Hari Khamis saya bertolak dari Kl ke Bukit Mertajam, rumah m ngah saya. Disebakan sudah petang, kami tiba jam 12 malam, tidur semalam di sana. Esok pagi, jam 8 pagi, bertolak ke Langkawi bersama mengikut kami, 3 orang anak buah. Jam 11 pagi, sudahtiba di Langkawi. Bau air masin laut di jeti, menjadi pengubat rindu kepada pulauku. Bau air masin seolah bauau wap yg.pekat di hidung, hanyir dan sedikit memualkan. Air yang membiru, kelihatan jernih,dan jika ditinjau akan nampak anak2 ikan berenang di tepi tiang batu jeti. Berehat, masak dan makan tengah hari. Petang, ke mana lagi, kalau bukan ke water fall, air terjun peranginan, mandi bagi menyejukkan badan yg.kepanasan.
Esoknya selepas menyediakan makanan tengah hari, berangkat 9 orang kami ke pulau Tuba. Empat orang dewasa dan lima orang remaja berusia antara 10 - 14 tahun. Alif, Asyraf, Faris, Afiq dan Aizat yang suka makan, dan dapat habiskan makanan dalam 2 minit, saya gelarkan mereka 'Piranha'. Dan tengah harinya sudah sampai ke Tuba setelah menaiki bot tambang (kos Rm 5 seorang) ke Tuba yang mengambil masa 20 minit. Setelah makan dan masuk (check-in) ke Farizuwan Motel, kami pun lepak dengan berbaring di buaian tali di tepi pantai. Geng Piranha pula bermandi-manda di laut sementara kami lepak di bawah pokok Daun Mambu. Bayu laut menyejukkan walaupun mentari petang agak memeritkan. Cuaca di utara kadangkala tidak menentu, ada masanya panas dan ada masanya hujan. Alhamdulillah, cuca baik dan tiada hujan, kalau tidak, susahlah untuk bersuka ria di pantai. Bilik chalet bernombor 5 dan 13. Geng Piranha kami ditempatkan di bilik 13.
Petangnya kami merayau di pantai yang surut airnya bagi mencari kepah, malangnya hanya 15 biji kepah yang berjaya didapati. Disebabkan air laut sedang 'pasang' iaitu 'bulan penuh' jadi, ikan (hidupan laut) berkurangan.
Malamnya kami sama-sama memasak kerana peralatan memasak boleh dipinjam daripada tuan punya chalet kerana mama saya mengenali penguasaha chalet iaitu Che Hamid. Menu kami adalah ikan terubuk bakar, udang goreng mentega, ketam rebus, petai bakar, sambal, ikan pari masak sup serai (sup, serai,cili dan bawang)ulam, kepah rebus, ikan goreng (ikan kembung) so fresh and sweet... Selepas itu, kami kebetulan, bertemu dengan beberapa kumpulan rombongan lain, jadi terjalinlah persahabatan dan perlawanan bola tampar. (yang kebetulannya semuanya tidak pro belaka kerana setiap kali memukul bola, kumpulan lawan bola tidak akan dapat memukul balik bola semula kepada kumpulan lawannya. Ada beberapa kali sahaja bola tersebut dapat 'melantun' atau 'pergi dan balik' dalam gelanggang. Cumanya kami dihidangkan dengan penyanyi 'karaoke' yang 'tak berapa okay'.. agaknya samapi pukul 1 pagi, mereka masih menyanyi, dan kami cuba untuk lelap.
Pagi-pagi lagi, kami sudah bangun, selepas bersembahyang subuh, kami duduk di pantai mengadap mega merah, berselang kuning dan menanti matahari terbit. Geng Piranha saya masih tidur sampai dinihari. Menu sarapan pagi kami adalah nasi goreng petai bersama isi ikan goreng yang berlebihan malam tadi (left over last night) dan roti High 5 bersama sardin goreng serta kaya. Seperti biasa geng piranha ini telah menghabiskan sebuku roti. Saya mencabar geng piranha serta suami untuk menangkap seekor ketam dengan cabaran RM 10, dan suami saya telah berjaya, malangnya ketam itu telah mencuba mengepit jari suami sehingga terputus sepitnya. Remaja Piranha ini bermain bola tampar sementara menunggu air laut yang sedang surut pasang. Saya dan suami pergi memancing di jeti yang panjangnya sejauh 1 km dengan menaiki motorsikal sewa. (sewa RM 30 sehari) Agak menyeramkan melalui jeti simen ke tengah laut kerana hujung pengkalan terletak di tengahnya. Malangnya tiada seekor pun ikan yang dapat dipancing. Mereka di pantai sana, sedang mandi manda, dan bersiap untuk pulang semula ke langkawi dengan bot tambang di jeti yang diberi nama "jeti Baru' di Tuba. Kami mengambil kesempatan meronda sekitar Pulau Tuba, dalam jangkamasa 30 minit sebelum di hantar kembali ke pengkalan.
Petangnya kami ke air terjun lagi untuk menyejuknya badan yang kepanasan dan berehat pada malamnya.
No comments:
Post a Comment