Alhamdulillah, tidak menyangka akan memenangi hadiah dari GIANT, sebuah tv 42 inci panasonic vierra (betul ke ejaan ni)... yes!!! tv saya? Saya masih menggunakan tv yang gemuk.. ha ha ha.. Saya tak kisah sangat, yg peting, boleh tengokkan.. bukannya mahu memandang tv tu 24 jam... lately semua orang mahu yang slim, isteri yang slim, tv slim, duit je yang tak mahu slim.... Saya agak yakin akan memenangi sesuatu semasa mahu menghantar borang hari itu. Kebetulan hari terakhir sebelum pulang beraya. Beriya saya sanggup memandu ke Giant kelana Jaya dan menghantar borang sebelum balik rumah dan mengemas barang-barang saya untuk pulang ke kampung, malamnya. ALLAH sudah beri signal 'awal' agar saya berkeras menghantar borang di saat akhir. Biasanya akan ambil borang peraduan dan tidak pernah mahu menghantar pun. Alhamdulillah...
Yang manisnya saya rasa, kita boleh beli TV bila-bila masa sahaja, tapi jarang orang akan menang TV kan? Antara perkara manis sepanjang tahun ini. Saya mendoakan agar banyak lagi perkara manis akan datang menghampiri...
Secara tidak sedar, rupanya lama netul saya tidak post 'diari baru'.. sibuk dengan marking kertas 'trial spm'... letih dengan skrip2 mereka. Saya tidak ada komen jika jawaan merapu, tidak betul: yang paling tidak tahan, tulisan yang terlalu kecil dan comot.. aduii! sudah lah kecil macam saiz mini semut, kebetulan pula comot.. aduhai! mata sudahlah berspek, bertambah tidak nampak. Kebiasaannya saya hanya marking pada hari siang: malam saya lebih suka mengadap laptop untuk siapkan manuskrips saya.. malam ni fikiran lapang sikit dan kepala kurang berserabut! Alhamdulillah, lebih kurang 8 hari, tamatlah pemeriksaan 5 kelas tingkatan lima: tidak keluar pada hari minggu, mengadap kertas, dr tengah hari ke petang atau pagi - petang pada hari minggu dan sabtu. Cuma tinggalkan objektif sahaja, cumanya penyakit m.a.l.a.s sudah mari!!!!
Editor pulak sudah mengingatkan saya, sekiranya dapat boleh menghantar manuskrip sebelum oktober atau tamat nov... target sebelum nov, 11, harilahir saya, saya 'bisa' habiskannya! Aduhai! Agak sibuk sebenarnya...kursus, kena out station..yayayayaya... kalau berkursus, kadangkala malam pun perlu berada dalam kumpulan dan kativiti, alamatnya manuskrip kantoi la! Akan cuba mencui masa, bawa sajalah notebook yg comel ni, manalah tahu kalau ada masa menaip!
Saya teringat akan pesanan ibubapa saya: bersyukur setiap masa. Awah ibu mertua saya juga sentiasa mengingatkan: solat!Syukur dan sabar!!! Pasti ada ganjarannya.. Dan saya kadangkala terasa amat sedih, saya sudah kurang seorang ibu bagi terus mendoakan kejayaan saya!
Bersyukur