PETIKAN BERITA HARIAN 4 DISEMBER 2009
RUANGAN SASTERA,
PENGARANG : NURUL FARINA NAZLAN
Muka surat 29
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan
DIMENSI Cinta karya Nora Fuad menyajikan pembaca dengan erti kasih sayang, persahabatan dan pengorbanan lewat konflik Lukhman Hakim, Zaid Harith, Nur Suraya dan Michelle Wong yang menjadi nadi penggerak jalan cerita novel ini.
Sukar untuk pembaca membayangkan dengan mata kasar bagaimana akrab dan uniknya nilai persahabatan antara Lukhman dan Zaid yang terbina sejak kecil hinggakan mereka berkongsi kasih ibu masing-masing.
Kedua-dua anak muda ini mempunyai hampir segala-galanya yang diperlukan untuk hidup mewah dalam zaman globalisasi ini, tetapi kekurangan satu perkara bagi melengkapkan kehidupan mereka iaitu cinta.
Kehadiran, Nur Suraya, benar-benar menguji keutuhan persahabatan kedua-dua sahabat baik itu kerana kebetulan mereka ditakdirkan jatuh hati kepada gadis yang sama tanpa masing-masing mengetahui perkara terbabit.
Pengarang menggambarkan Nur Suraya sebagai gadis manis dan juga seorang guru yang terlebih dulu didekati Zaid, lalu timbul perasaan cinta dalam diri jejaka itu, tetapi tidak melafazkannya kerana baginya membina Vila Cintanya untuk si gadis lebih penting.
Konflik mula berlaku apabila Lukhman turut menyimpan hati terhadap Suraya ketika pertama kali bertemu sebelum diperkenalkan Zaid, memaksa arkitek muda itu memendam perasaan sucinya itu kerana menghormati persahabatan dan persaudaraan mereka yang terjalin sejak sekian lama.
Pembaca turut dibawa menerjah kehidupan Zaid yang sentiasa sibuk kerana bertugas sebagai pengurus bidang teknologi maklumat di David Associate Computer yang memerlukannya kerap bertugas di luar negara bagi menghadiri pameran komputer terutama di London.
Zaid ditampilkan pengarang sebagai graduan sains komputer dari Universiti of London yang bernasib malang, selepas papanya meninggalkan mama kesayangannya untuk berhijrah ke Amerika Syarikat dan berkahwin dengan wanita lain.
Ketika melanjutkan pengajian di London, dia bertemu seorang gadis cina yang berasal dari Perak, Michelle Wong atau Elle dan kemudian menjadi rapat hingga tanpa sedar lahir perasaan cinta, tetapi kedua-duanya memendamkan isi hati.
Zaid berasa kecewa apabila Elle disuruh berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya dan berusaha untuk terus melupakan gadis Cina itu, tanpa menduga hatinya akan terbuka kembali apabila dipertemukan dengan Suraya.
Pemuda malang itu kembali keliru dengan perasaannya ketika bertemu semula Elle di London dan pengarang menghanyutkan perasaan pembaca dengan kisah kepulangan Elle ke Malaysia, lalu diperkenalkan kepada Suraya.
Suraya pula tersalah anggap dengan tindakan Zaid memperkenalkan Elle kepadanya, ditambah pula dengan sikap tidak acuh Zaid dalam persahabatan mereka, sehingga akhirnya berasa lega apabila dirinya mula terpaut kepada Lukhman.
Dapatkah Lukhman mengatasi rasa cintanya yang membuak kepada gadis pujaannya selepas dipisahkan dua benua kerana tindakannya melanjutkan pengajian di Adelaide, Australia bagi memberi laluan kepada Zaid dan siapakah Taufik dalam hidup Suraya?
Nora Fuad melalui Dimensi Cinta berjaya mengangkat kisah lumrah mengenai kasih sayang dan persahabatan yang sarat dengan mesej kesabaran dan kemurnian hati sehingga boleh dijadikan teladan oleh pembaca generasi muda dalam mengharungi kehidupan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama
NORA Fuad, nama pena bagi Noor Arba'iah Ismail yang menggabungkan namanya dengan suami dan membawa maksud cahaya penuh kejiwaan, berkarya sejak berusia 17 tahun dengan menjadikan majalah sebagai medan percubaan untuk mengasah bakat dalam dunia penulisan kreatif.
Pengarang yang berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Jaya, Selangor, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah, komunikasi dan pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Nora mewarisi bakat penulisan daripada bapanya, Ismail Yaa’cob yang mahir menulis seloka dan dikenali sebagai Cikgu Man oleh masyarakat Langkawi serta berkongsi hobi yang sama dengan ibunya, Salma Ibrahim, iaitu membaca pelbagai jenis bahan bacaan.
Hobi gemar membaca akhirnya bertukar kepada gemar menulis dan kecenderungan berkarya yang terhenti ketika melanjutkan pelajaran di menara gading, berputik kembali sebaik menyertai bengkel penulisan anjuran KarnaDya Solutions Sdn Bhd pada 22 Jun tahun lalu.
Bengkel yang disertainya itu berjaya membuka mindanya untuk menjadikan penulisan sebagai misi melahirkan masyarakat dengan minda kelas pertama ekoran pesanan sifunya, Aina Emir bahawa ‘penulis mestilah mempunyai identiti tersendiri dan berilmu’.
Nora menjadikan pesanan sifunya sebagai pegangan utama untuk merealisasikan bahawa novel tidak lagi berfungsi sebagai bahan wacana ringan pada waktu senggang, sebaliknya boleh menjadi bahan utama bagi menggalakkan pembentukan masyarakat berilmu.
Malah baginya novel bertema cinta bukan hanya sesuai untuk bacaan remaja, tetapi sesuai untuk golongan dewasa kerana baginya cinta perlu dipraktikkan sehingga mati dan pengarang Dimensi Cinta ini boleh dihubungi dengan melayari http://norafuad.blogspot.com atau http://dimensicinta-norafuad.blogspot.com.
INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Selamat Hari Ibu kepada para ibu.. 2006 lepas, saya dan mama saya menyambut hari ibu dengan majalah jelita, seronoknya... tahun lepas saya...
-
Menjadi pendidik, tentunya tidak ada perkara lain yang lebih menyeronokkan anda selain daripada berjumpa kembali anak-anak didik anda, seola...
-
Saya bukan seorang yang suka menonton teater, jauh sekali 'hantu' teater.. Saya memang tidak suka sebarang program nyanyian apa...
-
Perkara yang baik datang setiap hari. Anugerah Allah dengan kesihatan yang baik,kebahagiaan yang tidak terhitung dsbnya (yang kita sudah...
-
Sudah agak tiga hari asyik bermimpi (actually bukan mimpi lagi, sudah masuk kategori merepek, sebab sudah reach pagi, hampir jam 5-6 pagi), ...
-
Hari ini teruja dapat berbicara walaupun ringkas dengan seorang pelajar STPM saya yang sudah agak lama tidak bertemu. 10 Tahun lamanya tidak...
-
Semalam bertemu kawan lama di Sogo...we're chatting tanpa mengira siapa di sebelah pun..Kalau agaknya ada PM pun,kitaorang tak akan namp...
-
Kalau di Pantai Timur ada musim tengkujuh, di Langkawi ni disebabkan pulau, kadang-kadang tempiaslah cuaca seperti itu juga. (bukan kadan...
-
Pesta buku datang lagi. Pada tahun ni saya akan berada di both Karnadya, berlokasi Dewan Tun Razak 3: A49-A51 dan A70-A72 PWTC pada 1 Mei 20...
-
Sebagai peminat movie, saya angkat 'dua-dua ibu jari saya'. Kualiti filem, story line, watak-watak yang hidup... dengan bahasa tubu...
3 comments:
Tahniah.. Noor Semuga berjaya dalam bidang penulisan.
CGM.
Congrats Kak Nora!
Sis Nora,
Masih belum jumpa buku DC di MPH SACC. Kalau saya jumpa mesti beli punya. ;-D
Post a Comment