Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Wednesday, February 10, 2010

Dos and don'ts dalam rumahtangga...



Apabila seorang junior saya yang akan melangsungkan perkahwinan,saya tersenyum panjang. Masih teringatkan perkahwinan dan kenduri saya yang sudah mencecah angka 9 tahun, masih baru kalau dibandingkan dengan usia perkahwinan ibubapa saya yang sudah mencecah 42 tahun. Masih berusia setahun jagung. Seperti baru semalam sahaja berkahwin. Setelah agaknya lebih 1000 kali tersenyum + 1000 kali bertekak (ha ha) + 1000 kali cubitan sayang,bagai tidak percaya,tahun ini sudah mencecah 10 tahun.

Masih teringat akan tempoh masa berdating dulu,saya pada masa itu di langkawi,dia di KL. Saya akan datang bercuti pada setiap kali cuti sekolah pada tahun 1999 dan tahun 2000(dan berterima kasih kepada keluarga angkat di Pantai Dalam kerana sudi menumpangkan saya bermalam) Dan klimaks dating pertama kali saya semasa di Central Market,apabila kami dikejar oleh wartawan TV3,Shalawati kerana mahu menemubual tentang sesuatu isu. Manalah kami mahu,sebab sudahlah baru kenal 2 hari (baru 2 hari dating walaupun sudah 3 minggu chatting thru IRC) Masing-masing tergelak,bimbang muka kami 'keluar' tv,nanti semua orang kampung tahu kami berdating... sebab saya masih rahsiakan daripada keluarga saya... takut,kalau tak menjadi nanti,apa nak kecoh2 daripada awal lagi...

Dan ada masanya suami akan bercuti ke Langkawi.. (satu masa) sebab dia perlu melalui sesi temuduga dengan bakal mak mertuanya (mama saya... Saya pasti dia gementar giler walaupun dia menafikannya sebab mama saya seorang yang tegas tapi sangat baik hati dan peramah.. Cerita mama saya, dia terperasankan cik abang saya yang gelabah ketika dijeling mama saya... Cerita suami yang sentiasa menafikan cerita mama saya,"mana ada,abang rilex aje." Saya pasti, suami saya dalam keadaan santai (rilex) tapi gelabah... ha ha ha)

Kata kawan saya, "entah kak,sayua ini bersedia atau tidak?"
Jawab saya,"Tak apa. Tak ada dos and don'ts pun dalam rumahtangga. Semua hal bergantung kepada toleransi,tanggungjawab anda berdua."

Well,siapa kata kalau berumahtangga perlu memasak?membasuh dan sebagainya...(walaupun kebiasaan kita akan melakukannya sebagai suri rumah. Sekiranya suami,tidak kisah untuk makan di luar dan mampu makan di luar rumah..biarlah... Kalau dia suka mendobi di luar,hantar sahajalah dobi... Cumanya,pada saya,kalau kita sendiri yang lakukan hal rumahtangga, dengan ikhlas,dapatlah mengumpul saham akhirat dan menambah kasih sayang antara suami isteri.

Orang lain sebenarnya tidak boleh mencampuri urusan rumahtangga anda termasuklah keluarga kedua belah pihak. Cuma,sebagai ibu dan bapa, bolehlah anda menasihatni anak menantu sekiranya perlu. Di mana mereka mahu makan,tidur,mendobi,adalah urusan mereka sendiri? Saya tidak nampak rasional kenapa kita masih mahu sibukkan hal orang lain terutamanya hal artis. Agak memelikkan jika kita masih mahu sibukkan di mana artis makan,berbelanja,pada saya, jagalah hal sendiri... mudahkan. Ada orang,sekiranya suami membantu isteri sahaja,nampak gayanya melekatlah gelaran 'QUEEN CONTROL'. Alamatnya sudah lamalah saya mendapat gelaran tersebut..he he.. Alhamdulillah,suami memang selalu membantu saya dengan kerja rumah. Ketiadaan orang gaji/pembantu rumah menjadikan dia mengerti beban bersama yang harus dipikul bersama,jadi apalah salahnya kalau suami membantu isteri dengan kerja rumahtangga.

Seperti kata kawan saya, isteri merupakan Mejar dalam rumahtangga,suami pula Jeneral...isteri akan membuat keputusan dalam urusan 'major' sementara urusan 'General 'pula,dibuat oleh suami... (Thanks fren for this motto) Bukankah semua orang ada tanggungjawab tersendiri.

No comments: