Hari sabtu berada sekejap di Festival. Beberapa jam. Daripada jam 11-2 petang, di booth, kemudian jalan-jalan sekejap sehingga suami mengambil balik jam 4 petang. Berhajat juga membeli buku, tetapi disebakan terlalu ramai orang, naik malas utuk beratur panjang. Membayar buku-buku memerlukan 30 minit. Jadi! Tersentap. Lagipun, saya bukanlah 'kaki novel' sebenarnya. Saya jarang sangat membaca novel. Kalau adapun novel, kurang daripada 30 buah. Mostly novel kenalan rakan-rakan penulis saja. Ada juga yang berkata: mana mungkin penulis novel tidak membaca novel. Jawapan saya: mungkin. Kali terakhir saya membaca novel, seminggu lepas, itupun buku karya teman.
Melihat terdapat rakan-rakan penulis yang mempunyai 'booth' sendiri, wah! kagum. Tentulah boleh dilakukan jika penulis mempunyai lebih 7 buah novel tersendiri. Banyak karya yang membolehkan mereka membuka 'booth' sendiri. Andai satu saja novel macam saya.. he he.. penat jelah kalau ada booth. he he he.. Siapa pula yang akan singgah dan beli?
Projek saya yang akan datang masih lagi dengan konsep yang sama. K- novel Knowledge Novel. Insya_Allah akan terus menyajikan informasi dengan membaca novel. Dan insya_Allah, saya tambah lagi, satu lagi konsep. Konsep Islam. Banyak informasi baik dari segi sains, geografi dan lain-lain maklumat yg boleh membawa kita menghayati konsep sebagai muslimin. Saya tidak mahu bercakap mengenai Islam, cukup sekadar menyatakan saya cuba mempraktikkan lebih banya penulisan yang lebih bersikap 'islamik', membongkar rahsia keajaiban alam supaya kita lebih menghargai dan mengkagumi akan keajaiban Islam pemberiaan ALLAH. Dalam mansukrip saya yang lepas, lebih banyak misteri sains dan keajaiban yg ALLAH tunjukkan kepada manusia, yang mungkin kita tidak tahu dan terlihat. Contohnya daripada konsep 'mengangkat air sembahyang'. Konsep 'azan'; kelebihan dan keistimewaan dan banyak lagi.
Saya jadi berbuntal 'mata' jika dalam novel menceritakan hubungan suami isteri yang sepatutnya 'off record'. Aduiiii! Tak berbuntal mata. Sama seperti menyaksikan drama dalam versi bahasa Kebangsaan tetapi adegannya 'juling mata' Kalau pun mahu menunjukkan hubungan mesra suami isteri, tak payahlah adegan atas katil, dan selimut menyelimut. Matlamat tidak menghalalkan cara! Tak payahlah semua tu! Berkias-kias, masuk ke bilik dan lampu yang ditutupkan. Atau sekadar menunjukkan luar rumah, fokus ke tingkat atas., dan tutup lampu. Pun begitu kadangkala tak ada gunanya pun, adegan-adegan macam tu; jadi mengapa perlu ditonjolkan! Bukannya orang tak faham, apa istilahnya suami dan isteri tu!

Konsep saya jelas, saya tidak suka adegan-adegan begitu. Naik 'boingggg-boinggg' mata daya dengan perkara-perkara macam tu! Peluk memeluk, rangkul-merangkul, hissss! Boleh digunakan perkataan yang simbolik sahaja. Contohnya dalam Purnama Merindu ; saya katakan, dulunya dia dan ... pernah bersama. Mereka melakukan dosa besar berzina. Noktah. Orang sudah boleh faham. Tak payah memperincikan adegn tersebut!
Doa saya, ALLAH tidak membalik-balikkan pemikiran saya dan hati saya. manalah tahu tiba-tiba saya tergatal tangan, tergatal hati, tergatal minda; semua perkara yang tidak mahu saya lakukan, saya lakukan juga. Tiba-tiba manuskrip saya tahun ini berbaur 'usur-unsur' gatal, a.ka. miang habis-habisan. Tolong ingatkan saya selalu tentang soal prinsip saya; yang novel saya selamat 100% walaupun untuk dibaca remaja hatta, kanak-kanak seawal usia 5 tahun.. (kalau dia boleh baca dan fahamlah)
Seperti kata Ana Rafali: "tolong ingatkan saya."
No comments:
Post a Comment