Hati saya berbalam-balam (tidak berapa jelas/kabur)... tidak tahu untuk berasa lebih bahagia atau sedih. Tiga hari yang lepas, saya menerima berita gembira, sepupu saya Suhaiza selamat melahirkan anak ketiga, seorang bayi perempuan. Hari khamis pula,biras saya, Zaleha selamat melahirkan anak ketiga mereka, Al-Faruqi.
Sejak seminggu lepas (actually dua minggu lepas) adik ipar saya dan isterinya (biras saya) berulang-alik dari pj ke T'ganu kerana bondanya tidak sihat dan dimasukkan ke wad. Hati saya sudah bercampur, antara sedih dan kasihankan mereka. Ibu mertua saya baru sahaja kembali ke Rahmatullah pada 26 Disember (baru sahaja 2 bulan lebih).. dan kini pula ibu mertua ipar saya ini tidak sihat. Walaupun mereka nampak tenang,kerana barangkali kuat menyembunyikan kesedihan, saya sedari jauh di sudut hati mereka, mereka menyimpan perasaan yang sangat sedih. Tiada seorang anak/menantu pun yang tidak akan kesedihan melihat bonda kita yang tidak berada dalam kesejahteraan. Agaknya, airmata saya yang melimpah lebih banyak kerana saya ini mudah sangat menangis, dan tidak bererti mereka yang tidak menumpahkan airmata tidak mempunyai perasaan sedih.
Hari ini saya menerima berita bonda kesayangan mereka, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6.05 petang di Hospital Kemaman, T'ganu. Airmata saya terus gugur, bukan bermakna tidak merelakan dia pergi mengadap Yang Azali, cuma kesedihan mengingati kedua ipar dan isteri yang kehilangan kedua bonda mereka berselang 62 hari. Peristiwa ini tentunya sesuatu yang Berat untuk ditanggung. Saya percaya, seperti yang disebut Allah, Allah hanya akan memberati kita dengan sesuatu yang sanggup kita tanggung. Hidup kita telah ditentukan Qada dan Qadarnya.
No comments:
Post a Comment