Kalau ditanya kepada saya, bercuti atau balik kampung, mana satu pilihan saya? Pada saya, balik kampung sama juga maknanya dengan bercuti. Di Langkawi, percutian yang diperlukan oleh orang lain, jadi saya boleh lepak lama-lama di sini!
Saya kalau balik kampung, tidak sah sehari atau dua sahaja! Mesti lama-lama! Sampaikan badan naik sekilo dua, baru sah!
Pagi-pagi, kami akan disambut dengan kokokan ayam gajah (memang namanya ayam gajah, bersaiz lebih besar, lebih tinggi daripada ayam biasa) Lebih 'handsome' daripada bapa ayam kampung. Kalau yang betina, lebih 'lawa' sebab lebih tinggi daripada saiz dan ukuran ayam kampung, apatah lagi kalau dibandingkan dengan 'ayam bandar' yang lebih rendah dan 'gemuk'.
Kebiasaannya, kalau pagi-pagi, saya akan menyapu di halaman rumah. Banyak daun-daun kering yang berguguran. (menginsafkan kita yang satu hari nanti, kita juga akan gugur) Pada musim-musim angin yang kuat ini (kata arwah nenek saya, musim angin Timur, entah bagaimana mereka tahu, angin Timur yang datang: logiknya sebab angin mara dari arah Timur seperti Jepun, China dan sebagainya) panas, kering dan ada masanya agak sejuk dan dingin walaupun pada sebelah tengah hari di mana matahari kuat memancar! Lepas tu, menjadi sarapan pagi! Kalau rajin, menggoreng sesuatu. Kalau malas sikit, boleh terus ke pasar dan bersarapan di sana.
Andai di Langkawi, saya gemar ke pasar. Setiap hari atau sekurangnya dua hari sekali. Saya suka mendapatkan ikan yang segar terus daripada pasar (kata orang Kedar: merket) Makanan laut yanbg segar memang best! Harganya sedikit mahal (lebih kurang di sini juga, ikan kembung pun sekilo RM 8 atau RM 9, cuma perbezaan besarnya, ikannya masih segar!) Masih ada mata birunya, atau hijaunya! Kalau makan ketam tu, masih rasa 'bagai ketam' bukan sekadar kulit ketam yang tak ada nilai rasanya lagi!
Selepas balik dari pasar, menyediakan makan tengah hari. Jarang juga kami keluar. Andai mahu keluar pun, tunggulah petang-petang sedikit sebab cuaca di Langkawi, agak panas! Itu kata saya. Kebetulan, berkesempatan bertemu Erwan, yang pulang bercuti dari Sudan, di sana, katanya, lagi Panas! Aduhai!
Tiga kali ke Kampung Buku atau Lubuk Sembilang.. sekadar mandi manda menyejukkan tubuh yang kepanasan. Air sungai berkurangan kerana tiada hujan langsung di Langkawi. Andai ada hujan pun, sekadar 10 minit, sekadar cukup menyejukkan tumbuhan yang mulai kekeringan. Jadi ke sungai dengan paras air yang tidak begitu 'enek'.. tidaklah begitu menyeronokan!
Projek yang paling penting, adalah lawatan ke LIMA. Kali kedua lawatan sebenarnya. Kali pertama, entah, barangkali tahun 1993, LIMA kali pertama dahulu! Seronok dan kepanasan: lemas dalam lawatan orang yang ramai! Satu pengalaman baru. anda boleh lhat gambar2 LIMA dalam Facebook saya!
Berkesempatan ke Taman Buaya, sebenarnya sudah berbelas tahun tidak singgah ke sana... lama sangat dah! Pada masa itu, anak buah sulung saya baru berusia 3 bulan (sekarang 18 tahun) Saya masih igat, adik perempuan saya (masa tu saya masih single) pad masa itu asyik mengulang ayat yang sama, "Jaga kak, Faiz tu." Sebab masa itu saya yang mendukung dia dalam genggaman saya, melalui jambatan yang mengandungi berpuluh ekor buaya di dalamnya! He he he.. alasan biasa untuk dirisaukan oleh seorang ibu!
Tempat kemestian saya, Buffalo's Farm. Saya suka minum susu kerbau. Menikmati daging kerbau lain rasanya dengan daging lembu. Dagingnya lebih kenyal dan sedap! Dahulu, di ladang ini, kita boleh membeli daging (stek) dan sebagainya dan boleh disediakan di rumah. Sekarang ini, daging tidak dijual lagi! Mahu atau tidak, terpaksalah makan tengah hari di sana! Stek yang sedap! Memang Yummy! Dahulu sering dilaporkan, stek di sana mengambil masa yang lama untuk disediakan! Sekarang tidak lagi! Saya hanya menunggu dalam 15 minit (masa biasa untuk masak stek)! Syabas, Buffalo's Farm. Sudah ada perubahan besar dalam perkhidmatan!
Saya juga menikmati keindahan di Kabel Car. Sebenarnya tidak lagi menaiki kereta kabel (sudah banyak kali sangat) Kami bersiar-siar di Taman Rusa dan Taman Arnab (menikmati jeritan saya yang 'geli' dengan binatang-binatang ini) Memberi makan rusa satu kereronokan bagi orang yang tidak 'geli' apabila rusa mengambil makanan daripada tapak tangan anda! Tetapi tidak kepada saya! Bayaran masuk hanya satu ringgit dan anda diberi makanan (sebungkus untuk setiap orang) Bermakna, tiket masuk ke Taman Rusa hanya sekadar membeli makanan untuk si rusa-rusa! Di Taman arnab pula, masuk adalah percuma, cuma jika anda mahu memberi makanan, bolehlah dapatkan lobak merh yang dijual di gerai bersebelahan dengan taman tersebut! Dan sekali lagi, saya menjerit kegelian apabila arnab yang kelaparan masih mengekori anda untuk mendapatkan makanan, meskipun, anda tidak memegang makanan langsung!
Di sana anda juga boleh menikmati kayuhan sampan atau skuter air di dalam tasik di sana! Memang seronok, apatah lagi, anda akan dapat berpeluang memberi makan ikan! Banyak sekali ikan emas (Japanese Kap) dalam tasik. Berwarna-warni, pelbagai saiz!
Di Langkawi, jangan lupa dapatkan BAULU PANAS di BAYAS. Memang sedap dan original. Baulu yang dimasak tanpa menggunakan serbuk penaik. Di KL ni, saya dapati kebanyakan baulu dicampur serbuk penaik (sebab nak untung lebih, baulu kembang dan kosong rasanya) . Baulu Langkawi dalam bentuk dan rasa asli. Sedap! Mengenyangkan! Tidak manis giler! Rasanya yang cukup-cukup manis sahaja! Tempatnya, sebelah jalan di kiri terdapat pusat jualan gamat (seberang jalan terdapat kedai pakaian, dan di sebelahnya menjual baulu dan ikan bilis)
Berkesempatan ke Chenang dan bertemu kawan lama, Hasnita dan keluaganya. Kali terakhir bertemu, tingkatan 5. Lama sungguh tidak bertemu! Dia masih comel macam selalu dibanding saya yang bertambah bertan-tan nampaknya sebab masa sekolah, saiz saya hanya super s (XX S) he he he...
Makan-makan di Wan Tai Restaurant (antara temat terbaik untuk amkan-makan / Dine at Langkawi).. pasti, looking forward untuk balik ke sana lagi!
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Selamat Hari Ibu kepada para ibu.. 2006 lepas, saya dan mama saya menyambut hari ibu dengan majalah jelita, seronoknya... tahun lepas saya...
-
Menjadi pendidik, tentunya tidak ada perkara lain yang lebih menyeronokkan anda selain daripada berjumpa kembali anak-anak didik anda, seola...
-
Saya bukan seorang yang suka menonton teater, jauh sekali 'hantu' teater.. Saya memang tidak suka sebarang program nyanyian apa...
-
Perkara yang baik datang setiap hari. Anugerah Allah dengan kesihatan yang baik,kebahagiaan yang tidak terhitung dsbnya (yang kita sudah...
-
Sudah agak tiga hari asyik bermimpi (actually bukan mimpi lagi, sudah masuk kategori merepek, sebab sudah reach pagi, hampir jam 5-6 pagi), ...
-
Hari ini teruja dapat berbicara walaupun ringkas dengan seorang pelajar STPM saya yang sudah agak lama tidak bertemu. 10 Tahun lamanya tidak...
-
Semalam bertemu kawan lama di Sogo...we're chatting tanpa mengira siapa di sebelah pun..Kalau agaknya ada PM pun,kitaorang tak akan namp...
-
Kalau di Pantai Timur ada musim tengkujuh, di Langkawi ni disebabkan pulau, kadang-kadang tempiaslah cuaca seperti itu juga. (bukan kadan...
-
Pesta buku datang lagi. Pada tahun ni saya akan berada di both Karnadya, berlokasi Dewan Tun Razak 3: A49-A51 dan A70-A72 PWTC pada 1 Mei 20...
-
Sebagai peminat movie, saya angkat 'dua-dua ibu jari saya'. Kualiti filem, story line, watak-watak yang hidup... dengan bahasa tubu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment