Kira-kira beberapa bulan bermesej, mula-mulanya melalui pesanan message di blog, diikuti di Facebook, kami akhirnya berjanji menggunakan 'skype' dengan kak Leyla Shuri. Kak Leyla merupakan rakan penulis yang saya mulai kenali daripada blognya. (anda boleh melihat link blog yang saya sertakan di sudut kanan blog saya.) Kak Leyla menulis dengan nama penanya Leyla Shuri adalah penulis "Pulut Sakura Serunding Kasih" keluaran penerbit Karnadya Solutions.
Jika anda pernah membaca Dimensi Cinta saya, anda akan membaca bagaimana watak utamanya Lukhman Hakim dan Suraya menggunakan Skype dalam berkomunikasi. Dan dalam ceritanya tentu anda membayangkan tentulah saya pernah menggunakan Skype dalam berhubung, jika tidak manalah saya tahu 'Skype' cara paling mudah berkomunikasi jika anda berada beribu batu daripada keluarga atau rakan anda!
Keluarga saya walaupu berada 5oo kilometer daripada saya, saya bila-bila masa sahaja boleh menghubungi mereka melalui Facebook mahupun telefon, tidak memerlukan 'Skype' untuk berhubung. Andai tidak mengenali kak Leyla, sampai entah bila saya akan berpeluang ber'Skype'. Dan saya mula berskype dengan Kak Leyla. Kami boleh bersembang berjam-jam lamanya. Jarak Pulau Okinawa (Jepun) dengan PJ, Selangor terasa bagaikan dekat sekali. Bagaikan adanya 'magis' dan adanya 'connection' kata Maxis! Dan kepulangannya ke Singapura dan seterusnya Malaysia, membawa kami merancang untuk bertemu. Sepatutnya pada tarikh 22 nov, saya akan menyambut kak Leyla di Stesyen kereta api di Kuala Lumpur, apabila dia pulang daripada lawatannya di Thailand (mengikuti lawatan Gapena ke sana), tetapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal, kami bakal bertemu sehari lewat!
Malamnya saya tidak senang hati dibuatnya, maklumlah kali pertama bertemu. Walaupun sudah lama berbual mesra, tetapi tidak akan sama dengan bertemu empat mata bersama. Paginya pada jam 6 pagi, saya mengajak suami menyambut Kak Leyla (23 nov 2011). Stesyen Central KL menyaksi saksi pertemuan kami. Tidak susah mengenali kak Leyla.Rupanya sama sahaja dengan ketika ber'Skype'. Bagi pembaca yang tidak pernah berskype, mahupun membaca Dimensi Cinta (keluaran Karnadya) skype membolehkan kominikator melihat satu sama lain dengan jelas, juga mendengar suara bercakap seperti telefon. Yang anihnya, kami mempunyai tahi lalat pada kedudukan yang sama. Di pipi kanan. Cuma bezanya tahi lalat saya lebih kecil daripada tali lalat di pipi Kak Leyla. Setelah bersalaman dan berpelukan, kami bawa Kak Leyla ke rumah saya. Sempat saya menjamu Kak Leyla dengan nasi lemak (cuma, saya tidak memasak... he he, saya beli daripada gerai berdekatan) Berlaukan paru goreng, ikan bilis sambal, kami berbual lagi.
Hari ini kami merancang melawat Karnadya. Saja-saja melawat ke sana. KarnaDya terletak di Puchong, tidak jauh daripada rumah saya, sekadar 30 minit perjalanan. Cumanya, orang yang tidak boleh ingat jalan seperti saya, tentu akan sesat dan rajin-rajinlah bertanya jalannya. Setelah lima kali berhenti bertanya di Petronas (Lima stesyen Petronas) maka sampailah kami ke KarnaDya. Dan kemudiannya kami menjamu selera di kedai berdekatan, 'Nasi Kerabu Kelantan' yang lazat.
Petangnya kami ke Bangsar dan bertemu Farina. Dan sesuatu yang tidak dirancang, kenalan kak Leyla, yang pemurah, Datuk Yussuf dan isterinya menjemput kami ke Tasik Perdana Lake Club (kerana saya benar-benar tidak tahu ke rumahnya, bimbang tersesat kerana hari sudahpun beransur malam) Dan selepas maghrib, kami tiba di Tasik Perdana Lake Club. Dijamu dengan makan malam ala Chinese yang lazat. Terkejut saya apabila diberitahu, rupanya kak Leyla beserta Datuk-datinnya baru pertama kali dipertemukan! Masya_ALLAH! benarlah, jika kita berniat mulia, pasti akan ertemu orang lain yang berhati mulia juga! Alhamdulillah. Semoga pertemuan ini akan membawa kepada pertemuan lain yang memberi makna kepada kehidupan kami dan semua orang yang berada di sekeliling kami!
Keesokan harinya, Kak Leyla akan melibatkan diri dengan kursus di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan saya sendiri terlibat dengan projek pemberian wang RM 100 kepada murid kelas saya. Petangnya kami merancang akan bertemu Farina, seorang lagi kenalan Kak Leyla yang diperkenalkan melalui saya, bertempat di Bangsar. Dan semuanya berlaku seperti yang dirancang, paginya saya menghantar Kak Leyla ke DBP, kemudian, pulang semula ke sekolah, menguruskan bayaran wang pemberian RM 100 kepada murid-murid saya. Petangnya saya kembali ke DBP, sempat minum petang bersama Kak Leyla dan kebetulan bertemu rakan sekolah saya, Norliza. Kami kebetulan ternampak buku-buku kami yang dijual di DBP, Dimensi Cinta dan Cinta Sikunang-kunang serta buku Kak Leyla, Pulut Sakura dan Serunding kasih. Rasa seronok dan terasa 'ciwi' sekali dengan bergambar bersama buku-buku tersebut. Kenanganlah kata orang! Saya sendiri sudah lama tidak ke DBP (bertahun agaknya) andai tidak kerana menghantar Kak Leyla, tentu sekali saya tidak akan hadir ke sana lagi!
Ketika pulang ke rumah, kebetulan adik ipar saya, dan anak mereka, Emily serta baby bersama mereka melawat ke rumah kami, memberi peluang untuk mengenali kak Leyla. Saya hanya memasak ringkas, sup ayam, goreng cendawan dan macaroni sup.
Esoknya, jumaat, Kak Leyla perlu berada di Seremban untuk mengendalikan Kursus Haiku di sana. Paginya kami merancang untuk bertemu Vimmi. Vimmi dan Kak Leyla sebenarnya sudah lama berkenalan melalui blog dan Facebook, cuma tidak berkesempatan bertemu. Saya dan Vimmi pula baru berkenalan beberapa bulan sebelum ini, dan kebetulan, namanya saya abadikan dalam manuskrip saya yang ke empat ini. Kami merancang utnuk bertemu di Central, kerana kebetulan, Kak Leyla perlu mendapatkan tiket kereta api dari Seremban ke Singapura. Pada petangnya saya dan suami menghantar Kak Leyla ke Seremban.
Pertemuan Vimmi bersama empat orang anaknya, bersama saya dan Kak Leyla berlaku dengan izinNya. Setelah bertahun kepulangan Kak Leyla, Vimmi tidak dapat bertemu, akhirnya, kami semua dapat berkenlaan dengan lebih dekat lagi! Ukhuwah terbina atas nama keikhlasan! Kami sama-sama menghabiskan masa beberapa jam bersama, sehinggalah petang tiba. Kami membawa diri ke destinasi masing-masing, dan saya dan Kak leyla akan ke Seremban di sebelah petangnya!
Mujurlah suami berkelapangan ke Seremban. Jika tidak, sya berfikir akan bermalam di Seremban dan hanya akan pulang pagi esoknya. Tdak berani memandu balik malam-malam hari ke Pj semula. Dalam hati berbalam-balam, entah bila pula kami akan bertemu lagi. Dan kami pulang setelah dijamu makan di Hotel Seri Malaysia, Seremban. Terima kasih Kak Leyla! Semoga kita akan bertemu lagi di masa hadapan! Pertemuan yang indah, akan dikenang di sudut hati! Semoga projek yang kita bincangkan akan bermula secepatnya Kak Leyla! Cerita yang cukup 'stunning'. Dan ceritanya! Biarlah Rahsia!
Pertemuan indah yang menjadi nostalgia! Indah! Bagai mimpi menjadi nyata!
2 comments:
suka !!!
wah, sempat dia bercerita. arigatou.
Post a Comment