Saya percaya dan yakin 'bangat'.. setitik cinta yang diberikan, akan dibalas dengan sealam luasnya 'cinta'.. The more you give, the 'more' you get back! Kepada diri saya, saya tidak tahu apa maksud 'racist' atau perkauman.. semuanya sama di mata saya.. We're human. Human being! Manusia yang sama darjahnya di mata Allah. Entah! saya kurang faham kenapa ada manusia lagi yang sentiasa memandang darjahnya melebihi manusia lain...
Pembahagian darjat ini sudah lama dihapuskan dalam Islam apabila Nabi Muhammad s.a.w menghapuskan perhambaan. Membebaskan hamba abdi pada zaman jahiliah itu sama maknanya membuktikan bahawa umat Muhammad ini perlu hidup tanpa darjat lagi. Yang membezakan 'darjat' kita di sisi Allah hanyalah amalan kita, itupun bukanlah boleh diwara-warakan kepada manusia lain. Kalau sudah sengaja dicanang tentang kebaikan kita, dan timbul pula sifat ;bongkak' maka sia-sialah amalan kita itu!
Selalunya dalam mengajar sejarah, saya tidak sekadar melihat sejarah dari kacamata buku teks kami, sebaliknya perlu melihat dari sudut tempatan dan Barat. Masing-masing mempunyai penilaian sendiri mengikut keperluan masing-masing. Dan saya sendiri, tidak anti Barat.. tidak anti Afrika.. tidak juga anti apa-apa bangsa. Kitakan sekadar manusia!
Kepada orang Barat, mereka sentiasa mengenengahkan Abraham Lincoln sebagai 'bapa Kemerdekaan' kerana Abraham Lincoln (12 Februari 1809 – 15 April 1865), juga digelar Abe Lincoln, dan panggilan lain seperti Abe Jujur dan Pembebas Agung kerana usahanya membebaskan hamba. Lincoln adalah juga seorang ahli politik dan juga Presiden Amerika Syarikat ke-16 (1861 - 1865), serta presiden pertama Parti Republikan. Beliau merupakan Presiden Amerika Syarikat pertama dibunuh kerana menentang perhambaan dan memainkan peranan penting dalam pengurusan pihak Union (Kesatuan) semasa Perang Saudara Amerika seperti pemilihan jeneral termasuk Ulysses S. Grant.
Lincoln menentang kuat sistem perhambaan dan usaha-usaha untuk mengembangkan perhambaan ke wilayah-wilayah persekutuan. Perdebatan-perdebatannya dengan Stephen Douglas, ketua Parti Demokrat, pada tahun 1858 memberikannya pendedahan sebagai ahli politik negara, dan sebagai seorang barat yang sederhana dalam politik, beliau memenangi pencalonan presiden pada tahun 1860. Kemenangannya dalam pilihan raya presiden menyebabkan wilayah-wilayah paling selatan hilang sabar lalu tujuh buah negeri berpisah untuk membentuk Negeri-Negeri Gabungan Amerika dan menawan kubu-kubu serta harta-harta yang lain dalam sempadannya. Kejadian inilah yang meyebabkan tercetusnya Perang Saudara Amerika.
Barat terlupa yang Islam dan isu pembebasan penghambaan sudah lama bermula sebelum abad ke 19 lagi.... Islam sudah beratus tahun mendahului Barat dengan isu ini. Mengajar subjek sejarah, saya diganggu dengan slogan "Beban orang Putih" oleh British dan "Tugas menyebarkan Tamadun" dan slogan "Tanggunjawab orang putih" oleh Barat yang kononnya datang ke Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menyebarkan 'tamadun' kepada rakyat yang belum cukup tamadun mengikut kacamata mereka. Wah hal mereka lupa, ketamadunan Barat juga diciplak dari Tamadun dan kegemilangan Islam semasa kegemilangan Tamadun Umayyah- Turki Uthmaniah. Siapa yang mengajar siapa sebenarnya?
Isu Novel "interloks' bukanlah isu yang harus dipolitikkan... Perkataan yang dianggap sensitif sebenarnya bukanlah sensitif kerana berdasarkan latar mesyarakat pada masa itu! Seperti juga kita membaca masyarakat zaman British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rules) di mana masyarakat diasingkan. Orang melayu di kampung, orang Cina yang kebetulan banyak atau majoritinya di kawasan lombong dan dimajukan menjadi bandar, sementara masyarakat India di estet. Masyarakat kaum Melayu sering dikaitkan pada masa itu sebagai 'malas' lesu dan pelbagai lagi. Perlukah kita 'marah' dengan ungkapan begitu. Pada saya, fakta atau bahan sejarah bulanlah sesuatu yang perlu kita perdebatkan. Sejarah adalah perkara benar yang sudah berlaku. Jadikan ianya sebagai sempadan diri agar 'sejarah' yang merugikan, tidak lagi terkena kepada 'batang hidung sendiri'... Saya lebih suka membaca dan bersempadankan sejarah sebagai benteng diri daripada 'berkiblatkan sejarah' yang menjadikan kita terlebih sensitif!
Oprah, pengacara terkenalpun, tidak segan silu mengakui bahawa nenek moyangnya adalah hamba abdi! Hal ini bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan kerana ianya adalah 'sejarah' yang bukannya menjadikan dia seorang 'hamba abdi' juga! Jadi.. kenapa perlu mempersoalkan cerita sejarah yang sudah lama, dan 'mati'! Kita hidup dengan latar sejarah lama bukannya bertunjangkan sejarah sebagai latar hidup sekarang! Jadi isu anti Barat, anti Jepun, atau apa-apa pun sudahlah tidak relevan sekarang ini. Ayuh sebarkan cinta sesama kita, nescaya lebih ramai lagi yang akan merasai nikmat dunia dan kehidupan!

No comments:
Post a Comment