Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Monday, January 31, 2011

Inilah kehidupan...a heart break


Akhirnya cuti datang juga. Bulan pertama, nampaknya kami di sekolah sudah mulai gunakan 'gear lima'... tak sempat memanaskan 'enjin' pun. Semuanya berlaku dalam masa yang begitu pantas. Kutip yuran, aktiviti koku, mengajar, menjeling, berleter, menasihat, menanda buku, senyum, tawa, dengan rasa-rasa lain yang juga ada, rasa nak 'telan' orang hidup-hidup pun ada juga! Inilah kehidupan kan.. dalam manis, ada masamnya, ada pahitnya.

Ada kawan2 yang terpaksa bergelut dengan komputer, semua data-data telah hilang, dihilangkan loeh seseorang yang tersalah '...' entah apa istilahnya! dan mereka perlu menaip kembali satu-satu. Sekiranya terdapat 45 murid, 45 informasilah yang perlu dimasukkan. Dan sangat mengambil masa, sebab semua data, ibubapa, alamat.. pendek kata daripada data /info yang kecil sehinggalah ke sebesar-besarnya. Yang peliknya, si A ni, disebabkan kesalahan ini kesalahannya, dia diam sahaja...kalaulah kesalahan ini dilakukan oleh orang lain, sure, heboh dan dia bising satu bandaraya... kadangkala siap dibawa ke atas 'boss' lagi! dan akibatnya si malang itu tentulah kena panggil oleh boss atau lebih malang lagi, siap perlu isikan 'surat tunjuk sebab'.. menggagalkan operasi atau melambatkan sesuatu misi daripada tarikh merupakan kesalahan yang tiadk boleh dimaafi! Inilah kehidupan! Ada harinya, kita barangkali akan dilanda masalah, dan akan melakukan kesilapan! Kitakan manusia biasa, pasti akan membuat kesilapan. Perlulah bertolak ansur dan saling memaafkan. Seandainya selalu melihat kesempurnaan diri sendiri, inilah jadinya. Satu masa, pasti akan membuat kesalahan juga! Ternyata orang yg selalu melihat orang lain tidak sempurna, manalah dia terlalu sempurna adalah tanda kesombongan! Kita tidak sempurna... dan tentunya melakukan kesilapan juga!

Ibu seorang teman saya sedang berada di wad kerana penyakit diabetesnya. kakinya berkemungkinan perlu dipotong kerana infeksi yang dialami oleh ibu ini. Kawan saya ini agak bimbang... (tentulah keraa siibu tidak mahu kakinya dipotong. Dia dan adik beradiknya pula bimbang, infeksi tersebut akan menjangkiti anggota dalamannya pula)
Kata kawan saya, "Mak saya agak tidak ada semangat untuk hidup, asyik menyebut tentang suami yang sudah lama tiada padahal dia kelihatan sihat."
Kata saya,"Well, easy for us to say. Kita masih ada soulmate. Mak itu sudah tiada peneman hidupnya. Dalam keadaan sakit, dia tentunya merindui suaminya. Bersabarlah. Kalau kita tak boleh beri nasihat lagi kepadanya, berdoa sajalah kepada Allah, akan memberi sesuatu yang paling baik untuknya."

Saya tidak dapat membayangkan keseluruhan perasaan 'rindu' ibu tadi. Sekadar, saya hanya dapat merasai kehangatan perasaan rindu dan cinta bersama titisan airmata yang mengalir daripada kelopak mata saya, yang mengalir setitis demi setitis tanpa henti. Bukan mudah untuk melepaskan 'rindu kepada yang telah tiada. Sebetulnya, jika yang dirindu masih ada, kita masih berpeluang menatap dan memeluk mereka...

Dan saya sentiasa merindui mereka yang tiada... datuk-nenek saya, ibu mertua saya. Wajah2 itu seolah bermain dalam minda saya! Dan merindui yang tiada sentiasa memeritkan kerana kita tiada peluang bertemu mereka lagi. Apa lagi, ketika menulis Cinta Sikunang-kunang, sebahagian penulisan itu, saya lakukan di Johor Bharu, di rumah ibu mertua saya (dalam bab-bab awal, 1 dan 2) ketika cuti persekolahan dan sebahagian bab (ketika bab memanjat Gunung Kota KInabalu dan kemalangan dan kejadian koma) di hospital Sungai Buloh, Selangor.

Dan tiba-tiba saya dilanda... (bukan cinta, kerana saya tidak cintakan dia lagi) Rindu? tidak juga. Perasaan itu sudah lama mati. Kasih? Tidak juga. Tiada apa lagi yang akan 'dikasih' kepadanya lagi. Sayang? juga tidak. Tiada perasaan sayang tanpa pengorbanan... dia tidak berkorban 'apa-apa' demi kehidupan saya. Cuma sekadar tertanya-tanya, apa khabar dia di sana? Adakah dia sebahagia saya?

Saturday, January 22, 2011

Mana ada percuma beb!..

Ketika makan di kantin sekolah tadi, saya pun berkata kepada kak senior 'kamcing' saya...

"kak, kali ni nak interview kak ya pasal orang Minang."
Dia ketawa saja. Katanya membalas, "Dah tiga empat kali dah dek ooii, tak jadi juga." Dan saya ketawa. Sebenarnya buku kedua dulu saya mahu masukkan elemen 'Minang' ni, tapi entahlah, masa tu pertengahan-hujung tahun, banyak kerja..malas nak kacau dia, jadi saya lupakan elemen itu... buku ketiga, entah ke arah lain pula... he he he.. biasalah.. Kitakan manusia, hanya merancang sahaja. Allah juga yang bisa menentukan.

Kata senior sorang lagi, "Dah ke 4 dah?"
Saya hanya tergelak.. dan membalas..." Kak memang la ke 4, kan dah berapa tahun dah." Saya mula menulis tahun 2008, buku saya keluar penghujung tahun 2009. (Kira macam 2010 lah) dan tahun ini 2011, buku kedua. Sambil-sambil menunggu buku kedua, saya siapkan buku ketiga. Sambil menunggu buku ketiga pula, saya teruskanlah dengan buku ke empat.

Saya menerangkan kepada mereka, proses menerbitkan buku mengambil masa yang lama. Kalau baru menulis, manuskrip barangkali tersadai hampir 4-5 bulan sebelum penerbit menjawab sama ada mereka berminat dengan manuskrip anda atau tidak. Lepas tu, penerbit akan meminta anda edit beberapa bahagian yang mungkin tidak bersesuaian dengan mereka. Kemudian, mereka akan edit lagi... anda akan membaca dan bersetuju atau tidak dengan final editing. Lepas tu penerbit akan membuat 'filem' untuk cetakan. Lebih kurang setahun jugalah prosesnya sebelum dapat melihat buku anda di pasaran. Prosesnya bukannya mudah dan senang.. dan tidak senang hati sebenarnya apabila ada teman-teman yang sengaja mahu dapatkan 'buku free' memanjang. Karya kita bukan semudah menyebut a, b, c... kalau duduk-duduk saja, buku tak akan siap. Entah berapa jam kita perlu mengadap komputer, baca buku, baca artikel, baca web... Sakit belakang, sakit kepala, sakit jari jemari, sakit mata, telinga dan sakit macam2 lagi!

Buku ke 4 ini, officially saya akan merekodkan berapa lama masa saya ambil di hadapan komputer, potong artikel, fikir, conteng sana-sini, supaya kawan2 yang baru 'dok' fikir nak minta percuma, silalah fikir tentang penat lelah penulis ni! he he he.. (saya tak ketawa sebenarnya, tetapi senyum pahit.) Lainlah kalau saya sendiri, mahu memberi demi nilai persahabatan dan terima kasih kerana bantuan dalam menyiapkan buku saya, seperti ramai juga yang membantu dalam menyiapkan buku kedua saya.. dan ketiga saya...

Situasi ini bagaikan orang yang membuat nasi lemak atau kuih jualan, senang-senang saja kita minta dengan percuma, alahai beb! Seandainya mahu percuma silalah tulis buku anda sendiri, kemudian beri saya percuma.. (baru anda tahu bagaimana menilai situasi ini) Atau kita buat sistem butter... saya beri buku saya, anda beri buku anda! Adilkan!

Dan tidak menjurus kepada kawan2 saya, sebab kawan saya tak ada yang minta secara percuma... beli dengan 'jiwa raga'.. he he...

Pendek kata, dalam dunia ni, yang percuma cuma nyawa kita, sebab Allah tidak minta dibayar! dan udara yang disedut.. air, elektrik semuanya perlu dibayar... Jadi kalau mahu 'percuma' juga, mana ada beb!!

Thursday, January 20, 2011

Inilah kehidupan...a heart break


Petang semalam, setelah 100 hari membuat pelbagai alasan ciptaan saya.. Sehari alasan saya menghabiskan manuskrip (yang sekarang ini sudahpun 2 minggu tamat, sibuk (alasan...), sakit kaki (sehari dua sahaja), malas (ini yang banyak sekali) Menonton tv (alasan juga) dan penat (alasan rasmi juga).. akhirnya, I barely make a move.. he he 100 angkah pertama. penat juga, maklumlah setelah lama tak exercise.. Selalunya bergerak sikit dalam rumah je, vacum, mop tapi taklah panjang sangat langkah.

40 minit berjalan.. I think, lama juga kot untuk permulaan. Hari ini seharian terasa letih.. (fahamlah, badan turut merasa tempias exercise yang pertama) tidur saja. Lepas bangun, tidur, masak dan makan, lepas tu tidur balik. Hri ini saya tidak keluar exercise sebab bukan membuat alasan lagi, sebab hari khamis, biasanya saya akan sibuk di padang sekolah, jadi saya relaxlah hari ini.. (sebenarnya alasan lagi)

Semalam di padang saya bertemu x murid saya, bila ditanya, 5 tahun yang lepas. Saya mengajarnya semasa dia form 3, guru kelas mereka. Baru tamat kolej, menunggu peluang kerja. Dari cerita saya ke cerita dia... daripada cerita menulis novel, kerja, peluang kerja, law of attractions, feel good statement.. di tengah-tengah perbualan, saya teringat ceritanya.. all coming back slowly..(taklah pelupa sangat pun) saya teringat yang dia tidak beribu lagi (sejak sekolah rendah) mempunyai seorang abang dan hanya tinggal bersama ayahnya berdekatan area rumah saya. Jadi saya pun bertanyakannya...

"S, tinggal dengan ayahkan? baru cikgu ingat, ada abang seorangkan?"
Katanya, "ayahnya baru meninggal.. jumaat (21.jan) cukup setahun." I was stunned. Rasa bagaikan mahu menangis. Saya tahan perasaan itu, melihat ke dalam matanya yang tenang. Saya tak boleh menangis kalau dia sendiri tidak mengalirkan airmata. Sata tahu, dia bersedih tetapi She is strong enough to fight this feeling. Dia begitu tabah! Seorang yang baru menginjak dewasa, seorang gadis berusia 22 tahun yang ternyata begitu berani, tabah, kuat semangat dan jati dirinya. Tidaklah mudah menghadapi semua kenyataan pahit seperti ini dalam usia semuda itu! Saya sendiri tidak tahu apa yang akan saya lakukan jika kehilangan mama saya semasa remaja dan kehilangan bapa semasa masih berusia sebegitu muda. Kehidupan bukanlah semudah yang kita sangkakan.. dan dia perlu mengharunginya tanpa bantuan ibu atau bapanya!

Sehingga saat ini, saya masih terbayangkan cerita dan wajahnya. Kesedihan itu turut saya rasakan. Saya menyedari dia tabah (sememangnya dia mesti tabah) Kalau dia tidak kuat barangkali, dia tak akan merasa tenang dan bahagia, padahal hidup mesti berterusan... sama ada susah atau tenang. Inilah kehidupan. Dugaan ini begitu besar buat dia! Saya berdoa agar dia akan sentiasa tabah. Jika dia memerlukan seorang kawan, saya pasti menghulurkan bahu untuk bersamanya...

Saturday, January 15, 2011

Sebarkanlah cinta.... siapa kepada siapa?

Saya percaya dan yakin 'bangat'.. setitik cinta yang diberikan, akan dibalas dengan sealam luasnya 'cinta'.. The more you give, the 'more' you get back! Kepada diri saya, saya tidak tahu apa maksud 'racist' atau perkauman.. semuanya sama di mata saya.. We're human. Human being! Manusia yang sama darjahnya di mata Allah. Entah! saya kurang faham kenapa ada manusia lagi yang sentiasa memandang darjahnya melebihi manusia lain...

Pembahagian darjat ini sudah lama dihapuskan dalam Islam apabila Nabi Muhammad s.a.w menghapuskan perhambaan. Membebaskan hamba abdi pada zaman jahiliah itu sama maknanya membuktikan bahawa umat Muhammad ini perlu hidup tanpa darjat lagi. Yang membezakan 'darjat' kita di sisi Allah hanyalah amalan kita, itupun bukanlah boleh diwara-warakan kepada manusia lain. Kalau sudah sengaja dicanang tentang kebaikan kita, dan timbul pula sifat ;bongkak' maka sia-sialah amalan kita itu!

Selalunya dalam mengajar sejarah, saya tidak sekadar melihat sejarah dari kacamata buku teks kami, sebaliknya perlu melihat dari sudut tempatan dan Barat. Masing-masing mempunyai penilaian sendiri mengikut keperluan masing-masing. Dan saya sendiri, tidak anti Barat.. tidak anti Afrika.. tidak juga anti apa-apa bangsa. Kitakan sekadar manusia!

Kepada orang Barat, mereka sentiasa mengenengahkan Abraham Lincoln sebagai 'bapa Kemerdekaan' kerana Abraham Lincoln (12 Februari 180915 April 1865), juga digelar Abe Lincoln, dan panggilan lain seperti Abe Jujur dan Pembebas Agung kerana usahanya membebaskan hamba. Lincoln adalah juga seorang ahli politik dan juga Presiden Amerika Syarikat ke-16 (1861 - 1865), serta presiden pertama Parti Republikan. Beliau merupakan Presiden Amerika Syarikat pertama dibunuh kerana menentang perhambaan dan memainkan peranan penting dalam pengurusan pihak Union (Kesatuan) semasa Perang Saudara Amerika seperti pemilihan jeneral termasuk Ulysses S. Grant.

Lincoln menentang kuat sistem perhambaan dan usaha-usaha untuk mengembangkan perhambaan ke wilayah-wilayah persekutuan. Perdebatan-perdebatannya dengan Stephen Douglas, ketua Parti Demokrat, pada tahun 1858 memberikannya pendedahan sebagai ahli politik negara, dan sebagai seorang barat yang sederhana dalam politik, beliau memenangi pencalonan presiden pada tahun 1860. Kemenangannya dalam pilihan raya presiden menyebabkan wilayah-wilayah paling selatan hilang sabar lalu tujuh buah negeri berpisah untuk membentuk Negeri-Negeri Gabungan Amerika dan menawan kubu-kubu serta harta-harta yang lain dalam sempadannya. Kejadian inilah yang meyebabkan tercetusnya Perang Saudara Amerika.

Barat terlupa yang Islam dan isu pembebasan penghambaan sudah lama bermula sebelum abad ke 19 lagi.... Islam sudah beratus tahun mendahului Barat dengan isu ini. Mengajar subjek sejarah, saya diganggu dengan slogan "Beban orang Putih" oleh British dan "Tugas menyebarkan Tamadun" dan slogan "Tanggunjawab orang putih" oleh Barat yang kononnya datang ke Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menyebarkan 'tamadun' kepada rakyat yang belum cukup tamadun mengikut kacamata mereka. Wah hal mereka lupa, ketamadunan Barat juga diciplak dari Tamadun dan kegemilangan Islam semasa kegemilangan Tamadun Umayyah- Turki Uthmaniah. Siapa yang mengajar siapa sebenarnya?

Isu Novel "interloks' bukanlah isu yang harus dipolitikkan... Perkataan yang dianggap sensitif sebenarnya bukanlah sensitif kerana berdasarkan latar mesyarakat pada masa itu! Seperti juga kita membaca masyarakat zaman British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rules) di mana masyarakat diasingkan. Orang melayu di kampung, orang Cina yang kebetulan banyak atau majoritinya di kawasan lombong dan dimajukan menjadi bandar, sementara masyarakat India di estet. Masyarakat kaum Melayu sering dikaitkan pada masa itu sebagai 'malas' lesu dan pelbagai lagi. Perlukah kita 'marah' dengan ungkapan begitu. Pada saya, fakta atau bahan sejarah bulanlah sesuatu yang perlu kita perdebatkan. Sejarah adalah perkara benar yang sudah berlaku. Jadikan ianya sebagai sempadan diri agar 'sejarah' yang merugikan, tidak lagi terkena kepada 'batang hidung sendiri'... Saya lebih suka membaca dan bersempadankan sejarah sebagai benteng diri daripada 'berkiblatkan sejarah' yang menjadikan kita terlebih sensitif!

Oprah, pengacara terkenalpun, tidak segan silu mengakui bahawa nenek moyangnya adalah hamba abdi! Hal ini bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan kerana ianya adalah 'sejarah' yang bukannya menjadikan dia seorang 'hamba abdi' juga! Jadi.. kenapa perlu mempersoalkan cerita sejarah yang sudah lama, dan 'mati'! Kita hidup dengan latar sejarah lama bukannya bertunjangkan sejarah sebagai latar hidup sekarang! Jadi isu anti Barat, anti Jepun, atau apa-apa pun sudahlah tidak relevan sekarang ini. Ayuh sebarkan cinta sesama kita, nescaya lebih ramai lagi yang akan merasai nikmat dunia dan kehidupan!

Monday, January 10, 2011

Dunia saya...



Antara minat dengan kerjaya, saya tak perlu memilih mana-mana! Saya ada keduanya! Saya suka dengan kerjaya saya! Berada dalam persekitaran sekolah, bersama mereka yang 'memudakan fikiran saya'.. Saya suka! Dalam persekitaran itulah juga saya membentuk 'perwatakan' dan 'watak-watak' yang saya suka!

Sekolah baru kira-kira 6 hari dibuka.. banyaknya kerja yang bertimbun.. thinking of soalan dan tajuk ramalan SPM sejarah, supaya murid dapat mengulangkaji dengan cepat (preparing dengan lebih awal dan bersedia, maklumlah tajuk2 yang tinggal masih banyak juga) But still.. penatnya belum habis dengan mengisi resit bayaran yuran sekolah. Kelas sudah bertambah bilangan murid, sudah mencecah 46 orang semuanya...Hah!

Kepala ligat memkirkan betapa saya perlu beri panduan kepada guru-guru junior yang baru mengajar, maklumlah mereka masih baru. Dengan berkongsi idea dengan guru-guru lama mengurangkan beban perlaksanaan kerja dan fikiran. Sharing is caring! Lagipun, guru-guru senior tentulah mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk handle kes-kes yang pelbagai... (sebenarnya masih payah, sukar mengubah habit, kelemahan dan kekurangan daya fikir murid yang lemah)Tapi bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyungnya, manalah akan dapat hasilnya.. cubalah dahulu dan lihat hasilnya.

Manuskrip baru tidak berganjak lagi.. saya fikir akan berehat 2 minggu, mungkin sebulan.. cuti tahun baru cina mungkin masa yang sangat 'molek' untuk memulakan mengarang bab dan 'storyline baru' yang telah mulai datang dalam 'mimpi' dan 'naluri' he he.. berada dalam persekitaran murid2, saya cepat menangkap nama-nama dan perwatakan yang akan saya garapkan dalam buku baru..

Mencipta storyline, kemudian perwatakan amat penting dalam penulisan. Saya tidak mahu terbabas dalam memulis perwatakan orang lain dalam watak yang telah ditetapkan! Saya suka akan beberapa perwatakan murid.. ada seseorang yang saya anggap sangat 'cool', bijak, giat bersukan, dan sangat matang serta menghormati guru. Sementelah lagi, saya sudah mengajarnya dalam tempoh tiga tahun (tahun ini)Saya suka perwatakan dan namanya.. sudah tentu dia adalah 'hero' saya, yang tentunya, bukanlah watak budak sekolah tetapi lelaki yang dewasa.. tapi based perwatakan daripada wataknya!

Heroinenya.. watak antagonis, juga daripada watak seorang murid saya yang lama saya perhatikan.. licik, agak kritis, straight to the point! Tiada misteri baginya! Seorang lagi, mixed. Yang dah lama saya ingin garapkan.. tetapi sangat bersikap kemelayuan! dan ada lagi, yang juga mixed tapi saya asli sifat melayunya! I love!

Well.. manuskrip sangat jauh perjalanannnya, sebab belum bermula. Tapi, tiada yang mustahil... harapan saya, by julai/ogos, saya sudah mampu tersenyum melihat manuskrip yang sudah siap digarap!

Thursday, January 6, 2011

Dunia saya...

   Pertamanya, saya 'happy' melihat cover buku kedua saya, Cinta Sikunang-kunang (CSKK)... seperti yang saya angan-angankan.. Suka! Teruja! Saya fikirkan yang saya tidak akan seronok sangat melihatnya, ialah buku kedua, seronoknya tak akan sama dengan buku pertama dahulu. Telahan saya silap rupanya, keterujaannya adalah sama. Suka! Seronok! Teruja! Cuma saya belum melihat bukunya lagi, hanya melihat 'cover' the wall KD. Mungkin ambil masa beberapa minggu untuk stok tiba di KD dan saya akan mengambil stoknya sendiri... yang biasanya saya jual (sikit lah) daripada tangan saya sendiri.. kawan2 dan murid saya!

   Apabila bercakap dengan mama saya, mama bertanyakan soalan," Bagaimana sekolah.." Saya ketawa terus. "Terus gear 10 ma, tak ada gear 1 dulu.." he he he.. Memang betul pun.. semuanya perlu bergerak dengan pantas dan cepat. Kutip yuran, mesyuarat, mengajar, aturkan file, itu ini.. a long list.. setiap hari senarai semaknya panjang sekali, yang potong separuh, datang lagi lima enam items.... letih.. Looking forward untuk bercuti raya cina.. best!

   Manuskrip baru (ke empat)belum bermula walau semuka pun.. seincipun tidak dalam sehari dua ini... saya ingat nak brek seminggu dua.. susun file baru, lebih kurang ada idea baru, ada story line, ada motif, isu, latar, dah tahu mana nak fokus.. maybe kena belajar marketing plan kot.. he he he..  dalam kengkangan sekolah ini, kadangkala semuanya jadi a bit slow (kadang2 bukan a bit lagi, sangat2 slow.. banyak kerja)

Saturday, January 1, 2011

Resolusi Tahun Baru

Mahatma Gandi @ Mohandas Gandhi: Be the change that you want to see in the world!

Lawrence J.Peter: Ledd, follow or get out of the way! 


Selamat datang Tahun Baru! Bersyukur ke hatrat Ilahi dengan limpah kasihNya, saya masih lagi dapat berpijak di buminya. Dengan menggunung harapan, dengan RahmatNya, RahmahNya, SakinahNya, saya masih berupaya meneruskan kehidupan saya dengan baik, having a good job, menjadi pendidik dengan cemerlang (walaupun susah nak dapat title cemerlang.. he he) dan menjadi penulis dengan idea terbaik saya. (I'm trying my every best each time) 

   Alhamdulillah.. selepas setting a new office area, mempunyai semangat yang labih baik lagi. Actually selepas mendapatkan almari baru dan almari serba guna (partly sebagai pejabat kecil saya di dalam bilik tidur) rasa lebih seronok berada lama di meja dan kerusi ini.. Yah! (dulupun seronok juga, tetapi dengan suasana baru, lebih tenteram dan bahagia) Membiarkan alunan lagu Maher Zain bersenandung, saya lebih gembira!Apatah lagi mengingatkan proses mendapatkan almari yang sangat lama. Tiga jam saya habiskan dengan suami untuk memilih almari di Ikea, rupanya ended dengan sling door yang sudah habis stoknya menjadikan kami perlu menunggu kira-kira 3-4 minggu untuk menunggu kedatangan stok baru. (Sebenarnya bukan saya yang cerewek, saya boleh membuat kepetulan untuk memilih dalam masa hanya 15 minit... suami yang sangat cerewek.. too fussy...) Dan kami pulang dulu balik kampung saya, ke pulau saya, Langkawi. 

                               Selepas balik dari sana, saya terus menelefon Ikea, dan bekalan tersebut sudah sampai. Cepat-cepatlah saya 'paksa' my hubby ke sana, kerana bimbangkan bekalan sling doornya habis sekali lagi. Yang penatnya, apabila sampai ke sana, dia rasa pintu itu tak sesuai pula! Sekali lagi, saya disinggahi a 'nightmare', janganlah dia ambil masa dua-tiga jam sahaja.. adui!! Dan setelah muka yang 'muncung' sikit, (berdepa juga) masalah diselesaikan dengan tempoh  satu jam setengah! he he he.. (Bukannya apa, resolusi saya mahu selesaikan semuanya sebelum tahun baru.. Ialah bukannya mudah juga memindahkan barangan, label dan semuanya.. Sebabnya, apabila persekolahan dibuka semula, saya akan sibuk kembali. Dengan manuskrip yang perlu disiapkan, kerja lagi! Sudah tiada masa memindah barang ke sana dan ke sini lagi! Dan dengan rasa lapang, pada malam, 31 dis 2010, 95% pindah memindah siap! 

    Manuskrip ketiga (baru) dapat disiapkan  dalam masa yang saya impikan..Insya-Allah, kalau tiada aral, akan menghantarnya pada hari Isnin. Dan sekarang sedang mengfailkan informasi baru untuk manuskrip yang ke empat. Saya tidak mahu berehat lama, sebab kalau lama-lama nanti, malaslah pulak. Alhamdulillah- sudah ada 'storyline' yang baru. Bahan pun ada sikit-sikit. Perlulah mengkaji dengan mendalam lagi. Seperti novel kedua dan ketiga, alhamdulillah, ada teman-teman @ ex-pelajar dan pelajar yang sedia membantu untuk mendapatkan bahan sedikit sebanyak based on their knowledge dan pengalaman! Best! Saya tentu tidak akan dapat menulis tanpa bantuan semua pihak! Terutamanya pembaca dan teman-teman yang asyik bertanya, bila lagi, novel saya akan keluar lagi? Satu motivasi yang hebat untuk meneruskan usaha! Terima kasih daripada hati saya!