Hari isnin pagi, saya sudah rasa dizzy semacam sahaja. Masuk semua kelas, saya memang rasa seram sejum, macam mahu demam. Dalam kelas, guru pula tidak boleh duduk di kerusi (kecuali guru mengandung atau kelas relief sahaja) jadi, terpaksalah berdiri dan mengajar. Kepala mulai berdenyut-denyut. Balik rumah, makan sebiji panadol, tapi macam tak berkesan je. Minum air dengan banyak dan tekak mulai rasa pahit semacam.. Biar betul!Badan sudah rasa seram sejuk semacam je. Ni mesti hampir demam ni! Alamak, demam sudah mari.
Sejarah lama saya, saya jarang demam panas, adalah setahun maybe sekali, kadangkala tak ada langsung. (Alhamdulillah) tapi kalau sekali pun, demam tu sebenarnya teruk sekali. Suhu badan boleh meningkat 39-40 darjah, sakit kepala dengan teruk seklai. Selalunya demam panas akan menyebabkan sakit kepala dengan teruk. It's in the blood. Mama saya kalau demam pun begitu.. he he.
Di sekolah dulu banyak tahun kena macam ni, mostly after makan durian.. he he.. tak tahan dengan panas!Kalau balik kampung je, ke Machang Bubok, saya akan makan durian kalu musimnya, lepas tu balik ke asrama (sekali tu tingkatan 4) demam teruk. satu hari mengigil-gigil.. tapi sebab masih budak lagi, sehari berbungkus, picit2 kepala sikit, tak payah makan ubat pun, sembuhlah.
Malamnya, saya cuba mandi dengan air asam jawa... method yang sudah lama, diturunkan oleh nenek saya kalau sakit kepala atau demam. Bancuh asam jawa pekat2, mulakan dari kaki ke kepala dan rambut, biar 10 minit, mandi. Mandipun mulai kaki ke kepala. Ingatkan menjadi, rupanya tidak juga. Demam semakin teruk dan terpaksalah ke klinik juga.
Hari ni, demam masih tak begitu kemah walaupun sudah berpeluh-peluh dingin. Tapi demam tu saya boleh tahan, sakit kepala ni yang buat saya berasap!Sekali lagi ke klinik sebab kepala yang sakit masih terus sakit dan sakit... lepas makan, makan ubat, rehat sekejap, sembahyang, barangkali tidur lagi, dan lagi (istilahnya rehat) maybe okay kot. Harapnya.
Esok, banyak kerja yang menunggu, pagi sampai ke petang.. Hmmmm.