saya menemui ramai juga lelaki yang mencurah rasa seperti perempuan... ada kawan saya yang dikawal sepenuhnya oleh teman lelakinya (dan kebiasaannya lelaki dikawal oleh perempuan).. ada lelaki yang terlebih cemburu (biasanya perempuan).. ada lelaki yang patah hati dan begitu kecewa sehingga tidak mandi,tidak makan,menangis, membiarkan diri merana (sehingga tidak bercukur beberapa minggu - mengikut cerita kawan-kawan saya. Jadi pada saya,dalam menzahirkan cinta,tidak kira lelaki atas perempuan, ada cara yang sama. Tidak semestinya,action a dilakukan oleh wanita,tetapi tidak pula dilakukan oleh b,seorang lelaki. Menzahirkan 'cinta' tidak berbeza berdasarkan jantina, Anda setuju? Ada lelaki romantik, ada pula perempuan yang romantik..(saya la tu hehehe) Ada wanita yang jiwang,ada lelaki yang jiwang.
Menjiwang membuat saya teringat akan kisah lama apabila seorang yang baru saya kenali menulis surat yang berbunyi,Apabila memandang bulan,saya teringatkan ... tidak dapat melupakan ...sejak kita kali pertama bertemu.. well.. seronok membaca suratnya ,buat saya tergolek di atas katil.. tapi untuk bersama lelaki begini seumur hidup saya,saya memilih untuk berkata 'tidak'... takutt kalau 'jiwangnya' hanya di atas kertas.. atau saya hanya orang yang ke 100,ditulisnya begini.. aduss.. gayat.
Jadi pada saya,tiada istilah 'cinta' by woman or man.. Ikut citarasa dan hati sendiri.
Saya teringat akan seorang kawan saya di UKM,lelaki,yang menangis 3 hari 3 malam sebab girl fren lari.. Apabila kami memujuk dia,katanya,"sipa di sini yang sudi jadi ganti dia..." tanpa menjawab,sekadar menelan air liur sendiri. Pening juga buat pak we macam ni,dibuatnya dok merayu siang malam, adus,pening...
Thursday, January 21, 2010
I Luv sejarah
Murid saya bertanya,bagaimana boleh cikgu Suka sejarah.
Saya katakan, "Not just like, I luv history."
"Then cikgu,why?"
Well,saya katakan,"Sejak Allah/God jadikan Adam dan Hawa/Eve,sejarah sudah bermula.Jadi sejarah adalah matapelajaran yang paling tua di dunia. Belajar sejarah sama dengan mempelajari dan menghayati matapelajaran tertua di dunia."
"Wow tapi sejarah ni boring sikit cikgu. Benda dan orang yang dah mati,not to say,you're boring."
"Semuanya terletak pada minta kita. Kalau u dah set boring,boringlah jadinya. kalau kata interesting,menariklah jadinya. Kita yang tentukan penanda aras minda kita."
Saya dulu pun ambil masa juga untuk jatuh cinta dengan subjek ini. Semasa di sekolah menengah, matapelajaran sejarah bukan lagi menjadi matapelajaran teras. Kalau adapun hanya dalam pengetahuan agama Islam,sejarah Islam. Sejarah bagi tingkatan 4 dan 5,hanya untuk murid aliran sastera. Bagi pelajar aliran sains,langsung tidak belajar sejarah.
Apabila menyambung pelajaran ke tingkatan 6,barulah belajar sejarah kembali. Dari situlah,saya mulai mengenali sejarah dan jatuh cinta. Di UKM,tahun pertama belajar sejarah,mass com dan psikologi,tahun 2-3,hanya tinggal mass com dan sejarah. Tahun 4,saya ditawarkan untuk meneruskan dalam mass com,tapi bertukar ke sejarah,supaya boleh menyambung dengan Dip.Ex (diploma pendidikan)supaya layak menjadi guru.
Sebenarnya lebih bercita-cita menjadi journalis,tapi mendengar kata seorang pensyarah saya,saya menjadi kecut. Katanya,"Journalis ini hanya sesuai untuk single atau orang yang divorce."Seram juga. Sebab tu lah menukar cita-cita. Pun saya rasa,tidaklah tepat kata-katanya itu,bukan semua journalist single atau divorce. Ada juga guru yang bercerai-berai.
Pokoknya saya memberi tahu murid saya,perlulah cari cara belajar sejarah dengan mudah. Langkah pertama melalui visual, peta minda - cari key words untuk belajar. Tapi yang lebih penting,perlu rajin untuk belajar sejarah. Kalau malas,memang anda tidak akan ingat akan semua fakta.Kalau malas membaca,bukan sahaja sejarah,subjek lain pun anda tidak akan kuasai.
Di akhir kelas saya bertanya ,"ada yang tak faham tak,"sebab penjelasan menggunakan Bahasa Malaysia.
Ada seorang dua yang mengangkat tangan. Saya terpaksa menjelaskan kembali. Lepas tu bertanya lagi. Lega,tiada lagi tangan diangkat.
Kata saya,"kalau ada yang tak faham lagi,cikgu kena explain dalam Jerman."
"Cikgu boleh berbahasa Jerman?"tanya murid saya,membuatkan saya ketawa dalam hati.
"Kalau semua orang tak faham Jerman,okay je kalau cikgu cakap,bukannya awak tau cikgu cakap tu betul atau salah."
Murid saya berkata,"saya tahu Jerman" dan menyatakan sepotong ayat yang bermaksud,'I"M HOT"
Saya berkata balik,"Cikgu tak nak lah kata,I'm Hot. Cikgu pakai baju kurung je,manalah Hot. Lainlah kalau cikgu bakai bikini."
Seluruh kelas ketawa. Entah,yang diketawakan tu entah apa maksudnya. Saya tak 'Hot' atau saya tak 'Hot' sebab tak bakai bikini. Saya sendiri,tergelak disepanjang perjalanan ke kelas lain. But still saya memujuk sendiri, "I'm Hot di mata sendiri." he he he
Wednesday, January 20, 2010
Andaiku tahu...
Kawan saya yang telah berpisah (sad to say bercerai...)menyatakan kepada saya,
"jika I tahu begini jadinya,I tak akan berkahwin dengan dia. Lebih baik I menerima lamaran keluarga yang telah mak I aturkan."
Saya bungkam sedetik.
Kata saya,"Memang kita tak akan tahu. Semua perkara dalam hidup kita dalam Qada dan Qadar Allah. Kalau kita tahu semua benda,tentulah mudah. Kalau I tahu jodoh I dengan suami, awal-awal lagi,I dah pergi cari dia,kat mana jeruk dunia pun. Tak payah tunggu sampai tahun 2000,baru kahwin. "Saya sambung dengan gelak,supaya perasaan marahnya reda.Dia akhirnya tergelak juga.
Saya tahu nasihat saya tidaklah kedengaran 'sedap didengari'kepadanya. Ialah,mudah untuk meminta dia bersabar padahal,kalau terkena batang hidung sendiri pun,mungkin susah juga. (Nahuzubillah hi minzalik)Perpisahan memang tidak wujud dalam pemikiran kepada para isteri seperti saya.
"Habis u tak ada masalah?"soal dia balik kepada saya.
"Biasa le. Mana ada rumahtangga yang tak ada masalah. Yang penting kan bersabar. Dan satu lagi,tak payahlah nak mengadu masalah dengan mak ayah sendiri,nanti mereka akan memandang rendah dengan suami. Dengan keluarga suami pun,jangan juga mengadu,nanti mereka akan memandang rendah dengan kita dan suami. Bincanglah baik-baik. Paling senang,jadi isteri ni,minta je maaf,kalau dia tengah marah,walaupun tak salah.. bukannya kena bayar RM 100 setiap kali minta maaf. Bila dia sejuk nanti,bincanglah balik."
"Mungkin salah I jugak. I tak buat macam u buat."
"Habis u buat macam mana?"
"Kalau dia marah,I tak tegur dia berhari-hari."
"Aduii,"kata saya.
"Comunication break down,susahlah macam ni."
Barangkali dia hanya tersenyum kelat. Miss Comunication masalah paling besar dalam rumahtangga. Kalau komunikasi tidak berlaku,perkara atau masalah kecil akan menjadi besar.
"Tak apalah.Perkara yang berlaku telah berlaku. Bersabarlah. Kalau nanti,ada jodoh yang baru,kenalah berubah sikap. Suami kita syurga untuk isteri. Kalau dia marah,anggaplah macam kena marah dengan ibu atau bapa. Biasa je kan."
Dia tergelak lagi. Telefon dimatikan setelah mengucapkan selamat tinggal.
Well, tak tahulah kalau orang lain boleh merajuk lama. Kalau saya, hmm,kalau saya tak salah,merajuk juga kot.. ha ha.. habis tidak, suami kata,"yang,jom pi makan cendol."dan merajuk saya pun habis di situ. Manalah seronok kalau berdiam dan tidak bercakap lama-lama dengan suamikan.
Moral of the story,tak payahlah merajuk,tak payah marah-marah... hidup yang sesingkat inikan untuk merasai bahagia.
Tuesday, January 19, 2010
Cinta mestilah bertepuk kedua belah tangan 3
Semalam saya singgah ke 'facebook'sekadar melihat jika ada adik saya (Miss
Monday, January 18, 2010
Cinta mestilah bertepuk kedua belah tangan 3
Semalam singgah ke facebook sebab sudah berjanji dengan adik saya Miss G,akan bercahtt sekejap. Dia sebenarnya mahu saya sms saja,tapi adus malaslah sebab penat menekan button telefon. Kalau 'live chatting' lebih mudah sebab menaip lebih pantas,saya boleh menaip pantas sebab sudah bisa menaip (walaupun tidak pernah berkursus) Agaknya Alah bisa tegal biasa.
Bercerita kisah dia,saya sudah fahamlah ceritanya. Berbincang sekejap perihal kisahnya. Saya minta bertemu dengan Mr. Y nya,sebagai kakak,saya rasa ada baiknya saya bertemu kawannya ini supaya setelah mengenalinya,mudah untuk saya berbicara (sekiranya perlu)di masa hadapan. (atau boleh swing kalau perlu.. he he)
Tiba-tiba kata adik saya,dia ada rahsia,tapi dia hanya akan beritahu bila tiba masanya.
Kata saya,"let me guess. Dia sudah pernah berkahwin.Ada anak?"
Adik saya terkejut,"macam mana kak tahu?"
Saya hanya ketawa,"pengalaman sayang.Pengalaman. Tak akan ada rahsia yang lebih besar daripada hal itu."
Dia kata,"kak tak marah."
"Kenapa pulak mesti marah. Single mingle ke,duda ke,sama saja. Orang jugak. kalau nak kahwin atau bercinta dengan beruk,saya akan marah."
"...takut sangat kak marah. Maklumlah banyak lagi single kat luar sana."
"Kalau single tapi ramai macam yang mamat kelabu tu,buat apa. Letih menunggu tapi lastly tarak apa juga. Buang masa saja."
Bercerita sekejap dengannya lagi,pasal Mr Y tu. Sekadar menasih dia dalam perhubungan ni kenalah bersabar banyak,jangan demand itu dan ini. Kalau nampak,macam mamat tu okay,sembahyang,jangan yang menggatal... ,okay lah tu.
"Yang lebih penting,baiklah duda daripada suami orang. Poligami memang dibenarkan Islam,tetapi takkanlah berkahwin saya mengikut sunnah,perkara lain mengapa tidak mengikut sunnah? Banyak lagi perkara yang boleh mengikut sunnah,makan,ibadat,cara bergaul bersama isteri,itu tak pulak dikira."
Saya akan terus berdoa agar jodohnya dipermudahkan.
Masih ramai gadis2 baik yang merupakan kawan saya yang belum berkahwin. Sekadar rasa simpati sebab tidaklah juga bertemu lelaki-lelaki baik untuk di matchkan. kalau sekadar kenal2 sikit,tak beranilah saya. Perkahwinan itu perjudian hidup,kalau dapat yang baik okaylah,dapat yang mamat merempit,mamat dadah,mamat itu dan ini, aduss, kasihanlah hidup.
Cinta mesti bertepuk kedua belah tangan II
Saya pernah menulis tentang adik angkat saya, G dan Mr X dan Mr Y nya dahulu (same title) jadi,saya sendiri pun macam kemaruk mahu menunggu perkembangan selanjutnya antara G dan Y nya. (in other word - kepoh juga)Setelah lama mendengar cerita basinya perihal mamat kelabunya,saya rasakan dia sedang bahagia dan menikmati cinta. I'm so happy for her. Cinta sepatutnya tidak pernah menjadikan kita sengsara. Atau merindu tanpa jemu,tapi yang di seberang sana atau sebelah sana,hanya membuat tak kisah saja.Kalau diam ubi,dan berisi,kira okaylah. Tapi kalau sekadar diam 'membodoh, membuta tuli',cepatlah angkat kaki. Tidak guna menunggu orang yang sebegini. Diam-diam dia akan bertemu orang lain, dan anda yang akan menggigit jari.
Si G ni baru-baru ini spend masa dengan Mat kelabu dan kawan yang lain,'outing'. Saya kata, "ooosshh" buat apa begitu ketika membaca sms nya. "Adui" terasa bagai dicubit paha kanan saya. Pada saya tidak lagi berguna kalau bertemu orang macam tu,buat sakitkan kepala sahaja dan panadol pun tidak boleh hilangkan rasa sakit tu. Kata G,"tak apa kak,jangan risau,G tak ada perasaan lagi dengannya. Tengok dia macam tengok batu je."
"Husss" saya yang berfikran lega. Baguslah kalau begitu. Harapnya sebelum penghujung tahun ini,2010,dia akan ke jinjang pelamin. Bersama orang yang mengerti perasaan dan ungkapan 'cinta' satu kelegaan yang amat sangat. Yang lebih mustahak,jika anda wanita,yang terikat dengan mana-mana mamat kelabu,yang tidak berani menjanjikan anda cinta, 'just take one step futher,walk away..' selagi anda tidak melepaskan 'dia' daripada hidup anda,selagi itu 'adam'yang baru tidak dapat diisi ke ruang hati anda.Manalah ada poligami dalam percintaan. Tak boleh tu!
Kita tidak seperti kaum 'Adam' boleh disimpan semua hati-hati(semua cinta) dalam satu hati yang sama. Sebab itulah ALLAH mengizinkan suami berpoligami,sebab ALLAH mahu takut, lelaki boleh menyanyangi empat wanita serentak,setara kasih sayangnya sesama para isteri. 100% setiap isteri...
POLIGAMI? Huss,tidak kepada saya. Kalau sudah ada dua isteri,bagaimana mahu bertepuk kedua belah tangan pula. Sorang sebelah kanan,seorang sebelah kiri. Isskkhh,manalah aci begitu sedangkan kita bertepuk menggunakan kedua belah tangan. (Well,saya tidak menolak apa yang agama gariskan tentang poligami,it's just me)
Walaupun kata G,X lebih handsome daripada Y ...(dan saya memotong katanya,"alamak dek,bukannya boleh makan handsome tu.. yang lebih penting,dia menyenangkan mata juga. Kalau handsome tapi mamat kelabu tu terlalu ,'cool' sampai macam suhu kat antartik,alamatnya jadi beruang polar lah awak selamanya.Nak buat apa?" Dia tergelak melalui corong telefon saya.
Teringat akan kata kawan saya dahulu,"biarlah buruk di mata,asalkan sedap di hati."
Kata saya,"Dibuatnya yang buruk di mata tu lah nanti menyakitkan hati,macam mana pulak. "ha ha ha.. Moralnya, tak kisahlah kalau orang lain pandang tak handsome,asalkan pada pandangan kita,dia menyedapkan mata dan menyenangkan hati juga.
Apa pun,saya sentiasa berdoa,agar adik saya yang baik ni G,akan dipermudagkan jodohnya dengan Y,sebab saya sendiri sudah kemaruk untuk makan nasi kenduri.
Saturday, January 16, 2010
Membaca at LRT.
Saya sempat membaca kempen at LRT agak berjaya,segerabak dengan pembaca buku.. wow.. patutnya lebih ramai lagi yang akan joint. Saya memang frust sangat tak dapat joint, wajib berada di sekolah,kalau tidak,tentu dapat STS (surat tunjuk sebab - apa yang saya nak tunjukkan ha ha)Kempen seperti ini sepatutnya dipenuhi dengan 5-6 gerabak,baru kow. mungkin bulan yang lain,akan mendapat sambutan yang lebih ramai. Mungkin saya boleh cadangkan penganjur,ajak sekolah2,student sekali.. woo. Bayangkan satu LRT dengan pembaca... boleh jadikan Malaysia's Record. Mungkin lain kali saya patut wara-warakan kepada student saya di sekolah,joint ramai-ramai.. atau mula jalankan kempen di peringkat sekolah,ramai-ramai dari sekolah ke LRT.. Best.
Kalau start HARI MEMBACA SE DJ bagus juga,hari tu semua orang perlu membaca. Siapa bersembang,denda je.(Takut kalau saya yang didenda dulu..kalau kaki jokes,ketawa,ini memang kerja geng saya)Hairanlah kenapa orang kita malas membaca?
Kalau di Jepun,di stesyen tube mereka,tak akan ada orang yang termenung,semua pasti membaca.. orang kita pula sebaliknya, kalau pasal demontrasi jalanan,ramai pula yang joint sekaki. Bayangkanlah jalan Tunku Abdul Rahman dipenuhi dengan pejalan kaki yang berjalan sambil memegang buku,saya percaya masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama akan lahir sebelum 2020.
Bercakap pasal buku,hari ini pun saya belum baca buku lagi,alamak.. agak sibuk menaip manuskrip.. kira bacalah tu,sebab menaip perlulah membaca juga.
Membaca at LRT
Saya amat terasa rugi (lebih kurang macam bankrapsi) kerana tidak dapat bersama bagi menjayakan program 'membaca @ LRT'. Saya terpaksa ke sekolah bagi menghadiri perjumpaan Kokurikulum buat pertama kalinya. (kalau kali ke 2-3,boleh juga minta excuse dan biarkan saja kawan take over sebab ada dua guru untuk pertubuhan Silat) Bagaikan ternampak-nampak kemeriahnya. Ramai orang,akan bertemu ramai kawan baru. Tentu seronok sangat. Mungkin lain kali,penganjur boleh menjayakan program pada hari Ahad saja,tentu seronok kalau lebih ramai yang dapat bersama menjayakan program. Saya harapkan ramai orang yang berkesempatan dan terluang masanya untuk bersama program ini.. (ialah,kalau berdemo jalanan boleh pulak ramai orang)
Membaca di LRT merupakan amalan biasa saya. Kalau malas memandu,ambil sajalah LRT kalau mahu ke Ampang Park,KLCC,Central Market & Hong Kong. (Hong Kong sayalah.. ha ha)Kebiasaannya dalam beg tangan saya memang akan ada sebuah atau dua buah buku yang bersaiz kecil supaya senang membaca. Atau pun,saya akan membeli surat khabar dan membaca. Terima kasih kepada mama saya yang sentiasa membaca,kerana saya percaya amalan membaca yang diwarisi melalui darahnya mengalir dalam tubuh saya. Saya berdoa agar setiap kali saya membaca,mama saya akan juga mendapat manfaat pahala dan amalannya kerana minat dan hobi saya,saya percaya datangnya sepenuhnya daripada mama saya. Bapa saya,membaca juga tapi kurang berbanding mama saya. Suami saya ! Hmm lagilah kurang. Dia hanya membaca tentang kereta,memancing dan muzik. Itu sahaja. Sejak akhir-akhir ini saya pun sudah dijangkiti penyakit suami,apabila mulai membaca tentang kereta. Hah!Seronok juga berangan kononnya memandu BMW yang terbaru ketika membaca BUKU SEJARAH BMW yang saya hadiahkan kepadanya tahun lepas.
Membaca sepatutnya menjadi 'makanan seharian'kita. Seperti yang disebut oleh orang Lama,sesuatu amalan yang berterusan akan menjadi sikap @ habit yang akan membentuk diri kita. Kalau kebiasaannya dipupuk amalan membaca sejak kecil lagi,seseorang itu akan membesar dengan amalan membaca secara berterusan. Kalau tidak membaca,kita akan merasa sesuatu yang 'kosong' dalam diri kita,umpama kalau seharian tidak makan,kita akan terasa lapar.
Menyebut soal,membaca, aduh,saya ada 10 buah buku dalam senarai bacaan tapi belum berkesempatan membaca..dan saya sedar senarai itu akan bersambung lagi. Tekad saya,saya perlu menghabiskan manuskrip saya dahulu setelah 16 lewat daripada jadual saya. Alamak. Nampaknya cuti sambutan Hari Raya China perlu saya habiskan dengan membaca dan merancang buku baru (3) (kalau saya sempat habiskan manuskrip buku kedua.) Kalau tidak,saya perlu tamatkan manuskrip buku kedua dan lakukan auditing. Kadang berharap ada 40 jam sehari supaya saya akan mempunyai lebih banyak masa untuk membaca.
Membudayakan
. Dari pemerhatian saya ada pelajar yang dapat banyak A itu mempunyai guru yang sama dengan pelajar yang gagal. Ada yang dapat banyak A dari sekolah berdekatan hutan di kampung pedalaman. Ada juga yang ibu bapanya miskin tetapi prestasi anaknya cemerlang, lebih cemerlang dari prestasi anak orang kaya dan berpangkat.
Perkara yang sama bagi semua 90 pelajar cemerlang ialah mereka membaca, iaitu menelaah buku-buku pelajaran mereka sekurang-kurangnya 2 jam setiap hari. Mereka beriqra'. Walau siapa saja menjadi guru, bagaimana juga kelengkapan dan keadaan sekolah, dan bagaimana jua kemampuan ibu bapa, jika anak malas membaca buruklah padahnya dan jika anak rajin membaca cerahlah harapannya.
Petikan : Blog Tam Sri Sanusi
Perkara yang sama bagi semua 90 pelajar cemerlang ialah mereka membaca, iaitu menelaah buku-buku pelajaran mereka sekurang-kurangnya 2 jam setiap hari. Mereka beriqra'. Walau siapa saja menjadi guru, bagaimana juga kelengkapan dan keadaan sekolah, dan bagaimana jua kemampuan ibu bapa, jika anak malas membaca buruklah padahnya dan jika anak rajin membaca cerahlah harapannya.
Petikan : Blog Tam Sri Sanusi
Friday, January 15, 2010
Kempen membaca at LRT
Aktiviti Segerabak Membaca yang pertama!
Tentatif:
9.35 pagi: berkumpul di Terminal Putera Gombak.
Nota: Tiada taklimat yang akan diberikan pada masa tersebut bagi mencipta natural setting. Seperti ini aktiviti bukan dirancang. namun anda boleh menegur rakan-rakan yang dikenali. Katakunci: "natural"
Nota: Sebelum 10.00 pagi: beli tiket ke destinasi pilihan masing-masing dan masuk ke platform.
10.00 pagi: Beratur dan menaiki tren yang tiba. Kedudukan adalah bebas samada berdiri ataupun duduk dan juga terpulang kepada pintu dan gerabak pilihan masing-masing.
Nota: Jika terlepas tren, naik sahaja tren berikutnya dan teruskan membaca. Jumpa di platform Kelana Jaya.
10.45 pagi : Tiba di Kelana Jaya. Keluar dari tren dan berkumpul di platform untuk rehat dan bertukar-tukar pengalaman selama 15 minit.
11.00 pagi : Naik tren semula dan menuju ke destinasi masing-masing.
* Bookmark akan diberi di stesen kelana jaya. rasional: untuk mengukuhkan lagi natural setting.
** Penyokong digalak hadir awal bagi memudahkan pembelian tiket di kaunter dan selesa kepada semua.
*** Mohon Daftar secara rasmi disini: http://bit.ly/BACAatLRT16
Saya berhajat untuk hadir tetapi terpaksa bertugas di sekolah... GERAM bercampur KECEWA juga. Asalkan kempeb MEMBACA, saya pasti kalau tiada aral melintang,saya akan turut serta. MEMBUDAYAKAN BUDAYA MEMBACA perlu dalam menjadikan BANGSA MALAYSIA satu bangsa yang mempunyai MINDA KELAS PERTAMA.
Bertemu Aisyah
Entah bila dapat berikan Dato Siti Novel saya.. maklumlah ada juga cerita pasal persembahan Siti @ Istana Budaya.
Sejak mak 'pergi' berganti minggu,kebetulan pada minggu kepas menghadiri kenduri sepupu suami. Jadi saya jadikan hari ini sebagai 'my outing day' setelah berjaya menghabiskan kerja sekolah ( key in data etc)di sekolah. Menonton Old Dog... lakonan kawan baik saya,John Trovolta (mengaku je sebab he's a pilot dan ada boeing...)
Bumb in to Popular Book Shop... membeli lagi sebuah buku baru,menambah bilangan buku yang belum sempat dibaca. Meninjau buku sendiri,banyak ke sikit,nampaknya, sudah tak ada di rak lagi (ada 3 buah sahaja)kira,okaylah kot...
Kemudian ke MPH at new wing pula. Alhamdullillah,dari rak sudah ke section Highlight, senarai buku terlaris... bertemu seorang peminat novel yang cantik manis. Lama juga saya perhatikan dia,dia meninjau dari rak ke rak novel,saya terus menghampiri dan have a chatt... Aisyah, Terima kasih kerana sudi ditemubual (macam wartawanlah pulak)
Daripada Novel lovers sepertinya,saya mengenalpasti beberapa sebab dia meminati beberapa penulis pilihannya. Saya bersetuju dengan beberapa idea yang dikatakannya. Penulis menurutnya,janganlah banyak sangat keluarkan buku dalam tempoh setahun kerana menjaga kualiti penulisan itu penting. Jika terlalu kerap,hasilnya mungkin tidak begitu baik. Setahun sekali adalah tempoh yang baik untuk menghasilkan sesuatu hasil karya. Saya bersetuju dengan idea ini tetapi kata saya,penulis sambilan seperti saya mungkin mengambil masa yang lama kerana kesibukan bekerja dan kadang-kala tiada masa untuk menulis. Mungkin penulis sepenuh masa mempunyai lebih masa untuk berkarya,sebab itu mereka boleh hasilkan 2-3 buku dalam tempoh setahun.
Banyak juga yang kami bualkan, sekali lagi terima kasih kerana sudi berkongsi idea. Saya bertanya juga,apa pendapatnya tentang 'cover',pada dia,dia tidak kisah sangat akan kulit sesebuah buku,asalkan buku tersebut ditulis oleh pengarang kesukaannya. Menurut Aisyah lagi,dia membelanjakan RM 100 sebulan untuk membeli novel. Saya juga membelanjakan duit saya untuk buku-buku tetapi bukanlah novel. Saya lebih suka membaca buku akademik,kalau novel saya akan hanya memilih pengarang yang saya minati atau mendapat preview yang baik di akhbar atau majalah sahaja atau yang disarankan oleh kawan-kawan. Tapi seperti biasa,jika dalam tempoh saya menulis ini,saya tidak pula membaca novel,takut sangat terciplak ayat-ayat atau lenggok bahasa orang lain.
Thursday, January 14, 2010
Cinta,masih bercinta lagi?
Entah apa yang terdetik dalam fikiran murid saya,tiba-tiba apabila berjalan beriringan ke perpustakaan selepas sekolah,dia bertanya,"cikgu,boleh saya tanya cikgu."
"Yes sure. Pasal sejarah ke?"Pelik juga.
"Are u in love?"Lagi lah pelik.
"Kenapa?Mengapa?"Menang terasalah peliknya sangat soalan murid ini.
"You're smiling. You look sometimes tired but happy."
Memang saya tergelak. Persoalannya,salahkah 'to look happy?'
"In love. Sure. I love my students,family..."dah hati pun terdetik lagi. Macam pelik semacam je soalan ini.
"Cikgu bayangkan perlakuan cinta dalam novel cikgu tu macam wajah cikgu hari-hari. Nampak blooming. Happy. Ceria. Fun. Sebab tu saya tanyakan cikgu,adakah cikgu in love."
"Ohh.. "Fahamlah saya,kaitannya penulisan saya dan wajah saya. Pelik juga kalau ada orang yang mengamatinya.
"Well. Jatuh cinta mungkin banyak kali,tapi setelah bersuami,cinta tentulah untuk suami. Mengekalkan cinta tu berterusanlah. Macam pertama kali jatuh cinta juga,hati kita akan rasa berdebar ketika bertemu,kalau bertelefon rasa seronok ketika bercakap... kalau dia tersenyum,hati kita pun terasa girang bersama.Ritma dan bunyian jantung berulang kali...begitulah..." Dalam hati berbisik juga,'haiya' kalau dibuatnya dipercaya semua perkara yang berlaku dalam novel dikaitkan dengan saya sendiri,"PARAH LAH JADINYA" ...semua yang terkandung dalam penulisan bukan cerita sesiapa... hanya rekaan dan khayalan kita semata.
Inilah yang agaknya dikatakan oleh Aisyah,peminat novel yang saya temui di MPH One U:novel yang memenangi hati agaknya,akan menjadikan seolah kita sebagai watak di dalamnya.
Unik!Saya bertanya lagi,"habis awak akan jadi Surayalah."
Dia menjawab balik,"tentulah."Dalam hati saya berbisik lagi, "saya pun mahu jadi Suraya juga. " Tapi saya sudah bertemu Lukhman saya,di alam nyata. Hah,sudah terlambat untuk memancing Lukhman lagi.
"Yes sure. Pasal sejarah ke?"Pelik juga.
"Are u in love?"Lagi lah pelik.
"Kenapa?Mengapa?"Menang terasalah peliknya sangat soalan murid ini.
"You're smiling. You look sometimes tired but happy."
Memang saya tergelak. Persoalannya,salahkah 'to look happy?'
"In love. Sure. I love my students,family..."dah hati pun terdetik lagi. Macam pelik semacam je soalan ini.
"Cikgu bayangkan perlakuan cinta dalam novel cikgu tu macam wajah cikgu hari-hari. Nampak blooming. Happy. Ceria. Fun. Sebab tu saya tanyakan cikgu,adakah cikgu in love."
"Ohh.. "Fahamlah saya,kaitannya penulisan saya dan wajah saya. Pelik juga kalau ada orang yang mengamatinya.
"Well. Jatuh cinta mungkin banyak kali,tapi setelah bersuami,cinta tentulah untuk suami. Mengekalkan cinta tu berterusanlah. Macam pertama kali jatuh cinta juga,hati kita akan rasa berdebar ketika bertemu,kalau bertelefon rasa seronok ketika bercakap... kalau dia tersenyum,hati kita pun terasa girang bersama.Ritma dan bunyian jantung berulang kali...begitulah..." Dalam hati berbisik juga,'haiya' kalau dibuatnya dipercaya semua perkara yang berlaku dalam novel dikaitkan dengan saya sendiri,"PARAH LAH JADINYA" ...semua yang terkandung dalam penulisan bukan cerita sesiapa... hanya rekaan dan khayalan kita semata.
Inilah yang agaknya dikatakan oleh Aisyah,peminat novel yang saya temui di MPH One U:novel yang memenangi hati agaknya,akan menjadikan seolah kita sebagai watak di dalamnya.
Unik!Saya bertanya lagi,"habis awak akan jadi Surayalah."
Dia menjawab balik,"tentulah."Dalam hati saya berbisik lagi, "saya pun mahu jadi Suraya juga. " Tapi saya sudah bertemu Lukhman saya,di alam nyata. Hah,sudah terlambat untuk memancing Lukhman lagi.
Wednesday, January 13, 2010
Work! work! and working!
Memenatkan sebenarnya untuk menghabiskan pengisian data murid,at last,cuma tinggal seorang murid lagi,itu pun disebabkan borang dia tidak diserahkan kepada saya. Saya telah memberitahunya,esok date line or u die (acah je tapi gempak dia sikit)sekurangnya 1/10 perkara sudah diselesaikan.
Malam tadi ada mendobi baju tapi akhirnya terlupa menyidainya. Petang tadi apabila pulang,melihat suami sudah menolong mengampaikan baju. Kata saya,"maaf bang,lupa nak ampai baju."
kata dia balik,"ala,ayang buat-buat lupa sebab abang akan sidaikan."sambil tersenyum.
Saya hanya ketawa balik sambil mengusiknya balik,"jangan merungut,nanti tak ada pahala." Sebenarnya di sekolah pagi tadi,teringat juga akan baju dalam mesin basuh,cuma berharap yang suami akan 'meninjau' dalam mesin... kalaulah dia melihat,pasti dia akan ampaikan baju-baju..
Sehari dua ni memang letih betul setelah berjam-jam di hadapan komputer sahaja. Nasib baik suami saya ringan tulang, rumah pun dia tengah vakum. Alhamdulillah. leganya.
Manuskrip saya macam tak bergerak langsung,sudah hampir sebulan. Selepas bercuti 12 hari di kampung saya,Langkawi,kemudian pulangnya ke Rahmahtullah ibu mertua yang saya kasihi,sepupu suami yang berkahwin - kerja sekolah... macam2 perkara..tapi bak kata orang lama,semua itu hanya alasan peribadi bagi tidak menulis sahaja. Jika ada kemahuan,tentulah ada jalannya.
Sedang menggiatkan usaha menghabiskan bab 7.. ada 3 bab lagi.
Tuesday, January 12, 2010
Memikul tanggungjawab...
Sekiranya boleh memilih berada pada awal tahun atau penghujung tahun,saya lebih suka memilih hujung tahun (maksudnya november atau disember) Bukan sahaja kerana Nov bermakna menjelangnya cuti sekolah yang panjang,tetapi juga bermakna 90% daripada tanggungjawab saya sudah selesai.
Pada waktu itu kebiasaanya,trial exam sudah tamat,saya sudah menghabiskan silibus dan telah bekerja sebaik mungkin,sedaya saya mencurahkan ilmu dan segala yang diperlukan murid saya. (Soalnya adakah mereka juga sepenuh hati belajar seperti yang saya harapkan)Pada masa itu,hati memang terasa lega sangat. Sekurangnya di pihak saya,soal tanggungjawab dan target khusus saya sudah pun tamat. Kalau tidur pada masa itu,mimpinya pun tidaklah berserabut,mimpi yang hanya merona warna putih dan terasa tenang.
Awal tahun bermakna permulaan yang agak 'kalut'. Perlu mengutip yuran (dan yang peliknya pada masa yang sama diminta mengajar - sukar sebenarnya melakukan dua tugas serentak,bila masa mahu mengutip yuran? dan bagaimana mahu meneruskan mengajar pada masa yang sama?)memastikan murid kelas mengisi segala jenis borang SMM,SDP,KOKU (dan pada masa yang sama diminta meneruskan P & P: macam kartun giler.)
Paling tidak digemari,mengisi data berkomputer. Data 10 orang murid sahaja akan mengambil masa 2 jam kerana banyak data yang perlu dimasukkan ke dalam sistem. Bayangkanlah berapa banyak masa diperlukan untuk memasukkan data untuk 40 orang atau lebih murid. Boleh juling mata dibuatnya.
Sudah lama persoalan ini dipersoalkan oleh pendidik,sepatutnya ada pegawai lain (such as pegawai perkhidmatan awam)yang dilantik bagi menjalankan kerja-kerja mengumpulan dan 'key in' data,malangnya,persoalan dan permintaan guru-guru hanya menjadi 'gigitan semut tua 'yang tiada gigi. Jadi gigitan itu tiadalah bermakna dan memberi kesan kepada sesiapa. Agaknya,tiada siapa pun yang akan mempedulikan nasib guru-guru.
Saya jadi pelik,guru dimasukkan ke dalam kumpulan profesional,tapi bidang tugas kami sebenarnya di sekolah seolah 'buruh'kelas ketiga sahaja. Sebelum buka sekolah,kami diarahkan mencuci kelas sendirian... adus.. selayaknya bagai 'cleaner' percuma... ? saya berfikir sejenak, tak ada kelas agaknya cikgu2 ni? Cadangan saya: Sepatutnya pada hari pertama,murid2 di kelas sepatutnya bersama-sama akan membersihkan kelas supaya ujud semangat kekitaan dan semangat berkerjasama. (dan merasai bahawa kelas adalah hak milik bersama) malangnya arahan yang diterima,hari pertama persekolahan,sekolah mesti memulakan P & P. Aneh! Tidakkah ada pihak yang berfikir seperti yang saya ingin cadangkan?
Bagaimana mungkin semua beban diletakkan di bahu guru sahaja?
Saya suka mengajar. Bersama murid menjadikan hati dan jantung saya seolah memukul rentak berbalas irama. Sayu dan sendu. Teaching is my patient. Saya menyanyangi setiap murid saya seperti anak saya sendiri. kalau membuat kesilapan kerana tidak memberi perhatian,,saya akan marah,kalau malas saya akan 'fire' macam naga. (saya paling bencikan orang malas).. Murid saya tentunya sudah menghafal kata-kata saya di dalam kelas,there're three rules, don't talk,don't sleep and don't die.
Pada mulanya mereka akan ketawa mendengar ,"dont die.." sebenarnya perkataan itu merujuk kepada 'memberi perhatian yang sepenuhnya'... tentulah kerana orang yang mati tidak lagi memberi perhatian kepada alam sekelilingnya.
Apabila saya tiba di rumah hampir jam 5 petang,suami saya agak pelik melihat saya pulang lewat. Ditanya juga,"kenapa lewat sangat?"
Jawapan saya,"awal tahun bang,tahulah,banyak data kena key in."
Kepenatan saya separuh terasa hilang melihat baju yang sudah dibasuh dan diampaikan.(baju suami saja,sebab baju saya saya tidak benarkan suami basuh.. manalah boleh begitu pulak... dia membasuh baju sendiri sudah dikira rahmat.. )Mana lagi mahu dicari suami yang begini? he he.. Alhamdullillah. Kiranya tanggungjawab mendobi sudah dikira selesai separuh... saya kira,pertolongan suami bertanda ;cinta.. meringankan beban isteri kan satu anugerah...
Seharusnya suami membantu isteri di rumah,barulah perasaan isteri menjadi lega... dan saya selalu terperasankan,kalau saya merajuk,lagi banyak pertolongan yang akan diberi. Moral of the story,kenalah lebihkan merajuk???
Monday, January 11, 2010
Do & dont's at wedding
Tetamu.
1.Jika kad jemputan yang anda terima memerlukan anda menjawab jemputan perkahwinan,silalah beri jawapan samaada anda akan hadir atau tidak. Bagi tuan rumah yang berkenduri cara gotong royong kampung tidaklah mendatangkan masalah jika jemutan tidak dijawab sebab hadirin datang secara 'in and out' jadi sentiasa ada tempat yang mencukupi. Tetapi acara di hotel akan memerlukan tempat duduk yang mencukupi. Agak panik bagi tuan rumah jika jemputan yang tidak menjawab 'tiba-tiba' muncul pada upacara tersebut.
2. Anda tidak seharusnya berpakaian 'seksi' di majlis formal. Skirt pendek,baju 'tube' dan baju di luar yang jarang,kain berbelah sehingga ke paras paha, adalah pakaian yang tidak sopan di majlis perkahwinan,(even di hotel)apatah lagi jika melibatkan majlis akad nikah di masjid. Wanita dimestikan menutup aurat jika melibatkan acara pernikahan di dalam majlis. Majlis biasanya dihadiri oleh semua golongan termasuk VIP. (anda kelihatan seperti menghadiri parti muda-mudi jika berpakaian sedemikian or pergi 'clubbing') menghormati majlis merupakan satu 'tuntutan'.
3. Tetamu tidak dibenarkan berbual sehingga menimbulkan suasana hingar bingar. Tetamu juga tidak 'dibenarkan' melakukan perbuatan yang menggambarkan 'lepas laku' seperti berpelukan lelaki perempuan di dalam majlis.
4.Tetamu melakukan aksi yang 'tidak menghormati' majlis dengan mengunyah 'chewing gums'.
5.Tetamu tidak boleh mengganggu pengantin di meja santapan atau pelamin. (dianggap tidak menghormati majlis)Boleh bertemu dan bergambar dengan pengantin setelah selesai majlis santapan dan majlis persandingan sera merenjis (kerana di majlis tersebut mempunyai tetamu terhormat)
6. Jika anda hanya rakan kepada pengantin,perlulah anda menunggu giliran bergambar setelah ahli keluarga selesai bergambar. (kecuali di rumah pengantin dan pengantin berada di bilik seorang diri)
Penyambut Tetamu.
1. Sepatutnya senyum dan bersalaman dengan tetamu yang hadir(berlaku eye contact) dengan ucapan 'selamat datang'. Jangan bersalaman dengan tetamu dengan tidak berlakunya eye contact (sikap acuh tidak acuh sahaja)Genggam erat tangan (sesama jantina)
2. Ketika tetamu pulang,ucapkan terima kasih dengan senyuman. Jangan berdiri seperti orang yang 'malas' tanpa ucapan.
3.Jangan mengunyah 'chewing gum' yang boleh menimbulkan keadaab 'kurang sopan'.
4.Tidak perlu terlompat-lompat melihat teman2 yang datang.. (sekali lagi,ini bukannya parti)
Pengantin.
1. Pengantin seharusnya memandang ke hadapan,berjalan dengan sopan.Mata harus memandang ke hadapan sahaja,mata yang melinggas ke kiri dan ke kanan menggambarkan situasi yang tidak kelihatan 'sopan'.
2.Pandangan mata seolah kelihatan 'malu-malu' (walaupun anda tidak malu langsung,maklumlah sudah mengenali pasangan anda)memandang ke hadapan sedikit dan ke bawah.Jangan menunduk sehingga ke bawah.
3.Pengantin tidak boleh mengangkat tangan dan melampai kawan di hadapan (di pelamin atau di meja santapan pengantin)
4. Pengantin tidak boleh bersorak melihat kawan-kawan yang datang (atau anda dilihat seperti 'lepas laku')
5.Pengantin dilarang bercakap atau menjeling pasangan di pelamin. Konsep 'raja sehari' mesti diaplikasikan. Perhatikan bagaimana 'raja dan permaisuri' di singgahsana. Baginda duduk dengan tertib,tegak,tangan di atas paha,mata tidak melinggang memandang ke kiri kanan- jelas menggambarkan kesopanan)
6.pengantin janganlah 'terover' tersenyum (senyum sampai ke telinga) senyum dalam kadar yang biasa sahaja.
- Saya teringat akan situasi Dato Siti Nurhaliza menjadi pengantin dahulu, penuh ketertiban dan kesopanan-pandangan yang malu-malu dan sopan.
Sunday, January 10, 2010
Do & don't @ wedding
Menghadiri perkahwinan,acap kali saya 'bertembung' dengan adegan yang sepatutnya tidak berlaku dalam perkahwinan. Perkara-perkara /peristiwa yang sepatutnya tidak berlaku dalam mengadakan walimah perkahwinan sama ada terlepas pandang atau 'tidak tahu' langsung peristiwa/adegan seperti ini tidak seharusnya berlaku... saya ada wedding yang patut dihadiri, INSYA-ALLAH,ESOK SAYA AKAN CATATKAN ...
Thursday, January 7, 2010
Petikan Ulasan Dimensi Cinta,by Fisha
Akhirnya! Petang 31 Disember 2009, saya berjaya menghabiskan pembacaan saya ke atas novel ini. Sejujurnya, saya membaca kerana permintaan penulisnya. Andai tidak begitu, mungkin sampai saat ini, novel ini tiada dalam koleksi saya. (Dan, buat julung-julung kalinya saya berjaya menulis terus review novel ini di saat bas melambung-lambung!)
Terus saja la kan, dari membebel dan memberi mukaddimah panjang-panjang?
Pada saya Dimensi Cinta bergerak atas premis yang biasa – cinta dari pandangan pertama. Dibelek-belek blurbnya, saya sudah dapat mengagak bagaimana ceritanya, dan sejujurnya juga, apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan daya tarikan novel ini kurang. Namun, saya masih terikat dengan rasa keterhutangan pada permintaan penulisnya (Kak Nora, jangan kecil hati ya dengan kebeterus-terangan saya ini!).
Dan, seperti yang lazimnya berlaku sekarang, novel setebal 441 halaman ini mengambil masa hampir 2 minggu dan dihabiskan semasa melayan kebosanan duduk di dalam bas. Mujur juga saya ini jenis yang boleh membaca dalam kenderaan – tidaklah rasa nak muntah atau pening seperti kebanyakan orang.
Berkisar kepada 3 watak utama, Lukhman, Zaid dan Nur Suraya, cerita bermula agak perlahan, lebih-lebih lagi apabila penulis mahu memperkenalkan siapa Lukhman dan Zaid. Namun, yang membuatkan saya tertarik untuk meneruskan pembacaan, kerana watak Lukhman sebagai seorang arkitek (oh, saya memang kagum dengan arkitek! Lebih-lebih lagi apabila penulis meninggikan imej Lukhman sebagai arkitek yang sangat berjaya. Mendapat anugerah BCI lagi! - saya siap cari lagi apa benda alah award ni :p).
Sinopsis:
Suraya adalah seorang gadis yang diwatakkan dengan perwatakan yang sangat menarik – berkulit sawa (atau sawo?) matang, lampai dan berlesung pipit di pipi kanan. Seorang guru sejarah yang kelihatan mempunyai banyak minat. Lukhman dan Zaid pula adalah 2 rakan karib yang menganggap diri mereka adalah saudara kembar dek kerana galur hidup yang hampir sama dan persahabatan ibu-ibu mereka. Zaid yang terlebih dahulu mengenali Suraya, meminati malah memuja, namun terlalu naïf untuk meluahkan perasaan. Lukhman pula, secara kebetulan terserempak Suraya di sebuah kedai gambar, tertarik, dan meminta nombor telefon gadis itu daripada orang kedai untuk tujuan perkenalan. Bila Zaid mempertemukan Lukhman dengan Suraya, ternyata Lukhman dan Suraya saling tertarik. Salah Zaid kerana tidak ‘menanda’ apa-apa sepanjang 3 tahun persahabatannya dengan Suraya, terus membuatkan Suraya membaca aksi Zaid mengenalkannya dengan Lukhman sebagai penggantinya (baik sungguhlah Zaid kalau begini!).
Yang lain-lain tu, anda baca sendiri.
Pada saya juga, novel ini seperti kisah-kisah cinta yang lain juga. Bertemu, berpisah seketika kerana halangan, dan di akhirnya, semua orang bahagia. Tiada yang terbunuh, dibunuh atau membunuh diri dalam cerita ini :p
Tapi, seperti yang saya katakan di awal tadi, profesion watak telah memenangi hati saya. Kemudian, pendedahan kepada tempat-tempat menarik di luar Negara (London, Adelaide dan Sydney), serta info berguna mengenai syurga pelancong di Malaysia (Pulau Langkawi), juga persekitaran yang agak familiar pada saya merupakan bonus. Penamat yang menggembirakan juga adalah sesuatu yang saya suka kerana saya tidak suka sad ending atau cliff hanger (ini juga kriteria untuk novel kategori suka-suki --adakah saya telah mengkategorikan novel ini?).
Antara perkara-perkara lain yang dapat saya kesani di dalam novel ini:
Penulis bijak menyesuaikan watak dan profesion – arkitek (Lukhman) orang yang seni, maka lebih terbuka dalam meluahkan perasaan, dan IT whizz seperti Zaid adalah lurus dan tulus. Lambat membaca maksud tersirat serta sering juga salah menterjemahkan isyarat-isyarat cinta. Suraya pula adalah seorang guru sejarah yang agak OK pengetahuan sejarahnya, namun saya kira Suraya lebih kepada ahli psikologi (mungkin disebabkan latar belakang penulis) apabila dia lebih berminat mentafsir benda-benda di sekelilingnya. Saya sebenarnya lebih berharap agar watak Lukhman dan Suraya tadi lebih terikat dengan hubungan kerja mereka – maksud saya, selain kecantikan, intelek Suraya boleh saja digabung dengan pengetahuannya dalam sejarah dengan seni bina kerana kedua-duanya ada perkaitan yang kuat. Namun, yang lebih dipaparkan tarikan kepada perkara-perkara kecil – seperti cantik, anggun, sensitif – perkara-perkara yang selalunya orang akan take for granted. Apapun, ia tetap menjadi sesuatu yang menarik.
Watak lelaki di dalam novel ini pada saya sangat obvious ditulis oleh seorang wanita. Kenapa saya berkata demikian?
Kerana watak Lukhman. Lukhman memanglah seorang lelaki yang romantis dan penuh pengertian, namun cara dan approach Lukhman pada saya adalah refleksi kehendak seorang wanita pada seorang lelaki. Memanglah ada dalam kehidupan realiti watak begitu, tapi dalam novel ini ia kelihatan begitu lah … anda faham apa yang saya maksudkan?
Watak Suraya pada saya agak tipikal. Dia diwatakkan sebagai punyai segalanya, kecantikan, keramahan, keanggunan, tidak kekok di dapur serta disenangi orang tua. Kadang-kadang saya rasa wataknya sedikit keterlaluan. Menyampah pun ada. namun, saya mengagumi cara penulis memperlihatkan keberanian dan kepandaian Suraya dalam memastikan cintanya. Saya paling suka cara Suraya menguruskan hal Zaid dan Elle serta helahnya pada Lukhman. Itu adalah klimaks yang menjadi untuk saya. Dan, selebihnya, saya memang kagum dengan orang yang tidak cepat melatah dengan keadaan di sekelilingnya.
Terlalu ideal? Memanglah .. itu sebab wujudnya novel-novel cinta, kan? Seideal persahabatan Lukhman dan Zaid sampai sanggup berkorban rasa. Ya, memang ada di realitinya, tapi ia tidaklah semudah itu (walaupun, mungkin perkara tersebut berlaku secara eksklusif kepada penulisnya), Ttpi saya kira itulah adunan realiti dan fiksi untuk menimbulkan rasa dramatik. Lebih-lebih lagi kalau novel cinta adalah satu bentuk escapism yang sangat menyenangkan, maka perkara-perkara ini adalah sesuatu yang kita maafkan.
Namun, dalam sekian banyak perkara, saya gagal mencari kepelbagaian dimensi cinta yang dilambangkan dengan tajuk novel ini. Andai dimensi itu bermaksud cinta antara sahabat (Zaid dan Lukhman), cinta dari mata turun ke hati (cinta Lukhman kepada Suraya) atau cinta lama yang disubur semula (seperti cinta Elle kepada Zaid atau cinta Taufik kepada Suraya), memang ia menepati tajuk. Setakat itu sahajalah. Tapi, saya memang tidak dapat mengesani yang selebihnya.
Saya juga mengesan beberapa blunders dalam novel ini:
Inconsistency penggunaan kata ganti nama – mungkin disengajakan – tapi, saya lebih suka kalau dialog Lukhman dan Zaid menggunakan kata ganti nama “aku” dan “kau” daripada “Man” dan “Zaid” … saya rasa macam janggal. Inconsistency berlaku apabila penulis menggunakan dua kata ganti nama yang berbeza di dalam satu ayat.
Kemudian, Masita dikatakan kali pertama menaiki kapal terbang semasa penerbangan ke Adelaide sedangkan Masita pulang ke KL dengan Suraya dari Pulau Langkawi tatkala menziarah ibunya yang sakit dengan kapal terbang dan siap dijemput oleh Ali, abang Suraya.
Saya juga sedikit terganggu dengan print buku ini. Tulisannya besar, namun ada perkataan yang perlu di italic kan, tetapi tidak. Saya tak pasti kenapa saya kisahkan semua ini, namun sebagai orang yang sensitif dan sedikit endah dengan bahasa Melayu, saya memang rasa terganggu. Mungkin editor boleh semak betul-betul lain kali, ya?
Rasanya itu saja yang mahu saya kata. Semoga ulasan ini tidak mendukacitakan penulisnya dan tidak juga menghalang pembaca-pebaca lain untuk mencubanya.
Selamat membaca!
Posted by Pishaposh at 9:14 PM
8 comments:
Nora Fuad said...
as salam, finally habis juga membacanya walaupun kelihatan macam fisha merangkak membacanya.. dukacita.. tidak sekali-kali. setiap individu ada cara membacanya dan menilainya... mungkin ada yang suka,mungkin ada yang tidak.. seperti sidney S.ada yang suka membaca,ada yang tidak,tapi bukunya laris macam goreng panas juga..
terima kasih kerana berjaya menghabiskan juga...
January 3, 2010 10:47 PM
Nora Fuad said...
hmm dan terasa terkejut juga apabila fisha terasa bagai terpaksa membuat penilaian sebab sis ni taklah sampai bermaksud 'memaksa membaca'.. mempelawa sekadar 'berbahasa'...
dan terima kasih juga sebab membaca..
January 3, 2010 10:49 PM
Pishaposh said...
Kak Nora:
Ini lah antara sebab saya takut sangat nak berjanji2 membaca dgn penulis2 ... sebab bila kenal penulis, pasti rasa 'keterhutangan' itu datang ...
Walau bermula dengan terpaksa, sudahnya saya boleh tetap menyukainya .. Tarikan nya saya jumpa pada pengakhirannya ...
Don't feel bad, OK?
Selamat Tahun Baru :)
January 4, 2010 12:35 AM
misz_A said...
review yg sgt bagus..
January 4, 2010 1:32 AM
wnorhaslina said...
ya saya sokong misz_A
January 4, 2010 12:51 PM
Pishaposh said...
Misz_A + wnorhaslina:
Terima kasih kerana beranggapan begitu :)
January 4, 2010 2:42 PM
Alin Ahmad said...
Fisha : huhuhuhuhuhu..baca buku "alaf 21" ekkk..uikssss..peace!!
January 4, 2010 3:07 PM
Nora Fuad said...
as salam, feel bad, tak ada. Kelemahan akan melengkapkan karya yang lain. Perlu melihat pandangan orang lain untuk kenal diri dan penulisan. Tima kacih daun keladi.
January 4, 2010 3:33 PM
Post a Comment
Cikgu ooo cikgu..
Baru hari ke empat bersekolah semula,kaki sudah terasa bagai tidak boleh diangkat lagi.Lemah gemalai. Penat. Kalau dikira anak-anak tangga yang didaki setiap hari,saya rasa melebihi 300 anak tangga setiap hari. Bayangkanlah pula tingkatan a di blok A,tingkat 3,kelas kedua di blok B,tingkat 3. Perlu naik dan turun beberapa kali sehari..agaknya kalau disambung dan dihubung tangga,dalam seminggu ni,saya sudah mendaki tiga empat kali Batu Caves.Cuaca pula panas terik,entah botol yang ke empat saya minum dalam tempoh beberapa jam di sekolah. Hanya Allah yang mengetahui betapa penatnya tenaga pengajar di sekolah,penat daripada segi fizikal yang lebih sebenarnya (sebab perlu banyak bergerak, dalam kelas,dilarang duduk sama sekali,bayangkan kalau ada kelas berkembar 3, 35 x 3 = 105 minit,dan perlu berjalan menaiki 100 anak tangga,bergerak ke tiga kelas berbeza... hmm.. agaknya pegawai yang mengeluarkan arahan sedemikian tidak pernah menghadapi masalah atau situasi begini... dalam cuaca yang panas... saya rasa seperti mahu mencabar pegawai itu,kalau dia boleh menggantikan tempat saya dalam seminggu,bergerak ke sana sini,di dalam kelas dilarang duduk sedikit pun... kalau dia boleh lakukan tanpa heluhan, saya akan tabik 'spring') Sekarang ini,kami terpaksa mengikut arahan... dengan keluhan di belakang tabir.. (apa nak buat,kalau kita panggil TV pula,kita yang nanya.. kita kan mentimun)
Sebenarnya,kami para guru,tidak meminta yang lebih. Sebagai penjawat awam yang memegang amanah (lagi pun inikan profesion pilihan,tiada keluhan),cuma meminta sedikit perngertian.... kenapalah diorang tidak dulu berada 'di dalam situasi kami dahulu' sebelum mengeluarkan arahan... kaji dahulu senario guru dan keadaannya.. barulah keluarkan arahan... berpatutan dan seimbang dengan keadaan semasa. Kadangkala tu,kalau sudah penat sangat,(bayangkan ada enam masa, dan ketika masa ke enam pengajaran.. disebut Pembelajaran & Pengajaran (p & P) setelah hampir 3 jam mengajar,letih berdiri,saya kadangkala bertenggek juga sekejap di meja guru. Maklumlah,lutut pun sudah longgar.
Berlainan dengan pensyarah,kuliah paling panjang pun 2 jam,berdiri pun okay je..lagi pun bilik fully aircond, manalah ada berpanas macam guru kat sekolah...
Apabila bersekolah semula,biasanya kulit perang sikit (sebab kepanasan),kurus sikit (sebab turun naik tangga)sakit urat sikit, (letih la)sakit lutut sikit (sebab semakin tua sikit.. he he, tak banyak,sikit je)sakit 'otak' sikit (dek perangai hamsuup murid)banyak ketawa (disebabkan perangai loyar budak)... naik angin pun banyak juga (sebab budak yang malas) kerepot sikit (sebab asyik marah juga,kadangkala)batuk-batuk sikit (banyak cakap da...)dan mulut yang keletihan (bayangkan bercakap 2-3 jam sehari... )
saya sudah mula menlihat kalendar,mencari hari cuti lagi.. he he...
Wednesday, January 6, 2010
A teacher is a person who never says anything once.
Howard Nemerov
Saya tertarik dengan quote hati ini,ternyata memang benar apa yang dikatakan Howard. Kadang-kadang jadi pelik juga,ayat yang berulang-ulang kali dikatakan tidak dapat juga diingati oleh murid. Jalau sampai berulang-ulang pun tidak dapat dimemorikan, husss. pening jugalah kepala. Bagi menghilangkan pening saya menjawab quiz di facebook mengenai orang berbintang scorpio. Saya pernah terbaca artikel berkaitan kajian Dato Dr Fadzilah Kamsah berkaitan personaliti /zodiakbintang-bintang tertentu ini. Kalau tidak salah saya,Dato telah menjalankan kajian selama 12 tahun bagi melengkapkan kajiannya. Hasilnya,orang scorpio:
KAJIAN DR FADZILAH KAMSAH TENTANG SIFAT MANUSIA- Scorpio
Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa.Pemikiran yang tajam.Daya firasat yang sangat halus dan tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti... Personality dinamik Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.(Well- kurang bercakap kurang sesuai bagi saya - saya banyak bercakap tetapi kalau berada dalam kalangan orang yang terlalu banyak bercakap,saya akan berdiam diri terutamanya orang-orang tua : hormat ma...) Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.Terlalu degil dan keras hati apabila hendakkan sesuatu. Diusahakan sehingga berjaya.Tak suka marah kecuali digugat.Mudah ambil berat terhadap orang lain.Pandai muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam.Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam.Romantik.Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang(Tidak pasti,saya rasa,saya memahami hal ini, bukannya tidak pasti tetapi lebih suka kepastian, soalan bodoh seperti, "abang sayangkan ayang tak?" biasa ditanya kepada suami.. he he)Suka duduk di rumah.Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. (ya.. cepat meletup...)Bercita-cita tinggi.Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.
Jatuh cinta lagi...
Hari ini apabila saya ke kelas,seorang murid menegur saya, "cikgu,cikgu ada di Mc D Du semalam?"
"Ya. Kenapa."
"Tak ada apa. Nampak cikgu semalam."
Sebelum dia membuat cerita lain,saya sempat menyampuk,"Yes,I see new boy friend,"sambil saya tergelak. Sebenarnya saya bertemu seorang wakil syarikat yang merupakan agen ke seminar mengenali potensi diri
Karisma: Celoteh emas Dr AzizanOleh FUAD HADINATA YAACOBhadinata@hmetro.com.my
"Ya. Kenapa."
"Tak ada apa. Nampak cikgu semalam."
Sebelum dia membuat cerita lain,saya sempat menyampuk,"Yes,I see new boy friend,"sambil saya tergelak. Sebenarnya saya bertemu seorang wakil syarikat yang merupakan agen ke seminar mengenali potensi diri
Karisma: Celoteh emas Dr AzizanOleh FUAD HADINATA YAACOBhadinata@hmetro.com.my
Tuesday, January 5, 2010
Berita Bahagia....Cinta mesti bertepuk kedua belah tangan.
Sesudah memulakan tahun ini dengan berita kehilangan 'mak' saya,saya menerima berita baik hari ini. Finally adik angkat kesayangan saya,menyatakan yang dia maybe 'fall in love'. Saya mulanya ketawa. Mana ada istilah maybe kalau sudah jatuh cinta? Dan dia pun menceritakan a-z pasal cerita dia,saya pasangkan mata dan jemari kerana dia bercerita thru chatt facebook. Saya lega mendengar ceritanya. Saya yakin, dia 'tengah jatuh cinta'.
Adik saya ni pemalu orangnya,cantik,manis,ramah-tamah,agak popular di kalangan pensyarah semasa menuntut dahulu,bukan sebab 'gediknya' (adik-adik saya tak ada yang gedik)tetapi berkebolehan bekerja,ada skill komunikasi & sangat serius bekerja. Beragama,berlatarkan keluarga yang baik-baik (tidak kaya raya dari segi fizikal tetapi sangat berbudi bahasa)Pokoknya dia 'ada pakej' dalam semua perkara.(Saya mengenalinya sejak 1995 lagi)Sikapnya terhadap perhubungan merisaukan saya. Pemalu dan terlalu 'play safe' takut sangat kecewa... takut mengambil risiko.
Semasa belajar dahulu sehingga kini ,dia mempunyai seorang kawan lelaki yang agak rapat. Saya namakaqn dia Mr X.Saya pun sukar juga memberi kategorikan 'lelaki ini'. Nak dikatakan kawan biasa,bunyinya macam bukan sekadar kawan biasa. Mahu dikatakan 'special 'pun macam tak kena juga,mungkin sekadar 'kawan tapi mesra'. Membayangkan mahu cat rumah pun,diminta pertolongan daripada adik saya ni. Jadi, hmm, entahlah. Mereka tidak pernah berdating berdua,kalau ada teman-teman lain,biasa lah. Kalau diajak berdua,adik saya menolak. Pernah juga saya marahkan dia,'janganlah play safe sangat.'..kadang tu perlu juga berdating (pergilah ke tempat public)untuk berjumpa.Sms sesekali sahaja,agaknya semasa bulan penuh sebab hati pun mengambang juga (dan kasih sayang pun mengambang juga seperti bulan penuh yang dipenuhi cahaya).. call,jauh sekali... this man too busy for relationship. Nasihat saya,tak ada gunanya menanti sibudak kelabu ni (istilah saya untuk lelaki yang sukar menujukkan perasaan)buat letih je.. tapi mungkin sebab sukakan budak ni jugak,dia sukar membuka ruang persahabatan kepada lelaki lain...
Saya memahami sangat situasi ini. Perempuan sebelum dia 'let go' lelaki yang pernah menawan hatinya,sukar untuk 'hatinya' ditawan semula. Saya pernah melaluinya.. saya sanggup membiarkan hati saya disiksa selama 7 tahun sebab terlalu membiarkan hati saya ditakluki lelaki ini... Sebab tu saya nasihatkan dia (dan sebenarnya memberi amaran keras supaya dia membuka hatinya untuk menerima lelaki lain) Ruginya kalau tidak memberi sedikit ruang untuk disayangi.
Pernah saya berjumpa si 'mr x' tu,memang dia 'mr nice guy'... kononnya bercakap pasal hal bussines,tapi lepas tu saya bagi hint la, berbincang hal adik saya ni. Saya nasihatkan si guy ni... jelas dia takut sangat kalau 'komited' kepada seseorang,takut isteri cemburu,tak tahan kalau dia bz,etc.. saya sudah nasihatkan dia, isteri tak semestinya marah kalau suami bz.. suami saya bz juga,balik 2-3 pagi tapi alhamdulillah,belajarlah menerimanya. Kalau dia di rumah lama-lama pun,saya boring juga,sebab asyik mengintai apa saya masak etc... Saya nasihatkan dia agar bertindak supaya kalau tidak,mungkin dia akan kehilangan adik saya ni.. tapi macam tu juga.. umur dia pun bukannya muda lagi,pertengahan 30-an.. adik saya, akhir 20-an,kan cantik tu... well,nasihat sudah,tindakannya belum lagi,jadi kenalah berhadapan dengan hakikat, agaknya, dia tak kisah kot kalau sidia pergi? Barangkali. Sebenarnya saya suka juga kalau hubungan adik saya dan sidia menjadi,pada firasat saya,mr x ni memang baik orangnya. Jadi konklusinya, tutup file pasal mr x.
Sekarang bertemu Mr Y.. nampaknya macam Y sukakan adik saya ni,jadi sekali lagi saya seperti kakaknya menasihatkan dia,'don't play too safe la dek, take action.. ambil risiko sikit. Kalau kita sudah mencuba,Allah tak izinkan,tak apa. Tapi kenalah usaha sikit. "
Cinta mesti bertepuk kedua belah... kalau yang lelaki sudah memberi signal,perempuan buat bodoh je,takut juga lelaki tu nak 'teruskan'.Jadi saya katakan,'janganlah play safe sangat,kena ambil risiko sikit. Takut2 sangat merugikan diri sendiri.' sesekali sms dia la,just to say hi,apalah salahnya.Berilah respond yang sepatutnya... janganlah buat 'bodo je'...
Mr Y ni pula saya tak kenal lagi, wish tu.. he he.. sebagai orang lama, sudah boleh kenal kalau seseorang tu baik atau tidak. (secara lahiriah la... yang tak boleh nampak,bagaimana menilainya)Saya hanya mampu berdoa,adik saya kali ini 'menyerahkan hatinya' kepada seseorang yang benar-benar menyayanginya,menerima baik buruk dirinya seadanya,maklumlah kita ini datangnya secara pakej,tidak boleh hanya menerima yang baik2 sahaja... dan akan berupaya mendidik,melindungi dia,mengasihi dia ke hujung nyawa. Dan saya yakin,sesiapa yang berjaya menawan hati adek saya ni sangat beruntung sebab hatinya penuh dengan kasih sayang....
Sunday, January 3, 2010
Azam Tahun Baru
Diam tak diam,esok bermulalah hari yang sibuk semula. Persekolahan mulai bermula lagi,yang juga bermakna,urat di bahu mulai tegang kembali. Alhamdulillah,keputusan PMR mencatat keputusan cemerlang lagi. Ada kenaikan hampir 3% dari segi kelulusan PMR subjek sejarah dan lain-lain matapelajaran. Saya percaya semuanya berlaku atas izin Allah dan juga usaha kuat semua guru-guru & murid-murid & ibubapa. Hal kecemerlangan seperti ini tidak akan berlaku kerana usaha seorang atau dua orang guru sahaja atau usaha murid atau ibubapa sahaja. Perkongsian kerjasama mestilah diterap dan diteruskan.
Saya sendiri sibuk juga. Menggosok pakaian untuk seminggu,memastikan esok saya bersedia sepenuhnya dengan subjek yang akan diajar. Sebagai guru yang sudah hampir 16 tahun mengajar,tidaklah susah sangat untuk mengingat kembali pelajaran yang sudah berbelas tahun diajar. (dan tidak berniat sombong tetapi maklumlah,setiap hari mengajar 4 kelas,hampir menghafal setiap bait isi daripada teks)
Pukul 3 petang tadi,mama saya tiba di Langkawi. Kasihan dia,penat juga. Malam tadi bertolak jam 8 malam,tiba di Bukit Mertajam jam 5 pagi,singah di Machang Bubok,di rumah mak ngah saya. Rehat sekejap,kemudian dihantar oleh mak ngah &adik sepupu saya( I call her adek Na,anak bongsu mak ngah dan suami & keluarga ke Kuala Kedah)menaiki feri, 1 1/2 jam kemudian tiba di Langkawi.
Ligat melihat kalendar bila akan bercuti lagi.. he he (inikah terapi juga... cuti)raya cina akan bercuti seminggu,tengoklah kalau ada banyak duit lebih,sebelum saya mulakan satu projek besar (suspen) saya akan betcuti dahulu... (sebab kalau sudah mulakan saya tak boleh banyak bergerak lagi)dan saya akan jemput mama dan mak ngah saya.. mungkin ke kenyir kot dan Kuala Terengganu. Di sana selain,best giler, saya juga ada keluarga angkat (keluarga kepada adik angkat kami)Saya percaya,kalau kita sentiasa berhati mulia,ramai lagi orang yang berhati mulia yang kita akan temui. Sebenarnya dalam dunia yang hampir dipenuhi 7 billion manusia,ramai yang berhati mulia, tolaklah penyangak,perombak etc...terkenangkan nasi dagang auntie yang enak bangat... adus...
Azam! Saya sebenarnya tidak pernah berazam. Cuma berdoa agar Allah memudahkan segala urusan kerja dan kehidupan saya. Mungkin ini boleh dikategorikan sebagai azam juga kot.Insya-Allah buku kedua on the way... entah bila akan bertemu penamatnya.
Saya sendiri sibuk juga. Menggosok pakaian untuk seminggu,memastikan esok saya bersedia sepenuhnya dengan subjek yang akan diajar. Sebagai guru yang sudah hampir 16 tahun mengajar,tidaklah susah sangat untuk mengingat kembali pelajaran yang sudah berbelas tahun diajar. (dan tidak berniat sombong tetapi maklumlah,setiap hari mengajar 4 kelas,hampir menghafal setiap bait isi daripada teks)
Pukul 3 petang tadi,mama saya tiba di Langkawi. Kasihan dia,penat juga. Malam tadi bertolak jam 8 malam,tiba di Bukit Mertajam jam 5 pagi,singah di Machang Bubok,di rumah mak ngah saya. Rehat sekejap,kemudian dihantar oleh mak ngah &adik sepupu saya( I call her adek Na,anak bongsu mak ngah dan suami & keluarga ke Kuala Kedah)menaiki feri, 1 1/2 jam kemudian tiba di Langkawi.
Ligat melihat kalendar bila akan bercuti lagi.. he he (inikah terapi juga... cuti)raya cina akan bercuti seminggu,tengoklah kalau ada banyak duit lebih,sebelum saya mulakan satu projek besar (suspen) saya akan betcuti dahulu... (sebab kalau sudah mulakan saya tak boleh banyak bergerak lagi)dan saya akan jemput mama dan mak ngah saya.. mungkin ke kenyir kot dan Kuala Terengganu. Di sana selain,best giler, saya juga ada keluarga angkat (keluarga kepada adik angkat kami)Saya percaya,kalau kita sentiasa berhati mulia,ramai lagi orang yang berhati mulia yang kita akan temui. Sebenarnya dalam dunia yang hampir dipenuhi 7 billion manusia,ramai yang berhati mulia, tolaklah penyangak,perombak etc...terkenangkan nasi dagang auntie yang enak bangat... adus...
Azam! Saya sebenarnya tidak pernah berazam. Cuma berdoa agar Allah memudahkan segala urusan kerja dan kehidupan saya. Mungkin ini boleh dikategorikan sebagai azam juga kot.Insya-Allah buku kedua on the way... entah bila akan bertemu penamatnya.
Friday, January 1, 2010
Menyambut Tahun Baru
Dalam kesedihan takkala perginya 'mak',saya rasa kesedihan itu terisi dengan menyambut tahun baru dengan mama dan mak ngah saya. Bukan senang untuk menyambut tahun baru bersama mereka.Lazimnya tahun baru disambut tanpa keluarga disebabkan sekolah sudah hampir dibuka semula,jadi saya sudahpun berada di sini. Jadi ini adalah peluang keemasan... mengambil peluang mereka jalan-jalan,pada pendapat saya,masa masih berada bersama merekalah,kita seharusnya mengambil peluang keemasan menggembirakan hati mereka. Kami keluar dengan LRT ke Central bagi mendapatkan tiket kereta api,kemudian lunch di Central (tapi kena ketuk dengan cafe tu di central... warisan... gerai je,tapi tiga orang makan RM34.00 pelik juga,saya makan paru dengan sayur ubi kayu masak lemak,mama saya,paru,sotong 2 ekor-kecik je dan sayur kubis,mak ngah saya,sayur,telur masin dan sotong - punyalah kami dok kira balik,macam mana pulak jadi RM 34- kalau di restoran saya tak pelik.Bukannya berkira,kita kadang-kadang makan lebih mahal daripada tu lagi,tapi gerai biasa sepinggan 11.30 - hmmm)Kami melihat gelagat orang lain... ramai yang agak terkejut dengan harga di kedai tu... saya agak, paru saya RM7,nasi Rm1,sayur 3.30 hmmmm???)
Kemudian ke amcorp Mall,jalan-jalan je.. balik zohor kat rumah.. lepas tu ke ikea, makan steam bot... dan teringat aruah mak, belum berkesempatan makan steam bot dengan mak. Lepas tu balik... dalam bercerita mak ngah pun membukalah cerita dengan perihal anak menantu yang tidak mahu menjaga mak mertua ketika sakit(bukannya cerita sesiapa,tanpa menyebut nama bagi mengambil teladan)tapi apabila meninggal,terpekik terlolong pula. Jadi,kenalah sentiasa beringat,sayangi mereka ketika ada,janganlah kalau sudah 'tiada'baru mahu 'terpekik dan meraung'.... Menyukakan hati ibubapa atau saudara terutamanya yang lebih tua merupakan aset saham akhirat kita. Saya percaya setiap sen yang kita belanjakan,Allah akan murahkan rezeki kita.
Saya teringat akan kata-kata seorang pekerja di Giant ketika membayar di kaunter,kata adik tu,"tu mak kak ke."
"ye dengan auntie."
"bestnya bawa mak berjalan. seronok nampaknya dia."
Saya dalam terdiam terharu. Saya tak pula membayangkan ada yang akan memerhatikan saya. Saya lakukan semuanya tentunya bagi memgembirakan hati mereka,semoga mendapat redha ALLAH. Saya sedar,mereka adalah orang penting dalam hidup saya... agaknya masa saya masih kecil dulu (baby),dah jenuh mereka bermain dengan najis dan kencing saya... (dulu manalah ada pampers) bagaimana boleh saya membayarnya semuanya semula... jadi tak kisahlah,apa sahaja,asalkan mereka gembira. Yang saya harapkan adalah Redha Allah. Dunia ini hanya pinjaman semata-mata,perjuangan hidup kita masih jauh.
Kemudian ke amcorp Mall,jalan-jalan je.. balik zohor kat rumah.. lepas tu ke ikea, makan steam bot... dan teringat aruah mak, belum berkesempatan makan steam bot dengan mak. Lepas tu balik... dalam bercerita mak ngah pun membukalah cerita dengan perihal anak menantu yang tidak mahu menjaga mak mertua ketika sakit(bukannya cerita sesiapa,tanpa menyebut nama bagi mengambil teladan)tapi apabila meninggal,terpekik terlolong pula. Jadi,kenalah sentiasa beringat,sayangi mereka ketika ada,janganlah kalau sudah 'tiada'baru mahu 'terpekik dan meraung'.... Menyukakan hati ibubapa atau saudara terutamanya yang lebih tua merupakan aset saham akhirat kita. Saya percaya setiap sen yang kita belanjakan,Allah akan murahkan rezeki kita.
Saya teringat akan kata-kata seorang pekerja di Giant ketika membayar di kaunter,kata adik tu,"tu mak kak ke."
"ye dengan auntie."
"bestnya bawa mak berjalan. seronok nampaknya dia."
Saya dalam terdiam terharu. Saya tak pula membayangkan ada yang akan memerhatikan saya. Saya lakukan semuanya tentunya bagi memgembirakan hati mereka,semoga mendapat redha ALLAH. Saya sedar,mereka adalah orang penting dalam hidup saya... agaknya masa saya masih kecil dulu (baby),dah jenuh mereka bermain dengan najis dan kencing saya... (dulu manalah ada pampers) bagaimana boleh saya membayarnya semuanya semula... jadi tak kisahlah,apa sahaja,asalkan mereka gembira. Yang saya harapkan adalah Redha Allah. Dunia ini hanya pinjaman semata-mata,perjuangan hidup kita masih jauh.
Subscribe to:
Posts (Atom)