Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jika anda belum mendapatkan Purnama Merindu dan Cinta Cape Town boleh dapatkan harga istimewa di Jualan Gudang Karangkr...
-
Jumaat malam. 13 dis. 2013. Dua hari sebelum ini suami kata tulangnya rasa sakit. Macam lenguh-lenguh pun ada. Kata sa...
-
Menerima jemputan untuk sembang-sembang buku pada 16 Mac 2014 JAM 10.15-10.45 PAGI dari Radio Langkawi disambut baik. Biarpun tidak bole...
-
"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair th...
-
A teacher is a person who never says anything once. Howard Nemerov Saya tertarik dengan quote hati ini,ternyata memang benar apa yang dikata...
-
ONE KRISTAL AKAN MENGADAKAN PAMERAN BUKU DAN ALATULIS BERSEMPENA DENGAN “KEMBALI KE SEKOLAH PADA 19/12/2013 HINGGA 31/12/2013 BERTEMPAT D...
-
Love. Four letters,Spelling is so easy and sound simple. Cinta.Ejaannya pun mudah,budak berusia lima tahun pun mampu mengejanya. Jika dihaya...
-
Selalu saya hanya mendengar mengenai demam denggi... pernah ada ahli keluarga yang mengidap demam denggi. Tetapi saya tidaklah begitu ser...
-
Entah bila dapat berikan Dato Siti Novel saya.. maklumlah ada juga cerita pasal persembahan Siti @ Istana Budaya. Sejak mak 'perg...
Thursday, March 11, 2010
Keputusan SPM 2009,saya teruja lagi.
Tahniah kepada sejumlah murid yang berjaya cemerlang dalam SPM. Dan Rueben, You're Rock. Rueben merupakan salah seorang murid saya yang cemerlang (dan cikgu bangga atas kejayaan setiap anak-anak didik cikgu tanpa mengira siapa pun anda) Rueben ini istimewa (yang lain juga)(dan merupakan salah seorang / 5 orang yang mendapat perfect 100 semasa peperiksaan kertas sejarah) kerana sikap pendiamnya. Terlalu pendiam (tidak pernah mendengar suaranya langsung dalam kelas) kepada hemat saya sehinggakan pada satu masa, saya bertanya kepadanya,"awak ni, boleh bercakap ke Rueben?"
Katanya, "Boleh cikgu." Itulah agaknya perkataan yang saya boleh dengar daripadanya sepanjang 2 tahun bersama mereka. Seandainya saya boleh memberi anugerah : selain murid terbaik, saya patut berikan dia anugerah, murid paling senyap di sekolah.. he he
***********
Setiap kali, keputusan SPM diumumkan, debaran akan terasa di hati. Apatah lagi apabila seorang guru mengajar murid SPM tahun lepas. Kebiasaannya kalau keputusan semakin baik, kita akan menerima kredit (tapi sekadar terima kasih sahaja, kalau berharapkan hadiah, pingat, wang, bonus seperti syarikat swasta, tidak payahlah bermimpi.. bagaikan mengharap bulan jatuh ke riba.)
Kalau keputusan SPM semakin 'mencurut', tidaklah kena 'marah' tetapi perlulah dibuat post mortem (bedah siasat, dan saya selalu membayangkan diri saya sebagai anggota CSI, bedah, jangan tak bedah) dalam mencari punca kenapa keputusan kurang memberangsangkan.
Alhamdulillah, berkat usaha guru-guru dan murid SPM 2009, keputusan sekolah meningkat lagi... alhamdulillah. Daripada segi matapelajaran pula, subjek saya, menurun 3 % (yang lulus, jumlah gagal meningkat) tetapi kualiti A s semakin bagus. Agak kecewa sedikt, pada saya tahun lepas, jabatan saya, semua guru-guru saya, all out telah mencuba sedaya upaya mengekalkan dan meningkatkan lagi peratusan tahap lulus matapelajaran. Maklumlah sebagai matapelajaran teras, kami tidak boleh 'membuang' murid yang berpotensi 'gagal' kerana 'malas' dan tidak berdaya, menulis walaupun sebaris ayat. Kalu boleh berbuat demikian, jangankan 90% dan lebih, 100% lulus pun boleh dicapai.
Terima kasih kepada murid kelas saya tahun lepas, 5 Balau, 5 Batai, 5 Cengal, 5 Jati yang berusaha gigih bagi mendapatkan keputusan yang baik. (Yang malas tu, tentunya bukan daripada 5 Balau,Batai dan Cengal - tak payahlah anda menerima kredit ini.. anda tidak layak pun)
Faktor kemalasan adalah punca utama kegagalan mendapatkan markah yang baik. Kalau sudah malas membaca, nota ringkas yang diberi tidak dibaca, sistem yang saya reka tidak digunakan: apa nak dikata. Seandainya mereka berusaha, tentulah berjaya.
Saya memahami terdapat juga murid yang lemah dan lupa:walaupun sudah membaca masih tidak dapat kuasai. Dalam hal ini, saya kira kes khas lah. Apa nak dikata juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment